,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 31 March 2012

AIR MATA KEMISKINAN.....tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain....

Pak Jebeh bukanlah nama sebenar. Nama ini hanya belegar di kalangan adek beradik dan Bapa-bapa saudara sahaja. Se orang budak comot hitam, pendek...gigi kuning tak pernah di gosok....kekadang sahaja di bawa Ibunya, Anjang Timah kesungai dan di tonyoh dengan pasir halus sungai atai pun arang yang di tumbuk halus di jadikan ubat gigi....di letakan pada jari telunjuk dan di tonyoh pada gigi.

Aki suka perhatikan gelagat Pak Jebeh....berusia 9 tahun sudah agak dewasa bagi seorang budak kampung. Sering berseluar pendek kembang dengan "log zip" di kiri dan kanan pinggang seluarnya, berbaju melayu puteh pendek tangannya, kain pelikat di silang dari bahu kanan ke pinggang sebelah kiri, tidak berkasut dan bersongkok hitam lusuh.....pendek, dengan lastik cabang "U" yang dibuat dari kayu kopi yang di ambil dibelakang rumah Tok Piah, getahnya dari tayar motor berpelapit kulit di sangkut di leher....poket yang kembung dengan batu-batu sungai sebagai peluru menampakkan Pak Jebeh begitu stelo.

Kakinya calar-balar dan sesekali hingus yang meleleh disedutnya sebelum terjuntai kembali. Semalam dia membantu Ibunya Anjang Timah mengetam padi di Kasai. Bapanya baru saja sampai balik dari Bukit Sapi bertukang rumah di sana. Dengan berselubungkain bapanya yang menyelubungi keseluruhan tubuhnya, Aki perhatikan dia melangkah bendul ke jemuran(pelantar) buluh....dia ke penjuru pergi kehujung jemuran menceduk air dengan tempurung dari tempayan tadahan air hujan, mukanya di basuh perlahan-lahan. Dingin air di pagi hari dengan kabus yang menyelubungi sekeluruhan kampung, Pak Jebeh jarang mandi pagi. Anjang Timah sedang sebuk menyiapkan bekalan untuk adek-adek yang masih belum bersekolah untuk di bawa ke sawah di kasai. Air kopi untuk ayahnya di isikan kedalam botol cengcalok(sos) leper cap bangau.

Selepas membasuh muka Pak Jebeh menganbil pisau di dapr dan dia menuruni tangga ke belakang dapor rumah Mak Teh Lipah. Daun pisang kering yang lembab di siatnya.....selepas lengkap berseragam sekolah dia kedapor. Nasi sejuk lebihan semalam di senduknya perlahan-lahan dan di letakkan keatas daun pisang kering yang kehitaman itu. Aki lihat dia mengambil minyak gorengan ikan dan di letakkan di atas nasi dan ci campur denga sedikit garam. Sambil mengutip biji-biji nasi yang tertumpah dengan perlahan-lahan dia membungkus nasi itu dan di letakkan kedalam beg sekolah yang di buat dari rotan bertangkai satu.

Isnin adalah hari yang sebuk seawal pagi lagi.....bunyi bising baldi getah yang berlaga dengan botol bekalan kedngaran hampir di sepanjang jalan di Kampung Chepor....seawal pagi begini mereka yang bekerja menoreh getah akan kekebun masing-masing. yang kesawah agak kesiangan sedikit.

Pak Jebeh berlari sambil menjerit memberi tahu Anjang Timah sebelum kesekolah. Di tangga dia menyarungkan kasut getah puteh yang sangat puteh selepas dia memberusnya semalam. Tak payah di sapu kapor. Belakang tumit yang telah pecah di jahitnya dengan benag hitam. Tapi Pak Jebeh memang nampak stelo gaya budak kampungnya. Dia menuruni Bukit Suro bersama kawan-kawannya Hamidi, Zee Wak Muso, Holey, Satazeli, awang Napi, Seli, Adek Awang dan Kulub dalam hujan renyai-renyai. Mereka melintasi Gertak(Jambatan) Tok Sahak....air sungai Chepor mengalir perlahan....tidak deras seperti selalu. ini bererti air Sungai Perak telah naik.

Di Sekolah Kebangsaan Chepor masih belum kelihatan kelibat Cikgu. Pak Jebeh terus masuk kekelas dan bekalannya di keluarkan dari beg perlahan-lahan dan di masukan kedalam meja. Matahari langsung tidak kelihatan. Kawan-kawannya bising berlarian dan ada di antaranya yang sedang makan bekalan yang di bawa. Pak Jebeh masih tidak membuka bekalannya. Bau petai, jering, sambal belacan, sardin dan ikan kering memenuhi ruang bilik darja tiga itu. Cikgu Radzi guru kelas masih tidak nampak lagi.

Tiba-tiba loceng yang sebetulnya adalah besi gelung yang di gantung di tepi Bilik Guru di pukul berkali-kali dan terdengar jeritan budak-budak mengatakan "bah...bah...air bah...". Semua kelas mengemas barangan masing-masing untuk pulang. Sungai Perak telah bah.....jalan di hadapan rumah Tok Deraso telah di tengelami air. Perahu Tok Mat Parang dengan enjin sangkutnya tak mampu untuk mengharungi arus sungai Perak yang menggila itu.

Aki perhatikan Pak Jebeh menggaru-garukan kepalanya. Seluar biru pendek yang di pakainya berselekeh di bahagian punggungnya. ini adalah kesan dari hingus yang di sapu pada seluar. Pak jebeh bersaing dengan Zee Wak Muso. Wak Muso adalah saudara susuan Anjang Timah. sampai di hadapan rumah Mak Teh Melat, Pak Jebeh merentap daun pisang untuk di buat payung. Dia beriringan dengan Zee berpayungkan daun pisang. batang getah yang baru di tebang nampak keputehan dengan kulat sisir dan kulat telinga kera. Zee dan Pak Jebeh berpandangan. "Kita makan dulu" Pak Jebeh bersuara. Zee hanya mengangguk. Mereka meletakan beg sekolah di bawak pokok macang masam di tepi jalan dekat dengan pokok durian sue. Dengan bersahaja Zee membuka bekalannya dan Pak Jebeh juga sama-sama membuka bekalannya. Daun pisang kering kehitaman itu nampak berminyak. Nasi yang masih berbuku itu di gaulnya perlahan-lahan.

Seperti sedia mengerti, Zee menghulurkan anak seluang goreng kepada Pak Jebeh. Dengan melepaskan pandangan kepada kulat-kulat yang keputehan itu, mereka berdua mengunyak nasi perlahan-lahan. Kepala anak seluang goreng di patah dan di suap kedalam mulut. Air hujan yang menitis dihujung daun pisang adalah kuah kepada penderitaan Melayu selepas MEREKA. 1969 seakan baru saja berlalu. Ini adalah coretan perjalanan hidup Aki dari sebuah Kampung di pendalaman. Ini adalah cerita Aki. Terima kasih Cikgu Sulaiman, Cukgu Shaari, Cikgu Radzi, Cikgu Aishah, Kak Ani, Cikgu Sharifah,  Cikgu Md. Norr dan semua yang pernah berbuat baik pada Aki. Pada yang telah meninggal...semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka.

18:38 - 31/03/2012.
Teratak Anjungan Chepor
Olak Lempit,
Banting. Selangor.

KELAB MURTAD DI MALAYSIA (KMDM) telah di tubuhkan...... kemanakah mereka selepas ini?

SABTU 9 Jamadiawal 1433 - OLAK LEMPIT, Melihat mata cucu Aki Muhammad Qhairul Iman Al-Faris yang sedang minum susu di atas ribaan Ibunya amatlah sayu dan syahdu....ianya bagaikan kain puteh yang sedang dicorakkan dengan warna-warna baru. Berusia 4 bulan dan selepas ini sehingga umurnya 6 tahun....itulah warna yang dapat kita corakan. Tapi selepas 7 tahun, ianya akan bersilih ganti di tambah coraknya dengan warna-warna dari luar. Aki tiadak bimbang dengan kerjayanya, Aki tidak bimbang dengan rezekinya dan Aki tidak bimbang dengan keselamatannya. Tapi Aki bimbang dengan AKIDAH dan TAUHIDnya. Dengan gerakan Kristianisasi yang MENGGILA ianya seperti GENDANG PERANG sedang di palu. Kekuatan mereka ini seperti sukar untuk di jelaskan sehingga penganjur KURSUS yang menyedarkan tentang ancaman kristian ini terpaksa menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan.

Ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang tidak perlu diselindungkan lagi seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan.

"Orang-orang Yahudi (Jews)  dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka"

Begitu juga dengan gerakan YAHUDI, Hampir kesemua Umat Islam akan merasa pedih dan sakit bila menyebut ISRAEL. Kekejamannya keatas Umat Islam Plastine amatlah tidak masuk akal. Kebencian ke atas Israel menaikan semangat sesiapa saja, terutamanya kepada Penuntut-penuntut Universiti. Tidak terkecuali juga dengan PARTI-PARTI Politik....terutamanya PAS. Sungguh hebat sekali kebencian PAS terhadap Yahudi sehinggakan kelihatannya seolah-olah terlanggar bahu dengan seorang Yahudi di luar negara juga akan dilabel PAS sebagai Zionis.

Satu ketika pasukan kriket ISRAEL datang ke Malaysia. Pemain kriket Yahudi juga dirujuk sebagai Zionis dan kita di larang dengan kerasnya, berhubung mahupun melihat mereka bermain kita akan dijatuh hukum sebagai talibarut Zionis oleh PAS. Pendek kata, nama Yahudi, Zionis, Israel haram untuk disebut pun. Siapakah yang menghasut budak-budak separa masak di Universiti Malaya untuk berdemo memboikot KFC dan McDonalds kerana kononnya kedua-dua perniagaan ini punya kaitan dengan Yahudi. Sehingga ketika itu, mati dalam keadaan berdemo menentang Yahudi adalah mati syahid mengikut fatwa PAS.

Tetapi yang ada hari ini ialah bukti kukuh dan jelas bahawa Bapak Presidents, “menyokong usaha melindungi negara Israel” dan untuk KEPENTINGAN yang sukar untuk di fahami, PAS sanggup berpusing keliling menjelaskan bahawa berniaga dengan Yahudi tidak haram selagi mereka tidak berpandangan Zionis, tetapi PAS tidak boleh menafikan bahawa Bapak Presidents menyokong usaha untuk melindungi negara Israel, jelas bererti Bapak Presidents mengiktiraf Negara Israel.

Bapak Presidents juga mengecam keras penganjuran Seminar 'Ancaman Kristianisasi' yang bakal berlangsung pada hari ini (Sabtu) di Johor. Beliau menjelaskan, Penganjuran Seminar tersebut yang digelar beliau satu gerakan politik menjijikkan akan memberi tekanan terhadap hubungan sesama Agama di Negara ini.
Dalam Sidang Media di Lobi Parlimen baru-baru ini. Bapak Presidents berkata “Apa yang saya boleh katakan ini adalah satu gerakan yang menjijikkan apabila menggunakan agama untuk menakutkan orang lain,”.

“Adakah benar berlakunya gejala Kristianisasi dalam kalangan Muslim,” soal beliau kepada pihak yang membuat tuduhan sedemikian.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor bertajuk “Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?” yang mana setiap sekolah perlu menghantar dua guru agama daripada keseluruhan 55 sekolah kebangsaan di negeri tersebut terpaksa mengugurkan perkataan KRISTIANISASI kerana hendak melayan orang-orang seperti ini. Apakah Allah telah manarik PERASAAN BERANI dan di tinggalkan hanya PERASAN TAKUT sahaja di hati kita?
 
Assalam alaikum saudara dan saudari dalam Islam yang sudah murtad.

Kawan saya Mohd Elfie Nieshaem Juferi dan saya berpakat dengan seorang lagi untuk menubuhkan sebuah persatuan untuk warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu yang murtad dari Islam. Keahlian terbuka kepada semua orang yang telah "Masuk Melayu" dan sekarang ingin "Keluar Melayu", atau orang yang "Lahir Melayu" dan sekarang ingin jadi Melayu Bukan Islam dan juga orang-orang Bukan Islam yang menyokong gerakan murtad di Malaysia.

Persatuan ini dinamakan KELAB MURTAD DI MALAYSIA (KMDM)

Kelab Murtad Di Malaysia (KMDM) ingin sekurang-kurangnya 1,000 ahli sebelum pilihan raya umum ke-13. Lagi banyak keahlian kelab kami lagi bagus! \:D/

Ibn Juferi




Gereja terbesar Asia Tenggara bakal siap di Bukit Jalil


 
 Jelas disini....NUSANTARA sedang di serang dengan KRISTIANISASI selepas dunia BARAT menolak mereka. Buktinya amat jelas disini dengan persedian awal membina sebuah GEREJA yang mengalahkan MASJID NEGARA di Bukit Jalil dan ianya di sokong oleh sebahagian besar Ahli-ahli POLITIK DAP di Selangor. Telah lama Kristian Bertapak di Sabah dan di Semenanjung semasa Kuasa Politik Melayu menguasai Perliment. Tapi mereka amat menghormati MELAYU ISLAM. Tapi selepas MELAYU ISLAM sendiri yang menyokong dan berkompromi dengan mereka, kerja-kerja "dakwah kristian" yang mereka diamkan selama ini digerakan dengan segera dan pantas bagi memenuhi peluang yang sedang terbuka luas ini.

Dalam dunia KONONnya DEMOKRASI adalah corak pemerintahan yang adil, sebenarnya DEMOKRASI itu sendiri telah banyak membunuh NEGARA-NEGARA ISLAM dan menjadi celaru "PENJAJAHAN dan BENTUK PERANG SALIB cara BARU" terus menyelinap masuk kononnya untuk membantu RAAYAT yang tertindas dan MUBALIG-MUBALIG KRISTIAN "MENDERU" masuk dengan berselindung di sebalik BANTUAN KEMANUSIAN.

tangisanmelayu - khatam Qura'an, hadis/sunnah, Sejarah/budaya Islam dan silat.....setiap anak Melayu Islam wajib lulus dan mengentahuinya.

Friday 30 March 2012

PENGUNDI MALAYSIA MENGIKUT MOOD...............bukanya memikirkan masa hadapan Generasi muda dan NEGARA.......

Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah

JUMAAT 8 Jamadil Awal 1433 - OLAK LEMPIT, Mahkamah akan bergolak kembali. Datuk Seri Muhammad Shafee akan menjadi Lowyer kepada Senator Datok Nalla. Mantan kawan baik Bapak President. Tapi kenapa tiba-tiba Datuk Seri Muhammad Shafee berminat dengan kes ini? Ini bukan kebijaksaan Datuk Seri sebagai Lowyer tapi sebaliknya Datuk Nalla mahu menelanjangkan Bapak President habis-habisan. Tapi kenapa pula kali ini Bapak President perlu menyaman Datok Nalla dan utusan sehingga RM 100 juta?

Peperangan baru hendak bermula. Belum apa-apa lagi yang jahat adalah UMNO. UMNO yang memaksa Datok Nalla "memfitnah Bapak President, UMNO yang memaksa Datuk Seri Muhammad Shafee menjadi Lowyer kepada Datok Nalla. UMNO memang jahat".

PRU ke 13 dah semakin hampir. Issu-issu hangat seperti sudah tiada. Najib telah banyak masuk kedalam jiwa raayat marhein. Kenaikkan harga minyak dapat di kekalkan dengan harga sekarang selepas subsidi disuntik. Kedai 1 Malaysia banyak menurunkan harga barang yang menjadi nadi kehidupan raayat bawahan. Kesilapan-kesilapan lampau sudah banyak di baik pulih oleh Najib. Selepas RM di jinakkan Najib dan tidak lagi mendahului Najib, rangking Najib melonjak ke 69% dari 59% sebelum itu seperti yang di dedahkan oleh Merdeka Center.

Hampir semua Pemimpin-pemimpin BN menutup mulut tapi dalam masa yang sama merangka kerja dan menyelinap turun kebawah menyelesaikan masalah raayat. Sedangkan PR sering melakukan kesilapan demi kesilapan. Kes liwat dan Video seseorang yang menyerupai Bapak Presidents telah memerangkap PR. Saksi keatas setiap kes adalah penting dan kemenangan Bapak Presidents adalah di sebabkan saksi. Kejadian sudah tidak menjadi penting kepada PR, tapi saksi keatas setiap kes adalah penting. Ini menjadikan PR terperangkap keatas kes-kes yang melibatkan UMNO, seperti kes NFcop. Walau pun perbicaraan belum bermula...tp Kak Jat telah meletak jawatan walau pun ini adalah kes suaminya dan tidak melibatkan Kak Jat. Ini adalah bonos kepada UMNO. 

Perhimpunan Wanita yang mencecah lebih 10,000 orang adalah kemenangan moral keatas Kak Jat. Tapi bagaimana dengan Bapak President?....bangaimana dengan Ustaz Dr. Badrulamin?....bagaimana dengan Azmin Ali dan bagaimana dengan Bang Mad Sabu?

Issu WSJ menyiarkan kenyataan Bapak President mahu melindungi Israel telah memusnahkan banyak harapan penyokong PR terutamanya PAS. Bagaikan menarik "AUR MENYUNSANG" kepayahan demi kepayahan terpaksa di galas oleh PAS. Harapan untuk ke Putrajaya hanya terletak pada PAS. Tapi PAS tidak sedar dengan kelebihan yang mereka ada. Sebaliknya PKR dan DAP melanyak PAS secukupnya. Untuk menarik diri dari PR adalah mustahil bagi PAS dan nak terus bersama banyak kerugian yang terpaksa di tanggung. Kemerosotan pengunjung ke cerahan PAS berlaku begitu ketara sekali, ini semakin terasa selepas Hassan Alli di pecat. 

Dunia Koperat juga semakin terasa dengan ketidakstabilan Politik Malaysia. PELABOR "PILIHAN RAYA" sudah kehilangan kepercayaan dan  menyumbang DANA kepada Bapak Presidents bukan lagi satu pelaburan yang bijak. Mereka juga terpaksa bersaing dengan kelahiran "Koperat Samseng" yang berselindung di sebalik kerjaya "POLITIK" samseng dengan melanggar semua undng-undang Negara. Ini menjadikan politik kita setaraf dengan Philipina, Thailand dan Indonesia. Sebagai Lowyer yang di segani, Tan Seri Muhammad Shafee, Datok Nalla dan beberapa orang lagi Ahli Koperat perlu mematikan langkah Bapak President dan kembalikan kesetabilan Politik untuk menyedarkan raayat dan faedahnya adalah untuk semua raayat Malaysia.

Bapa Presidents juga menyedari hakikat ini. Faktor usia (64 tahun) sekarang ini. PRU ke 13 adalah peluang terakhirnya untuk memegang tampuk Pemerintahan Negara. Bapa Presidents juga tahu yang PENGUNDI MALAYSIA mengundi mengikut MOOD dan bukannya memikirkan masa hadapan Negara. Hanya tinggal satu sahaja taliyan hayat yang ada...ia itu perlu mencipta issu baru yang boleh menyentuh hati nurani Orang Melayu. SIMPATI. Simpati adalah satu senjata seperti yang telah mereka lakukan semasa KES MATA LEBAM dan USUNG TILAM. 
 KASIHAN - masih adakah yang bersimpati dengannya atau........

Sekiranya emosi raayat dapat di mainkan, Bapa President mengharapkan undi protes 2008 bertukar menjadi UNDI SIMPATI, kerana undi simpati belum di cuba. Bapak Presidents cuba mengambil kesempatan ini dan ini yang telah dapat di baca oleh Datuk Seri Muhammad Shafee. Datok Nalla pula adalah saksi utama dan banyak bukti yang tersimpan padanya.....mungkin termasuk Rambut Palsu. Bagaimana PR hendak menolak saksi utama ini sedangkan kemenangan Bapak Presidents keatas kes Liwat adalah kelemahan saksi....Datok Nalla seorang yang bijak, Datuk Seri Muhammad Shafee seorang yang arif dan Bapak Presidents juga seorang yang "LICIN". Mematikan KERIER politik Bapak Presidents + saksi BERBUKTI vs undi SIMPATI + Campur tangan Asing..... siapa pilihan RAAYAT.....PRU ke 13 adalah penentu kuasa MELAYU di MALAYSIA.

tangisanmelayu - kita tidak perlukan dua PEMIMPIN didalam satu Negara.

Thursday 29 March 2012

ULAR LIDI TELAH MENJADI NAGA....yang di telannya adalah anak cucu kita dan tak mampu di selamatkan lagi, seperti kita kehilangan Singapura.

 DAP tidak boleh lagi di biarkan Bermaharajalela di Nusantara. Idealogi mereka amat bahaya kepada Negara. Dengan permintaan DONG ZHONG yang melampau telah menampakkan niat sebenar mereka adalah MENCINAKAN Malaysia seperti mereka telah praktikan di Singapura. Tapi disini mereka lebih ganas lagi kerana "Ulamak" PAS bersama mereka. Sedangkan di Singapura Ulamak tetap bersama perjuangan Islam Tulin. Sampai sekarang LKY gagal untuk menjinakkan Ulamak Singapura. Lihatlah bagaimana LGE dalam persidangan Perlimen. Sikap PAP jelas kelihatan di setiap hujahnya. Bersikap talam dua muka dan seolah-olah menjadi HERO atau pejuang kepada Melayu. Telunjuk amat lurus tetapi KELINGKING kukuh bekait. Penipuan cara ini telah beribu kali mereka gunakan kepada Melayu dan Melayu terus juga tertipu.

Dulu DAP (LGE)  paling kuat  mengutuk Hassan Merican semasa bekerja di Petronas , kali ini  dia puji pulak, bertentangan sekali dengan serangan yang dibuatnya terhadap Petronas dan Hassan semasa mula-mula LGE menjadi Ketua Menteri pada Pulau Pinang 2008. Beliau mengatakan bahawa pegawai-pegawai atasan Petronas iaitu Tan Sri Hassan dan yang lainnya sering berbelanja dengan tinggi seperti menggunakan jet milik Petronas.

Guan Eng meminta Perdana Menteri menyatakan sebab kenapa kerajaan melepaskan Hassan dan menyifatkan kehilangan itu sebagai satu tamparan terhadap usaha menarik balik hampir dua juta orang berbakat yang meninggalkan Malaysia sejak merdeka serta berapa ramai yang berjaya ditarik balik sejak Talent Corp ditubuhkan. Sedangkan yang paling banyak bekerja di Luar Negara adalah kaum Cina.


DAP adalah KOMUNIS yang di halalkan. Cuba tengok mereka menyelinap di dalam persatuan Dong Zhong. Persatuan ini terus diperjuangkan iaitu ia hanya dapat memberikan kepentingan kepada bangsa Cina sahaja. “Kalau kita tengok perkara itu, yang jelasnya, itu hanya untuk satu kaum sahaja, iaitu Cina. Semua guru yang mengajar di SRJKC haruslah berbangsa Cina dan hanya boleh bertutur Mandarin. Mengajar Bahasa Melayu juga nampaknya haruslah orang Cinakan. Sistem pendidikan di negara kita haruslah berdasarkan kepada pendidikan yang menyeluruh dan mampu memberikan kebaikan kepada semua pihak.

Kerajaan Melayu yang baik hati, bertolak ansur dan "PENAKUT"(Cina Undi Penentu) ini telah memberi segala-galanya hanya kerana pendidikan adalah sumber utama untuk memajukan negara dan bukannya untuk bersengketa, Tetapi DAP tetap mempertahankan Dong Zhong, ini adalah dilihat sebagai halangan untuk membolehkan Malaysia mencapai dan mengekalkan perpaduan dari setiap bangsa dan agama. Mereka tidak kira semua itu. Yang penting bagi mereka adalah membuat pengusiran secara halus Guru Melayu dari Sekolah, Kolej dan Universiti yang di kuasai oleh mereka, ini kerana mereka ada agenda tersembunyi di sana. Mereka akan mendapat pendidikan percuma, perbelanjan dan gaji dibayar oleh kerajaan sedangkan dalam perlembagaan tidak ada peruntukan untuk sekolah cina dan india dan besar kemungkinan permintaan ini boleh berjaya dengan ELAUN di beri kepada Guru Melayu yang boleh berbahasa Cina. Secara halus bila Guru Melayu dapat di cinakan, maka keseluruhan murid(Jenerasi Melayu Masa Hadapan) juga kan menerima budaya Cina dan dengan mudah Melayu akan menyerap dalam cina dan bukan Cina di Melayukan seperti Indonesia. Maka luputlah Melayu di bumi sendiri tanpan membunuhnya.

Copstik

FATWA ORANG ISLAM MENGGUNAKAN COPSTIK

Tarikh Keputusan: 2 Jun 1990
Huraian Tajuk/Isu Permasalahan mengenai Perusahaan copstik (penyepit makanan)
Keputusan:  Jawatankuasa berpendapat bahawa perkara copstik (penyepit makanan) tidak termasuk dalam urusan keugamaan. Dengan yang demikian itu perusahaan mengenainya tidak ada apa-apa halangan.
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
tangisanmelayu - satu contoh kecil kita membudayakan budaya Cina, sesuatu yang bukan dari budaya Orang Melayu dan Islam.



Dalam semua sektor sekarang ini mereka (DAP) sedang menghapuskan Jati Diri Melayu dengan mempertikaikan apa saja yang bersangkut dengan Melayu. Ugama, Budaya, tatsusila, cara hidup, Tanah Wakaf, tulisan, Simpanan Melayu, Bahasa dan Raja. Sehinggakan kita tak tahu dimana Melayu kita. Sedangkan mereka terus kekal dengan CINA mereka. Dengan 6 juta Cina Malaysia dan di tambah dengan berjuta-juta pendatang Asing atau Halal.....menjadikan kuasa membeli kita semakin rendah dan DAP telah nampak yang cina tidak perlukan Melayu lagi dalam servival hidup mereka seperti di awal kemerdekaan. DAP telah berjaya menyatukan semua ETNIK Cina. Mereka kini bergerak di atas 1 Cina.
Sudah Ramai Melayu menjadi cina melebihi  cina sendiri

tangisanmelayu - MCA mula bersuara hanya kerana mereka perlukan calon di tempatkan dikawasan Melayu Majoriti rendah(contoh - melayu 51% - cina 40% - india 9%) dan mereka menunggu masa untuk melompat ke DAP sekiranya kawasan seperti ini mereka menang. PERCAYALAH Melayu dalam bahaya. Pembahagian Kerusi BN adalah amat sukar bagi Najib untuk PRU ke 13 ini. PAS akan di sisih di beberapa kawasan dan calon PKR akan mengambil alih kawasan itu.



Wednesday 28 March 2012

RAJA-RAJA MALAYSIA BUKANLAH SEBODOH YANG DI SANGKA, masanya akan tiba untuk Tuanku menggunakan kuasanya seperti yang terdapat dalam PERLEMBAGAAN mengikut tafsiran ASAL .

Akuan batal Sijil Anak Negeri ADUN Sri Tanjong dikemukakan

28/03/2012 
Tuanku Sultan Muhammad

KOTA KINABALU 28 Mac — Lembaga Pegawai Sabah yang dilantik Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjong daripada, Jimmy Wong.
Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, lembaga berkenaan telah melakukan siasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri ahli DAP tersebut atas beberapa faktor.
Beliau berkata, ini termasuk maklumat keturunan yang dituntut Wong sebagai Sino-Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunannya yang sebenar.
"Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya.
"Sebab itu, Lembaga Pegawai mendapati Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64),” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.
Bagaimanapun, Hajiji berkata, keputusan lembaga itu hanya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan Disember lepas. — BERNAMA
 
tangisanmelayu - menarik balik keraayatan juga ada dalam klos Perlembagaan Tanah Melayu sebelum Sabah dan Sarawak masuk bersatu dan menjadi Malaysia.  tangisanmelayu menunggu Peguam Negara membawa kes-kes DURHAKA kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung seperti kes Al-Maunah yang di cas "Mendatangkan Peperangan Kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung".

Tuesday 27 March 2012

KERANA MULUT BADAN BINASA....bahana dari sorang Raja yang Berdaulat, kemungkinan hilang kerusi JELUTUNG.

Kes hasutan: Karpal gagal merayu

 Karpal Singh

PUTRAJAYA 26 Mac - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini gagal merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung perintah Mahkamah Rayuan mengarahkannya membela diri atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan membabitkan Sultan Perak, tiga tahun lalu.
Ia berikutan keputusan panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan notis usul pihak pendakwaan yang memohon agar rayuan itu diketepikan tanpa mendengar meritnya.
Dengan keputusan tersebut, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dijadual memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi pada 30 dan 31 Mei ini.
Beliau bagaimanapun masih menunggu tarikh pendengaran di hadapan satu panel Mahkamah Rayuan lain untuk menyemak keputusan terdahulu yang mengarahkannya membela diri.
Hakim Zulkefli ketika membacakan keputusan ringkas itu menyatakan, isu berhubung perkataan 'keputusan' mengikut definisi Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman (COJA) 1964 yang dibangkitkan oleh pendakwaan, terpakai dalam prosiding hari ini.

tangisanmelayu - menghasut raayat supaya membenci Tuanku, mendatangkan peperangan kepada Tuanku, mencuri hasil bumi Tanah Melayu juga adalah mendatangkan kesusahan kepada Tuanku dan Negara....Peguam Negara perlu melihat ini satu jenayah kepada Tuanku dan raayat.

Monday 26 March 2012

ULAMAK BERCANGGAH PENDAPAT.....mengapa tidak kembali kepada FATWA?....kerana kita merasakan kita lebih mengentahui sehingga kita mengetepikan ijmak ulamak.

SERUPA TAPI TAK SAMA

Blogers : Seorang kata halal , seorang  lagi kata haram . Semua beralasan dengan Islam . Mana yang betul ini? Atau  Islam sedang di perdagangkan? Jangan berdaganglah Ugama dengan ISRAEL, mereka tidak akan membelinya. Jangan di buat biasa, ramai di kampung sana yang menjadi pengikut dan mereka mentafsirkan apa yang di cakap benar belaka. Jangan perbodohkan mereka. Sepatutnya kita mendidik mereka dan bukannya menggunakan mereka kerana kepentingan politik sahaja. Pakat main cakap ikut sedap mulut  aje !!!!! TGHH dan TGNA kata halal berniaga, Tantawi kata haram. apa nak jadi denga ngo orang ni. Tiap saat boleh berubah bukan diatas kehendak Ugama tapi di atas kepentingan politik. Kata puak lidah bercabang ngko orang marah. Kejatuhan ISLAM adalah di sebabkan pemimpinya dan bukanya kerana raayat. Jadi... janganlah membuat kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Kami dah jemu.....Imam pun boleh di tegur kalau dia tersilap dalam SOLAT.....adakah menegur ULAMAK akan menjadi salah dan di anggap tidak menghormati ULAMAK kalau kita menegur kerana kita tahu mereka sedang melakukan kesalahan?

 Lihat gambar ini....kalau dulu majlis seumpama ini hanya berlaku di majlis tertutup dan dah tentulah Pemimpin UMNO yang selalu terlibat dengan Majlis seperti ini....itu pun hanya menjadi buah mulut sahaja kerana sukar untuk mendapatka bukti bergambar. Ini jelas dan nyata dengan gambarnya sekali. Kenapa tidak di beritahu lebih awal yang "Kita tak dapat datang atau menghadiri Majlis yang ada di hidangkan arak....atau kita suak untuk mengundang fitnah" fikir-fikirkanlah.
POK KA
tangisanmelayu - singapura di langgar todak....di bunuhnya budak itu kerana mengeluarkan IDEA menggunakan batang pisang sebagai kubu untuk menghalang serangan todak.....eh...eh...kesian.

MELAYU VS MELAYU.....menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu.....

Pemberontak MILF, MNLF bertempur, 2 terbunuh

MELAYU MORO
26/03/2012

COTABATO 26 Mac - Pertempuran antara dua kumpulan pemberontak bersenjata menyebabkan dua orang terbunuh dan memaksa kira-kira 270 keluarga meninggalkan rumah masing-masing di wilayah bergolak di selatan Filipina, kelmarin.
Jurucakap tentera Filipina, Kolonel Prudencio Asto berkata, lapan rumah turut terbakar dalam pertempuran antara pemberontak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).
Katanya, pemberontak MILF menyerang anggota MNLF di kawasan pertanian di pekan Carmen dekat selatan pulau Mindanao.
"Masing-masing seorang anggota kumpulan MILF dan MNLF terbunuh dalam pertempuran tersebut," katanya. - AFP

tangisanmelayu - biduk lalu,kiambang sukar bertaut kembali.....

Sunday 25 March 2012

SIAPAKAH PETUALANG DI ANTARA KITA....terampunkah dosa-dosa kita kepada anak cucu kita dan UGAMA ISLAM yang berkehendakan kita SYAHID untuk mempertahankan Tanah Air tercinta ini.

 


              IDEAS PRESS STATEMENT
              For Immediate Release


IDEAS: The civil service must prepare for government transition.

Kuala Lumpur, 23 March 2012: The Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) today releases a new Policy Ideas briefing paper that calls for the civil service at federal and state levels to plan and prepare for a smooth transition of administration. This is particularly important as we get closer to the general elections.

The Policy Ideas briefing paper argues that a smooth transition is more than just a peaceful transfer of power. It is also about ensuring that the effective functioning of government does not become too disrupted during the transition period. It provides case studies on how transition was managed in the United States, the United Kingdom and Germany, and the strengths and weaknesses of the systems in these
countries.

Wan Saiful Wan Jan, chief executive of IDEAS says: "A clearly defined transition process is important. Politicians, especially those who are now in power, must accept that for the sake of the rakyat, they must create a proper transition plan. And looking at the latest developments, I think that it is more important to prepare in the states rather than federal because there is a chance we will see some states changing hands. Just imagine how disruptive it could be for the rakyat there if Kelantan or Sabah change hands. We can avoid the disruption by planning early."

In the short term, IDEAS proposes that:

1. Civil service must conduct detailed scenario planning to explore the different possible election outcomes.
2. Senior civil servants at both state and federal levels must hold confidential meetings with opposition leaders to start building trust and identify priorities
3. The focus has to be at state level because it is likely that there will be changes at state level in the coming elections.

In the long term, IDEAS proposes that:

1. A transition guideline must be developed on a cross-party basis detailing the processes involved before and immediately after elections to ensure smooth changeover.
2. Politicians at both state and federal levels should be trained on the inner-workings of the civil service.

--

Wan Saiful Wan Jan
Chief Executive
Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)
D6 Taman Tunku, Bukit Tunku,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +60 3 6201 8896 / 8897
Hp: +60 13 278 6334
Fax: +60 3 6211 0222
Web: www.ideas.org.my
Who the hell they think they are?

Mereka ini pastinya hanya burung parrot kepada orang-orang tertentu untuk menyampaikan arahan mereka. Mereka adalah berikut:




Kiri ke kanan: Dato Seri Azman Ujang, Dato Nur Jazlan Tan Sri Mohd Rahmat dan di bawah Wan Firdaus Wan Mohd Fuaad

Dato Seri Azman Ujang adalah bekas Chief Editor Bernama. Dato Nr Jazlan adalah ketu Bahagian UMNO Pulai. Manakala Wan Firdaus adalah pegawai sulit Menteri Besar Johor dan ahli Lembaga Pengarah Kulim Berhad. Wan Firdaus adalah sebahagian dari pemain utama IDEAS.

tangisanmelayu - apakah Kerajaan sekarang terlibat dengan IDEA pertukaran KERAJAAN ini? Kalau YA...kenapa? adakah ini termasuk dalam PLAN TRANSFORMASI Najib yang menjadi RAHSIA KERAJAAN yang sengaja di RAHSIAKAN dari RAAYAT MELAYU...?

DIBAGI BETIS NAKKAN PAHA, DI BERI TANAH NEGARA PULA MEREKA INGINKAN....melayuku akan terus mengemis di bumi sendiri dengan PEPERANGAN DEMOKRASI.

Suruhanjaya REID


POLITICAL TESTAMENT BETWEEN UMNO, MCA & MIC






Diatas adalah dokumen yang asal Suruhanjaya Reid!

Dibawah ini pulak petikan artikel dari blog Chedet bertarikh July 12, 2008.

1. Before there was Malaya and Malaysia the peninsular was known as Tanah Melayu, or Malay Land.

2. Saying this alone would result in accusations of being racist.

3. But I need to go back in history if I am going to be able to explain about Malaysia's social contract.

4. Through treaties signed by the Rulers of the Malay States of the Peninsular the British acquired the right to rule the Malay States. These treaties obviously recognised and legitimised the States as Malay States. No one disputed this. Even the aborigines accepted this as shown by their submission to the rule of the Malay Sultans.

5. Initially the peoples living in the States were divided into indigenous Malays and aborigines who were subjects of the Malay rulers and foreign guests who were not subjects of the rulers. There were no citizenship or documents about citizenship status as in most countries.

6. The foreign guests prospered in the British ruled Malay States and in the British colonies of Penang, Malacca and Singapore. The Malay subjects of the Rulers and the Rulers themselves did not feel threatened by the numbers of these non-Malays and the disparities between the general wealth and progress of the foreign guests and the subjects of the Rulers. They did not think that the foreigners who had settled in the country would ever demand citizenship rights.

7. When Japan conquered the Malay States and the colonies of the Straits Settlements, the Chinese felt insecure as the Japanese were their historical enemies.

8. Many Chinese formed and joined guerilla forces and disappeared into the jungle. When Japan surrendered the Chinese guerillas came out and seized many police stations in the interior and declared that they were the rulers of the country. They seized many people, Chinese and Malays and executed a number of them.

9. Malay villagers retaliated by killing the Chinese in the rural areas. Tension rose and a Sino-Malay war was only averted because of the arrival of British forces. But the ill feeling and animosity between the two races remained high.

10. It was in this tensed situation that the British proposed the Malayan Union which would give the "guests" the right of citizenship as indistinguishable from that of the Malays.

11. The Malays rejected the Malayan Union and its citizenship proposal. They forced the British to return to the status quo ante in a new Federation of Malaya.

12. Only Chinese who were British subjects in the colonies of the Straits Settlements were eligible to become citizens in this new Federation. Naturally the Malay citizens far outnumbered the Chinese Malayan citizens.

13. Chinese leaders appealed to the British, who then persuaded the UMNO President, Dato Onn Jaafar to propose to open UMNO to all races. This proposal was rejected by the other UMNO leaders and Dato Onn had to resign.

14. The British kept up the pressure for the Malays to be more liberal with citizenship for non-Malays.

15. Tunku Abdul Rahman, the President of UMNO decided on a coalition with MCA (Malaysian Chinese Association) and the MIC (Malaysian Indian Congress). In the 1955 elections to the Federal Legislative Assembly, since there were very few constituencies with Chinese or Indian majorities, the MCA and MIC partners had to put up candidates in Malay majority constituencies after UMNO undertook not to contest in these constituencies but to support MCA Chinese and MIC Indian candidates instead.

16. Such was the support of the Malays for the MCA and MIC alliance candidates that they won even against Malay candidates from PAS. The MCA and MIC candidates all won. Only UMNO lost one constituency against PAS.

17. The Tunku as Chief Minister of a self-governing Federation of Malaya then decided to go for independence. The British continued to inisist on citizenship rights for the Chinese and Indians as a condition for giving independence.

18. To overcome British resistance to independence and to gain the support of the Chinese and Indians, the Tunku decided to give one million citizenship to the two communities based purely on residence. One notable new citizen was (Tun) Leong Yew Koh, a former general in the Chinese National Army who was later appointed Governor of Malacca.

19. It was at this stage that the leaders of the three communal parties who had formed the Government of self-governing British Federation of Malaya, discussed and reached agreement on the relationship between the three communities in an independent Federation of Malaya.

20. It was to be a quid pro quo arrangement. In exchange for the one million citizenships the non-Malays must recognise the special position of the Malays as the indigenous people. Certain laws such as the pre-eminence of Islam as the state religion, the preservation of Malay reserve land, the position of the Malay Rulers and Malay customs and the distribution of Government jobs were included in the understanding.

21. On the question of national language it was agreed that Malay would be the national language. English should be the second language. The Chinese and Indians could continue to use their own languages but not in official communication.

22. Chinese and Tamil primary schools can use their languages as teaching media. They can also be used in secondary schools but these have to be private schools.

23. For their part the Chinese and Indian leaders representing their parties and communities demanded that their citizenship should be a right which could not be annulled, that they should retain their language, religion and culture, that as citizens they should have political rights as accorded to all citizens.

24. Much of these agreements and understandings are reflected in the Federal Constitution of Independent Malaya. For everything that is accorded the Malays, there is always a provision for non-Malays. Few ever mention this fact. The only thing that attracts everyone's attention and made a subject of dispute is what is accorded the Malays and other indigenous people.

25. Thus although Malay is to be the National Language, Chinese and Tamil can be used freely and in the Chinese and Tamil schools. In no other country has there been a similar provision. Even the most liberal countries do not have this constitutional guarantee.

26. The national language is to be learnt by everyone so that Malayan citizens can communicate with each other everywhere.

27. It was understood also that the Chinese language referred in the understanding were the Chinese dialects spoken in Malaysia, not the national language of China. Similarly for Malayan Indians the language was Tamil, not Hindi or Urdu or whatever became the national language of India. However, the Chinese educationists later insisted that the Chinese language must be the national language of China i.e. Mandarin.

28. The official religion is Islam but other religions may be practised by their adherents without any restriction. As the official religion, Islam would receive Government support. Nothing was said about support for the other religions. The non-Malays did not press this point and the Federal Constitution does not mention Government support for the other religions. Nevertheless such support have been given.

29. A quota was fixed for the Malayan Civil Service wherein the Malays would get four posts for every one given to Chinese or Indians. However it was recognised that the professional post would be open to all races as it was never thought possible there would be enough Malays to take up these posts.

30. The result was that in the early years of independence there were more non-Malays in Division 1 than Malays.

31. The Agong or the Rulers of the States should determine quotas of scholarships and licences for Malays. But no one should be deprived of whatever permits or licences in order to give to Bumiputras.

32. The position of the Malay Rulers was entrenched and could not be challenged. There would be a Paramount Ruler chosen from among the nine Rulers who would serve for five years.

33. The rulers were to be constitutional rulers. Executive power was to be exercised by elected Menteris Besar, Ketua Menteri (Chief Minister) and Prime Minister, assisted by members of councils and cabinets. The British practice was to be the model.

34. The most important understanding was the adoption of Parliamentary Democracy with a Constitutional Monarch, again after the United Kingdom model. It should be remembered that the British imposed an authoritarian colonial Government on the Malay State, the power resting with the Colonial Office in London.

35. Before these the Malay States were feudal with the Malay Rulers enjoying near absolute power. Only the elites played a role in State politics. The Malay subjects had no political rights at all. Certainly the guests had no say in politics. Even the Chinese and Indian British citizens had no say though they may be appointed as Municipal or Legislative Councillors.

36. The decision to adopt a democratic system of Government was a radical step in the governance of the Federation of Malaya and of the Malay States. This was agreed to by the leaders of the three major communities as represented by their political parties i.e. UMNO, MCA and MIC. There can be no doubt that these parties represented the vast majority of the three communities in Malaya. The Communists and the other leftists did not signify their agreement to the understanding.

37. The Reid Commission was briefed on all these agreements and understanding so that they will be reflected in the Constitution to be drawn up. All the three parties approved this Constitution after several amendments were made. In effect the Constitution became a contract binding on all the three communities in the Federation of Malaya upon attaining independence in 1957.

38. When Sabah and Sarawak joined the Peninsular States to form Malaysia the social contract was extended to the two Borneo States. The natives of Sabah and Sarawak were given the same status as the Malays. At this time the word Bumiputra was introduced to distinguish the indigenous Malays and Sabah, Sarawak natives from those descendants of foreign immigrants. Because Malay was widely used in the Borneo States there was no difficulty in the acceptance of Malay as the national language. The fact that the natives of the two states are not all Muslims necessitated no change in the Constitution once the word Bumiputra was accepted. But the official definition of a Malay remained.

39. The embodiment of the social contract is therefore the Constitution of first, the Federation of Malaya and then Malaysia.

40. To say it does not exist is to deny the contents of the Constitution which was based upon the acceptance by the leaders of the three communities of the original social contract.

41. All subsequent actions by the Government were the results of this social contract. The fact that the initiators of this social contract and their successors were endorsed by the people in every election reflects the undertaking of the people to honour this social contract.

42. Saying that the social contract does not exist is like saying that Malaysia exists in a vacuum, without a Constitution and laws based on this Constitution.

43. Implementing the social contract requires understanding of its spirit as much as the letter. The social contract is aimed at creating a multi-racial nation that is stable and harmonious. Any factor which would cause instability and result in confrontation between the races must be regarded as incompatible with the spirit of the social contract.

44. For 50 years no one seriously questioned the social contract. Even today the majority of Chinese and Indians and the indigenous Malays and natives of Sabah and Sarawak accept the social contract. But because Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi basically lost the 2008 election and now heads a weak Government the extremists and erstwhile detractors have questioned the social contract. The Bar Council has now become a political party believing that its expertise in law will exempt it from being questioned as to its credentials and its political objectives.

45. Abdullah's UMNO is incapable of countering any attack on the social contract. If anything untoward happens Abdullah and UMNO must bear responsibility.

*****


KONTRAK SOSIAL MALAYSIA

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.
***********************************************************************

Petikan dari akhbar pada tahun 1965, ini sejarah! Baca dibawah ini..

KUALA LUMPUR, 24 JUN 1965 – Menteri Kerjayara, Pos dan Telekom, Datuk V.T Sambanthan, hari ini telah bertanyakan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.

Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.

Datuk Sambanthan berkata demikian di dalam Dewan Rakyat tadi ketika dewan mendebatkan titah ucapan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.

Di dalam ucapannya selama 45 minit, Datuk Sambanthan telah mengkecam hebat sikap Lee Kuan Yew yang memainkan peranan perkauman di sini untuk kepentingan diri sendiri.

Beliau menuduh Lee Kuan Yew cuba memainkan politik perkauman dengan mengatakan Kerajaan Melayu Pusat cuba menguasai Kerajaan Negeri.

Datuk Sambanthan telah bertanyakan Lee Kuan Yew di mana letaknya logik tuduhannya itu.

Katanya: “Jikalau sungguhlah dakwaan Lee Kuan Yew itu, memang bodohlah pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.

“Jika benar laungan-laungan Lee Kuan Yew itu bahawa Kerajaan Melayu Pusat hendak mengusai bangsa-bangsa lain, mengapa mereka membenarkan bangsa-bangsa asing itu dengan senang saja menjadi warganegara di sini”.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka denga mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.

Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?” (Berita Harian: 25.6. 1965). Dipetik dari Blog PARPUKARI

tangisanmelayu - tangisan semalam.....sendunya di bawa hingga ke petang.

Saturday 24 March 2012

SAMSENG MANA PULAK YANG HALANG MENTERI BELIA masuk ke Permatang Pauh ni.....ini mesti kerja UMNO ni....

Samseng Buat Onar,Halang Menteri Hadir Majlis

 

BUKIT MERTAJAM 24 Mac - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Ahmad Shabery yang juga bapa angkat kepada UMNO bahagian Permatang Pauh berkata, insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam.

"Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Gelombang Biru itu di sini.

Ahmad Shabery berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan penyokong parti pembangkang itu bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara dan demokrasi yang digembar-gemburkan pembangkang dan sering menuduh anggota BN sebagai gengster. - BERNAMA. 



tangisanmelayu - ini tentu kerja UMNO ni...hantar samseng buat kacau majlis Sabiri Chik di Permatang Pauh...semua tempat dia nak langgarnya...UMNO ingat ini cerita ARUNACHALAM ka?....

BILIK KAUNSELING DI BALAI POLIS dan Guru Ugama di libatkan sama untuk membenteras gejala sosial remaja kini..........

MASJID NURUL HUDA OLAK LEMPIT

Sabtu 2 Jamadilawal 1433 - Olak Lempit, semalam Jumaat. Semasa Aki ke masuk simpang ke Masjid Olak Lempit jam menunjukan 13:05 minit suasana tenang, cuma jalan raya agak sebuk. Semasa keluar dari Masjid selepas Solat Jumaat, simpang masuk Masjid amatlah sesak....rupanya berlaku KEMALANGAN 4 buah kenderaan serentak semasa SOLAT JUMAAT tadi. MasyaAllah....untuk meninggalkan KHARIAH seeloknya sebelum jam 11:00 pagi dengan itu kita boleh berniat musafir kalau ianya lebih 2 marhalah.

Pagi ini suasana tenang bersama isteri meredah embun pagi seawal jam 5:50 pagi mencari keredhaan Allah. Persimpangan masuk ke masjid agak tenang....masjid terang benderang. Selepas subuh...jam 6:40 pagi Aki bersama isteri singgah di pusara Almarhum Qhairul Al-Rafsyan Jani dan Mohammad Fudhail yang jarak sehasta sahaja antara keduanya. Ini adalah tahun ke 4 Almarhum meninggalkan Aki. Banyak daun-daun kering bertaburan di atasnya....Al-Fathihah untuk mereka,semoga Allah menjauhkan mereka dari siksa kubur dan ampunilah dosa-dosa mereka. Semalam sahabat baiknya Afiq datang menjengah Aki dan sempat isteri Aki menjamu nasi kepadanya serta kawan-kawannya. Segala kenangan silam menjengah sementara keruang fikiran Aki.

Jam 7:20 pagi Aki sampai di rumah....cucu Aki Iman Al-Faris berusia 4 bulan itu telah bersedia di atas tilam di ruang tamu untuk di "GOMOL"....maka mengekek-ngekeklah ia ketawa kegelian dengan janggut Aki ini dan akhirnya dia menangis bila aki menggigit perutnya kerana terlalu geram. Aki tinggalkan ia bersama Abahnya dan Aki mengadap Laptop melayari internet menjelaja dunia di hujung jari.
Tan Sri Ismail Omar - Ketua Polis Negara

Terjumpa Ketua Polis Negara mengatakan kejadian beberapa penculikan yang berlaku sekarang ini bukanlah semuanya melibatkan penculikan sebenar. Tapi sebaliknya adalah GEJALA sosial di mana anak-anak gadis yang mengikut kawan lelaki mereka tanpa pengentahuan ibu bapa. Dengan kenyataan ini, Aki nampak ruang untuk kejadian ini terus berlaku adalah amat besar sekali. Lelaki dalam fitrah kejadiannya adalah untuk melindungi perempuan. Dengan itu adalah lebih baik PDRM mengujudkan "UNIT KAUNSELING" untuk menyelesaikan kes-kes remaja lari dari rumah ini secara mendidik dan di jadikan "LEGAL" sebagai jalan terakhir.

Seandainya Ibubapa melaporkan anak perempuannya di culik, sedangkan dia bersama kawan lelakinya secara sukarela, maka kes seperti ini kedua-dua ibubapa di panggil ke Balai Polis dan PDRM menasihati kedua dua waris supaya di kahwinkan remaja ini kalau itu yang terbaik...dan kalau ada tentangan, maka Kawan Lelakinya di cas sebagai menyembunyikan anak gadis orang. Jika ada remaja perempuan yang degil selepas disuruh balik dia enggan....maka Kawan Lelakinya berhak menghubungi Polis untuk menyerahkan kawan perempuannya kepada Polis untuk tindakan seterusnya. Bagi pendapat Aki....dengan cara ini kes-kes seperti ini dapat di selesaikan walau pun tidak 100%.

Institusi KELUARGA tidak dapat di nafikan lagi....ianya telah runtuh dan gejala sosial amat parah sekarang ini. Pengaruh luaran ketas REMAJA seakan tidak dapat di bendung lagi. Menuding jadi kepada KELUARGA, KERAJAAN, NGO dan PIHAK BERKUASA bukanlah jalan yang terbaik. Jenerasi masa kini adalah pemimpin di masa hadapan. Keruntuan akhlak remaja kini akan menular kepada Dasar Kerajaan di masa hadapan.....

tangisanmelayu - Lengkapkan BILIK KAUNSLING di Balai Polis dengan seorang Guru Ugama.

Friday 23 March 2012

MAHFUZ kene balun dengan geng dia sendiri,.....akai ada ka?.........



Ps:. Kali ni tak payah susah - susah untuk blogger BN yang menjawab tuduhan Si Mahfuz Bean ni sebab dikalangan blogger diorang pun dah buat.

Agaknya, baru sekarang la diorang sedar yang Si Mahfuz ni memang betul - betul bebal dan tak tau apa yang dia buat. Itu pasal la orang panggil dia badut!!! Sebab dia suka buat benda yang bukan - bukan!!!
KITA benar-benar tidak faham kemana arah yang nak ditujui Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dalam membangkitkan isu perniagaan dengan Israel ini?
Memanglah beliau mempersoalkan hubungan perniagaan antara Felda dengan negara yahudi tersebut, tapi bukankah sudah dijelaskan bahawa produk Felda itu dipesan dan dihantar ke sebuah syarikat Palestin di Jenin tapi melalui pelabuhan Ashdod Israel kerana Palestin tidak mempunyai pelabuhan.
Oleh itu, untuk apa Mahfuz memanjangkan lagi isu yang bukan isu ini?  Terbaru, dilaporkan pula bahawa Mahfuz mempertikaikan kononnya tidak ada bukti minyak sawit tersebut sampai ke syarikat Palestin yang dikatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan.
Penulis yakin, kalau Felda boleh menunjukkan bukti penghantaran ke syarikat Palestin di Jenin itu, Felda juga tidak mempunyai masalah menunjukkan bukti penerimaannya, kerana diakhir nanti bayaran perlu dibuat dan semua dokumen itu diperlukan untuk tujuan pemprosesan.
Dan jika itu berlaku, siapakah nanti yang akan teruk menerima kesan?  Mahfuz?  Atau Pakatan Rakyat dan PAS secara keseluruhanya.
Anyway, kalau benar sekalipun Felda berurusan dengan syarikat yahudi, apa pula masalahnya?  Bukankah sudah disebut bahawa PAS tidak menghalang perniagaan dengan Israel?  Jadi untuk apa lagi dibesar-besarkan dan dipanjang-panjangkan isu ini?
Tidakkah nanti ia hanya menimbulkan polemik berpanjangan berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan The Wall Street Journal mengenai komitmen beliau dan kerajaan Malaysia yang bakal dipimpinnya nanti untuk melindungi keselamatan Israel?
Adakah ini tujuannya Mahfuz memanjang isu Felda dan Israel ini, kerana mahu masyarakat terus menerus bercakap tentang polemik tersebut supaya diakhirnya nanti imej Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat akan terjejas?
Penulis suka nak mendengar tujuan sebenar Mahfuz membangkitkan isu ini kerana dikala ramai penyokong PAS sendiri sudah boleh menerima hakikat bahawa Malaysia tidak  boleh selamanya menjauhkan diri dari Israel, Mahfuz  pula cuba meneruskan gambaran bahawa Israel perlu dimusuhi selama-lamanya.
Bagaimana rakyat Malaysia mahu menerima hakikat bahawa keselamatan Israel perlu dijamin untuk menjayakan usaha damai Israel-Palestin, kalau Felda menggunakan pelabuhan Israel untuk menghantar produk ke Palestin pun dijadikan isu?
Ini yang perlu dijelaskan Mahfuz kerana penulis rasa seluruh tanggungjawab akan diletakkan ke atasnya jika isu ini menjadi kontroversi di kalangan masyarakat nanti.
Mahfuz perlu lebih bijak dalam memainkan peranan di Parlimen.  Walaupun niatnya untuk menjatuhkan reputasi BN dan Felda dalam konteks hubungan perniagaan dengan yahudi, tapi ianya perlulah dilakukan dengan bijaksana, bukan membabi buta tanpa fakta yang kukuh!!! - Sumber
tangisanmelayu - semua jadi macam wau putus tali selepas depa kata boleh meniaga dengan yahudi....

BATIN ABAI....."ini saudara kamik....kamik mau tinggal disini sama puak kamu....kita punya rumah sudah habis itu cina sudah runtuh mau buat bandar baru.

 Kampung kita jadi Pekan Cina dan kebun kita jadi Jerrat Cina

Jumaat 1 Jamadil Awal 1433 - Olak Lempit......khutbah hari ini dengan tajuk "Cinta"....LOVE, cinta pada Allah dan Rassul, cinta pada Isteri, cinta pada Ugama....tapi tidak di ceritakan cinta pada NEGARA. Mungkin negara kita dah nampak bukan hak milik kita lagi kottttt. Sejarah kehilangan Tanah Melayu ini terlalu panjang.....dan ianya menjadi lebih parah selepas Malay Reseve boleh di tukar milik....dan menjadi hak orang lain dan ianya tidak pernah di ganti. Tun M pernah menyentuh perkara ini. 1 juta keraayatan di beri kepada Imegran 3 juga hektar Malay Reseve akan di "gezetkan".

Tapi perkara ini tidak pernah berlaku. Semasa Tun M menjadi PM lah Malay Reseve banyak yang hilang tanpa di ganti. kesilapan demi kesilapan kita buat. PM pertama memberi keraayatan kepada Imegran tanpa persetujuan Orang Melayu, PM kedua menggubal kanun Tanah Negara dan boleh di milik asingkan. PM ketiga menumpukan kepada penyususnan masyarakat dan Perpaduan Bangsa dan muhibbah di jadikan Agenda utama Negara, PM ke 4 membangunkan Negara dengan meletakan "sementara" Malay Reseve di bawah meja, PM ke 5 alahai....malas nak tulis dan kini PM ke 6 dengan kepayahan membaiki kerosakkan yang di tinggalkan oleh PM ke 5.

Jika semua PM melakukan kesilapan yang berulang-ulang dan menyembunyikan banyak FAIL Melayu di bawah meja, maka  kini sampailah masanya kita perlu mencari semula "saudara" kita yang telah lama kita lupakan di Tasek Bera, di Banjaran Titiwangsa dan di sabah dan Sarawak. Bagaimana nak hidup cara Temiang, Jakun, Negrito, Senoi, Semelai, Temuan dan banyak lagi yang berada di belentara Sabah dan Sarawak......mungkin juga kita perlu belajar cara berhuma dan memburu menggunakan jerat dan tombak.

Benarlah dan sememangnya telah menjadi kenyataan seperti yang di laungkan oleh Lim Kit Siang...."Hoiiii....Orang Melayu....lu balik kampung la, ini KL kita punya". Tapi mereka dah pergi lebih jauh dari itu. Kampung pula di ambil untuk di jadikan kediaman "terakhir" mereka.


Malay Reseve Di Hina Sedemian Rupa.

Malay Reseve yang telah di ubah SYARAT dan di jadikan Tanah Perkuburan Cina Laknattullah. Semua ini adalah kesilapan yang tidak boleh di maafkan. Sejarah kejatuhan Ugamabangsa, bukanlah atas kekuatan musuh, tapi sebaliknya adalah kerana kita terlalu percayakan JANJI yang di ucap. Sehingga sekarang, Melayu mudah termakan janji, walau pun di janji bulan dan bintang(mustahil dipenuhi) Melayu tetap percaya. Lihatlah KALDAI dadah, di buntingkan Awang Hitam, SAHAM cepat kaya, gores dan menang.....mereka yang terperangkap ini semuanya adalah MELAYUku.
 
tangisanmelayu - pedihnya hulu hati ni.....lok tujuh Almarhum Ayah masih belum di limaukan lagi.