,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 30 July 2012

MALAYSIA MUNGKIN DI SERANG AMERIKA KERANA MELINDUNGI DUA ORANG DIKTATOR



LIST OF DICTATORS IN MODERN TIMES




ALAMAK...BETUL KER NI?? TOK GURU NIK AZIZ DAN LIM KIT SIANG DAH SAMA LEVEL DENGAN DIKTAKTOR...KALAU DAH MACAM TU...ADAKAH NEGARA KITA DALAM BAHAYA?...TAK BOLEH DIBIARKAN NI...BOLEH MENGUNDANG BENCANA PADA NEGARA NI...HEHEHEHE

STRAITS TIMES SINGAPURA PANAS HATI DENGAN NAJIB.



What a derisive remark by Singapore Straits Times for PM Najib!  

1.    Carolyn Hong never feels safe when PM Najib gains the largest  support from majority Malaysians.

2.    She deliberately sought ill-thought opinions from opposition-backed agency, Merdeka Centre.

3.    Merdeka Centre chief, Ibrahim Suffian has been spreading his ill-information towards PM Najib, who has been toiling to the extent of excellent level of all his day-to-day praiseworthy attributes and gaining strong trust from the people. M.C. survey is cheap, full of lies and of course disgraceful kind of survey agency.

4.    She faked multi-racial inputs as the supporting tools from Merdeka Centre which in turn she criticized the performance of PM Najib.  

Carolyn Hong still harps on Ambiga’s revenge and desperations against the authorities. C.H. main motive is to remind Malaysian foreign voters in Singapore by spreading her permanent support for opposition and not forgetting to condemn PM Najib with BN whenever they could.
H.S.

19 comments:

Anonymous said...
happy?

even majority american are not happy with current administrator. so what is the beef?
Anonymous said...
.
according to melaise, Dapig penang is finger lickin' good!

but are those melaise as individual enjoys the social and political climate?
Anonymous said...
Mane tak panas.... LKY dan anaknya langsung tak masuk list......

Kah kah kah kah kah.... kalau Al-Juburi, majalah lucah memang dah kenal sape dia.... no. 1 in the world...
Bomo Siam said...
GAP!

Ce hg check sat! Rating & kredebliti antara Spore NST ngan MNN hg tu...!!!

Mmuuaahhhahahahaha...!!!

Jgn plak hg bandingkan dgn 'Utusang'....Malu besor kang!!!

Dong Zong rallies for Segamat school



More than 3,000 people today rallied in Segamat, Johor to pressure the federal government to allow the revival of a Chinese independent high school in the town.
Organised by Chinese educationist group Dong Zong and local Chinese guilds, it is the third of its kind in four months.
Held at a field in Kampung Abdullah, rally participants mostly wore red to symbolise their struggle.
The event, which lasted one hour, saw two resolutions being passed.
Firstly, participants expressed their support the establishment of a branch of Batu Pahat’s Hua Ren independent school in Segamat.
Secondly, participants urged the education department to respect the board of governors of Chinese schools and allow it to have more say.
26 year campaign
Organisers are hoping that the Segamat rally would have the same impact as two previous rallies, which has seen some success in the campaign to revive an independent school in Kuantan.
Segamat was once home to the Seg Haw independent school which uses Mandarin as the medium of instruction.
However, it was converted into a national type school following the introduction of the Education Act 1961. A campaign to revive the independent school started in 1986.
Many participants carried numerous homemade posters to voice their support for the campaign, including a newlywed couple.
The couple’s arrival caused a bit of a stir, attracting hordes of photographers and hoots of approval from the rally participants.
Reps from PAS and MCA
Bride Tey Pei Pin, 22, said she is a resident of Kampung Abdullah and hoped that the future generation would be able to enrol in an independent school in Segamat.
“This is our right,” she said, in explaining why she and her husband took time off for this event.
Another participant who was warmly received by the crowd was Normala Sulaiman, PAS’ candidate for the Tenang by-election in 2011.
Normala (left) was seen signing a petition in support of the school.
Oddly enough, an MCA representative was spotted among the crowd, despite MCA president Dr Chua Soi Lek’s earlier criticisms of the campaign.
‘Work with MCA’
Lee Hoon Tee, the state assemblyperson for Jementah, said he was present because he was representing the Segamat MCA division as their leader.
He said his party was with the Chinese people of Segamat, which is why he is donning the campaign’s official T-shirt.
“I hope Dong Zong and other Chinese groups work together with MCA because our goals are the same,” he said.
However, Lee accused DAP and PKR of attempting to hijack the event because their personnel were seen holding banners at the event.
Previously, Chua had accused Dong Zong of launching campaigns at the eve of every general election to cast MCA in bad light.
Dong Zong president Yap Sin Tian denied this, pointing out that the campaign was initiated in 1986 and there has been no official reaction from the government since.

amukanmelayu - Inilah KAFIR HARBI yang amat-amat perlu di halau keluar dari Malaysia atau di MANSUHKAN Keraayatannya. Mereka ini sebenarnya yang "MENDATANGKAN PEPERANGAN KEPADA YANG DI PERTUAN AGUNG".......

NAFSU MENGORBANKAN KEMERDEKAAN






PEJUANG ATAU KORBAN KEMERDEKAAN


  Logo Merdeka ke 55 yang menjadi pertikaian

Sebab Logo Merdeka ke 55 menjadi pertikaian kerana asalnya STIKER KERETA Merdeka ke 52

Kekeliruan Mengenai Logo Kemerdekaan Ke 55 Dijawab DS @DrRaisYatim

Sebentar tadi DSU Dr Rais Yatim telah merungkaikan kekeliruaan di kalangan Rakyat terutamanya warga maya mengenai penggunaan logo Kemerdekaan Ke 55 yang mendapat bantahan ramai. Melalui laman sosial Twitter dan Fanpage Facebooknya, beliau memberitahu:








Masa sudah berlalu.....apakah Malaysia ketandusan bakat-bakat hebat sampaikan terpaksa recycle semula bahan lama. Bukankah DSURY antara insan yang pernah katakan bahawa "kita perlu sentiasa bersama teknologi selari dengan peredaran masa". Jika banner ini yang dikatakan logo, tidak perlu ada photoshope atau corel dicipta kerana hanya dengan menggunakan power-point sahaja sudah boleh buat yang kualiti macam ni.

 

  PM dapat menyelami JIWA REMAJA.....pasal logo-logo ni serahkan saja pada mereka.....kita yang dah tua ni....perhatikan saja....kalau ada tak kena....kita tegur la.....jangan duk berebut dengan budak-budak....



 Adakah ini satu kebetulan atau sememangnya DSURY nak kenakan YAB PM atau "pegawai" DSURY sabotaj DSURY dan YAB PM atau sememangnya "BODEK" yang tersalah perkiraan kerana sayang nak tinggalkan JAWATAN MENTERI..... PENDEKATAN yang sedang di buat oleh YAB PM dengan anak-anak muda telah menjadi sia-sia kerana masih ada Menteri-Menteri yang masih tak mahu tinggalkan KERUSI yang empuk dan kuasa yang ada takut di ambil oleh ORANG-ORANG MUDA......



 LHU.....masa dah berlalu.

"Lajim tidak boleh mendapat kedua-duanya. Jika beliau secara terbuka tidak bersetuju dengan pendirian parti atau pendirian kerajaan dan sebaliknya beliau secara diam-diam mahu bekerja dengan pembangkang, dengan itu beliau patut keluar daripada Umno sepertimana yang akan dilakukan oleh seorang yang 'gentleman'," katanya kepada Bernama.

Salleh mengulas pengumuman Lajim semalam yang beliau meletakkan semua jawatan tetapi tetap menjadi anggota Umno dan kekal memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata Lajim patut keluar Umno secara bermaruah kerana beliau tidak lagi berpegang kepada perjuangan dan dasar parti dan tidak sepatutnya menunggu untuk dipecat.

"Inilah sebenarnya apa yang beliau mahu pucuk pimpinan parti lakukan. Beliau mahu bertindak sebagai seorang wira dan beliau dapat (kemudiannya) memberitahu rakyat yang beliau dipecat ketika sedang memperjuangkan hak rakyat.

"Tampaknya inilah rancangannya, tetapi rakyat tidak akan terperdaya," katanya.

Salleh juga menyangkal dakwaan Lajim bahawa Umno dan BN tidak berbuat apa-apa untuk kebajikan rakyat Sabah.

Beliau berkata Lajim telah menjadi sebahagian daripada sistem itu selama kira-kira 18 tahun dan amat arif mengenai hasrat dan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

"Anehnya, beliau tidak merungut sebelum ini. Saya percaya rakyat tidak "buta" dan tahu apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh BN. Mereka cukup bijak untuk membuat penghakiman sendiri mengenai prestasi baik BN dalam melaksanakan tugasnya.

"Sebab itu kenapa BN menang besar di Sabah pada pilihan raya umum 2008. Jadi adalah tidak betul untuk menyatakan sekarang bahawa BN tidak berbuat apa-apa untuk rakyat, khususnya di Sabah," katanya.


Masa BERSAMA, kentut pun bau wangi......



 UMNO tu parti.....dia tak tau apa-apa....tp yang duk menipu raayat adalah PEMIMPINnya ......malang sungguh Parti Islamelayu UMNO dan PAS ni.
Pak  Kadir dah mula nak tunjuk " GILA KUASA" yang dia sedia untuk bertanding pada PRU 13 selepas tidak lagi mendapat tempat dalam UMNO. Dia ingat dengan bejerjasama dan menyokong PR dia ada tempat dalam PR.Kiranya, dia sekarang dah mula tunjuk yang dia AMAT DI PERLUKAN OLEH PAKATAN RAKYAT. Dia bukan setakat hanya mengkritik UMNO malahan kerajaan yang dia wakili dahulu. Dia tak tau banyak lagi Anak Emas Kesayangan Bapak President dan Pak Kadir ni rasa-rasanya dapat tempat untuk menjadi calon dalam PR. Sudah-sudahlah Pak Kadir ....kita ni dah tua dah..... berilah peluang pada orang muda pulak......... insaf lerrr..........

Penyertaan Pak Kadir dalam PR ini telah mengakibatkan PAS berada dalam 
dilema kerana Pak Kadir adalah orang kuat Bapak President, PAS bagaikan berada Telur Dihujung Tanduk. PR diibaratkan seperti retak menanti belah. Kerana kalau di Baling tiket ADUN mahupun Parlimen adalah untuk PAS. bolehkah PAS menerima Pak Kadir jadi WAKIL mereka............ Dalam erti kata mudahnya, PAS dah kena 'main' dengan Bapak President ni.... DALAM USAHA MENYEKAT PENGARUH PAS......








NASIB UMNO lebih malang dari HAMPAS tebu ni......

Habis manis SEPAH di buang........

amukanmelayu.............Jika kita BERIMAN dan BERSYUKUR.....sanggupkah kita menggigit tangan yang pernah MENYUAP nasi kemulut kita?

Saturday 28 July 2012

ENAKMEN HUDUD PERLU KELULUSAN KARPAL DAN DAP

ULAMAK/UMARAK vs HUDUD

Kerana Kuasa dan Politik, Semua suka menuding jari dari melaksanakannya


 
 HUDUD - Siapa Yang Berkuasa?

Jom coner-coner pasal HUDUD......nak mengundi jerr...dengarlah pasai hudud....dengaq jerr...cerita hudud, ni tentu pilihanraya dah dekat. Duk lagu tu jerr...dari dulu-dulu. Mai kita kelih tengok, dimana sebabnya yang "Tak Mau" jalankan undang-undang HUDUD ni.....


Bukan mempertikai hudud tetapi deraf enakmen hudud Terengganu & Kelantan.. Boleh meliwat Isteri?

Kamaluddin's Blog - Oct 21, 2011 16:20:38.
Liwat ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan SELAIN DARIPADA ISTERINYA yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur.



Antara sebahagian dari kandungan enakmen HUDUD Kelantan dan Trengganu


PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan.

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN


Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)

Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.





2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994


Dr Mahathir cabar Kelantan Laksana Hudud

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.

Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.

“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...,” kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut,” kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.

Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanakannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya

Komen Pembaca 

 4 comments:
  1. Lagi lucu kalau sebut nak buat hudud tapi draf hudud yg dibuat pun dipertikaikan oleh pakar perundangan Islam(kerana tidak terperinci).Sebab itulah mader dulu tak bagi pas laksana hudud di kelantan sebab draf hudud yg pas buat tak meyakinkan dan dikhuatiri berlaku kezaliman yg akan memburukkan nama Islam itu sendiri.Sila baca surat mader pd poknik beserta contoh2 yg tun det bagi dlm surat berkenaan.

    Lihat saja bagaimana sikap pas dalam menghadapi kes2 jenayah seperti liwat dan zina oleh anwar ibrahim. Jawapan seperti 'besi' takleh jadi saksi dan dna tak boleh jadi bukti akan cuma mengundang gelak ketawa 'orang lain'.Islam akan dipandang jumud dan ketinggalan zaman.Bukan kerana hukum Islam yg tak sesuai dengan zaman tapi kerana orang islam yg kurang ilmu dan tak tahu menyesuaikan hukum dengan peredaran masa.

  2. KALAU IKUTKAN PIAGAM MADINAH IANYA BERKISAR KEPADA PERNJANJIAN ANTARA ISLAM DAN YAHUDI. KALU LA NIK NAJIS INI DAN ORANG2 PAS YANG KATANYA BERILMU SEBELUM MEREKA MELULUSKAN HUKUM HUDUD, MEREKA TERLEBIH DULU MERUJUK KEPADA HUDUD JOURNAL LAWS. ADA KA HUDUD JOURNAL LAWS DARI ZAMAN NABI, ZAMAN KHALIFAH UR RHASYIDIN, ZAMAN UMAIYYAH, ZAMAN ABASYYIAH DAN OTHMANIYYAH DAN SELEPASNYA. ADA KA?

    KALU TAK ADA JANGAN PANDAI PANDAI BUAT UNDANG-UNDANG YANG DIKATAKAN ISLAM TAPI BUKAN ISLAM.

    HUDUD NIK AJIS HANYA LAH KHAYALAN BODOH MANUSIA YANG GILA KUASA. UNDANG2 YANG DIGUNA PAKAI KITA SEKARANG TANPA MENGENAL BANGSA, AGAMA DAN IDIOLOGI ADALAH ADIL DAN SAKSAMA. ITULAH ISLAM NAMANYA.

  3. Siapa Bersandiwara Mengenai Pelaksanaan Hudud di Kelantan? Dr.Mahathir kah atau Nik Najis.

    Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan PAS Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu.

    Daud berkata, kempen dan pendidikan berterusan kepada rakyat mengenai hudud sepatutnya dilakukan tanpa henti sejak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan pada tahun 1993 lagi.

    Beliau berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya hanya lantang bercakap mengenainya pada waktu-waktu tertentu sahaja kerana ia boleh menimbulkan keraguan niat sebenar kerajaan dalam melaksanakan hudud.

    “Kerajaan mungkin mengambil masa pada peringkat awal. Namun supaya benda ini tidak berlaku pertikaian atau pertentangan, eloklah beri penerangan dan penjelasan, tapi ini pun satu hal kerana dari 1993 sampai sekarang kita tidak dakwah betul-betul pun pasal hudud ini, tidak ada.

    “Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula,” kata beliau pada Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kota Baru semalam.

    Wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan persekutuan itu turut dihadiri pakar perlembagaan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud sebagai ahli panel.

    Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada banyak pihak.

    kata beliau lagi, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.

    Daud berpandangan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud dan sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.

    “Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana,” katanya.

    Dalam pada itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, kerajaan negeri akur dengan saranan yang diberi dan akan mula mengambil langkah lebih serius ke arah pelaksanaan hukum hudud.

    Katanya, ini termasuklah menubuhkan dua mahkamah baru iaitu Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas yang akan menjadi tempat kes berkaitan kesalahan hudud dibicarakan.

    “Selama ini, kita fikirkan akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi dari perbincangan wacana tadi nampaknya tidak banyak halangan untuk kita laksanakan hudud.

    “Kami akan maklumkan tindakan selanjutnya secara terperinci selepas selesai persidangan Dewan Undangan Negeri tidak lama lagi,” katanya.


  4. Ketua Hakim Syarie Dakwa Kelantan Tidak Pernah Serius Laksana Hudud
    Siapa Bersandiwara Mengenai Pelaksanaan Hudud di Kelantan? Dr.Mahathir kah atau Nik Aziz :

    Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan PAS Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu.

    Daud berkata, kempen dan pendidikan berterusan kepada rakyat mengenai hudud sepatutnya dilakukan tanpa henti sejak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan pada tahun 1993 lagi.

    Beliau berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya hanya lantang bercakap mengenainya pada waktu-waktu tertentu sahaja kerana ia boleh menimbulkan keraguan niat sebenar kerajaan dalam melaksanakan hudud.

    “Kerajaan mungkin mengambil masa pada peringkat awal. Namun supaya benda ini tidak berlaku pertikaian atau pertentangan, eloklah beri penerangan dan penjelasan, tapi ini pun satu hal kerana dari 1993 sampai sekarang kita tidak dakwah betul-betul pun pasal hudud ini, tidak ada.

    “Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula,” kata beliau pada Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kota Baru semalam.

    Wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan persekutuan itu turut dihadiri pakar perlembagaan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud sebagai ahli panel.

    Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada banyak pihak.

    Kata beliau lagi, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.

    Daud berpandangan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud dan sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.

    “Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana,” katanya.

    Dalam pada itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, kerajaan negeri akur dengan saranan yang diberi dan akan mula mengambil langkah lebih serius ke arah pelaksanaan hukum hudud.

    Katanya, ini termasuklah menubuhkan dua mahkamah baru iaitu Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas yang akan menjadi tempat kes berkaitan kesalahan hudud dibicarakan.

    “Selama ini, kita fikirkan akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi dari perbincangan wacana tadi nampaknya tidak banyak halangan untuk kita laksanakan hudud.

    “Kami akan maklumkan tindakan selanjutnya secara terperinci selepas selesai persidangan Dewan Undangan Negeri tidak lama lagi,” katanya.


    Hudud Undang-Undang Yang Terfitnah



    Polemik hukum Hudud yang digembar-gemburkan sejak sebulan lalu tidak lebih daripada usaha Umno-BN memfitnah Pakatan Rakyat (PR) agar gabungan itu berpecah-belah menjelang PRU-13. Menyedari BN tidak mempunyai kekuatan untuk merampas negeri-negeri yang telah jatuh ke tangan PR, maka fitnah Hudud sekurang-kurangnya boleh menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam terhadap PAS.


    Perlaksanaan Hudud di Acheh
    Sekiranya strategi itu berjaya, undi Cina dan India yang memenangkan PR pada pilihanraya 2008 lalu pasti akan kembali kepada BN. Selangor, Pulau Pinang dan Kedah akan tumbang . Biar pun Kelantan terus kekal di tangan PAS.

    Strategi lapuk ini disambut oleh wartawan dan penulis bebal di media arus perdana. Pada perkiraan mereka orang bukan Islam sebaik sahaja dihadapkan persoalan Hudud akan berubah arah dalam masa sehari. Malah idea lapuk ini juga disambut oleh segelintir pengamal media alternatif

    Artikel wartawan senior Jasbant Singh di Malaysiakini beberapa hari lalu misalnya, hanya mengulang retorik Umno-BN. Tidak pasti mengapakah artikel sedaif itu disiarkan kerana ia tidak membawakan idea baru yang sepatutnya menjadi kekuatan media alternatif. Perkiraan PAS -DAP akan bercakaran akibat Hudud sama sekali tidak membawa pencerahan kepada pemikiran politik di Malaysia.

    Tentangan bukan Islam

    Dapat difahami penentangan bukan Islam terhadap Hudud adalah kerana mereka beranggapan mempunyai hak untuk campurtangan dalam  semua perkara yang berlaku di negara ini. Alasannya, Perlembagaan Persekutuan Artikel 8 (1) menjamin hak sama rata kepada semua rakyat. Namun mereka terlupa peruntukan perlembagaan yang menjamin kebebasan beragama dan diperkuatkan lagi oleh deklarasi perlembagaan Artikel 11 menyatakan Islam merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.

    Perdebatan agama Islam berkedudukan mengatasi agama lain telah pun melepasi beberapa kes mahkamah yang mana mahkamah sivil mengakui tidak mempunyai hak mengganggu atau mengatasi perbicaraan serta keputusan yang dibuat oleh mahkamah syariah. Demikian juga dalam pindaan Artikel 121(1A) pada 1988 yang menambah kukuh kedudukan mahkamah syariah. Bermakna, sekiranya mahkamah syariah turut menjalankan perbicaraan ke atas kes-kes jenayah yang membabitkan orang Islam maka mahkamah sivil tidak berhak mencampurinya.

    Menghadapi hujah itu, kalangan bukan Islam yang menentang Hudud beralih kepada kaedah penggubalan undang-undang melalui sistem Parlimen. Di mana kesemua undang-undang mestilah dipastikan menjamin keadilan kepada semua kaum melalui undian di Dewan Rakyat. Bagaimanapun, mereka sengaja membelakangkan fakta bahawa hukum Hudud tidak menyentuh sama sekali masyarakat bukan Islam. Hukum ini terhad kepada orang Islam sahaja. Tidak timbul keadilan kepada semua kaum. Malah proses meluluskan hukum Hudud di Kelantan pada 1993 dan di Terengganu pada  2003 adalah melalui cara demokrasi sepenuhnya. Draf Hudud dibahaskan di sidang Dewan Undangan Negeri dan diundi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri secara majoriti. Tidak ada alasan untuk mendakwa undang-undang itu tidak sah atau melanggar Perlembagaan Persekutuan.

    Perlaksanaannya pula dibenarkan secara berasingan di negeri-negeri yang mempunyai sultan kerana hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa sultan. Hanya perlaksanaan itu memerlukan sedikit kerjasama Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan polis dan jabatan penjara dalam mengendalikan pesalah Hudud.

    Namun bukan Islam mempunyai pelbagai lagi kebimbangan terhadap kesan sampingan hukuman ini;

    Pertama, Hudud dilihat mengerikan dan tidak bertamadun. Alasan itu perlu diperhalusi secara logik. Misalnya, kes pembunuhan kejam yang mana mayat mangsa dibakar. Adakah situasi itu tidak mengerikan? Cuma pembunuhan itu tidak dirakam untuk ditonton semula maka masyarakat tidak melihatnya sebagai kejam. Sebab itu bukan Islam memperjuangkan hak si pembunuh perlu diselamatkan maruahnya daripada melalui proses pembalasan yang ngeri serta dipertontonkan di khalayak umum.

    Sememangnya Hudud disyariat oleh Allah untuk mewujudkan perasaan kegentaran di dalam hati manusia supaya tidak melakukan jenayah. Manusia akan terbayangkan kengerian pembalasan, tangan dipotong, dirotan, disula dan sebagainya sebaik sahaja terniat melakukan kekejaman ke atas manusia lain. Memang hukuman itu berkesan di negara-negara Arab yang mana indeks jenayahnya amat kecil berbanding negara Islam Malaysia. Bagaimanapun bukan Islam tidak disuruh melihat perlaksanaan hukum Hudud.

    Kedua, kekeliruan bukan Islam mengenai hukuman Islam dalam perkara muamalat. Misalnya penipuan, pertelingkahan perniagaan, saman dan lain-lain. Bagi mereka sekiranya Hudud terlaksana maka semua hukuman yang membabitkan orang Islam akan dibicarakan di mahkamah syariah. Maka bukan Islam yang berniaga tetapi ditipu oleh orang Islam akan pergi ke mahkamah syariah untuk mengadu. Pastinya mahkamah syariah akan memihak kepada orang Islam.

    Hudud sama sekali tidak melibatkan hal-hal jual beli atau saman malu misalnya. Jenayah seperti itu akan dibicarakan melalui undang-undang Qisas dan Takzir. Dalam kedua-dua undang-undang ini hukuman dan prosedur perbicaraannya boleh diadaptasi dari prosedur mahkamah sivil sekiranya bersesuaian dengan kehendak syariah. Begitu juga hukuman akan ditentukan melalui kebijaksanaan hakim seperti mana di mahkamah sivil. Peruntukan undang-undang untuk Qisas dan Takzir boleh digubal dalam sidang Dewan Negeri atau Parlimen sama seperti undang-undang sivil. Qisas dan Takzir adalah undang-undang yang diputuskan oleh kebijaksanaan manusia mengikut landas syariah bukan yang ditetapkan dalam al Quran.

    Peristiwa paling masyhur dalam sejarah undang-undang itu ialah sewaktu  Ali bin Abi Thalib ra mendakwa seorang Yahudi mencuri baju besinya. Kedua-duanya dibawa ke mahkamah syariah. Bagaimanapun Ali kalah dalam tuntutannya kerana gagal menyediakan saksi yang layak. Di luar mahkamah Yahudi itu bertemu Ali dan menyatakan kekagumannya mengenai keadilan hukum Islam kerana tidak memenangkan seorang sahabat Nabi mengatasi rakyat biasa. Lalu Yahudi berkenaan memeluk Islam kerana yakin Islam adalah agama yang adil.

    Ketiga, kegelisahan bukan Islam wujudnya polis moral yang menghadkan aktiviti mereka. Polis moral wujud di Arab Saudi, Iran dan beberapa negara Arab lain. Penguatkuasa ini boleh menegur atau mengambil tindakan ringan ke atas kesalahan kecil, misalnya cara berpakaian yang menjolok mata, perbuatan biadap di tempat awam dan sebagainya.

    Namun tidak jelas ketakutan bukan Islam itu kerana polis moral tidak perlu wujud di negara ini yang mempunyai nilai budaya Timur yang kuat. Lagi pun bukan Islam tidak diganggu mengenai cara berpakaian kecuali ada yang individu sanggup berjalan di tempat awam hanya berpakaian dalam. Jika itu berlaku, tanpa Hudud sekali pun polis di negara ini akan menahan individu terbabit kerana berperilaku tidak sopan.

    Maruah manusia

    Cuma, yang menjadi masalah adalah aktiviti hiburan dan pusat hiburan yang berkurangan. Kelab hiburan tidak wujud di Kelantan. Amat sedikit di Terengganu, Kedah atau Perlis. Di negeri-negeri majoriti orang Melayu itu masyarakat Cina dan India telah terbiasa dengan keadaan berkenaan.

    Dalam hal-hal hiburan, Islam amat menitikberatkan maruah wanita. Agama Hindu dan Buddha juga menghormati maruah wanita. Hanya fahaman sekularisme Barat yang menjadikan wanita sebagai objek hiburan dan pemuas nafsu. Bolehkah diterima akal wanita di Barat yang bekerja dalam industri hiburan jika diganggu secara seksual akan mendakwa pengganggunya di mahkamah. Namun, sebaik sahaja wanita itu masuk ke kelab hiburan - tempat mereka bekerja - maka seluruh tubuhnya boleh digomol dan diperlakukan seperti haiwan.

    Inilah yang tidak diterima oleh agama Islam dan tradisi Timur. Jika demikian halnya, tidak ada masalah masyarakat bukan Islam membenarkan Hudud dilaksanakan. Sebabnya, tidak banyak ruang kehidupan mereka akan berubah. Malah, sebaliknya mereka akan merasa lebih selamat kerana kadar jenayah berkurangan kesan kegentaran hati manusia melihat kengerian pesalah yang dihukum Hudud.

    Di negeri yang menjadi tumpuan populasi bukan Islam seperti di pantai Barat, Hudud mustahil dilaksanakan kerana perwakilan Islam-PAS tidak mempunyai suara majoriti di Dewan Negeri bagi  meluluskan Hudud.

    Sekiranya masyarakat bukan Islam amat prihatin terhadap kadar jenayah yang meningkat saban tahun Hudud adalah jawapannya. Kadang-kala kelihatan aneh apabila mereka bersungguh-sungguh membela hak berkehidupan anjing dan kucing yang dikatakan didera tetapi tidak mahu menyelamatkan maruah manusia serta membiarkan manusia tercebur ke dalam industri hiburan dan seks.

    Hudud di Acheh

    Satu contoh yang menarik untuk diperhatikan adalah perlaksanaan undang-undang Hudud di wilayah Acheh, Indonesia. Wilayah ini mendapat hak autonomi memerintah sendiri dari kerajaan pusat pada 2007 lalu. Selepas itu Dewan Negeri meluluskan undang-undang Hudud, Qisas dan Tazkir digunapakai sepenuhnya bagi mengadili hal-hal jenayah di dalam wilayah Acheh.

    Berbanding Malaysia, populasi bukan Islam agak kecil di Indonesia. Bagaimanapun, kedudukan agama Kristian sangat kuat. Kebanyakan pegawai kanan kerajaan adalah dari golongan Kristian sekular, kesan dari pemerintahan 30 tahun rejim Suharto yang anti-Islam. Begitu juga pemimpin kanan parti-parti politik utama Indonesia, dibarisi golongan Kristian. Ahli ekonomi dan perbankan juga kebanyakannya dari golongan itu dan mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Kristian antarabangsa.

    Namun ketika Acheh mengisytiharkan Hudud menjadi undang-undang rasmi golongan Kristian membenarkan sahaja perlaksanaannya. Hal itu berlaku kerana tiga perkara. Pertama, Hudud tidak melibatkan penganut Kristian sama sekali. Kedua, orang Kristian terlalu sedikit di Acheh, sama seperti masyakat Cina di negeri dominasi Melayu, Ketiga, Hudud diluluskan di Acheh secara persetujuan penduduknya. Undang-undang itu diluluskan melalui lunas demokrasi dan golongan Kristian juga patuh kepada lunas demokrasi dan membenarkannya.

    Kini, Hudud telah masuk tahun ketiga dilaksanakan di Acheh. Gambar-gambar pesalah dihukum rotan di khalayak umum akibat jenayah hubungan terlarang boleh ditonton di internet. Namun golongan Kristian tidak pula berusaha melobi Jakarta menarik balik izin autonomi ke atas pentadbiran undang-undang di Acheh biar pun kelompok mereka sangat berkuasa dalam politik, sosial dan ekonomi. Tidak lain kerana mereka melihat hak penganut Kristian dilindungi sepenuhnya di Acheh. Malah orang bukan Islam lebih selamat di wilayah itu hari ini berbanding zaman pemerintahan Suharto yang pro-Kristian. Sebabnya, Hudud sangat menjamin hak berkehidupan manusia tanpa membezakan anutan agama.

    Sekiranya masyarakat bukan Islam di Malaysia benar-benar berfikiran adil dan waras, Hudud tidak menjadi masalah untuk dilaksanakan kerana tidak ada perkara di dalam undang-undang itu yang boleh menyusahkan rutin kehidupan mereka. Sama seperti masyarakat Kristian Indonesia yang tidak nampak Hudud itu memberi masalah atau ketidakadilan kepada mereka.

    Hudud Jadi Mainan Politik

    Pas mustahil dapat laksanakan Hudud di Malaysia.. - DAP

    Hasrat PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.

    Beliau yang juga Anggota Parlimen Kepong berkata untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.

    "Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (PAS) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.

    Malah, katanya sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.

    Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar

    Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS pada Rabu lepas yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.

    Menurut Tan, isu hudud merupakan satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.

    "Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya.

    Mengulas mengenai pendirian DAP itu, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Chandra Muzaffar berkata pendirian PAS untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak mendapat restu DAP menunjukkan kedua-dua parti tersebut banyak perbezaan dan tidak sealiran.

    Beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just) berkata kedua-dua parti berkenaan hanya berpakat kerana mereka mempunyai 'musuh' tertentu yang menghalang hasrat untuk merampas kuasa di peringkat persekutuan dan negeri.

    "Ini menunjukkan hubungan mereka satu hubungan yang beroportunis kerana mereka nak berkuasa, tak ada sebab lain," katanya.

    Dr Chandra juga berkata tindakan PAS yang memberi keutamaan kepada hudud apabila berkuasa menunjukkan seolah-oleh bahawa hukuman tersebut mencerminkan tamadun Islam.

    "Ini tak betul kerana yang mencerminkan kegemilangan Islam adalah ilmu pengetahuan dan keadilan," jelasnya. — Bernama

     Friday, September 23, 2011




    Karpal Singh kata "Jika mahu wujudkan negara Islam(hudud), langkah mayat kami dulu". Chua Soi Lek pula kata "Jika laksana hukum hudud, MCA akan keluar dari BN".

    Masing-masing dah tunjuk belang. Nak tunjuk siapa lebih anti-hudud.


    Politik punya pasal, hukum agama kita jadi mangsa. 
     JOM BALIK KEPADA AL-QURAN

    Firman ALLAH dalam surah Al-Maidah, Ayat 2:

     Allah berfirman :-
    Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”

    BATAS TASAMUH

    Terdapat dua jenis tasamuh dalam Islam. Pertama bertasamuh di kalangan umat Islam yang mewajibkan setiap ummahnya saling tolong-menolong dan nasihat menasihati demi menegakkan syariat Allah. Kedua, sikap tasamuh terhadap bukan Islam yang mempunyai hak sebagai warganegara di dalam sesebuah negara Islam. Bukan Islam(Kafirun) diwajibkan menjadi warganegara yang baik, saling membantu membangunkan negara dan menghadapi musuh bersama, tidak menimbulkan kekacauan dalam masyarakat selain menghormati hak-hak umat Islam sebagai kaum majoriti. Inilah yang diistilah oleh Rasulullah s.a.w sebagai kafir Dzimmi, kafir Mu’ahad atau kafir Musta’man iaitu kaum-kaum bukan Islam yang sanggup menerima kepimpinan dan dasar-dasar Islam. Sebagai balasan, pemimpin Islam wajib memberi perlindungan dan bersikap toleransi terhadap mereka.

    Berbanding dengan sikap KAFIR HARBI(Kafirun Di Malaysia) yang sebahagian darinya mereka yang sentiasa engkar lagi memusuhi umat Islam samada secara terang atau sembunyi. Mereka sering melaungkan keadilan dan kesamarataan kononnya telah tertindas. Hakikatnya mereka sentiasa mengambil kesempatan di atas pepecahan umat Islam untuk mengaut segala kekayaan negara sedikit demi sedikit, namun dalam masa sama cuba meruntuhkan teras-teras bangsa Islamelayu di negara ini. Mereka mendakwa kononnya puak merekalah paling banyak membayar pelbagai cukai kepada negara ini, lantas dengan sikap biadap berani menuntut pelbagai keistimewaan yang boleh merugikan masa depan majoriti umat Islam di negara ini. Namun mereka lupa umat Islam juga paling banyak membayar cukai kepada negara ini termasuklah pelbagai zakat, fitrah, sedekah, infaq dan wakaf sejak sekian lama. Bahkan perbelanjaan dan Urustadbir Negara yang adil yang di terajui umat Islam jugalah yang memakmurkan mereka.
     
    Meskipun tasamuh merupakan sifat terpuji namun tidak semua perkara boleh di’tasamuh’kan. Toleransi hanya dibenarkan dalam bidang muamalah dan aspek kemanusiaan sahaja seperti jual beli, konsep kejiranan, tolong-menolong dan seumpamanya. Tiada bertoleransi dalam aspek aqidah dan ibadah. Haram dan sesat jika umat Islam mengikuti sebarang ritual bukan Islam antaranya turut melakukan ritual protes atau berkabung dengan kematian bukan Islam sambil membawa lilin dan membakar colok, menunduk pada gambar mayat mereka, meletakkan jambangan bunga di perkuburan orang kafir kononnya atas alasan
    TAHALUF SIYASI dan menjaga hati si kafir. Ini secara langsung akan menjerumus seorang muslim ke dalam kemusyrikan.


    KHATIMAH

    Ikhwanul Muslimun, toleransi dalam Islam adalah syarat untuk mewujudkan kehidupan yang damai, maju dan sejahtera. Toleransi dianjurkan bukannya kerana keadaan ummah sedang lemah atau terancam, tetapi ketika kita masih kuat dan mempunyai kuasa terhadap kedaulatan agama, bangsa dan negara. Toleransi tidak bermakna kita perlu bersikap bacul, lemah atau tidak mampu berbuat apa-apa. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya agar meletakkan sifat toleransi tepat dan adil pada tempatnya.

    Hayatilah sikap toleransi Rasulullah s.a.w yang memberikan hak kepada bukan Islam seperti mana terkandung dalam perjanjian Sahifah Madinah tahun 622 Masihi yang merupakan perlembagaan tertua di dunia. Keadilan yang diberikan Rasulullah perlu dihormati bersama oleh bukan Islam demi perpaduan negara. Namun apabila perjanjian tersebut dikhianati, maka Rasulullah s.a.w telah menghukum bunuh dan mengusir puak-puak Yahudi dari bumi Madinah demi menyelamatkan agama, negara dan maruah umat Islam(Berpandukan Perjanjian ini, sudah sampai masanya dan tidak salah jika kita menghalau KAFIR HARBI dari Tanah Melayu ini).

     amukanmelayu - ORANG ISLAM  takut kepada ORANG KAFIR untuk melaksakan hukum Allah.....HUDUD hak kita, kenapa Bertanya kepada KARPAL dan Chaw Soo Lek.....kemana nak kita buangkan SULTAN dan Raja-Raja Islamelayu? Kenapa perkara ini tidak di bawa kepada Duli Tuanku dan Majlis Raja-Raja Islamelayu untuk Persetujuan? Bukankah lebih mudah untuk menghukum mereka yang mendurhakai Tuanku? Sudahlah....jangan salahkan sesiapa lagi....ULAMAK dan UMARAK Islamelayu tiada kekuatan dan memiliki Iman yang sangat LEMAH.....dan HUDUD sampai bila pun tidak di laksanakan Jika kita bergantung harap kepada MANUSIA.....mintalah kepada ALLAH dan laksanakan saja, ALLAH akan membantu.... percayalah.


Thursday 26 July 2012

Perisytiharan "Deklarasi Kemerdekaan Sulu Sultaniyyah Darul Islam

Panji Sulu Sultaniyyah Darul Islam

by DZULASREE 

Artikel ini akan senantiasa diisi dengan fakta dan pembetulan kandungan dari masa ke semasa. Para pembaca dan pelawat boleh memberikan teguran dan tambahan fakta menggunakan chatbox dibahagian bawah sebelah kanan blog ini. Terima kasih!! - Asreesulu.

Setelah melihat peta di atas kami percaya ramai pembaca bertanya akan kebenaran fakta pada grafik Lusung tersebut. InsyaAllah kami akan perjelaskan satu persatu dari masa ke semasa. Untuk melengkapkan keterangan grafik di atas para pembaca sekalian perlulah bersabar dengan memberikan masa kepada kami untuk memasukkannya secara berdikit-dikit. Dalam keadaan sibuk hari ini menguruskan pelbagai hal, kami masih dapat meluangkan masa mencatat hasil kajian menyiapkan buku kami bertajuk Sejarah Sulug (sebelum ini penulis letak tajuk "Sejarah Tausug").

Antara yang menarik yang akan dibahaskan dalam tajuk ini ialah:
  • Siapakah bangsa BAJAU LAUT yang dikenali sebagai Orang Laut dalam sejarah Melayu dan mengapa mereka dikenali sebagai Bangsa PARAHU (Tausug menyebutnya PALA'O) di Kepulauan Sulu yang terkenal sebagai penyelam terhandal dalam dunia?
  • Apakah buktinya Bangsa PARAHU mempunyai hubungan dengan Bangsa Mesir Purba? Kemungkinan raja-raja Mesir (Fir'aun) yang dipanggil PARAOH berketurunan Bangsa Parahu dari Sulu?
  • Kalau benar, mengapa bangsa PARAHU hari ini sangat lemah dan mendukacitakan? Mengapa dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan Bangsa PARAHU hilang?
  • Benarkah Bangsa Lucoes yang menetap di kepulauan Sulu hari ini berketurunan Bani Israel? Apakah perbezaan Bani Israel Sulu dengan penjahat Bani Israel (Perampas Palestin) hari ini?
  • Benarkah pencatat sejarah Islam seperti Abu Zayd dan Al-Mas'udi menyatakan kepastian bahawa Negara Zabaj atau Zabag yang dimaksudkan mempunyai raja yang sebut "Mihraj" adalah LUSUNG atau SULU?
  • Benarkah PRESTER JOHN (kerajaan Prester John) mengirim surat ke Eropah memberitahu satu lokasi kepulauan negara KAYA yang dimaksudkan adalah LUSUNG?

PENJELASAN: Di dalam artikel ini penulis menggunakan istilah Sulu dengan Lusung atau Sulug yang kadang-kadang menyebutnya Sug tempat tinggalnya bangsa Tausug. Bermakna, samada Lusung, Sulug atau Sug ianya adalah Sulu juga.

01 - PENGENALAN LUSUNG
Dalam artikel yang lepas kami telah menjelaskan kedudukan istilah Lusung secara teori (Hipotesis). Mengapa dipanggil Lusung dan dari mana kata Lusung berasal telah pun kami jelaskan. Gambarajah di atas sengaja dinamakan sebagai peta Kepulauan Lusung bukannya Kepulauan Sulu atas sebab istilah Lusung terlalu meluas diperkatakan dalam catatan-catatan sejarah Eropah abad ke-15.

Umum mengetahui nama Lusung hanya disebut oleh pedagang-pedagang China ketika itu kepada kepulauan yang dikenali hari ini sebagai Filipina (Philippines). Lusung sebenarnya adalah sebutan bagi Sulug yang disalah sebut oleh pedagang China menjadi Lusung. Sulug secara harfiah bermaksud "arus" air yang mengalir dan Bahasa Inggerisnya dipanggil current. Maka samada ianya bermaksud arus air laut, pasang atau surut, dalam atau cetek, air laut atau air sungai di gunung, yang penting terdapat aliran air. Itulah yang dimaksudkan Sulug.

Orang-orang Sulu sinonim dengan panggilan Sulug berdasarkan sifat aliran air sejak berabad-abad lamanya sehingga ke hari ini.

Mengapa pedagang China menyebutnya Lusung adalah kerana lidah mereka yang sukar menyebut Sulug, lagi pun tidak terdapat sebutan "ug" atau bunyi eG di hujung mana-mana perkataan dalam bahasa China. Sepatutnya Sulug disebut Sulung bukannya Lusung, tetapi mungkin kerana bukan kebiasaan atau pun mungkin keliru maka Lusung menjadi sebutan yang sesuai.

02 - SIFAT AIR MENJADI IDENTITI
Sulug atau "arus" adalah kata sifat iaitu mengikut aliran air laut telah menjadi identiti masyarakat yang menduduki kepulauan. Berpadanan dengan keadaan tempat tinggal yang terbahagi antara pulau-pulau yang sudah tentu terpisah oleh laut serta pekerjaan masyarakat yang kehidupan hariannya bergantung dengan laut seperti merentas lautan untuk berdagang, memukat dan memancing ikan, menyelam mutiara dan sebagainya, menjadikan istilah "arus" atau Sulug sebagai identiti amatlah tepat.

Seorang pengkaji, Siuala ding Meangubie telah menjelaskan dalam kajiannya bertajuk "A Preliminary Investigation Into its Role in East Asian history" berkenaan maksud Lusung:

"The place originally called Lusung was the body of water presently known as Manila Bay. Since the early inhabitants relied on water for their transportation and livelihood, it became their custom to first give names to these bodies of water before giving names to any points of land. The word lusung refers to a large wooden pylon used for pounding rice [搗臼]. The bay got its name because it is shaped like the mouth of a lusung and that the settlements surrounding it constantly produce the most rice as compared to other regions. There is also a tradition that suggests a relationship with the Sung Dynasty of China [960 - 1278 AD]. Whatever the nature of this relationship, tradition suggests that Lusung [呂宋] got its name from the Sung [宋]."

Beliau menyebut tiga jawapan yang berupa teori untuk memaknakan Lusung antaranya,
  • ...inhabitants relied on water for their transportation and livelihood.
  • ...refers to a large wooden pylon used for pounding rice.
  • ...that suggests a relationship with the Sung Dynasty of China [960 - 1278 AD].
Jawapan di atas sekiranya dirujuk kepada Tausug hari ini untuk makna yang paling tepat pasti jawapannya adalah yang merujuk kepada air laut. Untuk memaknakan Lusung dengan alat penumbuk padi dan Dinasti Sung, rasanya bukanlah jawapan yang tepat, nyata sekali ia hanyalah sekadar kebetulan sahaja. Sebagai contoh, istilah Sulug sendiri sekiranya disebut oleh orang Melayu Jambi di Sumatra akan menjadi Suluk atau Solok yang kebetulannya sama bunyi dengan gelaran ahli Suluk para pengamal Tariqat Sufi. Kalau pun sebilangan orang Sulug itu memang pengamal Tariqat Sufi namun ia hanyalah juga sekadar kebetulan.

Tausug di Sulu hari ini masih menyebut Lusung kepada alat penumbuk padi ini manakala penumbuknya dipanggil Ha'lu.
Wanita Sarawak sedang sibuk menumbuk padi menggunakan Lusung (Bahasa Melayu disebut Lesung). Kedua-dua gambar diambil dari http://malaysiana.pnm.my

Ia sama dengan gelaran Moro kepada bangsa Sulug oleh Spanyol. Oleh kerana orang Sulug di Sulu sama anutan agama dengan Bangsa Moro di Andalusia maka orang Sulug juga turut digelar Moro. Ini tidaklah pula bermakna bangsa Sulu perlu menerima bulat-bulat nama Moro tersebut sebagai identiti bangsanya menjadi "bangsa Moro", ia hanya sekadar panggilan kepada orang yang "beragama Islam" secara kolektif oleh kolonialis Eropah ketika itu.


03 - KEKELIRUAN SPANYOL TERHADAP LUSUNG YANG SEBENAR
Kolonialis Spanyol (Kastila) begitu keliru dengan istilah Lusung sehingga menamakan pulau besar di utara Sulu dengan Lusung, lidah Kastila menyebutnya LUZON hingga ke hari ini. Siuala ding Meangubie menyatakan,

"The Spaniards, unfamiliar with this native concept of territory, naturally thought that Lusung referred to land instead of water. Thus when they conquered Lusung in 1571 AD, they mistakenly thought they had conquered the entire island. Taking after the Spaniards' mistake, geographers up to the present refer to the entire northernmost major island of the Philippine archipelago as Luzon {Lusung}."

Sebenarnya Kastila tersilap memaknakan Lusung dengan "tanah daratan" yang sepatutnya adalah air laut. Kemungkinan Spanyol telah menyalah tafsirkan maklumat yang mereka dapat dari penjelajah Portugis yang datang lebih awal ke kepulauan Sulu sebelum ini.

Peter Schreurs telah menulis tajuk khusus berkenaan Voyage of Ferdinand Magellan dalam buku Philippine Quarterly of Culture and Society, Vol. 28, March 2000, No. 1, yang diterbitkan oleh San Carlos Publications, bahawa Charlotte Gastaldi (1561 M), Gerardus Mercator (1569 M) dan Abraham Ortelius dalam Theatrum Orbis Terrarum (Theatre of the World) iaitu pada tahun 1570 mereka telah memberitahu berkenaan pulau kecil yang berada berdekatan pulau yang kini bernama Basilan itulah sebenarnya yang dinamakan Lozon.

Beliau menulis “This tiny island of Lozon in the Sulu Sea disappeared from the maps after the Spaniards had occupied the northern Philippines, and it was replaced by the real Luzon”.

Dalam buku Thomas Suárez “Early Mapping of Southeast Asia”, dia mengatakan,Pigafetta was told that ‘two days from Chippit (near Basilan) to the northwest is a large island called Lozon’…thus Gastaldi, in 1561, with nothing more than Pigafetta’s second-hand mention of the island to go on, introduced the first definitive reference to Luzon on a western map…Gastaldi simply judged a two-day sail to the northwest of one of his Quipits (near Basilan), engraved an island and labeled it Lozon.”
Jejak perjalanan kapal Ferdinand Magellan untuk mencari pulau Lusung @ Sulug @ Sug yang mereka panggil the great city of Lao itu malangnya mereka tersesat jalan. Mungkin Magellan mendapat nama Lao tersebut dari pedagang China yang pernah berniaga di pelabuhan Holiow @ Jolo, Buansa sebelum ini.


Pigafetta himself actually met and spoke with a native of Luzon. Leaving Borneo on 29 July 1521, the Spanish believe they were being ambushed, attacked some junks and capture the “son of the king of Lozon” who was the captain general of the King of Brunei. Pigafetta explained that the man from Lozon “had come with the junks" from a great city called Lao” which was at the end of Borneo facing (in other words, the southwest coast), which they claimed to have just sacked…The Magellan crew also met with the traders from Lozon when they put into Timor”.

“The island of Luzon appears on the Indiae Orientalis as the small island of Lozon due west of Mindanao, like the earlier more correctly positioned appearance of the island at the hands of Gastaldi in 1561...”

Apa yang menjadi kekeliruan Kastila ialah menyangkakan dengan berjaya menakluk Manila pada 1571 maka mereka telah menakluk keseluruhan kepulauan Lusung yang mereka namakan Philippines hari ini. Hanya setelah peperangan Kastila dengan Brunei pada tahun 1578 (ketika itu tentera Brunei dibantu oleh tentera Sulu) maka Kastila mula menyedari bahawa Manila yang mereka takluk itu bukanlah pusat Lusung yang sebenarnya. Cesar Adib Majul seorang pengkaji sejarah Filipina telah menjelaskan hal ini dalam bukunya "Muslim in the Philippiens".

"Pada 1578 Pangeran Buong Manis (Pangeran Sri Lela) yang mahu merebut takhta kerajaan Brunei (dari saudaranya Seiful-Rizal) datang ke Manila meminta bantuan Spanyol mengalahkan Seiful-Rizal. Sekiranya berjaya beliau berjanji membayar ufti kepada Spanyol. Peluang keemasan ini tidak dilepaskan oleh Spanyol lalu Gabenor Jeneral Francisco de Sande belayar ke Brunei dengan 40 buah kapal beserta serdadu 400 Spanyol, 1,500 anak tempatan Filipina dengan diiringi oleh tentera tambahan dari Pangeran Buong Manis iaitu orang-orang Brunei sendiri seramai 300 orang. Setelah 30 hari belayar, sampai ke Kuala Sungai Brunei dan pertempuran terus berlaku. Tentera Brunei yang dibantu oleh tentera Sultan Sulu (Pangeran Budiman @ Raja Ilo adalah saudara ipar kepada Sultan Seiful-Rizal) itu telah dikalahkan oleh Spanyol. Seiful-Rizal melarikan diri bersama ayahandanya yang uzur Sultan Abdul Kahar ke pedalaman Brunei dan mendirikan istana di sana".
Armada perang Galleon Kastila

Manakala tentera Sulu yang diketuai oleh Raja Ilo berjaya larikan diri bersama saki baki tenteranya menuju ke Sulu. Malangnya mereka berjaya dipintas oleh tentera laut Kastila dan berlaku lagi pertempuran sengit yang akhirnya Raja Ilo mengangkat bendera putih tanda kalah.

"Didapati tentera Spanyol yang diketuai oleh Kapten Esteban Rodriguez de Figueroa atas arahan Francisco de Sande telah sampai di Jolo pula maka berlaku lagi satu pertempuran sengit antara tentera Sultan Sulu dengan Spanyol di Jolo malangnya tentera Sulu berjaya dikalahkan dan sultan terpaksa mengaku membayar ufti (inilah peperangan pertama antara Sultan Sulu dengan Spanyol di Jolo, Sulu)." Dipetik dari buku Asreemoro, Tausug & Kesultanan Sulu.

Apa yang menarik ketika selepas peperangan Sulu dan Kastila di Jolo yang pertama ini telah menyebabkan kejutan kepada Kastila. Kapten Esteban Rodriguez de Figueroa terkejut dengan kecantikan bandar Buansa (Jolo) yang tidak pernah beliau saksikan sebelum ini. Beliau dapat saksikan bagaimana kaum China begitu kaya raya duduk di Jolo berdagang bersama masyarakat tempatan Sulug dengan harmoni. Satu suasana indah dan ketenangan pemandangannya yang tidak terdapat di Manila. Setelah laporan sampai ke Manila, Kastila mula berusaha menakluk Buansa (Jolo) dengan mengatur kempen perang memerangi bangsa Sulug di gugusan kepulauan Sulu. Sejak itu Kastila mula memahami bahawa pusat Lusung sebenarnya bukanlah di Manila tetapi sebenarnya berada di Buansa.
  • Mengapa Buansa begitu hebat?
  • Mengapa bangsa Sulug memanggil "Lupa' Sulug" (disebut Lupa' Sug bermaksud Tanah Sug) kepada pulau tempat duduknya Bandar Buansa?
  • Dari manakah asal-usul bangsa Sulug?
  • Mengapa sebahagian golongan tua Buranun di Jolo menyatakan bahawa Bangsa Sulug lah yang memulakan peradaban dunia?

04 - MEMBONGKAR SEJARAH AWAL
Untuk memulakan tajuk perbahasan ini kami dengan suka cita memaklumkan bahawa maklumat yang penulis bakal paparkan adalah diambil sebahagian faktanya dari blog http://mistisfiles.blogspot.com. Bloger mistisfiles sekali pun tidak memperkenalkan diri (mungkin disebabkan strategi keselamatan) namun sebagai menghargai kajian mereka kami mengambil keputusan memberikan tabik hormat (credit) atas kerja keras mereka. Walau bagaimana pun segala fakta yang kami petik dari mistisfiles tidaklah diambil bulat-bulat adalah kerana fakta-faktanya masih boleh diperdebatkan mengikut skala pengetahuan dan dari sudut pandangan yang berbeza dari pihak kami. Segala fakta sekali pun jelas wujudnya di depan mata namun selagi takwilnya belum menemui kata putus untuk menghasilkan jawapan pasti, sudah tentu ia masih bersifat "ijtihadi".

Dalam tajuk ini kami akan cuba membawa pembaca menelusuri "arus lautan" Sulug untuk memahami deras dan kedalaman airnya seterusnya menyelam ke dasar untuk mendapatkan mutiara berharga. Mutiara berharga adalah satu jawapan bergantung kepada saiz, bentuk dan warnanya.
Maharaja China adalah pembeli utama mutiara Sulu. Kemungkinan sejak abad ke-9 pedagang China giat berulang alik ke Buansa membeli mutiara hinggakan pelabuhan Buansa mereka gelar "Holiow" bermaksud bagus atau tempat baik dan menguntungkan untuk berniaga. Spanyol pula menyebut Holiow sebagai Holo (Jolo). Maharaja duduk atas kerusi emas sedang mutiara dikalung pada lehernya manakala sebelah tangannya memegang kalung mutiara tersebut.
  • Ia lebih berharga dari emas dan permata,
  • menjadi kalungan Maharaja China,
  • menjadi igauan bangsa Eropah,
  • menjadikan Sulug satu bangsa yang berjaya menyedut segala harta dan kepandaian,
  • menjadikan mereka gula kepada semut-semut,
  • menjadikan mereka madu kepada lebah,
  • menggelar negara mereka sebagai Negara Jambangan yakni pusat dari segala bunga-bungaan,
  • pada akhirnya menjadikan mereka peneraju kepada peradaban dunia.
Indahnya kepulauan Sulu, dari pulau ke pulau tersimpan berjuta rahsia yang belum diteroka dan diketahui dunia.

Satu gambaran betapa kekayaan Sulu telah lama wujud menjadikan penduduk dan kepulauannya menjadi harapan dan angan-angan serta cita-cita kepada semua bangsa dipelusuk dunia. Dari manakah bangsa Sulug bermula? Mengapa Sulu dikatakan sebagai permulaan peradaban dunia? Penulis akan mulakan dari kenyataan Drs Simon,

Drs. Simon Hayon telah dinyatakan dalam blog berkenaan kekagumannya terhadap nama Solot, "...saya keliling dari desa ke desa. Saya memperhatikan nama-nama, simbol-simbol. Nama itu misalnya Solor, masih ada secara fisik. Ada jagung Solot, ada orang yang namanya Solot. Dan saya mempunyai asumsi bahwa ada sebuah benua yang hilang, yang disebut Benua Solot. Benua Solot itulah benua awal. Sekarang kita mencari Benua Solot itu ada di mana?"
Kemudian beliau menyambung lagi,

"...para ilmuwan pun berpendapat bahwa peradaban bermula di Timur. Pertanyaan kita, Timur itu yang mana? Setiap kelompok, setiap orang boleh mencari. Apakah Timur itu di Sulawesi, di Irian, di Timur Tengah, kan bisa saja. Dan, sebagai orang yang menggali akar budaya Lamaholot, saya juga bisa mempunyai asumsi seperti itu. Tinggal saja nanti dikaji, seperti apa? Nah kalau di dalam perkembangan peradaban dunia, ternyata terjadi pencemaran-pencemaran, kontaminasi yang tidak sesuai dengan ajaran leluhur, maka perubahan pun harus dimulai dari Timur. Secara teoretik para ilmuwan berpendapat begitu". Dipetik dari blog http://jurnalis-ntt.blogspot.com

Sebenarnya Drs. Simon mungkin telah mengetahui sejarah perhubungan Flores dengan Sulu sebelum kedatangan Portugis. Flores bermaksud bunga-bungaan atau jambangan sebenarnya telah dinamakan demikian oleh Portugis untuk mengubati kekecewaan mereka kerana gagal mendapatkan Kepulauan Sulu. Istana Sultan Sulu di Maimbung ketika pemerintahan Kesultanan Sulu yang awal telah menamakannya Darul Jambangan. Menurut tradisi lisan Tausug dahulu kala, Lupa' Sug dinamakan pulau Jambangan oleh nenek moyang mereka yang bermaksud Tanah bagi segala bunga-bungaan.


05 - SIKAP SRIVIJAYA DAN MAJAPAHIT TERHADAP SOLOT
Apakah maksud Lamaholot? Sebenarnya perkataan Holot adalah panggilan Portugis terhadap Sulug. Kastila pula menyebutnya Holo (ejaan Jolo) sedangkan British menyebutnya Sooloo atau Soolook. Beberapa pencatat sejarah turut menyalahsebutkan istilah Sulug dengan Solox, Solor dan sebagainya menunjukkan kepada kita minat mereka terhadap negara kepulauan yang menyimpan berjuta rahsia itu. Istilah Lamaholot kalau diasingkan akan menjadi Lama Holot atau Lama Sulug yang membawa maksud satu negara kepulauan purba.
Gambarajah kekuasaan Majapahit abad ke-14. Dalam catatan Kerajaan Majapahit Negarakrtegama, Sulu disebut Solot.

Antara tahun awal-awal kemunculan kerajaan Srivijaya di Sumatra tahun 600 M dan kemudian disambung oleh kerajaan Majapahit di tanah Jawa hingga tahun 1400 M telah menimbulkan satu persoalan mengapa Srivijaya dan Majapahit tidak pernah terfikir untuk menakluk kepulauan Solot yang terkenal kaya itu. Ia hanya dinyatakan sebagai "wilayah naungan" sahaja. Di sini ada satu rahsia yang perlu diselongkar. Mengapa Srivijaya dan Majapahit tidak pernah menakluk Sulu sedangkan jelas ianya kepulauan yang menjadi laluan menghubungkan mereka dengan China? Malah mereka memang mengetahui kepulauan Sulu penduduknya adalah pedagang emas sejak dahulu kala. Atau pun mereka sememangnya sudah cuba menakluk tetapi gagal?

Satu kenyataan yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun ialah budaya perang orang-orang Sulu yang terkenal dengan kedegilan melawan musuh mereka. Sebagai contoh, hari ini mengaku kalah, esok lusa mereka menyerang semula. Kalau bukan berkumpulan serangan seorang diri akan mereka lakukan dengan apa cara sekali pun. Cara inilah yang menakutkan Spanyol (Kastila) dan Amerika Syarikat hinggakan meletusnya perang dunia ke II Tausug masih bertahan tidak terkalahkan. Budaya serangan seorang diri yang dinamakan Juramentado (sbt Huramentado) atau dalam bahasa Sug "Magsabil" menjadi kengerian buat Kastila berabad-abad lamanya.

Ketika Amerika Syarikat datang ke Sulu mereka mula mengenali sifat orang Sulu dalam beberapa pertempuran. General John Pershing pernah menulis,

"Perlawanan inilah yang paling menakutkan dan kejam yang pertama kali saya saksikan. Orang Moro (Yang dimaksudkan ialah Tausug Sulu) melawan seperti syaitan. Mereka memang sepenuhnya tiada ketakutan dan apabila sudah berazam untuk melawan, mereka terima kematian itu cuma sebagai satu peristiwa biasa.”

Hal inilah yang mungkin menyebabkan Srivijaya dan Majapahit tidak mahu berhadapan dengan bangsa Sulug di Sulu kerana tidak mahu menanggung sebarang risiko. Sebab itu Erick A. San Juan menyatakan kekagumannya terhadap bangsa Sulug dalam tulisannya Conspiracies and Controversies bahawa,

“Walaupun orang Indonesia (Srivijaya dan Majapahit) lengkap dengan pelbagai alat perang dan kepandaian mereka, tetapi tidak pernah terfikir menghancurkan Tausug ke arah apa-apa peperangan yang tidak munasabah, hinggakan mereka (Tausug) dicatat oleh orang Arab sebagai pejuang Muslim terbaik di dunia.”

Gambarajah keluasan takluk kerajaan Srivijaya, Champa dan Khmer. Kelihatan kepulauan Solot @ Sulug masih bertahan tanpa ada tanda-tanda penaklukan.

Kami berpendapat, Srivijaya, Majapahit, Kedah-Tua, Aceh, Champa dan kerajaan-kerajaan lain di Nusantara yang bermunculan antara abad ke-2 sehingga abad ke-14 Masihi kemungkinan besar adalah asal keturunan mereka dari wilayah kepulauan yang mereka namakan Solot. Kemungkinan kepulauan Solot atau Sulu adalah tempat duduk nenek moyang bangsa Nusantara yang hari ini dinamakan sebagai bangsa Melayu. Keengganan Srivijaya dan Majapahit menakluk Sulu seolah-olah mengesahkan dakwaan ini.

Beberapa faktor yang penulis kira telah menyebabkan Srivijaya dan Majapahit tidak mengganggu Sulu,
  • Pertama: Menghormati Sulu kerana sejak sekian lama orang-orang Sulu terkenal dengan bangsa yang berbudi dan mengutaman kedamaian selagi cara hidup mereka tidak dihalang. Sebab itu bangsa Sulug terkenal dengan persengketaan dengan kumpulan atau kaum-kaum di sekitar wilayah Sulu yang mungkin mereka lihat telah menghalang perusahan mereka. Sebab itulah James Dunnigan menulis ""Tidak seperti viking, Moros (sebagai panggilan orang-orang Islam selatan Filipina) tidak menawan negara-negara yang jauh dan menubuhkan tanah-tanah jajahan. Ini ialah kerana Moros lebih mengutamakan persengketaan berpanjangan dengan suku-suku kaum dan suku-suku lain, daripada pembinaan empayar." Dari catatan Tome Pires dalam Suma Oriental tertulis "The Lucoes (Tausug) have in their country plenty of foodstuffs, and wax and honey; and they take the same merchandise from here as the Borneans take. They are almost one people ... they are a useful people; they are hardworking." Catatan China juga telah mengesahkan hal ini. (Kita bahaskan dalam tajuk Budaya dan Tradisi Sulug)
  • Kedua: Tidak mahu menanggung risiko bermusuh dengan bangsa Sulug kerana bangsa ini terkenal dengan kemahiran di laut yang sukar diduga. Bersifat pendendam dan mempunyai budaya dan tradisi perang yang tidak ada pada bangsa lain di Nusantara. Dalam hal ini James Dunnigan berkata “Orang Tausug adalah seperti orang Viking, mereka pahlawan yang ganas, tiba-tiba muncul dari laut tanpa diduga dengan kapal layar mereka yang pantas… mereka empunya versi Viking yang tersendiri, seperti juramentado (berani mati)… antara kaum Moro (Muslimin) yang paling bengis dan kejam ialah Tausug.” Seperti kata orang tua-tua sarang tebuan jangan dijolok.
  • Ketiga: Bangsa Sulug adalah bangsa pedagang yang sangat menguntungkan. Sebarang masalah dengan bangsa ini akan mengakibatkan "menabur pasir diperiuk sendiri". "Dalam buku The Philippines is the Ophir of the Bible mengatakan bahawa: "Duarte Barbosa telah menulis bahawa orang Malacca memberitahu pada beliau sekumpulan pulau (kepulauan Sulu) yang dikenali sebagai Lequios yang penghuninya adalah kaya dan lebih terkemuka dari Chins (orang Cina) dan berdagang banyak emas dan ketulan-ketulan perak, sutera, kain mahal, dan banyak gandum yang baik, porcelain yang cantik serta bermacam-macam lagi dagangan yang lain.”
  • Keempat: Menghormati bangsa Sulug kerana mereka adalah saudara dan asal-usul nenek moyang bangsa Melayu sendiri. Datu Albi ahmad Julkarnain salah seorang rujukan sejarah Kesultanan Sulu di Sulu hari ini berkata "Sulu adalah tempat bermulanya peradaban dunia". Hal ini dibuktiakan dengan kewujudan bangsa Perahu di Sulu yang digelar Pala'o oleh orang-orang Sulu (dikaitkan dengan sejarah Mesir Purba) serta kewujudan bangsa Lucoes yang dikaitkan dengan bangsa Israel. Catatan Spanyol turut menyatakan "...So who could the Lequios be but the remnants of Hebrews and Phoenicians who have made some enclaves along the Southeast Asian shores?" Tidak syak lagi Lucoes itu adalah Tausug berdarah Israel manakala Phoenicians pula yang dikaitkan dengan bangsa Perahu yang datang ke Laut Meditranian adalah berasal dari kepulauan Sulu membuktikan kebenaran dakwaan Datu Albi Ahmad Julkarnain dan Drs. Simon Hayon dari Flores, Indonesia.
Sebenarnya Srivijaya dan Majapahit tidak mengira samada saudara atau tidak kerana bagi mereka ialah perluasan kuasa dan wilayah dengan penaklukan. Berkenaan dakwaan penulis bahawa Bangsa Melayu di Nusantara berasal dari keluarga Sulug di Sulu perlulah dibuktikan lebih lanjut.


06 - KAITAN SULUG DENGAN NABI SULAIMAN A.S.
Satu contoh menarik yang ditulis oleh mistisfiles.blogspot.com berkenaan Raja-raja Melayu yang berdarah keturunan Nabi Allah Sulaiman a.s. :

Jika kita hayati keturunan Sang Sapurba ini, mungkin kita akan amat-amat keliru dengan campuran keturunan yang pelbagai seperti yang didakwa oleh Krisyna Pendita, Nila Pahlawan dan Nila Utama itu. Perhatikan petikan dari Sulalatus Salatin dalam Cetera Kedua:

"Adapun nama kami dan bangsa kami bukannya daripada bangsa jin dan peri. Bahwa kami ini bangsa manusia; asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, nisab kami daripada Raja Nursyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, dan pancar kami daripada Raja Sulaiman alahissalam..."

Dalam hal ini rujukan yang paling tepat ialah bangsa Sulug itu sendiri adalah kerana mereka masih mempertahankan tradisi lisan turun temurun dengan ceritera dan nyanyian. Menurut cerita bangsa Sulug kononnya Nabi Allah Sulaiman a.s. pernah datang ke Pulau Pata dan duduk di sana sementara waktu sebelum kembali semula ke Jerusalem. Baginda kemungkinan telah mengahwini wanita Sulug sehingga melahirkan anak-anak yang dipanggil Lucoes (Nama yang diketahui dan dicari oleh bangsa Eropah pada abad ke-14 di Nusantara).

Untuk membuktikan hal ini perlu diberikan tanda-tanda yang boleh mengesahkan benarnya kedatangan Nabi Sulaiman a.s. ke Sulu. Adalah sukar membuktikannya dengan artifak-artifak bertulis contohnya seperti Batu Bersurat Terengganu, kubur-kubur, istana lama dan sebagainya kepada khalayak kecuali apa yang disebut dalam tradisi lisan Sulu sahaja. Kalau hanya tradisi lisan Tausug yang masih dianggap "sebelah pihak" maka ada baiknya mencari tanda-tanda lain dalam kitab Samawi dan tulisan-tulisan Bani Israel sendiri yang boleh menguatkan dakwaan ini.

Di dalam Al-Qur'an Al-Karim terdapat tanda-tanda yang penulis kira boleh dijadikan asas tentang benarnya kedatangan Nabi Sulaiman a.s. ke Sulu iaitu:
  • "Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-Qur'an, Al-Anbiya' ayat 81)
  • "Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula)." Al-Qur'an, Saba' 12 (awal ayat).
  • "Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya." Al-Qur'an, Shad 36.
Secara harfiah ayat-ayat Allah swt di atas menunjukkan kepada kita mukjizat yang telah diberikan kepada Nabi Sulaiman a.s. iaitu memerintahkan angin untuk membawanya menuju "ke negeri yang kami telah memberkatinya". Negeri apakah yang bertuah ini sehingga mendapat pujian dari Allah Azza Wajalla? Angin digunakan sebagai metafora atau perlambangan berkenaan kehebatan kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. merentas lautan menuju ke satu negeri yang diberkati Tuhan.

Hal ini telah ditulis (Israeliyyat) lebih awal oleh penulis sejarah Israel abad pertama bernama Flavius Josephus dalam Antiquities of the Jews mengenai rancangan Nabi Sulaiman a.s. belayar ke "Tanah Misteri Ophir", "The pact between Hiram and Solomon was honored and lasted twenty years. Hiram provides cedar and juniper, in exchange, Solomon procured annually 20,000 hogsheads of wheat and 20,000 measures of oil virgin. Solomon also gave twenty cities of Galilee. Historians relate that Hiram was not completely satisfied, then Solomon promised a joint expedition to the mysterious land of Ophir to bring gold and precious stones".

Dalam buku yang sama Book VIII -- From the Death of David to the Death of Ahab, Bab 7 perenggan 5, Flavius menjelaskan bahawa Nabi Sulaiman a.s. mempunyai terlalu ramai isteri dari banyak negara "...nor was he satisfied with the women of his country alone, but he married many wives out of foreign nations; Sidontans, and Tyrians, and Ammonites, and Edomites;... for when he had married seven hundred wives,the daughters of princes and of eminent persons, and three hundred concubines, and those besides the king of Egypt's daughter".

Kalau pun tidak disebut ada isteri Baginda yang berasal dari "Land of Ophir" tetapi sekurang-kurangnya catatan Flavius dapat menambahkan kekuatan bukti berkenaan kedatangan Nabi Sulaiman a.s. ke Sulu sebagaimana yang disebut dalam tradisi lisan Tausug. Setidak-tidaknya kapal-kapal Baginda telah pernah sampai ke Sulu. Seperti yang telah dijelaskan dalam Bible Perjanjian Lama.

"And Huram sent him by the hands of his servants ships, and servants that had knowledge of the sea; and they went with the servants of Solomon to Ophir, and took thence four hundred and fifty talents of gold, and brought them to king Solomon" (2 Chronicles 8:18 -King James Version)


07 - RAHSIA LUCOES DAN PHOENICIAN (KANAAN) DI SULU
Kalau diperhatikan kandungan ayat dalam Chronicles King James Version tersebut terdapat tiga kumpulan yang mengendalikan kapal Nabi Sulaiman a.s. iaitu,
  • "...by the hands of his servants ships," Suruhan Raja Huram @ Hiram
  • "...servants that had knowledge of the sea" Kumpulan yang mempunyai kemahiran dengan lautan tentunya ialah Phoenician
  • "...the servants of Solomon to Ophir" Suruhan Nabi Sulaiman a.s. sendiri.
Dalam catatan Flavius terdapat satu kenyataan yang mana beliau telah menjelaskan bahawa tidak mungkin Bani Israel jadi hamba (servants) atau suruhan lebih-lebih lagi ketika kegemilangan kerajaan Sulaiman a.s. di Jerusalem. Ini bermakna yang layak jadi orang suruhan atau menjadi buruh kasar serta pendayung kapal dan sebagainya adalah bangsa Phoenician yang dikatakan "...servants that had knowledge of the sea" itu. Walau bagaimana pun sekiranya kita perhalusi "servants" di sini adalah lebih merujuk kepada pekerja sepenuh masa dalam kapal kerana terdapatnya "pekerja kapal" di pihak Raja Hiram dan "pekerja" Raja Sulaiman a.s. sendiri.

Pekerja-pekerja lain kemungkinan ada yang tertinggal di Sulu selama kapal-kapal Raja Sulaiman dan Raja Hiram berulang alik ke Jerusalem bukanlah satu perkara yang mustahil. Sudah tentu asimilasi tidak dapat dielakkan lagi dengan orang-orang di kepulauan Sulu beratus-ratus tahun lamanya. Kalau pun bangsa Lucoes di Sulu itu bukan anak-anak Raja Sulaiman a.s. sudah tentu mereka adalah anak-anak Israel dari pekerja-pekerja kapal ini. Kerana menurut Flavius kapal yang biasanya bertolak dari Jerusalem menuju ke Land of Tarshish & Ophir akan kembali tiga tahun kemudian.

Dalam laman web http://www.geocities.com/Tokyo/Temple/9845/zany.htm telah menjelaskan lagi hal ini "During the early period of European colonization, the Biblical lands of Tarshish and Ophir (Sulu Archipelago), or Tarsis and Ofir, as they were called, held the imagination of European explorers. Not only was it believed that the "lost tribes" of Israel were to be found in these lands, but also untold wealth."

Kewujudan Bangsa Lucoes di Sulu pada mulanya telah menjadi kehairanan kepada para penjelajah dan penjajah Portugis serta Spanyol. Jes Tirol telah menulis dalam The Bohol Chronicle menjelaskan,

"Spanish records mention of a mysterious people known as Lequios. Modern historians variously identified them as Okinawans, Koreans, or Vietnamese. They were favorite targets of Spanish ships during the time of General Miguel Lopez de Legazpi because the ships of the Lequios were always laden with gold and silver".

"According to Documents 98, the Lequios were big, bearded, and white men. They were only interested in gold and silver when trading at Ophir. Okinawans, Koreans, and Vietnamese people are not big nor are they white. Their beards are just small goatees and could not satisfy the word "bearded". Therefore they were not the Lequios. So who could the Lequios be but the remnants of Hebrews and Phoenicians who have made some enclaves along the Southeast Asian shores?"

Dalam catatan Spanyol juga dinyatakan maksud sebenar Lucoes kerana menurut linguistiknya perkataan Lucoes atau Liquios berasal dari perkataan Ibrani. Tambah Jes Tirol lagi "The Hebrew word "LEQOT" or "LIQQET" means to gather, to glean. It resembles closely the word Lequios. It will fit the men of King Solomon's fleet who gathered gold and silver."

Kumpulan pulau Lucoes (Lugus) ialah pulau-pulau kecil yang bertaburan di Selatan Jolo termasuk Pulau Pata. Hingga hari ini penduduk yang duduk di sekitar kumpulan pulau Lucoes ini mempunyai gaya bahasa Sug yang berbeza serta mempunyai kulit putih kemerah-merahan dan kebiasaan mereka berjambang.

Hingga hari ini Tausug masih menyebut perkataan Ibrani ini. Sebagai contoh Tausug menyebut beberapa perkataan yang sinonim maksudnya perkataan Lucoes,
  • "Likus" bermaksud "keliling"
  • "Hukut" bermaksud "tali"
  • "Ligut" bermaksud "pusing" (putar)
  • "Lakat" bermaksud "becak" keadaan yang menyukarkan pergerakan.
  • "Pukut" bermaksud "pukat"
  • "Kut-kut" bermaksud "gigit"
  • "Kaput" bermaksud "pegang"
  • "Kup-kup" bermaksud "peluk"
  • "Sakup" bermaksud "termasuk" atau lingkungan.
  • "Saput" bermaksud "kain kafan" pembungkus mayat.
Memandangkan banyaknya perkataan yang hampir sama bunyinya dan maksud yang sinonim dalam bahasa Sulug di atas maka penulis membuat kesimpulan bahawa bangsa Israel kemungkinan mendapat nama "Leqot" dari kepulauan Sulu. Sekiranya ini benar maka menjadi satu bukti Sulu menjadi pusat peradaban awal dan boleh dijadikan asas kajian dunia.


08 - BANGSA MELAYU BERASAL DARI KEPULAUAN SULU?
Dalam bahasa Melayu juga terdapat perkataan "Liput" yang mempunyai konotasi yang sama. Kemungkinan bahasa dan bangsa Melayu bermula di Sulu juga bukanlah mustahil. Ini kerana bahasa Sulug @ Sug menyebut "Malayu" yang bermaksud destinasi "jauh" yang hampir sama maksud dengan "Mlayu" dalam bahasa Jawa yang juga membawa maksud "menjauhkan diri".

Dalam bahasa Sulug atau Sug tidak ada perkataan yang membawa maksud "jauh" kecuali "Malayu". Kata dasar "Malayu" ialah "Layu". Untuk menyebut "Layu" tidak akan sempurna tanpa menambah imbuhan "Ma" sebelum layu. Kerana kata dasar "Layu" tidak boleh berdiri sendiri untuk menjadi perkataan dalam bahasa Sug. Kemungkinan besar nama bangsa Melayu di Sumatra terhasil dari lidah bangsa Sulug adalah satu kenyataan.

Dari dulu hingga ke hari ini orang-orang Melayu di Indonesia dan Malaysia masih memperdebatkan "asal-usul nama Melayu". Sesetengah sarjana memberi teori bahawa bangsa Melayu berasal dari nama "Mala" dan menyambungkannya dengan "ur" menjadi Mala-ur yang pada akhirnya menjadi Malayu adalah berdasarkan nama kerajaan-kerajaan lama yang pernah muncul disekitar Vietnam hari ini. Rasanya Prof Dr Nik Safiah Karim perlu dicadangkan memasukkan kajian pertalian bahasa Sulu untuk mencari akar nama "Malayu" ini.

Kebenaran kepulauan Sulu adalah pusat peradaban terawal dapat diketahui sekiranya kita meluaskan kajian sampai ke Mesir. Kewujudan bangsa Gypsy dan bangsa Kanaan di sekitar Laut Meditranian yang disebut Phoenician oleh bangsa Eropah besar kemungkinan adalah datang dari Sulu. Hingga ke hari ini bangsa Gypsy dan Phoenician masih diperdebatkan asal-usul mereka oleh para sarjana Eropah. Sedangkan dalam masa yang sama terdapay Sea Gypsy di sekitar laut Nusantara terutama di Sulu. Apa yang pasti Phoenician telah digelar oleh sarjana barat sebagai "Man of the sea" yang dikatakan pernah belayar mengelilingi glob ribuan tahun lebih lama sebelum Colombus dan Magellan belayar mengelilingi dunia.

Kewujudan Raja Parahu yang dipercayai datang dari kepulauan Nusantara dalam dunia mitos Raja-raja Fir'aun Mesir menjadi satu bukti bahawa Phoenician (Kanaan) berasal dari Sulu. Maka tidak hairanlah bangsa Eropah menggelar Kepulauan Sulu dengan "The Biblical lands of Tarshish and Ophir" dan Bani Israel pula memanggilnya "The New Promised Land".

Flavius telah membuktikan kepada kita bahawa bahasa yang digunakan oleh Bangsa Phoenician adalah bahasa Sulug atau pun bahasa orang-orang Pala'o (Perahu).

"...And besides these, he granted him certain cities of Galilee, twenty in number, that lay not far from Tyre; which, when Hiram went to, and viewed, and did not like the gift, he sent word to Solomon that he did not want such cities as they were; and after that time these cities were called the land of Cabul; which name, if it be interpreted according to the language of the Phoenicians, denotes what does not please." Catatan Flavius Josephus dalam Antiquities of the Jews, Book VIII -From the Death of David to the Death of Ahab, Chapter 5:3.

Hingga hari ini bahasa Sug dan bahasa Bajau Pala'o (Parahu) masih menggunakan perkataan Cabul (lidah Tausug menyebut sabul) yang membawa maksud lucah-jijik. Dalam bahasa Melayu juga mempunyai konotasi yang sama.


09 - BANGSA PARAHU DI SULU
Di kepulauan Sulu hari ini terdapat satu kumpulan manusia yang hidup berperahu di laut yang dipanggil Bajau Laut. Kadang-kadang mereka dipanggil Sama atau Samal dan dalam keadaan tertentu mereka dipanggil Pala'o. Mengapa mereka dipanggil Pala'o adalah disebabkan sepanjang hidup mereka senantiasa berada di atas perahu. Mereka hidup sebagai nelayan dan penyelam mutiara yang handal. Mereka sangat pakar dengan lautan luas tanpa menggunakan sebarang alatan canggih penunjuk arah seperti kompas.

Pala'o adalah sebutan Tausug terhadap PARAHU yang membawa maksud Bangsa Berperahu. Panggilan Bajau terhadap mereka adalah kerana kehidupan mereka yang "berjauh" dengan daratan. Tausug menyebut Bajau sebenarnya adalah dari perkataan BERJAUH. Panggilan Sama atau Samal oleh Tausug juga diambil dari kata Sama-Sama kerana sifat Pala'o yang senantiasa berperahu bersama-sama secara berkumpulan.

Hari ini bangsa Pala'o dipandang rendah dan hina oleh sebahagian Tausug adalah kerana gaya hidup Pala'o yang sebilangannya tidak beragama, senantiasa merendahkan diri dan ketinggalan arus kemodenan. Walhal mereka inilah yang dipanggil Orang Laut yang menjaga Selat Melaka awal kurun ke-15 seperti yang tercatat dalam catatan Melayu. Ini bermakna mereka adalah bangsa hebat sebagaimana yang disebut oleh pakar sejarah Sulu bahawa mereka inilah yang menguasai lautan Nusantara antara abad ke-17 hingga abad ke-19. Berikut terdapat dua kumpulan terbesar bangsa Parahu di kepulauan Sulu yang masih wujud hingga hari ini,

Perahu Bajau Balangingi dan Iranun, kelihatan "jauragan" sedang mencari-cari perahu Visaya di perairan Sulu dan Laut China Selatan. Sehingga terkenalnya nama "Lanun" (Iranun) di Tanah Melayu dan Bajak Laut (Bajau Laut atau Bajau Balangingi) di Tanah Jawa kerana mereka belayar sehingga ke Selat Melaka.
  • Bajau Balangingi' (Tausug menyebut Bangingi')
- Inilah kaum Bajau yang dijadikan tentera laut oleh Kesultanan Sulu. Bersikap keras dan kejam terhadap musuh.
- Pekerjaan utamanya ialah menangkap orang kemudian menjualnya kepada para Datu Tausug dan Pangiran di Brunei serta kepada para Daeng Makassar untuk dijadikan hamba.
- Sesetengah keadaan Balangingi bersatu dengan Iranun, Tidung dan Makassar meronda laut Nusantara merompak wilayah naungan Belanda, British dan Spanyol.
- Pekerjaan lain ialah selalu dijadikan pemandu arah oleh bangsa Eropah merentas lautan luas dan dijadikan penjaga kapal dagang oleh para Datu dan Pangiran.
- Kebiasaan Bajau Balangingi dengan keluarga mereka tinggal berumah di darat.
- Tempat tinggal Bajau Balangingi hari ini ialah di Kota Belud (Sabah), Sambuangan (Zamboanga), Kepulauan Pilas dan Basilan, Tungkil, Jama Mapun, Pangutaran, Kabingaan sehingga ke kepulauan Tawi-Tawi.

Anak Bajau Pala'o
  • Bajau Pala'o (Sesetengah Tausug menyebut Luwa'an) - Mempunyai sifat yang berbeza dengan Bajau Balangingi iaitu tidak suka bergaduh dan senantiasa berkompromi dengan para Datu dan Daeng demi keamanan. Hidup mereka senantiasa dalam perahu yang mereka panggil Lepa. Sangat terkenal sebagai penyelam mutiara yang handal dan perisik kepada kesultanan Sulu ketika melawan Spanyol berabad-abad lamanya.
Yang paling penting Bangsa Parahu atau Pala'o sebenarnya menutur bahasa Sama-Bajau yang bahasanya mirip dengan bahasa Melayu Riau. Tinggal lagi bunyi atau slanga bahasanya sukar difahami secara sepintas lalu. Ia seperti bahasa Melayu Kelantan yang sukar difahami oleh Melayu Selangor begitulah bahasa Bajau. Demikian juga dengan bahasa Sulug yang mempunyai lebih 50% perbendaharaan kata Melayu. Sebenarnya samada mereka kaum Bajau, Lucoes, Taguimaha atau Buranun, selagi mereka tinggal di kepulauan Sulu mereka adalah Tausug atau bangsa Sulug. Kerana mereka antara satu sama lain menutur bahasa yang sama iaitu bahasa Sulug @ Sug sekali pun masing-masing mempunyai loghat yang berbeza.

Tambahan pula sekiranya Sulu diserang musuh mereka semuanya berkerja sama samada Sulug di darat atau pun Sulug di laut. Sebagai contoh, kesultanan Sulu telah memberikan tugas kepada Bajau Balangingi' di laut memusnahkan kapal-kapal Spanyol yang mahu menyerang Sulu terlebih dahulu. Kalau gagal iaitu Spanyol bolos sampai ke darat maka menjadi tugas Buranun, Baklaya, Taguimaha pula menyerang dan bertahan. Satu ikatan yang berlangsung beribu tahun yang diamalkan oleh bangsa Sulug di kepulauan Sulu. Inilah rahsia mengapa Sulu sukar ditakluk oleh bangsa lain.

Bajau Pala'o (Perahu) sedang mendayung perahu Lepa (merangkap rumah) di Laut Sulu. Keindahan Laut Sulu menyebabkan majoriti Bajau Laut ini sukar meninggalkan Sulu.
Pemandangan rumah Bajau (Tanpa jambatan ke darat) yang sudah tinggal di tepi pantai tapi masih dalam kawasan laut. Kelihatan anak-anak Bajau sedang bermain laut tanpa pengawasan. Lokasi di pantai timur Sabah.


10 - RAJA PERAHU DALAM CATATAN MESIR PURBA
Dalam mistisfiles.blogspot.com telah dijelaskan secara terperinci bahawa utusan raja Mesir telah pernah dihantar menemui Raja Perahu yang punya permaisuri bernama Ati di sebuah negari yang mereka namakan "Land of Gods" atau dipanggil Negeri Punt. Menurut pengkaji Negeri Punt adalah kepulauan.

"Para penyelidik telah mengkaji sejak bilakah gelaran 'Pharaoh' digunakan. Perkataan 'Pharaoh' sebenarnya berasal dari sebutan Mesir Purba 'Prao' atau 'Prau'. Kemudian dicedok oleh Greek Purba (Yunani) dan Latin menjadi 'Pharao'. Kemudian orang Inggeris menuliskannya sebagai 'Pharaoh' sehingga ke hari ini. Pada awalnya, maksud 'Prau' ini bukanlah menunjukkan gelaran diraja tetapi tempat atau istana raja".

Siapa sebenarnya yang dikatakan Raja Perahu dan Permaisuri Ati? Mistisfiles.blogspot.com telah memberi jawapan bahawa berdasarkan nama Raja Perahu dan isterinya bernama Ati yang difahami dalam bahasa Melayu itu maka sudah semestinya kedua-duanya adalah berasal dari kepualaun Melayu. Hal ini semamangnya benar, kerana nama Ati itu sendiri sebanarnya adalahHati dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Sulug atau Tausug menyebutnya ATEY atau Atay yang lebih dekat kepada Ati.

Kami berpendapat, ciri-ciri Raja Punt tersebut yang dikatakan sebagai Raja Perahu sangat bersesuaian dengan ciri-ciri yang terdapat pada masyarakat Sulu hari ini. Penguasaan maritim di masa lalu sehingga kini masih kelihatan di Sulu. Persoalannya mengapa Raja Fir'aun sangat menghormati Raja Perahu yang duduk di negara Punt (Land of Gods) itu hinggakan nama Perahu sangat diagungkan oleh Raja-raja Mesir? Untuk mendapatkan kepastian perlulah gambarajah pada ukiran dinding Mesir tersebut diperjelaskan terlebih dahulu.

Gambaran Raja Perahu dan permaisuri Ati.

Perhatikan gambarajah yang menunjukkan keris terselit dan kalung pada leher Permaisuri Ati dan Raja Perahu kalau bukan emas kemungkinan adalah mutiara kerana bentuknya yang bulat. Gambar diambil dari mistisfiles.blogspot.com.

Pada gambarajah di atas memperlihatkan dua perkara penting. Pertama ialah kalung pada leher dan keduanya pedang atau keris yang terselit di pinggang. Kalung yang dipakai oleh keduanya seolah-olah mutiara. Saiz mutiara yang berada di leher Permaisuri Ati adalah lebih besar berbanding Raja Perahu kerana saiz yang besar lebih bernilai dan menjadi kebanggan adalah sesuai dipakai oleh seorang permaisuri.

Jenis mutiara kelabu atau hitam dan putih metalik.

Melihat kepada pedang atau keris yang terselit di pinggang seolah-olah Raja Perahu sedang memakai Keris Sulu dengan ulu bermotif kakak tua yang biasa dipakai oleh bangsa Sulug berabad-abad lamanya yang masih wujud sehingga hari ini.

Pelbagai variasi keris dan barung Sulug (Tausug) berjaya dirampas oleh tentera Amerika Syarikat selepas berjaya membunuh ribuan Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu tahun 1903-1913. Kebiasaan motif pada ulu keris dan barung ialah kakak tua samada yang diperbuat dari gading gajah atau kayu terpilih.

Barung Sulug yang biasa diselit di pinggang pahlawan Sulu berabad-abad lamanya mempunyai pelbagai saiz. Yang kecil biasanya bersaiz lebih kurang sekaki.

Untuk mendalami hal ini kita perlu mengkaji dahulu siapa bangsa PARAHU ini sebenarnya hinggakan rajanya menjadi pujaan Raja Fir'aun. Mistisfiles.blogspot.com telah menjelaskan bilakah nama "Prao" (Pharaoh) menjadi gelaran Fir'aun di Mesir Purba:

Kita lihat dahulu sejak bilakah perkataan 'Prau/Prao' ini dipakai dalam budaya Mesir Purba. Catatan terawal di mana kata 'Prao' ini digunakan ialah merujuk kepada pemerintah di dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) ketika pertengahan era Dinasti ke-18 (1550-1292 Sebelum Masehi) di mana disebutkan dengan kata-kata:

"Prao, seluruh kehidupan, kekayaan dan hidup sihat!"

Gelaran 'Prao' ini digunakan selepas era Ratu Hatshepsut iaitu pemerintah sebelum Amenhotep IV ini! Dinasti ke-19 dan seterusnya menjadikan gelaran 'Prao' ini digunakan secara rasmi yang membawa maksud 'Tuanku'.
"Perahu, juga disebut sebagai 'prau' atau 'prao' dalam literasi Sumeria-Mesir-Barat adalah nama sejenis pengangkutan laut orang Melayu. Nama lain bagi perahu adalah sampan. Raja Punt bergelar Raja Perahu menunjukkan penguasaannya ke atas laut dan perdagangan maritim, profesion utama orang Melayu pada zaman purba".


Raja Mesir Purba (Fir'aun) dengan lambang ular atas topi sebagai tanda penghargaan dan kebesaran.


Apakah punca Fir'aun memuja Bangsa Parahu? Mistisfiles telah mencatat berkenaan bermulanya perhubungan bangsa Perahu dengan bangsa Fir'aun Mesir:

Di dalam era Dinasti ke-12, perhubungan dengan Punt direkodkan di dalam 'Kisah Pelaut Kapal Karam' yang terkenal dalam kesusasteraan Mesir Purba. Kisah ini menyebutkan:

"...Seorang pelaut telah tiba di satu kawasan kepulauan di mana kapalnya telah karam. Dia cuba berenang untuk mendekati pantai. Sampai di pantai, pelaut itu pun berjalan-jalan di sekitar pulau itu. Tiba-tiba seekor Ular Besar telah menghampirinya. Pelaut itu berasa amat takut. Alangkah terkejutnya pelaut itu apabila Ular Besar tadi berkata-kata dengannya:

Akulah Raja Punt.

Aku memerintah pulau-pulau. Aku berkuasa ke atas pulau-pulau ini.

Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu. Dia diberi makanan, minuman dan layanan mesra..."

Menurut Mistisfiles rahsia Raja Ular Besar tersebut masih berada dalam simpanan Kesultanan Perak. Ini membuktikan bahawa lokasi Ular Besar tersebut barada di Tanah Melayu.

"Ini akan membuka rahsia 'Darah Naga' (The Dragon Court of Royal Bloodline)... Selagi potoh NAGA masih tersimpan di dalam simpanan Kesultanan Perak, selagi itu rahsia ini masih ada. Di dalam hikayat Naga Kepala Tujuh, cerita rakyat negeri Perak, disebutkan mahkota anak raja yang dicuri oleh Naga ini dan ini kononnya menjadi sebab Sultan Perak hari ini tiada bermahkota. Tanyalah peristiwa Beting Beras Basah, dan kaji mengapa setiap pertabalan Sultan Perak, mereka mesti membasahkan kaki di Beting Beras Basah ini."

Cuba perhatikan ayat "Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu. Dia diberi makanan, minuman dan layanan mesra" menunjukkan satu kerja kebajikan dan keluhuran budi. Peringkat awal seolah-olah Ular Besar tersebut akan memakan atau menggigit untuk membunuh kerana mungkin dianggap menceroboh, tetapi berlaku sebaliknya. Cerita tersebut sekali pun ia dianggap mitos atau lagenda seolah-olah memberitahu kita ada sesuatu yang perlu dirungkai, dikaji dan diperjelaskan. Hal ini boleh saja dikaitkan dengan sifat dan sikap Bangsa Perahu atau Bangsa Sulug di kepulauan Sulu.


11 - KAITAN NAGA DENGAN KERIS SUNDANG, BUANSA DAN PUNT
Kami menjelaskan secara panjang lebar berkenaan hal ini bukanlah kerana mahu mengagung-agungkan Bangsa Perahu atau Bangsa Sulug di Sulu semata-mata. Atau pun mahu menunjuk-nunjuka kelebihan dan keberanian Tausug dan merendah-rendahkan Bangsa Melayu lain di seluruh Nusantara. Bagi kami inilah saja cara untuk menulis dan mendedahkan Sejarah Sulu yang selama ini tertimbus kepada dunia. Spanyol dan Amerika Syarikat berjaya membakar kitab-kitab Tausug hinggakan sejarah nenek moyang yang tidak ternilai harganya itu tidak akan dapat dibaca atau dikembalikan lagi. Bangsa Melayu di Indonesia dan Malaysia masih beruntung kerana kebanyakan sejarah nenek-moyang mereka masih wujud dalam tulisan-tulisan lama, artifak, batu bersurat dan sebagainya.
Keris Sundang sikuhan (berlok).

Di Nusantara, satu-satunya bangsa yang menggunakan Keris Sundang secara meluas berabad-abad lamanya ialah Tausug sebelum dan selepas era Kesultanan Sulu lagi. Keris Sundang mempunyai saiz yang besar dan panjang. Sundang sekiranya diberi makna secara harfiah ianya bermaksud "pedang" dan kalau ditafsir mengikut bentuk dan sifat penggunaannya akan membawa maksud "Ular Besar atau Naga". Tausug adalah yang paling mahir menggunakan Keris Sundang dalam peperangan berkecamuk atau satu lawan satu.

Sebagai contoh, seorang pahlawan Tausug yang mahir akan menjelaskan "Menetak menggunakan Keris Sundang bersiku atau berlok memerlukan kemahiran cara menetak pantas iaitu dengan melilitkannya ke bahagian badan musuh lalu menarik yang dengan tarikan tersebut akan memutuskan anggota dan memburaikan tali perut sekali gus." Persoalannya bagaimana Keris sekeras itu boleh melilit? Begitulah kemahiran Tausug menggunakan Keris Sundang.

Kemudian lagi, Bandar Buansa yang berada di Jolo turut mempunyai cerita yang sama. Menurut penelitian kami sebutan asal Buansa ialah Buwangsa. Satu nama yang kalau diperhalusi sebenarnya berbunyi "Bawangsa atau Mawangsa @ Mahawangsa" yang bermaksud "Ular Besar" dalam bahasa Sanskrit. Untuk mengesahkan Negeri Punt yang dikatakan tempat pemerintahan Raja PARAHU (Perahu) yang dinamakan oleh Raja-raja Mesir Purba sebenarnya wujud dalam lidah orang-orang Sulug sehingga hari ini. Dalam bahasa Sulug terdapat istilah "Pun" yang membawa maksud "himpun" dan kalau ditambah imbuhan "Ti-pun" bermaksud "terhimpun".
Foto klasik 1900-an : pahlawan Tausug bergambar kenangan dengan anak perempuannya di Jolo, Sulu. Kelihatan di pingganya terselit Keris Sundang yang panjang dan besar.

Satu lagi perkataan ialah "Pu'un" yang bermaksud "punca" atau "pusat" sebab itu pedagang Tausug menyebut "Pu'un" atau Pu'unan bermaksud modal perniagaan. Kerana seorang peniaga memerlukan "punca" atau modal untuk memulakan perniagaan. Maka samada Pun atau Pu'un sebenarnya mempunyai konotasi yang sama. Sekiranya kita kaitkan dengan pemerintahan atau kerajaan maka PUN dan PU'UN ia akan melengkapkan ciri-ciri kehebatan yang jelas seperti "himpunan pusat pemerintahan, kekayaan, kekuasaan dan keindahan serta peradaban dunia". Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan Pohon yang bermaksud Pokok. Sedangkan pokok membawa maksud "punca" dalam Bahasa Melayu Indonesia. Walau pun pohon juga bermaksud "pinta" dalam Bahasa Melayu, Bahasa Sulug @ Sug juga turut menggunakan "Puhun" untuk "pinta". Ini bermakna tidak seperti Bahasa Melayu, Bahasa Sulug membezakan "Pu'un" yang bermaksud "Punca" atau "pusat" dengan "Puhun" yang "meminta".

Dalam Bahasa Sulug suku kata "Pun" digunakan sebagai pembeza dan penegasan kepada sesuatu keadaan atau pun sebagai kata kerja. Bahasa Melayu Malaysia dan Indonesia juga turut menggunakan "Pun" sebagai pembeza dan penegasan. Beriku adalah contoh penggunaan "Pun" dalam bahasa Sulug,
  • "Kahapun" bermaksud kelmarin.
  • "Mahapun" bermaksud petang.
  • "Ampun" bermaksud sebutan rendah diri kepada Sultan atau Raja.
  • "Si'pun" bermaksud hingus.
  • "Bitu'un" bermaksud bintang-bintang di langit.
  • "Ama'un" bermaksud bapa saudara (Pakcik). Ama' bermaksud bapa atau ayah sebenarnya diambil dari bahasa Hebrew atau Semitik. Ab atau Aba disebut Ama' dalam sebutan Sulug, bunyi "B" bertukar "M" adalah kerana Bani Israel sendiri menyebut Ab dengan Av lebih dekat dengan Am pada lidah Sulug. The Hebrew word for father is just "Ab", pronounced "Av", which means "the one who gives strength to the family." The word "Abi" is the more familiar form, with the meaning "MY father" Abba is a hebrew/aramaic hybrid word, attaching the formal ending -a to the end of the hebrew word Ab, effectively turning it into a singular formal noun: THE Father, or a reference to God.
  • "Ina'un" bermaksud ibu saudara (Makcik). Ina' juga diambil dari Bahasa Hebrew bermaksud ibu. The Hebrew word is "Ima" (pronounced 'ee-ma', spelled 'אמא'). Dalam bahasa Melayu moden terutama di Malaysia menggunakan "emak" untuk ibu. Sebenarnya yang membawa perkataan Ema' ke Tanah Melayu ialah Bangsa Lucose dari Sulu yang pernah menetap beramai-ramai di kepulauan Sumatra-Riau sehingga ke Melaka era Parameshwara lagi. Bangsa Lucoes adalah satu-satunya Tausug yang menggunakan "E" pepet. Mereka dipercayai menduduki Melaka sehingga ke muara Sungai Kelang di Selangor. Tidak hairan hari ini orang-orang Melayu Selangor menggunakan "E" pepet. Contohnya "Ya" adalah bahasa Melayu Standard tetapi disebut "Ye" oleh Melayu Selangor yang sebenarnya adalah lidah Lucose (Tausug).
  • "Kaka'un" bermaksud makanan.
  • "Sipa'un" bermaksud ditendang atau disepak.
  • "Alimun" bermaksud halimunan. Alim @ Alem dalam bahasa Sulug bermaksud ghaib, ia berasal dari Bahasa Hebrew aw-lawm : The Hebrew word (pronounced) aw-lawm, meaning hidden place (or the modern term "underworld").
Kalau dihimpun, beribu-ribu patah perkataan Sulug yang terkandung bahasa Hebrew dan Arab, Bahasa Parahu Purba (asal-usul Bahasa Melayu), Bahasa Monggoloid (Bangsa Monggol atau dipanggil bangsa Makjuj atau China-Tibetan), dan Bahasa Sanskrit serta sedikit Bahasa Spanyol dan Inggeris telah membentuk bahasa Sulug moden hari ini. Hal ini akan kami bahaskan dalam tajuk yang lebih khusus.

Bersambung di bahagian kedua di posting seterusnya.

Kajian bersama:
ASREESULU & Neldy Jolo

amukanmelayu - kemerdekaan SULU akan bermulalah kembali KERAJAAN ISLAM NUSANTARA