,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 26 July 2016

WHO I AM Malaysian Offcial 1?




Pengerusi Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menganggap laporan kononnya pemimpin kanan Umno dan menteri kabinet akan berpaling tadah berikutan saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika ke atas aset berkaitan 1MDB sebagai karut dan tidak masuk akal.

“Ini berita karut, provokasi dan propaganda pihak tertentu untuk mengabui mata rakyat khususnya ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi,” tulisnya dalam blog hari ini.

Beliau juga menyifatkan dakwaan ada kalangan pemimpin Umno ‘telah berbincang’ dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai amat meragukan dan menafikan bahawa skandal 1MDB telah melemahkan Umno.

Syed Ali menggesa ahli-ahli parti tidak terpedaya dengan laporan South China Morning Post mengenai perkara itu dan menaruh keyakinan bersama pemimpin mereka.

Akhbar Hong Kong hari ini memetik bekas editor politik New Straits Times Firdaus Abdullah sebagai meramalkan bahawa beberapa pemimpin tertinggi Umno akan beralih kepada pembangkang.

“Di kalangan mereka ialah ahli-ahli Umno kanan, anggota-anggota kabinet dan para pemimpin parti komponen BN,” Firdaus dilaporkan berkata.

Beliau berkata, Umno dalam keadaan gundah-gulana selepas DOJ memfailkan tindakan undang-undang untuk merampas berbilion-bilion set yang didakwa disalahgunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB. – Malaysiakini

1mdb malaysian official 1

Komen Ana Ghoib: OH WOW bila South China Morning Post lapor penuh puji Presiden negaranya berjaya membeli harta tanah 1MDB melalui Najib di Malaysia kamu percaya gembira pula?

Ke mana pergi Jho Low, Riza?

oleh Ong Boon Teck

Dari akhbar Cina: KENYATAAN Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kelmarin untuk memfailkan permohonan mendapatkan kembali lebih AS$1 bilion dalam bentuk aset yang berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapat perhatian seluruh dunia.

Melalui kenyataan Peguam Negaranya Loretta E Lynch yang panjang lebar itu, jelas menunjukkan dua watak yang penting dalam isu berkaitan 1MDB ini perlu ditumpukan oleh banyak pihak.

Mereka adalah ahli perniagaan Jho Low dan anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.
Penolong Pengarang Sin Chew Jit Poh, Tay Tian Yan yang menulis dalam kolumnya berpendapat, sehingga hari ini, Jho Low dan Riza bukan sahaja tidak dikenakan tindakan undang-undang, malah ke mana kedua mereka pergi pun sukar dikesan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah cuba memanggil mereka untuk memberikan kenyataan berhubung dengan isu yang sedang disiasat, namun gagal.

Pihak pengurusan 1MDB sendiri pun tidak mempunyai inisiatif untuk memanggil mereka membantu menyelesaikan masalah kewangan syarikat pelaburan strategik negara itu.

“Sekiranya kedua-dua mereka tidak dipanggil untuk tampil memberikan kenyataan secara mendalam mengenai peranan mereka dalam 1MDB, sudah tentu isu 1MDB tetap tidak mampu diselesaikan sampai bila-bila,” kata Tian Yan dalam tulisannya.

Beliau menyoal apakah peranan yang dimainkan mereka berdua sehingga mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam skandal 1MDB ini.
Kata beliau lagi, kerajaan kini tiada pilihan lagi selain perlu bekerjasama dengan negara-negara lain bagi memastikan semua aset milik 1MDB dikembalikan semula kepada Malaysia. – Sinar Harian | Foto The Wall Street Journal



Tentunya pelbagai perasaan menyelubungi kita berhubung tindakan Jabatan Kehakiman AS mahu menyita 17 hartanah dan aset yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang dipercayai telah diselewengkan.

Barangkali ada yang marah, geram, panas hati, tertekan, malu dan berbagai-bagainya, berterusan sejak malam semalam sehinggalah kini.

Untuk menenangkan jiwa dan mendamaikan perasaan, apa kata kita tenangkan hati dan jiwa seketika dengan menatap sebahagian daripada hartanah dan aset yang bakal dirampas itu.

Setidak-tidaknya, dalam kita marah, geram, panas hati, tertekan dan malu, harta sitaan ini juga adalah lambang “kejayaan” dan “kehebatan” segolongan anak bangsa kita di Amerika sana.

Park Lane Hotel di New York bernilai AS$380 juta dan Time Warner Penthouse di New York berharga AS$30.5 juta.

Park Laurel Condo di New York bernilai AS$33.5 juta dan Warker Tower Penthouse di New York berharga AS$50.9 juta.


Viceroy L’Ermitage Hotel di Beverly Hills berharga AS$44.8 juta dan sebuah mansion juga di Beverly Hills berharga AS$31 juta.


Montalban House di Los Angelas berharga AS$38.9 juta dan sebuah town house di London berharga AS$41.8 juta.


Pelaburan Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street bernilai AS$100 juta dan sebuah jet Bombardier 700 berharga AS$35.3 juta.


Lukisan Van Gogh berharga AS$5.4 juta dan Monet berhara AS$35 juta.
Lukisan Monet berharga AS$57.5 juta.

Hebatkan Malaysia di era Najib Razak – Sumber Shahbudin Husin Blog

Keluarga kaya yang berantakan selalunya tidak terlepas dengan sengketa keluarga, begitu juga dengan Keluarga PM yang kita sayangi ini.
Jurucakap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilaporkan mengesahkan persengketaan keluarga yang menyaksikan anak perempuan tirinya, Azrene Soraya Abdul Aziz secara terbuka membidas abangnya Riza Aziz.

Jurucakap yang tidak dinamakan itu memberitahu akhbar The Weekend Australia, semalam bahawa beliau telah membaca posting Azrene Soraya di Facebook dan akaun Twitter.

“Beliau mempunyai hak untuk mengatakan apa yang dia mahu kata tetapi saya boleh mengatakan dengan pasti bahawa hubungan ibu dan anak perempuan itu renggang selama bertahun-tahun.
“Kami tidak mahu mengulas buat masa ini,” beliau dipetik sebagai berkata, sambil menambah bahawa ia adalah persengketaan peribadi keluarga.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan Azrene menulis di akaun Facebook beliau bahawa abangnya, Riza, yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menerima balasannya kerana menjual dirinya syaitan. Ini berikutan saman yang mahu menyita dan merampas aset AS$1.3 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.

Dokumen 136 muka surat, antara lain, menyenaraikan Riza sebagai tokoh utama dalam saman pelucutan hak sivil itu. Riza sebelum ini menafikan bahawa syarikat produksi miliknya, Red Granite, telah menerima dana daripada 1MDB. Walau bagaimanapun, dokumen mahkamah terkini menyatakan bahawa Red Granite menerima AS$64 juta dana yang dikesan berasal daripada 1MDB.

Sebagai respon, Red Granite berkata ia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai wang yang digunakan untuk membiayai pembikinan filem ‘The Wolf of Wall Street’ diperolehi sevara tidak sah dan bahawa dakwaan terbaru itu tidak akan menjejaskan operasinya.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan tidak dinamakan dalam saman DOJ itu walaupun ia membuat rujukan sebanyak 36 kali untuk “Malaysian Official 1”. – Malaysiakini  

DOJ: Riza dakwa dana AS$94j adalah hadiah

by Al Baqi
 


Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun – yang dia memiliki akses untuknya – adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

“(Riza) Aziz mendakwa – termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 – wang itu adalah ‘hadiah’ daripada Aabar BVI,” kata laporan itu semalam.
Menurut DOJ, Aabar BVI – sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama – menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.

Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.

DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah – dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.
Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai “hadiah” berkenaan.
“Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi,” kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.

Pindahan tanpa sebab
Seorang pengarah urusan di firma itu yang bertindak bagi pihak Riza menjelaskan Aabar BVI adalah “sebuah syarikat pegangan persendirian seorang rakan keluarga” individu terlibat.

Dia juga menyertakan sekeping surat daripada Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu pengarah Aabar BVI serta ketua pegawai eksekutif syarikat itu ketika transaksi berkenaan berlangsung.

Kandungan surat itu ialah: “Surat ini bertujuan mengesahkan bahawa pemindahan AS$94,500,000 yang terdiri daripada pindahan kawat pada 18 Jun 2012 untuk BSI Bank Bhd (nombor akaun [XXX] 250A) untuk manfaat Riza Aziz bertujuan sebagai hadiah.

“Pemindahan itu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan tiada perkhidmatan dijalankan atau hadiah diterima bagi aset. Ini adalah satu pemindahan tanpa sebab dibuat dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi kami.”
DOJ bagaimanapun menafikan hal itu dalam nota kakinya, dengan menjelaskan pada tarikh pemindahan itu berlangsung, Aabar BVI sebenarnya menyalurkan AS$133 juta kepada Red Granite.
Tambah DOJ dana sebanyak AS$94 juta itu adalah jumlah yang dipindahkan Riza “ke Amerika Syarikat dalam tempoh kira-kira lima bulan dan digunakan untuk membeli aset peribadi”.

Selain digunakan untuk membeli harta tanah DOJ mendakwa dana 1MDB bernilai AS$64 juta digunakan untuk membiayai filem terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street.

Bagaimanapun Red Granite menafikan tahu sebarang maklumat mengenainya.

Sejumlah AS$41 juta wang 1MDB juga dikatakan diguna untuk membiayai aktiviti perjudian Riza, hartawan Jho Low serta rakan mereka Eric Tan Kim Loong. – Malaysiakini



Pendedahan yang dibuat Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe dalam sidang media tempohari memberi tamparan hebat kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini bermati-matian menafikan dana syarikat terbabit kononnya tidak diseleweng.

Berikutan itu, Jabatan Kehakiman Amerika telah mengumumkan akan bertindak dengan memfailkan permohonan menyita dan merampas aset berkenaan.
Menyifatkan pendedahan ini menjatuhkan imej dan memalukan negara, Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri berkata 1MDB yang sepatutnya menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan telah dijadikan alat semata-mata untuk memperkayakan diri sendiri.

Tambah memalukan lagi kata beliau, pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka yang mengaku ‘pejuang Melayu dan Islam’ amat sibuk dengan isu kafir harbi, konsert dan seumpamanya tetapi membutakan mata dengan penyelewengan rasuah terbesar yang dilakukan pemimpin.

“Malaysia ialah sebuah negara Islam yang ada belasan mufti, ribuan Qadhi, jutaan ustaz yang sibuk mengkafir-harbikan orang lain tapi tutup kedua mata, bila orang Islam sendiri mencuri dan rasuah.
“Pemimpin kita rasuah dan kita lihat sebahagian orang Melayu jerit sana sini mereka Islam dan mahu mempertahan Islam sampai ketitisan darah terakhir.
“Tetapi mereka masih tidak mahu menolak pemimpin yang rasuah dan mencuri duit rakyat Malaysia. Perbuatan dan pendirian demikian amat memalukan. Jika kita tidak bangkit menolak pemimpin yang korap, maka itu hipokrit dan kufur!” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Menurutnya adalah amat ironi, sebagai negara bukan Islam, Amerika bertegas dengan tidak membenarkan sistem kewangan dan perbankan mereka dijadikan alat kepada ketua-ketua negara mencuri wang rakyat di negara mereka.

“Saya melihat ini sebagai kutukan keaatas Malaysia. Malaysia ialah negara ‘si pencuri’. Malaysia adalah sebuah negara yang rasuah dan mengamalkan budaya rasuah dan mencuri. Amerika yang membenci rasuah dan pencuri yang menyauk duit rakyat mereka sendiri ialah negara ‘kafir’,” katanya.

Dalam perkara yang sama Ariff berkata persoalan yang timbul saat ini ialah bagaimana pentadbiran Najib mempertahankan dirinya sendiri.

“Adakah mereka akan guna taktik lama dengan menipu rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bahawa ini semata-mata sebuah konspirasi jahat dengan Jabatan Kehakiman Amerika dikuasai Yahudi?
“Pada masa yang sama menuduh Yahudi memang bengang dengan Najib yang dianggap penjaga dan pembela aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pelopor wasathiyah dan penganjur maqasid syar’iah?” soal Ariff.  – Malaysia Dateline.



Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada mulanya menyangka suaminya terlalu keras terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas beliau mengangkat sumpah sebagai pemimpin nombor satu negara pada tahun 2009.

Dalam autobiografinya ‘My Name is Hasmah’, Siti Hasmah menceritakan bagaimana tanda-tanda perselisihan di antara Mahathir dan Najib muncul seawal selepas beliau menjadi perdana menteri.

Satu pertemuan makan malam kemudian diatur di Seri Perdana untuk menyelesaikan perkara itu.

Tetapi apabila Najib muncul semula tidak lama lagi selepas pertemuan itu, Hasmah tahu ia bukanlah satu petanda yang baik. Najib, katanya, telah mengesahkan ini, memaklumkan kepadanya bahawa Mahathir mahu beredar segera.

Ditanya apa yang telah berlaku antara kedua mereka selepas pulang ke rumah, Mahathir berkata beliau telah memberitahu Najib bahawa dia teruk dalam menjalankan tugasnya sebagai perdana menteri.

“Saya agak terkejut. Najib baru sahaja mengambil alih jawatan dan saya juga prihatin dengan bagaimana dia dilihat menguruskan negara ini,” katanya sambil menambah beliau juga merasakan Mahathir terlalu keras terhadap Najib.
“Dia masih agak baru dalam menjalankan tugas tersebut,” kata Hasmah, sambil menegaskan bagaimana Mahathir sendiri berdepan dengan permulaan yang sukar sebagai timbalan perdana menteri.

Kesedihan dan kebingungan
Tetapi selepas malam itu, perkembangan lain telah berlaku dan Najib, katanya, tidak lagi baru untuk tugas itu. Katanya, Mahathir kritikal mengenai pengendalian Najib terhadap isu-isu negara dan kesan pada kedaulatan dan kemerdekaan kita, dan untuk tidak berkata apa-apa tentang kontroversi yang lebih terkini menyelubungi Najib sendiri.
 
Secara peribadi, katanya, beliau merasakan kesedihan dan kebingungan tentang apa yang berlaku kepada Najib yang pernah dikenalinya.
Namun begitu, beliau tetap berharap satu hari nanti negara akan kembali di landasan yang betul, tulis Siti Hasmah dalam bukunya itu lapor Malaysiakini.



 AMUKANMelayu - Semakin KUSUT Masai

Friday 22 July 2016

BINI MENJADI MANGSA BILA ANAK TIRI DAN BAPA TIRI BERENTAP


PM Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditemui media selepas Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan FELDA bersama Perdana Menteri di Menara Felda, hari ini. - BERNAMA


1MDB: Jabatan Kehakiman AS mohon rampas aset, sahkan RM14.16 bilion diseleweng



LOS ANGELES, Khamis – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman memohon untuk merampas beberapa harta yang berkaitan dengan syarikat pelaburan Malaysia bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semalam.

Saman yang difailkan di mahkamah di sini turut menyatakan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB telah disalahgunakan.

Jabatan itu memohon untuk menyita aset yang ‘terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa bagi mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB’.

Saman itu menyatakan salah laku yang dikatakan dilakukan dalam tempoh lebih empat tahun dan membabitkan pelbagai individu, termasuk pegawai kerajaan Malaysia dan rakan sekutu, yang berkonspirasi untuk menipu dengan melencongkan berbilion dolar daripada 1MDB.

Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman AS tidak menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dalam saman itu.

Sebaliknya, menamakan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz sebagai ‘individu yang berkaitan’ di dalam kes itu.

anak-rosmah-Riza Aziz
Anak-anak Rosmah
Mereka turut menamakan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho (Jho Low), Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Saman itu menyatakan dana yang disalahguna daripada 1MDB dipindahkan kepada pengasas bersama Petrosaudi – syarikat yang mengadakan usahasama dengan 1MDB – dan selepas itu kepada pegawai atasan kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai ‘Malaysian Official One’.

Aset yang akan disita termasuk penthouses, mansion, lukisan dan jet peribadi.
“Penyelewengan itu berlaku dalam beberapa fasa sepanjang beberapa tahun,” kata Jabatan Kehakiman AS. – Agensi

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memohon untuk merampas sejumlah 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet, demikian menurut saman sivil yang difailkan di Los Angeles semalam.


Saman sivil itu mempersoalkan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom dari dana 1MDB.

Dana itu digunakan untuk membeli estet mewah di Amerika Syarikat, membayar perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas, memperoleh lebih AS$200 juta dalam hasil seni, melabur dalam projek utama pembangunan hartanah di New York, dan membiayai produksi filem-filem Hollywood.

1mdbeye

Saman tersebut turut menamakan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, ahli perniagaan Low Taek Jho dan dua bekas pegawai Abu Dhabi sebagai antara pemain utama dalam dakwaan “penyelewengan” dana tersebut.

Dokumen itu juga menamakan “Malaysian Official 1” sebagai seorang pegawai peringkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB.

Berikut merupakan antara harta yang mahu dirampas:
1-Hartanah L’emritage termasuk Hotel L’Ermitage di 9291 Burton Way, Beverly Hills, California 90210.
2-Aset perniagaan L’ermitage yang merangkumi semua harta dan aset tidak ketara, inventori dan peralatan yang diselenggara oleh LBH Real Estate;
3-Hillcrest Property 1: harta tanah yang terletak di Beverly Hills, California;
4-Kondominium Park Laurel yang terletak di New York yang dimiliki oleh Park Laurel Acquisition LLC.
5-Sebuah jet Bombardier Global 5000 jet dengan nombor siri pembuatan 9625 dan nombor pendaftaran N689WM, dengan dua enjin Rolls Royce;
6-Time Warner Penthouse terletak di New York yang dimiliki oleh 80 Columbus Circle (NYC) LLC; mansion Oriole yang terletak di Los Angeles, California;
7-Kondominium The Greene yang terletak di New York yang dimiliki oleh 118 Greene Street (NYC) LLC;
8-Aset EMI termasuk hak cipta dan hak harta intelek, dan juga hak untuk mengutip dan menerima apa-apa keuntungan yang dimiliki oleh JW Nil (BVI) Ltd;
9-Aset Symphony CP (Park Lane) LLC yang merupakan sebuah syarikat liabiliti terhad Delaware dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh Symphony CP Investments LLC and Symphony CP Investments Holdings LLC, yang berpangkalan di New York, yang memiliki apa yang dikenali sebagai Hotel Park Lane;
10-Walker Tower Penthouse yang terletak di New York, dan dimiliki oleh 212 West 18th Street LLC;
11-Mansion Laurel Beverly Hills, yang terletak di Beverly Hills, California, dan dimiliki oleh Laurel Beverly Hills Holdings;
12-Hillcrest Property 2: yang seperti Hillcrest Prroperty 1 terletak di Beverly Hills, California;
13-Lukisan Vincent Van Gogh Artwork bertajuk ‘La maison de Vincent yang Arlest’;
14-Sebuah lukisan Claude Monet bertajuk ‘Saint-Georges Majeur’;
15-Satu lagi lukisan Claude Monet bertajuk ‘Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes’; dan
16-Qentas townhouse yang terletak di London, UK.

-Sinar Harian

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memohon untuk merampas sejumlah aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet, demikian menurut saman sivil yang menamakan pembikin filem blockbuster 'The Wolf of Wall Street'.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Los Angeles itu menyatakan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom dari dana yang dilencong dari 1MDB. Dokumen mahkamah itu mendakwa dana itu dilencongkan dari 1MDB "untuk faedah peribadi konspirator bersama (dan) sekutu mereka".

Mereka didakwa menggunakan dana itu untuk membeli estet mewah di Amerika Syarikat, membayar perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas, memperoleh lebih AS$200 juta dalam hasil seni, melabur dalam projek utama pembangunan hartanah di New York, dan membiayai producksi filem-filem Hollywood.

1MDB bertegas ia tiada kepentingan dalam aset itu dan tidak mendapat pulangan atas pelaburan berkenaan, demikian dinyatakan dalam saman tersebut.

Ia menamakan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, ahli perniagaan Low Taek Jho dan dua bekas pegawai Abu Dhabi sebagai antara pemain utama dalam dakwaan "penyelewengan" dana tersebut.

Dokumen itu juga menamakan "MALAYSIAN OFFICIAL 1" sebagai seorang pegawai peringkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB.

"Dalam semua masa yang relevan dengan aduan itu, MALAYSIAN OFFICIAL 1 adalah 'pegawai awam' sebagai istilah yang digunakan dalam 18 U.S.C. § 1956 (c)(7) (B)(iv) dan 'penjawat awam' sebagai istilah yang digunakan dalam Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia," demikian menurut dokumen mahkamah itu.

Najib, yang juga menteri kewangan, adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB yang telah dibubarkan. 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.
Dokumen itu menyatakan bahawa ini adalah satu tindakan pelucuthakan terhadap aset yang dipegang oleh Red Granite Pictures Inc, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Riza.

Ini merujuk kepada pelucuthakan aset yang terlibat dan boleh dikesan kepada "satu konspirasi antarabangsa untuk mencuci wang yang disalahgunakan dari 1MDB", kata dokumen itu.

Tujuh belas harta yang mahu dirampas itu yang dinyatakan dalam dokumen 136 muka surat itu. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengarahkan Jabatan Audit Negara menyemak sama ada dana 1MDB digunakan untuk membiayai filem itu. Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB dikategorikan bawah Akta Rahsia Rasmi, walaupun ia telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Jurucakap Red Granite memberitahu WSJ tiada apa yang tidak kena dengan aktiviti perniagaan Red Granite Pictures, mereka hanya menghasilkan filem yang berjaya dan menghasilkan kutipan lebih $825 juta dari tayangan diseluruh dunia.


Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) sedang meneliti pembelian dua harta tanah mewah anak tiri perdana menteri Riza Aziz, dalam siasatannya terhadap 1MDB.

Para penyiasat percaya sekurang-kurangnya AS$50 juta dari 1MDB dibelanjakan untuk harta tanah di New York dan Los Angeles, lapor The Wall Street Journal (WSJ).

“Pembiayaan terhadap pemerolehan itu bawah siasatan FBI, yang menjalankan siasatan luas terhadap dakwaan salah guna berbilion ringgit daripada 1MDB, menurut pihak yang mengetahui siasatan itu,” lapor WSJ.

rumah riza aziz anak rosmah najib

Riza, seorang penerbit di Hollywood, membeli harta tanah di New York pada November 2012 dengan harga AS$33.5 juta.

Pada 2010, beliau membeli harta tanah AS$17.5 juta di Los Angeles.
Harian AS itu sebelum ini melaporkan dakwaan bahaya syarikat Riza Red Granite Pictures menerbitkan filem blockbuster The Wolf of Wall Street dengan wang daripada 1MDB.

Kertas siasatan yang dilihat WSJ menunjukkan dana-dana itu datang daripada Aabar Investments PJS – syarikat yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI).
Kesemua kertas siasatan pihak berkuasa Malaysia diletakkan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

1MDB berkata ia ditipu untuk memindahkan AS$350 juta kepada Aabar BVI, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC). IPIC, yang mahukan bayaran kerana menjamin bon 1MDB, menafikan kaitannya denganAabar BVI. Ia kemudian membawa kepada keingkaran bayaran faedah 1MDB susulan pertikaian itu.

Malaysiakini sudah menghubungi Red Granite bagi mendapatkan reaksinya.
Jurucakap Red Granite memberitahu WSJ tiada apa yang tidak kena berkaitan sebarang aktiviti perniagaan Red Granite Pictures.

Katanya, mereka hanya menghasilkan filem yang berjaya dan menghasilkan lebih $825 juta dalam bentuk hasil box-office seluruh dunia.

Jurucakap itu juga berkata Red Granite “menjawab semua pertanyaan dan bekerjasama penuh”.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengarahkan Jabatan Audit Negara menyemak sama ada dana 1MDB digunakan untuk membiayai filem itu.
Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB dikategorikan bawah Akta Rahsia Rasmi, walaupun ia telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). – Malaysiakini

Kerajaan Pandang Serius Saman Sivil Dikemuka Amerika Syarikat - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditemui media selepas Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan FELDA bersama Perdana Menteri di Menara Felda, hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 21 Julai 2016 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memandang serius terhadap saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, ia selari dengan urus tadbir baik yang sentiasa diperjuangkan kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, perlu dijelaskan bahawa laporan itu adalah tindakan sivil dan bukan jenayah.


"Ia terhad kepada nama-nama yang disebut dalam laporan AS DOJ.
"Dari segi kerajaan kita akan beri kerjasama sepenuhnya kepada badan siasatan antarabangsa," 
 
"Perlu dijelaskan bahawa ini merupakan tindakan sivil dan bukan tindakan jenayah dan ia terhad kepada nama-nama yang telahpun disebutkan dalam laporan DOJ.

"Oleh itu daripada segi kerajaan, kita akan beri kerjasama yang sepenuhnya dengan semua pihak badan siasatan antarabangsa,"
katanya ketika ditemui media selepas Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan FELDA bersama Perdana Menteri, di Grand Ballroom Menara FELDA, hari ini.


Najib berkata, pendirian kerajaan selama ini adalah tidak mahu melihat sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang dan menambah, mereka yang terlibat akan melalui proses kehakiman di mahkamah  Amerika Syarikat. 




riza shahriz abdul aziz
Keratan akhbar mengenai anak tiri Najib


"Maknanya seseorang itu ada peluang bela diri sendiri atau mengikut proses kehakiman di mahkamah. Kita tidak sewajarnya buat apa-apa kesimpulan selagi proses belum selesai," katanya.

Mengulas mengenai anak tirinya, Riza Aziz yang dikaitkan dengan tindakan undang-undang itu, beliau berkata, "sama seperti orang lain, beliau mempunyai hak beliau dan biarlah proses itu berjalan".

Ketika ditanya sama ada saman sivil itu akan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat, katanya ia adalah isu yang berbeza sama sekali, kerana ini berkaitan dengan individu dan bukannya kedudukan keseluruhan dasar kedua-dua negara. - BERNAMA


1MDB: Kenyataan media Setiausaha Akhbar PM
Mohd. Hazli Hassan  |  21 Julai 2016

Berikut adalah kenyataan media Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Tengku Sariffudin Tengku Ahmad yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.


U.S. DEPARTMENT OF JUSTICE CIVIL LAWSUITS:
PRIME MINISTER’S PRESS SECRETARY STATEMENT

21 July 2016




Tengku Sariffudin
Datuk Seri Tengku Sariffudin
Malaysian authorities have led the way in investigations into 1MDB. The company has been the subject of multiple investigations within Malaysia, including by the Malaysian Anti-Corruption Commission, Auditor General and bi-partisan Public Accounts Committee. After comprehensive review, the Attorney General found that that no crime was committed. 

1MDB is still the subject of an investigation by the Royal Malaysia Police.

We note the United States Department of Justice’s civil lawsuits brought against various assets. As previously stated, the Malaysian Government will fully cooperate with any lawful investigation of Malaysian companies or citizens in accordance with international protocols.

As the Prime Minister has always maintained, if any wrongdoing is proven, the law will be enforced without exception.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
PRESS SECRETARY TO THE PRIME MINISTER



AMUKANMelayu - Jangan duk kalut.....pelan-pelan jawab.....ini kes Anak Tiri dengan Bapak Tiri....

1MDB: Kenyataan media Setiausaha Akhbar PM


 2716  8 Google +1
Berikut adalah kenyataan media Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Tengku Sariffudin Tengku Ahmad yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.
Tengku Sariffudin
Tengku Sariffudin
U.S. DEPARTMENT OF JUSTICE CIVIL LAWSUITS:
PRIME MINISTER’S PRESS SECRETARY STATEMENT

21 July 2016
Malaysian authorities have led the way in investigations into 1MDB. The company has been the subject of multiple investigations within Malaysia, including by the Malaysian Anti-Corruption Commission, Auditor General and bi-partisan Public Accounts Committee. After comprehensive review, the Attorney General found that that no crime was committed. 1MDB is still the subject of an investigation by the Royal Malaysia Police.
We note the United States Department of Justice’s civil lawsuits brought against various assets. As previously stated, the Malaysian Government will fully cooperate with any lawful investigation of Malaysian companies or citizens in accordance with international protocols.
As the Prime Minister has always maintained, if any wrongdoing is proven, the law will be enforced without exception.
DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
PRESS SECRETARY TO THE PRIME MINISTER
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/terkini/1mdb-kenyataan-media-setiausaha-akhbar-pm-1.356067#sthash.9QMpD9Hq.dpuf

Wednesday 20 July 2016

FAM....APA CERITA NI



Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) hari ini mendakwa mempunyai pendrive yang mengandungi pelbagai maklumat berhubung ketirisan dan salah laku Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tunku Ismail

Sambil memegang pendrive yang didakwa mengandungi maklumat itu seperti dimuat naik di laman Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers, Tunku Ismail mendakwa ia diperoleh daripada rakan-rakan yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) berkata, sudah tiba masa untuk penyokong bola sepak tanah air melihat dan menilai sendiri isi kandungan pendrive tersebut.

“Ini adalah pendrive diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.

“Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bola sepak tanah air melihat dan menilainya sendiri. Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, 'jangan diajak penembak tepat pergi me­nembak',” katanya.


TMJ bakal jumpa FAM
Bila dia akan berhenti membidas?
MOHD. SHARIZA ABDULLAH  |  17 Julai 2016 


Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
TEMERLOH 16 Julai – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) tidak terkejut dengan kritikan terbaharu yang dilemparkan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap badan induk bola sepak kebangsaan.

“Bila dia berhenti bidas? Memang dia selalu bidas pun. Saya dengar sahajalah dan perlu baiki diri,” katanya pada majlis pengurniaan sumba­ngan kepada mangsa ribut di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai keputusan empat pemain JDT - Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal bersara awal daripada skuad kebangsaan, Tengku Abdullah mengakui, ia satu kerugian besar.

Beliau mengakui, adalah lumrah bagi pemain bersara namun seandainya keputusan dibuat atas sebab tertentu, sebaiknya ia dimaklumkan kepada FAM.

Tengku Mahkota Pahang itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai punca persaraan mengejut pemain tersebut kerana mahu mendapatkan laporan terperinci.

“Saya tahu suatu hari kita kena bersara. Tetapi kalau nak bersara awal saya tidak tahu sebab apa. Ini satu kerugian besar kepada pasukan negara.

“Jika ada sebab ter­tentu elok kemuka kepada FAM dan harus kita dengar. Kalau bersara kerana tua kita kena hormati,” katanya.

Ketika ditanya apakah FAM bercadang mengambil tindakan ke atas pemain tersebut, beliau me­nyerahkannya kepada pihak pengurusan FAM.

“Saya datang ke majlis ini untuk berjumpa mangsa ribut.

“Tak terfikir hendak panjangkan soal ini. Elok kemukakan (soalan) kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan pihak berkewajipan,” katanya.


Untuk itu,Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal bersemuka dengan Exco tertinggi dan pegawai-pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara peribadi dan privasi untuk membincangkan serta menyelesaikan isu yang didakwa berlaku oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Tunku Ismail Sultan Ibrahiim
Pertemuan tersebut, yang akan dibuat sama ada di Kuala Lumpur atau Johor, juga bertujuan menggesa individu-individu tertentu berundur dan memberikan tugasan tersebut kepada mereka yang lebih berkaliber, dedikasi serta berintegriti menerajui FAM termasuk pengurusan pasukan kebangsaan.

Pertemuan itu diumumkan menerusi akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST) hari ini.

“Seperti mana titah DYAM Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail), individu yang akan menerajui FAM dan pasukan kebangsaan mestilah layak dan berkaliber serta diterima oleh semua pihak termasuk semua penyokong bola sepak tanah air,” kata kenyataan itu.

Kenyataan terbaharu itu dikeluarkan selepas tidak sampai 24 jam selepas JST mendedahkan ‘maklumat’ berkaitan ‘kelemahan’ FAM.

Dalam posting terdahulunya hari ini, JST mengeluarkan sedutan daripada maklumat yang berkemungkinan terkandung dalam pendrive yang didakwa oleh TMJ diperolehnya daripada rakan-rakan yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.

Menurut JST, maklumat berkenaan dipetik daripada halaman 3.1.2.1 dan 3.1.2.2 yang telah dicetak daripada sumber dalaman FAM dan salah satu organisasi tertinggi yang masih sayangkan bola sepak negara.

“Hanya dua daripada 279 halaman yang kami dapat kongsikan di sini atas titah DYAM TMJ oleh kerana tidak mahu menganiaya sesetengah individu dan mahu menyimpan sebahagiannya terlebih dahulu atas sebab beberapa maklumat tersebut mempunyai nama yang mampu memberi implikasi besar terhadap seseorang. Terima kasih,” kata kenyataan itu.

Semalam, TMJ mendakwa mempunyai pendrive yang mengandungi pelbagai maklumat berhubung ketirisan dan salah laku FAM.

Jelasnya, sudah tiba masa penyokong bola sepak tanah air melihat dan menilai sendiri isi kandungan pendrive tersebut.


Kes Shahidan Kassim Dengan FAM
 
Shahidan tetap desak FAM kembalikan wang denda
ROMPIN - Datuk Seri Shahidan Kassim tetap mahukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memulangkan semula wang denda RM39,000 yang telah dibayarnya atas kesalahan melanggar Artikel 88 badan itu, Februari lepas.
  
Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) itu berkata, wang denda itu perlu dikembalikan berikutan undang-undang tersebut kini dimansuhkan oleh badan induk bola sepak negara itu.
  
Pada 20 Februari lepas, FAM telah mengenakan hukuman gantung dua tahun setengah dan denda RM39,000 terhadap Shahidan atas kesalahan melanggar Artikel 88 kerana didapati mengeluarkan kenyataan yang disifatkan menentang dan menjatuhkan kredibiliti badan itu.
  
"Saya telah dihukum oleh FAM dengan menggunakan Artikel 88, tetapi undang-undang tersebut kini telah dimansuhkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jiwa Murni, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini hari ini.
  
"Jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu apabila dimansuhkan, semua orang yang ditahan di bawah ISA terus diampunkan dan mereka dibebaskan.

"Dan duit saya itu bagilah balik, duit itu duit anak yatim dan saya tak nak FAM makan duit anak yatim sebab saya sudah niatkan untuk sedekahkan duit itu kepada anak yatim," kata Shahidan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  
Pada 19 Ogos lepas, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan bahawa individu yang dihukum atas kesalahan melanggar Artikel 88 di bawah Statut FAM 2010-2014, tiada hak menuntut kembali wang denda yang dibayar mereka.
  
Katanya, hukuman ke atas individu terbabit termasuk denda terhadap mereka di bawah Artikel 88 kerana mengkritik FAM sebelum ini, adalah kekal walaupun badan induk kebangsaan itu membuat keputusan meminda artikel berkenaan.
  
Shahidan mendakwa, sebelum ini beliau pernah membuat tuntutan itu setelah FAM mengumumkan akan meminda Artikel 88 pada Kongres Tahunan FAM, 17 Ogos lepas.
  
"Saya tidak dimaklumkan berhubung kedudukan sebenar saya selepas pindaan itu dibuat dan tiada pula berita yang menyatakan saya terselamat daripada hukuman penggantungan," katanya. 
  - Bernama

FAM dan ulat tiket - Khairy

KUALA LUMPUR 29 Jun 2013 - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini berkata, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu lebih tegas dan mengambil tindakan terhadap sindiket ulat tiket perlawanan bola sepak di negara ini.

Khairy berkata, beliau akan berbincang dengan FAM mengenai usaha membanteras masalah ulat tiket perlawanan bola sepak yang didapati kian aktif, agar tidak mengundang kekecohan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

"Satu perkara yang saya tidak puas hati adalah dari segi penjualan tiket.
Kita nampak memang ada permintaan tinggi terutama untuk perlawanan akhir Piala FA, menyebabkan ramai penyokong bola sepak terpaksa beratur berjam-jam.
"Laporan yang saya terima menunjukkan ada yang dapat meniru tiket secara pukal dan dijual pada harga lebih tinggi berbanding apa yang ditetapkan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat perkampungan Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.
Menurut beliau, fenomena sebegitu tidak seharusnya dibiarkan dan pihak terlibat perlu dikenakan tindakan sebagaimana dilakukan di negara lain yang berdepan masalah serupa.

Media baru-baru ini melaporkan terdapat segelintir individu cuba mengaut keuntungan apabila menjual tiket perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) pada harga lebih tinggi berbanding harga asal RM40, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bahau, Kelantan. - BERNAMA

SPRM sedia siasat ‘pendrive’ TMJ yang mengandungi rahsia rasuah 30 tahun FAM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menyerahkan ‘pendrive‘  yang mengandungi pelbagai maklumat berhubung rasuah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada pihak mereka.

TMJ-sniper-1
SPRM - Kami sedia siasat 'pendrive' TMJ
Semalam, Tunku Ismail mendakwa memiliki dokumen penting berkaitan aktiviti dalaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), termasuk berkaitan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pihaknya akan bertindak sejurus sahaja maklumat yang konkrit diterima mereka.
“Sekiranya terdapat maklumat yang mempunyai asas di bawah kesalahan Akta SPRM 2009, pihak SPRM bersedia mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang,” petik kenyataan SPRM hari ini.

TMJ semalam mendakwa memiliki ‘pendrive’ yang mengandungi bukti rasuah selama 30 tahun FAM.

“Ini adalah ‘pendrive’ diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.
“Orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP ( Usahawan Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia ) dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek,” katanya seperti yang dipaparkan di laman sosial rasmi Johor Southern Tigers.

Dalam pada itu, kemas kini status di laman sosial Facebook Johor Southern Tiger hari ini memaklumkan bahawa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal bertemu dengan Exco Tertinggi serta pegawai-pegawai  dalaman FAM di Kuala Lumpur atau Johor Bahru secara tertutup.

Difahamkan, pertemuan itu adalah bertujuan bagi menggesa individu-individu tertentu untuk berundur dan menyerahkan tugasan tersebut kepada mereka yang lebih berkaliber, dedikasi dan penuh integriti bagi menerajui FAM serta pengurusan pasukan kebangsaan.

Selain daripada itu, kemas kini status berkenaan juga turut menyatakan bahawa Tunku Ismail tidak mahu membuat pendedahan secara keseluruhan berikutan tidak mahu menganiaya sesetengah individu serta mahu menyimpan sebahagiannya terlebih dahulu atas sebab ia mempunyai nama serta dapat memberi implikasi besar kepada individu tertentu.

Hamidin enggan ulas kemungkinan SPRM siasat
FADHILUL IZMEL ISHAK  |  20 Julai 2016





HAMIDIN MOHD. AMIN (kiri) dan Ong Kim Swee memberi penjelasan
S/U Agung FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin
Setia­usaha Agung Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin enggan mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan badan induk bola sepak tempatan itu akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku rasuah se­perti didakwa oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Hamidin Mohd. Amin

Hamidin berkata dia tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut kerana menganggap kenya­taan FAM boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Itu soalan provokasi. Saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Tunku Ismail, yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), mendakwa beliau mempunyai pendrive mengandungi pelbagai maklumat berhubung ketirisan dan salah laku badan induk bola sepak negara itu.

Gambar beliau sambil memegang pendrive itu turut dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers (JST).

“Ini adalah pendrive diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan akti­viti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.

“Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bola sepak tanah air melihat dan menilainya sendiri. Saya mempu­nyai seorang komander di India yang pernah berkata, ‘jangan diajak penembak tepat pergi menembak’,” katanya dalam posting di akaun Facebook rasmi JDT itu.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, Hamidin turut menjawab semua pertuduhan yang dilemparkan oleh Tunku Ismail terhadap badan induk bola sepak negara itu, daripada isu latihan skuad kebangsaan, rasuah, tidak menjaga kebaji­kan pemain dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP).

Malah, Hamidin turut menyentuh sedikit mengenai persaraan mengejut empat tonggak skuad kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim, S. Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal.

Dalam pada itu, Hamidin memberitahu dia akan memaklumkan kepada pihak media seandainya FAM bersemuka atau menghubungi TMJ untuk membincangkan isu tersebut.

“Saya akan memberitahu kepada anda (media) apabila tiba masanya nanti,” kata Hamidin.

Beliau turut memberitahu bahawa FAM akan mengeluarkan kenyataan mengenai sedutan ‘maklumat’ yang didakwa oleh TMJ terdapat dalam pendrive itu, yang dikeluarkan dalam akaun Facebook JST hari ini.



AMUKANMelayu - Malaysia Tanah Airku


KUALA LUMPUR 19 Julai - Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal bersemuka dengan Exco tertinggi dan pegawai-pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara peribadi dan privasi untuk membincangkan serta menyelesaikan isu yang didakwa berlaku oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.
Tunku Ismail Sultan Ibrahiim
Tunku Ismail Sultan Ibrahiim
Pertemuan tersebut, yang akan dibuat sama ada di Kuala Lumpur atau Johor, juga bertujuan menggesa individu-individu tertentu berundur dan memberikan tugasan tersebut kepada mereka yang lebih berkaliber, dedikasi serta berintegriti menerajui FAM termasuk pengurusan pasukan kebangsaan.
Pertemuan itu diumumkan menerusi akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST) hari ini.
“Seperti mana titah DYAM Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail), individu yang akan menerajui FAM dan pasukan kebangsaan mestilah layak dan berkaliber serta diterima oleh semua pihak termasuk semua penyokong bola sepak tanah air,” kata kenyataan itu.
Kenyataan terbaharu itu dikeluarkan selepas tidak sampai 24 jam selepas JST mendedahkan ‘maklumat’ berkaitan ‘kelemahan’ FAM.
Dalam posting terdahulunya hari ini, JST mengeluarkan sedutan daripada maklumat yang berkemungkinan terkandung dalam pendrive yang didakwa oleh TMJ diperolehnya daripada rakan-rakan yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.
Menurut JST, maklumat berkenaan dipetik daripada halaman 3.1.2.1 dan 3.1.2.2 yang telah dicetak daripada sumber dalaman FAM dan salah satu organisasi tertinggi yang masih sayangkan bola sepak negara.
“Hanya dua daripada 279 halaman yang kami dapat kongsikan di sini atas titah DYAM TMJ oleh kerana tidak mahu menganiaya sesetengah individu dan mahu menyimpan sebahagiannya terlebih dahulu atas sebab beberapa maklumat tersebut mempunyai nama yang mampu memberi implikasi besar terhadap seseorang. Terima kasih,” kata kenyataan itu.
Semalam, TMJ mendakwa mempunyai pendrive yang mengandungi pelbagai maklumat berhubung ketirisan dan salah laku FAM.
Jelasnya, sudah tiba masa penyokong bola sepak tanah air melihat dan menilai sendiri isi kandungan pendrive tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tmj-bakal-jumpa-fam-1.355541#sthash.SvmrBMFo.dpuf

Monday 18 July 2016

DENDAM PEJUANG - SYAIR TERBARU TUN M



Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

JOHOR BAHRU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammed disaran menubuhkan Deklarasi Rakyat sebagai sebuah parti baru  agar beliau dapat memilih calon yang memenuhi kriterianya untuk memimpin kerajaan.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, sokongan penuh yang didakwa diberikan terhadap Deklarasi Rakyat memberi peluang kepada bekas Perdana Menteri itu menubuhkan parti baru.

shahrir samad umno

"Saya lihat itu (Deklarasi Rakyat) sebagai satu sokongan kuat kepada Tun Mahathir.
"Berasaskan sokongan itu penganjur patut tubuh parti baru mengetengahkan calon-calon difikir berkaliber seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Afdal yang disokong deklarasi itu dan panggilah ia parti Deklarasi Rakyat. Ini juga akan beri pilihan pada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Merasmikan Program Jelajah Jom Kenal Ubat Peringkat Negeri Johor, Sambutan Minggu Tanpa Tembakau dan Kesedaran Kesihatan Mulut di Galleria Kotaraya di sini, hari ini.
Shahrir berkata, situasi politik dan sistem pemerintahan di negara ini tidak sama seperti keadaan 'Arab Spring' yang berlaku di negara-negara Arab kerana Malaysia termaktub kepada undang-undang dan Perlembagaan.

"Ia tidak sama macam keadaan 'Arab Spring yang boleh membawa kepada kejatuhan pemimpin tapi kita mesti melalui proses pilihan raya. Saya rasa tak mungkin Deklarasi Rakyat akan menjadi seperti 'Arab Spring'.

"Kerana deklarasi seperti itu walaupun dibawa kepada Majlis Raja-Raja pun tidak boleh ubah  sistem politik kita kerana tertakluk pada perlembagaan dan undang-undang," katanya.


 

KUALA LUMPUR 17 Julai - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menafikan pembabitannya dalam parti baharu bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas namanya tersenarai antara barisan kepemimpinan tertinggi parti itu yang menjadi viral melalui media sosial termasuk Facebook dan Twitter semalam.
"Pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalan penubuhan parti baharu itu baru-baru ini adalah palsu dan satu pembohongan.
"Saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat dalam politik. Saya sememangnya dan akan senantiasa menjadi seorang profesional," kata Abdul Gani menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.
Senarai barisan kepemimpinan tertinggi parti politik baharu yang dikatakan bakal dibentuk Dr. Mahathir antara lain menyenaraikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai presiden manakala bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai timbalannya.
Sementara naib presiden terdiri daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim; bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz turut dinamakan sebagai bendahari dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memegang jawatan setiausaha agung.
Abdul Gani disenaraikan sebagai ahli Majlis Tertinggi yang turut dibarisi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar; bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
Selain Abdul Gani, beberapa pemimpin lain termasuk Abdul Wahid, Ibrahim, Rafidah dan Khairuddin dilapor turut menafikan pembabitan mereka dalam parti itu dengan menyifatkan penyenaraian nama mereka sebagai sesuatu yang karut, palsu dan mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang kurang bijak serta berniat jahat.
Pada Khamis lepas, Dr. Mahathir mengumumkan satu pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 akan datang. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/gani-patail-nafi-terlibat-dalam-parti-baharu-1.354663#sthash.BYZhLGrN.dpuf
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) itu dilihat sudah kehilangan ‘taringnya’ bahkan kini dianggap singa tua di dalam UMNO.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, sikap dan pendirian Shahrir dalam politik jauh berbeza sama sekali.

“Saya kenal Shahril Samad sejak Semangat 46 lagi, dia antara pengasas dalam parti itu. Dia sungguh berani menolak rasuah, menentang pemimpin kuku besi dan berani menegakkan kebenaran.
“Tetapi kini Shahrir ibarat singa tua yang tidak ada taringnya lagi, tidak bergigi. Dia kini seperti singa sarkas yang mana tidak lagi digeruni dan ditakuti,” katanya dalam wawancara bersama Free Malaysia Today.


 Tanpa berselindung, Khairuddin menjelaskan beliau kecewa dengan sikap Shahrir kini yang seolah-olah sudah menjadi ‘pak turut’ dalam setiap keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

“Saya kecewa dengan sikap Shahrir sekarang ini. Dia sudah tidak mempunyai prinsip lagi dan sudah tidak relevan. Bahkan Shahrir juga tidak popular pada masa kini dalam kalangan rakyat. Eranya sudah habis,” tegasnya.

Bagi membuktikan telahannya salah, Khairuddin mencabar Shahrir untuk berdebat dengannya dalam isu kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya cabar Shahrir untuk berdebat dalam siaran langsung di stesen televisyen RTM dalam soal 1MDB. Kita biar rakyat hakimi siapakah yang bercakap benar dan siapakah yang berbohong.
“Kalau mereka (menteri-menteri kabinet) tidak berani untuk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, marilah berdebat dengan saya tentang isu 1MDB,” ujarnya lagi.

Shahrir merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru yang suatu ketika dahulu lantang bersuara. Beliau telah memegang pelbagai jawatan di dalam kabinet antaranya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada 1987.

Shahrir juga mencatat rekod apabila menjadi setiausaha politik termuda di Malaysia kepada Tun Musa Hitam yang kemudiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Sementara itu Bung Mokhtar tidak menafikan tindakan enam tokoh diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuka ruang seluas-luasnya kepada pembangkang untuk menyerang BN.
Tindakan enam tokoh politik yang menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melemahkan lagi UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, tindakan enam tokoh yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad itu membuka ruang seluas-luasnya untuk pembangkang menyerang BN.

“Tindakan Tun M dan beberapa pemimpin UMNO dan BN amat tidak wajar. Mereka telah melemahkan parti dan membuka ruang kepada parti pembangkang untuk menyerang,” katanya kepada FMT.

Ditanya sama ada enam tokoh politik itu perlu dikenakan tidakan disiplin, Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, beliau menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Parti masing-masing untuk membuat keputusan.

Terdahulu, enam individu itu mendesak Perdana Menteri, agar tidak menyalahguna kuasa untuk mendiamkan pengkritik.

Mereka mendakwa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 telah disalah guna menyekat kebebasan rakyat. – FMT

Sejak senarai nama MT Parti "UMNO Exit" di keluarkan, maka gegak gumpitalah seantero dunia Politik bagaikan Garuda menyerang Negeri. Maka bertempik bersoraklah Para Pendekar Upahan UMNO melompat bagaikan kehilangan arah. Jika diamati, sebetulnya Parti baru ini adalah idea Sharil Samad. Ia yang mencadangkan kepada Tun M selepas tandatangan Deklarasi Rakyat tempohari.

Pada hemat penulis, perkara ini pada mulanya tiada dalam agenda Tun M. Tapi dari KECAPULAN mulut Sharil Samad maka ianya kini telah menjadi kenyataan. Sikap mencabar yang di tunjukkan itulah sebenarnya menjadi "CABARAN" kepada Tun M. Pada mereka yang mengenali Tun M. Orang Tua ini mempunyai daya ingatan yang kuat dan ia amat suka kepada cabaran. Sifat berlawan dalam dirinya terlalu tinggi.

Jika dikatakan sifat PENDENDAM juga ada kebenarannya. Penulis telah beberapa kali mendengar satu ayat yang sering di sebutnya.....PENJAJAH.  

Berikut, tulisan penuh puisi beliau yang bertajuk; "Malaysia Tanah Air-Ku" dan penulis telah menukar kepada "DENDAM PEJUANG"

DENDAM PEJUANG.

Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu

Darah tumpah dan aku dilahir Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah  
Aku membesar mempertuankan orang asing
Terhina dan dihina  
Bangsa yang serba kekurangan  
Tinggal dipondok berbumbung atap nipah  
Berdinding, berlantai kayu  
Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku  
Mereka tinggal di pondok robek, tiris apabila hujan  
Tanpa pili air tanpa lampu letrik  
Anak mereka berkaki ayam, berkudis  
Demam panas dan kadang-kadang meninggal
Aku survive, aku ke sekolah, aku ke universiti  
Nasib aku lebih baik  
Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku  
Setelah dijajah oleh satu bangsa, dijajah pula oleh dua bangsa lagi......

Aku bertanya akan bangsaku selalunya dijajah orangkah? '
Alhamdullilah, berkat kesedaran, berkat perjuangan, berkat perpaduan.....

Bangsaku dibebas, merdeka  
Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang  
Apakah merdeka bermakna terus merana  
Tidak, tidak, tidak.....  
Merdeka bermakna kemajuan  
Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi  
Duduk sama rendah dengan bekas penjajah dan bangsa lain  
Bahkan mungkin lebih tinggi  
Politik yang menyelamat dahulu Terus membela bangsa.... 

Negara dibangun, bangsa dibangun, agama di muliakan.....

Kemudian… Malang dan sedih,  
Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi,  
Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak  
Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka?  
Mana bahagian aku?  
Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu......

Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah  
Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia  
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit  
Hak memilih, hak mengundi.....
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit......

Maruah dijual......  
Bangsa dijual ....
Tanahair dijual....  
Segalanya dijual....  
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja.....

Politik yang menyelamat,  
Menjadi politik yang menghancur,  
Pemimpin semakin tamak,  
Untuk tempat dan kedudukan tinggi,  
Perbuatan yang haram dihalalkan,  
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia....

Akan kembalikah bangsaku......  
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan?
Wahai bangsaku......  
Begitu mudahkah kamu lupa.....  
Aku akan pergi tidak lama lagi,
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir......  
Kerana bangsaku,  
Negaraku Masih mulia,  
Masih bermaruah, 

Masih dipandang tinggi Atau mataku terbeliak,  
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu...

Ya Allah lindungilah bangsaku.....
Sedarkanlah mereka.......
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa...
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya.  
Mengubah sendiri, membendung nafsu,
Kerana Allah.....
Kerana agama.....
Kerana bangsa......
Kerana negara.....
Biarlah aku pergi......  
Mata terpejam rapat......
Nafas perlahan berhenti…...

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015

Dendam Tun M pada PENJAJAH amatlah tinggi dan terkesan dijiwanya hingga kini. Dalam kontek ini, Ayahanda Tun M akan "MEMBELASAH" siapa sahaja yang ada sifat penjajah. Maka pada mereka yang BERKUASA dan berperangai macam penjajah, tidak akan terlepas dari pandangannya.


PAKAT DUK NAFI PULAK MENJADI AHLI "PARTI MELAYU BARU BERSATU"

KUALA LUMPUR 17 Julai - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menafikan pembabitannya dalam parti baharu bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas namanya tersenarai antara barisan kepemimpinan tertinggi parti itu yang menjadi viral melalui media sosial termasuk Facebook dan Twitter semalam.

"Pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalan penubuhan parti baharu itu baru-baru ini adalah palsu dan satu pembohongan.

"Saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat dalam politik. Saya sememangnya dan akan senantiasa menjadi seorang profesional," kata Abdul Gani menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Senarai barisan kepemimpinan tertinggi parti politik baharu yang dikatakan bakal dibentuk Dr. Mahathir antara lain menyenaraikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai presiden manakala bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai timbalannya.

Sementara naib presiden terdiri daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim; bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz turut dinamakan sebagai bendahari dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memegang jawatan setiausaha agung.

Abdul Gani disenaraikan sebagai ahli Majlis Tertinggi yang turut dibarisi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar; bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Abdul Gani, beberapa pemimpin lain termasuk Abdul Wahid, Ibrahim, Rafidah dan Khairuddin dilapor turut menafikan pembabitan mereka dalam parti itu dengan menyifatkan penyenaraian nama mereka sebagai sesuatu yang karut, palsu dan mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang kurang bijak serta berniat jahat.

Pada Khamis lepas, Dr. Mahathir mengumumkan satu pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.
- BERNAMA


AMUKANMelayu - Kembalilah kepada kehendak rakyat, rakyat bukan hendakkan KUASA, tapi mereka mahukan LEBIH KEADILAN......keperluan rakyat adalah Pekerjaan, Kewangan yang mencukupi dan Rumah............