,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 30 April 2014

Lembah Lenggong, kembalikan 'rasa' itu


Read more at: http://www.astroawani.com/news/author/azharul-azmir-kamarulzaman?cp


Masa lalu adalah kenangan yang kita nikmati melalui ingatan, masa depan adalah harapan yang kita bina melalui impian. Menjadi orang Melayu, sepertimana tercatat dalam sijil lahir saya, saya tidak dapat lari dari memiliki sifat yang sebati dengan orang Melayu yang kuat bersentimen, termasuklah bila bercakap soal nostalgia.

Emak saya berasal sebuah kampung kecil yang diberi nama Kampung Chepor, yang letaknya lebih kurang 12 kilometer dari pekan Lenggong, dalam daerah Hulu Perak. Kampung-kampung di kawasan ini kebanyakannya dibangunkan di pinggir sungai. Pengangkutan sungai menjadi penghubung utama. Sehingga pertengahan 1990-an, sungai masih menjadi nadi utama di kampung ini dan kampung-kampung di sekitarnya. Saya masih ingat, ketika saya masih kecil, bekalan elektrik kerap terputus, hingga kadangkala saban minggu. Dan air sungai menjadi bekalan air utama penduduk di sini.

Bagi kami sekeluarga ketika itu, pulang ke Chepor adalah rutin bulanan kami.

Perjalanan berkereta dari tempat saya membesar di Kuala Kangsar ke kampung ibu saya ini memakan masa sekitar 45 minit melalui jalan raya bengkang bengkok. Kemudian, kami harus menaiki bot penambang menyeberang Sungai Perak, sebelum harus berjalan kaki untuk sampai ke rumah. Sekurangnya dua jam diperlukan untuk melengkapkan perjalanan sehala ini.

Bagi saya yang masih kanak-kanak ketika itu, bukanlah bertemu keluarga menjadi keutamaan apabila pulang ke kampung. Menaiki bot itulah satu-satunya `faktor penarik` untuk saya. Terjatuh dalam sungai, mandi sungai, bermain dengan gajah yang tersesat memasuki kampung, dan menolak bot bila air sungai surut adalah antara yang kekal dalam ingatan.

Itu momen zaman kecil saya yang masih saya ingat.

Penghujung 1990-an, pembangunan mula tiba di daerah Hulu Perak dengan pesat. Satu peristiwa yang banyak memberikan kesan dalam ingatan saya adalah apabila sebuah jambatan dibina merentasi Sungai Perak di Kampung Bukit Sapi yang terletak berhampiran. Dengan pembinaan jambatan itu, kami tidak perlu lagi menaiki bot, dan perjalanan pulang hanya memerlukan masa sekitar satu jam. Perkhidmatan bot untuk menyeberang sungai semakin berkurangan, dan hanya digunakan bagi sesetengah penduduk kampung yang masih selesa dengan cara lama. Jiran sekampung yang menjadi pengusaha bot terpaksa mula mencari peluang rezeki sampingan yang lain. Dari sekitar tiga hingga empat buah bot sebelumnya, kini hanya sebuah yang beroperasi, hanya berasaskan permintaan.

Hanya sekali sekala emak dan bapak menggunakan bot sekadar untuk memenuhi permintaan anak-anak. Perlahan-lahan, keterujaan pulang ke kampung semakin berkurangan.

Pertengahan 2000-an, menjadi kemuncak. Jalan raya baru antara Kuala Kangsar ke Gerik siap dibina. Serentak dengan itu, jambatan baru iaitu Jambatan Raja Nazrin Shah juga dibuka. Dengan hanya 25 minit, dari Kuala Kangsar, kami boleh sampai ke Chepor dan kereta boleh terus sampai ke halaman rumah. Perusahaan bot tambang ditutup sepenuhnya. Enjin bot dijual dan rangka bot ditinggalkan tenggelam.

Tiada lagi bot untuk saya. Tiada lagi yang istimewa tentang perjalanan pulang ke kampung. Tiada apa lagi yang boleh saya kongsikan dengan kawan-kawan tentang perjalanan balik kampung saya. Pulang ke kampung hanya untuk bertemu saudara mara, sepertimana kebanyakan orang lain. Itu sahaja.

Keterujaan pulang ke kampung semakin hilang. Lenggong perlahan-lahan hilang dari senarai keterujaan saya. Perlahan-lahan `rasa` itu telah dibunuh.

Saya bukan suka-suka untuk bernostalgia. Ini sebenarnya adalah satu analogi mudah, bagaimana pembangunan boleh mengubah cara hidup kita dan mengubah cara kita berfikir. Bukan menentang pembangunan, apatah lagi kemajuan. Cuma, ini adalah sebahagian kebimbangan kecil saya melihat bagaimana kita pada hari ini mula melihat pembangunan dari sudut fizikal semata-mata.

Kini, saya harap, `rasa` itu dapat muncul semula.

Pada penghujung Ogos 2010, kabinet meluluskan cadangan Jabatan Warisan Negara dan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan ketika itu untuk mengusulkan Lembah Lenggong iaitu sebahagian besar kawasan daerah kecil Lenggong ini sebagai Tapak Warisan Dunia. Ini berasaskan kepada pelbagai penemuan artifak zaman Paleolitik, Neolitik dan zaman Gangsa di sini melalui hasil usaha konservasi kumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia sejak lebih dua dekad lalu.

Dua tahun kemudian, tanggal 30 Jun 2012, usaha itu membuahkan hasil apabila UNESCO meluluskan cadangan tersebut dan mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia.

Saya tidak mahu bercakap tentang sejarah panjang artifaknya, mahupun signifikan sekian banyak penemuan pra-sejarah di sini. Arkeologi bukan bidang saya. Tetapi saya melihat pengiktirafan ini sebagai sebuah harapan baru untuk kawasan ini, yang pernah menjadi laluan penghijrahan manusia purba dari Afrika ke Australia lebih kurang 1.83 juta tahun yang lalu.

Pengiktirafan ini bakal membawa industri perlancongan untuk berkembang di sini. Kehadiran pelancong bagi menghayati sejarah arkeologi ini akan turut secara langsung mempopularkan budaya & keunikan setempat. Jadi, bagaimana agaknya `Lembah Lenggong` yang mahu kita paparkan pada dunia?

Dari pergaulan saya dengan penduduk setempat, ramai melihat pengiktirafan ini sebagai sebuah harapan pembangunan, khususnya pembangunan infrastruktur. Saya melihat lebih dari itu.

Pada saya, inilah masa yang sesuai untuk mengembalikan semula `rasa` yang telah hilang itu. Imej dan pengalaman `kampung` harus dibawa kembali. Pembangunan sebuah kawasan warisan sebegini harus mengambil kira faktor `rasa` ini.

Elemen sungai, suasana kampung, kehijauan alam harus diteroka secara ideal. Pak Cik dan Mak Cik kampung mungkin lebih elok dibiarkan kekal dengan kain pelekat dan kain batik mengikut keselesaan mereka, daripada diminta bergaya dengan sepasang baju kurung songket Terengganu, mahupun sepasang baju Melayu lengkap dengan tanjak berlogo `Malaysia Trully Asia`nya hanya kerana kononnya “pelancong bakal datang!”. Kita tidak mahu cara hidup plastik.

Apa yang kita perlukan adalah pengurus dan pentadbir yang profesional serta memiliki apresiasi warisan yang baik. Itu saja. Mereka akan tahu apa yang perlu dilakukan untuk industri perlancongan di sini. Sistem logistik (perhotelan dan pengangkutan) yang tersusun, promosi yang meluas, pembangunan infrastruktur yang berjustifikasi dan pengurusan arkeologi yang profesional akan mempopularkan Lembah Lenggong, tanpa perlu menafikan cara hidup sebenar di sini. Lembah Lenggong akan jadi kawasan perlancongan unik dan eksotik tumpuan seluruh dunia.

Pendekatan inilah yang harus diteliti sebaik mungkin. Ketika ini, Jabatan Warisan Negara telah dipertanggungjawab mengetuai jawatankuasa melibatkan beberapa agensi lain dalam merangka pelan pengurusan bersepadu termasuklah aspek-aspek yang saya sebut diatas. Cadangan pengurusan bersepadu itu harus dikemukakan kepada UNESCO menjelang Ogos tahun ini bagi mengelak status Tapak Warisan Dunia itu ditarik semula. Saya sedar mereka lebih pakar, kerana itu saya menaruh harapan besar kepada mereka.

Lebih penting lagi, penduduk setempat khususnya golongan muda harus diberikan pendedahan tentang menghargai dan menghayati warisan. Ini bagi memastikan penduduk tempatan di sini tahu apa maknanya warisan ini kepada kehidupan mereka. Golongan muda ini harus disedarkan bahawa perhatian yang mula diberikan kerajaan kepada kawasan ini bukanlah hanya soal mendapat peluang pekerjaan, mendapat balai raya baru, atau sekadar mendapat peruntukan tambahan untuk membesarkan gelanggang futsal mereka.

Usaha melatih anak tempatan sebagai pemandu pelancong contohnya yang telah diusahakan sejak tahun lalu adalah antara pendekatan yang sangat menarik. Ia bukan sahaja membangunkan peluang ekonomi, namun dalam masa yang sama melahirkan anak tempatan yang memahami dan menghargai keistimewaan yang mereka miliki. Dengan itu, rasa kepunyaan itu bakal wujud.

Saya percaya, pengalaman dan `rasa` inilah senjata utama Lembah Lenggong dalam usaha menjadi terkenal dan dikenali dunia. Dunia harus mengenal kita sebagai kita. Lenggong bukan Kuala Lumpur! Budaya di sini adalah cara hidup, bukannya Citrawarna yang dibawa berarak di Dataran Merdeka.
.
Saya menaruh harapan tinggi pada kredibiliti besar YB Dato’ Seri Nazri Aziz yang juga berasal dari Lenggong sebagai Menteri Perlancongan & Kebudayaan yang baru dilantik, bagi membawa sesuatu yang baik untuk kampung kami ini. Harapnya, dalam `kepadatan` sepanjang hayat beliau menjadi orang politik, beliau masih mempunyai nostalgia yang sama, dan masih dapat mengalami `rasa` yang sama.

Saya yakin, sebagai seorang menteri kanan, beliau arif bahawa antara pra-syarat penting dalam mendapat status negara maju yang kita semua kejar menjelang tahun 2020, bukan sekadar soal mencapai pendapatan per kapita RM48,000, tetapi juga melahirkan masyarakat sivil yang menyeluruh. Ia tanggungjawab kita semua.

Lembah Lenggong adalah masa lalu dan masa depan saya. Ia adalah kenangan dan impian saya. Lebih penting lagi, ia adalah tempat dunia melihat kita. Ia tempat masa depan menilai kita tentang apa yang kita wariskan untuk mereka.

Sehingga itu, tolonglah, jangan bunuh `rasa` itu.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/lembah-lenggong-kembalikan-rasa-itu-17204?cp


AMUKANMELAYU - Kembalikan......

Sunday, 27 April 2014

AWANG.....LELO SUNGGUH MIKO


AWANG.....LELO SUNGGUH MIKO



Pakat duk cerito di pengkalan tadi
Awang dengan Mat Yet...nya gi mengaji
Nya terjun dari perahu tesangkot tali
Dulunya lajak dari belari
Terjereba'k jatuh bukenya sekali
Awang....Lelo sungguh miko ning


Demo duk cerito mulut ke mulut
Kalu tak beto jange di sebut
Bukenya pehelak yang tak boleh di tutup
Taknya kira kalu nak seluk
Tekejut kulub langsung tak mengantuk
Kalu dah lelo tak guna kalu di sebut
Awang....Lelo sungguh miko ning 


Awang......
Ayah nak tanyo Awang ni....
Mak hang duk semamat dale perut
Di kabo orang Awang duk ikut
Mengendap orang mandi di jambe Tok Yaakob
Bukenye orang yang miko duk mengendap tu Awang...
Awang....Lelo sungguh miko ning

Awang.....
Ketuto Mak Kawi hilang denge jebak
Nampok di orang Awang yang bawak
Memikat ketuto di belakang rumah Pek Wak
Asyiknya Awang ketuto di agak
Gulung kain di kiri habis terselak
Nampak "KULUB" Awang samo denge burung ciak
Ayah duk dengo pung pakat duk gelak
Eh Awang.........Ayah malu kalu "KULUB" orang dah nampak.


Ayah nak tanyo lagi
Kelik dari mengaji mano Awang duk gi
Kaki basah kadang-kadang beselut lagi
Banyak nyo duk hilang lagi
Ayam duk mengeram pun taknye bebunyi
Kalu Awang mencuri nak buat apo dengan nyo 5 biji
Awang....demo pung Lelo mace miko ning 


Awang....Belum habis lagi....
Dekat rumah Tok Mad Sit ade seto tinggi
Ado pokok getah di sebelah kiri
Beso sungguh sarang gendang haji

Tepi kilang padi di jago Pak Uda Saari
Di setik Awang berkali-kali
Awang....Lelo sungguh miko ning 


Mengamuk sakan tebuan Awang.......
Ayah dengo di gigit kepala Hj. Ali
Meraung sakit di gigit sampe ke isi
Lelo sungguh miko ni Awang........


Batu berhala bunyi bedesing
Jika di ketuk sambil menungging
Di kabo Burhan nampak Awang bersaing
Berenang ke Labit sambil berkain
Kalu Awang lemas Ayah yang runsing
Awang....jange duk Lelo begining...



Awang.......
Janganlah semua bende di buat maing
Ayah dah tua tak mau lagi nak bising
Awang dah beso buatlah benda lain
Begeno kalu nanti bila dah kaweng
Di kato orang menantu demo tu inseng...
Lelo Awang jangan menjangkit ke orang lain....

Awang ........
Kalu budak baik bukan lagu ning....





Nukilan Tok Aki Aji
Ahad 1hb. Feb. 2009

Dhaka Sheraton Hotel Bangladesh



AKU ANAK CHEPOR - Obama Datang Bawa TPPA, China Datang Bawa Pelaburan



Obama datang ke Malaysia untuk membina hubungan baik dengan negara-negara seperti Malaysia, China, Jepan dan Korea Selatan atas tujuan untuk menyekat China. Tapi yang dapat dihidangkan hanyalah TPPA. TPPA PUN megikat dan berat sebellah menyebelahi MNC dari Amerika Syarikat untuk membina perniagaan dan laba sesuka hati.


Beli minyak pun bukan di Petronas


Lepas masuk campur dan perang dengan mana-mana negara, tiada negara yang ditinggalkan dalam keadaan sempurna dan aman tenteram. Negara itu hancur akibat bedilan dan kekejaman tentera Amerika.


Tapi China datang ke Malaysia bawa pelaburan. Dan pelaburan iitu membawa pekerjaan, perumahan, pengetahuan, kepakaran, dan lain-lain pembagunan.

Dalam satu perjanjian yang baru dimetrai hasil usaha Dato Mukhriz menyelesaikan kemelut ZIPY yang disebabkan PAS, China akan melaburkan untuk membina loji penapisan minyak yang berkapisiti permulaan sebanyak 200,000 tong sehari dan bboleh mencapai 800,000 tng sehari.

Kapisiti terkini Petronas pun hanya 400,000 tong sehari.

China Energy multibillion investment a quantum leap for Kedah


A cynic commented that the connecting highway to Pulau Bunting is to grow padi. Surely that is not a mature and informed comment.

The connecting highway was part of the planned Zon Industeri Petroleum Yan (ZIPY).

Last night, there was a signing ceremony to confirm the participation and invesment of China Energy Huacheng Industrial Investment Co. Ltd. in Merapoh Corporation Sdn Bhd to revive the ZIPY project.

There was a large press presence last night but thus far, only few reports available on Google. There rest could follow later.

 
Merapoh, China Energy JV to revive Zipy

Posted on 21 April 2014 - 05:38am
Eva Yeong
sunbiz@thesundaily.com


PETALING JAYA: The Yan Petroleum Industrial Zone (Zipy) looks set to be revived with the signing of a partnership agreement between Merapoh Resources Corp Sdn Bhd (Merapoh) and China Energy H City Realty Investment Co. Ltd (China Energy) this Thursday.

The agreement will see state-owned China Energy emerging as a majority shareholder with a 70% equity interest in Merapoh and an investment of almost RM70 billion by China Energy, which will enable Merapoh to proceed with its projects and plans.

According to a media advisory issued by Merapoh last Friday, the most immediate project that Merapoh intends to proceed with is the creation of Malaysia's biggest oil refinery complex to be built in Kedah.

"Upon full operation of the refinery, Merapoh shall be supplying an estimated 8% of China's total need for refined oil and refined petroleum products," said Merapoh chairman Datuk Bistamam Ramli.

Merapoh had in the past signed a memorandum of agreement with the Kedah state government in 2009 for the development of a US$10 billion (RM32.38 billion) refinery project in Yan, Kedah. The project was to comprise a two-train refinery with a total capacity of 350,000 barrels per day.

According to past reports, Merapoh executive chairman Md Nazri Ramli said the project would involve the reclamation of offshore land totaling 340ha, and the use of 40ha on-shore land.

It was also reported that Merapoh would import crude petroleum oil from the Middle East and process the crude into refined products which would then be exported to China and other Asian nations.

A tie-up with China's state oil company China National Petroleum Company was established to market Merapoh's refinery products for 20 years.

Korea's SK group of companies through its subsidiary SK Engineering & Construction was appointed to do the engineering, procurement, construction and commissioning of the project.

Zipy was first announced in 2007 by the then Barisan Nasional state government. It was renamed Sungai Limau Hydrocarbon Hub (Sulihh) by PAS which took over the state administration after the 12th General Election in 2008.

In August last year, Kedah Mentri Besar Datuk Mukhriz Mahathir said the state government was keen to revive Zipy but several matters had to be resolved first including land acquisition, investment partner of Merapoh, project developer and source of crude oil.

Mukhriz had said that a company from China had shown interest to invest in the area.

A check with the Companies Commission of Malaysia (SSM) shows that Merapoh was registered in September 2005 and is currently in winding up status.

Petrobanq Sdn Bhd and Nazri are listed as shareholders of Merapoh, with Petrobanq being the major shareholder and Nazri holding only one share. Nazri is also listed as a director of the company.

Meanwhile, a check on Petrobanq showed that it is a dormant company with Nazri listed as its director and major shareholder. The other two shareholders are Mohd Saiful Aswad Abu Bakar and Mohd Hassan Mansor.
Within eight months after Mukhriz's announcement to revive the project, it has come to fruitation.  

Zipy: China Energy Meterai Perjanjian Perkongsian Dengan Merapoh

ALOR SETAR, 24 April (Bernama) -- China Energy Huacheng Industrial Investment Co. Ltd (China Energy) hari ini memeterai perjanjian perkongsian dengan Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd (Merapoh) bagi membuka laluan pembangunan kilang penapis minyak mentah terbesar di Malaysia.

Dengan permeterian perjanjian perkongsian itu, Zon Perindustrian Petroleum Yan (ZIPY) yang dirancang oleh kerajaan negeri Kedah sejak 2007 bakal dihidupkan kembali.

Pengerusi Merapoh Datuk Bistamam Ramli berkata perjanjian itu akan menyaksikan China Energy syarikat milik kerajaan China muncul sebagai pemegang saham majoriti dengan 70 peratus kepentingan ekuiti dalam Merapoh, manakala baki 30 peratus akan dipegang oleh rakan kongsi tempatan.

"China Energy yang menyediakan pelaburan awal US$10 bilion akan membolehkan Merapoh yang disusun semula meneruskan rancangan dan projek-projeknya, yang mana yang paling segera adalah pembangunan dan pelaksanaan kompleks penapisan minyak di Kedah.

"Komplek perindustrian petroleum bersepadu itu akan dibina di kawasan tanah seluas 1,000 hektar dan ini termasuk kedua-dua kemudahan luar pantai dan daratan," katanya selepas majlis permeterian tersebut di sini, malam Khamis.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menyaksikan majlis permeterian tersebut. China Energy diwakili oleh Pengerusinya Zhou Qing Jun, manakala Merapoh oleh Pengarahnya Md Nazri Ramli.

Bistamam berkata Merapoh menyasar pengeluaran 400,000 tong minyak sehari selepas operasi penuh kemudahan tersebut, walaupun ia direka bentuk untuk menghasilkan 800,000 sehari.

Projek Zipy diumumkan pada 2007 oleh kerajaan negeri Barisan Nasional yang menyasarkan kutipan cukai tahunan berjumlah RM400 juta daripada projek tersebut yang dirancang beroperasi tahun lepas.

Projek yang dibiayai swasta itu merancang mendapatkan minyak mentah dari Timur Tengah bagi kilang penapis di sini sebelum dieksport ke negara-negara Asia.

--BERNAMA
The Bernama report shows a more staggering numbers.

The initial investment of US$10 billion is a respectably sizeable investment and much more investment is expected to come.

Nanyang Press here quoted the investment figure could reach US$20 billion (about RM66 billion). This is far more substantial that the RM36 billion estimated when the project was shelved in 2009. 

Merapoh will be developing a production capacity of 800,000 barrels per day and set a 400,000 barrels per day production target.

At the initial production level of 200,000 barrels per day, that is by itself about half of Petronas current refinery capacity.


Such size of target was possible because China Energy is supported by some eight other Chinese companies with capability and capacity at the upstream and downstream level and as end buyer.

China is currently building it's petroleum reserve and stand as a ready buyer.

In addition to tax to the government, Dato Bistamam said in his speech that the massive project will have many off-shoot benefits to the local economy in terms of employment, housing, construction, education, supplies, services, commerce, etc.

China Energy Chairman, Zhou Qing Jun confidently said in his speech that China Energy could help the Northern Corridor achieve it's development target at a much faster pace.

This investment will be a quantum leap for the Kedah economy.

The Kedah economy will never be the same from now on. Hopefully the local Kedahans would learn to appreciate the effort of the current state government and take advantage of the opportunity that is presenting itself.


AMUKANMELAYU - Kita perlu bijak dalam mengimbangi kedua-dua kuasa besar ini dan sejak berzaman...selalunya kita akan kecundang jika kita mula memihak.....

MH 370 - Boeing Aircraft Corporation produce a plane


BLOG DR MAHATHIR DISEKAT gara2 MH370


[Admin] Artikel mengenai MH370 yang ditulis Dr Mahathir semalam. Ini terjemahan dalam bahasa Melayu.

Blog rasmi Tun Dr Mahathir -chedet . cc tidak dapat diakses buat masa ini. Kami sedang berusaha untuk mengenalpasti punca masalah. 

MH 370.

1. I am very upset over MAS employees being held hostage in Beijing by the relatives of the passengers of MH 370. I am upset because they are blaming the wrong people. The loss of the plane is due to the makers Boeing.
2. How can Boeing produce a plane that is so easily disabled? Normally it is entirely possible for the crew, the pilots and co-pilots to communicate even with KLIA. Maybe the captain did not want to. But surely the co-pilot would want to inform ground stations that the plane was not flying according to the scheduled route.
3. The passengers may not notice but the co-pilot would. So would the cabin crew. They are all trained to deal with emergencies if not immediately, at least later.
4. But none of them seemed to have tried. It must be because the whole communication system has been disabled. It must take some effort if the pilot tried to disable the system. The co-pilot would notice and for his own life he would have tried to do something. Was he disabled? Were all the crew members and the passengers disabled?
5. The flight of all passenger planes can be tracked even on a personal mobile phone. I can do it on my phone. If the plane landed I can watch it landing and taxiing. I can even get information on any plane anywhere – what make and model, who it belongs to and where it is flying from and its destination.
6. I believe there are equipments on the plane which allows it to be tracked – probably by Global Positioning System.
7. Sophisticated cameras on the spy-satellites operated by some countries can actually photograph a man on the ground and even identify him. Surely the cameras can see and photograph a 63-metre aircraft.
8. But the aircraft disappeared completely. I think on everyone’s mobile it has disappeared. Some equipment on the aircraft must have been disabled. Even the backup must have been disabled
9. Boeing built this aircraft. Boeing must explain how all these means of tracking the plane can be disabled, can fail. Either Boeing technology is poor or it is not fail-safe. I would not like to fly in Boeing aircraft unless Boeing can explain how all its system can fail or be disabled.
10. Remote control technology is now very sophisticated and powerful. Is it true that Boeing has installed remote control equipment on the aircraft to prevent hijacking? If it did why did it not direct the aircraft to land safely? Is it possible for third parties to take control of the aircraft remotely?
11. When a plane crashes on land or sea there would be debris or oil slick. None has been found so far. Can it be that the plane remained intact on crashing and sank with no trace and no one launching the lifeboat doors as we are told all these aircrafts are equipped with?
12. Can one believe this plane quietly floated down into the raging sea and sank conveniently in the deepest part (7miles deep) of the Indian Ocean?
13. It is standard practice that when a plane crashes, a team of experts would arrive at the scene soonest so as to find the cause of the crash. Boeing and the authorities in the manufacturing country should be looking out for the plane. Maybe the plane type should be grounded. But Boeing has shown no interest and had said practically nothing.
14. MAS has been flying numerous kinds of aircrafts and has a good record. The pilots are well-trained. Even if the pilot wants to commit suicide the co-pilot and the cabin crew would not allow him to do so without trying something. But no one, not even the passengers did anything. Maybe it is because they have been somehow incapacitated.
15. Boeing must answer all these questions. Boeing must demonstrate possible ways for the communications system to be disabled. Boeing must accept responsibility for building an aircraft that can disappear in mid-air so completely.
16. MAS is not at fault, lax security or not. MAS flew a plane fully expecting it to perform the task. But the plane has somehow behaved differently. Who is responsible? Not MAS but certainly the makers of the plane – Boeing Aircraft Corporation.
Boeing Aircraft Corporation. adalah satu Syarikat yang gagal

Thursday, 24 April 2014

Kit Siang Kata Pakatan Akan Kalah Besar Jika Pas Berkeras Laksana Hudud


A026

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



DAP hari ini memberikan gambaran bagaimana kekalahan yang lebih besar akan dialami Pakatan Rakyat (PR) dan PAS sekiranya PAS terus berkeras untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Penasihat parti DAP, Lim Kit Siang berkata hudud tidak pernah dan tidak akan memenangi hati pengundi berdasarkan sejarah pilihan raya yang lalu. Malah Pas sendiri pun kalah teruk sebelum bersama pakatan.

“PAS dan PKR hanya menang lapan kerusi Parlimen dan 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) akibat salahlaku Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi.

“Walaupun enakmen diluluskan pada 2001, PAS dan PKR hanya memenangi 1 daripada 8 kerusi Parlimen dan 4 daripada 28 kerusi DUN pada PRU11 2004," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata kemenangan PAS dan PKR di Terengganu memenangi 4 daripada lapan kerusi Parlimen dan 15 dari 32 kerusi DUN adalah disebabkan tiada kempen melaksanakan hudud di negeri itu.

Katanya, walaupun “5 Janji Awal Manifesto PAS Terengganu” dan “5 Manifesto PRU13” tidak memasukkan hudud namun ia tidak menyebabkan PAS tewas di Terengganu.

"Apa yang menarik adalah walaupun PAS Terengganu memasukkan pelaksanaan hudud semasa manifesto Barisan Alternatif sebelum 2008, ia tidak menjadikan PAS dan PKR menang lebih banyak kerusi di peringkat DUN.

"Bukankah ini satu petunjuk pengundi di Terengganu meletakkan kepentingan kepada isu lain berbanding pelaksanaan hudud?" katanya.

Lim Kit Siang meminta Presiden Pas memikirkan terlebih dahulu bai dan buruknya penerimaan pengundi apabila Hudud dilaksanakan.

Sementara itu Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan Allah SWT tetapi banyak perkara perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.

Perdana menteri berkata, banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai," kata Najib.

Beliau berkata kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

Monday, 21 April 2014

DON VS WARDINA - Dr. Zulkifli Al-Bakri MEMATAHKAN hujah Dr. Maza




Seorang pelakon iklan susu bernama Wardina Safiya telah memuatnaik video ceramah Ustaz Don Daniyal yang telah diedit ke akaun facebooknya dan membuat komen bahawa ustaz Don Daniyal tidak membuat rujukan sebelum membuat ceramah

1) Ustaz Don Daniyal menyampaikan satu kisah yang didengarnya daripada Dr. Zulkifli Al-Bakri. - Point di sini ialah perawi yang meriwayatkan kepada Ustaz Don ialah Dr. Zulkifli Al-Bakri.

2) Puak-puak Wahhabi Silapi yang sahaja nak menjatuhkan Ustaz Don telah membuat satu video propaganda dan menyebarkan di dalam internet. Yang paling kecoh apabila tersebar dalam facebook seorang pelakon iklan susu.

Ada tiga point di sini. 

- Pertama, Oleh kerana terlalu ghairah nak pejatuh orang, puak-puak ni terlupa tentang perawi yang meriwayatkan kisah tersebut kepada Ustaz Don, iaitu Dr. Zulkifli Al-Bakri.

- Kedua, Inilah akhlak sebenar pendokong fahaman Wahabi yg suka menjatuh dan mengaibkan orang yang tak sehaluan dengan mereka. 

- Ketiga, usaha membuat dan menyebarkan video propaganda sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi orang awam terutama yang kaki berguru dgn syeikh al-google dan ustaz al-facebook. Lihat kesannya pada kronologi no 3.

3) Muncul seorang artis iklan susu Anmum dan duta tudung yang terpedaya atau terkeliru dgn video yang  telah diedit tersebut membuat kenyataan gempak seluruh Malaysia.
4) Tampil Dr. Maza bagaikan hero Malaya mempertahankan heroinnya seperti menangguk ikan di air yang sudah keruh. Tak ketahuan hala dari mana datangnya. 

- Kunun nak membela artis tersebut, tapi terlebih kuah dari sudu. Meludah ke atas angin tanpa menyedari ludahnya itu akhirnya jatuh tepat ke atas mukanya.

Daripada kronologi di atas, apa yang nak disampaikan ialah perselisihan ini awal dan akhir dengan dua org tokoh. Awalnya ialah Dr. Zulkifli Al-Bakri dan akhirnya ialah Dr. Maza.

Dr. Maza telah menulis isu ini dan tidak sedikit yang tumpang sekaki  serta bertindak untuk menyebarkannya dalam laman media sosial.

Dr. Zulkifli Al-Bakri juga telah menulis isu ini, dan ada yang memilih untuk menyebarkan tulisannya. Kalau anda pun sepakat dengan kami, jom pakat baca tulisan Dr. Zulkifli Al-Bakri tentang isu ini. - by Semut Hitam

Wardina dan Ustaz Don Terus berpanjangan

 


Pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah tidak pernah berniat untuk mengaibkan Ustaz Don dengan berkongsi video ceramah agama yang dikatakan mengandungi hadis-hadis palsu disampaikan penceramah selebriti itu.

Wardina berkata, dia hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran terhadap beberapa perkara yang disampaikan oleh ustaz itu dalam ceramah umum tersebut.

"Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja.

"Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yang membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yang tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," katanya kepada mStar Online, menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini, pada Rabu.

Wardina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataannya yang menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal sehingga mendapat banyak reaksi termasuk ada pihak menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut secara umum.

Terdahulu pihak TV AlHijrah dalam mStar Online pada Rabu turut mengambil pendekatan untuk meneliti kandungan video ceramah personaliti berkenaan yang tersebar sebelum sebarang tindakan diambil.

Ustaz Don merupakan hos rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don siaran TV AlHijrah yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam.

Tambah Wardina, tindakannya menegur secara umum bukan bertujuan melakukan serangan peribadi, sebaliknya sekadar mahukan mendapatkan kepastian dan jawapan.

"Saya minta maaf jika ada yang tidak suka cara saya membuat teguran ini secara terbuka. Saya berbuat demikian kerana ceramah itu juga dilakukan secara umum, saya jujur dengan niat ingin bertanya.

"Kata-kata saya di Facebook itu tidak sedikit pun mengecam, mengutuk atau memperkecilkan Ustaz Don kerana ilmu dia lebih tinggi daripada saya," katanya.

Semuanya bermula apabila Wardina minta ulamak menegur Ustaz Don, boleh baca di SINI. Kemudian Ustaz Don menjawab semula teguran Wardina, boleh klik SINI.


Ustaz Don Amal Hadis Sesat? 



Menurut Wardina dalam status facebooknya meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana kononnya dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan yang sahih.

Wardina Safiya merupakan antara 29 individu yang dilantik menjadi ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) dan pernah mempertikaikan DBKL menyatakan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014 adalah membazir.

Perkongsian video yang telah diedit itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada kalangan orang ramai sehingga menegur tindakan Wardina mengecam Ustaz Don Daniyal menegur Ustaz Don secara terbuka.

Mari baca status panjang lebar beliau di facebook.

"Saya bukanlah orang alim. Namun saya menyeru kepada para ulama'..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah... It is an amazing mukjizat on its own. We don't need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran.

Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam.

KOMPILASI HADIS PALSU & PENYELWENGAN DON DANIYAL

Mana2 yg sekadar dtg kat wall ni nak ckp :

1.Ini aib
2.Mengumpat
3.Pergi jumpa dulu face to face
4.Ini cela ulama
5.Ini ustaz dh kira bnar

Maka baca dulu riyadhus salihin bab ghibah yg dibenarkan dlm islam

Saya juga tak teragak2 utk BLOCK siapa saja yg berkata 5 benda yg dh pun jadi modal lama...Bab penyelwengan dlm agama ISLAM wajib yg tahu sebarkan...

Please sy akan terus blok siapa yg dtg ke rumah saya buat benda yg dilarang...

Jika ada hujah berikan secara ilmiah bahawa don daniyal ni mmg sedang membawa kebenaran...

Must See sampai habis video ini...

Mohon rakan2 doakan Encik DOn supaya kembali kpd quran dan sunnah bukannya dengan aqal dan hawa nafsu serta ikut kalam tok sheikh yg jauh dgn quran dna sunnah...

Hentikan menyebarkan hadis2 palsu..Takutlah ancaman dari nabi s.a.w apabila berbohong ats nama baginda maka tempatnya di bangku neraka...

Pendustaan ini cukup berat sampai kini DON belum menjawabnya berkenaan hadis mana yg dia sebutkan,dalilnya mana ???

Please hentikan pembohongan kesian pd org ramai yg anda dh tipu mereka mentah2...


Ustaz Don Jawab Kecaman Wardina Terhadap Beliau!

Hari ini Ustaz Don Daniyal tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya.
Ustaz Don mengatakan adalah tidak adil dengan memuatnaik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya.
Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi beliau sendiri yang melakukannya.
"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda", kata Ustaz Don
Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunakan ustaz goggle, facebook atau twiteer. Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain.
Ustaz Don saran Wardina hadir dalam ceramahnya bukannya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wardina tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan itupun jika beliau ikhlas.
Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.
Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk.
Ustaz Don hairan kena wardina memilih individu untuk dihentamnya, apabila kafir menghina Agama Islam kenapa Wardina diam.
Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.
Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.
Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.
Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, 'Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.'
Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti yang diperolehi oleh Ustaz Don sakit hati, kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut.
Ustaz Don Daniyal menasihati, kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang.

Pondok Ledang

KRONOLOGI ISU.

1) Ustaz Don Danial menyampaikan satu kisah yg didengarnya drpd Dr. Zulkifli Al-Bakri.
- Point di sini ialah perawi yg meriwayatkan kpd Ust Don ialah Dr. Zulkifli.

2) Geng2 Wahhabi Silapi yg saja nak pejatuh Ust Don tlh membuat satu video propaganda dan menyebarkan di dlm internet.
- Ada tiga point di sini.
- Pertama, Oleh kerana terlalu ghairah nak pejatuh org, Geng2 ni terlupa tentang perawi yg meriwayatkan kisah tersebut kpd Ust Don, iaitu Dr. Zulkifli Al-Bakri.
- Kedua, Inilah akhlak sebenar pendokong fahaman Wahhabi yg suka pejatuh dan mengaibkan org yg tak sehaluan dgn mereka.
- Ketiga, usaha membuat dan menyebarkan video propaganda sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi org awam terutama yg kaki berguru dgn syeikh google dan ustaz facebook. Lihat kesannya pada kronologi no 3.

3) Muncul seorang artis yg terpedaya atau terkeliru dgn video tersebut membuat kenyataan gempak.
- Point di sini, rasa ramai dah tahu, so, tak perlu admin tulis lagi.

4) Tampil Dr. Maza bagaikan hero menangguk ikan di air yg keruh. Tak ketahuan dari mana datangnya. Kunun nak membela artis tersebut, tapi terlebih kuah dari sudu. Meludah2 ke atas angin tanpa menyedari ludahnya itu akhirnya jatuh tepat ke atas mukanya.

Daripada kronologi di atas, apa yg admin nak sampaikan ialah perselisihan ini berawal dan berakhir dgn dua org tokoh. Awalnya ialah Dr. Zulkifli Al-Bakri dan akhirnya ialah Dr. Maza.

Dr. Maza telah menulis isu ini dan tidak sedikit yg tumpang sekaki menyebarkannya.

Dr. Zulkifli Al-Bakri juga telah menulis isu ini, dan admin memilih untuk menyebarkan tulisannya.

Admin ada alasan tersendiri mengapa admin memilih utk menyebarkan tulisan Dr. Zulkifli Al-Bakri. Alasannya seperti berikut;

1) Dr. Zulkifli Al-Bakri lebih alim berbanding Dr. Maza.
2) Dr. Zulkifli Al-Bakri lebih berakhlak berbanding Dr. Maza.
3) Dr. Zulkifli Al-Bakri lebih beradab berbanding Dr. Maza.
4) Dr. Zulkifli Al-Bakri lebih tawadhuk berbanding Dr. Maza.
5) Dr. Zulkifli Al-Bakri lebih luas pengalaman ilmiah berbanding Dr. Maza.
6) Tulisan Dr. Zulkifli Al-Bakri lebih harmoni dan ilmiah berbanding tulisan Dr. Maza yg lebih bersifat taasub, fanatik, dan pecahbelah.
7) Dan banyak lagi kelebihan yg ada pd Dr. Zulkifli Al-Bakri yg takda pd Dr. Maza.


 
Sila baca tulisan Dr. Zulkifli Al-Bakri tentang isu ini.



PENJELASAN RINGKAS ISU KISAH TELAGA BARAHUT.

*Baca sehingga tamat. Sebelum kesimpulan disertakan 7 qaul berkenaan tempat roh berada setelah keluar daripada jasad. Pendapat yg ditarjihkan Ibn Qayyim itu adalah pendapat yang diterima pakai. 



 

a) HADIS, ATHAR DAN PANDANGAN ULAMA' BERHUBUNG TELAGA BARAHUT

1. HADIS
• Daripada Ibn Abbas R.Anhuma Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ، فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ، وَشِفَاءٌ مِنَ السَّقَمِ، وَاللَّهِ مَا عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءٌ شَرٌّ مِنْ مَاءِ بِئْرٍ بِوَادِي بَرْهُوتَ، كَرِجْلِ الْـجَرَادِ مِنَ الْـهَوَامِّ، يُصْبِحُ يَتَدَفَّقُ وَيُمْسِي لَا بِلَالَ بِهَا
Maksudnya: “Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam zam, padanya makanan daripada segala makanan, dan penawar bagi segala penyakit, dan seburuk-buruk air di muka bumi air di lembah Barahut berhampiran qubah Hadramaut seperti kaki belalang daripada serangga jadilah ia membuak-buak pada waktu pagi dan pada waktu petang tanpa sebarang basahan.” [1]

• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasululalh SAW pernah bersabda:
إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حَضَرَهُ الْمَوْتُ، حَضَرَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، جُعِلَتْ فِي حَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ، فَيُنْطَلَقُ بِهَا إِلَى بَابِ السَّمَاءِ، فَيَقُولُونَ: مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَطْيَبَ مِنْ هَذِهِ، فَيُقَالَ: دَعُوهُ يَسْتَرِيحُ، فَإِنَّهُ كَانَ فِي غُمٍّ، فَيُسْأَلُ: مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَتْ فُلَانَةُ؟ وَأَمَّا الْكَافِرُ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، وَذَهَبَ بِهَا إِلَى بَابِ الْأَرْضِ، يَقُولُ خَزَنَةُ الْأَرْضِ، مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَنْتُنَ مِنْ هَذِهِ، فَتَبْلُغُ بِهَا إِلَى الْأَرْضِ السُّفْلَى
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman apabila datang waktu kematian nescaya datang Malaikat rahmat. Apabila diambil nyawanya, maka dijadikan pada sutera putih yang di bawa dengannya ke pintu langit dan mereka berkata: Kami tidak dapati bau yang lebih harum daripada ini. Maka dikatakan: tinggalkanlahnya untuk dia beristirehat, maka sesungguhnya dia berada dalam keadaan dukacita. Lantas ditanya apa yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulanah? Adapun orang kafir apabila diambil nyawanya dan dibawa dengannya ke pintu bumi, lalu berkata penjaga bumi: “Kami tidak dapati bau yang lebih busuk daripada ini, sehingga sampai kepada perut bumi yang terkebawah.” [2]

• Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ فِيهَا أَرْوَاحَ الْكفَّار وَالْمـُنَافِقِينَ وَهِي بِئْرٌ عَادِيِةٌ قَدِيْمَةٌ عَمِيْقَةٌ فِي فَلَاةٍ وَوَادٍ مُظْلِمٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya pada telaga Barahut terdapat roh-roh orang kafir dan Munafiq, ia merupakan telaga yang berbahaya, dalam, lama pada tempat yang jauh dan wadi (lembah) yang gelap.” [3]

2. ATHAR
• Saidina Ali RA berkata:
اَبْغَضُ الْبِقَاع إِلَى الله تَعَالَى وَادي بَرَهُوْتَ بِحَضْرَ مَوْتَ فِيهِ بِئْر مَاؤُهُ أَسْوَدُ مُنْتِنٌ تَأْوِى إِلَيْهِ أَرْوَاحُ الْكفَّارِ
Maksudnya: “Tempat yang paling dibenci Allah ialah wadi (lembah) Barahut di Hadramaut. Padanya telaga air hitam busuk dan menjadi himpunan perut orang kafir.”

• Diriwayatkan daripada Abu Bakar al-Najad daripada Ali Bin Abi Talib RA, katanya:
خَيْرُ وَادِي النَّاسِ وَادَي مَكَّةَ، وَشَرُّ وَادِي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَافِ، وَادٍ بِحَضْرَمَوْت يُقَالُ لَهُ: بَرَهُوْت فِيهِ أَرْوَاحُ الكُفَّارِ
Maksudnya: “Sebaik-baik lembah kepada manusia ialah lembah Mekah, dan seburuk-buruk lembah manusia ialah lembah Ahqaf, iaitu lembah di Hadramaut, dikatakan dengan nama Barahut di mana terdapat padanya ruh-ruh orang kafir.” [4]

• Riwayat Ali bin Abi Thalib berkata:
خَيْرُ وَادِيَيْنِ فِي النَّاسِ وَادِي مَكة وَوَادِي اِرَم بِأِرْضِ الِهنْدِ، وَشَرُّ وَادِيَيْن ِفي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَاف وَوَادِ بِحَضْرَمَوْت يُدْعَى بَرَهُوْت يُلْقَى فِيْهِ أَرْوَاحُ الْكُفَّارِ
Maksudnya: “Sebaik-baik dua wadi bagi manusia ialah, wadi Mekah dan Iram di bumi India. Seburuk-buruk dua wadi bagi manusia ialah wadi Ahqaf dan wadi Hadramaut yang dikenali sebagai Barahut, dicampak baginya roh orang kafir.” [5]

• Berkata Qatadah: Seorang lelaki menceritakan kepadaku, daripada Sa’id Ibn Musayyib daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, katanya:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ تُجْمَعُ بِالْجـَابِيَتَيْنِ وَأَرْوَاحُ الْكُفَّارِ تُجْمَعُ بِبَرَهُوْتِ: سَبْخَةِ بِحَضْرَ مَوْت
Maksudnya: “Arwah-arwah orang Mu’min akan dikumpulkan di al-Jabiyataini dan arwah-arwah orang kafir akan dihimpunkan di telaga Barahut (satu kawasan berhampiran di Hadramaut).” [6]

• Berkata Abu Hatim RA: Khabar ini diriwayatkan oleh Mu’az bin Hisyam daripada ayahnya daripada Qatadah daripada Qasamah bin Zuhair daripada Abi Hurairah secara marfu’
اَلْـجَابِيَتَانِ بِالْيَمَنِ وَبَرَهُوْتُ مِنْ نَاحِيَةِ الْيَمَنِ
Maksudnya: “Al-Jabiyatan di Yaman dan Barahut daripada pihak Yaman.” [7]

• Daripada Sa’id Bin Musayyib, katanya:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِأَرْضِ الجَابِيَةِ، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارُ بِسَبْخَةِ حَضْرَمَوْت
Maksudnya: “Arwah-arwah orang mukmin di tanah al-Jabiah dan arwah-arwah orang kuffar di sabkhah di Hadramaut.” [8]

3. PANDANGAN ULAMA'
Ramai ulama mengemukakan pandangan dan kisah berkenaan telaga Barahut, antaranya:

• Al-Asmu’ie berkata riwayat seorang lelaki Hadrami menyebut:
أنا نجد من ناحية برهوت رائحة منتنة فظيعة جدا فيأتينا الخبر أن عظيما من عظماء الكفار مات
Maksudnya: “Sesungguhnya kami dapati di satu sudut telaga Barahut bau yang sangat busuk. Kemudian datang khabar kepada kami bahawa seorang pembesar kafir mati di situ. Dan kami dapatinya bau tersebut memang dari situ.” [9]

• Al-Zamakhsyari berkata: “Barahut ialah telaga di Yaman, dikatakan bahawa padanya ditempatkan ruh-ruh orang kafir, dan dinamakan negeri yang terletaknya telaga itu ialah Yaman.”

• Dihikayatkan seorang lelaki tidur berhampiran wadi Barahut dan berkata:
كُنْتُ أَسْمَعُ طُوْلَ اللَيْلِ يَا دَوْمَة. يَا دَوْمَةَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِبَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ فَقَالَ: إِنَّ المَلَكَ المُوَكِّلَ بِأَرْوَاحِ الكُفَّارِ إِسْمُهُ دَوْمَه
Maksudnya: “Aku mendengar sepanjang malam sebutan “Ya Daumah”. Lalu aku bertanya kepada ahli ilmu. Dia menjawab: “Sesungguhnya Malaikat yang diwakilkan untuk roh-roh orang-orang kafir namanya Daumah.”
Cerita yang hampir sama diriwayatkan oleh Abban bin Taghlib. [10]

• Imam Syafie telah menyebut dalam mazhabnya:
إنَّ المَاءَ المَكْرُوْهَ ثَمَانِيَةُ أَنْوَاعِ: اَلـْمُشَمَّسُ، وَشَدِيْدُ الحَرَارَةِ، وَشَدِيْدُ الْبُرُوْدَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ ثَمُوْدَ إِلَّا بِئْرُ النَاقَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ قَوْمِ لُوْط، وَمَاءُ بِئْرِ بَرَهُوْت، وَمَاءُ أَرْضِ بَابِل، وَمَاءُ بِئْرِ ذَرْوَان
Maksudnya: “Sesungguhnya air yang makruh digunakan ada 8 jenis, antaranya: Air Musyammas, air yang sangat panas, air yang sangat sejuk, air dari perkampungan Thamud kecuali telaga Naqah, air perkampungan kaum Lut, air telaga Barahut, air bumi Babil dan air telaga Zarwan.”

• Sufian berkata: “kami telah bertanya penduduk Hadramaut, lantas mereka menjawab: “Tidak ada seorang yang mampu untuk tidur di kawasan tersebut pada waktu malam.” [11]

• Al-A’masy pernah berkata: “Adalah Mujahid tidak akan mendengar perkara yang pelik kecuali beliau pergi ke situ dan melihatnya sendiri. Beliau pernah pergi ke telaga Barahut di Hadramaut dan pergi ke Babil…… " [12]

• Abu Muhammad Abdullah bin Muslim al-Dainuri yang masyhur dengan gelaran Ibn Qutaibah berkata: “Semua ruh ahli neraka ditelaga di kawasan Hadramaut dikenali sebagai Barahut.” [13]

• Ibn Uyainah berkata: “Telah dikhabarkan kepadaku seorang lelaki berada pada waktu petang berhampiran telaga Barahut, katanya: “Seolah-olah padanya terdapat suara-suara yang bertelingkah dan aku tanya penduduk Hadramaut tentang itu, mereka menjawab: “Tidak mampu seseorang berada di situ pada waktu petang. [14]

• Dalam Kitab al-Mustathraf fi Kulli Fanni al-Mustazraf oleh Syihabuddin Muhammad Bin Ahmad al-Absyihi hlm, 420, seperti berikut: “Telaga Barahut terletak di Hadramaut dimana Nabi SAW bersabda: “Ia adalah himpunan roh orang kafir.” [15]

TARJIH
Selepas melihat pendapat ulama, saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan ruh orang yang beriman di Jabiyah dan orang kafir di Barahut. Hal ini, dikuatkan oleh pendapat Ibn Qayyim yang menolak pandangan Ibn Hazm yang berpendapat ini adalah sumber daripada Syiah Rafidhah. Sebenarnya bukan begitu bahkan telah disebut oleh ramai dikalangan sahabat dan tabien dalam kalangan ahli Sunnah. Inilah juga pendapat Ibn Mandah yang menyebut riwayat ramai para sahabat dan para tabi'en.

*************
b) KISAH TELAGA BARAHUT

Cerita yang diambil oleh Sahib al-Fadhilah Ustaz Don daripada saya ialah seperti berikut:

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 1000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.

Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu.

Akhirnya orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu.
Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.

Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu innalillahi wainna ilaihi raji'un. Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barhut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah dia di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?

Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barhut itu. Akhirnya dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu? Orang itu menjawab: Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu.

Kemudian orang kaya itu bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu? Maka orang itu menjawab: Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam.

Untuk membenarkan cerita ini, disebutkan di dalam sebuah hadis. Nabi SAW bersabda:
لاَ يَدْخُلُ الْـجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.” [16]

SUMBER KISAH INI
Saya akan menyebut isu ini secara poin untuk memudahkan kefahaman.

1. Kisah ini diambil daripada kitab al-Kabai'r oleh Imam al-Zahabi dan memuatkannya dalam buku Lu’lu’ lil Mukminin (Permata Buat Orang Beriman), kitab himpunan hadis jilid pertama yang saya susun.

2. Saya begitu yakin kepada al-Imam al-Zahabi yang banyak mengkaryakan sirah Rasulullah dan sejarah Islam melalui beberapa bukunya seperti Tarikh al-Islami dan juga Siyar ‘a’lam al-Nubala’. Saya telah menyebut biografi Syeikhul Muhaddithin Imam al-Zahabi secara ringkas di dalam buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' untuk sama-sama difahami oleh pembaca yang mana beliau merupakan Tuan Guru dan ulama yang amat terkenal dalam bidang hadis, sejarah, dan lain-lain berdasarkan pujian tokoh-tokoh ulama silam, seperti Ibn Kathir dan lain-lain.

3. Kisah yang hampir sama telah diceritakan oleh Umar bin Sulaiman, katanya: “Telah mati serorang lelaki di kalangan yahudi, sedangkan beliau pernah menyimpan barangan bagi seorang Islam. Orang Yahudi tersebut mempunyai seorang anak yang beragama Islam, dan dia tidak mengetahuo di mana diletakkan barang simpanan tersebut, lalu bertanya kepada Syu’aib al-Jubbai, kemudian katanya: “Pergilah kamu ke telaga Barahut, jika kamu datang pada hari sabtu maka tujulah kepadanya sehingga sampai berhampiran mata air telaga di sana Kemudian serulah nama ayahmu, nescaya ia akan menjawab panggilanmu. Ketika itu tanyalah daripada apa yang kamu mahu dan lelaki tersebut melakukan suruhan Syeikh Syu’aib itu dengan pergi ke mata air seterusnya menyeru nama abahnya dua kali atau tiga kali. Selepas itu abahnya menjawab dan dia bertanya: “Dimanakah barang simpanan si fulan itu? Jawab abahnya: “Dibawah bendul pintu, maka angkatlah.” Cerita ini telah disebut dalam buku Bi’ru Barahut Rehlah Istiksyafiyah, Geografiyah al-Sunnah al-Nabawiyyah karya Dr. Anmar bin Yahya al-Jufri.

4. Ulama Islam bermazhab Syafie yang terkenal Imam Ibn Hajar al-Haitami juga telah menyebut cerita yang sama seperti ini dalam kitabnya yang masyhur al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair.

ULASAN SAYA
Mungkin ada sebahagian asatizah yang menggunakan hujah berdasar kepada pengtahqiq kitab al-Kabair iaitu Sayyid Ibrahim dan Sayyid al-Arabi, antara lain berpendapat: "Dimulakan kisah ini dengan kenyatan pengarang (Imam al-Zahabi) dengan perkataan Hukiya (حكي) yang memberi maksud dihikayatkan. Di dalam bahasa istilah ulama Sighah Mabni lil Majhul merupakan Sighah Tamrid (sakit dan dhaif) yakni tidak kuat dan dia termasuk daripada riwayat yang batil yang tidak wajib disebutnya sekalipun dalam bab Mau’izah (nasihat) kerana ia menafikan aqidah sahih dan akal yang sejahtera."

• Saya secara peribadi boleh menerima kisah yang dinukilkan oleh Imam al-Zahabi kerana ia bukanlah hadis tetapi penceritaan yang diterima daripada yang terdahulu.

• Disebut dengan perkataan hukiya (حكي) yang memberi maksud 'dihikayatkan' menunjukkan betapa Imam al-Zahabi begitu mencermati dalam menyampaikan maklumat supaya statusnya bukanlah menjadi hujah qat’i tetapi lebih kepada mau’izah (peringatan) semata-mata. Justeru, tidak ada masalah untuk mengambil kisah ini sebagai peringatan dengan syarat tidak menjadikannya sebagai dalil.

• Cukuplah dengan penukilan daripada ramai ulama, seperti Imam Ibn Hajar al-Haitami dan pujian para ulama terhadap kitab al-Kabair, membuatkan kita thiqah dengan Imam al-Zahabi.
[ADMIN]

DI MANA ROH SELEPAS KELUAR DARIPADA JASAD?

Antara pendapat ulama ialah:

Pertama: Jumhur ulama berpendapat ruh orang yang beriman berada dalam tembolok burung dalam syurga yang bebas berterbangan. Ini berdasarkan beberapa riwayat hadis, Antaranya, Abdullah Bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
أَرْوَاحُهُمْ فِي جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ، لَهَا قَنَادِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ، تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ، ثُمَّ تَأْوِي إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيلِ، فَاطَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمُ اطِّلَاعَةً
Maksudnya: “Semua ruh para syuhada’ berada dalam tembolok burung-burung hijau, mereka bebas berterbangan dalam syurga mengikut kemahuan kemudian bertenggek di pelita-pelita (قنديل), maka Tuhan mereka melihat dan memerhatikan mereka.”
Riwayat Muslim dalam sahihnya (3/1502) dan al-Tayalisi dalam Musnadnya (1/38)

Kedua: Sebahagian sahabat dan tabien berpendapat: Semua ruh orang yang beriman berada di sisi Allah dan mereka tidak membincangkan lebih daripada itu, mereka berhujahkan hadis riwayat Ibn Umar R.Anhuma daripada Nabi SAW:
الْأَرْوَاح عِنْد الله فِي السَّمَاء
Maksudnya: “Semua ruh berada di sisi Allah di langit.”
Riwayat Sa’id Bin Mansur dalam al-Sunan dan al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (314)

Ketiga: Sebahagian daripada sahabat dan tabien berpendapat bahawa semua ruh dihimpun di satu tempat di bumi, maka ruh orang yang beriman di simpan berhampiran Jabiyah, ruh orang kafir di telaga Barahut. Ada pendapat di Jordan dan ada pendapat di antara langit dan bumi. Mereka berhujahkan dengan dua hadis:

• Abdullah bin Amr R.Anhuma menyebut:
إن أَرْوَاح الْمـُؤمنِينَ تجمع بالْـجَابِيَة وأرواح الْكفَّار تجمع ببئر برهوت
Maksudnya: “Sesungguhnya semua ruh orang yang beriman dihimpunkan di Jabiyah dan semua ruh orang kafir dihimpunkan di telaga Barahut.”
Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya (7/283), al-Haithami dalam Mawarid al-Zam’an (1/187), al-Dailami dalam al-Firdaus (1/418) dan Ibn Qayyim menyebutnya dalam kitab al-Ruh hlm (146)

• Daripada Ali berkata:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِبِئْرِ زَمْزَم، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارِ بِبِئْرِ بَرَهُوْتِ
Maksudnya: “Semua ruh orang yang beriman dihimpun di telaga zam zam dan semua ruh orang kafir dihimpun di telaga Barahut.”
Riwayat Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Qayyim menyebutnya dalam al-Ruh hlm (146)

Keempat: Sebahagian ulama berpendapat, bahawa ruh orang yang beriman dalam syurga dan ruh orang kafir dalam neraka. Mereka berhujah dengan hadis Ummu Mubassyir Binti al-Bara R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ نَسَمَةَ المُؤمنِ تَسَرَحُ في الجنَّةِ حَيثُ شاءَتْ، ونَسمةُ الكافِرِ في سِجِّينٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya jiwa orang yang beriman bebas pergi mari dalam syurga mengikut kehendaknya, sedangkan ruh orang kafir berada dalam Sijjin.”
Riwayat Ibn Majah (1449), al-Tabarani dalam al-Kabir (19/65), al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (2/329) dan al-Baihaqi (153) dengan sanad yang hasan

Kelima: Sebahagian ulama berpendapat bahawa ruh orang yang beriman berada di sebelah kanan nabi Adam dan ruh orang yang kafir berada di sebelah kirinya, mereka berhujahkan hadis Isra’ Mi’raj.

Muhammad Bin Nasr al-Marwazi berkata: “Sesungguhnya Ishaq bin Rahawaih berkata: “Di atas dasar inilah telah ijma’ ahli ilmu.”
Ibn Hazm berkata: “Inilah pendapat semua ahli ilmu.” Lihat al-Fasl fi al-Milali wa Ahwa' al-Nihali oleh Ibn Hazm (4/590).

Keenam: Sebahagian ulama berpendapat: “Sesungguhnya semua ruh orang yang beriman dan kafir berada dalam kubur kecuali ruh para syuhada’, mereka dimasukkan ke dalam syurga.” Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn Hazm daripada kebanyakan ahli hadis.

Ketujuh: Sebahagian ulama berpendapat: “Sesungguhnya ruh orang yang beriman berada dalam Illiyyin dan ruh orang kafir berada dalam Sijjin.” Inilah yang ditarjihkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar yang disebut oleh Imam al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (325).

Berdasarkan kepada tujuh pendapat di atas, imam al-Qurtubi lebih cenderung kepada pendapat bahawa ruh orang yang mati syahid dalam syurga dan bukan ruh orang lain. Pendapat seperti ini juga telah dipilih oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh.

PENUTUP
Saya tidaklah mahu polemik ini lebih kepada perselisihan pendapat dan mengikut emosi tanpa bertunjangkan ilmu dan juga kefahaman yang sebenar. Justeru kami menerbitkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' sebagai mengulas secara langsung apa yang dikatakan oleh al-Fadhil Ustaz Don berdasarkan hujahan dan rujukan kitab.

Buku ini bukanlah ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi hanyalah ingin memberi penjelasan dan pencerahan dengan lebih terperinci. Penulis berterima kasih kepada Sahib al-Fadhilah Ustaz Don yang juga telah berkerjasama dalam memberi penjelasan berkaitan isu ini mengikut cara dan kefahaman masing-masing.

Bagi mendapat penjelasan lanjut, boleh mendapatkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' terbitan Pustaka Cahaya Kasturi di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 pada 24 April - 4 Mei ini. Boleh bertemu saya dan sahabat2 PCK di booth G05-G06. Wallahua'lam.

___________________

NOTA KAKI

[1] Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir (11167) dan al-Ausat (3912, 8219), dan al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Mukhtar (2/114/67). Al-Haithami berkata dalam Majma’ al-Zawaid (3/289): “Rijalnya thiqah”. Dan dihasankan oleh al-Albani dalam Sahihnya (1056) dan Sahih al-Targhib wa al-Tarhib (1161) dan Sahih al-Jami’ (3322). Dan berkata Ibn Hajar. Rawi-rawinya adalah perawi yang thiqah dan pada sebahagian mereka dipertikaikan, akan tetapi dikuatkan dengan mutaba’at (sokongan dan dokongan daripada riwayat yang lain)

[2] Riwayat al-Nasaie (11924), Ibn Hibban dalam sahihnya (3294) dan al-Albani dalam Ta’liq al-Targhib menyatakan sahih dan Syeikh Syu’aib al-Arnaut berkata: Sanadnya sahih mengikut syarat Syaikhan (Bukhari Muslim).

[3] Hadis ini disebut oleh al-Qazwaini dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi

[4] Disebut oleh al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (232) dan diriwayatkan daripada Ali RA semisal dengannya dengan lafaz yang banyak, dan diriwayatkan oleh Abd Razzaq dalam al-Musannif (9118), al-Azraqi dalam Akhbar Mekah (40/2), Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq (1/468) dan selainnya. Dan lihat dalam Ahwal al-Kubur oleh Ibn Rajab hlm (118) daripada banyak riwayat. Dan dikeluarkan oleh Ibn Asakir dalam Tarikhnya (2/344-345) daripada jalur Ibn Abi Dunya secara mauquf kepada Sa’id Bin Musayyib.

[5] Lihat Tafsir al-Qurtubi hlm 190

[6] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[7] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[8] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[9] Lihat Ibn Qutaibah dalam Gharib al-Hadis 1/357, dan dinukilkan juga oleh Yakut al-Hamawi dalam Mu’jam al-Buldan 2/321. Lihat juga dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi hlm (64)

[10] Lihat Ibn Qayyim dalam al-Ruh hlm 277. Ibn Rajab dalam al-Ahwal hlm 118, al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur 236-237 dan al-Qazwaini dalam Aja’ib al-Buldan daripadanya dinukilkan oleh al-‘Aidrusi sebagaimana disebut dalam al-Nur al-Safir hlm 64.

[11] Ini dikeluarkan oleh Ibn Mandah sebagaimana dihikayatkan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh hlm 277dan al-Suyuti hlm 237.

[12] lihat al-Zahabi dalam al-Siyar 20/456.

[13] Lihat kitab Ta’bir al-Ru’ya oleh Ibn Qutaibah.

[14] Lihat Gharib al-Hadis 1/357.

[15] Hadis ini hampir sama diriwayatkan oleh al-Tabarani dengan sanad yang hasan.

[16] Riwayat Muslim (2556) dan Abu Daud (45)




 AMUKANMELAYU - Semuga Allah memberi pencerahan ke atas perkara ini. HUKUM - Bila kita tidak bersenjata, kita akan menghukum dengan lidah dan jika kita bersenjata penulis berpendapat tidak mustahil kita akan berbunuhan hanya kerana KHILAF dan berselisih pendapat kerana hendak kepada KEMENANGAN.

Saturday, 19 April 2014

KAFIR YANG MATI ISLAM YANG BERGADUH


Karpal Singh pencabar langkah mayat dia jika nak tegak Negara Islam Malaysia sudah mati pagi tadi! Alhamdulillah!



3:185
Transliteration
Kullu nafsin tha-iqatu almawt iwa-innama tuwaffawna ojoorakum yawma alqiyamatifaman zuhziha AAani annari waodkhilaaljannata faqad faza wama alhayatu addunyailla mataAAu alghuroor
Malay
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

 

Juzuk : 10Surah : AT-TAUBAHNo. Surah : 9Ayat : 84
Profil Surah : RqrMainM new
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligrafi
Ayat
Surah
Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).
   
   
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Nor do thou ever pray for any of them that dies, nor stand at his grave for they rejected Allah and His Messenger, and died in a state of perverse rebellion.



Karpal Singh yang merupakan penghalang utama penguatkuasaan Syariat Allah di muka bumi tanahair kita ini yakni Semenanjung Tanah Melayu telah mati didalam keadaan yang ngeri pagi tadi didalam kecelakaan jalanraya!

Mayat mendiang Karpal Singh di tuntut ahli keluarga nya di Rumah Mayat Hospital Kampar. Perak. 


KJ vs ZUL KULIM 



PANAS! PANAS! Berikutan tamparan hebat daripada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Zulkifili Nordin terhadap kematian mendiang bekas Pengerusi DAP, beliau tanpil untuk memberi kenyataan balas kepada Khairy Jamaluddin (KJ) di laman sosialnya, twitter. Kenyataan beliau seperti berikut (bawah) :

Wah! Makin panas dan berbisa. Zul menyindir Mendiang Karpal, KJ pun menengking Zul Kulim macam Koboi. Cuma tengking KJ  "SHUT UP" hanya dalam alam maya twitter sahaja.

Zulkifli Noordin Dihentam Kerana Politikkan Kematian Karpal Singh


Kuala Lumpur: “ Shut up (Diam). Really Shut up (Benar Diam),” bidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin.

Khairy dalam satu komen di akaun Twitter milik Zulkifli, @zulkiflinoordin dilihat mengecam tindakan yang dilakukan oleh naib presiden Perkasa itu.

Zulkifli dalam kenyataannya di Twitter telah memuat naik satu status yang dilihat tidak menghormati dan cuba mempolitikkan isu hudud dengan pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Bekas Ahli Parlimen, Kulim-Bandar Baharu, Kedah itu berkata, “dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!”

Selaran Khairy itu dilihat memberi tamparan hebat kepada Zulkifli apabila ramai pengikut (Follower) turut meninggalkan komen yang sama di Twitter beliau.




Kok yer pun tak payah lah cakap kasar dengan orang yang lebih tua darinya.

Zul dah 52 usianya dan Kj belum pun 40, berbahasa lah sikit, kan bahasa mencerminkan bangsa, mencerminkan keperibadian seseorangm mencerminkan budaya dan ketamadunan sesuatu kaum, so apa salahnya kalau sama-sama berkias-kiasan, kan cantik.

Bagaimanapun kiasan Zul pada Kj cukup sinis dan mengguris perasaan.

Zul membahasakan Kj sebagai menantu Pak Lah, politik kepala lutut dan jangan jadi Anwar kedua.

Paling menarik ialah "jangan jadi Anwar kedua" hanya Zul sahaja yang masak dengan Anwar dan tahu rahsia Pak Lah dan Kj.

Sewaktu Pak Lah jadi PM, perkara yang pokok dilakukannya ialah membebaskan Anwar dan menggugurkan tuduhan terhadap Anwar, Kj pula memainkan peranan yang agak besar juga kerana sanggup hantar passport kepada pak mentua tak jadi iaitu Anwar Ibrahim. Kawan-kawan KJ di London dulu tahu alkisahnya.

Hari ini ramai pemerhati politik nampak KJ mampu menjadi Anwar kedua tetapi dalam senario berbeza.  Ciri-cirinya semakin terselak dan terungkap.

Sekian, teruskan berkias-kiasan...ramai dok perati.....

Zulkifli Noordin belasah Khairy pula... Anwar juga yang jadi mangsa..


Selepas Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta Datuk Zulkifli Noordin untuk diam dari terus mencemuh kematian Karpal Singh, hari ini bekas naib presiden Perkasa itu menyelar Menteri Belia dan Sukan berkenaan.

Zulkifli berkata beliau mengasihani kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan meminta Khairy agar tidak cepat melatah.

"Kepada menantu Pak Lah: Tolong jangan menjadi ahli politik yang mudah melatah! Kita tidak perlukan Anwar lagi dalam negara ini! Ok yop?



"Teman sebenarnya malas nak layan menantu Pak Lah ni kerana mengasihani Najib! Jadi teman akan jawab hanya sekali sahaja yop supaya mika smua boleh tidur lena," katanya melalui akaun Twitter @zulkiflinoordin hari ini.

Semalam dalam reaksi kematian Karpal akibat kemalangan jalan raya, Zulkifli melihatnya sebagai bantuan Allah untuk memudahkan usaha kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hudud.

"Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!" katanya melalui laman Twitter.

Berasa kurang senang dengan kenyataan Zulkifli, Khairy meminta berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"@zulkiflinoordin Shut up. Really, shut up," katanya di Twitter.

Khairy menyelar Zulkifli yang menggunakan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dipanggil Pak Lah sebagai pendekatan untuk menyerangnya.

"@zulkiflinoordin jika lain kali ada sesuatu yang ingin diperkatakan, hanya nyatakan nama saya @khairykj. Jadi anak jantan,"




  

Raja Publisiti @Khairykj Pemalu Orangnya, RM237 Billion Wang Petronas Tu Patut Juga Rasa Malu !

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini membidas bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin susulan kenyataan tidak sensitifnya berhubung kematian pemimpin DAP Karpal Singh.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, "Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia dan orang Islam.

"Saya malu dengan individu ini dan saya malu beliau bertanding bagi Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas dan kita tidak harus meletakkan beliau sebagai calon lagi," katanya selepas melancarkan Forum 'Women@Work', di sini.

Bersungguhnya Ketua Pemuda Umno ni seolah-olah Zulkifli Nordin telah melakukan dosa besar yang tidak boleh diampunkan selain disumbat kedalam neraka.  Difahamkan perkara yang dianggap dosa besar tak boleh diampunkan itu adalah apabila ZN berkata:
"Dalam keadaan kemelut kerajaan Pas Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya"

Kata-kata itulah menyebabkan KJ malu untuk mengaku ZN sebagai umat, maklumlah KJ ni seorang yang sempurna lagi hadhari, kenyataan sebegitu pun dianggap sebagai 'sedemikian rupa' sehingga menyelar tanpa batas mengalahkan selaran pemimpin pembangkang.

Keghairahan KJ meraih publisiti hadhari seperti ini jelas menunjukkan sikapnya yang sebenar, sikap yang sanggup menghancurkan sesiapa saja asalkan ia tampak sebagai juara, ini sangat membahayakan...., naiknya dengan memburukkan orang lain, walhal yang dianggap buruk itu tidaklah sepadan dengan kenyataan balasnya yang tersangat biadap sekaligus mengaibkan seorang yang sedikit sebanyak berjuang untuk UmnoBN.

Selaran yang dibuat KJ itu sangat tidak wajar terhadap rakan sendiri, mungkin selaran itu sesuai dibuat kepada musuh, tapi bukan pada mereka yang bebas dan mesra UmnoBN seperti ZN.

Namun semua itu KJ tak peduli asalkan ia tampak juara dan hebat dimata mereka yang buta, orang lain nak mampus lantaklah janji dia boleh hidup, itulah 'lifestyle' KJ yang sebenarnya, dan 'lifestyle' seperti itu tidak akan bertahan lama, bukan 'hero' nak berlakon jadi 'hero' lambat laun pasti akan terima akibatnya.

Hal itu dapat dilihat sepertimana yang telah berlaku kepada kerajaan pimpinan mentuanya bersama gerombolan di tingkat 4, hadhari awalnya seolah-olah 'Mr Clean' menarik perhatian rakyat sehingga PRU 11 BN dibawah pimpinan hadhari menang besar dan berjaya menawan 198 kerusi parlimen dan 452 kerusi DUN, apapun setelah rakyat sedar lakonan 'Mr Clean' indah khabar dari rupa, pada PRU 12 BN tewas teruk dan hanya mampu mempertahankan 140 kerusi parlimen serta 307 kerusi DUN sehingga beberapa buah negeri jatuh ketangan pembangkang.

Berbalik kepada KJ yang gila meraih publisiti, KJ amat bijak memanfaatkan peluang dengan isu-isu popular yang menjadi tumpuan rakyat, KJ akan cuba sedaya upaya membuat kenyataan yang boleh menampakkannya sebagai 'hero' yang bersifat menawan hati rakyat khasnya penyokong pembangkang biarpun kenyataan itu boleh memberikan imej yang tidak baik kepada kerajaan BN ataupun bersifat biadap terhadap orang lain.

Pelbagai isu yang telah dimanfaatkan oleh KJ, antaranya isu keahlian baru didalam Umno, PTPTN, kenaikkan harga minyak dan tarif elektrik, FAM, budak sekolah makan rumput, raja bomoh penampar buaya,  dsbnya. Daripada isu-isu itu kesemuanya 0, tidak ada apa yang berubah, sekadar keluarkan kenyataan untuk populariti semata-mata.

Dalam kenaikkan harga minyak yang kononnya KJ membantah, sedangkan zaman bapak mentuanya jadi PM harga minyak sampai RM 2.70 seliter pun takder pula nak membantah.

Dalam ke'poyo'an KJ ini semoga ramai yang akan membuka mata, perhatikan apa saja isu yang timbul pasti KJ akan keluarkan kenyataan bersifat hero, tapi disebalik kenyataan beliau itu semuanya 'zero', Contohnya KJ sound supaya raja bomoh KLIA ditangkap, tapi raja bomoh masih kekal bermaharajalela.

Setakat nak sound raih publisiti baik tak payah, buang masa jer, buat malu status Menteri dan KP UMNO Malaysia jer, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan KJ, hanya sembang jer lebih, cakap pandailah!!! sama macam sifunya Anwar Ibrahim.

Kesimpulan dari itu, dalam kita bersangka baik, semoga dengan penyelaran KJ terhadap ZN itu berbaloi dan mampu meningkatkan lagi majoriti dalam PRK Bukit Gulugor nanti.

Apapun kepada KJ, jika dengan kenyataan ZN itu beliau merasakan malu, ketahuilah bahawa rakyat Malaysia khasnya ahli dan penyokong UMNO lebih merasa malu apabila Umno mempunyai KP seperti anda dan PM seperti bapa mertua anda, kerana sebagaimana yang pernah ditanya oleh Rafizi secara live kepada anda dan turut didedahkan oleh Tun M,  semasa anda menjadi penasihat kepada PM yaitu bapak mertua anda (2003-2009), sehingga hari ini masih belum dijelaskan apa yang anda dan bapa mertua anda buat dengan wang sebanyak RM237 BILLION yang diambil dari Petronas.

RM237 BILLION ni bukan setakat malu saja, penampar buaya pun patut, kalau rasa hero sangat bolehkah KJ jelaskan apa yang telah dibuat oleh beliau dan mertuanya dengan RM237 BILLION wang Petronas yang diambil itu (2003-2009) ?

Namun jika angka RM237 BILLION itu tidak wujud atau dengan kata lain ianya FITNAH semata-mata, mohon KJ failkan SAMAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Kalau Pengerusi BMB pun ada terima habuannya, elok benarlah tolong KJ untuk perjelaskan!!!


Awek Singapore Kata KJ Penakut Sebab Serang Zul Noordin...

 

 




AMUKANMELAYU - Siapa yang meninggal ni?