,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 31 December 2014

DO'A LAKNAT ADALAH DOSA PEMIMPIN YANG DI KEMBALI KEPADA YANG MENDOAKANNYA



OLAK LEMPIT - RABU 31hb. Disember 2014, bermula dari tahun 2008 hingga sekarang, keadaan politik Malaysia sentiasa tegang dan panas. Orang Islamelayu jika di perhatikan telah berpecah kepada 5 kumpulan....ini belum lagi termasuk dengan pecahan dalam PEMBAWAKAN KUMPULAN UGAMA.......tapi rasanya masih jauh lagi dari 73 Gulungan.

Dikala negara orang bergolak dengan Perang dan pemberontakan.....kita masih relex di KFC, di kala orang kelaparan...kita masih relex dengan percutian hujung minggu....tika negara orang di hujani dengan roket dan mortar.....kita masih lagi bersantai sambil mencoreng muka membuat tunjuk perasaan di Dataran Merdeka dan berguling-guling di jalan raya.....


Dan dikala orang tinggal di bawah jambatan dan didalam kotak-kotak kertas di bawah pokok dan solat tidak dapat di jalankan dalam sempurna, kita masih malas nak tinggalkan masjid yang berhawa dingin dan karpet yang lembut dan tebal. Dan dikala banyak negara Islam berdoa semoga beroleh keamanan dan kedamaian, kita seakan malu mahu meminta pada Allah...kerana yang tak di minta pun di beri Allah....BERSYKURLAH....

Berdoalah....doa adalah senjata mukmin. tapi bagaimana adat berdoa? Banyak hadis mengatakan tentang doa dan seingat penulis, doa orang yang terinaya ini akan di makbul Allah. Tapi adakah kita terinaya dan siapa yang menginaya kita?

Dalam POLITIK Malaysia yang berserabut ini, PAS merasakan mereka adalah gulungan yang terinaya. Adakah PAS terinaya? Dan bagaimana pula DOA yang di baca adalah untuk MEMUSNAHKAN sesama ISLAM? Sedangkan mengikut hadis di bawah ini Rasullullah melarang mendoakan perkara yang buruk walau pun kepada Yahudi?

Hari ini jelas diperlihatkan Allah pada kita betapa hebatnya kuasa DO'A. Sering di do'akan musnahlah mereka itu...musnahlah si polan itu....pecahlah peruyt si polan itu....dan hampir keseluruhannya kita telah memutuskan persaudaraan dan persahabatan hanya dengan TITLE ULAMAK....kita menghukum semua orang yang tidak sealiran dengan kita. Jika di perhalusi SEBENARNYA KITA MEMILIK PASKAN ISLAM itu.....Islam HAK MUTLAK PAS...Islam menjadi milik PAS dan pusatnya adalah KELANTAN.......

Adakah PAS telah menjaga ISLAM itu dengan sempurna. Dimana mereka menyimpannya. Kuasa Allah telah menzahirkan apa yang kita minta dan do'akan. Jika di perhatikan, Allah telah memutuskan KELANTAN dengan air dan banjir.....Jalan yang memasuki Kelantan telah di runtuhkan oleh Allah....dan dari kawasan rendah telah di utuskan air untuk memutuskannya..... apakah kita masih tidak insaf lagi?

TELAH LAMA KITA MEUTUSKAN SILATULRAHIM SESAMA SAUDARA KERANA PERBEDAAN POLITIK SEDANGKAN DALAM MASA YANG SAMA KITA MENGHULURKAN PERSAHABATAN PADA MEREKA YANG MEMUSUHI KITA.  AKI BUKAN ORANG YANG ALIM, TAPI AKU BERFIKIR......KENAPA ALLAH MEMUTUSKAN SEMUA PERHUBUNGAN DENGAN KELANTAN? RAKYATNYA TIDAK BERDOSA, TAPI BAGAIMANA DENGAN PEMIMPINYA? ULAMAK TIDAK SEMESTINYA BENAR BELAKA......INGAT PESANAN RASULULLAH.....KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAGI KAMU BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAHKU........Bukan maksud Aki untuk kita menentang ULAMAK....tapi ULAMAK bukan begini SIFATnya.......maafkan Aki....


TERKINI… Maklumat yang diterima menurut sumber polis Kota Bharu beberapa laluan darat telah ditutup kepada kenderaan adalah seperti berikut : –

Jalan Perhubungan Utama Yang Ditutup :-

1) Jln Kuala Lumpur-Gua Musang ke Merapoh, Kuala Lipis (KM50,KM90,KM96) ditutup kepada semua kenderaan.
2) Gua Musang ke Loging KM 40 berhampiran R&R Pos Blau ditutup kepada semua kenderaan
3) Gua Musang ke Jeli ( Jelawang/Dabong, K/Krai) ditutup kepada semua kenderaan
4) Jln Machang ke Kuala Krai (Sg. Durian)
5) Jeli ke Grik di KM 60.6 Banjaran Titiwangsa ditutup kepada semua kenderaan.
6) Kota Bharu ke PCB di Penambang berhadapan Aminah Songket ditutup kepada semua kenderaan.
Pada dasarnya, jalan darat untuk keluar dari Kelantan sudah terputus dan hanya jalan udara atau melalui Thailand sahaja laluan yang masih ada.


Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
(Hadis Riwayat  Abu Daud)

Doa Hancur UMNO

DOA YANG DIBACA OLEH NIK RAZI NIK MAT :

يا الله فرمودهكنله فرجالنن كامي كفتراجاي , حكومكنله UMNO-BN , حكومكنله UMNO-BN, حكومكنله UMNO-BN , دالم فيليهنراي (عموم ) ك-13 اين , كظاليمن UMNO-BN , كفد اكامامو , كفد همبامو , كفد نكري كامي اين .
يا الله اغكو مغرتي تنتغ حال كامي , كامي همبا – همبامو داتغ جاءوه دان دكت بركومفول دمالم يغ بركت اين .
يا الله امفوني دوسا كامي , دوسا كدوا ايبو باف كامي . يا الله قواتكن ايمان كامي , فرموروهكن رزقي كامي – امانكنله رومهتغك , نكري دان نكارا كامي .
جرملغكنله انق – انق كامي , انق – انق كامي اداله امانه دريمو . يا الله بريله مريك برجاي ددنيا دان داخيرة ننتي , بريله مريك برجاي انتوق منولوغ سنة نبيمو محمد صلي الله عليه وسلم .
يا الله حكومكنله UMNO, يا الله حكومكنله UMNO-BN, دالم فيليهنراي (عموم ) ك -13 اين يا الله . موده – مودهن فرجالنن كامي كفترا جاي يا الله اكن موده دغن فرتولوغنمو يا الله .
كالو كامو فرنه تغكلمكن فرعون كدالم لاوت .. يا الله كامو تله رانفكن نمرود , بكيتوجوك ابو لهب . مك سوغكوه مودهث كامو انتوق منجهنمكن , دالم فيليهنراي (عموم ) ك -13 .
تيدق لارت كامي هندق مليهت انق كامي دغن سواسان تيدق سلامت كلوار رومه دغن راكوت ,روكول ,بونه ,باكر , جينجغ مأنسي .
يا الله هابيسله نكارا كامي اين دجوال اوله UMNO , هنجور UMNO دان تومبغ BN
Di dalam Stadium inilah DO'A LAKNAT di baca dan di aminkan

AZHAR IDRUS - "DOA LAKNAT MEMAKAN DIRI"





Rasulullah SAW larang kutuk mengutuk sesama Muslim

Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)

Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
(Hadis Riwayat  Abu Daud)

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya  ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)”
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”

Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak  ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW  melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.

(Sumber: Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya)


ULASAN DARI MURSYIDUL AM PAS DAN TGHH LEBIH KEPADA MENUTUP PEKONG:

 Pondok Pengajian Quran Di Bawah Seliaan PAS ini Terbakar?.......

Mursyidul Am Pas ,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata “Tindakan mereka mendoakan Umno dan BN hancur adalah kerana BN menolak Islam”.

Beliau mendakwa tindakan BN menolak Islam itu berkaitan dengan soal akidah dan secara jelas menunjukkan parti itu mempermainkan agama . Menteri Besar Kelantan itu memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu kerana tidak mematuhi perintahNya.

“Bila Umno tolak Islam apa taraf islam ? Takkan nak biar ? Tak salah doa macam itu kerana dalam Al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai pengikut dan harta yang banyak.

“Akhirnya Nabi Nuh berdoa supaya tuhan memusnahkan orang itu kerana sekiranya tak dimusnahkan nanti,bila orang itu beranak maka anaknya melawannya,jadi jangan tinggalkan seorang pun “ Katanya pada siding media selepas muktamar Tahunan PAS ke – 58 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (Putik) disini,semalam.
Sebenarnya rakyat sudah JELAK dengan KEPIMPINAN Melayu sekarang ini

Beliau diminta mengulas mengenai doa agar ALLAH menjahanamkan Umno dan BN yang dipimpin bacaan oleh adiknya ,Nik Razi Nik Mat semasa perhimpunan di Stadium Sultan Muhammad IV , Jumaat lalu. Nik Aziz turut menolak dakwaan bahawa orang Melayu murtad disebabkan paderi Kristian.
Menurutnya, sekiranya seseorang itu menolak islam atau seeorang itu jahil maka ia boleh jadi murtad. Ditanya samaada beliau menganggap Umno murtad kerana memperlekehkan Islam,Nik Abdul Aziz berkata soal murtad tidak kira siapa .
“Sekiranya seseorang Islam itu menolak agamanya, maka dia murtad ,”katanya.
ulasan dari Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Semantara itu,Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata , doa menghapuskan Umno dan Barisan Nasional (BN) dibuat pada Himpunan Kebangkitan Umat Jumaat lalu akan dimakbulkan Tuhan kerana ia rakyat teraniaya. Katanya dalam al-Quran doa orang dizalimi,walaupun orang itu bukan Islam diterima tuhan.

“Doa hapuskan Umno danBN boleh dibuat dalam keadaan rakyat tertindas.Orang yang ditindas boleh berdoa terhadap orang zalim,malah Nabi SAW sebut doa (Orang) yang kena zalim tiada didinding, diterima tuhan walaupun ia seorang kafir,”Katanya .
  
Darul Quran di Rusila terbakar
Beliau mengingatkan balasan tuhan bukan sekarang,boleh jadi memakan masa dan mereka yang zalim akan terima padahnya pada masa akan dating. Beliau berkata,doa minta menghapuskan Umno dan BN itu tidak perlu diselitkan dengan doa untuk umat Islam yang menjadi mangsa keganasan ditempat lain.

Doa pada malam itu katanya masih boleh ditujukan untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin yang ditindas rejim Israel kerana doa tersebut merangkumi rakyat yang dizalimi .

“Kita selalu (doa) dah dalam khutubah. Dalam doa itu sudah diumumkan untuk menangkan mereka yang dizalimi, jadi termasuklah Palestin”.Katanya pada satu sidang Media suatu ketika dulu.

Nik Aziz Menangis Mohon Maaf Kepada Rakyat Kelantan

Saturday, April 5, 2014 Nik Aziz dilaporkan telah meminta maaf semasa menyampaikan kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka ......



Sinar

Nik Aziz menangis mohon maaf kepada rakyat Kelantan






Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat memohon maaf kepada rakyat Kelantan ketika menyampaikan kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka, Kelantan, pagi tadi. Gambar daripada Facebook Nik Aziz.Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat memohon maaf kepada rakyat Kelantan ketika menyampaikan kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka, Kelantan, pagi tadi. Gambar daripada Facebook Nik Aziz.Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil bergenang air mata pagi ini memohon maaf di atas segala kesilapan yang beliau lakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini.
Nik Aziz memohon maaf itu ketika beliau menyampaikan kuliah subuhnya di Masjid Pulau Melaka yang terletak di sebelah rumahnya.
Bahkan, Nik Aziz mengaitkan sakit yang beliau alami sekarang adalah kifaarat (balasan untuk membersihkan dosa) daripada dosa dilakukan selama memimpin Kelantan.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. Ni sakit saya mungkin Allah nak kifaarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," kata bekas menteri besar Kelantan yang paling lama memimpin negeri itu pagi tadi. Lazimnya, Nik Aziz akan membelakangkan makmum ketika memberikan tazkirah Subuh di masjid, tetapi pagi ini beliau mengadap Jemaah yang memenuhi Masjid Pulau Melaka.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini pernah mengkritik Nik Aziz kerana menyampaikan  tazkirah sembil membelakangkan orang yang mendengar tazkirahnya.
Nik Aziz tidak menyambung tugasnya sebagai menteri besar Kelantan selepas menduduki kerusi itu selama lima penggal mulai 1990 hingga 2013.
Beliau adalah MB Kelantan paling lama memerintah iaitu selama 23 tahun.
Beliau digantikan oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakub. Namun sejak Nik Aziz tidak memimpin Kelantan, kepimpinan negeri itu agak kecoh apabila berlaku kritikan dalaman terhadap kepimpinannya dari dalam PAS dan Pakatan Rakyat sendiri.
Sejak tidak menjadi MB, kesihatan Nik Aziz semakin teruk dengan kerap berulang-alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia, yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Beliau mengalami masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menampung urinnya.
Bagaimanapun, semangatnya tidak pernah luntur dan sentiasa memberikan sokongan moral kepada partinya dan Pakatan Rakyat.
Jika sihat, Nik Aziz akan ke pejabatnya di Kota Darul Naim iaitu Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) yang ditubuhkan oleh pentadbiran Kelantan yang baru.
Institut itu ditubuhkan bertujuan memastikan pemikiran Nik Aziz terus dapat dimanfaatkan walaupun beliau bukan menteri besar lagi.
Malam tadi Nik Aziz tidak menyertai majlis himpunan Reformasi 2.0 di Kota Baru yang turut disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak sihat. – 29 Mac, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-menangis-mohon-maaf-kepada-rakyat-kelantan#sthash.ucbwCWc2.dpuf


Dr.Mahfodz berkta “Kandungan doa memohon kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan arahan daripada pihak tertinggi Pas sebaliknya ia adalah kehendak Nik Razi Nik Mat sendiri ,yang juga adik kepada Mursyidul Am Pas ,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Perkara itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Johor , Datuk Mahfodz Mohamed yang mengakui Nik Razi hanya diarahkan untuk menjadi imam bagi solat hajat yang berlangsung sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhammad IV ,Kota Bharu , malam kelmarin . Beliau yang turut sama pada solat hajat itu berkata , dalam doa Nik Razi memohon kehancuran parti dan bukannya memohon supaya ALLAH menurunkan bala atau menghancurkan pemimpin atau ahli umno dan BN .

“Pada saya, doa Nik Razi itu berdasarkan situasi di Kelantan, yang cukup menerima tekanan hebat dari Umno dan BN seperti royalty, namun berbeza doanya bagi solat Hajat yang diadakan di Kedah .
Itu hak dia (Nik Razi) untuk memohon doa , dan sebagai makmum ketika solat hajat berkenaan saya hanya mengaminkannya,” Katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mahfodz berkata , doa bagi solat hajat sempena ceramah PAS yang akan berlangsung di Sri Gading Batu Pahat pada 1 Disember depan adalah berbeza dan ia disifatkan lebih lembut sedikit berbanding doa yang diketuai Nik Razi.

“Nik Razi mendoakan kehancuran Umno dan BN jika parti itu hancur ,saya yakin sokongan orang Melayu akan beralih kepada PAS.Secara peribadi saya turut mendoakan orang –orang Umno dan BN diberikan petunjuk untuk menyokong PAS,”.katanya . (Sinar Harian keluaran Isnin 19 November 2012 ) - by





SN198 - “KITA DOA SAMPAI PECAH PERUT...”


Rabu, 09 Disember 2009 21:34
SN Keluaran 11 Disember 2009

alt

“KITA DOA SAMPAI PECAH PERUT...”

[SN198] Sejak kebelakangan ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah diserang dengan begitu hebat oleh UMNO. Salah satunya adalah isu ‘doa laknat’ yang beliau tujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ini adalah ekoran keengganan Najib memberikan wang royalti minyak kepada Kelantan. Nik Aziz melahirkan keyakinannya bahawa Allah akan memakbulkan doa orang dizalimi dalam hal ini. Pelbagai komen dari pelbagai pihak diberikan terhadap isu ini yang mana seperti biasa menunjukkan fanatisme terhadap pemimpin masing-masing. Walaupun diserang bertubi-tubi, Menteri Besar Kelantan ini sepertimana biasa tetap kental dengan pendiriannya, malah dalam ceramah terbarunya di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, beliau sekali lagi turut melafazkan doa khusus kepada Najib yang berbunyi, “Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan). Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya. Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat” [harakahdaily 06/12/09].

1 - Di Batang Kali - November 25th, 2012

Oleh: dukeofmontecristo (November 25th, 2012)
er.jpg-746693



Masih lagi terngiang-ngiang di gegendang telinga suara-suara sumbang sekelompok umat yang mengaku Islam sedang mendoakan kehancuran sekumpulan lagi jemaah Islam hanya kerana mereka berbeda fahaman politik.





Saya tidak pasti apa mahu PAS melalui doa tersebut. Namun apa yang saya pasti ialah tindakan PAS itu telah mengundang kesan buruk yang amat sangat kepada rakyat negara ini, khususnya di kalangan umat Islam.



Pada Jumaat lalu misalnya majoriti jemaah di sebuah masjid di Batang Kali telah menurunkan tangan dari menadah doa ketika khatib masjid itu menutup khutbah dengan doa meminta kehancuran UMNO dan BN selepas mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Selangor.


Malah ada yang marah dan tersinggung dengan kebiadapan khatib di masjid itu, ada di kalangan jemaah yang keluar dari masjid dan kemudiaannya membuat laporan polis bersama jemaah lain selepas kejadian tersebut.

Yang menyedihkan, apabila salah seorang anak qariah tersebut bertanya kepada khatib itu tentang rasional dia berdoa sedemikian, khatib itu menengking dan melemparkan caci maki kepadanya, serta cuba mencari sesuatu untuk memukul anak qariah tersebut.
Nah! Inilah salah satu kesan buruk hasil dari tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan PAS yang berakhlak “syaitan” dan berlaku seolah-olah mereka sajalah yang beragama Islam di negara ini dan memurtadkan saudara seagama yang lain hanya kerana tidak menyokong pergerakan politik mereka.


2 - Masjid Al- Falah Ulu Yam Bharu, Kuala Kubu Bharu - Friday, November 23, 2012


Hari ini 23 Nov 12 bertempat d masjid al- falah ulu yam bharu, kuala kubu Bharu bacaan doa yg di bacakan pd penghujung khutbah jumaat imam di masjid tsebut mengandungi doa hancurkan kerajaan BN.

Di antara intipati doa beliau adalh spt brikut,

" Ya Allah hancurkan kerajaan yang penuh kezaliman tumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya yang akan datang turunkan bala dan kehancuran pada kerajaan yang zalim ini".

Berikutan doa tersebut Mohamad seorang jemaah telah bertanyakan kepada imam tsebut kenapa membaca doa tsebut dan telah blaku sedikit ptengkaran mulut di antara mereka.

Insiden ini telah bjaya dleraikan oleh jemaah yg hadir . laporan polis sedang di buat di balai polis ulu yam baru. di fahamkan beberapa laporan polis lg akan dbuat .

Hancur beb....hancur islam dilacurkan oleh Pas. Tengoklah kalau tak percaya, esok lusa, minggu depan atau bulan depan akan bertambah-tambahlah doa seperti itu. Semuanya kerana ulama-ulama Pas dah beri lampu hijau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

 

3 - Di Stadium Sultan Muhammad - Date : 16/11/2012 @ 8.00 pm


  

Date : 16/11/2012 @ 8.00 pm
Solat Hajat di imamkan oleh abang kepada Nik Aziz. Isi doa beliau berbunyi "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!...." Ini lah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuat nya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan disebelah pembangkang dan juga disebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut. Ramai juga kenalan media yang memulanya mengaminkan doa tersebut menurunkan tangan sebagia tanda 'protest' apabila terdengar jeritan imam meng-KO kan UMNO / BN... Mungkin ini adat budaya Melayu / Islam sebelah Pantai Timor, saya perlu belajar lagi untuk memahami mereka...

"Ya Allah Engkau tentukan lah apa yang terbaik untuk negara ku yang tercinta ini supaya kami dapat beribadah dalam keadaan tenang dan lengkap sempurna segalanya"


ENTAH kitab mana yang dirujuk, entah ayat al-Quran mana yang dipetik dan entah hadis mana yang diambil apabila Pas sewenang-wenangnya menganjurkan majlis bagi mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional(BN).

Malang sekali biar pun dianggotai oleh ratusan ulama dan sentiasa menguar-uarkan ulama adalah teras kepimpinan parti itu, namun demi kemaruk kuasa dan mahu menawan Putrajaya, perbuatan yang bertentangan dengan Islam 'dihalalkan' oleh Pas.

Kita memahami antara Pas dan UMNO sememangnya mempunyai ideologi politik berbeza tetapi dari segi Islam mereka tetap bersaudara, mengadap kiblat yang sama dan menyembah Allah yang satu.

Namun bagi Pas, itu semua bukanlah perhitungan utama, yang penting ialah merebut kekuasaan politik dengan apa cara sekali pun termasuk mendoakan insan seagama hancur.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, perkara seumpama itu sudah menyisihkan pandangan ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurutnya, sudah menjadi tuntutan ulama mendoakan perkara kebaikan walaupun kepada musuh.

“Seorang Imam bernama Ahmad bin Hanbal telah ditangkap dan didera kerana enggan menukar pendiriannya, lalu ditanya apakah doanya terhadap orang menzalimi diri beliau dan dia menjawab, ‘jika ada doa paling mustajab, aku doakan kebaikan terhadap diri mereka.

“Perkara itu menjadi pegangan ulama sehingga ke hari ini. Mendoakan kebaikan kepada pemimpin memberi kebaikan kepada rakyat, mendoakan keburukan kepada pemimpin memberi keburukan dan kesan negatif terhadap rakyat,” katanya.

Rumah Adik Nik Aziz terbakar secara misteri setelah doa "KO UMNO" berkumandang di stadium

4 - Di PRK Pengkalan Kubor - Doa laknat Nik Aziz

Sekali lagi Nik Aziz mengutuk sesama umat Islam kerana ideology politik yang berbeda. Di usia emas sebegini sedih bila Nik Aziz maseh tak dapat hidayah.
Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)
Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
Rujukan seterusnya di Larangan Rasulullah SAW
Tapi bagi Nik Aziz perkara ini dipandang enteng . Telah berapa banyak ulama menegur Nik Aziz. Teguran-teguran Ikhlas ini di pandang dingin oleh Nik Aziz dan di SINISINISINI
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mengetuai bacaan doa bersama ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memohon kepada Allah agar memotong lidah dan membutakan mata Umno jika parti itu enggan berubah daripada cara tidak Islamiknya.
Mursyidul Am PAS itu memberitahu orang ramai yang hadir pada ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Umno dan PAS tidak dapat bertentang mata kerana parti yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan.
"Kepada orang ni, kita doa Tuhan buka hati dia, kesal buat benda-benda begini, sokong kedaulatan Islam," kata bekas menteri besar Kelantan itu di akhir ucapannya.
Atau Tuhan lipat balik (hatinya), biar Tuhan kerat lidah supaya tak leh kecek perkara tak sebenar, butakan mata dia supaya tak nampak apa-apa kecuali nampak bulan je Insya Allah."
Nik Aziz mengulangi perkataan itu dalam bahasa Arab secara perlahan-lahan dan diaminkan oleh para hadirin.  Rujuk di SINI

PAS dan Umno tidak perlu bergabung untuk pulihkan Kelantan...Inilah Dikatakan POLITIK....Berpecahan sentiasa menguntungkan Orang Politik....mereka sememang Tidak Mahu Bersatu.........

Mereka tidak ada langsung rasa bersalah dan berdosa. Dalam hidup mereka adalah KUASA dan ANGKA. Percayalah.....HUDUD yang di dendangkan adalah nyanyian rindu pada mereka selagi rakyat boleh di gula-gulakan......

SHAH ALAM: PAS Kelantan dan Umno Kelantan tidak perlu bergabung semata-mata untuk membangunkan kembali Kelantan yang ditimpa musibah banjir, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Sebaliknya PAS mahukan sumbangan RM3 bilion daripada syarikat petroleum nasional, Petronas untuk memulihkan negeri itu.

"Alasan seperti itu (PAS Kelantan dan Umno Kelantan bergabung) terlalu rapuh.

"Petronas sumbang RM3 bilion pada kerajaan negeri melalui satu tabung khas, Kelantan boleh dibangunkan semula," kata ADUN Salor dipetik sebuah portal.

Cadangan bergabung itu pada awalnya disuarakan pemilik akbar Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub. Husamuddin yang merupakan seorang anak Kelantan berkata, pemulihan semula Kelantan memerlukan dana berbilion ringgit. Beliau juga melihat krisis itu akan mengambil masa selama dua tahun untuk diuruskan.

"Kita adakan moratorium, gencatan politik. Kalau bekerjasama saja tak jadi, mesti akan bergaduh juga.

"Sekarang Umno Kelantan dan PAS Kelantan harus bergabung dalam satu kerajaan campuran untuk pulihkan kembali negeri.

"Tidak ada jalan lain lagi," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

JANJI ALLAH ITU BENAR BELAKA............Hampir semua apa yang di doakan untuk KEBURUKAN kepada UMNO, kini ALLAH telah TERBALIKKAN kepada PAS.

Tapi Allah menurunkan pada Kelantan Sultan yang baik dan BERIMAN

Menyusup keluar dr istana, mmbntu rakyat tnpa mmprkenalkn diri. Moga Tuanku mnjd cth pd sultan dan bakal2 sultan. Allahhu Akbar!

Bila hamba berlagak hamba, Raja akan sayang kepadanya.
TETAPI
Bila seorang RAJA berlagak hamba, ALLAH akan sayang kepadanya.

TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V

PERKEMBANGAN MUKTAAKHIR INI, NEGARA PADA AMNYA, DAN NEGERI KELANTAN KHASNYA TELAH DITIMPA MUSIBAH BANJIR YANG AGAK LUAR BIASA. BANJIR YANG MENIMPA RAKYAT BETA ADALAH SEBAHAGIAN DARI QADA DAN TAQDIR ALLAH. HAL INI HARUS DI YAKINI DAN DI IMANI.

ATAS DASAR KEIMANAN, MUSIBAH PERLU DITERIMA DENGAN PENUH BERLAPANG DADA, BERSABAR BERTAWWAKAL KEPADA ALLAH YANG MAHA KUASA.
EKORAN MUSIBAH BANJIR YANG MELANDA INI RAKYAT BETA, BERHADAPAN DENGAN KETAKUTAN, KELAPARAN, KERUSAKAN HARTA BENDA, KEMATIAN, DAN KEKURANGAN HASIL MAHSUL.

BETA BERHARAP RAKYAT DAPAT MENGHADAPI MUSIBAH INI DENGAN BANYAK BERFIKIR DAN BERZIKIR KE HADRAT ALLAH.
 
BETA MERAKAMKAN UCAPAN TAZKIAH KEPADA MANGSA BANJIR. BETA AMAT DUKACITA DAN BERKONGSI RASA SIMPATI ATAS KERUSAKAN HARTA BENDA, KEHILANGAN NYAWA, RASA KETAKUTAN DAN GUNDAH GULANA.

BETA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JABATAN DAN AGENSI NEGERI, PERSEKUTUAN, PIHAK NGO, SWASTA, INDIVIDU, SELURUH MASYARAKAT YANG TELAH BERSATU HATI DALAM USAHA MEMBANTU, MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR.

KEPADA SEMUA AHLI MASYARAKAT, HARUS BERSIKAP PEKA DAN SENSITIF TERHADAP MUSIBAH INI. JANGANLAH ADA DIKALANGAN AHLI MASYARAKAT YANG TIDAK SENSITIF, INGIN MENANGGUK DI AIR KERUH, DENGAN MENYEBARKAN BERITA-BERITA YANG MENAMBAHKAN KEKERUHAN DAN KEKUSUTAN DALAM MASYARAKAT. UJIAN SEBEGINI RUPA, BUKAN MASA UNTUK MANA-MANA PIHAK MENUNDING JARI, MENELANJANG, MENYALAHKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU.

BETA BERHARAP KEPADA SELURUH ALIM ULAMA, DAN MASYARAKAT TERUS BERDOA, MENGADAKAN SEMBAHYANG HAJAT DIMASJID DAN SURAU AGAR UJIAN DAN MUSIBAH INI TIDAK BERTAMBAH BURUK, MALAH SEGERA PULIH.

MARILAH KITA SEGERA MENEROPONG DIRI, MOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH, SERTA MEMPERBAIKI LANGKAH-LANGKAH KITA, YANG MUNGKIN TELAH BANYAK MEMBUAT KESILAPAN.
 
MARILAH KITA MENGHULURKAN TANGAN PERSAHABATAN DENGAN ALAM SEKITAR. MARILAH KITA SAMA-SAMA SEDAR BAHAWA SEGALA MACAM MUSIBAH BENCANA DAN MALAPETAKA YANG TERJADI SEMUA ITU AKIBAT DARI OLAHAN TANGAN-TANGAN KITA.

SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI KITA SEMUA DAN MENJADIKAN MUSIBAH INI DENGAN KEBAIKAN YANG BANYAK.




AMUKANMELAYU - Sudah sampai masanya kita sebagai PENGUNDI berfikir secara waras dan berilmu.....masuk syurga bukan macam masuk kerja......Ulamak Pewaris Nabi jika selagi dia TAUHID pada Allah tapi Ulamak bukan maksum dan mereka juga akan di hisab di hadapan Allah dan mereka tidak dapat membantu kita melainkan hanyalah RASULLULLAH yang membawa SAFAAT untuk kita......

Tuesday 30 December 2014

BANJIR BANYAK MENZAHIRKAN KEPIMPINAN YANG TIDAK DI PERLUKAN


Dr Azril : Jika Pemimpin PR Boleh Berselfie Dalam Banjir, Tiada Keperluan Isytihar Darurat

AIDCNews – 30/12/14 – “Jika pemimpin-pemimpin tertinggi PAS boleh berselfie dalam air banjir, saya tak nampak keperluan darurat di situ. Noktah!,” kata Dr Aznil Hisham.

Beliau berkata demikian ketika menjawab gesaan Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia, (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia yang mahu pengistiharan darurat di kawasan-kawasan yang dilanda banjir :

DARURAT : DR AZNIL HISHAM MENJAWAB PERSOALAN JUHAM
JUHAM berhujah dgn menegaskan keperluan DARURAT atas faktor berikut:
1) Mana-mana pelanggan insurans sebenarnya perlu mengambil polisi tuntutan yang melibatkan bencana banjir terlebih dahulu sekiranya mereka ingin membuat tuntutan yang serupa. Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, tuntutan yang melibatkan bencana banjir adalah langsung tidak relevan.
2) Sekiranya ada di kalangan mangsa banjir mempunyai polisi perlindungan akibat bencana banjir tersebut sekalipun, mereka masih boleh membuat tuntutan tersebut kerana bencana banjir yang menimpa mereka adalah SEBELUM pengisytiharan darurat.
3) Kerajaan Persekutuan pernah mengisytiharkan darurat bencana ini beberapa kali sebelum ini, tetapi kenapa tidak sekarang? Sebagai contoh, darurat disebabkan jerebu pernah diumumkan di Kuching pada 1997, Pelabuhan Klang pada 2005 dan Muar serta Ledang pada 2013.
4) Ironinya, tv9 melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O pada pagi Sabtu turut menerima panggilan telefon secara langsung daripada mangsa banjir yang terperangkap di bukit-bukau dan mengesahkan mereka tidak menerima bantuan tatkala bekalan makanan sudah kehabisan.
5) Setelah pengisytiharan darurat bencana ini dibuat, maka keseluruhan aset Kerajaan Persekutuan akan digunakan sepenuhnya. Maka, apakah alasan untuk tidak menggunakan keseluruhan aset Kerajaan termasuk kelengkapan tentera darat, tentera udara mahupun tentera laut bagi menyelamatkan nyawa rakyat sendiri? Rakyat tidak mahukan panggilan retorik politik ketika ini. Cukuplah dengan panggilan agar nyawa mereka diselamatkan didengari.
—–
‪#‎JAWAPAN‬ :
1) Sekiranya 10 000 org yg terlibat banjir, hanya 1000 org shj yg ambil premium banjir, anda tidak boleh nafikan HAK 1000 pemegang insuran. Banjir pantai timur berlaku setiap tahun, sy tak rasa mereka tidak belajar dengan pengajaran yg lepas.
2) Berapa peratus keyakinan anda bahawa tuntutan di lakukan bagi sebelum darurat boleh diperolehi? Jika 99% anda yakin, bermakna ada 1% peluang utk tidak memperolehi tuntutan. Bagaimana anda ingin buktikan kepada pihak insuran bahawa kerosakan itu sebelum darurat di Isytiharkan? Bagaimana pula kerosakkan berlaku selepas darurat yg mana jika darurat di umumkan maka ini bermakna keadaan tidak terkawak & lebih banyak kerosakkn akan terjadi. – Sila Jawab.
3) Tak semua kondusi memerlukan darurat. Darurat Jerebu lebih bersifat isolated. Ianya tidak melibatkan pihak ketiga. Berbanding dgn banjir, ianya melihat byk pihak. Utk pengetahuan JUHAM, tak semua demam memerlukan antibiotik. (^_^))
4) Ironinya, jika pemanggil boleh menelefon talian sesak TV9, bermakna dia juga boleh menghubungi pihak yg sepatutny. Ironinya juga, bagaimana pemanggil boleh menyimpan no telefon TV9 sedangkan no telefon bantuan banjir tiada. Walhal, banjir berlaku setiap tahun. O_0??
5) Ini yg paling lucu. Katakan kelengkapan kini (sebelum darurat) adalah 100 org tentera dan 5 buah helikopter. Selepas darurat maka 10 000 org tentera dan seluruh asset ketenteraan di kerahkan. Jika berbekal 100 org & 5 Helikopter pun sukar utk mendarat utk memberi bantuan, adakah dgn 10 000 org dan 100 biji helikopter membolehkan mereka memdarat di kawasan operasi?
—–
‪#‎KESIMPULAN‬
Jika pemimpin2 tertinggi PAS boleh berselfie dalam air banjir, saya tak nampak keperluan darurat di situ. Noktah!
Mohon Nurul Mohamed Yusoff dapat kiranya panjangkan jawapan ini kepada NOORAZMIR ZAKARIA (PENGARAH JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA, PEMUDA PAS MALAYSIA).


AMUKANMELAYU - Allah menzahirkan pada kita TARAF WAKIL RAKYAT dan PEMIMPIN yang kita pilih......

DAP ADALAH PELAMPAU POLITIK


DAP Tuntut Autonomi Pulau Pinang

Lim Sian See – Zairil Khir Johari telah menulis dalam Roketkini dan berkata kerajaan negeri perlu diberi lebih autonomi dan memetik contoh spesifik di Pulau Pinang.

Ini bermakna beliau mahu kerajaan Persekutuan memberi lebih banyak dana kepada kerajaan Pulau Pinang dan membenarkan kerajaan Pulau Pinang mempunyai suara lebih besar dalam kutipan cukai, potongan cukai pendapatan dan duti dari negeri mereka sendiri. Beliau menulis bahawa;

 “Dalam konteks ini, adalah menakjubkan bahawa Pulau Pinang dapat mencapai kejayaan selama ini meskipun dihalang oleh struktur yang sangat terpusat ini.

“Bagi negeri yang menyumbang separuh daripada eksport elektrik dan elektronik Malaysia, satu pertiga daripada eksport pembuatan, dua pertiga daripada hasil pelancongan perubatan dan hampir satu persepuluh daripada KDNK negara, adalah satu skandal besar bahawa kerajaan negeri yang dipilih secara demokrasi hanya mampu membelanjakan kurang daripada setengah peratus (0.05 peratus) daripada belanjawan negara.”

Wahai Zairil, pencapaian yang indah itu telah dijayakan sebelumnya oleh kerajaan Gerakan-BN di bawah sistem yang sama, sistem yang kita ada sekarang! Hanya kerana kerajaan anda gagal untuk memperbaikinya, anda mahu lebih banyak wang? Biar saya mengingatkan anda bahawa pentadbiran kerajaan negeri anda gagal mengawal perbelanjaan negeri yang meningkat 300%, daripada RM270m pada tahun 2007 kepada RM831m pada tahun 2013 manakala pendapatan operasi biasa negeri kerajaan anda tidak berubah.

Ini kerana kerajaan Pulau Pinang semakin kekurangan tanah untuk dijual kerana semua tanah telah dijual atau diniagakan lebih daripada RM10 bilion sejak tahun 2008?

Berikut adalah ‘senarai jualan tanah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008
Ini kerana pelaburan ke Pulau Pinang telah menurun secara drastik pada tahun-tahun kebelakangan ini dan Ketua menteri, Lim Guan Eng anda kini menyalahkan Kerajaan Persekutuan bukannya diri sendiri kerana tidak dapat melakukan kerja yang lebih baik untuk menarik pelaburan?

Ini kerana anda tahu bahawa wang mudah untuk kerajaan Pulau Pinang akan kehabisan tidak lama lagi (pegangan tanah negeri jatuh dari 18% kepada 6% sejak 2008) dan oleh itu anda meminta lebih banyak wang? Berapa bilion lagi kerajaan Pulau Pinang mahu ?

Adakah anda tidak tahu bahawa Kerajaan Persekutuan telah banyak memberi dana dan membantu Pulau Pinang ? Bayaran untuk menaik taraf lapangan terbang anda 2 tahun yang lalu, yang dibayar untuk menaik taraf pelabuhan anda? Bayaran untuk projek-projek peningkatan Bukit Bendera (di mana anda mensia-siakan sebahagian daripada wang itu dengan membina tempat letak kereta kancil yang gagal)?

Ini semua adalah pembiayaan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan juga melakukan ‘bailed out’ 96% daripada hutang kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun 2011 dengan membeli aset-aset air negeri – fakta yang anda kemudian dakwa sebagai keajaiban Guan eng membantu Pulau Pinang menjadi bebas hutang.

Dalam usaha untuk menjustifikasikan mengapa Pulau Pinang perlu diberi lebih autonomi, Zairil memberi lebih sebab mengarut termasuk “Persekutuan yang paling terpusat dan pertumbuhan yang tidak seimbang di antara negeri-negeri”

Di sini beliau memberi contoh Amerika Syarikat, India dan Jerman untuk mengatakan bahawa negeri-negeri di negara-negara tersebut telah menikmati lebih autonomi berbanding dengan Malaysia. Sudah tentu berjaya dipraktikkan di negara-negara itu sebab ‘negeri-negeri mereka mempunyai penduduk yang ramai! Malah beberapa mega-bandar mereka mempunyai penduduk lebih daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Itulah sebabnya ia lebih berkesan dan logik jika negeri-negeri kurang berpusat.

Adakah anda menjangkakan Perlis yang mempunyai penduduk seramai 240,000 orang perlu mempunyai pasukan polis mereka sendiri dan mampu membayar jumlah yang diperlukan untuk memajukan negeri mereka? Jangan bersikap bodoh di sini lah Zairil dan membandingkan negara Malaysia yang kecil dengan negara mega-besar India.

Dan sebab mengapa negara kita lebih berpusat adalah kerana negara kita kecil dan dengan itu akan membenarkan Kerajaan Persekutuan mengagihkan sumber untuk membolehkan negeri yang lebih kaya membantu negeri yang miskin supaya negara kita mempunyai pembangunan yang lebih seimbang.
Jangan beritahu saya di negara-negara yang tidak berpusat dalam contoh-contoh anda namakan seperti Amerika Syarikat bahawa negeri Alaska mempunyai kekayaan yang sama rata dengan California atau Kansas adalah sekaya negeri New York ?

Negeri-negeri itu mempunyai pertumbuhan tidak seimbang yang terlalu besar dan ia tiada kaitan dengan model tidak berpusat atau berpusat.

Zairil juga menyatakan” Lebih teruk lagi apabila kita mempertimbangkan nasib negeri-negeri yang kaya dengan sumber asli seperti Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Negeri-negeri ini telah dinafikan pembangunan yang setimpal dengan wilayah-wilayah lain dan kini mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi di negara, walaupun menjadi antara penyumbang terbesar hasil negara melalui pengeluaran minyak dan gas.

Jika itu berlaku, maka Pulau Pinang tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa subsidi gas atau lebih dana pembangunan atau subsidi tol yang dibiayai oleh negeri-negeri Malaysia Timur. Dan untuk maklumat anda, Zairil, Sarawak menunjukkan prestasi yang amat baik dan mempunyai lebihan belanjawan tahunan sebanyak RM2b kepada RM4b, rizab negeri sebanyak RM24 bilion dan hutang sifar. Malah, mereka lebih kaya daripada Kerajaan Persekutuan pada hutang-bersih asas per kapita.

Mereka tidak memerlukan bantuan anda dan mereka telah lakukan dengan baik di bawah sistem sekarang.
Dengan apa yang Zairil Khir Johari (tanpa “Bin”) menulis, saya boleh rumuskan dengan tiga kesimpulan kemungkinan apa yang beliau mahu:

1) Beliau mahu Pulau Pinang menjadi sebuah negara yang berasingan atau sesuatu kawasan pentadbiran khas seperti Hong Kong. (peluang besar, sila minta kebenaran daripada DYMM Sultan Kedah sama ada baginda bersetuju)

2) Beliau mahu Sabah dan Sarawak juga mempunyai autonomi (ini adalah hasutan terlampau dan sensitif pada masa ini dan Zairil perlu segera disiasat) dan menyalakan api untuk pilihanraya negeri Sarawak akan datang – dengan harapan dapat menghasut kemarahan dan kebencian terhadap Kerajaan Persekutuan
atau lebih mudah ..

3) Kerajaan Pulau Pinang merosot teruk dan kehabisan wang (dan tanah untuk dijual bagi mendapatkan lebih banyak wang) dan dengan itu mereka memerlukan lebih banyak wang dari Kerajaan Persekutuan atau negeri mereka akan bankrap (Guan Eng kata, bukan saya kata).

Jika itu berlaku, anda hanya mengaku secara terbuka bahawa anda tidak berguna dan tidak cekap menguruskan Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan mungkin boleh mempertimbangkan permintaan tersebut.


AMUKANMELAYU - Mereka bukan RAKYAT MAKATSIA, mereka adalah pendatang yang di beri IC.

Friday 26 December 2014

AWANG.....AIR BAH 1969



AWANG.....AIR BAH 1969

Baung....baung....
Oooooo.....Ooooooo.....Ooooooo

Awang Jaeh di Bukit Sake
Awang Mizie di Bukit Perah
Awang Zenung di Bukit Kekabu
Awang Lio di Bukit Berapit
Di Laung berkali-kali....
Di sahut Awang di keliling kampung

Baung.....baung.....
Oooooo.....Ooooooo.....Ooooooo

Kemarin hujan sidang sedikit
Pokok kering Awang merungut
Dah seminggu Awang tido tak bangkit
Nak buat BEGENO hujan luruh bukan di kait
Hari ni nak menoreh walau pun sedikit

Baung.....baung.....
Oooooo.....Ooooooo.....Ooooooo

Awang Jaeh di Bukit Sake
Gi sorang takdak yang lambe
Tingginya bukit takdak yang lande
Sekerap minggu dah  di longgok
Kene gode kalu nak elok.....

Awang Mizie di Bukit Perah
Taklah jauh sangat dari rumah
Kalu tak motong takut Mak maroh
Hari ni ke kebun tengok hari dah cerah
Mohon pada Allah semua kerja menjadi mudah

Baung.....baung.....
Oooooo.....Ooooooo.....Ooooooo

Awang Zenung di Bukit Kekabu
Bangun pagi mato duk kelabu
Beratur perenggan dengan kebun Abang Abu
Hari ni mulo motong lepas hujan seminggu

Awang Lio di Bukit Berapit
Sakit kaki jalan berjengkit
Kalu tak motong mana nak cari duit
Walau sakit walau perit

Baung.....baung.....
Oooooo.....Ooooooo.....Ooooooo

Dengo laungan sahut menyahut
Tanda hujan gerimis menyebut
Air di sunge tak jadi nak surut
Kalu melimpah tebing tak harus di sebut
Yang di tepi sunge dah mula mengemas boat

Rumah di hulu dah di  tambat rapat
Pokok durian beso tempat di ikat
Bawak barang-barang naik kedarat
Dango di bukit tempat "MEREMPAT"
Awang.....1969 perlu di ingat 
Kato Ayah...."jangan menumpang selagi ado TULANG PAT KERAT"


Bubu dan belat di tahan Awang
Penuh keli, sepat  dan ruan
Tak Awang heran hujan sebulan
Padi di kepuk bekongsi dengan ayam
Beras tak putus ado dalam tempayan
Pada yang takdok di hulur di kesian...

Apo nak hirau bah dan hujan
Sejak azali di jadikan Tuhan
Ado do'a dalam Al-Quran
Wahai bumi telanlah air mu,
Wahai langit berhentilah dari curahan hujan mu.......
Surah Al-Hud ayat 44.


TOK AKI AJI
Olak Lempit
Jumaat 26/12/2014
Didikasi pada seluruh Warga Lenggong

Tuesday 23 December 2014

AWANG.....SG PERAK DAH BAH

AWANG.....SG PERAK DAH BAH

Awang.......
Ayah mengah Awang
Mak pun mengah Awang
Kaki Ayah kenaling Awang
Napas teraso pandak sangat Awang
Air dah sampai di kaki tanggo
Kato demo ini balo
Kato demo malapetako ni Awang....

Kalu beriman ini dugaan Awang
Hujan dah seminggu pagi ke petang
Petang ke malam......
Mano nak gi kalu tak ke sunge Awang
Mano nak gi kalu tak ke lembah Awang
Mano nak gi kalu dah melimpah
Kalu dah lepas tebing kita panggil BAH....Awang.

Awang..... apo nak riso hujan malam
Awang..... umur hujan seusia dengan alam
Awang...... ini hukum alam
Awang...... hujan hok Tuhan
Awang.....hujan tak ikut kata bidalan
Awang.....kalu ayam bulunya lebang
Alamat BAH akan mendatang......

Awang.......jangan duk risau hujan yang panjang
Sampai maso nya berenti la karang.........
Awang.......jangan hujan hang duk meradang
Sampai maso nya hujannya sidang........
Awang......jangan maroh rumah dah tenggelam
Dah surut nanti basuhlah barang-barang
BAH beso dah lama hilang
Nabi Noh selamat kerana dah buat persediaan
Kapalnya BESO dah ado dalam Quran.

Awang......air dah sampai bawah rumah
Halaman rumah dah tak nampak tanah
Barang di bawah Ayah dah pindah keatas rumah
Ayah raso takdok masaalah
Kelik nanti belilah Mc D ayam sebelah
Kalu PIZZA pun ayah tak kesah......


Tok Aki Aji
PENGKALAN PENAMBANG LABIT
Isnin 22/12/214


Wednesday 17 December 2014

35+25 PERASAN BAGUS, KENAPA TAK BENTANGKAN HUDUD?


  60 MELAYU SANGAT BAGUS GAGAL BENTANGKAN HUDUD

GANG 25 

33 pemikir Islam tolak kenyataan 25 tokoh Melayu terkemuka

MEMORANDUM DI DALAM Seramai 33 orang pemikir Islam terdiri daripada ahli akademik dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan pendirian menolak kenyataan dikeluarkan oleh 25 tokoh Melayu terhadap undang-undang dan pentadbiran Islam di Malaysia.

Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kritikan yang dilontarkan 25 tokoh Melayu tersebut tidak banyak membantu dalam menganjurkan perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana terlalu umum untuk diulas.


“Misalnya mereka mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting.

“Perkara ini serius kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimana mereka boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam?,” katanya pada sidang media, Isnin.

Perkara berkenaan disuarakan sebagai mengulas tindakan 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air yang meminta jalan penyelesaian dicari bagi menangani pelbagai pertikaian berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.

BERIKUT KAMI SIARKAN SEPENUHNYA MEMORANDUM TERSEBUT

MEMORANDUM PENDIRIAN PEMIKIR ISLAM TERHADAP PANDANGAN 25 TOKOH MELAYU MENGENAI UNDANG-UNDANG SYARIAH

15 Disember 2014

Kami bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air bahawa jalan penyelesaian perlu dicari bagi menangani “pelbagai pertikaian yang berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.” [The Star, 8 December 2014: Need for a consultative process]

Pertikaian itu berpunca daripada ketegangan yang lahir daripada marginalisasi undang-undang dan pentadbiran Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara Negeri yang mempunyai bidang kuasa yang sangat terbatas. Ia bercanggah dengan hasrat orang Islam, yang merupakan majoriti penduduk, untuk hidup di bawah undang-undang Syariah.

Dalam tinjauan Pew Research Center di seluruh dunia pada 2013, ia mendapati “peratusan besar Muslim di banyak negara mahu undang-undang Islam (syariah) dimaktubkan sebagai undang-undang rasmi di negara mereka tetapi cuma dilaksanakan ke atas penduduk Islam sahaja. 86% penduduk Muslim di Malaysia dan 72% di Indonesia yang ditemubual dalam tinjauan tersebut mahu undang-undang syariah dilaksanakan di negara mereka.

25 tokoh Melayu terkemuka di negara ini memperakui hasil penemuan Pew berkenaan apabila mereka menulis: “Sebagai orang Islam, kami mahu melaksanakan hukum Islam lebih daripada undang-undang sivil, demi memenuhi standard tertinggi kehakiman kerana ia mencerminkan keadilan Tuhan”.

Orang Islam percaya mereka dituntut untuk menjalani kehidupan mengikut ajaran yang ditetapkan oleh syariah; mengamalkan perkara yang baik dan menjauhkan perkara mungkar demi menegakkan keadilan. Lebih seribu tahun sebelum kedatangan kolonialisme Barat, undang-undang Syariah memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Islam dan dalam pentadbiran negeri.

Kolonisasi masyarakat Islam oleh kuasa Barat membawa kepada peminggiran sistem perundangan Islam. Bidang kuasanya terbatas kepada isu-isu perundangan berhubung kekeluargaan dan hal-hal perkahwinan. Ia tidak mempunyai sebarang peranan dalam undang-undang awam, perdagangan, perniagaan, hubungan industri dan aktiviti lain yang penting kepada kehidupan manusia. Oleh itu, sukar bagi perundangan Islam untuk berkembang dalam usaha memenuhi cabaran kemodenan.

Berhubung kesan kolonialisme ke atas perkembangan undang-undang Syariah Islam di negeri-negeri Melayu, pakar pendidik British R.J. Wilkinson menulis: “Tidak diragui Undang-undang Islam akan menjadi undang-undang di Malaya jika undang-undang British tidak campur tangan untuk menghalangnya”

Tidak ada negara yang boleh mengabaikan hasrat sebahagian besar rakyatnya tanpa kesan buruk terhadap kestabilan dan keamanan. Kita perlu mencari jalan untuk memenuhi tuntutan orang Islam terhadap pelaksanaan undang-undang Syariah dalam kerangka kerja perlembagaan yang demokrasi tanpa mencabuli hak-hak golongan rakyat minoriti.

Sehubungan itu, Kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa tertinggi untuk menyemak semula Perlembagaan Persekutuan kita dan menyarankan pindaan untuk memasukkan segala keperluan penduduk Islam serta menegakkan hak-hak golongan minoriti di negara ini. Perlembagaan bukanlah sesuatu yang tidak boleh di ubah. Ia merupakan dokumen kehidupan dan perlu berkembang selaras dengan perubahan yang diinginkan oleh rakyat.

Jawatankuasa berkenaan perlu terdiri daripada pakar-pakar Islam dan bukan Islam mengenai undang-undang Perlembagaan, undang-undang Syariah Islam dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya. Selain menyemak semula Perlembagaan Persekutuan, ia perlu mengetengahkan segala kelemahan yang ketara dalam sistem perundangan Syariah semasa dan mengemukakan saranan untuk menanganinya.

Kritikan yang ditujukan kepada undang-undang dan pentadbiran Islam oleh 25 tokoh Melayu terkemuka itu tidak banyak membantu dalam menganjurkan perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana ia terlalu umum untuk diulas. Misalnya mereka mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia “adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting..” Mereka tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut. 

Dakwaan itu adalah serius kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimanakah mereka boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam?

Kami terharu dengan inisiatif yang ditunjukkan oleh pesara penjawat awam, hakim, diplomat dan kumpulan pejuang hak asasi wanita yang secara terbuka membuat dakwaan mengenai ketidakadilan dan kelemahan dalam undang-undang dan pentadbiran Islam di negara ini. Kami berharap mereka akan menunjukkan keprihatinan yang sama terhadap isu-isu lain yang sama pentingnya seperti jurang yang semakin melebar di antara golongan kaya dan miskin, kemusnahan alam sekitar, kemerosotan nilai-nilai moral dan etika, rasuah, 

penyalahgunaan kuasa dan isu-isu pentadbiran. Negara juga akan mendapat manfaat jika mereka sudi berkongsi pengetahuan, pengalaman, kepakaran dan masa mereka dengan pertubuhan masyarakat sivil demi menggalakkan keadilan, perlindungan alam sekitar dan penyatuan rakyat.

Mohd Azmi Abdul Hamid,
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysian ( MAPIM )

Sohibus Samahah Tan Sri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria,
Mufti Negeri Perak D.R

Sohibus Samahah Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor,
Mufti Negeri Pulau Penang

Dato' Wan Mohamad Dato' Syeikh Aziz,
Mantan Ketua Pengarah Director, JAKIM

Datuk Syeikh Mohd Nor Mansur Al Hafiz,
Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak

Datuk Dr. Hj Awang bin Sariyan,
Ketua Pengarah, DBP

Prof. Dato' Dr. Ir. Wan Ramli bin Wan Daud,
Profesor Kejuruteraan Kimia, UKM

Prof. Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok,
Pofesor Sains Komputer, Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Malaysia

Prof Ismail Mohd,
Profesor Matematik, UniMaP

Prof. Emer. Dr. Shaharir bin Mohammad Zain,
Profesor of Matematik, Mantan Timbalan Nain Canselor UKM

Dato Hj Sulaiman Abdullah,

Mantan Profesor Undang-undang UM

Datin Dr Mehrun Siraj,
Mantan Professor Undang-undang, Mantan Ahli Suruhanjaya SUHAKAM.

Prof Dr. Wan Mokhtar Wan Yusof,
Profesor Mikrobilogi UKM

Prof Dr. Khairuddin Omar,
Professor Sains Komputer UKM

Prof. Dr. Mohamed Aslam bin Mohamed Haneef,
Profesor Ekonomi UIAM

Prof. Dr. Mohd Sahaid Khalil,
Fakulti Kejuruteraan dan Senibina, UKM

Prof. Dr. Husna Azhari,
Fakulti Kejuruteraan dan Senibina, UKM

Prof. Dr . Mohd Nazari Ismail,
Dekan Fakulti Perniagaan dan Akaun, UKM

Prof Dr. Khairudin Omar,
Sains Komputer UKM

Prof Dr. Mohamed Aslam b. Mohamed Haneef,
Economis, UIAM

Prof. Madya Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri b. Salamon,
Pengerusi Penasihat Syariah, Bank Islam

Prof. Madya Dr. Aidil Abd Hamid,
Microbiokemistri UKM

Prof. Madya Dr. Zaini Hamzah,
Saintis Nuklear, UiTM

Prof Madya Dr. Mat Rofa Ismail,
Professor in Etnomatematik, UPM.

Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir,
Pakar Matematik, Felo INSPEM,

Dr. Mohd Roslan Mohd Nor,
Setiausha Agong Persatuan Ulama Malaysia, Timbalan Pengarah (Research & Development), Akademi Pengajian Islam University Malaya,

Dr Halim Muhammady,
Naib Presiden WADAH, Pengarah Perunding Penyelidikan Bairuni, Mantan Ketua Jabatan Pengajian Quran, Fakulti Pengajian Islam UKM,

Hj Ahmad Awang,
Mantan Pengarah Pusat Islam, JPM

Hj Abdul Ghani Samsudin,
Pengerusi SHURA, Mantan Ketua Jabatan Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Dinsman (Shamsuddin Osman),
Presiden PAKSI

Datin Aminah Zakaria,
Pengerusi SALIMAH, Mantan Pengetua Kolej Islam Klang,

Ir Hj Asari Daud,
Mantan Timbalan Pengarah JPS

Ir. Kassim Muhammad,
Mantan Pengarah JPS Negeri Perlis

Sumber :
Agendadaily.com
 
 
 
AMUKANMELAYU - Duk asyik berselisih pendapat.....sampi bila pun HUDUD tak dapat di laksanakan........