,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Showing posts with label Warkah untuk Ibu. Show all posts
Showing posts with label Warkah untuk Ibu. Show all posts

Monday, 8 July 2013

WARKAH UNTUK IBU IV


Tok Aki Aji
Teratak Anjungan Chepor
Lorong Seroja off
Jln Hj Wahab
Kg. Olak Lempit
Banting.....

Ahad 28 Sya'ban 1434

Kehadapan Bonda yang tercinta, yang kini bersemadi di Taman Kerinduan, Tanah Pusara Islam Kg. Chepor Lenggong Perak, semoga di panjatkan Allah dengan rukun dan damai di sisiNya.

Bonda yang di rindui.....,

Semalam Aki ada talifon Mek....dia di Cherok Manok dekat rumah Yak, menoreh katanya.  Posa ni dia nak posa di rumah Aki....tak taulah kat dia betoi ke daknya. Dia juga ada telifon suruh pi ambik dia. Tak tau la....hari ni 28 Sya'aban...rasanya posa hari Selasa kot.

Bonda yang di sayangi....,

Susahnya hati ini Allah saja yang tahu, beberapa hari sudah....pegi Kelantan tapi sebenarnya sampai Trengganu saja ambik Nadia, tapi badan letih sangat....Aki suruh Nadia turun ke Trengganu dari Kelantan. Jadi kami jumpa di Trengganu dan balek bersama-sama ke KL. Dia dah habis kat USM Kubang Krian....la ni nak sambung di UM pulak. Nak buat master. Apit bawa kete macam ribut....Mattin tak ikut....katanya tak larat sangat....sekarang badanya kurus kering di sebabkan siher(santau)....tak tau la mak sapa yang khianat dengan dia.

Sekarang ni duk berubat dengan daru Syifa'. Minggu sudah Wak Sentot datang rumah dan beri tahu ada orang boleh buat ubat dan dia minta jumpa Bob di masjid dan kebetulan Fauzi abang ipar Bob ni kawan Aki. Bapa dialah pandai buat ubat santau ni. Aki dengan Fauzi dan Mattin kerumah bapanya berubat. Ya Allah.....Mak.....kaca yang keluar dari badan dia Tuhan saja yang tahu. Sepanjang hidup Aki, tak pernah Aki tengok kaca keluar dari badan. Sekarang ni sambung perubatan di Darul Syifa'. Nampaknya Alhamdulillah.

Bonda yang di ingati.....,

Iman dan Aisyah semakin membesar, Iman...sangat nakal. Bila pegi pusara Al-Marhum Boy....dia asyik pegang batu nisan Paksunya saja....mungkin dia mengerti.   Maaf Mak belum sempat untuk menziarah pusara Mak dan Ayah. Rasanya pagi ni nak balek Perak, tapi Apit takde...jadi mungkin awal puasa Aki balek tengok Mak.

Bonda.....

Tahun sudah Aki berbuka puasa di masjid....mungkin tahun ini pun sama kalau di izinkan Allah. sejak ketiadaan Mak dan Ayah....Aki cuba menjadi bapa yang baik....hari melihat anak bulan, Lah minta di belikan 2 ekor ayam dan daging. Ayam selalunya Lah buat masak rendang yang selalu Mak buatkan itu dan daging pula dia buat kari. Tahun ni tentu meriah dengan kehadiran Iman dan Aisyah dan Nadia pula ada di rumah.

Makkk................

Semalam tak sempat siapkan bingkisan untuk Mak. Hari ni sambung balek. Tadi pegi subuh di masjid, ingat lepas subuh nak terus pegi market selepas hantar Idayu dan Ika. Tapi awal sangat, jadi Aki balek umah dulu. Dalam dingin pagi selepas fajar Syiddik menghilangkan cahayanya, Aki menjenguk kedalam umah. Lah baru lepas solat subuh. Terdengar tangisan Aisyah yang menanti susu dari Ikin ibunya. Tercari-cari juga Iman....selalunya kalau Aki balek subuh pepagi begini, Iman dah bangun dan menggonggong botol susu sambil "mengusik" Farrah ibunya. Kalu Apit tak outstation dapatlah melihatnya di pagi begini, tapi kalu keluar kawasan...huhhh.....jemu menunggunya seperti mak menunggu Aki suatu ketika dulu. Sekarang dah faham kenape kadang-kadang Mak tak mahu bercakap dengan Aki kalu Aki lama tak balek.....

Makkkk............

Aki ade bela budak Indonesia....Hilal namanya. Rajin sangat, tapi biasalah, budak Indon ni mereka nakkan upah. Minggu sudah dia membuang rumput di bawah pokok longan yang baru di tanam di penjuru rumah Mattin, ni ada lagi pokok durian belanda dan pokok mera yang belum di tanam. Pokok dongkong telah din tanam di dalam kawasan Nadia's Garden. Pokok belimbing buluh dah besar dan banyak buahnya. Pokok inai, serai wangi, keladi, kaduk, sirih, kantan, limau purut, limau nipis, kesum, kunyi, serai makan, cekok dan pokok pandan dah penuh di kawasan Nadia's Garden. Tapi pokok mengkudu mati semasa kemarau tempuhari.

Selalunya petang-petang atau pun hari tak bekerja, dia akan membersihkan kawasan rumah Aki.
Hari ni orang tengok anak bulan. Tak taulah bila posanya, rasanya selasa ke rabu. Ni duk tunggu nak zohor dulu....lepastu baru nak ke Banting beli apa yang patut. Dah tua-tua ni dah tak kalut sangat. Tapi rendang Perak daun kunyit tu tetap Lah akan buat. Nadia sebuk di dapor.....tak tau apa di buatnya. Aki nak mandi ni, Dah pukul 1210 minit.....sat lagi nak pi masjid. Selepas zohor nak ke Banting masukkan cek dan keluarkan duit. 

Makkk.......

Dah dua tahun Aki tak ambik peduli hal di Chepor.....maaf Mak, bukannya Aki benci, tapi Chepor dah rosak masyarakatnya Mak. Maki hamun cerca nista umpat keji dan jadi makanan harian. Aki yang duk di luar ni pun kene tempiasnya. Jadi....Aki buat keputusan tak payahlah di bantu apa-apa lagi. Lagi pun mereka dah senang....mungkin kerana dah senang tu pakat dah lupa asal usul dan tak perlu lagi adek beradek. Ad juga demo tanya kenapa tak balek kampung....Aki jawab, Balek...tapi sampai pusara Mak Aku saja dan Aku tak jalan kemana-mana kalu bermalam pun Aku bermalam di rumah Mek atau Kak Zah atau umah Acu. Selalunya semalam saja. esuk pasti balek Banting.

Makkk......

Terima kasih Ma kerana Aki masih lagi dapat menghantar bingkisan rindu ini untuk Mak. Salam sayang dan rindu dari Aki dan Al-Fathihah untuk Mak dan Ayah semoga roh Mak dan Ayah di cucuri rahmat....aman bersemadi bersama-sama mereka yang beriman.

Assalamualaikum dan jumpa lagi ......rindu serindu rindunya dari Aki untuk Mak dan Ayah.

Tok Aki Aji


Saturday, 24 November 2012

PUASA DAN BUAT BUBUR A'SYURO di 10 MUHARRAM



Tok Aki Aji
Teratak Anjungan Chepor
Lorong Seroja off
Jln Hj Wahab
Kg. Olak Lempit
Banting.....

Sabtu 10 Muharram 1434

Kehadapan Bonda yang tercinta, yang kini bersemadi di Taman Kerinduan, Tanah Pusara Islam Kg. Chepor Lenggong Perak, semoga di panjatkan Allah dengan rukun dan damai di sisiNya.

Bonda yang di rindui.....,

A'sar kelmarin Anakanda ada berbual dengan Wak Muharram bilal di Masjid Nurul Huda OL. Kami berbual dan bercerita hal dulu-dulu.... Anakanda mengatakan dah jemu merantau, hendaknya biar OL menjadi persinggahan terakhir. Anakanda bertanya, sejak anakanda tinggal di OL ni tak pernah setiap 10 Muharram masyarakat disini buat BUBUR A'SYURO?....Wak Muharram terus terdiam....dia merendah menunduk merenung lantai masjid. Kami dua-dua kelu. Katanya....dah lama tak buat, tapi masih ada orang tua-tua yang buat sendirian di rumah. Wak Muharram minta diri untuk Qomat solat a'sar. Perbualan kami terus terhenti.

Bonda yang anakanda sayangi...,

Subuh semalam....Wak Sentot@Ustaz Selamat menarik tangan Anakanda di pintu masjid selepas solat subuh....katanya lama tak berbual dengan anakanda....kami berbual agak panjang. Sama macam Wak Muharram....Anakanda bertanya pada Ustaz Selamat....katanya orang dah tak buat A'syuro. Anakanda terbayang Makam Rasullullah di Madinah.....sayu hati menerjah ke kalbu. Dalam subuh yang dingin di iringi kerimis, Anakanda menyeluk poket dan memberi sedikit wang....Anakanda kata padanya...."Ustaz....ambillah wang ini.....pakatlah dengan adek beradik Ustaz....tolong buatkan A'syuro pada 10 Muharram esuk. Saya tak punya sesiapa disini...kecuali jiran-jiran dan Ustaz.

Anakanda terdengar Ustaz Selamat berkata....."Haji...banyak ni".....Anakanda tidak menoleh lagi. Dengan langkah yang penuh syahdu Anakanda meninggalkan beranda masjid membelah gerimis subuh 9 Muharram meninggalkan Ustaz Selamat dan jemaah yang lain. Dari cermin pandang belakang.....cahaya lampu masjid semakin suran dan samar-samar akhir terus hilang. Sepanjang jalan pulang....anakanda bertanya kepada diri sendiri.....jika Rasullullah masih ada, tentu dia tidak biarkan umatnya jadi begini.

Bonda Yang Di Sayangi,

Semalam pagi anakanda ada menalifon Mek di Kampung.....katanya hujan dan berminggu tak dapat menoreh. Mek ketawa kecil....selalunya kalu ketawa macam tu...Mek tak ade duit. Anakanda kata padanya....nanti berikan no akaun. Anakanda juga bertanya pada Mek...."tak buat a'syuro ke esuk". "Dak eihhhh....dah lamo tak buat....oghang kapong lani buke mace dulu"...Mek membebel panjang. Sekali lagi terjahan sayu menikam lubuk hati anakanda.....

Bonda...,

 Semalam semasa anakanda di meja makan....anakanda berkata pada Lah....."Ayang besuk kita puasa ya....kalu kita puasa esuk, Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun"....Lah hanya mengangguk.

Hari ini.....anakanda bersama pekerja anakanda Ghaffur namanya....berasal dari Jawa Timur...Brobolinggo asal tumpah darahnya, kami ke Banting...anakanda membeli 2 kilo tepung beras, kacang hijau, sedikit gula merah, keledek, pisang awak dan berangan, gula dan 1 kilo santan.....

Tiba dirumah, Lah pula sakit kepala Mak.....tadi juga anakanda belikan 2 kilo daging.... Anakanda terus kedapur....membuka serban dan menukar seluar.....berkain pelikat lebih aman dan senang Mak. Lah dengan pembantu rumah sambilan yang hanya datang sekali sebulan mengupas keledek dan pisang..... anakanda membancuh tepung beras dan terus masukkan kedalam kuali besar.....sambil-sambil itu anakanda tumiskan minyak dalam periuk buat gulai daging dengan kentang.

Bonda....

Kalau ada Mak tentu seronokkan.....macam masa anakanda kecil-kecil dulu-dulu....kita buat a'syuro gotong royong di "menesah" Tok Aji Nali.....ada yang bawa serai....ada yang bawa tepung beras....ada yang bawa kelapa...ada yang bawa kayu api sahaja....dan ada yang membawa bermacam-macam keperlu mengikut kemampuan masing-masing....yang tiada apa-apa pun akan datang juga menyumbang tenaga. Semuanya riuh rendah di samping Tok Dohad atau Pak Su di atas surau mengajar sambil menceritakan kisah Rasullullah Nabi Junjungan mengenai A'SYURO dan kaitannya.

Apabila sudah hampir masak....anakanda dan teman-teman yang lain akan mencari daun pisang atau kelopak batang pisang menunggu di tepi kawah.....pasti ada yang akan sendukkan bubur yang hampir masak itu kedalam bekas yang kami bawa.....adus.....sedapnya Mak....jari telunjuk menjadi mangsa sebagai "penyoleknya"......tapi semua itu tinggal kenangan.

Bonda.....

Bubur a'syuro anakanda dah hampir masak.....dah 3 jam anakanda mengacaunya....tapi semua ini adalah kehedak Allah jua bonda. Bubur melimpah-limpah.....ini belum lagi di masukkan keledek dan pisang. Anakanda mencari periuk....lalu anakanda masukkan separuh dari bubur a'syuro ini kedalamnya. Periuk juga penuh dan dalam kuali besar juga penuh.....Shuib pekerja anakanda yang kebetulan tidak bekerja hari ini datang membantu mengacau a'syuro. Dia juga kehairanan dengan kejadian ini.

Adohyai ya Allah....letihnya bonda......anakanda tidak zohor kat masjid hari ini. Kini semuanya telah siap. Jam sudah hampir 1630 petang......Haffiz cucuanda Bonda dan Iman cucuanda anakanda cicit Bonda sedang sebuk menyendukkan a'syuro kedalam bekas yang di beli tadi untuk disedekahkan kepada jiran-jiran.....biarlah orang tidak mengingatinya lagi....tapi selagi hayat di kandung badan, anakanda akan teruskan amalan ini hingga hujung nyawa kerana Allah.....semoga Allah melimpahi rahmatnya seperti tadi dari satu kuali menjadi dua kuali......hanya Allah yang tahu apa di sebalik semuanya ini.

Bonda yang di sayangi...,

Teringat sangat anakanda kepada kekanda Mahaiddin dan adek-adek....tapi semuanya seakan sudah jauh sebaliknya anakanda rasakan ayahanda dan bonda semakin dekat.....Al-Fatihah untuk Bonda dan ayahanda.

Sekian....jumpa lagi Mak,Ayah dan Boboy anak Pak.

Yang Ikhlas
Tok Aki Aji.

Wednesday, 11 July 2012

BERCUTI DI CAMARON HIGLABD

Tok Aki Aji
Teratak Anjungan Chepor
Lorong Seroja off
Jln Hj Wahab
Kg. Olak Lempit
Banting.....

21 Sya'ban 4033

Kehadapan Bonda yang tercinta, semoga di panjatkan Allah dengan rukun dan damai di sisiNya.

Bonda yang di rindui.....,
Pada hari jumaat sudah, cucuanda Haffiz mengajak bercuti di Cameron Highland.....sampai di sana dah petang kurang lebih jam 1650 ptg....semasa di kaki Gunung, banyak orang asli menjual petai...petai belalang mak.... muda sangat. Aki ada beli 5-6 papan....harganya sepuluh ringgit. Mahal mak....kalu di kepala bendang kita, Aki panjat sendiri jer....siap boleh sedekah lagi. Haffiz beli durian...banyak sangat.

Bonda...,
Rupanya Haffiz telah menyewa sebuah rumah...selesa sangat. Kalu mak ada tentu seronok.... sebelah malam Aki berjalan-jalan di kawasan orang berjualan....banyaknya sayor....Aki borong sakan. Sampai tak larat nak bawa..... tapi semuanya sunyi mak.....kalu dengan mak mesti best....Aki beli jagung....teringat Aki jagung yang mak tanak di hujung kampung.....belum pun tua dah kami petik....mak kata jangan ambil lagi ... jagung baru nak masuk isi....sedang gigi ruan tu....tapi Aki tetap juga mengambilnya untuk adek-adek...

Bonda yang di sayangi...,
Sebelah malamnya sejuk sangat.....sampai cucu Anakanda....cicit bonda ....Qhairul Iman Al-Farriz menggigil dan kebiruan bibirnya.... tapi tak sejuk semacam di huma kita di Hemok....teringat mengutip cili bersama mak.... habis tang Aki kepanasan....dek bahang cili.

Aki mengajak Haffiz melawat ladang kubis dan sayuran yang banyak bertaburan di sini.... seronok tengok mereka bertanam sayuran...mereka memakai topi, tapi mak dulu memakai kain batek yang di lipat di atas kepala atau memakai terendak.... Aki terbayang mak macam tersenyum bila Aki melangkah batas demi batas untuk mencari sayur yang elok dan segar untuk dibawa balik kepada jiran-jiran..... teringat kalu dengan mak....Aki selalu berkejaran di atas batas-batas seperti ini mengejar belalang kuning. Habis di langgar batas yang baru di buat ayah....rengusan ayah yang marak kepada Aki dan adek-adek masih terbayang sehingga kini. Mak tentu tersenyum saja....sambil membetulkan semula batas-batas yang runtuh itu.

Bondaku....,
Pucuk labu yang di beli disini, sama saja dengan labu yang mak tanam....sayur lemak pucuk labu yang mak masakkan tidak sama dengan yang Aki makan di sini. Santannya cair saja....tapi kalu mak yang buat, tentu habis sebiji kelapa santan digunakan....kelapa sudah tentu mak minta ambil di rumah Nyah Jaie....teringat mak bising dan marah sangat kerana Aki lambat kerumah Nyah Jaie mengambil kelapa....sampai terlambat hari tu kita makan tengahari kerana salah Aki.

Bonda.....
Cili disini besar-besar...tapi tak pedas seperti cili burung yang kita kutip dekat dengah rumah Tok Yaakob.. cili burung dekat rumah Tok Yaakob merah dan pedas sangat....kalu mak buat sambal kelapa dan berulamkan daun cekeraung....perhhhhh habis nasi seperiuk. Ayah sampai muncung-muncungkan mulutnya menahan pedas.....dan adek-adek pula berebut gelas sampai tak sempat nak isikan air kedalam labu yang mulutnya telah serpih di makan tikus.....

Air dalam labu dan labu tanah sedap ya mak.....sejuk dan sedap.....suka Aki dengan penutup labu tu yang mak buatkan dari daun sirih.....

Bonda....
Sebentar tadi, Haffiz telah masukan semua barang-barang kedalam kereta....dah macam lori kereta tu.... sayur yang banyak.....Lah semua dah kira, siapa yangnak di berinya....habis satu kampung. Tapi kali ini dah tak seronok macam dulu.....Mattin tak ikut, Syam, Ayu, Ikin, Ika dan Najwa tak ikut.....apa lagi Boboy... Jumaat dua minggu sudah, selepas subuh, Lah ajak Aki menjengah pusaranya....sepi...seperti sepinya hati Aki semenjak mak dan ayah telah kembali kepadanya.....Al-Fatihah.

Sekian....jumpa lagi Mak,Ayah dan Boboy anak Pak.

Yang Ikhlas
Tok Aki Aji.

Thursday, 3 May 2012

KASIH IBU HINGGA HUJUNG NYAWA............

Disini kita bermula....kasih ibu hingga akhir hayat.

Mentari merah di ufuk timur segalah tingginya. Ketika hari minggu hari ini anak-anak masih lagi berselimut di atas katil bertilam spring di bilik berhawa dingin, 45 tahun sudah Aki dan Ibu telah meniti petak-petak sawah. Menghalau burung dan unggas yang memakan padi kami. Tika jiran sebelah rumah bersiap dengan talileher dan memanaskan kereta mewah untuk ke pejabat.....45 tahun sudah Ayah telah siap merandai sungai separas betis untuk ke sawah menebas batas untuk Aki, adek-adek dan Mak mudah untuk ke dangau di seberang parit diatas busut menunggu seharian tika Ayah dan Mak mengerjakan sawah.

Seketika bersama ibu....kasihnya hingga kehujung nyawa...............

Suara ayah selalu memecah kesunyian sawah kami di hujung kampung. Tahun ini banyak sungguh musuh kepada sawah kita kata ayah pada Mak. Kata Mak... petak atas ni kita berkongsi dengan babi dan ciak.... jarang kita dapat menuai hasilnya, mereka juga makhluk Allah. Padi yang menguning menunggu masa untuk menuai....serunai batang padi telah menjadi mainan kami.....ayah pandai memeilih batang padi yang sedikit besar di buatnya serunai kepada kami seorang satu....yang tak tau tiup ... berlenjalah dengan air liur....

 Seketika bersama ibu....kasihnya hingga kehujung nyawa...............

Hari ini sungguh seronok....ibu bentangkan tikar mengkuang di petak tengah. Semalam ayah dah mula menuai di petak ini. Kawasan yang lapang itu ibu bentangkan tikar. Mak ke petak atas dengan "ketaman".....Mak hanya memilih padi yang ditinggalkan sisa oleh burung-burung ciak.
Kebanyakannya hanyalah tinggal jerami sahaja. bagaikan mendukung adek. Aki pun mengetam juga...ikut seperti apa yang Mak buat. jari Aki pedih dengan luka semalam terkena ketaman...sedikit sahaja. Luka Mak kena ketaman lebih banyak lagi....tapi Mak tak merasa sakit pun.

Seketika bersama ibu....kasihnya hingga kehujung nyawa...............

Adek-adek bergomol di atas tikar....sesekali terdengar tangisan adek....ayah menjerit memarahi adek yang besar.....Kopi ayah yang Mak bekalkan di dalam botol cencaluk cap bangau tinggal separuh lagi. Ayah bertenggek di atas tikar.....ayah melepas lelah.....Mak pun sama....sabit padi abang yang pegang.....melihat sabit padi yang bergigi tajam itu....kalau di main adek, mamapu memutuskan jari-jarinya. Adek menangis, cucur pisang dah habis.....Mak "menjemput" cucur pisang yang sedang di kunyah disuap pada adek. Adek diam.....


Seketika bersama ibu....kasihnya hingga kehujung nyawa...............

kaki Abang berdarah di gigitpacat.....Mak kata ....kaki Mak lagi banyak digigit pacat. Mak suruh kami balik kedangau....bayang pokok Jenerih dah tidak mampu lagi melindungi tikar mengkuang Mak. Panas sangat. Kami berlarian di atas batas-batas sawah sambil mendukung adek balik kedangau. Diatas titi di hadapan dangan menjadi papan anjal untuk Aki terjun kedalam parit yang airnya jernih sejernih muka Mak. Mak juga ikut di belakang balik kedangau. Mak kata jom mandi di sungai....ayah nak tangkap ikan.....sekali lagi kami ke batas-batas sawah yang berlumpur itu ke sungai....

Seminggu sudah ada Aki nampak ayah Aki mengerat buluh aur....ayah letakkan buluh-buluh panjang sehasta tu kedalam sungai.....aki tak tau apa gunanya. Rupanya hari ini....ayah menutup kiri dan kanan buluh itu dan di lemparkan ke tebing sungai.....apa lagi....rupanya buluh-buluh yang menjadi masam itu menjadi tempat persembunyian ikan....menggelupurlah anak-anak ikan sebesar ibu jari kaki itu keluar dari buluh di atas pasir......ayah memang pandai....

Seketika bersama ibu....kasihnya hingga kehujung nyawa...............

Adek menagis di sengat ikan keli.....Mak kata...ayah lagi banyak kene sengat keli. Mak ambil getah kemehang dan di sapukan kepada tangan adek.....adek diam. Mak suruh Aki mengutip pucuk paku di tebing sungai...berebut-rebut kami mengutip pucuk paku.....rezeki kami disini.....pucuk paku yang Aki kutip....sama dengan yang Aki beli di Jusco USJ semalam......tapi sedap lagi yang Aki kutip dan Mak masakkan.....muncung mulut ayah menghiup gulai lemak pucuk paku dengan anak seluang di bawah ke hari ini.......

Aki sayang Mak dan Ayah.....Al-Fatihah.