Sejak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap kerugian forex Bank Negara ditubuhkan, kita mungkin dengar nama-nama individu yang disebutkan di dalam media. Antaranya adalah seperti Tun Daim Zainuddin (Bekas Menteri Kewangan), Tan Sri Zeti Aziz (Bekas Gabenor BNM), Datuk Seri Anwar Ibrahim (Bekas Menteri Kewangan), Dr Mahathir dan sebagainya. Kesemua mereka dah dipanggil memberikan keterangan di RCI tersebut.
Tapi dalam banyak-banyak nama itu, ada satu nama yang tak kurang juga hangat diperkatakan. Tokoh tersebut adalah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, bekas Penasihat BNM dan Penasihat Ekonomi Perdana Menteri (Dr. Mahathir). Beberapa hari selepas beliau bagi keterangan di RCI, secara tiba-tiba kita dilaporkan yang Nor Mohamed meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad. Tapi, sebab kenapa beliau letak jawatan masih tak dinyatakan dengan jelas.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop,
Sebelum itu, Dr Mahathir ada memuji Nor Mohamed, dengan menyifatkannya sebagai penyelamat ekonomi negara. Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Zainuddin Maidin pula sejak dulu lagi mengatakan jasa Nor dalam menyelamatkan ekonomi negara ketika krisis 1997/1998 memang satu perkara yang amat dihargai.
Oleh itu, kali ini SOSCILI nak bercerita sedikit mengenai peranan Nor Mohamed Yakcop dalam membantu Malaysia melepaskan diri dari Krisis Ekonomi Asia 1997/1998. Segalanya bermula apabila Nor Mohamed…
Menerima panggilan dari Dr Mahathir yang memintanya datang ke Argentina Pada Mei 1997, Krisis Kewangan Asia mengeluarkan virusnya apabila ia mula menghentam mata wang baht Thailand dan virus itu mula merebak ke negara-negara ASEAN termasuk juga Jepun dan Korea Selatan. Serangan terjadi apabila peniaga mata wang meminjam mata wang asing dengan banyak, tapi dengan nilai faedah yang rendah dari mata wang baht.
Peniaga mata wang antarabangsa yang nak cari keuntungan pula mula sebarkan berita kononnya nilai baht terlalu tinggi dan ekonomi Thailand dah tak boleh diselamatkan. Mereka pun mula jual baht dengan jumlah yang besar sampai nilainya jatuh dari dolar Amerika.
Walaupun ekonomi Malaysia ketika itu dalam kedaan baik, tapi masih ada istilah ‘jangkitan kewangan’ yang kata kalau negara jiran boleh kena, kita mungkin jugak akan kena. Perkara itu terbukti apabila Malaysia juga mendapat tempiasnya. Makanya, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dah menjunam jatuh dari 1,200 mata kepada 600 mata. Nilai ringgit pun merosot sebanyak 50% daripada RM2.50 kepada RM4.10 sedolar.
Antara negara yang kena tempias teruk dalam Krisis Kewangan Asia 1997/1998. Imej dari Wikipedia.
Dalam krisis yang semakin memburuk, Malaysia di bawah pimpinan Dr Mahathir mula memikirkan cara untuk mengatasinya. Apa yang lebih penting, cara penyelesaian itu tak menjadikan negara ini sebagai negara Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
“Saya ingin mengesahkan bahawa apabila krisis ekonomi itu
bermula, saya memerlukan pakar-pakar dalam bidang kewangan dan urusan
mata wang bagi tujuan membantu kerajaan menangani masalah itu. Saya
teringat bahawa pada satu hari, lewat 1997 ataupun awal 1998, saya
pernah ternampak Nor Mohamed di jalan raya semasa saya berada di dalam
kereta.” – Tun Dr Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri. Dipetik dariAstro Awani.
Nor Mohamed ketika menghadiri RCI kerugian forex Bank Negara. Imej dari The Straits Times.
Jadinya, pada 29 September 1997 Nor Mohamed telah mendapat panggilan telefon yang mengatakan Dr Mahathir hendak bertemu dengannya.Dr Mahathir ketika itu dalam rangka lawatan ke Cuba, Chile dan Argentina. Nor diminta untuk pergi berjumpa dengan Dr Mahathir di Buenos Aires, Argentina, mustahak katanya.
Berjumpa dengan Dr Mahathir dan menerangkan segala-segalanya Lepas dapat panggilan tu, Nor Mohamed pun terkejut dan hairan kenapa Dr Mahathir nak jumpa dengannya. Tapi dalam masa sejam selepas mendapat panggilan itu, Nor Mohamed dapat satu lagi panggilan dan kali ini dari seorang pegawai kanan di Kementerian Kewangan.
Pegawai itu nasihatkannya supaya tak pergi ke Argentina, sebabnya pegawai tu rasa yang Dr. Mahathir cuba nak cari nasihat dari pelbagai orang untuk menangani krisis kewangan. Dalam waktu sama, tak berunding dengan Kementerian Kewangan atau Bank Pusat dan ia dianggap boleh membuatkan keadaan bertambah parah.
“Tapi Nor Mohamed menjawab: ‘Bagaimana saya boleh abaikan
apa yang telah diarahkan oleh Perdana Menteri?’ Beliau selepas itu
membuat keputusan mengabaikan nasihat dari Kementerian Kewangan dan
pergi berjumpa dengan Perdana Menteri.” – Dipetik dari buku: Notes to
The Prime Minister.
Berani ke korang buat macam ni, bila dapat call dari Dr Mahathir?
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Zainuddin Maidin ada menceritakan bagaimana, Nor Mohamed pada mulanya agak takut atau segan untuk berjumpa dengan Dr Mahathir secara berseorangan. Kerana itu, beliau cuba mengajak Zainuddin Maidin untuk menemaninya ke Argentina.
“Saya menolak pelawaan Nor kerana saya bimbang nanti
Mahathir terkejut melihat kedatangan saya sedangkan yang dipanggil hanya
Nor dan keduanya saya tidak ada wang untuk tambang penerbangan dan
ketiga saya tidak sanggup untuk menghadapi penerbangan jauh lebih 20
jam.” – Tan Sri Zainuddin Maidin, Tokoh Wartawan Negara. Dipetik dari Zamkata.
Jadinya, Nor Mohmamed pun pergi ke Argentina sorang-sorang dan selepas itu bertemu dengan Dr Mahathir. Dr Mahathir beritahu Nor yang beliau dah bertanya kepada ramai orang tentang punca sebenar krisis kewangan, tapi tak ada seorang pun yang mampu bagi penjelasan yang memuaskan. Jadinya, Dr. Mahathir bertanya kepada Nor apa puncanya yang sebenar.
“Saya bertanya berapa banyak masa beliau ada. Dua jam,
katanya. Saya pun menjelaskan bagaimana pasaran pertukaran asing
berlaku, tentang perlindungan nilai, bagaimana matawang dipinjam dan
dijual, perbezaan ‘tawaran’ dan ‘penawaran’ serta bagaimana dana boleh
dipindahkan di antara negara hanya dengan satu klik. Saya juga menjelaskan bagaimana pasaran ekuiti berlaku dan hubungan
antara pasaran tukaran mata wang asing dan pasaran ekuiti. Dr Mahathir
langsung tidak bercakap, kecuali bertanya satu atau dua soalan, dan
mendengar penuh mendalam.” – Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Bekas Penasihat
Ekonomi Perdana Menteri. Dipetik dari buku Notes to The Prime Minister.
Selepas 2 jam, Dr Mahathir terpaksa memberhentikan pertemuan itu sebab beliau ada majlis makan malam rasmi. Tapi Dr Mahathir bertanya kepada Nor Mohamed, apa rancangannya malam itu, dan Nor Mohamed jawab yang beliau juga dijemput ke majlis yang sama. Dr Mahathir kata:
“Balik ke bilik kamu dan tulis semua yang kamu beritahu
selama dua jam tadi, dan jumpa saya pada jam 7 pagi esok”. – Kata Dr
Mahathir kepada Nor Mohamed Yakcop.
Dr Mahathir dan Timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jadinya, Nor pun balik ke biliknya, tak datang ke majlis dan menulis semuanya, dan ia hanya siap pada kira-kira jam 6 pagi! Sejam selepas itu, Nor pun serahkan laporan itu kepada Dr Mahathir. Pada jam 2 petang, Nor sekali lagi berjumpa dengan Dr Mahathir, kali ni Dr Mahathir kata yang beliau faham apa yang berlaku dalam pasaran kewangan. Jadinya, mereka pun mula berbincang pelbagai kaedah dan cara untuk mengatasi krisis kewangan. Perbincangan itu berlarutan sampailah mereka berdua balik ke Malaysia. Nor Mohamed menghantar sebanyak lebih 60 nota kepada Dr Mahathir sepanjang menghadapi krisis
Disebabkan Dr. Mahathir nak faham dengan betul-betul apa yang dihadapi oleh negara dan nak atasi krisis kewangan. Jadinya, selepas mereka berdua balik ke Malaysia,Nor Mohamed dah bagi banyak nota kepada Dr Mahathir dalam menerangkan bagaimana perdagangan mata wang berjalan, konsep ringgit luar persisir (offshore ringgit), kadar faedah, pasaran saham dan pelbagai isu kewangan dan ekonomi.
Dianggarkan lebih 60 nota dah diberikan kepada Dr Mahathir dari Oktober 1997 hingga Oktober 1998. Disebabkan sedar Dr Mahathir seorang yang sangat sibuk, serta dalam masa yang sama menghadapi masalah ekonomi dan cabaran politik. Jadinya, nota-nota yang ditulis itu adalah pendek, tepat dan ringkas. Kebanyakan nota-nota itu ditulis dalam tiga ke empat muka surat dan ada juga yang sampai ke 19 muka surat.
Antara nota yang diberikan oleh Nor Mohamed kepada Dr Mahathir. Imej dari Notes to The Prime Minister.
Selalunya, Nor Mohamed akan berbincang dengan Dr Mahathir melalui telefon atau kadang-kadang di pejabat Perdana Menteri. Tapi kalau urgent sangat, beliau terus je pergi ke Sri Perdana (kediaman PM). Pada April 1998, Nor Mohamed akhirnya ambil keputusan untuk jadi penasihat ekonomi tak rasmi Dr. Mahathir.
“Saya biasanya memandu ke kediaman Perdana Menteri
sebelum tengah malam dan berikan sampul surat berisi nota kepada
pengawal keselamatan di Sri Perdana, kata Nor Mohamed. Apa yang
mengkagumkan beliau adalah, selalunya selepas waktu subuh Perdana
Menteri akan menelefonnya dan berbincang tentang nota tersebut… Saya
masih tidak pasti sama ada Dr Mahathir membaca nota saya sebelum beliau
masuk tidur atau sebaik sahaja beliau bangun tidur keesokan harinya!”-
Dipetik dari buku Notes to The Prime Minister.
Dr Mahathir juga ada minta Nor Mohamed supaya menyediakan satu kertas kerja tentang macam mana nak tamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura. Bagi Dr Mahathir, antara sebab penting kenapa pasaran saham jatuh adalah disebabkan jualan singkat saham Malaysia di CLOB.
“Saya menyediakan laporan dan Dr Mahathir memahami, buat
pertama kalinya, bagaimana CLOB beroperasi. Laporan itu, yang turut
dilaksanakan pada 1 September 1998, telah menamatkan perdagangan saham
Malaysia di CLOB.” – Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Bekas Penasihat Ekonomi
Perdana Menteri. Dipetik dari Utusan Malaysia.
Nor Mohamed dan Soros dalam satu pertemuan tahun 2006, lama selepas krisis 1997/1998.
Selain itu, Dr. Mahathir juga ada meminta Nor Mohamed meneroka idea mengenakan rejim kawalan pertukaran untuk mengatasi krisis itu. Nor Mohamed telah menyediakan banyak nota mengenai perkara itu dan Dr. Mahathir menelitinya dengan rapi. Sampailah akhirnya Dr. Mahathir yakin dengan konsep dan mekanisme yang dicadangkan.
“Saya perlu menyatakan bahawa langkah-langkah kawalan
pertukaran telah direka sedemikian rupa untuk meminimumkan aspek-aspek
kawalan dan memaksimumkan hasil…Di hampir setiap negara lain yang
mengenakan langkah-langkah kawalan pertukaran dan penambatan matawang,
secara definisinya, banyak kawalan birokrasi dan matawang juga ditambat
pada kadar terlebih nilai.” – Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Bekas
Penasihat Ekonomi Perdana Menteri. Dipetik dari buku Notes to The Prime
Minister.
Bagaimanapun, menurut Nor Mohamed, walaupun penambatan mata wang itu selalu dianggap sebagai penyelamat negara. Langkah itu sebenarnya masih belum cukup untuk mengatasi krisis yang ada. Tapi nampaknya, Malaysia diselamatkan bukan dengan kawalan pertukaran itu sendiri, tetapi juga oleh Dr Mahathir.
“Biar saya jelaskan. Jika mana-mana negara membangun
lain, yang menghadapi krisis sama, memperkenalkan langkah yang kita
perkenalkan pada September 1998, ia mungkin gagal. Langkah-langkah itu
berjaya di Malaysia adalah kerana keupayaan dan watak Dr. Mahathir. …Beliau memastikan ekonomi Malaysia pada asasnya kukuh. Ringgit kukuh
dan stabil. Di belakang kestabilan matawang (pada RM2.50 berbanding
dolar Amerika Syarikat), Malaysia berada pada kedudukan amat baik.” –
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Bekas Penasihat Ekonomi Perdana Menteri.
Dipetik dari buku Notes to The Prime Minister.
Dr Mahathir dan Bill Gates di Pejabat Perdana Menteri Kuala Lumpur. Imej dari Utusan Malaysia.
Dr Mahathir bertanya dengan keras, bila Nor Mohamed bawa beberapa orang professional muda untuk membantunya Pada Oktober 1998, Nor Mohamed menerima panggilan dari Dr Mahathir yang nak berjumpa dengannya segera. Dalam pertemuannya itu, Dr Mahathir kata yang beliau perlukan seseorang yang boleh membangunkan kembali ekonomi negara dan melonjakkan lagi sektor hartanah. Orang yang dipilih itu adalah Nor Mohamed Yakcop.
Makanya, Nor Mohamed balik ke pejabatnya dan terus memulakan Kempen Hartanah Kebangsaan. Beliau juga memanggil pihak bank, syarikat kewangan, pemaju hartanah, pihak berkuasa cukai dan juga Majlis Peguam Malaysia untuk berbincang.
Selepas beberapa kali mesyuarat, akhirnya pemaju hartanah bersetuju mengurangkan harga rumah sebanyak 15 peratus. Pihak bank pula setuju bagi 110 peratus pinjaman (dengan 10 peratus untuk membolehkan pembeli rumah membeli perabot dan kelengkapan rumah).
Banyak artikel pasal rumah-rumah kat area Selangor/KL
yang boleh korang beli dulu, tapi kini rumah PR1MA pun belum tentu boleh beli.
Pihak peguam pula setuju mengurangkan yuran guaman mereka sebanyak 50 peratus. Selain itu, warga asing juga dibenarkan untuk membeli rumah, manakala pembeli yang membeli harta komersil boleh mengubahnya untuk kegunaan lain. Ternyata ia sedikit sebanyak telah membantu perkembangan sektor hartanah yang ketika itu menghadapi krisis.
Selepas itu, Dr Mahathir sekali lagi menggunakan khidmat Nor Mohamed dengan melantiknya sebagai penasihat ekonomi pada tahun 2000 (kali ni secara rasmi). Masa beliau jadi penasihat ekonomi, ekonomi Malaysia dah stabil, tapi korporat Malaysia pula yang masih lagi dalam keadaan lemah dan tak tentu arah. Masalah itu seperti:
Kerugian di Malaysia Airlines (MAS) telah merosakkan pemerolehan saham di syarikat itu.
Renong / United Engineers Malaysia (UEM) seolah-olah tidak mampu menyelesaikan pinjaman korporatnya
Situasi yang dihadapi oleh Malaysian Resources Corporation Berhad
(MRCB), TV3 dan New Straits Times Press (NSTP). Kumpulan MRCB-TV3-NSTP
ini telah dibebani hutang lebih daripada RM4 bilion.
Dan juga khabar angin yang mengatakan Tabung Haji dan KUB Malaysia Bhd telah menghadapi kerugian.
Kejayaan Membaik Pulih Sektor Korporat
Maknanya, Nor Mohamed kena membaik pulihkan sektor korporat negara. Jadi, beliau pun pilih beberapa orang professional muda untuk membantunya. Antara mereka adalah:
Rahman Ahmad (Dato’)
Shahril Ridza Ridzuan (Dato’)
Johan Mahmood Merican
Abdul Wahid Omar (Dato’ Seri)
Mohd Bakke Salleh (Tan Sri)
Azhar Abdul Hamid (Datuk)
Zainol Anwar Jamalullail (Tan Sri)
Syed Tamim Ansari Syed Mohamed (Datuk)
Kini
Shahril Ridza adalah CEO KWSP, Wahid Omar (Pengerusi PNB), Johan
Mahmood (CEO Talent Corp Malaysia) & Mohd Bakke (Presiden Sime
Darby). Imej dari The Malaysian Times,Malay Mail,The Star & Sime
Darby.
Bagaimapun, tindakan Nor Mohamed yang ambil profesional-profesional muda ni dah membuatkan Dr Mahathir terkejut. Sampai membuatkan Dr Mahathir bertanya dengan keras:
“Bagaimana awak boleh melakukan begini?’ dan Nor yang kebingungan bertanya: ‘Apakah yang saya lakukan?’ Mahathir menjawab: ‘Awak telah melantik orang-orang yang sangat muda untuk menjalankan GLC’ dan Nor menjawab: Dato’ mengarahkan
untuk melantik mereka yang cekap, berkerja keras, takut kepada Tuhan
dan merendah diri dan Dato’ tidak menyebutkan langsung mengenai umur.’ Mahathir diam.” – Dipetik dari Zamkata.
Antara profesional-profesional muda yang dipilih oleh Nor Mohamed. Imej dari Zamkata.
“Nor Mohamed menelefonnya. ‘Wahid kamu dah tahu yang kami telah mengambil alih UEM. Saya nak kamu uruskan UEM, sebagai CEO’.
Tapi nampaknya tak ada jawapan dari Wahid. ‘Wahid, kamu di sana?’.
Selepas lama tiada suara: ‘Ya, tapi saya rasa UEM sangat besar untuk
saya’. Tidak, kata Nor Mohamed, awak adalah calon yang sesuai,
percayakan saya’. Wahid akhirnya terima.” – Dipetik dari buku Notes to
The Prime Minister.
Bagi Nor Mohamed, kejayaan kita mengatasi krisis 1997/1998 adalah kerana Dr Mahathir sendiri Selepas menjadi penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri, beliau selalu melakukan pertemuan dengan Dr Mahathir, 6 hari seminggu (dengan sekurang-kurangnya 2 jam sehari). Semua itu adalah untuk meneliti data ekonomi termasuk pertumbuhan pinjaman, eksport, import dan hartanah yang tak terjual.
“Saya masih ingat satu pagi, semasa kami sedang meneliti
angka-angka hartanah, beliau memandang saya dan mengarahkan saya
menganjurkan pameran untuk menghabiskan hartanah yang tidak terjual.
Saya lakukannya, dan hartanah bernilai lebih RM3 bilion telah dijual.” –
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Bekas Penasihat Ekonomi Perdana Menteri.
Dipetik dari buku Notes to The Prime Minister.
Dr Mahathir & Penasihat Ekonominya, Nor Mohamed Yakcop. Imej dari Notes to The Prime Minister.
Menurut Nor Mohamed lagi, tempoh antara 1997-1998 merupakan fasa masa yang buruk, tapi dalam waktu yang sama juga sebenarnya baik. Ini kerana, ketika inilah beliau nampak menyerlahnya sisi terbaik Dr Mahathir.
“Sepanjang tempoh krisis, Perdana Menteri memberi tumpuan
pada usaha mengatasinya. Siang malam, tiada perkara lain difikirkannya.
Beliau membaca segala yang boleh mengenai kewangan; beliau terus
meminta saya menyediakan nota-nota pelbagai isu teknikal. Kadang kala,
walaupun selesema, beliau tetap bekerja. Beliau sedar beliau perlu
memahami isu-isu berkenaan sebelum boleh berusaha mencari penyelesaian.” …Saya cukup mengagumi kebolehan insan hebat ini, nilai moralnya yang
tinggi dan apa paling penting, keikhlasannya. Sudah tentu, seorang
lelaki seperti Mahathir Mohamed tidak dilahirkan setiap hari.” – Tan Sri
Nor Mohamed Yakcop, Bekas Penasihat Ekonomi Perdana Menteri. Dipetik
dari buku Notes to The Prime Minister.
Menurut Johan Mahmood Merican (bekas Pegawai Khas Nor Mohamed), apa yang dia nampak dalam diri Nor Mohamed adalah beliau seorang yang insan yang luar biasa. Beliau juga seorang yang berkebolehan memilih orang yang tepat dalam memajukan kembali ekonomi dan sektor korporat.
“Bagi Mahathir seorang yang telah dianggap bersalah dan
tidak lagi berguna belum tentu tidak berguna kepadanya. Beliau masih
dapat menghargai sudut kekuatan dan kebaikan orang itu.
…Walaupun beliau (Nor Mohamed) telah menyebabkan negara
kerugian lebih 30 billion kerana perdagangan mata wang yang
dikendalikannya tetapi dengan pengalaman pahit inilah Nor Yakcop telah
dapat membantu negara khususnya Tun Dr. Mahathir untuk keluar dari
krisis kewangan 1997 dan 1998 dan menyelamatkan ratusan billion ringgit
dari serangan penyangak mata wang Soros.” – Tan Sri Zainuddin Maidin,
Tokoh Wartawan Negara. Dipetik dari Zamkata.
[Artikel ini banyak merujuk buku – Notes to The Prime Minister: The Untold Story of How Malaysia Beat the Currency Speculators (tulisan Wong Sulong)]
AMUKANMelayu - Bacalah sejarah supaya kamu lebih bijak dan jangan gunakan sejarah untuk memadamkan sejarah....kerana ia tak akan berjaya......
DEKAT nak pilihanraya ni semakin galak Pakatan dan komponennya
mengadakan majlis Fund Raising Dinner atau acara mengumpulkan dana
politik. Dalam menyalak ekonomi negara sedang tenat, rakyat terbeban
dan sebagainya, fund raising dinner yang diadakan Pakatan menjual meja
mencecah puluhan ribu semeja dan anehnya setiap kali, meja yang paling
mahal itulah paling cepat habis dulu.
Nampak macam tak seiring. Dia kempen hari-hari lain (rakyat hidup
merana dan melarat, ekonomi nak melungkup, negara nak bankrap) tapi bab
mengumpul dana ni, jual meja pada harga yang tak masuk akal. Ada pulak
rakyat yang tergamak nak bagi duit banyak-banyak ya – disebalik dakwaan
negara nak bankrap, ekonomi tenat dan sebagainya tu?
Justeru, ini menimbulkan tandatanya, adakah ini benar-benar majlis
makan malam mengumpul dana atau penyamaran sebab nak letak asal usul
kepada wang yang sebenarnya sudah ada?
Lebih tepat, kebimbangannya
majlis macam ini jadi tempat cuci duit.
Maka itu semua pihak berkaitan perlu memeriksa majlis dana Pakatan
terutama yang diadakan Mahathir. 3 dari 4 anaknya diketahui umum kaya
raya, jutawan, billionwan, yang belum trillionwan saja – lagi nak kutip
derma dari orang?
Mana logiknya?
Cakap-cakap di kandang kuda mengatakan, Mahathir ada banyak dana di
luar negara yang tersekat dan salah satu sebab dia memusuhi Datuk Sri
Najib Tun Razak ialah kerana Najib tak mahu meluluskan dana ini untuk
dibawa masuk dan digunakan.
Ada kebimbangan majlis-majlis mengumpul dana ini dijadikan tempat
untuk menjustifikasikan dari mana duit itu datang. Hakikatnya duit
memang dah ada, majlis macam ini hanya untuk mengesahkan asal usul duit
tu saja sebab itu yang meja yang mahal-mahal tu jalan dulu.
Kena jelas, kita bukan menuduh tapi kita mahu siasatan dijalankan
yang mana akhirnya akan membersihkan semua yang terlibat dari sebarang
salah laku seperti yang dibimbangi ramai orang kalau betul duit itu
derma dari rakyat.
Tapi lepas dibuktikan bahawa memang betul sumbangan semua tu datang
dari rakyat, jangan pulak ke hulu ke hilir dakwa rakyat hidup susah dan
melarat ya.
Dr
Mahathir merasakan media arus perdana sudah tidak diterima rakyat dan
serangan menggunakan saluran itu membuatkan rakyat marah.
SEJAK
kebelakangan ini, Perdana Menteri Najib Razak dan jentera Umno
menghabiskan banyak masa untuk memusnahkan dan memadamkan legasi seorang
tokoh. Akan tetapi tokoh itu sedikit pun tidak hairan malahan terus menjadi tajuk utama berita, baik yang positif mahupun negatif.
Beliau sudah menjangka media arus perdana akan memburuk-burukkannya.
Kenyataan Ahmad Zahid Hamidi mengenai keturunannya bagi beliau berpunca
daripada “dendam peribadi.”
“Saya tak peduli. Memang ada orang yang benci saya, dia terus benci. Tapi majoriti saya ingat tak (benci),”
Jika serangan Najib dan sekutunya bertujuan untuk melemahkan semangat
dan menutup mulut lelaki berusia 92 tahun itu, mereka mungkin gagal.
Dr Mahathir cukup bersemangat sepanjang wawancara berjalan dan mengakui sokongan orang ramai “melegakan hatinya.”
“Saya pi mana-mana macam di restoran, di Pavilion (Kuala Lumpur), orang
datang bersalam. Melayu, Cina, India (datang) bersalam. Dia kata terima
kasih. Saya tanya pasal apa terima kasih? Dia kata kerana apa yang
(Tun) sudah buat untuk negara ini.
“Orang ini semua, saya tak
suruh, saya tak bayar duit. Najib kena bayar duit baru orang datang.
Saya tak bayar duit. Orang datang kerana mereka hargai. Itu saja
melegakan hati saya. Orang nak kata yang lain tu, dia katalah,” katanya.
Dr Mahathir menyedari serangan terhadapnya meningkat terutamanya
selepas dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada 14 Julai
lalu. Sesetengah serangan terhadapnya menggambarkan seolah-olah Dr Mahathir langsung tidak berjasa kepada Malaysia.
“Dia boleh kata (saya tak buat apa-apa untuk negara). Itulah yang saya
kata, bukan saya buat (kemudahan pengangkutan awam) tapi pekerja yang
buat. Kalau orang kata saya tak buat apa, boleh katalah,” katanya sinis.
“Dia (media) di bawah kawalan Najib. Saya biasa… masa Pak Lah (Abdullah
Badawi) dulu pun, Utusan hentam saya. Tapi tak teruk macam hari ni. “Lepas tu Pak Lah jatuh naik Najib, mereka (Utusan) merasa bebas dan minta maaf kat saya. “Dia kata kami bukan nak kata macam tu, kami dipaksa. Sekarang ini dipaksa sekali lagi. Lagi teruk daripada itu.”
Selepas “berpisah” dengan Umno, stesen penyiaran berkait kerajaan dan
akhbar arus perdana menyerang skandal kewangan yang dikatakan berlaku
semasa 22 tahun pemerintahnya.
“Tetapi kenyataannya, orang tak
baca dah suratkhabar New StraitsTimes, Utusan Malaysia. TV3 orang maki,
tutup terus… dia pergi ke saluran lain. “Saya tak fikir majoriti
rakyat terima. Dia marah lagi ada, yang marah bila Najib kata kononnya
saya tak buat apa-apa. Dia (Najib) duduk dalam rumah yang saya buat. Dia
kerja dalam pejabat yang saya buat.”
Dr Mahathir bagaimanapun
mengalu-alukan serangan terhadapnya kerana ia “sebahagian daripada
politik” tetapi membandingkan sekurang-kurangnya musuh beliau sebelum
ini mengakui sumbangannya. Bekas perdana menteri itu juga menangkis dakwaan beliau memperalatkan Umno untuk kepentingan peribadinya.
“Kalau saya guna Umno, apa benda tak baik yang saya buat? Sebenarnya,
orang Melayu yang memperalatkan saya,” katanya mengulas dakwaan Zahid
minggu lalu.
MAHATHIR BERSAHABAT BAIK DENGAN TAN SRI LARRY LOW HOCK
PENG BAPA JHO LOW BERI PROJEK KERETAPI KERTEH- KUANTAN DIBIAYAI PETRONAS.
Tahukah anda Sistem Keretapi Kerteh- Kuantan yang telah siap dibina dan beroperasi mulai 01 April 2004 dibiayai oleh Petronas RM800 juta diberi kepada syarikat MWE Holdings Berhad?
MWE Holdings Berhad diasaskan oleh jutawan Pulau Pinang Tan Sri Larry Low Hock Peng ayah Jho Low. Siapa kata Mahathir tidak pernah kenal Tan Sri Larry Low Hock Peng? Sebelum 2003 lagi Mahathir kenyang beri arahan pada Petronas anugerahkan projek kepada MWE milik Larry Low Hock Peng ni.
Landasan keretapi sejauh 77 km itu telah dibina sehingga ke Kuantan Yad bagi tujuan mengangkut barang-barang (hasil daripada pemerosesan minyak) untuk di ekspot ke luar negara melalui Pelabuhan Kuantan yang terletak kira-kira 20 km dari pusat bandar.
Majoriti rakyat Malaysia tidak mengetahui bahawa sebenarnya, PETRONAS memang sudah pun membina satu rangkaian keretapi khas untuk membawa kargo dari dua kompleks perindustrian berasaskan petroleum iaitu dari Kompleks Petrokimia Berintegrasi Kerteh (KIPC) ke Kompleks Petrokimia Berintegrasi Gebeng (GIPC) yang seterusnya bersambung ke Pelabuhan Kuantan.
Pelaburan dalam industri petrokimia di koridor perindustrian Kerteh/Paka ke Gebeng/Pelabuhan Kuantan adalah kawasan perindustrian terbesar di Pantai Timur dengan pelaburan melebihi RM30 bilion. Tidak ada kawasan di Pantai Timur yang menjana lebih banyak hasil ekonomi dan pekerjaan dari koridor perindustrian ini.
Jadi Petronas membiayai pembinaannya. Perjanjian bersama dengan pihak KTMB telah dimetri dan pengurusan KTMB telah menempatkan seramai 15 pegawai yang terlatih untuk mengendali sistem operasi dan teknikal. Mereka telah berkhidmat sejak 16 Januari 2003.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican ketika itu menyatakan dalam Rencana Utusan Malaysia 2006 bahawa projek itu "Satu lagi contoh sumbangan Petronas iaitu landasan kereta api dari Kertih ke Kuantan yang kami bina, ia bukan sekadar membawa barang perantara ke loji dan untuk eksport tetapi juga demi keselamatan jalan raya. Tanpanya, 3,500 buah lori sehari akan menggunakan jalan raya di sana. Selain itu, jalan juga tidak rosak. Melalui kemudahan sebegini, pelabur akan datang”.
Projek ditamatkan operasinya pada 1 Oktober 2010.
Projek itu kini diteruskan dengan ECRL menelan kos RM55bilion meningkatkan ekonomi di negeri-negeri terbabit.
Terkini: Keretapi Kerteh-Kuantan yang ditutup disambung semula oleh ECRL
Posted by
Saiful at 6:29 AM |
|
Amat malang Landasan keretapi yang dibina dan beroperasi dizaman pemerintahan PAS di Terengganu ditamatkan operasinya pada 1 Oktober 2010. Di Zaman pemerintahan Umno-BN yang hebat dengan pembangunan yang tak pernah dilihat. Zaman Datuk Mat Said yang merakyatkan pembangunan akhirnya kini akan hilang dari penglihatan. Dengan kos pembinaan yang dikatakan menelan Rm 800 juta ringgit, duit rakyat itu akan hilang begitu sahaja?
Sistem Keretapi Kuantan Kerteh (Kuantan Kerteh Railway System-KKRS) telah siap dibina dan telah beroperasi mulai 01hb.April 2004. Landasan keretapi sejauh 86 km itu telah dibina oleh pihak Petronas sehingga ke Kuantan Yad bagi tujuan mengangkut barang-barang (hasil daripada pemerosesan minyak) untuk di ekspot ke luar negara melalui Pelabuhan Kuantan yang terletak kira-kira 20 km dari pusat bandar.
Pembinaan landasan keretapi pada dasarnya bagi tujuan memperkenalkan sistem pengkeretapian di negeri Terengganu selain dari itu untuk mengelak kesesakan jalanraya yang semakin meruncing. Dua buah lokomotif telah dibeli dari China bagi tujuan menarik jajajaran tren dan terdapat 50 set wagon termasuk 02 BGV (Bogi Guard Van) telah disediakan dalam misi pengkeretapian di Kuantan Kerteh Railway System.
Perjanjian bersama dengan pihak KTMB telah dimetri dan pengurusan KTMB bersetuju menempatkan seramai 15 pegawai yang terlatih untuk mengendali sistem operasi dan teknikal. Mereka telah berkhidmat sejak 16 Janruari 2003.
Rencana Utusan Malaysia 2006. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican menyatakan; “Satu lagi contoh sumbangan Petronas ialah landasan kereta api dari Kertih ke Kuantan yang kami bina, ia bukan sekadar membawa barang perantara ke loji dan untuk eksport tetapi juga demi keselamatan jalan raya. Tanpanya, 3,500 buah lori sehari akan menggunakan jalan raya di sana. Selain itu, jalan juga tidak rosak. Melalui kemudahan sebegini, pelabur akan datang”. Betul ke 3,500 buah lori akan berkeliaran semula dijalanraya antara Kerteh-Kuantan? Tidakkah ia akan menambahkan kesesakan jalan-raya khususnya di jambatan Kemaman dan Bandar Chukai.
Kenapa beberapa hari lagi keretapi itu akan ditutup? Tidak sebagaimana yang diwar-warkan selama ini. kenapa berlaku sebaliknya? Adakah landasan keretapi Kerteh-Kuantan itu tidak menguntungkan? Takkanlah Petronas membelanjakan duit rakyat sedemikian banyak hanya untuk digunakan sekadar 6 tahun.
Takde kajian dibuat ke? Atau ia hanya projek untuk mengenyangkan kroni UMNO?. Semua sapu tangan. Takde siapa yang bertanggung-jawab. Tinggallah rakyat Terengganu bernostalgia dengan keretapi buat kali kedua. Selepas pupusnya pengangkutan keretapi Bukit Besi – Sura gate. Apakah begini nasib Rakyat Terengganu. Hasil minyaknya penjana ekonomi Negara, apakah bodoh sangat kepimpinan Umno Terengganu, sehingga ianya menjadi negeri kedua termiskin di Malaysia?.
Jawapannya tidak, kerajaan tidak sezalim itu.... Ketika kabinet meluluskan pada tahun 2007 projek kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan sempena ECER bagi meningkatkan pelaburan dan industri pelancongan di Pantai Timur Semenanjung. Perkhidmatan kereta api sepanjang 246 kilometer itu akan mengambil masa antara sejam hingga sejam setengah. Kereta api itu boleh mencapai kelajuan 120 kilometer hingga 150 kilometer sejam. Ia akan disambung ke Kerteh dan ke Terengganu. Kini khayallan rakyat Terengganu dengan pembangunan yang nak dibawa oleh Umno-BN telah menjadi kenyataan.
Dalam hal ini, wajarkah Petronas dilihat sebagai angsa emas kerana sumbangan yang diberikannya kepada negara?
MOHD. HASSAN:
Jangan kata angsa emas, nanti kena sembelih (ketawa). Kami telah
mendidik syarikat Malaysia dan usahawan menjadi lebih cekap serta
mempunyai keupayaan yang tinggi dalam sektor minyak dan gas agar mereka
keluar dan bersaing dalam pasaran sejagat. Hari ini, dalam aktiviti
huluan, lebih 80 peratus daripada kegiatan dilaksanakan oleh syarikat
tempatan yang para pekerjanya juga rakyat tempatan. Kadang-kadang dalam
industri ini, dalam peringkat mana pun, kita kena lihat dari segi jangka
panjang dan komitmen.
Ada
sebuah syarikat bumiputera di Kuantan, Pahang yang mengeluarkan
peralatan untuk kegunaan syarikat kontraktor besar asing di luar negara.
Syarikat ini berada dalam senarai syarikat dunia kerana berkeupayaan
dan berdaya saing. Kita pun tumpang seronok. Lagipun, syarikat ini
merupakan antara beberapa buah syarikat yang berterima kasih kepada
Petronas. Ini adalah sebahagian sumbangan kami kepada pembangunan
negara, selain pelaburan yang kami keluarkan untuk membina kemudahan,
bangunan dan loji. Kami juga membawa masuk pelaburan langsung asing.
Satu
lagi contoh ialah landasan kereta api dari Kertih ke Kuantan yang kami
bina, ia bukan sekadar membawa barang perantara ke loji dan untuk
eksport tetapi juga demi keselamatan jalan raya. Tanpanya, 3,500 buah
lori sehari akan menggunakan jalan raya di sana. Selain itu, jalan juga
tidak rosak. Melalui kemudahan sebegini, pelabur akan datang.
Jika lagi banyak Petronas untung, lebih banyak lagikah sumbangan dapat diberikan kepada bidang pendidikan?
"Saya memang diktator"! Itu kata Mahathit dulu. Malah Anwar Ibrabim, Mat Sabu, Nurul Izzah dan majoriti pembangkang turut bersetuju Mahathit sebagai diktator.
Kini Diktator berumur 92 tahun kata dia tidak diktator, mana ada diktator nak letak jawatan.
DIKTATUR BERHATI MULIA
Buku
dari rakyat bosnia mengenai tun Mahathir Mohammad sebagai memperingati
jasa dan pengorbanan beliau kepada rakyat bosnia, Gadis dari Bosnia
& Herzegovina ini sangat menyukai dan menghormati
Malaysia, salah satu sebabnya ialah bantuan Malaysia ketika Bosnia
dilanda konflik dengan Serbia.
Dr. Mahathir, bukan nama yang
asing lagi buat warga Bosnia, hampir keseluruh rakyat Bosnia termasuk
yang bukan Muslim mengenali dan sangat menghormati Dr. Mahathir. Buku tentang kejayaan Dr. Mahathir dalam mengubah Malaysia sangat popular di Bosnia, apatah lagi ianya di dalam bahasa Bosnia.
Mesej gadis Bosnia ini kepada rakyat Malaysia: "Malaysia Negara Islam
paling teragung di dunia, Dr. Mahathir pemerintah paling terulung di
dunia. Jasamu terhadap Bosnia akan dikenang. Moga Allah
hadiahkan syurga buat askar-askar Malaysia yang berjuang untuk
Bosnia".katanya,, #balasbudi
Mahathir soal diktator mana letak jawatan suka rela
Kurang 24 jam selepas mengakui dirinya adalah seorang diktator, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba membersihkan namanya dengan melakarkan perbezaan antaranya dengan beberapa diktator terkenal dunia.
Mahathir berkata dirinya sedia berundur manakala diktator lain kekal berkuasa sehingga mereka nafas terakhir - sama ada dibunuh atau membunuh diri.
“Saya amat kecewa apabila dengar suara halus bisik pada saya kata awak sudah tua bagi peluang kepada orang muda, dah 22 tahun jadi perdana menterti nak jadi sampai bila.
“Saya pun menhayut desakan itu dan saya letak jawatan,” kata Mahathir kepada kira-kira 500 penyokong pembangkang di Padang Pandan Indah, malam semalam.
Mahathir kemudiannya secara berseloroh menyoal hadirinnya sama ada mereka mengetahui mana-mana diktator yang melepaskan jawatan mereka tanpa sebarang desakan atau paksaan.
“Kononya saya diktator, diktator mana letak jawatan?
“(Pemimpin politik Jerman, Aldof) Hitler ada letak jawatan? Dia bunuh diri.
“Tapi saya letak jawatan untuk memberi peluang kepada pemimpin lain dengan harapan mereka akan cekap membangunkan negara. Malangnya ini tidak berlaku, terutamanya di waktu ini,” katanya.
Mahathir pada Ahad lalu mengakui bahawa beliau menjadi "diktator" semasa pemerintahan 22 tahun.
Bekas Perdana Menteri itu dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali muncul sebagai tetamu di perhimpunan ‘Selamakan Malaysia’ anjuran Pakatan Harapan.
Ia adalah siri jelajah pertama yang dianjurkan dengan bertujuan untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan memberi tekanan untuk membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara dan mengadakan pembaharuan sistem institusi negara.
Mahathir menerima sambutan hangat oleh orang ramai semasa ceramah 40 minitnya itu.
“Kenapa kita ada di sini begitu ramai, sebab kita menhadapi masalah, kerana negara kita tidak lagi ditadbir dengan baik.
“Peminpin lebih suka hidup mewah dan membelanjakan wang bukan sendiri, kononya Pak Arab bagi. Mereka (Arab) begitu sayang bagi dia (Najib) RM2.6 bilion,” kata Mahathir dan disambut gelak ketawa daripada orang ramai.
“Saya dulu dapat duit juga tak banyaklah, tapi saya masuk dalam akaun pemegang amanah Umno sebab itu selepas saya berhenti saya serah kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) wang tunai RM230 juta,” katanya.
“Jika nak biayai PRU-13 apa pasal masuk akaun sendiri , bagitau kita, kita seronok dapat duit banyak minta sikit-sikitlah. Tapi dia tak beritahu, kononnya untuk Umno tapi saya tak nampak.
“Ini bukan Pak Arab bagi, ada org lain bagi. Sebab itu kita sangka, mungkin duit itu datang dari 1MDB. Dulu tidak ada 1MDB, rupa-rupanya dia (Najib) tubuh 1MDB supaya dia boleh pinjam duit sebanyak RM42 bilion nak beli itu (dan) ini , tapi sekarang nak cari duit tak ada,” katanya.
Mahathir kemudian mencabar ketua eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk membuktikan bagaimana wang yang dipinjam itu digunakan.
Adakah Doa Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor Menjadi Kenyataan?
Adakah Doa Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor Menjadi Kenyataan?
Pada tahun 2000, Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden PAS,
pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat
kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.
Mahathir & Fadzil Noor
13 tahun lalu negara telah kehilangan seorang tokoh politik
pembangkang yang amat disegani kawan dan lawan kerana sifatnya dan
pegangannya hanya untuk mencari keredhaan Allah SWT.
Jika masih kita ingat, Allahyarham Dato’ Ustaz Haji Fadzil Noor
pernah bermunajat dan bermohon kepada Allah SWT agar Dr. Mahathir
Mohamed dipanjangkan umurnya supaya dunia khususnya rakyat Malaysia
dapat melihat sendiri bukti-bukti kezaliman Dr Mahathir semasa beliau
bergelar Perdana Menteri Malaysia.
Akhirnya doa Fadzil Noor dimakbulkan Allah SWT dengan memanjangkan
umur Dr Mahathir sehingga sekarang. Untuk menjelaskan lagi orang ramai
melihat akan "kezaliman" sebenar Dr Mahathir ini, Allah mendatang YAB Dato Sri Najib Razak untuk berhadapan denganya dan kita belum tahu sejauh mana keikhlasan Najib pula memerintah Negara ini. Seperti juga Tun M, Najib juga tidak mudah-mudah melepaskan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya walaupun
diasak dengan begitu kuat oleh mentornya sendiri.
Kini Tun M di serang dari segenap sudut dan KEGUNAAN Kuasa yang berlebihan di lakukan kepada Tun M, sama seperti Tun M menggunakan ISA ke atas beberapa orang kerana memusuhinya. Tapi kata Tun M, ISA digunakan kerana untuk menstabilkan Kehangatan Suhu Politik Negara di waktu itu.
Apakah kini doa Al-Marhum mantan Dato' Presiden PAS itu dimakbulkan satu
demi satu? Kebanyakan rungutan dan ketidak puashati yang Tun M luahkan
kini adalah berpangkal dan berpunca serta asal usulnya datang dari
hukum karma Allah itu sendiri.
Al-Marhum Ustaz Fadhil Doa Mahathir Dipanjang Umur
4/09/2008
Oleh Ibrahim Baba
Dalam perjalanan untuk hadir ke satu majlis pada tahun 2000, Al-Marhum Ustaz Fadhil Nor pernah berkata kepada kami dalam kereta yang dipandu IB sendiri ketika itu, bahawa beliau mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.
Apakah kini doa Al-Marhum mantan Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu?
Kemusnahan institusi kehakiman, kerosakan akhlak remaja [dan orang-orang tua pun!], kebejatan sosial, rasuah berleluasa, asas ekonomi yang mula goyah … sebahagian besarnya ini adalah hasil tangan Mahathir sendiri. Kebanyakan rungutan yang Mahathir luah kini adalah berpangkal dari Mahathir sendiri. Pak Lah mungkin sebagai perlengkap sahaja.
Saban hari, satu demi satu isu dan pelbagai pembongkaran dihebahkan di dada akhbar dan lain-lain media untuk dihukumkan oleh masyarakat. Kini Mahathir seolah-olah sedang dibicarakan oleh rakyat umum. Walaupun Mahathir tetap menjawab namun suara-suara yang dulu pernah dikunci beliau sudah tidak lagi menikus dengannya. Tidak mungkin mampu Mahathir membela dirinya untuk segala tuduhan dan isu yang dilodehkan oleh mereka yang pernah berada di sekeliling beliau ketika berkuasa selama lebih 22 tahun.
Mereka yang dulu mendiam diri kini bangkit berani bersuara.
Senarai “pendakwa raya†“perbicaraan rakyat†Mahathir panjang dan kini bertambah setiap hari [tidak mungkin IB boleh lengkapkan senarai yang kian bertambah itu]. Pak Lah yang sebelum ini hanya sekadar menepis pelbagai tuduhan Mahathir kini telah kian lantang membongkar pula pelbagai dakwaan terhadap Mahathir.
Walaupun ada yang menyebelahi Mahathir dalam krisis kini untuk menjadi “peguam bela†namun ramai dari “peguam bela†ini sendiri turut terbabit dalam pelbagai kes yang dibongkar itu. Dan mereka ini adalah sebenarnya antara barisan “saksi†utama dalam “perbicaraan rakyat†ini.
Dalam membela dirinya, Mahathir turut, tanpa disedarinya sendiri, membongkarkan pelbagai perkara yang sebelum ini rakyat umum tidak tahu. Betul atau tidak kata-kata Mahathir itu dalam keadaan beliau tersempit - banyak yang kita boleh persoalkan. Sememangnya persaksian orang-orang seperti Mahathir ditolak dalam Al-Qur’an.
Apabila seseorang berbohong dia akan berbohong lagi untuk menutup pembohongan lamanya [when you compound a lie, you compounded the consequences]. Dan dia akan terus dengan pembohongan demi pembohongan.
Sekian, IB
Keretapi Kerteh-Kuantan
ditutup dizaman UMNO. RM 800j lesap!
Ustaz Saiful Bahri
Baru 6 tahun beroperasi sekarang dah mampos. Amat malang Landasan
keretapi yang dibina dan beroperasi dizaman pemerintahan PAS di
Terengganu akan ditamatkan operasinya pada 1 Oktober 2010 ini. Di Zaman
pemerintahan Umno-BN yang hebat dengan pembangunan yang tak pernah
dilihat. Zaman Datuk Mat Said yang merakyatkan pembangunan akhirnya kini
akan hilang dari penglihatan.
Dengan kos pembinaan yang dikatakan menelan Rm 800 juta ringgit, duit
rakyat itu akan hilang begitu sahaja?
Sistem Keretapi Kuantan Kerteh (Kuantan Kerteh Railway System-KKRS)
telah siap dibina dan telah beroperasi mulai 01hb.April 2004. Landasan
keretapi sejauh 86 km itu telah dibina oleh pihak Petronas sehingga ke
Kuantan Yad bagi tujuan mengangkut barang-barang (hasil daripada
pemerosesan minyak) untuk di ekspot ke luar negara melalui Pelabuhan
Kuantan yang terletak kira-kira 20 km dari pusat bandar.
Pembinaan landasan keretapi pada dasarnya bagi tujuan memperkenalkan
sistem pengkeretapian di negeri Terengganu selain dari itu untuk
mengelak kesesakan jalanraya yang semakin meruncing. Dua buah lokomotif
telah dibeli dari China bagi tujuan menarik jajajaran tren dan terdapat
50 set wagon termasuk 02 BGV (Bogi Guard Van) telah disediakan dalam
misi pengkeretapian di Kuantan Kerteh Railway System. Apakah lokomotif
ini akan dijual pula kepada Rosmah untuk projek Iandasan berkembar Ipoh?
Perjanjian bersama dengan pihak KTMB telah dimetri dan pengurusan KTMB
bersetuju menempatkan seramai 15 pegawai yang terlatih untuk mengendali
sistem operasi dan teknikal. Mereka telah berkhidmat sejak 16 Janruari
2003. Kemana kaki-tangan ini akan pergi? Dah le KTMB di Singapura dah
nak tutup. Apa jadi nasib mereka?
Rencana Utusan Malaysia 2006. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican menyatakan; “Satu lagi contoh
sumbangan Petronas ialah landasan kereta api dari Kertih ke Kuantan yang
kami bina, ia bukan sekadar membawa barang perantara ke loji dan untuk
eksport tetapi juga demi keselamatan jalan raya. Tanpanya, 3,500 buah
lori sehari akan menggunakan jalan raya di sana. Selain itu, jalan juga
tidak rosak. Melalui kemudahan sebegini, pelabur akan datang”. Betul ke
3,500 buah lori akan berkeliaran semula dijalanraya antara
Kerteh-Kuantan? Tidakkah ia akan menambahkan kesesakan jalan-raya
khususnya di jambatan Kemaman dan Bandar Chukai.
Bagaimana pula dengan isu keselamatan? Tidakkan ianya melibatkan produk
berbahaya. Bagaimana jika berlakunya kemalangan? Kawasan yang melibatkan
jalanraya yang melibatkan orang awam. Dahlah sistem jalanraya yang tak
elok. Jalan raya khususnya di Kijal kampong MB Terengganu tu macam ular
dan lipan. Habis bagaimana produk petro-chem itu nak sampai kepada
pelabuhan? Guna lori? Siapa pulak dapat kontrak pengangkutan tersebut?
Dah le pelabuhan Kemaman tu sudah ditelan Pelabuhan Kuantan. Kini lori
pulak telan landasan keretapi. zaman pemerintahan Pas dahulu dah ada
perbincangan kenapa perlu Kerteh-Kuantan sedangkan pelabuhan Kemaman
lebih dekat separuh & kos boleh dijimatkan. Tetapi keputusan orang
KL yang buat bukan kat Terengganu. Siapa orang KL tu?
Sistem kesihatan pun ketinggalan zaman. Hospital Daerah Dungun sendiri
dibina semenjak zaman lepas perang Jepun. Habis macamana nak menanggani
kes-kes yang melibatkan bahan berbahaya seperti petrol-chemical dengan
segera jika berlaku kemalangan. Apatah lagi melibatkan jalan yang
sentiasa diguna-pakai oleh orang awam. Jalan bypass kawasan petro-chem
dengar kata sudah diberi duit oleh pihak petronas tetapi tidak dibuat
oleh JKR sehingga sekarang. Betul ke? Pekan Paka-Kerteh-Kemasik takde
hospital. Adalah klinik sekadar untuk chek perempuan nak bersalin.
Apa-apa kes kecemasan ambulan terpaksa berkejar ke Hospital Kuala
Terengganu. Nyawa orang ramai dipertaruhkan!
Kenapa beberapa hari lagi keretapi itu akan ditutup? Tidak sebagaimana
yang diwar-warkan selama ini. kenapa berlaku sebaliknya? Adakah landasan
keretapi Kerteh-Kuantan itu tidak menguntungkan? Takkanlah Petronas
membelanjakan duit rakyat sedemikian banyak hanya untuk digunakan
sekadar 6 tahun. Takde kajian dibuat ke? Atau ia hanya projek untuk
mengenyangkan kroni UMNO. Dan selepas kenyang maka tahik dibuang
merata-rata. Semua sapu tangan. Takde siapa yang bertanggung-jawab.
Tinggallah rakyat Terengganu bernostalgia dengan keretapi buat kali
kedua. Selepas pupusnya pengangkutan keretapi Bukit Besi – Sura gate.
Inilah nasib Terengganu. Hasil minyaknya penjana ekonomi Negara, dek
kerana kebodohan kepimpinan Umno Terengganu, ia menjadi negeri kedua
termiskin.
Ketika kabinet meluluskan pada tahun 2007 projek kereta api laju
menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan sempena ECER bagi meningkatkan
pelaburan dan industri pelancongan di Pantai Timur Semenanjung.
Perkhidmatan kereta api sepanjang 246 kilometer itu akan mengambil masa
antara sejam hingga sejam setengah. Kereta api itu boleh mencapai
kelajuan 120 kilometer hingga 150 kilometer sejam. Ia akan disambung ke
Kerteh dank e Terengganu. Berkhayallah rakyat Terengganu dengan
pembangunan yang nak dibawa oleh Umno-BN. Jangankan nak tunggu rel
keretapi tu siap setelah 3 tahun diluluskan, Apatah lagi dengan ekonomi
yang flip-flop ni, landasan yang ada dah pun nak di muziumkan. Bolehlah
Mat Said jadikan produk pelancongan berkembar dengan Zoo beliau di
Kemaman tu.
Keretapi Kerteh-Kuantan
ditutup dizaman UMNO. RM 800j lesap!
Ustaz Saiful Bahri
Baru 6 tahun beroperasi sekarang dah mampos. Amat malang Landasan
keretapi yang dibina dan beroperasi dizaman pemerintahan PAS di
Terengganu akan ditamatkan operasinya pada 1 Oktober 2010 ini. Di Zaman
pemerintahan Umno-BN yang hebat dengan pembangunan yang tak pernah
dilihat. Zaman Datuk Mat Said yang merakyatkan pembangunan akhirnya kini
akan hilang dari penglihatan.
Dengan kos pembinaan yang dikatakan menelan Rm 800 juta ringgit, duit
rakyat itu akan hilang begitu sahaja?
Sistem Keretapi Kuantan Kerteh (Kuantan Kerteh Railway System-KKRS)
telah siap dibina dan telah beroperasi mulai 01hb.April 2004. Landasan
keretapi sejauh 86 km itu telah dibina oleh pihak Petronas sehingga ke
Kuantan Yad bagi tujuan mengangkut barang-barang (hasil daripada
pemerosesan minyak) untuk di ekspot ke luar negara melalui Pelabuhan
Kuantan yang terletak kira-kira 20 km dari pusat bandar.
Pembinaan landasan keretapi pada dasarnya bagi tujuan memperkenalkan
sistem pengkeretapian di negeri Terengganu selain dari itu untuk
mengelak kesesakan jalanraya yang semakin meruncing. Dua buah lokomotif
telah dibeli dari China bagi tujuan menarik jajajaran tren dan terdapat
50 set wagon termasuk 02 BGV (Bogi Guard Van) telah disediakan dalam
misi pengkeretapian di Kuantan Kerteh Railway System. Apakah lokomotif
ini akan dijual pula kepada Rosmah untuk projek Iandasan berkembar Ipoh?
Perjanjian bersama dengan pihak KTMB telah dimetri dan pengurusan KTMB
bersetuju menempatkan seramai 15 pegawai yang terlatih untuk mengendali
sistem operasi dan teknikal. Mereka telah berkhidmat sejak 16 Janruari
2003. Kemana kaki-tangan ini akan pergi? Dah le KTMB di Singapura dah
nak tutup. Apa jadi nasib mereka?
Rencana Utusan Malaysia 2006. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican menyatakan; “Satu lagi contoh
sumbangan Petronas ialah landasan kereta api dari Kertih ke Kuantan yang
kami bina, ia bukan sekadar membawa barang perantara ke loji dan untuk
eksport tetapi juga demi keselamatan jalan raya. Tanpanya, 3,500 buah
lori sehari akan menggunakan jalan raya di sana. Selain itu, jalan juga
tidak rosak. Melalui kemudahan sebegini, pelabur akan datang”. Betul ke
3,500 buah lori akan berkeliaran semula dijalanraya antara
Kerteh-Kuantan? Tidakkah ia akan menambahkan kesesakan jalan-raya
khususnya di jambatan Kemaman dan Bandar Chukai.
Bagaimana pula dengan isu keselamatan? Tidakkan ianya melibatkan produk
berbahaya. Bagaimana jika berlakunya kemalangan? Kawasan yang melibatkan
jalanraya yang melibatkan orang awam. Dahlah sistem jalanraya yang tak
elok. Jalan raya khususnya di Kijal kampong MB Terengganu tu macam ular
dan lipan. Habis bagaimana produk petro-chem itu nak sampai kepada
pelabuhan? Guna lori? Siapa pulak dapat kontrak pengangkutan tersebut?
Dah le pelabuhan Kemaman tu sudah ditelan Pelabuhan Kuantan. Kini lori
pulak telan landasan keretapi. zaman pemerintahan Pas dahulu dah ada
perbincangan kenapa perlu Kerteh-Kuantan sedangkan pelabuhan Kemaman
lebih dekat separuh & kos boleh dijimatkan. Tetapi keputusan orang
KL yang buat bukan kat Terengganu. Siapa orang KL tu?
Sistem kesihatan pun ketinggalan zaman. Hospital Daerah Dungun sendiri
dibina semenjak zaman lepas perang Jepun. Habis macamana nak menanggani
kes-kes yang melibatkan bahan berbahaya seperti petrol-chemical dengan
segera jika berlaku kemalangan. Apatah lagi melibatkan jalan yang
sentiasa diguna-pakai oleh orang awam. Jalan bypass kawasan petro-chem
dengar kata sudah diberi duit oleh pihak petronas tetapi tidak dibuat
oleh JKR sehingga sekarang. Betul ke? Pekan Paka-Kerteh-Kemasik takde
hospital. Adalah klinik sekadar untuk chek perempuan nak bersalin.
Apa-apa kes kecemasan ambulan terpaksa berkejar ke Hospital Kuala
Terengganu. Nyawa orang ramai dipertaruhkan!
Kenapa beberapa hari lagi keretapi itu akan ditutup? Tidak sebagaimana
yang diwar-warkan selama ini. kenapa berlaku sebaliknya? Adakah landasan
keretapi Kerteh-Kuantan itu tidak menguntungkan? Takkanlah Petronas
membelanjakan duit rakyat sedemikian banyak hanya untuk digunakan
sekadar 6 tahun. Takde kajian dibuat ke? Atau ia hanya projek untuk
mengenyangkan kroni UMNO. Dan selepas kenyang maka tahik dibuang
merata-rata. Semua sapu tangan. Takde siapa yang bertanggung-jawab.
Tinggallah rakyat Terengganu bernostalgia dengan keretapi buat kali
kedua. Selepas pupusnya pengangkutan keretapi Bukit Besi – Sura gate.
Inilah nasib Terengganu. Hasil minyaknya penjana ekonomi Negara, dek
kerana kebodohan kepimpinan Umno Terengganu, ia menjadi negeri kedua
termiskin.
Ketika kabinet meluluskan pada tahun 2007 projek kereta api laju
menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan sempena ECER bagi meningkatkan
pelaburan dan industri pelancongan di Pantai Timur Semenanjung.
Perkhidmatan kereta api sepanjang 246 kilometer itu akan mengambil masa
antara sejam hingga sejam setengah. Kereta api itu boleh mencapai
kelajuan 120 kilometer hingga 150 kilometer sejam. Ia akan disambung ke
Kerteh dank e Terengganu. Berkhayallah rakyat Terengganu dengan
pembangunan yang nak dibawa oleh Umno-BN. Jangankan nak tunggu rel
keretapi tu siap setelah 3 tahun diluluskan, Apatah lagi dengan ekonomi
yang flip-flop ni, landasan yang ada dah pun nak di muziumkan. Bolehlah
Mat Said jadikan produk pelancongan berkembar dengan Zoo beliau di
Kemaman tu.
Sebelum
korang menghayati sajak karya Agung Ayahanda Tun Mahathir Muhammad,
bacakan sajak nukilan GAGAK DI RIMBA yang di diklamasikan oleh DS Rosmah
Mansor di Auditorium Mindef suatu ketika dulu, kata Rosmah
"Sebagai isteri seorang pemimpin negara, saya berasa terpanggil untuk menyatakan sesuatu kepada Anda semua":
Jangan sekali-kali kita memperjudikan keamanan dan kestabilan Malaysia yang tercinta.. Kalau kita leka dan berdegil juga Nanti buruk padahnya..
Anak cucu kita akan merana lalu bertanya, Kenapa generasi Datuk dan Nenekku melakukan perkara durjana Memfitnah, bergaduh dan dengki khianat berlaku... berleluasa Sehinggakan kami terpaksa mengalami kesan-kesannya Wahai rakan dan taulan,
Fikirkanlah semasak-masaknya Jangan kita tersilap langkah
Sehingga negara ditertawakan oleh dunia Wahai Pahlawanku sekalian,
Teruskan perjuangan InsyaAllah Anda semua dipandang mulia disisi Tuhan Dan juga dimata kami yang cintakan keamanan
Nukilan: YABHG. Datin Paduka Seri Hajah Rosmah Mansor
1 Ogos 2013 di Auditorium Mindef, Kuala Lumpur.
SERANGAN TANPA BELAS KASIHAN
Mereka yang dulu mendiam diri kini bangkit berani bersuara. Dari
bersifat penikus sudah menjadi singa garang tidak gentar pada gertakkan
serta ugutan nakal.
Senarai salah laku Mahathir
yang panjang dan kini bertambah setiap hari . Dato' Seri Najib Razak yang
sebelum ini hanya sekadar menepis pelbagai tuduhan Mahathir atas sifat
hormat dan bersikap budiman kenang jasa yang dianggap sebagai negarawan
yang banyak berjasa kepada parti dan negara, kini telah kian lantang
membongkar pula pelbagai dakwaan terhadap Mahathir yang pasti membuat
kedudukan Mahathir dikaca mata rakyat semakin dipandang serong dan
sangsi. Tapi janganlah terlalu seronok sangat. Belum tentu Najib seputeh salju di Kashmir......
Walaupun ramai yang menyebelahi Najib kerana seorang yang BERSIH dan Bermoral tinggi tapi ramai juga yang menyebelahi Tun M dalam krisis kini untuk menjadi
pembela namun ramai dari mereka sendiri turut terbabit dalam pelbagai
kes yang bakal dibongkar itu. Dan mereka ini merupakan antara barisan
utama dalam perbicaraan rakyat kini.
Dalam membela dirinya, Tun M turut, tanpa disedarinya sendiri, membongkarkan pelbagai perkara yang
sebelum ini rakyat umum tidak tahu. Betul atau tidak kata-kata Mahathir
itu dalam keadaan beliau tersempit banyak yang boleh persoalkan.
Apabila seseorang berbohong dia akan berbohong lagi untuk menutup
pembohongan lamanya. Dan dia akan terus dengan pembohongan demi
pembohongan. Tapi tindakan melampau "MELONDEHKAN" Tun M di bimbangi akan menimbulkan simpati rakyat dan dah banyak Kejayaan dalam Politik bila Undi Simpati di berikan.
Tun M tiada pun dalam MEMORI Merdeka ini.
Kini "Tun Mahathir telah jatuh ke lembah hina" bagi pandangan Penyokong Najib. Amat menyedihkan Pengakhiran seorang yang di kira berjaya di hina sedemikian rupa....
Terkini , nama Tun Mahathir menjadi bualan dan bahan troll di alam maya.
Hasil dari ucapan Zahid Hamidi berkenaan asal usul Ayah Tun Mahathir , kini seluruh rakyat berbual. Berkenaan nya dalam nada sindiran dan kritikan.
Mahathir a/l kutty , anak Kerala dan bukan berdarH melayu menjadi viral dan tular.
Rakyat sudah tidak bual berkenaan jasa dan kebaikan Tun Mahathir , sebalik nya berbual berkenaan apa yang pernah di ejek oleh Anwar Ibrahim ulang kali di ceramah dahulu.
Jika seseorang hanya baru mencebur dan masuk campur politik, pasti sekali akan merasa simpati kepada Tun Mahathir dengan pelbagai komen, namun jika mereka sudah lama pasti sekali akan bercakap “padan muka” kerana Tun Mahathir sendiri pakar menyindir orang. Malah seperti Kadir Jassin juga amat gemar permainkan gelaran Bugis DS Najib, sesiapa yang rajin boleh membaca di blognya.
CERITA RAKYAT - Sang Gelembai, Si Luncai, Si Tanggang, Mat Jenin dan Mat Mazlan
Ini lah akibat politik matlamat, akhirnya pakat semua terkena, terpusing dan terlondeh kepada siapa sahaja sama ada Tun Mahathir, TPM Zahid Hamidi, Menteri2 dan "Geng Pemuda UMNO". Ini bukanlah budaya kita, menyebut KETURUNAN ianya sebagai penghinaan. Lainlah jika ianya Keturunan Sultan atau Syed atau Gulungan Bangsawan atau istana.
Zahid cuba menyuruh Tun Mahathir mengenang budi UMNO yang telah di buang setelah madu nya habis bahawa orang melayu tidak kira keturunan asal , mereka setia pada nya ketika menjadi Presiden, maka jangan lah melampau dan melanggari batas.
Kini nama Tun menjadi bahan gelak ketawa, sila lah layari FB dan saksikan sendiri.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh, pastinya disokong semua pihak.
Beliau berkata melihat kepada sejarah, bekas pemimpin negara itu telah bergaduh dengan empat perdana menteri termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga timbalan perdana menteri termasuk Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya percaya tak ada orang yang akan mengatakan sebaliknya daripada apa yang disebut oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)...semua perdana menteri dia gaduh, gaduh dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang dengan Datuk Seri Najib.
Dr M gaduh dengan semua PM, kata Ismail Sabri
"Tahun 1990 isu perlembagaan, bergaduh dengan semua Raja-Raja Melayu, dari segi kehakiman bergaduh dengan semua hakim waktu itu apabila dia memecat hakim dan sebagainya, dengan raja bergaduh, dengan perdana menteri bergaduh, dengan timbalan perdana menteri bergaduh," katanya kepada pemberita di Jempol, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang juga Presiden UMNO semalam yang menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh.
Najib berkata ini kerana pemimpin berkenaan sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau percaya tiada rakyat Malaysia yang menafikan kenyataan itu. "Bukan sahaja perdana menteri, Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) pun dalam titahnya menyatakan beliau kaki gaduh...jadi semua orang berpendapat sama bukan sahaja saya saja tapi semua orang," katanya
Dah......TERLONDEH
Luahan Sayu Tun Siti Hasmah Apabila Tun Mahathir Dihina Buat Ramai SEBAK !!!
Luahan Sayu Tun Siti Hasmah Apabila Tun Mahathir Dihina Buat Ramai SEBAK !!! |Putrajaya- “Kita tak boleh buat apa,mereka berkuasa sangat,serah saja kepada ALLAH. Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku,” demikian luahan hati isteri bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Salah siapa jika bukan salah Tun M sendiri yang suka menyerang siapa sahaja dan menjatuhkan sesiapa sahaja.
Apakah ini pembalasan?
KHAIRUL Azwan Harun (tiga kiri) bersama dengan Ketua UMNO Bahagian Kota
Bharu, Tan Sri Mohd Fatmi Che Salleh (dua kiri) beramah mesra dengan
sebahagian perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan
Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu di Dewan Emaslink, Hotel Emaslink
Pacific, Kota Bharu.- Foto Nik Abdullah Nik Omar
Tun M "musuh" utama orang Melayu
KOTA BHARU: Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai musuh utama Melayu yang berusaha menghapuskan UMNO.
bharian.com.my.
KOTA BHARU: Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai musuh utama Melayu yang berusaha menghapuskan UMNO.
Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO tidak boleh silap menyasarkan musuh dalam peperangan politik.
"Hari ini, dalam konteks peperangan, kena lihat siapa musuh kita. Musuh orang Melayu dan sedang berusaha untuk hapuskan parti keramat tidak lain tidak bukan adalah Tun Dr Mahathir.
"Saya terus nyatakan nama beliau kerana tidak mahu jentera kita salah sasaran kerana setiap ungkapan beliau (Dr Mahathir) adalah untuk menghancurkan UMNO," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu, di sini, hari ini.
Beliau berkata, sifat tamak dan ego Dr Mahathir menyebabkan beliau lupa akan perjuangan UMNO.
"Sepanjang 22 tahun Dr Mahathir memerintah, UMNO terpaksa 'menghalalkan' apa sahaja tindakan yang dibuat bekas Perdana Menteri itu atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO ketika itu selain kesetiaan.
"Suatu masa dahulu, dialah presiden kita, bahkan tindakannya memecat timbalannya ketika itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita tetap membenarkan tindakannya.
"Tapi lihat apa yang dibuatnya sekarang. Beliau ingin rosakkan perjuangan UMNO, fitnah macam-macam kepada Datuk Seri Najib Razak sehingga ada yang percaya kepada pembohongan itu," katanya.
Justeru, Khairul Azwan menggesa ahli UMNO bangkit demi mempertahankan wadah perjuangan parti itu, sekaligus menentang anasir yang dibawa Dr Mahathir.
DR MAHATHIR: AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI
Bangsa yang merdeka Bangsa yang mulia Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit Hak memilih, hak mengundi Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit Maruah dijual Bangsa dijual Tanahair dijual Segalanya dijual Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja Politik yang menyelamat Menjadi politik yang menghancur Pemimpin semakin tamak Untuk tempat dan kedudukan tinggi Perbuatan yang haram dihalalkan Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia Akan kembalikah bangsaku Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan Wahai bangsaku Begitu mudahkah kamu lupa Aku akan pergi tidak lama lagi Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir Kerana bangsaku Negaraku Masih mulia Masih bermaruah Masih dipandang tinggi Atau mataku terbeliak Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu Ya Allah lindungilah bangsaku Sedarkanlah mereka Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya Mengubah sendiri, membendung nafsu Kerana Allah Kerana agama Kerana bangsa Kerana negara Biarlah aku pergi Mata terpejam rapat Nafas perlahan berhenti…
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD Julai 10, 2015
Pada Yang Muda Kusematkan Harapan
Aku tidak perlu apa-apa kekayaan Aku mengerti umurku yang tua Menunggu masa bertemu Ilahi Aku boleh selesa diam tidak bersuara Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka Sepanjang nafas dan usia
Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat Tanpa meminta apa-apa untuk diriku Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan oleh pemimpin di puncak kuasa Yang rakus dan boros tidak terhalang Menabur rasuah dan membeli orang
Pada mata tuaku Aku melihat hutang berbilion yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat Aku melihat wang dipinjam hari ini seperti tiada lagi hari esok
Semuanya untuk membeli segala undi untuk membeli segala kuasa
Pada senja hayatku Aku melihat apa yang dibina berdekad lama Dimusnahkan dengan wang yang bukan miliknya
Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua tanpa mengira harga yang perlu dibayar oleh cucu cicit kita setelah dia tiada lagi bernafas
Segala wang haram Disamun, dirompak dan dipinjam secara halus Untuk dibayar oleh rakyat
Wang haram diselerakkan untuk suap dedak mereka yang tiada lagi nilai dan hormat diri
Mereka menjual negara Mereka menjual diri Mereka menjual maruah Mereka menjual agama
Aku tidak dapat melakukan semua Namun pada yang muda kusematkan harap Untuk membetulkan Malaysia Dengan bersama, BERSATU, berganding Supaya ia tidak tenggelam Dengan tangan kotor dan harganya dibayar oleh cucu dan cicit kita
Tun Dr. Mahathir Mohamad 10 Disember 2016
Di Atas Runtuhan Kota Melaka
Kita Dirikan Putrajaya Demikian gema gempita semangat merdeka Kuasa sudah pada kita Ayuh kita hiasi wajah bangsa Dengan jurai-jurai kilauan permata
Kian jauh menyelusuri zaman merdeka Kita jadi semakin mengerti Semata-mata kuasa di tangan bukan pertanda bangsa berjaya Kemiskinan, kedaifan, kejahilan dan timbunan peluang tersia-sia Mandamparkan bangsa itu Pada taman asing yang mereka pertuankan Yang lain pula menjadi gelojoh Oleh runtunan haloba segalanya mereka rempuh Menganggap diri mereka panglima belantara Pada musim kemarau nurani Embun serta keringat merdeka tidak lagi sudi menitis
Melayu tidak belajar dari sejarah 450 tahun terjajah Mewarnakan sejarah mereka Dengan dendang dan hibur hati bangga Tentang ceritera dongeng yang mereka cipta
Yang remeh itu utama Yang utama itu remeh Yang kecil itu di alamkan Yang alam di hamakan
Melodi ceritera yang sungguh mengasyikkan Kata mereka: Takkan Melayu hilang di dunia Sambil menggigit jari jemari Mereka pun menjadi kuli di negaranya sendiri Lama sudah runtuhnya Kota Melaka
Kita tidak kembalikan kota itu dengan papan di Jawa Pun tidak kita bina tugu ingatan Di Prang Besar kita tiada selera berperang Dengan tangan-tangan halus arkitek anak watan Dengan iringan doa dari rekahan bibir
Petani di bendang Nelayan di lautan Di sini kita bina mercu tanda bangsa Suatu gergasi megacity Suatu jaringan menjangkau seluruh jagat Suatu taman himpunan segala bau-bauan jutaan flora Suatu simbosis insan dan alam
Kita namakan sempena nama bapa putranegara
Putrajaya Lambang negara bangsa merdeka Di mercu ini kita zahirkan senibudaya bangsa Dengan segala kelazatan muzik alam Serta hidangan dan hamparan seni taman Bersih - indah - tertib - teratur
Adunan tamadun tinggi Jumlah segala cita-cita dan harapan Membongkar segala-gala yang telah hilang Dan kita tidak payah mengambil nyawa sendiri Untuk menebus maruah itu
Dari sini kita menyusun langkah dengan yakin Membina bangsa dengan cara kita Bangga dengan apa yang ada Menghadapi cabaran dengan segala ketahanan Cukup tangkas menangkis dari menjadi korban kali ke-dua
Putrajaya Lambang negara bangsa merdeka Putrajaya Lambang negara bangsa merdeka Putrajaya Lambang negara bangsa merdeka
DR MAHATHIR MOHAMAD
29 Ogos 2001
ARAHAN DAN PENGORBANAN YANG DI SEMBUNYIKAN
Tempoh konsesi PLUS tidak akan dilanjutkan 01 Disember 2015 1:12 AM
KUALA LUMPUR 30 Nov. – Kerajaan tidak berhasrat melanjutkan tempoh konsesi Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang akan tamat pada 31 Disember 2038 selepas melalui perjanjian lanjutan sebanyak tiga kali sejak 1988.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tempoh lanjutan yang dibuat sebelum ini berikutan penstrukturan semula kadar tol oleh PLUS dan sebagai pampasan kepada persetujuan kerajaan untuk tidak menaikkan kadar bayaran dalam tempoh tertentu.
“Tempoh konsesi ini asalnya bermula tahun 1988 hingga 2018, kemudiannya dipanjangkan ke 2030 melalui perjanjian konsesi tambahan pada tahun 1999 bagi tujuan pampasan ke atas keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan kadar tol seperti yang diperuntukkan di dalam perjanjian.
“Seterusnya tempoh ini dipanjangkan lagi kepada 2038 melalui perjanjian konsesi tambahan ketiga yang ditandatangani pada 2005, jika anda maklum, dari 2005 hingga 2014 tidak ada kenaikan tol,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Rosnah menjawab pertanyaan lisan Datuk Mohd. Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) yang ingin mengetahui mengenai langkah-langkah yang akan diambil kerajaan mengenai perjanjian konsesi tersebut.
Mengulas mengenai operasi di Lebuh Raya Utara Selatan, Rosnah berkata, sebanyak RM2.61 bilion berjaya dikutip sepanjang tahun lalu membabitkan 506 juta kenderaan.
Bagaimanapun katanya, jumlah keuntungan selepas cukai yang dicatatkan PLUS Expressway Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 hanya sebanyak RM8.4 juta selepas mengambil kira kos penyelenggaraan, kos operasi, menaik taraf dan membaik pulih lebuh raya.
“Walaupun pendapatan setiap tahun tinggi, perbelanjaan juga tinggi, pemegang konsesi perlu membelanjakan sejumlah besar wang untuk membayar balik faedah pinjaman, menaik taraf dan membaiki lebuh raya seperti pembinaan persimpangan bertingkat yang baharu apabila had kapasiti trafik dicapai.
“Dianggarkan secara purata, 50 peratus pendapatan tol digunakan untuk bayaran balik pinjaman, 20 peratus untuk operasi penyelenggaraan, 15 peratus hingga 20 peratus untuk kos menaik taraf dan membaik pulih manakala hanya 10 peratus pulangan kepada pemegang saham,” katanya.
AMUKANMelayu - Hangpa cakap apa ni.....masa orang tua tu duk tulis notis
dan tampal di merata dinding rumah semasa dalam PEKEMBAR, bukan kata
hang.....ramai lagi Pemimpin UMNO yg belum lahir.....
Masa depa tubuh UMNO.....hang tak tau duk tang mana lagi.....masa UMNO kena haram hang duk beringuih lagi.....
Ni UMNO la ni adalah UMNO Baru.....hang tau sapa yang tubuhkannya?
Kalu di ibaratkan rumah.....hangpa la ni duk dalam rumah yang Orang Tua baling gelas tak pecah tu buat dan tinggae kat hangpa. Kemdian dia merajuk..... Bukan hangpa nak pi pujuk.....hangpa pi halau lagi orang tua tu......hangpa ni manusia jenis apa ha?....
Aku bukan ahli mana2 parti....tp aku orang Melayu ..... kalu takdak sebab apapun, bersatulah kerana ugama.....
Tun M - Tak buleh buat lagu tu.....kalu nak jadi PM kena UMNO yang tentukan......
.......Trik dan MUSLIHAT yang sukar untuk dibaca......