,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 22 October 2017

MANA LEBIH POWER, 9 RAJA-RAJA MELAYU atau 9 "RAJA NAGA"


Image result for Naga Tasik Chini
NAGA


LAKSANAKANLAH YANG HAK TANPA GUNDAH !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :

Kenapa "Peguam Negara" APANDI Tubuh Pasukan Petugas Khas Kendali KES KP SPRM DZULKIFLI AHMAD?

Nampak macam tiada kaitan dengan tajuk. Tapi cuba perhalusinya.....apakah semua Pemimpin Tertinggi Negara telah menjadi ROBOT dan di kawal oleh 9 Raja Naga tanpa di Ketahui 9 Raja-Raja Melayu. Bagaimana jadinya jika PDRM dan ATM yang menerima arahan dari Orang Politik dan Orang Politik pula telah di Kawal oleh 9 Raja Naga?

Foto Amal Amall.
Ada yang tak kena ka?
1. Saya perlu mulakan tulisan ini dengan kenyataan jelas dan tegas bahawa PERJUANGAN untuk SELAMATKAN MALAYSIA, adalah satu perjuangan yang berteraskan konsep kenegaraan, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan tidak mempunyai urusan berkaitan isu peribadi mana-mana pihak.

2. Justeru, ianya bukanlah dalam kepentingan PERJUANGAN, untuk saya secara peribadi berbicara mahupun memberi komen ataupun pendapat berkaitan isu-isu peribadi mana-mana pemimpin, tokoh ataupun pihak berkuasa, berhubung dengan tabiat ataupun tingkahlaku peribadi seperti berjudi, minum arak mahupun hubungan rapat dengan wanita lain !! Suka ataupun tidak, bagi saya di situ, perlu diletakkan noktahnya !!

3. Isu yang jauh lebih penting tatkala kini, dalam PERJUANGAN terhadap keBATHILan Kerajaan NAJIB RAZAK, adalah berkaitan apakah SEBAB UTAMA wujudnya sesetengah pihak dari kem NAJIB RAZAK cukup beria-ia untuk menjadikan isu Pesuruhjaya SPRM, DZULKIFLI AHMAD, satu isu penting untuk membawa kepada kecacatan kredibiliti DZULKIFLI AHMAD, di mata rakyat ?? !!

4. Itulah yang ingin saya bincangkan di Siri : 1131 di sini !!

5. Pada 17.10.2017, selepas tersebarnya berita tentang kewujudan Laporan Polis yang dibuat terhadap DZULKIFLI AHMAD. kononnya di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan, MALAYSIAKINI di bawah tajuk "IGP sahkan polis siasat aduan hubungan sulit pegawai SPRM", telah melaporkan :

"Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini mengesahkan bahawa polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung laporan yang mendakwa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.", dan "Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan berhubung laporan itu." (Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/398578)

6. Namun, kemudiannya MALAYSIAKINI bertarikh 19.10.2017 pula, di bawah tajuk "AGC tubuh pasukan khas pantau siasatan kes Dzulkifli", telah melaporkan :

" Pejabat Peguam Negara (AGC) telah menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk memantau dengan teliti siasatan berhubung dakwaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad cuba memikat isteri orang.", dan "Memandangkan keseriusan tuduhan yang boleh menjejaskan integriti ketua pesuruhjaya SPRM, AGC telah membentuk pasukan petugas pada 16 Oktober untuk memantau teliti siasatan terhadap kesalahan yang didakwa itu." (Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/398781)

7. Dari segi undang-undang, sememangya pihak berkuasa yang terbabit, iaitu, POLIS di dalam kes ini bertanggungjawab untuk membuka Kertas Siasatan berkaitan mana-mana Laporan Polis yang diterima, dan selepas selesainya siasatan, pihak POLIS jugalah boleh memberi pandangan kepada Pejabat Peguam Negara, samada dalam pandangan POLIS, perlu ataupun tidak, untuk diteruskan dengan apa-apa tindakan lanjut mahupun untuk menutup kes. Pejabat Peguam Negara, pula berkuasa dari segi undang-undang untuk membuat keputusan muktamad berkaitan mana-mana siasatan POLIS itu.

8. Justeru, dari segi undang-undang, semmangnya TIADA KEPERLUAN untuk APANDI ALI sebagai "Peguam Negara" untuk menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas bagi tujuan siasatan kes ini, yang sememangnya adalah dalam bidangkuasa dan tugas pihak POLIS untuk membuat siasatan terlebih dahulu, sebelum Kertas Siasatan dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara.

9. PERSOALAN PENTING ??

Foto Amal Amall.

(a) Mengapakah ada pihak yang beria-ia sangat untuk membuat Laporan Polis terhadap Pesuruhjaya SPRM, DZULKIFLI AHMAD ?? !!

(b) Mengapakah "Peguam Negara" APANDI ALI perlu tubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi tujuan siasatan Laporan Polis itu ?? !!

10. Sebelum JAWABAN diberi kepada PERSOALAN - PERSOALAN di atas, perlu dinyatakan bahawa, sememangnya, sebelum daripada ini, di banyak Siri terdahulu, saya telah banyak menulis berhubung kepercayaan dan keyakinan yang kukuh di fikiran Rakyat Malaysia yang prihatin, bahawa kedua-duanya, iaitu, APANDI ALI dan DZULKIFLI AHMAD, merupakan pihak-pihak "penting" yang bersubahat dalam "memelihara" kepentingan NAJIB RAZAK.

Terutamanya, seperti apa yang berlaku pada 26.01.2016, di mana APANDI ALI yang ditemani DZULKIFLI AHMAD, telah membuat pengumuman yang kononnya membebaskan NAJIB RAZAK daripada apa-apa SALAHLAKU JENAYAH berkaitan SKANDAL 1MDB & SRC yang masih sehingga kini menjadi kemelut negara !! (Link Laporan : http://www.themalaymailonline.com/…/ag-declares-case-closed…)

11. JAWABAN SEBENAR kepada PERSOALAN di Perenggan 9(a) di atas - (a) Mengapakah ada pihak yang beria-ia sangat untuk membuat Laporan Polis terhadap Pesuruhjaya SPRM, DZULKIFLI AHMAD ?? !!:

(a) Selama ini DZULKIFLI AHMAD, dalam menunjukkan kepada Rakyat Malaysia bahawa beliau melaksanakan tanggungjawab SPRM dalam memerangi RASUAH dan SALAHLAKU KEWANGAN, telah membuka penyiasatan dan melakukan tahanan terhadap pelbagai pihak, samada dari pihak bukan Kerajaan NAJIB RAZAK, mahupun yang kelihatan di mata Rakyat sebagai dari pihak Kerajaan NAJIB RAZAK !!

(b) Antara contoh terkini yang melibatkan siasatan dan tahanan terhadap pihak yang kelihatan di mata Rakyat sebagai dari pihak Kerajaan NAJIB RAZAK, adalah kes ISA SAMAD dan KETUA PEMUDA BAHAGIAN BAGAN DATOH, yang dipercayai rapat dengan Timbalan Perdana Menteri ZAHID HAMIDI !! (Link Laporan : http://www.sinarharian.com.my/…/isa-samad-ditahan-sprm-1.71… dan http://www.sinarharian.com.my/…/empat-direman-bantu-siasata…)

(c) Dalam erti kata lain, di fikiran segelintir pihak di dalam kem NAJIB RAZAK, tindakan DZULKIFLI AHMAD ini, menunjukkan bahawa DZULKIFLI AHMAD tidak boleh diharap dan tidak boleh dikawal dalam kem NAJIB RAZAK, kerana tindakan agresif SPRM ini, pasti akan menjejaskan kelancaran ALIRAN DANA di pihak NAJIB RAZAK menjelangnya PRU-14, yang wajib diadakan tidak lama lagi !!

(d) Mana-mana kelumpuhan ALIRAN DANA itu, pastinya akan menyukarkan lagi peluang Kerajaan NAJIB RAZAK untuk berjaya di PRU-14 itu kelak, lebih-lebih lagi apabila kredibiliti Kerajaan NAJIB RAZAK adalah di tahap yang terendah disebabkan kemelut SKANDAL 1MDB dan penderitaan kehidupan Rakyat masa kini !!

(e) Justeru, tindakan agresif SPRM di bawah DZULKIFLI AHMAD itu, adalah menjadi satu KEGUSARAN di kalangan segelintir pihak dalam kem NAJIB RAZAK, yang berkepentingan kini untuk mencacatkan kredibiliti peribadi DZULKIFLI AHMAD !!

12 JAWABAN SEBENAR kepada PERSOALAN di Perenggan 9(b) di atas - (b) Mengapakah "Peguam Negara" APANDI ALI perlu tubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi tujuan siasatan Laporan Polis itu ?? !!

(a) Bebas daripada pengumuman APANDI ALI pada 26.01.2016, yang kononnya membebaskan NAJIB RAZAK daripada apa-apa SALAHLAKU JENAYAH berkaitan SKANDAL 1MDB & SRC, pada 11.04.2017, APANDI ALI telah mengeluarkan satu lagi kenyataan yang mengesahkan bahawa siasatan SPRM berkaitan kes SRC itu belum ditutup sepenuhnya, dan sebenarnya masih sedang dijalankan dan sepatutnya disudahkan dalam masa terdekat kepada tempoh itu !!
(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/378720)

(b) Pada 19.08.2016 dan 12.04.2017, Ketua Polis Negara (pada ketika itu), KHALID ABU BAKAR juga telah mengesahkan bahawa siasatan POLIS berkaitan 1MDB telah lama selesai dan Kertas Siasatan telahpun dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut !!
(Link Laporan : https://www.facebook.com/100011727181479/videos/363110070756563/?fref=mentions dan https://www.malaysiakini.com/news/378856)

(c) Pendek kata, berhubung siasatan SPRM berkaitan kes SRC sudahpun berlalu 6 bulan dan 10 hari sejak kenyataan APANDI ALI dikeluarkan pada 11.04.2017, dan berhubung siasatan POLIS berkaitan 1MDB pula, sedahpun berlalu akan satu tempoh selama 1 tahun, 2 bulan dan 2 hari sejak kenyataan KHALID ABU BAKAR dikeluarkan pada 19.08.2016, namun masih seolah-olah belum ada tindakan lanjut di pihak APANDI ALI sama-sekali !!

(d) Sememangnya, saya pernah utarakan pandangan berhubung isu yang dinyatakan di Perenggan 12 (a), (b) dan (c) di atas, di Siri : 814, 815, 816, 882, 906, 915 & 1121) sebelum ini, namun apa yang perlu ditekankan adalah, apa yang nampaknya seolah-olah KELENGAHAN dan KEALPAAN di pihak APANDI ALI untuk mengambil tindakan lanjut berkaitan kedua-dua siasatan yang tergantung sekian lama setakat ini, besar kemungkinan adalah diNIATkan di pihak APANDI ALI, untuk menjadi "TRUMP CARD" di pihak APANDI ALI, bagi tujuan membawa TINDAKAN JENAYAH terhadap NAJIB RAZAK, bila dia rasakan kononnya sesuai, dengan bantuan DZULKIFLI AHMAD, kelak !!
(e) Oleh itulah, SEBAB utama APANDI ALI tubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi tujuan siasatan Laporan Polis terhadap DZULKIFLI AHMAD itu, adalah untuk memelihara kredibiliti "orang penting"nya, DZULKIFLI AHMAD, daripada dihancurkan oleh segelintir pihak di dalam kem NAJIB RAZAK, yang tidak puas hati dengan tindakan agresif SPRM di bawah DZULKIFLI AHMAD, seperi yang dinyatakan di Perenggan 11 di atas !!

13. PESANAN IKHLAS kepada APANDI ALI dan DZULKIFLI AHMAD :

(a) Sememangnya BENAR, bahawa Rakyat Malaysia yang prihatin, PERCAYA dan YAKIN bahawa anda berdua adalah antara DALANG UTAMA yang selama ini berSUBAHAT untuk membantu menegakkan keBATHILan NAJIB RAZAK !!

(b) Namun, anda berdua hendaklah yakini, bahawa Rakyat Malaysia yang prihatin cuma DAHAGAkan yang HAK dan BENAR untuk kesejahteraan DEMI NEGARA TERCINTA, dan tiada perasaan dendam mahupun benci secara peribadi terhadap anda berdua, melainkan untuk matlamat sebenar dalam PERJUANGAN SELAMATKAN MALAYSIA itu adalah tercapai !!

(c) Justeru, anda berdua, APANDI ALI dan DZULKIFLI AHMAD, masih mempunyai peluang untuk menjadi WIRA NEGARA, seandainya anda berdua melaksanakan segala yang perlu yang anda berdua kelihatan jelas telah lama simpan di benak fikiran anda untuk lakukan, iaitu membawa akan NAJIB RAZAK ke medan keadilan MAHKAMAH melalui TUDUHAN SALAHLAKU JENAYAH, secara serta-merta !!

(d) Janganlah anda berdua lupa dan leka tentang apa yang telah berlaku kepada mantan Peguam Negara ABDUL GANI PATAIL yang telah dilucutkan jawatan berkuatkuasa 27.07.2015 kerana dipercayai "TRUMP CARD" yang kononnya dipegang oleh ABDUL GANI PATAIL itu, telah tidak digunakannya dengan licik dan matang, sehingga beliau menjadi mangsa kerakusan NAJIB RAZAK !! (Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/306399)

(e) Janganlah anda berdua buang masa lagi kerana MASA itu sememangnya adalah EMAS !!

Di petik dari HAK KITA @ BUMI MELAYU



Siapa Yang Menjaga MALAYSIA, Raja Melayu  ATAU "9 RAJA NAGA"





KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral yang berlaku di negara ini didakwa didalangi oleh sembilan orang ketua atau digelar ‘dra­gon’ sejak bertahun-tahun lamanya.

Malah, kumpulan sembilan dragon itu mampu mengutip sebanyak RM5 bilion sebulan hasil daripada pusat perjudian seluruh negara melalui sistem hierarki yang dilaksanakan sejak sekian lama.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan (gambar) mendakwa, sistem sembilan dra­gon itu telah lama di­amalkan oleh kumpulan sindiket jenayah terbabit hinggakan semuanya mem­punyai kuasa di dalam agensi pe­nguat kuasa di negara ini.
Malah, dakwa beliau, kumpulan itu juga berkeupayaan untuk me­nu­karkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.

Kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan, ujar beliau, disebabkan pihak atasan organisasi terbabit telah menjalin hubungan rapat dan saling bekerjasama dalam beberapa urusan selain turut menerima wang ‘perlindungan’.

“Rangkaian tersebut bermula apabila pihak berkuasa atau individu berkepentingan di negara ini duduk semeja dengan kumpulan dragon untuk meminta bantuan.
“Mereka kemudian tersepit apabila dragon mula meminta bantuan untuk melindungi kegiatan haram, tetapi perlu menurut kerana pernah menerima bantuan dahulu,” dakwanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.

Gambar Hiasan

Menurut Nadzim, undang-undang yang terdapat dalam sistem dragon iaitu, pengkhianat akan ditembak mati menyebabkan pihak berkuasa terlibat tidak berani melawan dan terpaksa akur dengan permintaan kumpulan tersebut walaupun ia bercanggah dengan kedaulatan negara.

Mengulas mengenai sistem dragon berkenaan, Nadzim memberitahu, hierarki itu telah wujud sejak sekian lama, bahkan ia mempunyai hubungan dengan kumpulan lain di luar negara termasuk Hong Kong, China dan beberapa negara lain bagi menjalankan akti­viti mereka.
Ujar beliau, terdapat juga beberapa individu ternama di negara ini yang berjaya menduduki tahap tertinggi dalam sistem rangkaian antarabangsa itu.

“Jika sebelum ini ada pendedahan mengenai individu bernama Alex, dia juga adalah anggota kepada sembilan dragon berkenaan yang memakai gelaran dragon nombor lima yang mempunyai hubungan kuat dengan orang ‘besar’ di negara ini.
“Saya difahamkan terdapat sembilan dragon utama, jika mungkin ada tambahan saya tidak pasti, tetapi kesemua mereka mempu­nyai gelaran Tan Sri dan Datuk Seri yang dibeli untuk mengaburi ke­giatan sebenar mereka,” katanya.

Mereka yang mempunyai gela­ran itu turut sinonim dengan pelbagai perniagaan di negara ini dan berjaya mengutip lebih RM5 bilion sebulan hasil daripada perjudian.
Menurutnya, wang tersebut dikumpul daripada seluruh negara dan akan diagihkan kepada syarikat-syarikat yang ditubuhkan bagi mencuci wang haram itu untuk mengelakkan ia mudah dikesan.
Tambahnya, dengan wang yang banyak itu, ia akan memudahkan mereka menjalankan kegiatan ha­ram termasuk membayar wang perlin­dungan kepada pihak berkuasa serta siapa-siapa yang mengganggu perjalanan perniagaan mereka.

“Disebabkan sistem yang berkesan dan bantuan teknologi terkini, wang tersebut sukar untuk dilarikan oleh mana-mana pekerja ke­rana takut akan dibunuh oleh anggota sembilan dragon tersebut,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia SUMBER

Keberanian PPIM haruslah dipuji, harap dengan terbongkarnya maklumat ini segala aktiviti haram dapat dihapuskan dari negara Malaysia tercinta. Banyak anak anak muda yang ‘tewas’ terutama anak anak muda islam yang terjerumus dalam gejala tak baik terutama PERJUDIAN.

BILA TELOQ DI TARIK 9 "RAJA NAGA"

Foto Tok Aki Aji.

Masalah kongsi gelap berlaku di mana-mana sahaja dan dalam konteks negara ini kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat secara berterusan. - Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai, Timbalan Menteri Dalam Negeri

“NGO-NGO jangan terlalu ghairah untuk mendapatkan ‘mileage’ politik semata-mata untuk buat apa-apa tuduhan, nanti keselamatan mereka sendiri terancam. Sebaliknya kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, mereka perlu menyalurkan maklumat itu berserta bukti kepada polis atau kepada beliau sendiri untuk tindakan lanjut.

“Kegiatan kongsi gelap ini, mereka mempunyai jaringan dan pengaruh begitu besar sampai boleh mengancam nyawa dan sebagainya, jadi jangan kita ambil ringan perkara itu,” katanya.
Beliau mengulas dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa kegiatan judi dan jenayah lain di negara ini didalangi 9 ketua atau ‘dragon’, baru-baru ini.

Ahli Politik Lindungi Sindiket Judi Haram.........

20 Oktober 2014 - Kewujudan ‘kumpulan kebal’ yang melindungi sindiket mesin judi haram mengakibatkan kegiatan berkenaan sukar dibanteras dan terus beroperasi secara berleluasa terutama di Melaka, Selangor dan Sabah.

Kumpulan berkenaan yang mempunyai kaitan dengan orang politik dikatakan memainkan pera­nan untuk memastikan sindiket mesin judi haram mendapat ‘jaminan’ bahawa operasi mereka tidak akan terjejas dan dilindungi daripada tindakan undang-undang.

Mengambil contoh di Melaka, kegiatan haram tersebut bukannya berkurangan malah semakin bertambah biar pun akhbar ini membuat pendedahan baru-baru ini.

“Serbuan yang dilakukan ibarat ‘wayang tinggi’ kerana sindiket tersebut dilindungi oleh ahli politik.
“Perlindungan yang diperoleh sindiket itu mengakibatkan usaha atau harapan rakyat untuk melihat kegiatan mesin judi haram dibanteras sukar dilakukan. ‘Restu’ daripada orang politik menjadikan operasi mereka semakin berleluasa,’’ kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/…/ahli-politik-lindungi-8232-sindi…
© Utusan Melayu (M) Bhd

 KES PELIK BEKAS IGP, AG DAN KETUA KONGSI GELAP,,

Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini .

Dokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

WESKOT DAN BATON BERCAHAYA ADALAH TIKET KE SYURGA,,

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.)

Johari kemudian mengarahakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.
Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

BAGAIMANAPUN KES SEMAKIN PELIK,,

Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail ( kiri ) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu.

Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.
Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menuoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/191771#4lZyXt5thjBf3RbF.99
https://m.malaysiakini.com/news/191771

 JIKA AKUAN SUMPAH BERKANUN INI BUKAN SATU FITNAH, PIHAK YANG BERKENAAN SILA AMBIL TINDAKAN YANG SEPATUTNYA,,

🔰 9 DRAGON..?
🔰 AKUAN BERKANUN

Foto Amal Amall.
Nota : ASP Mior Fahim Bin Ahmad , yang membuat laporan diatas telah meninggal dunia akibat lemas, moga rohnya tenang disana walaupun semasa hidupnya , beliau dianiaya oleh pihak berkuasa yang menyalah gunakan kuasa , korup dan menyeleweng , amin .

Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor.
Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2. Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar.
Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.

3. Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.

4. Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya.
Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor.
Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu.
DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.

5. Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN.
Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor.

Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN.
Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN.
Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.

6. Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON.
Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik.
BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya.
Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.

7. DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.

8. Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut.
AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG).

DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN.
DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN.
Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.

9. Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor.
Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.

10. Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor.
Mereka menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.

11. Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor.
Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan.

Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah.

Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina.
Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah.
Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.

12. Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.

13. Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor.

Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”.

Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama.

Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram.

DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.

14. Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda.
Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.

15. Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan.
Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.

16. Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut.
Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.

17. Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN.
Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.

18. Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru.
Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32 buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.

19. Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU.

Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”.
Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-

(a) SOH KING SIANG;
(b) LIM CHIN CHAI; dan
(c) LEE YOKE HAN.

20. Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69.
Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.

21. Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.


22. Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat.

Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua.
Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.

23. Pada 30.03.2007, saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU.
Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-

(a) CHAI NGEW;
(b) CHIN YEW FAH; dan
(c) TAN LEE POEY

24. Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN.

Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail.

Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan).

Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.

25. Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU.
Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram.

Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.

26. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib.

Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh MIOR FAHIM BIN )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah
(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).


Zahid Bersumpah Tidak Terima Satu Sen Melindungi Raja Judi

Tuesday, 24 March 2015 17:15

 KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bertindak membuat sumpah di hadapan ahli parlimen di Dewan Rakyat di sini, sebentar tadi.

Tindakan itu dibuat sebagai menegaskan beliau tidak pernah menerima wang walaupun satu sen daripada Paul Phua dan bersekongkol dengan Raja Judi tersebut dalam melindunginya daripada tindakan undang-undang.

Mengulas mengenai surat yang dikirimkannya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), beliau menjelaskan surat tersebut adalah 'private and confidential' dan sudah dikongsikan kepada peguam yang meminta dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


APABILA salinan surat dua halaman ditulis sendiri oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menjelaskan bahawa Paul Phua (gambar) bukan anggota kongsi gelap 14K Triad bertebaran di Internet, dah pastilah ia boleh menimbulkan curiga di hati ramai orang.

IMG-20150106-WA0025 (1)
Surat bertarikh 18 Disember yang mencetuskan ontroversi selepas tersebar di Internet.
Surat dari pejabat Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Pengarah FBI bertarikh 18 Disember 2014 ini mencetuskan kontroversi selepas tersebar di Internet.

Paul Phua atau nama sebenarnya, Paul Wei Seng Phua merupakan pemain poker profesional handalan yang pernah menyertai kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012 dan menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo‚ 100k Super High Roller 2014.

Paul Phua dan anaknya, Darren Wai Kit Phua kini menghadapi pertuduhan menghantar maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014.
Ekoran itu Paul Phua telah ditahan di negara ini sebelum dibawa ke Amerika Syarikat dan sekarang sedang menjalani tahanan rumah di sana sementara kesnya dibicarakan di mahkamah.

APAKAH KENYATAAN INI MEMBUKTIKAN TELAHAN PPIM ITU BENAR?

Pada surat ditulis oleh Zahid kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano bertarikh 18               Disember 2014 itu, beliau bukan sahaja membela Paul Phua dengan menafikan pembabitannya dengan kumpulan kongsi gelap 14K Triad, malah turut memaklumkan bahawa lelaki tersebut pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara membabitkan isu keselamatan negara. Justeru, negara ini menanti kepulangan Paul Phua dengan tangan terbuka.

Begitu sekali pembelaan diberikan oleh Zahid kepada Paul Chua sedangkan menurut peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, beliau hanya meminta jasa baik Zahid untuk menulis surat kepada FBI bagi menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kongsi gelap 14K Triad.

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah
 “Walaupun tidak diminta, dalam surat itu juga, Ahmad Zahid menyatakan Paul Phua pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara yang membabitkan isu keselamatan negara,” kata beliau pada satu sidang media khas 3 Januari lalu.

Muhammad Shafiee menjelaskan bahawa firma guamannya bekerjasama dengan firma guaman yang mewakili Paul Phua, Chesnoff & Schonfeld sememangnya ada memohon kepada Menteri Dalam Negeri pada Ogos tahun lalu untuk mengeluarkan surat berkaitan.

Surat itu menurut beliau, diminta oleh peguam Paul Phua bagi membetulkan kesilapan dalam laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada FBI pada 2008 yang menyatakan lelaki tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap 14K Triad.

Begitu pun Muhammad Shafiee menjelaskan, Zahid telah merujuk kepada maklumat polis bahawa Paul Chua benar-benar tidak terbabit dengan kumpulan kongsi gelap tersebut sebelum mengirim surat yang mencetuskan kontroversi kini, secara terus kepada FBI, dua bulan selepas diminta.

“Berhubung bantuan yang diberikan oleh Paul Phua kepada kerajaan Malaysia, itu tidak dapat saya ulas tetapi sudah tentu perkara tersebut maklumat sulit yang melibatkan keselamatan negara,” kata peguam terkemuka negara ini. – MYNEWSHUB.CC


AMUKANMelayu - Bagaimana nak cuci TONG NAJIS jika dalam diri penuh dengan NAJIS?