,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 5 September 2014

PAS DAN UMNO PERLUKAN EVOLUSI KEMBALI KEPADA PERJUANGAN ASAL




BINGKISAN DARI OLAK LEMPIT - Jumaat 10 Dzulkaedah 1435H, 
Assalamualaikum,
Ke hadapan saudara-saudarku yang di kenang selalu. Ini mungkin warkah yang tidak di baca, tapi Aki corekkan disini untuk kita sama-sama berfikir sejenak dan jadilah orang Melayu seketika takkala membaca warkah ini. Terlebih dahulu Aki menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf dari saudara-saudara semua jika terdapat kekasaran bahasa dan tersilap kata. 
Nama bangsa kita Bangsa Melayu dan Ugama kita Islam, hidup kita berkampung dan bermuafakat. Yang tua amat di hormati dan yang muda amat di sayangi, Ugama di junjung dan adat budaya di kilek. Tiada dua tiganya Negeri kita. Tanah Melayu inilah Negara kita. Kita tidak berduit seperti mereka dan tidak termimpi di benak hati kita untuk berhijrah ke London atau Australia, apa lagi Hong Kong atau Taiwan. Jika ada pun hanyalah beberapa Kerat Ahli Koperat yang kaya raya "Bergelumang  Dengan Politik Wang" kini telah pencen.
Semasa hayat mereka ini berpolitik, mereka tdak pernah pun memacak bendera, mereka tidak pernah pun tidur di jalan raya, tidak pernah pun mereka menjengok MARKAS di hujung padang bernyamuk dan hagas. 
Tapi mengapa kita berlebih-lebih? Apa untungnya pada kita? Tanah terus juga tergadai, Ugama di persenda, Bangsa di hina, lihat di sekeling kita, apa yang tinggal untuk kita? Adakah Tanah Melayu ini masih lagi HAK kita atau kita sebenarnya MENUMPANG kepada mereka yang kita MEMBERIKAN KUASA kepada ORANG YANG SALAH? Adakah kini anda merasa selamat bila melalui KAMPUNG BARU CINA atau melalui kawasan MAJORITI INDIA? Jika ada perasaan takut bila kita berada di tempat-tempat seperti ini, ini berti Tanah ini bukan lagi milik kita.
Pada pendapat Aki sudah tiba masanya PAS dan UMNO bersatu atau jika itu kita tak dapat lakukan maka AMAT PENTING PAS kembali kepada landasan asal atau UMNO perlu menyelesaikan KERJA-KERJA yang PAS tinggalkan dan terlebih dahulu kedua-dua Parti Pusaka Orang Melayu ini membersihkan segala PARASIT yang bersarang didalamnya. Dengan apa yang berlaku sekarang ini sebenarnya Allah sedang memperlihatkan pada kita tau Allah sedang mendatangkan PEMIMPIN - PEMIMPIN seperti di bawah ini untuk kita berfikir yang perjuangan menegakkan  UGAMA, BANGSA dan NEGARA adalah asas penting perlu ada kepada setiap Umat Islamelayu. 
Untuk apa sebuah KEMENANGAN dan kekuatan diri sedangkan "AYAM MENANG DI TENGAH GELANGGANG, TAPI KAMPUNG TERGADAI..... DAN KOKOK JALAK BERDERAI - DERAI, SEDANGKAN EKOR BERGELUMANG DENGAN NAJIS.
Inilah PEMIMPIN yang kita Agung-agungkan Sekarang ini.............

Mungkinkah Lari Ke Luar Negara Minta Suaka Politik Sebelum Jatuh Hukum Penjara...?


Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim has rejected offers of asylum abroad ahead of a final appeal in October on a sodomy conviction that could see him jailed, a political aide said Monday (Aug 25).

Anwar was convicted and sentenced to five years in prison in March on charges he sodomised a young former male aide, but is free pending a final appeal set for October 28-29. Anwar, 67, has dismissed the case as fabricated by the government to ruin his political career.

The political aide, who asked not to be named, declined further comment but said that a media report Monday on the asylum offers was correct.

The Star newspaper quoted Anwar saying he had received several offers by “foreign leaders” to go overseas but would not accept them. 
“I met up with a few foreign leaders who advised me to go overseas to escape a possible prison sentence. At my age, they say they cannot imagine seeing me behind bars,” Anwar was quoted as saying. The story did not specify which countries Anwar was speaking of.


Anwar kalau bab AYAT ini memang pandai. Several offers by “foreign leaders”. Makna kata, Anwar ini ibaratnya macam Falcao lah, Man U nak, Arsenal nak, kelab bolasepak lain pun mahu juga.

Anwar pernah bercakap dengan beberapa orang yang rapat dengannya, impian seterusnya adalah mempunyai sebuah gerakan yang mirip kepada GULEN MOVEMENT di Turki. Anwar rasa itu adalah pilihan yang terbaik.

Tetapi, GULEN MOVEMENT bukannya murah. Perlukan dana yang besar. Jika Anwar ke Turkey, GULEN MOVEMENT ini bukanlah gerakan yang digemari oleh kerajaan.
Anwar mungkin boleh terangkan kepada Erdogan dan PM baru, tetapi mereka mungkin tidak seronok bila Anwar samakan dirinya dengan Fethullah Gulen (penentang kerajaan Erdogan).

Anwar memang mahukan asylum, tetapi ianya mestilah dengan HARGA YANG TEPAT. Janganlah tawar Anwar standard macam JDT nak beli Torres. Anwar bukan lagi kuda tua. Masih bertenaga.

Jika HARGAnya tepat, dan platform kewangannya bagus, Anwar akan terima. Tetapi mestilah bersyarat.

Pakej yang Anwar tawarkan:-

  1. Suaka bukan untuk dia seorang; turut ditawarkan kepada seisi keluarga (pada bila-bila masa yang perlu);
  2. Turut melibatkan bantuan kewangan berterusan kepada PKR (khususnya Kak Wan dan Nurul Izzah). Unlimited and unaccounted for political expenses.
  3. Sebuah NGO antarabangsa ditubuhkan secara bersekali dengan SUAKA POLITIK. Dengan dana yang besar.
  4. Dibenarkan untuk bergerak di atas pentas Asia Tenggara dengan NGO baru (turut mempunyai pusat di Manila dan Jakarta).
  5. Tidak ada had masa untuk pakej politik ini diterimapakai.
  6. Diberikan dana khas ‘publicity and communication initiatives’ yang berpanjangan.
  7. Diberikan tempat di salah sebuah THINK TANK paling berpengaruh di negara terbabit.
Selain Turkey dan Amerika, mana lagi negara yang boleh mampu menyediakan pakej suaka politik yang besar seperti kehendak Anwar?

Struktur Organisasi PASMA Terdedah... PARASIT Tetap Tak Berani Keluar PAS


Akhirnya terdedah jugalah siapa sebenarnya yang menjadi PARASIT atau lebih tepat lagi LAJNAH PKR dalam PAS. Inilah golongan munafiq yang sepanjang masa menghasut jemaah-jemaah PAS agar menginfaqkan wala' dan mengadakan perjanjian dengan Anwar Ibrahim untuk memastikan PAS terus dijajah dan perlahan-lahan dihapuskan menerusi pelbagai kaedah penghinaan.

Tidak mengejutkan langsung apabila nama AHMAD AWANG, bekas pengarah latihan dakwah Pusat Islam ada dalam senarai ini. Ahmad Awang yang juga merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Perak merupakan orang yang paling penting dalam 'Perang 2008' di Perak dan Selangor bagi memastikan PAS tidak mempunyai kekuatan mendirikan kerajaan negeri di kedua-dua negeri tersebut menerusi Kerajaan Perpaduan yang diusulkan oleh Tuan Guru Presiden.

Ahmad Awang yang diketahui pada masa itu mempunyai masalah kewangan yang kronik, telah dihampiri oleh Ngeh Kor Ham dan perbincangan demi perbincangan telah dibuat sepanjang tempoh 2 minggu Ngeh Kor Ham memperjuangkan haknya untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak dari kalangan Cina yang pertama di negeri itu. Perbincangan yang banyak dibuat di sebuah restoran Cina, akhirnya sampai ke puncak apabila Ahmad Awang segera bertemu dengan TGNA di Kota Bharu apabila mendapat tahu, Tajul Rosli, bekas Menteri Besar Perak sedang berkira-kira untuk berunding dengan TGNA bagi mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan PAS dan lima Exco kanan Perak serta jawatan Menteri Besar diserahkan kepada PAS, sekaligus menjadikan kesemua ADUN PAS di Perak pada tahun 2008 memegang jawatan penting dalam Kerajaan Negeri Perak.

Di Selangor, Khir Toyo juga merancang untuk melakukan perkara yang sama. Namun segala-galanya terhenti apabila di Selangor, manusia-manusia keparat seperti Khalid Samad yang pada mulanya ada dalam senarai perunding Kerajaan Perpaduan, bersama-sama Dr. Dzulkefly menyertai Ahmad Awang untuk menghasut TGNA untuk menghentikan kerjasama tersebut.

Hasutan telah dibuat ke atas TGNA dan sebagai manusia biasa yang tidak lepas daripada membuat kesilapan dan kesalahan, ditambah pula dengan nasihat para penasihat yang diketuai oleh Husam Musa, TGNA akhirnya mengeluarkan kenyataan keras menolak Kerajaan Perpaduan. Natijah daripada penolakan yang dibuat oleh TGNA ialah, PAS dijajah dan dikuasai sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Sedar dengan kelemahan ayahandanya selagi Husam Musa dan para penasihat terus berkeliaran di sekeliling TGNA, Ustaz Nik Abduh mula memainkan peranan. 2013, TGNA letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, sekaligus menamatkan penguasaan Husam Musa di Kelantan apabila Husam Musa kehilangan semua jawatannya.

Ada perubahan yang berlaku dalam PAS selepas itu. Kaum PARASIT tidak senang duduk. Kemelut yang berlaku di Selangor membabitkan nafsu serakah Anwar Ibrahim menjelmakan golongan PARASIT yang hati dan jiwa mereka sebenarnya adalah Anwar Ibrahim walaupun mereka adalah ahli dan pemimpin PAS.

Projek 'api dalam sekam' kini sudah terdedah. Yang mendedahkan adalah nafsu mereka sendiri. Projek Husam Musa untuk menggulingkan Tuan Guru Presiden dengan bantuan Ahmad Awang yang tidak pernah berhenti daripada bercita-cita untuk menjadi Mursyidul Am, terserlah menerusi pelbagai kontroversi dan kekhilafan yang disengajakan, bermotifkan keuntungan kepada Anwar Ibrahim dan anak beranaknya serta Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng.

Penubuhan PASMA atau Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu, Kelantan dengan kehadiran 100 orang yang dikatakan ahli PAS. Matlamat utama penubuhan PASMA adalah untuk menaikkan Husam Musa sebagai Presiden PAS, memperkukuhkan kedudukan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng serta menghalang PAS daripada menjadi kuasa utama biarpun alasan utama yang diberikan oleh kaum PARASIT tersebut adalah, memastikan PAS terus berada dalam Pakatan Rakyat dan menolak UBN.

PASMA mula disebut-sebut apabila terdapat ura-ura TGHH mencadangkan PAS, UBN dan TSKI bekerjasama dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Selepas BERJASA (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia) dan HAMIM (Parti Hizbul Muslimin Malaysia), satu lagi parti baharu serpihan PAS dijangka bakal ditubuhkan berikutan sekumpulan ahli parti itu tidak berpuas hati dengan polisi terbaharu PAS.
Pada 31 Ogos lalu, satu kumpulan yang terdiri daripada 100 ahli PAS menamakan kumpulan mereka Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dilaporkan The Malaysian Insider telah mengadakan perjumpaan di Kota Baru, Kelantan.
Satu sumber memberitahu portal itu tujuan penubuhan PasMa adalah untuk menghalang PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sepertimana yang berlaku dalam krisis kepimpinan politik Selangor sekarang ini.

image
EL HARAKI -  facebook pro ulama, El Haraki menyiarkan senarai Ahli Jawatankuasa PasMa :


Inilah struktur organisasi PASMA (Parti Ummah Sejahtera Malaysia) sessi 2014/16.
 

Mursyidul Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)

Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kel)

Presiden Pasma :  Dato' Husam Musa (Kel)

Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)

Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Sel)

Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Png)

Naib Presiden Pasma : Khalid Samad (Sel)

Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)

Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)

Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)

AJK Pasma :Nordin Majid (PGS - Phg)
Dato Wan Rahim (Kel)
Ust Taib Ahmad (Ked)
Ust Nasir Zakaria (Ked)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maiden (Sel)
Syed Azman (Trg)
Mohamad Sabu (Png)
Ust Dzulqarnain (Per)
Sayuthi Basirun (Sel)
Abd Fatah Harun (Kel)

AJK Tambahan :Rahman Talib
Hazmi Hassan
Sayuthi Omar
Hisyamudin Ghazali

Diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Pasma. Pustaka Az Zahra' Kota Bharu Kelantan.


DARAH RAKYAT yang jadi MANGSA kepada peMANSUHan AKTA-AKTA penCEGAHan akan memBASAHi tangan DS Najib..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Anda memang DUNGU jika masih TIDAK menyedari bahawa yang memBERIkan keKUATan dan POPULARITI kepada PR bukannya orang lain tetapi DS Najib, para 'PUNAHSIHAT'nya dan segelintir PEMIMPIN 'PenJILAT' seperti beberapa AHLI POLITIK UMNO/BN.. Kenapa? Bukankah segala TUNTUTan PR seperti pengHAPUSan ISA, ORDINAN DARURAT, AKTA Mesin CETAK dan sebagainya cuba diPENUHi oleh DS Najib sendiri? RAKYAT biasa langsung TIDAK terKESAN pun dengan segala macam AKTA ini sejak berPULUH-PULUH TAHUN? Sebaliknya RAKYAT yang semakin terANCAM sejak AKTA-AKTA ini diMANSUHkan kerajaan..
CONTOHnya, apabila ORDINAN DARURAT diHAPUSkan, kita menyaksikan sendiri peningkatan keGIATan GANGSTER, KONGSI gelap dan 'UNDERWORLD' dah NAIK mendadak.. Malah, keGIATan sebegini turut diLINDUNGi oleh beberapa PARTI POLITIK seperti PKR dan DAP La'anatullah.. Hinggakan BANYAK yang dah MATI diTEMBAK termasuklah pengasas AMBANK dan Timbalan PENGARAH KASTAM.. Jadik? SALAH siapa seBENARnya? Kenapa kita TIDAK SALAHkan aje DS Najib?

Apa? DS Najib TIDAK patut diperSALAHkan? Bukankah dia sendiri sebagai PM yang terSENGIH-SENGIH meMANSUHkan AKTA-AKTA penCEGAHan ini semasa SAMBUTan HARI Malaysia pada TAHUN 2011? Bukankah ada 'LIVE' kat TV pada MASA itu?

Begitu jugak dengan TRAGEDI penCEROBOHan di Lahad Datu pada Mac 2013.. Apabila ISA diGANTIkan dengan SOSMA, ANASIR-ANASIR luar pun TIDAK TAKUT untuk meRENCANAkan AGENDA mengHANCURkan NEGARA ini dari dalam.. Tak perlu pun mereka meRENCANAkan AGENDA mereka dari NEGARA-NEGARA jiran pun.. Malah, ianya jauh lebih berBAHAYA jika diRENCANAkan dari NEGARA luar kerana mereka ada UNDANG-UNDANG yang lebih DAHSYAT dari ISA.. Namun, disebabkan betapa BAIK HATInya DS Najib untuk mengHANCURkan NEGARA sendiri, maka ISA pun diMANSUHkan bukan demi RAKYAT sendiri..

Sekarang ini AKTA HASUTAN pulak nak diGANTIkan dengan AKTA KeHARMONIan NASIONAL KONON-KONONnya.. Walaupun MANTAN KETUA HAKIM NEGARA sendiri dah memBERIkan NASIHAT dalam SOAL ini, tapi memandangkan 'BAR Council' lebih diSUKAi oleh DS Najib kerana teringin nak jadik LIBERAL, maka diperSETANkan aje segala NASIHAT KETUA HAKIM NEGARA itu.. Walaupun MANTAN PM TUN DR. Mahathir sendiri MENEGUR DS Najib, itu pun NAMPAKnya diperSETANkan jugak.. Malah, ada pulak para 'PenJILAT' dan penCACAI seperti orang ini yang cuba memPERLEKEHkan TUN DR. Mahathir untuk cari PUBLISTI..
Menurut si penCACAI dari Sabah ini,
"In short, to put in bluntly, Mahathirism, as some people call it, no longer works. And this is what many of the 'Old Guard' do not appear to understand.

Even the on-going use of the Sedition Act on some opposition leaders is being condemned. The government will have to tread very carefully lest this move triggers negative repercussions. Umno-Barisan Nasional is not going to be a very popular government once the trials begin.

The crime of sedition is not about what you say but about the intent behind what you say. Hence the government needs not prove what you say (which is on record anyway) but why you said it. And intent is not easy to prove because intent is not what you say but what is in your heart."
KAH!KAH!KAH! Kalau OTAK dah tahap penCACAI, kalau ada PhD sekalipun ianya tetap menunjukkan tahap OTAKnya lebih KURANG dengan MP PAS Pokok Sena.. IRONInya, Kerajaan UMNO/BN tetap TIDAK akan menjadik 'POPULAR' walaupun AKTA HASUTAN diMANSUHkan.. Bukan sesuatu yang mengHAIRANkan tatkala DS Najib masih terKIAL-KIAL nak memBUKTIkan keSALAHan seseorang di bawah AKTA KeHARMONIan NASIONAL, mungkin DS Najib dan penCACAI TUA dari Sabah ini tak SEDAR bahawa UMNO/BN dah pun KALAH pada PRU-14 nanti!


Selanjutnya, si penCACAI yang tak SEDAR dirinya ketinggalan ZAMAN ini KATA,
"If the court kicks out these cases because the prosecution failed to prove intent, the government is going to be very embarrassed. And if instead these people are sent to jail, the government is going to face a lot of criticism. This is where, both ways, the government loses.

The Sarawak state election next year is going to be very crucial. This will more or less determine what is going to happen in the next GE around 2017-2018. And the next GE will decide whether Umno and Barisan Nasional will still be in power.

Hence the Najib critics had better back off and not pressure Najib to return to the era of Mahathirism because that would be a sure recipe for disaster -- for Umno and Barisan Nasional, that is. Najib must propagate reforms and be seen to be serious and sincere about it. If not, then Umno’s and Barisan Nasional’s days are numbered."
Kita SEMUA TAHU apa yang berlaku semasa PRN Sarawak TAHUN 2011 dulu.. Kita SEMUA TAHU betapa KRONIKnya DAP La'anatullah untuk menguasai Sarawak hingga ada PEMIMPIN mereka terang-terangan mengHINA PEHIN Sri Taib dalam BAHASA Cina semasa berKEMPEN.. Ohh.. Sudah tentu si penCACAI dari Sabah ini TIDAK TAHU pasal bukan dia TURUN berKEMPEN pun MASA tuh..
Kalau pada MASA itu pun HASUTan dah berleluasa, anda boleh JANGKA apa akan jadik jika PRN Sarawak diadakan selepas AKTA HASUTan diMANSUHkan dan diGANTI dengan AKTA KeHARMONIan NASIONAL nanti.. Tak pasal-pasal DS Najib akan jadik PM paling BENGAP pasal HILANG sebuah NEGERI lagi kerana IKUTkan sangat keMAHUan MUSUHnya dan para penCACAInya dari Sabah ini..
Secara JUJURnya, kita memang berSYUKUR bahawa penCACAI dari Sabah ini sudah pun diPINGGIRkan dari ARENA POLITIK di NEGERInya sendiri.. Kita dapat BAYANGkan jika dia TIDAK diPINGGIRkan sebelum PRU-13, bukan UMNO/BN aje yang HILANG Sabah, malah Malaysia pun akan HILANG sebuah NEGERI.. Kita meMOHON sangat-sangatlah kepada 'AMAN Brothers' di Sabah agar TIDAK memBERIkan MUKA kepada penCACAI sebegini.. Kalau dia nak BANGGAkan sangat PhDnya itu, LANTIK aje dia sebagai WAKIL untuk meRUNDINGkan POLIS kita yang diCULIK entah berapa BULAN dah di Sulu.. Itu pasal ISA dah takde lah tu!

Kita TEGASkan di sini bahawa SIKAP DS Najib sendiri sebagai PEMIMPIN yang dah BANYAK meLEMAHkan kerajaan, bukannya segala macam AKTA yang dah diMANSUHkan itu pun.. Walaupun WUJUD AKTA sebegini, tetapi kalau Kerajaan UMNO/BN jaga RAKYAT, takde masalah pun.. Satu DUNIA TAHU dan IRI HATI terhadap penCAPAIan NEGARA di bawah Kerajaan UMNO/BN sejak TAHUN 1957 lagi.. Kenapa pulak DS Najib sendiri GATAL nak meMUSNAHkan penCAPAIan ini hanya seMATA-MATA nak diLIHAT LIBERAL dan 'POPULAR' di MATA penCACAI?
Kenapa DS Najib KEMARUK nak BASAHkan TANGANnya sendiri dengan DARAH RAKYAT yang jadik MANGSA dek kerana AKTA-AKTA penCEGAHan sebegini dah diHAPUSkan? Tak RASA berDOSA ke sebab DS Najib nak jadik LIBERAL, RAKYAT jadik MANGSA seperti TRAGEDI Lahad Datu, GANGSTERisme dan BANYAK lagi?
Wallahualam..

Buat Apa Kedudukan Mohd Najib KukuhSedangkan Orang Melayu dan Rakyat Rasa Tidak Selamat.

A Kadir Jasin
DUA peristiwa mencetuskan keinginan saya untuk menulis kupasan yang agak panjang ini.

Pertama, apabila saya terserempak seorang bekas profesor ekonomi berketurunan India sebuah universiti awam di sebuah kedai kopi pada hari raya kedua.

Kedua, hujah bekas menteri undang-undang, Mohd Zaid Ibrahim, dan Ahli Dewan Rakyat DAP Kluang, Liew Chin Tong, bahawa (Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah pemimpin yang lebih kuat daripada Mohd Najib Abdul Razak.
Mohd Najib lebih kuat daripada Abdullah di segi politik
Dalam peristiwa pertama, saya terperanjat melihat wajah cendekiawan akademik itu. Beliau muram dan murung duduk berseorangan.

Saya bertanya adakah dia sakit atau kurang sihat? Katanya, dia tidak ada masalah kesihatan, tetapi jiwanya kacau melihat apa yang berlaku di Malaysia pada akhir-akhir ini dan menambah bahawa Malaysia nampak seolah-olah tanpa kepemimpinan serta berkemungkinan meledak.

Saya katakan, Malaysia mungkin sudah "implode" - meledak dari dalam.

Di kedai kek berhampiran pula, taukenya - seorang wanita Cina - menunjukkan ke arah peti televisyen yang sedang menyiarkan berita. "All bad news (Semua berita buruk)," katanya.

Saya menasihati bekas pengajar universiti itu agar jangan terbawa-bawa dengan gundah-gulananya sehingga merana memakan diri.

Saya katakan kepada beliau: "Buat apa saudara gundah-gulana sehingga memakan diri sedangkan orang memerintah mungkin tidak pun peduli!"

Kepemimpinan Bentuk Baru

Sama ada benar atau tidak tanggapan bahawa Malaysia kini menderita keruntuhan kepemimpinan (leadership breakdown), realitinya (dan ironinya) cukup menarik, iaitu Mohd Najib, sebagai orang nombor satu dalam kepemimpinan negara, telah berjaya meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri yang kuat dari segi kedudukan politik.

Dari segi pentadbiran, beliau mungkin tidak sekuat Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein atau Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi beliau cukup kuat dari segi kedudukan politik; setidak-tidaknya pun secara perbandingan.

Justeru itu, sesiapa pun yang berhasrat menjatuhkan beliau atau mengharapkan kejatuhan beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri adalah bermimpi di siang hari atau lebih mirip kepada mengigau dan meracau.

Mohd Najib mustahil boleh dijatuhkan sebagai Presiden  Umno dan selagi beliau kekal Presiden Umno, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri.

Hanya Umno yang boleh menjatuhkan Mohd Najib, tetapi selepas lebih lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, tidak wujud sebarang tanda bahawa ada pemimpin Umno yang mampu atau mahu mencabar beliau.

Yang terdekat adalah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin. Tetapi beliau telah pun mengisytiharkan yang beliau "tired" (letih) dan tidak berminat mencabar Mohd Najib.

Antara alasan beliau adalah beliau tidak mahu dituduh tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana Perdana Menteri. Perlu diingatkan yang Muhyiddin adalah pemimpin tertinggi Umno yang tegas mahu Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Baru-baru ini, Muhyiddin membisikkan kepada saya yang beliau sedang mengalami "sindrom Timbalan Perdana Menteri" - merujuk kepada ramainya TPM yang tidak naik menjadi PM - (Tun) Dr Ismail Abdul Rahman (meninggal dunia), (Tun) Musa Hitam (meletak jawatan), (Tun) Abdul Ghafar Baba (meletak jawatan) dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (disingkir).

Main Selamat Baik Untuk Najib

Hatta Dr Mahathir yang begitu popular dan cemerlang pun tidak bernasib baik atau kuat dalam parti seperti Mohd Najib.

Tidak sampai lima tahun menjadi PM dan Presiden Umno, Dr Mahathir sudah mula dicabar, bermula dengan peletakan jawatan Musa sebagai TPM pada awal tahun 1986 dan dituruti pada tahun berikutnya oleh cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan jawatan Presiden Umno.

Tidak ada sebarang isyarat bahawa wujud watak-watak seperti Tengku Razaleigh dan Musa dalam kepemimpinan Umno hari ini yang boleh mengancam kedudukan Mohd Najib.

Mohd Najib sering disindir kerana kononnya main selamat (play safe). Apa yang kurang disedari adalah amalan main selamat itu menjadikan Mohd Najib kuat. Beliau tidak mencetuskan permusuhan dengan sesiapa dan berbaik-baik dengan semua. Amalan main selamat membawa tuah kepada beliau.

Dan sejak menjadi PM pada 4 April, 2009 beliau menggunakan kuasa politik, eksekutif dan ekonomi untuk meramaikan penyokong setia, menjinakkan penentang dan memusnahkan musuh. Hasilnya beliau melantik ahli kabinet, penasihat, pegawai khas dan perunding pelbagai kelas paling ramai dalam sejarah PM Malaysia.

Ramai pengkritik beliau di dalam dan luar Umno, termasuk veteran parti, telah menyerah kalah. Mereka sudah mati akal berdepan dengan "elegant silence" beliau. Mereka tidak tahu apa lagi yang boleh mereka lakukan demi Umno dan negara.

Siapa kata Mohd Najib lembek? Kalau ya pun, beliau sekadar mempamerkan sifat itu bagi mengelirukan dan memerangkap penentang-penentangnya - umpama mentadak (praying mantis) yang terenjut-enjut atas daun, tetapi sepantas kilat menerkam.

Nasib Mohd Najib luar biasa baiknya. Kalau kita percaya kepada laporan media massa dalam dan luar negara, hatta tragedi yang menyayat hati seperti penembakjatuhan MH17 pun menjadikan Mohd Najib lebih kuat dan popular.

Ke Mana Arah Tujuan Kita?

Buat waktu ini, kedudukan politik Mohd Najib nampak cukup baik, unggul dan tenteram. Tidak ada siapa yang boleh menjatuhkan beliau.

Dalam situasi itu, Umno yang dikatakan lemah dan Barisan Nasional yang tidak bermaya akan terus memerintah kerana Pakatan Rakyat tidak lagi kuat.

Pergolakan dalam PR berkaitan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor di kalangan kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat menguatkan lagi kedudukan Mohd Najib.

Apa yang membimbangkan adalah pengundi bukan lagi akan memilih di antara "the devil that they know" dengan "the devil that they don't know" seperti diungkapkan oleh Dr Mahathir ketika PRU 2013, sebaliknya memilih antara yang terkuat di kalangan yang lemah.

Natijahnya, kalau kemampuan kepemimpinan negara yang diterajui oleh Mohd Najib menguruskan ekonomi hambar, keselamatan tidak terjamin dan kedaulatan negara dicerobohi maka yang akan menderita adalah rakyat jelata.

Mohd Najib kuat, tetapi rakyat jelata belum tentu kuat juga.

Wallahuaklam.
 
 
AMUKANMELAYU - UMNO DAN PAS tiada alasan lagi untuk kembali bersatu dan bersihkan NAJIS yang terpalit di muka yang telah lama di biarkan.