,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 1 June 2015

PERJUANGAN MENJADI SIA-SIA JIKA ADA DUSTA DI DALAM DADA


klia2 - Isnin 14 Sya'aban 1436, KRISIS....TGHH membuktikan dia ada JANTANnya lagi. Penulis amat terpegun dengan sifat-sifat JANTANnya dan dalam MUKTAMAR nanti dia berserah pada Allah dan Ahli-ahli PAS yang akan menentukan siapakah PRESIDENT yang perlu di pilih oleh Ahli PAS untuk menerajui PAS seterusnya.

“Jika ada parti lain macam DAP, yang ada pandangan tentang PAS, pandangan dia (DAP) tentang PAS, parti lain termasuk DAP hendak suruh begini, hendak suruh begini. Jadi terpulang kepada ahli-ahli PASlah hendak bebas (pilih) diri dia sendiri, hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP,” tegasnya kepada media, semalam, lapor Harakahdaily.
Ayat ini jelas TGHH hendak ahli memikirkan hala tuju perjuangan. Dasar parti di tentukan oelh PERTInya sendiri dan bukannya dari PARTI kompenan yang lain yang bernaung di bawah " TAHLULSIASI". Senang cerita, tahlulsiasi itu sendiri  telah menjelaskan yang PARTI kompenan PR harus menurut KEHENDAK PAS sebagai pemegang "MAJORITI SYER" dalam PR dan bukannya DAP/PKR yang memegang menoriti syer dan sleeping partner dalam PR.

Tapi jika di fikirkan secara menyeluruh, PAS dan UMNO kini sudah di ambang KEHANCURAN. Secara serentak kini kedua-dua PARTI ISLAMELAYU itu sedang mengalami saat-saat yang amat mencabar. UMNO dengan skandal 1MDB dan PAS dengan KRISIS kepimpinan yang menjadikan Islamelayu berada dalam delima. Jika di perhatikan kini, kedua-dua parti ini seperti MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI. Yang untung di atas kerisis ini sekarang adalah DAP. 

Penyokong MCA hampir 90% lari kepada DAP dan dengan tertubuhnya PasMa, sebahagian dari penyokong PAS kini bersama DAP. Atas sebab ini DAP minta TGHH meninggalkan PR kerana DAP yakin jika PAS keluar dari PR, PasMa akan terus bersama DAP/PR. Ini adalah kejayaan besar bagi DAP kerana mereka mendapat "BONOS" dari PAS dan dalam masa yang sama mereka dah mendapat KEUNTUNGAN dari MCA/BN. 
YANG RUGI ADALAH MELAYU......... 

DAP JADI PENCATUR UNTUK BENAMKAN PRO ULAMA PADA PEMILIHAN PAS NANTI..........

Sekiranya pemilihan umno dicaturkan oleh mca atau mic, malah ada pemimpin mca yang terang-terang gunakan ayat begini, "bakal presiden umno perlu ditukar pada pemilihan ini".
Agak-agak tuduhan umno bachul, umno kecut, umno dikemam telur oleh mca pasti berkumandang, tetapi hal itu mustahil berlaku dalam BN.

Tetapi apa terjadi terhadap pas sangat memalukan, apabila, pemimpin dap seperti nga kor ming pula menjadi jurucakap serta jurupromosi kepada bakal presiden pas yang dicalonkan pada pemilihan nanti.
Sudah ketara peranan pro dap untuk kawal selia parti Islam itu, adakah tidak terdetikkah naluri akar umbi yang mereka memang bakal dikeldaikan cukup-cukup oleh si kafir yang mencaturkan pemimpin mereka selepas pemilihan pas nanti.

Memalukan sekiranya golongan pro ulama tidak mampu nak lakukan apa-apa. Serius, jatuhnya hadi, tiada makna pas bercerita parti itu memperjuangkan Islam. -


Dalam HIJAU ada MERAH....
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peluang kepada ahli-ahli untuk untuk membuat pilihan sama ada memilih pemimpin parti yang disukai DAP atau sebaliknya pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 di Kuala Selangor nanti.

 
Beliau berkata terpulang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak memilih pemimpin sendiri atau mengikut telunjuk DAP.
Kata beliau, jika ada mana-mana parti lain yang ada pandangan tentang PAS termasuk DAP serta mahu mengikut kehendaknya, itu terpulang kepada ahli-ahli PAS sendiri.
“Jika ada parti lain macam DAP, yang ada pandangan tentang PAS, pandangan dia (DAP) tentang PAS, parti lain termasuk DAP hendak suruh begini, hendak suruh begini. Jadi terpulang kepada ahli-ahli PASlah hendak bebas (pilih) diri dia sendiri, hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP,” tegasnya kepada media, semalam, lapor Harakahdaily
Ketika ditanya dua kumpulan ulama dan profesional pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali ini, beliau menjelaskan kedua-dua pihak mempunyai calon tetapi salah satunya menjadi pilihan DAP.
“Tak timbul lagi ulama sebab dua-dua ada ulama. Belah ini ada ulama, belah itu ada ulama. Dua-dua ada ulama. Cuma satunya hak DAP hendak, satunya DAP tak nak…pilihlah.
“Saya hendak beri peluang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak pilih hak kita sendiri atau hak yang DAP hendak. Mungkin ada pemimpin yang dipersetujui DAP dan sependapat dengan DAP,” jelasnya.
Tengoklah mcm mana orang Kafir bekerja.....Mereka bagus dalam perancangan...ada strategi jangka pendek dan panjang malah ada misi dan visi. Begitu hebat dalam perlaksanaan. Mereka merancang dengan TELITI untuk "MENAKLUK NEGARA" ini secara sah melalui Demokrasi. Lihat bagaimana cerita Alfonso De AlBurke  di bawah ini.....


Alfonso De AlBurke Pernah 3 Kali Melakukan Cubaan Untuk Menculik Jenazah Rasullullah?

Berapa kerat dari kita yg tahu bahawa Alfonso De Alburke yang menakluki Melaka 1511, telah berperang dengan dunia Islam sejak sebelum menyerang Melaka lagi. 

Betapa mendalam dan bencinya beliau kepada Islam. Malah selepas menawan kota Melaka beliau telah menakluki Kota Aden di Yaman, selepas itu beliau meneruskan pelayaran ke Jeddah dan telah melakukan 3 kali percubaan untuk menculik jenazah Rasulullah s.a.w. dari kota Madinah untuk di jadikan tebusan bagi tawar menawar dengan pemerintah Arab. Tetapi sebanyak tiga kali juga beliau gagal di sebabkan dibadai oleh ribut taufan. Ini menyebabkan beliau merasai bahawa Tuhan tidak merestui tindakan beliau itu. Pada 1515 beliau telah berjaya menawan Hormuz dengan bantuan 

Beliau juga pernah mencuba untuk memesongkan aliran sungai Nil, demi untuk mengkering-tanduskan bumi Mesir yang ketika itu berada di bawah pemerintahan empayar Uthamaniyyah, Turki. Pada 1521, seorang rakan Alfonso, António Correia, telah berjaya pula menakluki Bahrain 

Betapa perancangan jahat mereka begitu tersusun dan terancang......

X hairanlah jika ada pihak yg mendakwa, Alfonso De Alburqe yang dicatatkan oleh sejarah sebagai mati di laut oleh angkara lanun pada 1515 sebenarnya telah mati dalam satu pertempuran dengan tentera kerajaan Islam Monghul di India kerana membalas perbuatan jahat beliau ke atas dunia Islam termasuk telah mengakibatkan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka 1511.

Walaupun perancangan jahat Alfonso di Semenanjung Arab gagal, tetapi kesatuann negara2 Eropah di bawah panji2 Perang Salib tidak berputus-asa meneruskan serangan mereka kepada dunia Islam. Selepas kekalahan empayar Uthamaniyyah dlm peperangan dunia pertama, dan selepas Empayar Uthamaniyyah tersebut runtuh dan Turki di ambil alih oleh Mustapa Kamal Antartuk, wilayah2 di bawah jajahannya di Asia dan Afrika telah terlepas kepada penjajah2 Eropah. Secara tidak langsung peperangan dan penaklukan yang sambung oleh Alfonso De Alburke telah diteruskan oleh negara2 Kristian dan akhirnya mereka berjaya untuk meruntuhkan empayar dan kerajaan Islam Uthamaniyyah. 

Apa yang peliknya dan seolah2 tidak belajar dari sejarah, di Malaysia dakyah Kristian yang begitu agrasef cuba menyusup masuk ke negeri Selangor, seorang exo agama Islam dari parti PAS yang cuba untuk membenterasnya telah dipecat bukan sahaja daripada jawatan exco malah juga keahlian daripada parti Islam.

Ke mana sebenarnya arah tuju PAS? Mengapa dibiarkan dakyah Kristian berleluasa tanpa sekatan dan ada antara pemimpin yang merasa TERKESIMA atau BANGGA bila di puji PENGANUT Ugama lain......

Mujahid Yusof Rawa DISANJUNG Paderi Kristian Kerana MEMPERJUANGKAN KRISTIAN


Sunday, March 2, 2014


Image result for fb - mujahid suka di gelar bishop

Sunday, March 2, 2014

Anggota Parlimen PAS Mujahid Yusof Rawa mendapat sanjungan seorang paderi Katholik ekoran kenyataannya bahawa parti itu tidak boleh berdiam diri apabila orang Kristian di Malaysia terus dicerca.

Add caption
Biskop Katholik Paul Tan Chee Ing (kanan) berkata, kenyataan itu menunjukkan standard luar biasa bagi seorang ahli politik Malaysia, lebih-lebih lagi memandangkan beliau sendiri seorang "Islam".

Tan juga berkata, PAS sendiri menunjukkan perubahan besar daripada sebuah parti yang pemimpinnya pada suatu masa menganggap Kristian sebagai ancaman lebih besar berbanding komunis.

Sumber: Malaysiakini



Bangga Habis - kALU TAK BANGGA TAKKAN POST DALAM FB?




MUJAHID TUNJUK 'STAND' UNTUK GULINGKAN TUAN GURU HAJI HADI 



 

Selepas Nizar, mungkinkah Mujahid Yusof Rawa akan 'dikerat' ketika pemilihan PAS Pusat nanti? Seorang demi seorang dilihat sedang 'mati' ditembak penangan peluru-peluru geng ulama PAS.

Mana-mana Pemimpin yang nampak terarah ke PKR-DAP dan menolak hudud akan kena 'sembelih' serta-merta. Nampaknya sesiapa yang nampak akan menolak hudud akan ditolak oleh orang PAS.

Teruskan. Kita nak tengok juga sejauh mana perang saudara PAS ini akan berlarutan. Apakah ahli-ahli PAS akan akur dengan mereka yang tidak lagi ingin mengikut jalan lama PAS?

Apakah PAS sudah bersedia menjadi liberal dan tunduk di bawah DAP selamanya? Jika tangan UMNO ditolak, apakah PAS sedia menjilat kaki DAP? Ahli-ahli PAS banyak yang diam.

Ada ramai juga yang menolak Anwar Ibrahim. Tetapi dapatkah semua ini dizahirkan didalam pemilihan PAS kelak? Kenapa PAS masih pilih Khalid Samad? Mujahid? Apapun gerakan masing-masing dalam PAS semakin menggila. - K7L :

Dan mereka seakan MENGGILA menyerang TGHH secara "BERJEMAAH" .....pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri  yang bersekongkol dengan KAFIRUN menyerang TGHH. Politik jenis apakah ini. Dan sesungguhnya ini adalah satu PEPERANGAN. Bagaimana seorang Islam boleh bersekongkol dengan KAFIRUN untuk menyerang dan MEMBUNUH saudara sendiri?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyuarakan keyakinan PAS tidak akan berjaya membawa rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Parlimen sebagaimana digembar-gemburkan parti berkenaan.

Kit Siang menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini hanya 'cakap-cakap kosong' semata-mata ingin meraih sokongan menjelang pemilihan parti pada Jun ini.

Beliau berkata, Abdul Hadi pernah membawa rang undang-undang tersebut di Parlimen pada tahun 1996 namun ia hanya sekadar usul tanpa sebarang tindakan susulan untuk dibahaskan oleh wakil-wakil rakyat.

Justeru itu, beliau melihat sejarah tersebut pasti akan berulang kerana Abdul Hadi bukanlah seorang pemimpin yang berani bersuara untuk mempertahankan hak serta perjuangan parti berkenaan.

“Beliau (Abdul Hadi) sebelum ini pernah membawa rang undang-undang yang hampir sama di Parlimen pada 1996. Tetapi ia kekal di kertas Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan tidak pernah dibawa ke peringkat perbahasan apatah lagi pengundian.

“Saya percaya perkara sama akan berulang jika Abdul Hadi membawa rang undang-undang itu di Parlimen Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, Kerajaan Persekutuan pasti tidak akan membenarkan usul tersebut dibawa ke Parlimen kerana ia boleh menghancurkan kerjasama Barisan Nasional(BN) dan beberapa parti komponen di negeri Sabah dan Sarawak.

“Jika ini berlaku, akan menyebabkan perpecahan besar dalam politik negara. Pertama kepada BN khususnya parti komponen di Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.- UtaraNews.com

GUAN ENG ANGKUH CABAR HADI TUNJUK DALIL AL QURAN TENTANG HUDUD

Kadang2 cukup meluat bila cakap pasai Pas, masih dok tunggu Pakatan rakyak lagi, Dap jual depa sekupang dua saja, kata orang Kedah, awat syok sangat ka, yg x pernah bersunat ne?, kalau dgn Umno, sanggup berpatah arang berkerat rotan, marah sampai bergitu sekali, cuba mai join dgn Umno, biar padan muka Dap, cukup malu Orang Melayu jika dibiarkan anak beranak Lim Dap dok pebodoh orang Pas yg mengaku alim ulamak, baru2 ne pak dia, hari ne dia pula, cukup2 lah Pas oi gila kuasa didunia, ingat2 lah kuasa Allah di Akhirat pula.

Dalam kepimpunan PAS bukan main lagi ada mursyidul am, ada dewan ulamak dewan
muslimah bagai tap tap DAP pi tegur PAS tentang Islam... Malu beb... Kat surau bukan
main lagi berceramah... Mungkin sebab PAS tak pernah sedar tentang pentingnya
ukhuwah sesama islam berbanding hubungan kamu dengar golongan kafir yang
tidak bertanggungjawab......

PENGHINAAN yang melampau
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan bukti dalil Al Quran yang membenarkan umat Islam memarahi pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud.
“Sebagai seorang yang bukan beragama Islam dan tanpa ilmu mengenai agama Islam, saya hanya tahu bahawa Islam adalah agama ramah, bukan agama marah.
“Saya memohon Hadi supaya mengemukakan dalil Quran yang manakah dijadikan hujah bahawa umat Islam mesti sentiasa marah terhadap mereka yang tidak percaya, mahupun mereka yang tidak sependapat,”katanya dilapor Malaysiakini.

Lim berkata DAP membantah hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan, bukan kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.
“Adakah Hadi hanya marahkan DAP kerana DAP merupakan satu-satunya parti yang ikhlas dan serius membantah undang-undang hudud tidak seperti parti-parti lain yang tidak benar-benar komited, tetapi sekadar bersandiwara mengikut arahan Umno?” katanya lagi.

Lim berkata demikian sebagai respon kenyataan Hadi pada program “Bicara Harakah” semalam yang berkata tanggungjawab dalam perkara berkaitan agama Islam merupakan sebab PAS masih ‘marah’ dengan DAP apabila bapanya yang juga penasihat DAP, Lim Kit Siang menolak hudud secara terbuka dalam satu ceramah di Kota Bharu.
“Bila kita nak mengemukakan usul yang berkait dengan undang-undang jenayah syariah (Hudud) di Kelantan, yang berkait dengan orang Islam sahaja, tidak ada kena mengena (dengan) orang bukan Islam.
“Kita sudah mengadakan pertemuan bersama dengan DAP dan (DAP) bersetuju Kelantan ada hak untuk mengemukakannya, DAP (ada) hak dia (untuk) tak bersetuju.
“Namun demikian, dia terus membuat kenyataan menghentam Kelantan…ini hak Kelantan, kita dah bersetuju,” kata Hadi,lapor Bernama.
Beliau berkata ketika menjawab pertanyaan seorang hadirin pada program itu yang bertanya mengapa PAS masih marah dengan DAP yang merupakan rakan dalam Pakatan Pembangkang.

AMUKANMelayu - Tunjukan pada kami jalan yang lurus.......