,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI

Sunday 24 January 2016

TIADA BEZANYA Antara KB Kedah Dan KC Teluk Kemang

GKCM - Ku Nan Tidak Faham Isu Sebenar !

Sunday, January 24, 20160

Astroawani
Bukan nak memanjangkan isu perbezaan tindakan antara Ketua2 Cawangan dari Teluk Kemang dan Ketua2 Bahagian Kedah, tapi satu penjelasan yang terang perlu diberikan tentang ISU SEBENARnya yang dipertikaikan oleh GKCM.

Mengikut Mkini, Ku Nan berkata -

"Mereka menyuarakan tidak senang dengan ketua perhubungan Umno negeri mereka, tetapi mereka kata terpulang kepada presiden parti untuk menentukan, bukan mereka desak supaya letak jawatan seperti (dilakukan) ketua cawangan.

"Mereka ikut perlembagaan, mereka ada perbincangan dahulu dalam kalangan mereka barulah mereka mengeluarkan kenyataan mengenai kurang senang terhadap ketua perhubungan mereka... itu memang ada dalam perlembagaan Umno,"

Bla bla bla .......

Mengikut kata Datuk Mohd Zin, Ku Nan sebenarnya telah SALAH FAHAM tentang apa isu sebenarnya. Menurut Datuk Zin, isunya adalah mengenai PENGGUNAAN SALURAN MEDIA MASSA sepertimana disebut dalam surat pertuduhan dari Lembaga Disiplin kepada mereka dulu.

- 9 Ketua Cawangan Teluk Kemang dikenakan tindakan disiplin kerana mereka telah menggunakan saluran media massa @ mengadakan sidang akhbar bagi menyuarakan ketidakpuasanhati mereka. 

- Ketua2 Bahagian Kedah turut menggunakan saluran media massa @ mengadakan sidang akhbar bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka

Bukankah SAMA tindakan kedua kumpulan itu ?

Kenapa Ketua2 Cawagan Teluk Kemang dikenakan tindakan disiplin atas tindakan mereka tapi tindakan ke atas Ketua2 Bahagian Kedah dikatakan sebagai TIDAK ADA KEPERLUAN ?

Di manakah keadilan ? 

Itulah yang dimaksudkan oleh Datuk Zin dua hari lepas ( KLiK ) bila beliau mengancam untuk mengadakan demo dan membakar buku perlembagaan Umno kerana jika kepimpinan Umno sendiri tidak akur dan patuh kepada Perlembagaan parti serta bertindak secara pilih kasih, untuk apa lagi dipertahankan perlembagaan itu.

Umno amal sistem kasta, kata GKCM

Published: 22 January 2016

Gerakan Ketua Cawangan Malaysia berkata Umno kini mengamalkan sistem kasta apabila tiada tindakan disiplin dikenakan kepada 14 ketua Umno bahagian di Kedah yang mendesak peletakan jawatan menteri besarnya Datuk Seri Muhkriz Mahathir. 

Kumpulan penentang Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menyifatkan Umno kini mengamalkan sistem kasta kerana suara ahli akar umbi tidak lagi dihiraukan dan tidak dianggap penting.

Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan parti yang tidak akan mengambil tindakan disiplin ke atas 14 ketua Umno bahagian di Kedah yang mendesak peletakan jawatan menteri besar negeri itu, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.

"Rupanya di dalam Umno sudah ada sistem kasta, di mana ahli dikategorikan mengikut kedudukan dan kepentingan mereka.

"Umno melayan ahli dengan cara yang amat berbeza. Begitu hina sesetengah ahli di mata pemimpin," kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan semalam.

Kumpulan tersebut mempersoalkan kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang enggan mengambil tindakan ke atas 14 pemimpin Umno negeri itu.

Mereka membandingkan dengan kes sebelum ini apabila parti menghukum 9 ketua cawangan Umno Telok Kemang atas kesalahan mengadakan sidang media mendesak Presiden Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.

"Apakah sidang akhbar dilakukan ketua bahagian Umno di Kedah merupakan satu sandiwara dan tidak ada keperluan untuk diambil tindakan seperti termaktub dalam buku perlembagaan parti?

"Permainan dan sandiwara pemimpin tertinggi Umno amat melucukan dan mewujudkan banyak kesangsian di kalangan ahli parti," kata kumpulan itu.

GKCM juga membidas Tengku Adnan dengan menyifatkannya "bodoh" kerana seolah-olah memiliki kuasa mengatasi perlembagaan parti.

"Kenyataan setiausaha agung (Tengku Adnan) terlalu dangkal dan bodoh kelihatan dia berada di atas mengatasi undang-undang perlembagaan Umno," katanya.

Tindakan Umno yang tidak mahu mengambil tindakan dan dikuasai mereka yang tidak jujur hanya akan menenggelamkan parti lebih cepat, kata GKCM.

"Akibatnya, kapal Umno sudah hampir tenggelam sebab nakhodanya dikendalikan manusia yang tidak jujur dan tidak tahu haluan sebenar."

Tengku Adnan semalam dipetik berkata tidak akan mengambil tindakan disiplin ke atas 14 Ketua Umno Bahagian di Kedah yang mendesak Mukhriz berundur.

Alasan yang diberikan beliau ialah, kumpulan tersebut hanya meminta campur tangan Najib bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri utara tanahair tersebut.

GKCM semalam menyerahkan memorandum kepada parti menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap ketua-ketua Umno bahagian itu.

Katanya, Umno tidak boleh bersikap “double standard” (berat sebelah) dengan hanya berani menghukum ketua cawangan tetapi tidak mengambil tindakan ke atas ketua bahagian yang melanggar perlembagaan parti. – 22 Januari, 2016

AMUKANMelayu - Tiada siapa yang KEKAL.......sampai masanya engkau di turunkan......sama ada dalam keadaan FITRAH atau dalam keadaan hina.......

Ku Nan enggan ambil tindakan disiplin, Umno amal sistem kasta, kata GKCM

Gerakan Ketua Cawangan Malaysia berkata Umno kini mengamalkan sistem kasta apabila tiada tindakan disiplin dikenakan kepada 14 ketua Umno bahagian di Kedah yang mendesak peletakan jawatan menteri besarnya Datuk Seri Muhkriz Mahathir. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 22 Januari, 2016.Gerakan Ketua Cawangan Malaysia berkata Umno kini mengamalkan sistem kasta apabila tiada tindakan disiplin dikenakan kepada 14 ketua Umno bahagian di Kedah yang mendesak peletakan jawatan menteri besarnya Datuk Seri Muhkriz Mahathir. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 22 Januari, 2016.
Kumpulan penentang Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menyifatkan Umno kini mengamalkan sistem kasta kerana suara ahli akar umbi tidak lagi dihiraukan dan tidak dianggap penting. Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan parti yang tidak akan mengambil tindakan disiplin ke atas 14 ketua Umno bahagian di Kedah yang mendesak peletakan jawatan menteri besar negeri itu, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.
"Rupanya di dalam Umno sudah ada sistem kasta, di mana ahli dikategorikan mengikut kedudukan dan kepentingan mereka.

"Umno melayan ahli dengan cara yang amat berbeza. Begitu hina sesetengah ahli di mata pemimpin," kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan semalam. Kumpulan tersebut mempersoalkan kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang enggan mengambil tindakan ke atas 14 pemimpin Umno negeri itu.
Mereka membandingkan dengan kes sebelum ini apabila parti menghukum 9 ketua cawangan Umno Telok Kemang atas kesalahan mengadakan sidang media mendesak Presiden Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.
"Apakah sidang akhbar dilakukan ketua bahagian Umno di Kedah merupakan satu sandiwara dan tidak ada keperluan untuk diambil tindakan seperti termaktub dalam buku perlembagaan parti?
"Permainan dan sandiwara pemimpin tertinggi Umno amat melucukan dan mewujudkan banyak kesangsian di kalangan ahli parti," kata kumpulan itu.
GKCM juga membidas Tengku Adnan dengan menyifatkannya "bodoh" kerana seolah-olah memiliki kuasa mengatasi perlembagaan parti.
"Kenyataan setiausaha agung (Tengku Adnan) terlalu dangkal dan bodoh kelihatan dia berada di atas mengatasi undang-undang perlembagaan Umno," katanya.
Tindakan Umno yang tidak mahu mengambil tindakan dan dikuasai mereka yang tidak jujur hanya akan menenggelamkan parti lebih cepat, kata GKCM.
"Akibatnya, kapal Umno sudah hampir tenggelam sebab nakhodanya dikendalikan manusia yang tidak jujur dan tidak tahu haluan sebenar."
Tengku Adnan semalam dipetik berkata tidak akan mengambil tindakan disiplin ke atas 14 Ketua Umno Bahagian di Kedah yang mendesak Mukhriz berundur.
Alasan yang diberikan beliau ialah, kumpulan tersebut hanya meminta campur tangan Najib bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri utara tanahair tersebut.
GKCM semalam menyerahkan memorandum kepada parti menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap ketua-ketua Umno bahagian itu.
Katanya, Umno tidak boleh bersikap “double standard” (berat sebelah) dengan hanya berani menghukum ketua cawangan tetapi tidak mengambil tindakan ke atas ketua bahagian yang melanggar perlembagaan parti. – 22 Januari, 2016
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ku-nan-enggan-ambil-tindakan-disiplin-umno-amal-sistem-kasta-kata-gkcm#sthash.AQKuKUrY.dpuf