,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 3 January 2016

KERAJAAN MELAYU MALAYSIA AKAN BERAKHIR SEPERTIMANA HILANGNYA KERAJAAN MELAYU CHAMPA



The Patriots's photo.
·
CHAMPA -  KERAJAAN MELAYU YANG HILANG

SEJARAH AKAN LUPUT BILA BUMI DIPIJAK TELAH MENJADI MILIK ORANG

Lebih kurang 200 tahun sebelum orang Melayu menangisi kehilangan Pulau Singapura,nenek moyang kita sudah lama menangisi kehilangan sebuah wilayah yang sangat luas di pantai timur Indo China.Wilayah yang luas itu pernah menyimpan seribu satu rahsia dan menjadi bukti bahawa kekuasaan nenek moyang Melayu itu satu ketika dahulu pernah menjangkau sehingga ke tanah besar Asia Tenggara.

Wilayah ini juga pernah menyaksikan kenangan pahit manis nenek moyang kita satu ketika dahulu dalam membina dan mengekalkan tamadun di sana untuk dijadikan iktibar oleh kita.Dahulu wilayah ini pernah menjadi saksi sebuah tamadun yang sungguh menakjubkan namun kini,wilayah ini sudahpun terlepas dari tangan nenek moyang kita,dan akhirnya menjadi milik bangsa lain.

Ya,tidak lain dan tidak bukan,wilayah luas di Indo China yang dimaksudkan itu ialah merujuk pada Champa.Champa bolehlah dikatakan antara kerajaan purba Melayu yang semakin dilupakan dan semakin luput dari ingatan generasi moden Melayu,selain daripada Sri Dharmaraja dan Funan.


Champa diasaskan oleh orang Cham,dan mereka ini mempunyai ikatan bahasa dan budaya yang sama dengan orang Melayu serta hubungan sejarah di antara kedua-dua bangsa ini yang sangat kukuh.Ramai keturunan Cham pada hari ini,terutama di sekitar Kampuchea dan Malaysia merujuk diri mereka sebagai “orang Melayu Champa”(walaupun mereka lebih dikenali sebagai “orang Kemboja” di kalangan orang Melayu di Malaysia sendiri).

Sejarah Champa kurang dititikberatkan dan dipelajari oleh generasi muda kini di sekolah.Buku teks Sejarah yang diajar di sekolah menengah Malaysia kini hanya menceritakan mengenainya dalam satu muka surat sahaja.Inilah yang menyebabkan nama “Champa” dan sejarahnya yang panjang itu semakin jauh dari pengetahuan generasi muda Melayu kini.

Tidak ramai melainkan sekerat sahajalah yang mengetahui mengenai sejarah Champa ini,terutama sekali sejarah perjuangan rakyatnya mempertahankan kedaulatan Champa itu sendiri dari kerakusan bansga asing yang merampas tanah mereka.

Dalam artikel ini,akan diceritakan secara ringkas namun terperinci mengenai perjuangan rakyat Champa mempertahankan kedaulatan kerajaan mereka sebelum akhirnya musnah dan jatuh ke tangan pihak asing.


JIRAN BARU DI UTARA YANG MEMBAWA MASALAH

Keamanan dan kemakmuran Champa selama lebih 800 tahun itu mula terganggu apabila etnik Dai-Viet,mula membebaskan diri dari penguasaan China dan mengasaskan kerajaan mereka sendiri yang digelar sebagai Kerajaan Vietnam.

Semenjak penubuhan Kerajaan Vietnam oleh orang Dai-Viet pada tahun 939 Masihi,Vietnam mula menunjukkan belangnya dan menjadi jiran baru yang bermasalah buat Champa.Serangan pertama yang dibuat oleh Vietnam ke atas kota Indrapura,ibu negara Champa pada tahun 982 Masihi telah membawa kemusnahan besar dan kematian rajanya. 

Pengganti baginda kemudiannya mengambil keputusan pada tahun 1000 Masihi untuk meninggalkan kota Indrapura kerana kota itu terlalu dekat dengan wilayah Vietnam,dan berpindah ke kota Vijaya (kini di wilayah Binh Dinh) jauh di selatan.

Perluasan kuasa Dai-Viet yang semakin agresif ke selatan menyebabkan kota Vijaya dijarah pada tahun 1044 atas alasan Champa cuba menyerbu pantai milik mereka.Pada tahun 1068 pula,Raja Rudravarman III cuba menyerang Vietnam untuk membalas dendam atas serangan orang Vietnam sebelum itu,namun baginda dan tentera Champa dikalahkan serta merta oleh raja Vietnam,Ly Thanh Tong lalu ditawan.

Untuk melepaskan dirinya,raja tersebut akhirnya menyerahkan wilayah dari kawasan Gate Of Annam hingga ke genting Lao Bao kepada kerajaan Dai-Viet.

Sejak itu,Champa semakin lama semakin hilang wilayah di utara dan Vietnam pula semakin lama semakin agresif meluaskan kuasanya jauh mara ke selatan.Champa mula melemah setelah berlaku konflik politik dalaman dan kemaraan kuasa orang Dai-Viet ke selatan,yang juga menuntut Champa supaya menyerahkan ufti kepada mereka.Champa juga pernah dikuasai oleh kerajaan Khmer pada tahun 1203 hingga tahun 1220 dan pernah juga dikuasai sebentar oleh kuasa Mongol pada tahun 1283.

Pada tahun 1306,wilayah Champa iatu dari genting Lao Bao sehingga ke wilayah Genting Awan diserahkan kepada Vietnam oleh raja Champa,Jaya Simhavarman III (Raja Che Man).Selepas kematian raja tersebut,orang Champa cuba merampas kembali wilayah-wilayah tersebut namun gagal.
Namun sinar harapan baru buat Champa untuk menentang asakan Vietnam mula terbit selepas naiknya seorang raja baru bernama Raja Che Bong Nga (Po Binasuor).

Raja Che Bong Nga yang mempunyai ilmu ketenteraan yang baik,pandai menyusun strategi perang yang licik dan ahli politik yang cekap,bukan sahaja berjaya merampas wilayah-wilayah yang pernah dirampas oleh Vietnam malahan juga dua kali baginda berjaya menjarah kota Thanh Long (Hanoi),ibu negara Vietnam ketika itu.

Namun kejayaan tersebut adalah sangat singkat dan kemunculan Che Bong Nga dalam sejarah Champa ibarat..... 

“terbitnya sinar matahari yang terakhir sebelum tenggelam selamanya”.

Raja Che Bong Nga akhirnya dibunuh di atas kapalnya oleh tentera Vietnam di Sungai Merah pada tahun 1390,akibat rahsia lokasi kapal kenaikan baginda dibocorkan oleh salah seorang laksamana baginda yang berbuat khianat.Laksamana tersebut merampas takhta dan menjadi raja Champa dengan gelaran Jaya Simhavarman Sri Harijatti (Raja La Khai).

Beliau menyerahkan kembali wilayah-wilayah Genting Awan yang ditakluk oleh raja Che Bong Nga kepada kerajaan Vietnam.Pemerintahan Raja La Khai yang lemah menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat Champa dan akhirnya menghapuskan beliau pada tahun 1400.


KEJATUHAN KOTA VIJAYA 1471

Keadaan politik di Indo China pada awal abad kelimabelas mula memihak sedikit kepada Champa apabila Vietnam ditakluk oleh China.Pada masa itulah,Champa akhirnya berjaya mendapatkan kembali wilayah Amaravati yang dirampas beberapa tahun sebelum itu.Namun langit tidak semestinya cerah apabila orang Dai-Viet berjaya menuntut kemerdekaan dari China pada tahun 1445.

Konflik antara dua kerajaan itu makin kronik dan menjadi jadi dengan Vietnam melancarkan beberapa siri serangan bertalu talu ke Champa,yang akhirnya melemahkan pertahanannya.Raja Vietnam,Le Thanh Tong membalas serangan Champa dengan menyerangnya melalui jalan darat dan laut menyebabkan tentera Champa melarikan diri.

Pada tahun 1471,tentera Vietnam seramai 250 000 orang kemudiannya menakluk kota Vijaya,ibu negara Champa.Kota tersebut diratakan dan tentera Vietnam memancung empat puluh ribu rakyatnya manakala tiga puluh ribu rakyatnya pula diusir.

Kejatuhan kota Vijaya dan berlakunya pembunuhan beramai-ramai (genocide) dan pengusiran yang dibuat ke atas rakyat Champa pada tahun 1471 itu pada awalnya ditafsirkan oleh sesetengah sejarahwan sebagai “tarikh kejatuhan kerajaan Champa” namun selepas peristiwa tersebut,kerajaan Champa masih wujud cuma wilayahnya semakin jauh ke selatan.

Tahun kejatuhan muktamad kerajaan Champa bukannya pada tahun 1471 tetapi sebaliknya dikirakan pada tahun 1832.


BERMULANYA SATU ERA PERJUANGAN UNTUK MENGEKALKAN KEDAULATAN CHAMPA

Selepas kejatuhan kota Vijaya pada tahun 1471,kerajaan Champa hanya menguasai dua buah negeri sahaja iatu Kauthara dan Pandurangga di selatan berbanding lima buah sebelum perluasan kuasa Dai-Viet. Walau bagaimanapun,kedaulatan Champa masih lagi diakui oleh kerajaan-kerajaan luar,terutamanya China yang mengiktiraf kedaulatan Raja Bo Tri Tri yang menjadi raja Champa pada tahun 1478.

Jika selama ini,kerajaan Champa berpegang kuat dengan nilai-nilai Hindu-Buddha,namun pada zaman pemerintahan Raja Bo Tri Tri,nilai-nilai Islam dan konsep kebudayaan dari Alam Melayu Islam menjadi pegangan kuat dalam kerajaan setelah agama Islam dibawa masuk ke Champa pada kurun ke 10.

Champa juga mula menjalinkan hubungan yang baik dan rapat dengan kerajaan-kerajaan Melayu-Islam yang wujud di selatannya.Ini disahkan apabila Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah,pemerintah Kesultanan Johor mendapat bantuan tentera laut yang dihantar oleh raja Champa,Raja Po Klau Halu (1579~1603) dalam menentang tentera Portugis yang menguasai Melaka pada masa itu.

Walau bagaimanapun,permusuhan Champa dan Vietnam masih lagi berterusan memandangkan Vietnam masih lagi meneruskan kemaraannya ke selatan menerusi kempen Nam-Tien.Setiap serangan Champa yang dilakukan ke atas wilayah Vietnam yang pernah dikuasai oleh Champa dianggap sebagai pencerobohan ke atas Vietnam dan dikenakan tindakan pantas oleh raja Vietnam.

Dalam satu peristiwa,Raja Po Nit (1603~1613) yang cuba menyerang wilayah Quang Nam yang dikawal oleh Vietnam (yang pada masa itu diperintah oleh dinasti Nguyen),telah mendapat balasannya apabila raja Vietnam mengarahkan penaklukan wilayah utara Kauthara pada tahun 1611,dan kemudian mengarahkan lebih kurang tiga puluh ribu penduduk etnik Dai-Viet untuk mendudukinya.Wilayah Champa sekali lagi dikecilkan akibat asakan kuasa Vietnam.

Raja Po Nraup yang cuba merancang untuk menakluk kembali wilayah utara Kauthara,akhirnya diketahui rancangannya oleh kerajaan Vietnam lalu menyerang Champa pada tahun 1611 dan menangkap raja tersebut.Raja Po Nraup akhirnya mati membunuh diri di dalam sangkar besi di mana di situlah baginda dikurung oleh tentera Vietnam.Tidak berpuas hati dengan kejayaan mereka menangkap raja Champa,kerajaan Vietnam kemudiannya menakluk keseluruhan negeri Kauthara.Menjelang akhir tahun 1653,kekuasaan Champa hanya terbatas di negeri Pandurangga sahaja.


CHAMPA MENJADI WILAYAH NAUNGAN VIETNAM


Nasib kerajaan Champa pada awal abad ketujuh belas ibarat hidup segan,mati tak mahu apabila kerajaan tersebut hanya berkuasa di sekitar Pandurangga sahaja dan sempadannya dikelilingi sepenuhnya oleh jajahan Vietnam samada di utara dan selatan (apabila raja Vietnam menakluk daerah orang Khmer di selatan Champa).Ini menyebabkan Champa sedikit sebanyak ditekan oleh Vietnam dan Vietnam hanya menunggu masa sahaja untuk menakluk Pandurangga dan seterusnya menghapuskan terus kerajaan Champa.

Apabila raja Champa,Raja Po Saut (1659~1692) cuba menuntut semula negeri Kauthara,kerajaan Vietnam mengambil tindakan dengan menghantar tiga ketumbukan pasukan tentera untuk menentang Po Saut,merampas dan menakluk kota Pandurangga.Maharaja Vietnam kemudiannya menukarkan nama Chiem Thanh (Champa) kepada Thuan Thanh dan meletakkan tiga mandarin (pembesar) Vietnam untuk mentadbir daerah tersebut.Kedudukan negeri Pandurangga yang menjad wilayah naungan Vietnam semakin tenat dan hanya menunggu masa untuk menerima nasib seperti Kauthara.

Setahun kemudian selepas Po Saut meninggal dunia yakni pada tahun 1693,orang Cham di Pandurangga memberontak dan kebangkitan rakyat tersebut tidak dapat dipadamkan oleh tentera Vietnam.Pemerintahan Vietnam memutuskan untuk melepaskan Pandurangga menjadi wilayah autonomi dan melantik Po Saktiraydaputih (1696~1727) sebagai raja Champa.Raja Po Saktiraydaputih berjanji akan menghantar ufti tahunan kepada istana Raja Nguyen di Hue,ibu kota Vietnam di utara.


TERPERANGKAP DI ANTARA DUA PIHAK

Pada tahun 1771,berlakunya konflik politik dalaman di Vietnam apabila berlakunya kebangkitan Tay Son bersaudara menentang pemerintahan dinasti Nguyen yang dianggap menganianya rakyat Vietnam.Keluarga dinasti Nguyen tidak dapat menahan pemberontakan Tay Son bersaudara itu lalu meninggalkan istana di kota Hue ke lembah Sungai Mekong.

Sementara itu di selatan,kerajaan Champa ibarat gajah sama gajah berlawan,pelanduk mati di tengah-tengah akibat peperangan yang berlaku di antara tentera dinasti Nguyen dan pihak pemberontak.Masing-masing ingin menguasai Pandurangga yang dianggap strategik untuk melemahkan kedudukan musuh masing-masing di kawasan tersebut.Wilayah Pandurangga dan kawasan sekitarnya menjadi medan pertempuran bertubi-tubi di antara dua pihak tersebut,dan ini amat merugikan kerajaan Champa. 

Tidak tahan dengan keadaan tersebut,raja Po Crei Brei terpaksa meninggalkan tanah airnya bersama ribuan pengikutnya untuk mencari perlindungan daripada kerajaan jirannya,Kampuchea yang mempunyai hubungan baik dengan Champa.Baginda bersemayam di Rong Damrei,sebuah daerah kerajaan Kampuchea namun mempunyai majoriti penduduk etnik Dai-Viet.

Ditakdirkan perang saudara yang berlaku di Vietnam pada masa itu dimenangi oleh keluarga diraja Nguyen yang berjaya menumpaskan pemberontakan Tay Son bersaudara.

Selepas berjaya menyatukan Vietnam semula di bawah pemerintahan dinasti Nguyen,Gia Long mengisytiharkan diri baginda sebagai Maharaja seluruh Vietnam dan melantik seorang pembesar Champa,Po Sau Nu Can sebagai raja Champa di Pandurangga dan kawasan sekitarnya.

Maharaja Gia Long membenarkan raja Champa yang baru itu mengadakan pasukan tentera kecil sendiri,mengutip cukai namun hanya memerintah etnik-etnik bukan Vietnam di sekitar Pandurangga sahaja.

Champa pada masa itu memperolehi status wilayah autonomi yang baik dan mendapat perlindungan dari seorang pembesar Vietnam bernama Le Van Duyet,yang mentadbir daerah Gia Dinh Thanh dan merupakan rakan seperjuangan Maharaja Gia Long semasa menentang pemberontakan Tay Son sebelum itu.


1832 : MINH MENH MENGHAPUSKAN NAMA CHAMPA DARI PETA DUNIA

Namun keadaan Champa mula berubah secara drastik selepas kematian Maharaja Gia Long pada tahun 1820.Beliau digantikan oleh Maharaja Minh Menh yang cuba bersaing dengan pembesar Le Van Duyet untuk menguasai hal ehwal dalaman wilayah Pandurangga.

Selepas kematian Raja Po Sau Nu Can pada tahun 1822,Maharaja cuba melantik seorang pembesar yang disukainya sebagai pengganti namun tindakan ini dihalang oleh Le Van Duyet.

Ini mencetuskan kebangkitan bersenjata di daerah Gia Dinh Thanh yang dikuasai oleh Le Van Duyet.Maharaja Ming Menh akhirnya memutuskan untuk melantik sahaja calon pembesar yang sepatutnya berhak menggantikan Po Sau Nu Can sebagai raja Champa.

Peluang sekali lagi terbuka kepada Maharaja Ming Menh untuk menguasai Champa apabila raja tersebut mangkat pada tahun 1828.Maharaja tersebut melantik seorang pembesar Cham yang disukainya sebagai pengganti namun Le Van Duyet telahpun melantik anak lelaki Po Sau Nu Can yang setia kepada beliau sebagai raja Champa.

Ini mencetuskan ketidakpuasan hati Maharaja Minh Menh.Tambah menyakitkan hati maharaja tersebut,semua kutipan cukai yang dibuat oleh Champa akan dihantar ke Gia Dinh Thanh dan bukannya terus ke ibu kotanya di Hue.Maharaja tidak boleh menerima kenyataan bahawa Pandurangga menjadi naungan Le Van Duyet dan bukannya kepada dirinya dan kerajaan pusat,namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana Le Van Duyet merupakan seorang pembesar yang sangat berpengaruh dan mempunyai bala tentera yang besar dan gagah perkasa pula.

Champa akhirnya menerima nasib mereka pada tahun 1832 selepas kematian Le Van Duyet.Maharaja Minh Menh tanpa membuang masa lagi meletakkan wilayah Pandurangga secara langsung ke dalam kawalan kerajaan pusat Vietnam.Rakyat jelata yang terdiri daripada orang Cham dikenakan tahanan penjara dan sawah-sawah mereka dirampas.Dari situlah,kerajaan Champa yang wujud selama lebih 1700 tahun dalam sejarah Indo China akhirnya jatuh dengan rasminya dan nama Champa akhirnya dihapuskan dari peta dunia.


KESIMPULAN DAN IKTIBAR

Sejarah Champa yang ditekan oleh perluasan kuasa Dai-Viet hingga menyebabkan kejatuhan muktamadnya pada tahun 1832,memberi iktibar bahawa sudah menjadi lumrah dunia bahawasannya bangsa yang kuat akan dapat menekan dan menindas yang lemah.

Rentetan konflik antara Champa-Vietnam pada zaman dahulu adalah lebih kurang sama dengan konflik antara Israel-Palestin pada zaman moden,dengan wilayah Palestin dikecilkan dan rakyat Palestin terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka sementelah Israel pula semakin menekan Palestin dengan agresif dan setiap wilayah yang asalnya didiami oleh orang Palestin,akan didirikan penempatan haram untuk orang Yahudi.

Ini sama seperti tindakan kerajaan Vietnam pada masa dahulu,yang memindahkan penduduk dan rakyat mereka untuk menduduki wilayah baru yang dirampas dari Champa.

Kebanjiran penduduk Vietnam yang baru berpindah ke wilayah-wilayah yang asalnya dipegang Champa tidaklah dapat dihalang kerana menurut sumber China pada abad ke 11,bilangan rakyat Vietnam pada masa itu adalah sepuluh kali ganda lebih ramai dari bilangan rakyat Champa.Hasilnya Champa dan rakyatnya menderita teruk akibat perluasan kuasa dan pertambahan rakyat Vietnam ke selatan melalui gerakan Nam-Tien,yang diibaratkan sebagai “air di dalam sebuah cawan yang penuh dan mengalir keluar”.


Selepas kejatuhan Pandurangga pada tahun 1832,ramai etnik Cham yang terpaksa berhijrah meninggalkan tanah air tercinta dan menetap di negara Kampuchea dan Malaysia,terutama sekali di negeri Kelantan.Pengganti Maharaja Minh Menh,iatu orang yang bertanggungjawab menghapuskan kerajaan Champa telah mengintegrasikan orang Cham ke dalam sosio-budaya Vietnam,sebelum kedatangan penjajah Perancis.

DEMOKRASI - LEE KUAN YEW TIPU TENGKU UNTUK MEMILIKCINAKAN SINGAPURA

on Friday, August 9

Image result for lee kuan yew young
KEJUJURAN - Orang "BERSONGKOK" tertipu kerana DEMOKRASI

Sebagai penulis yang kerap menulis tentang topik Singapura dan Lee Kuan Yew, saya terganggu dengan komentar terkini Lee Kuan Yew terhadap Malaysia dalam buku terbaharunya "One Man's View Of The World".

Lee Kuan Yew dilapor berkata, "Dasar-dasar berasaskan kaum di Malaysia meletakkan negara itu dalam keadaan yang tidak menguntungkan dan ia secara sukarela mengecutkan golongan berbakat." 

Surat-surat penderitaan penduduk Melayu dari Singapura ini saya perolehi pada tahun 2009 dan saya kongsikan kepada pembaca untuk menjadi pengadil kepada dasar-dasar Kerajaan Singapura di bawah Lee Kuan Yew. 
Baca semula ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2009/09/surat-dari-singapura-siri-1.html dan ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2011/01/surat-dari-singapura.html 

Melalui luahan hati rakyat Singapura itu, anda layak menjadi pengadil kepada Lee Kuan Yew akan apa yang ditulisnya mengenai negara Malaysia di atas. Bak kata pepatah Melayu, "Lee Kuan Yew cakap depan lain cakap belakang lain", "cakap Lee Kuan Yew indah khabar dari rupa", atau dalam bahasa sangat kasar ialah "Lee Kuan Yew tidak bercakap benar".

 

TIPU HELAH SINGAPURA MERDEKA
 
Jika kita membaca buku sejarah negara Singapura, anda boleh ketawa terbahak-bahak dan menjual buku itu kepada penjual surat khabar lama! Sebabnya amat mudah, kononnya Singapura bermula dengan kewujudan beberapa orang Cina dan orang lain membuka petempatan Singapura itu. 

Mereka putar sejarah Singapura 720 darjah dengan menghilangkan Kekuasaan Raja-Raja Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu Johor ke atas pulau Temasek, tetapi malang kepada mereka kerana ibu pelaburan negara Singapura masih menggunakan nama Temasek Holdings. Jelas, Sejarah tidak boleh diputar begitu sahaja, jika dilakukan juga tempatnya layak dibakulsampah.

Pada tahun 1956, rombongan Ketua Menteri Singapura Lim Yiew Hock terbang beberapa kali ke London untuk mendapatkan Kemerdekaan daripada Kerajaan Ratu. Ketika itu, Lee Kuan Yew turut menyibukkan diri mewakili parti PAP. Hasilnya, Kerajaan Ratu di London tidak ingin memberi kemerdekaan kepada Singapura kerana Kerajaan Ratu tidak mahu Singapura jatuh kepada pemerintahaan Komunis. Pada masa itu, Kesatuan-Kesatuan Sekerja, Sekolah-sekolah dan NGO di Singapura yang Pro-Komunis sangat kuat berbanding PAP.

Dipendekkan cerita, Kerajaan Ratu akhirnya hanya bersetuju memberi Kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui kejayaan Tunku Abd. Rahman dan Tun Abdul Razak serta wakil-wakil MCA dan MIC.

 

LEE KUAN YEW TIPU MELAYU HIDUP-HIDUP

 

Lee Kuan Yew menyedari akan kondisi Singapura yang tidak akan merdeka melalui usaha mereka di atas walaupun selepas lebih 10 kali berterbangan ke London.

Apabila Ketua Menteri Singapura mencadangkan supaya diadakan Pilihanraya pada Ogos, 1957 Lee Kuan Yew menentang kerana beliau tahu beliau tidak akan menang untuk berdepan dengan Lim Yiew Hock yang dibantu oleh Kerajaan Ratu.

Peluang untuk Singapura merdeka adalah melalui Usaha Tunku Abd. Rahman yang mencadangkan kewujudan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Lee Kuan Yew melihat inilah satu-satunya peluang untuk Singapura merdeka daripada penjajahan British, iaitu Merdeka Melalui Malaysia. Dan ternyata Lee Kuan Yew berjaya apabila menyembunyikan niat sebenarnya dengan berkempen menyokong Singapura menyertai Malaysia malah Lee Kuan Yew berkempen habis-habisan ketika Referendum.

Selepas Singapura berjaya memisahkan dirinya dari penjajahan Kerajaan Ratu dengan kemerdekaan melalui Malaysia, ternyata Lee Kuan Yew hanya mengambil masa 2 tahun untuk memisahkan dirinya dari Malaysia.

 

HARI INI
 
Selepas kejayaan DAP mempertahankan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk penggal kedua, berjaya juga menambah besar bilangan anggota Parlimen DAP kepada 38, khususnya kejayaan di Johor, Lee Kuan Yew semakin bertambah yakin untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dengan kata-kata "Dasar-dasar berasaskan kaum di Malaysia meletakkan negara itu dalam keadaan yang tidak menguntungkan dan ia secara sukarela mengecutkan golongan berbakat." 

Saya telah membaca beberapa buku mengenai Lee Kuan Yew, khususnya buku yang beliau sendiri tulis, saya berpendapat rakyat Malaysia tidak perlu mempercayai kata-kata Lee Kuan Yew. Saya mendapati Lee Kuan Yew tidak berlaku jujur ketika menulis tentang negara kita Malaysia?

Anda boleh 'search' dalam blog ini dengan menaip nama Lee Kuan Yew dalam ruangan 'search' untuk melihat pandangan-pandangan saya mengenai Lee Kuan Yew dan Singapura.


Kerajaan DAP Lim Guan Eng Jual Tanah Kepada Syarikat Singapura

lim-temasik


Di petik dari AIDCNews – 01/01/16, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa telah menjual tanah kepada syarikat daripada Singapura. Perkara itu berlaku beberapa bulan pada tahun lalu, dedah Lim Sian See hari ini.

“Pada bulan Mei 2015 kerajaan Pulau Pinang menjual 100% 20 ekar tanah bernilai RM30 juta kepada Jabil Circuit Singapore Pte Ltd di mana syarikat induknya berpusat di Amerika Syarikat"

“Dan pada Julai 2015 Kerajaan Pulau Pinang diberitakan memberikan hakmilik 49% dari sekeping tanah seluas 6.8 ekar kepunyaan kerajaan yang bernilai RM11.3 bilion kepada GLC Singapura Temasik dan EDIS,”dedahnya dalam Facebook hari ini.

lim-temasik2


Penulis turut melampirkan tiga pautan artikel berkaitan dengan perkara tersebut.

http://www.edis.sg/news-article-5.html http://www.thesundaily.my/news/1506276 http://www.thesundaily.my/news/1418320

Lim Sian See membuat pendedahan itu sebagai menjawab kritikan daripada tiga pimpinan pembangkang, Rafizi Ramli (PKR) Tony Pua dan Liew Chin Tong (kedua-duanya dari DAP) yang mendakwa ‘aset negara telah terjual apabila 1MDB menjual 24% daripada projek Bandar Malaysia kepada syarikat dari China.

Sedangkan, projek Bandar Malaysia itu masih lagi dimiliki oleh warga Malaysia sebanyak 76% di mana kerajaan pusat dan negeri menguasai 57%.
Bidasnya, berbanding dengan projek Bandar Malaysia bagaimana pula dengan langkah Kerajaan Pulau Pinang yang kehilangan 100% dan 49% hak pemilihan kepada Singapura. 

“Kedua projek (di atas) di mana 100% dan 49% kini dipunyai syarikat Singapura tidak dilabelkan sebagai “jual negara” sebaliknya pelaburan asing luar negara?

“Dan entah bagaimana, 24% daripada Bandar Malaysia yang dijual kepada sebuah syarikat China dianggap sebagai ‘jual negara’ dan bukan pula pelaburan asing dari luar negara ?

“Aku tak paham,”katanya.

bandar malaysia


Tambahnya lagi, proses penjualan Bandar Malaysia dilakukan secara telus iaitu melalui tender terbuka antarabangsa yang diuruskan oleh syarikat pihak ketiga.
“Adakah Pulau Pinang menjual kedua-dua bidang tanah melalui tender terbuka juga? Tidak kelihatan seperti itu,”katanya lagi.

DAP didakwa berhasrat membuka pengkalan tentera Israel di Port Dickson


  • News Code : 727579
  • Source : Abna24.com
Brief
G17 -  Diketuai oleh Tony Phua,  Mohamed Razali bekas anggota G 17.

Mohd Zuhdi Marzuki pertikai DAP yang enggan menafikan tuduhan hubungan erat parti tersebut dengan negara haram Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pengarah Pusat Penyelidikan Parti Islam Semalaydia (PAS), Mohd Zuhdi Marsuki menganggap pendedahan Mohamed Razali Abd Rahman mengenai hubungat erat Parti Tindakan Demokrasi (DAP) dengan negara haram Israel adalah suatu tuduhan serius. Beliau berkata demikian dalam status yang dimuatkan dalam akaun Facebooknya dengan menyifatkan tindakan Razali itu sebagai menggugat keselamatan negara dan menyinggung sensitiviti umat Islam.
Antara dakwaan Mohamed Razali Abd Rahman yang dianggap terlalu serius ialah:

1. Pakar perisikan Israel terlibat untuk melatih G17 atau kumpulan seramai 17 orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Phua, yang mana saudara Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu.

2. Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan saudara Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

3. DAP didakwa ditawarkan dana PRU ke 13 sebanyak USD 300 juta oleh Israel, dan seterusnya Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS mempertikaikan DAP yang tidak menafikan tuduhan tersebut. 


STRATEGI DAP Sebelum Ke Putrajaya


Oleh rmf




Artikel ini telah terkeluar sejak tahun 2008 lagi, pada tahun 2011 ia mula mendapat tempat di hati orang Melayu dan dimana ianya juga mendapat tentangan hebat dari penyokong DAP yang terdiri daripada orang Melayu yang meyokong PKR dan PAS. Ianya di tulis oelh seorang Doktor berbangsa cina Malaysia. 


Dimasa itu tidak banyak kejadian yang berlaku mengikut apa yang tertulis, Tetapi sekarang ianya telah pun berlaku  sedikit demi sedikit dan ianya telah memberikan impak yang besar dalam politik Melayu yang mana akan kehilangan kuasa apabila ianya dibiarkan. Tapi ianya akan hilang begitu sahaja dan menjadi perkara biasa kepada Orang-orang Melayu. Hampir kebanyakkan PEMUDA-PEMUDA Melayu tidak mengambil POT pun dengan perkara ini. Dengan desakan hidup dan KOS kehidupan yang "MENGGILA" ketika ini, hampir 80% orang Melayu tidak peduli semua itu dan mereka tidak kisah pun siapa yang memerintah.

Jika Sayangkan Islamelayu dan Malaysia- MESTI BACA Artikel ini

KITA semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita, samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus.

Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu.


Tetapi kita sedar di bidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu.


Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut. Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik.


Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.


Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan.


Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain.


Dari kesannya jiwa rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja.


Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sana tiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menumui kegagalan.


Sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En. Lim Chong Eu di Pulau Pinang untuk memecah belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian.


Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Baharu dan Kuantan. Kita orang Cina harus mara ke Alor Setar, Kangar, Kota Baharu dan Kuala Terengganu.


Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia.


Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita. Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas.


Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka. Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya.


Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku. Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan.


Dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang Melayu dengan keluarannya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita.


Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar. Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka.


Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang ahli politik. Kalau kita orang-orang Cina bersatu, Kita berjaya memecah belahkan Dato’ Sri Dr.Mahathir Mohammad dengan Dato’ Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak.
 

Kita juga boleh mendedahkan kegiatan-kegiatan malam pemimpin-pemimpin UMNO dengan kata-kata sindiran dan kenyataan yang mengandungi makna tersirat. Bagaimana caranya? Kita upah anak muda Melayu dengan wang untuk memburukkan pemimpin mereka.


Bila pemimpin mereka sendiri dibenci , maka kita akan lebih mudah untuk meracuni banyak lagi anak muda dan yang tua  dimana mereka ini sanggu menjual bangsa mereka kerana wang.


Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. Pada keseluruhannya, mereka dalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar.


Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka. Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan mereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina.


Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya. Setakat ini kawan-kawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepikan Dr Mahathir, Dr Abdul Rahman Yaakob dn semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sektor kerajaan.


Kita akan kekalkan mereka yang rasuah kerana mereka akan tetap mengikut telunjuk kita.Kita akan pastikan sokongan Melayu masuk dalam perangkap kita, Kita puji, kita musnahkan kepercayaan mereka sesama Melayu.


Kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun. Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ.


Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri, kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita.


Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat, Laut dan Udara. Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis. Kita telah buktikan bahawa tanpa kita orang-orang Cina, mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis.


Kita juga perlu bekerjasama dengan pergerakan di bawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia. Kepada kita, caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata.

Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultan mereka. Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu simbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.


Untuk membuktikan apa yang saya katakan, sebagai seorang Cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah. Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan.


Kita boleh menurun mana-mana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang Tahun Baru Cina, tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang-orang Melayu kerana saya tidak pernah ingat harga buah kurma diturunkan menjelang Hari Raya.


Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang-orang Melayu dalam rancangan Malaysia ke-7. Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya.


Di sebaliknya, apabila mereka tidak memajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan, pembinaan bangunan, pembinaan rumah-rumah, parit, pemotongan pokok, penyediaan tanah dan lain-lain.


Pastikan penjualan tanah tanah di negeri kita berkuasa dibeli oleh bangsa kita yang berada di Singapura, atau dalam negara ini. Pastikan milikan tanah dipunyai oleh bangsa kita.


Segala bentuk pembangunan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina, yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah. Sekarang ini saya percaya, orang-orang Cina sudahpun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah. Sebaliknya orang-orang Melayu hanya memegang 3% berbanding 4% kepunyaan asing.


Kita tidak boleh berpuas hati. Kita orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang-orang Melayu. Taktik kita memberi saham kosong kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang-orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan.


Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin. Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong, Taiwan, Amerika atau di mana-mana di dunia ini.


Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektor-sektor swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan. Oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran.


Petani-petani yang terdiri dari 75% orang-orang Melayu terus tidak bertanah. Nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai lagi.


Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawai-pegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita. Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka.

Ini kita pastikan lakukan dengan usaha bersama antara sektor swasta atau kerajaan. Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau tidak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera. Saya menjawab, mereka hanya general-general bodoh.


Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia. Di Indonesia mereka semua boleh dibeli. Jadi, setelah kita memegang kuasa politik, kita boleh ketepikan pasukan tentera ini.

Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik. Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan belang kita yang sebenar. Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam peristiwa 13 Mei yang lalu.

Saya mempunyai hubungan dengan pihak atasan dan saya tahu apa yang ada di dalam otak mereka, dan apa yang difikirkan. Pada keseluruhannya, pemimpin-pemimpin sekarang sedang takut menemui pengundi mereka. Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengan cara perlahan-lahan.


Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengenepikan risauan kesangsian orang-orang Melayu terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Ini kerana terlalu jelas ketidakstabilan dan kemiskinan masyarakatnya. Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk mengundi dan membiarkan takdir yang menentukannya.


Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang-orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.


Fikir-fikirkanlah…! Kalau kita ada kesedaran,sebarkanlah..!



AMUKANMelayu - Kekuasaan "PEMERINTAHAN MELAYU" akan hilang sepertimana tenggelamnya matahari di pekarangan candi peninggalan Champa di Myson, seperti itulah juga tenggelamnya "KESOMBONGAN PEMERINTAH MELAYU" bersama-sama Tanah Melayu dari mata dunia.