,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 5 May 2016

KERISAUAN TUN M MENJADI REALITI KETIKA NAJIB SEDANG "MENCUCI TANGAN"?


 


- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kementerian Kewangan akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Perdana menteri yang juga menteri kewangan berkata, isu 1MDB akan terjawab sedikit masa lagi, selepas Ketua Audit Negara membentangkan laporan audit kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
“Saya berharap semua pihak akan tunggu laporan tersebut,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini, Selasa.
Pada 4 Mac, Najib mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan akaun 1MDB.

“Kita percaya bahawa langkah ini boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB. Inilah usaha yang dilakukan kerajaan. Saya yakin Kementerian Kewangan dapat melaksanakan langkah tersebut walaupun berdepan dengan begitu banyak kritikan.
“Kita boleh buktikan langkah ini boleh mencapai matlamatnya. Dari semasa ke semasa, kita akan mengambil langkah yang perlu diambil,” katanya.

Ahad lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata laporan mengenai 1MDB akan memperincikan butiran kewangan syarikat pelaburan tersebut.
Beliau berkata, rakyat harus mendapatkan maklumat daripada sumber sahih (seperti Ketua Audit Negara) dan bukannya diperolehi dari portal berita pihaik ketiga atau mana-mana blog dalam talian yang mempunyai agenda tersembunyi.

Sementara itu, dalam laporan berita terbaru, 1MDB berkata, lembaga pengarah dan barisan pengurusannya memberi kerjasama penuh kepada pihak Ketua Audit Negara, Polis Diraja Malaysia dan PAC bagi membuat penilaian terhadap syarikat berkenaan.
-mstar



Kerajaan tidak membuat sebarang pembayaran dalam bentuk wang tunai kepada 1Malaysia Development Berhad bagi pengambilalihan anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd pada 14 Februari 2012.

Menerusi jawapan bertulis kepada Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baru), Kementerian Kewangan berkata bayaran itu dibuat melalui ‘dividen in specie’ oleh 1MDB.

“Mekanisme pindah milik dilaksanakan melalui ‘dividen in specie’ oleh 1MDB yang membayar dividen kepada Kementerian Kewangan dalam bentuk pegangan 100 peratus saham ekuiti SRC berjumlah RM1 juta.

“Oleh yang demikian, kementerian tidak membuat pembayaran tunai untuk pengambilalihan tersebut,” kata kementerian itu menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Selain itu Kementerian Kewangan berkata, bekas anak syarikat 1MDB itu tidak menanggung sebarang hutang tambahan mengikut penyata kewangan yang diaudit bagi tahun berakhir 31 Mac 2014.

“SRC akan mengemukakan liabiliti atau hutang terkini setelah penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 diaudit,” kata kementerian itu.
-mstar


......HUTANG 1 MDB AKAN MENJADI HUTANG RAKYAT?


Ibnu Sinar
Ibnu Sinar Rakyat yg kena tanggung hutang 1mdb ? Jahanam betul
Like · Reply · 1 · 15 hrs

Di petik dari FB Yaakob Osman ( YO )
 
Posting ini agak panjang berkenaan dengan siaran media MOF hari ini. Bacala pelan2..ambil masa juga tulis ni wink emoticon

Bahagian 1 : Keputusan MOF
MOF akur dengan cadangan PAC untuk menggugurkan kuasa artikel 117. Ini adalah kuasa mutlak yg di beri kepada PM sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat untuk menjadi kuasa tunggal dalam membuat keputusan2 besar dalam 1MDB.

MOF bersetuju menerima perletakan jawatan kesemua Ahli Lembaga Pengarah effective 31/5/2016.

MOF memindahkan semua hakmilik di dalam 4 syarikat daripada 1MDB kepada MOF inc.

Syarikat2 ini sajalah yang mempunyai real estate (hartanah) di dalam 1MDB.
Sekali pandang keputusan MOF ini semuanya baik dan saya setuju.

Bahagian 2 :  

1. Pemansuhan Artikel 117
Seperti yang saya telah ulas sebelum ini segala keputusan yg dibuat oleh 1MDB tidak boleh di persalahkan kepada ex CEO Shahrol. 

Walaupun dia melanggar arahan BOD, ianya masih lagi secara amnya tidak menyalahi Artikel syarikat kerana telah diluluskan oleh Perdana Menteri yg mempunyai kuasa melalui Artikel 117 untuk membuat keputusan2 besar seperti antaranya:

i. Issuance of IMTN RM5 billion oleh TIA
ii. JV bersama PetroSaudi USD 1.83 billion. Bayaran kepad Good Star yg juga bukan anak syarikat PetroSaudi sebanyak USD 700 million mengikut laporan PAC .
iii. USD 3.5 billion bonds yg akhir nya dibayar kepada Aabar BVI yg bukan milik IPIC. juga PAC tidak dapat sahkan Aabar BVI.
iv. Keputusan untuk melabur dalam 1MDB GLI sebanyak USD 1.56 billion yg tidak dapat di sahkan oleh PAC.
Harus diingat keputusan2 di atas adalah dibolehkan oleh Artikel 117.
Dengan penghapusan 117, ianya adalah satu langkah bijak supaya PM tidak berkuasa sepenuhnya dalam hal anak syarikat MOF inc.
Ini adalah SOP biasa utk semua anak2 sysrikat MOF. Cuma 1MDB mendapat pelepasan khas dan agak luarbiasa dengan adanya Artikel 117.

2. Menerima perletakan BOD.

This is long overdue. Malah pada saya siasatan polis haruslah merangkumi kesemua ahli2 BOD bukan Ex CEO Shahrol sahaja.

3. Memindahkan hak milik dalam 4 syarikat.
Sekali lalu ini adalah keputusan yang baik.
Namun mari kita lihat kenapa ianya dilakukan.

i. Berpandukan Audited Accts 31/3/2014, Assets 1MDB keseluruhan nya ialah 51 billion. Di dalam nya terdapat assets hartanah 17.8 billion. (gambarajah 2)
ii. Keputusan memindahkan hakmilik kepada MOF adalah IMHO untuk memelihara assets ini daripada sebarang creditors action terhadap 1MDB di masa hadapan. 

iii. Assets yg tinggal di dalam 1MDB hanyalah assets investments semasa lebih kurang 33 billion yg saya telah ulas dlm posting terdahulu yg kemungkinan besar berdasarkan laporan PAC sudah tidak dapat dipastikan ada di mana , atau pun bernilai lagi.

iv . 1MDB juga sperti yg saya sebut dulu akan berada dalam keadaan bankrap apabila hutang 50 billion mereka tidak lagi diimbangi oleh assets dengan nilai yg sama.

v. Pada pendapat saya langkah ini adalah permulaan untuk menutup 1MDB sepenuhnya apabila Syarikat tersebut are no longer a going concern business.


.



SELEPAS INI APA JADI KEPADA 1MDB? APAKAH NAJIB SEDANG BERUSAHA "CUCI TANGAN"?

Kementerian Kewangan Diperbadankan yang memiliki 100 peratus saham 1MDB membuat beberapa keputusan semalam:-

- memindahkan semua asetnya iaitu  Bandar Malaysia, TRX City, tanah di Air Hitam, Pulau Pinang dan Pulau Indah, Selangor daripada 1MDB kepada Menteri Kewangan Diperbadankan.

- menukar rujukan Artikel 117 M & A 1MDB daripada memerlukan kelulusan "Perdana Menteri"  kepada "Menteri Kewangan".

- membubarkan Lembaga Penasihat 1MDB dan bersetuju dengan tawaran perletakan jawatan Ahli Lembaga Pengarahnya berkuatkuasa 31 Mei, kecuali kedudukan Arul Kanda Kandasamy selaku Presiden akan dikekalkan sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Dimaklumkan juga bahawa keputusan itu diambil sebagai persetujuan terhadap cadangan-cadangan yang terkandung dalam Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen, baru-baru ini.

Betulkah tindakan yang diambil Menteri Kewangan Diperbadankan itu kerana bersetuju dan akur dengan syor PAC atau disebabkan faktor-faktor lain?

Aset 1MDB sebelum ini ialah janakuasa bebas dan empat keping tanah seperti disebut di atas. Dengan aset janakuasa bebas sudah dijual keseluruhannya kepada syarikat China dan empat harta itu pula akan diserahkan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan, bermakna selepas ini 1MDB akan menjadi syarikat kosong atau domain sahaja.

Jadi, bagaimana ia mahu membayar hutang-hutangnya?

Apakah pemindahan aset itu merupakan langkah pertama yang akan disusuli dengan pemindahan keseluruhan hutang juga kepada Menteri Kewangan Diperbadankan selepas ini?

Jika itu berlaku, apa jadi kepada 1MDB nanti? Adakah ia bakal ditutup dan hutangnya akan ditanggung oleh kita semua?

Menukar rujukan dalam artikel 117 M & A daripada "Perdana Menteri" kepada "Menteri Kewangan", sekali imbas tidak menampakkan apa-apa perbezaan kerana kedua-dua jawatan itu dipegang oleh orang yang sama iaitu Najib.

Maknanya, jika Najib masih memegang kedua-dua jawatan itu, tiada apa-apa yang berbeza dari segi praktikalnya.

Tetapi, apakah pertukaran itu merupakan tanda-tanda Najib mahu melepaskan jawatan Menteri Kewangan dan beliau mahu "cuci tangan" daripada segala beban 1MDB?

Siapa yang dipercayainya untuk dilantik ke jawatan tersebut?

Adakah Tengku Razaleigh bakal dilantik sebagai Menteri Kewangan untuk membersihkan segala "kekotoran" yang ditinggalkannya berikutan Najib sebelum ini lima atau enam kali mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu sebelum Deklarasi Kelantan ditandatangani?

Dengan rujukan nama "Perdana Menteri"  sudah dimansuhkan dalam artikel 117, sudah tentu kaitan yang paling dekat ialah pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Diperbadankan semalam.

Tiada nama "Perdana Menteri"  sebagai rujukan, bermakna keperluan Lembaga Penasihat yang selama ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri juga tidak wujud lagi.

Sekali lagi, ia memperlihatkan Najib benar-benar ingin "cuci tangan"  dan bebas sepenuhnya daripada badi 1MDB.

Selepas ini, Lembaga Pengarah yang baru akan dibebankan sepenuhnya untuk menangani semua perkara berkaitan 1MDB, dengan seolah-olah Najib tidak lagi terlibat dengan syarikat pelaburan tersebut.

Lihatlah nanti siapa bakal dilantik dalam susunan Lembaga Pengarah 1MDB itu?

Secara keseluruhannya, tidak mustahil apa yang diputuskan oleh Menteri Kewangan Diperbadankan ini adalah langkah pertama yang akan disusuli langkah-langkah seterusnya untuk membebaskan Najib daripada segala kekangan 1MDB dan orang lain pula akan memikul beban seterusnya.

Tetapi, bagaimana Najib mahu membebaskan dirinya dari segi moral berkaitan hutang, kaitan dengan Jho Low, dakwaan melibatkan anak tiri, wang dalam akaun peribadi, kemewahan berbelanja dan lain-lainnya, di tambah negara-negara luar yang menyiasat 1MDB berkaitan salah laku kewangan dan penggubahan wang haram juga ternampak semakin menunjukkan kemajuannya? (SH 05/05/2016).

KESIMPULAN 

Apakah maksud semua ini ? Ini makna nya at the end of the day MOF terpaksa menanggung kesemua hutang 1MDB apabila tiada lagi assets di dalam 1MDB , sebahagian nya assets hartanah yg akan dipindahkan kepad MOF dan sebahagian besar lagi adalah assets investment yg barangkali tidak bernilai lagi .

Net impact nya kurang lebih sebanyak 33 billion liability 1MDB terpaksa di tanggung oleh MOF.

YES, MOF bermakna ianya adalah impact direct kepada kita sebagai taxpayers dan rakyat.

Malah dalan keadan ekonomi suram berserta pendapatan Petronas yg berkurangan, 33 billion adalah jumlah yg agak besar utk di bayar akhirnya.
Akhir kalam, adalah wajib pihak berkuasa membawa ke muka pengadilan hasil siasatan yg sedang dibuat terhadap salah laku di dalam 1MDB without fear or favour.

itu sajalah yg akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan urus tadbir serta corporate governance yg telus.



AMUKANMelayu - Maaf, aku bukan pemakan dedak........