TERUSAN AIR DI GERMAN |
Menyorot tarikh bersejarah negara pada 28hb. Februari 1991 dalam menyingkap ucaptama Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4 semasa beliau memperkenalkan Wawasan 2020 di Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia, beliau telah mencetuskan hasrat untuk menaik taraf status Malaysia daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Ucapatama beliau itu telah melahirkan salah satu falsafah pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap perkembangan dan pembangunan pendidikan negara selama 22 tahun perkhidmatan beliau sebagai tonggak pemimpin negara. Antara ucaptama beliau di dalam persidangan itu ialah:
"Daripada pengalaman yang menakjubkan selama dua dasawarsa yang lalu di kalangan semua negara yang dulunya terbatas 'sumber alamnya', maka amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam. Rakyat adalah sumber kita yang paling utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan seterusnya Malaysia mestilah memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang amat penting ini”.
"Dalam pembangunan sumber tenaga manusia, kita tidak harus mengabaikan separuh jumlah penduduk kita, yakni golongan Bumiputra. Jika golongan ini tercicir, jika kemungkinan-kemungkinan yang ada pada mereka tidak diperkembangkan, jika mereka dibiarkan menjadi rintangan terhadap pertumbuhan kebangsaan kita, maka kemajuan kita pastilah akan pincang”
Betapa kita tidak boleh menafikan peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam bidang pendidikan. Malahan beliau telah memberi rangsangan kepada rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu di dalam ucapan beliau sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-40 pada 1991 supaya sentiasa berusaha melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul dalam jiwa masing-masing.
Ujar beliau, jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahu pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani.
Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk menganalisa keberkesanan pendidikan sebagai ejen perubahan pada era petadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memenuhi matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Ini adalah kerana pengukuhan ekonomi di samping kestabilan politik di Malaysia sebagai sendi utama kepada kemampuan negara untuk bangkit dari ketinggalan dalam bidang ekonomi dan seterusnya mempunyai daya saing berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain.
Kajian juga dibuat terhadap Perkembangan Pendidikan Negara sebelum dan selepas merdeka bagi mengenal pasti evolusi Pendidikan Negara. Seterusnya kajian juga dibuat terhadap penerapan nilai-nilai murni dan adab ketimuran dalam dasar Pendidikan Negara pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan kesannya terhadap masyarakat Melayu.
Selain itu, kajian ini juga cuba menganalisis pendekatan berani Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengubah tanggapan masyarakat Melayu terhadap sains, ekonomi, matematik, teknologi, aeroangkasa dan penguasaan Bahasa Inggeris yang sememangnya membantu orang-orang Melayu bersifat terbuka dan berusaha gigih untuk lebih maju dan berdaya saing dan seterusnya.
TUN M JAUH DARI PEMIKIRAN NAJIB
Memetik beberapa kenyataan Najib di KUALA LUMPUR pada 13 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pakatan yang dijalinkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai permainan politik hipokrit tahap tertinggi.
Perdana Menteri berkata, keikhlasan Kit Siang dan Dr. Mahathir boleh dipersoalkan kerana dua pemimpin politik veteran itu pernah mengecam sesama sendiri.
Menurut beliau, Dr. Mahathir pernah secara terbuka menuduh Kit Siang sebagai seorang pemimpin rasis yang anti-Melayu dan anti-Islam.
“Kit Siang pula kata Dr. Mahathir seorang diktator, banyak lagi yang dia kata, kronilah.
“Pada saya, inilah politik hipokrit tahap tertinggi, mana boleh kita percaya pakatan politik yang berdasarkan kepada hipokrasi,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Kali Ke-63 di Dewan San Choon, Wisma MCA, di sini hari ini.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyindir Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana sering melakukan pusingan U dengan mengubah dasar-dasar yang diputuskan.
“Berapa kali buat pusingan U ini saya pun tak tahu, saya tak dapat kira lagi,” jelasnya.
Beliau menambah, tindakan tersebut bukan sahaja mengelirukan rakyat malah, menunjukkan pakatan harapan yang diketuai DAP itu sendiri keliru dan tiada hala tuju.
Sementara itu, Perdana Menteri mendedahkan, beliau pernah menolak cadangan Dr. Mahathir untuk membina terusan yang menghubungkan Kuantan, Pahang dan Kuala Lumpur.
Terusan Di German |
“Itu yang Dr. Mahathir mahu kerana beliau yakin ia yang terbaik untuk negara ini sedangkan pada zaman moden, kita mahu bina lebuh raya dan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR),” katanya.
Penulis amat tertarik dengan kenyataan Najib ini;
Beliau pernah menolak cadangan Dr. Mahathir untuk membina terusan yang menghubungkan Kuantan, Pahang dan Kuala Lumpur.
Ternyata disini, Perdana Menteri selepas Mahathir Muhammad telah mengkhianati "AMANAT WAWASAN 2020". Jika Najib mengatakan Keretapi Laju dan Lebuhraya sebagai pelengkap kepada Pembangunan Moden, nyata disini Najib adalah PM yang paling tidak berkelayakan untuk duduk di Putrajaya.
Dengan rangkain Lebuhraya dan Keretapi Laju tidak menjamin perjalanan yang lancar untuk rakyat. Semua itu tidak dapat MENYURAIKAN TRAFFIK yang sudah sampai kekemuncak KESESAKAN di jalan raya.
Cadangan untuk membina TERUSAN KUANTAN KUALA LUMPUR pada pendapat penulis adalah idea yang sungguh kehadapan. Mahathir tentu sedang memikirkan untuk mengalihkan air Sungai Pahang ke Kuala Lumpur dan MEMERANGKAP banjir yang sering terjadi di Pahang dan juga BANJIR KILAT di Kuala Lumpur. Dan dalam masa yang sama Krisis Air dan Banjir dapat di Kawal dengan EFISEN 3 dalam satu.
1. Kawalan Banjir
2. Bekalan Air Bersih
3. Perhubungan Air/Jalan Air.
Jelas disini, Mahathir tetap kehadapan dalam pemikirannya untuk Kesejahteraan Rakyat dan Kemakmuran Malaysia. Bayangkan berapa banyak Pekerjaan dan Pelaburan jangka panjang yang semestinya ia kembali kepada rakyat berbanding dengan 1MDB yang jelas telah banyak Tanah Negara yang jatuh kepada Pelabur Asing.
WAWASAN 2020 YANG DIKHIANATI
Dalam sepucuk surat kepada Tun Daim Zainuddin, Lee berkata;
“Mengenai cadangan Mahathir membina Jambatan Tambak, Perdana Menteri saya (Goh) bersetuju dengannya tetapi mencadangkan agar kita tidak merobohkan Tambak Johor.”
Pembatalan Jambatan Bengkok adalah satu kemenangan kepada Singapura dari segi moralnya dan Tuntutan Pulau Batu Puteh yang menjadi milik Singapura sekarang adalah kemenangan Berganda kepada Negara tersebut.
Tambak Johor |
Ia lantas mengingatkan masyarakat negara ini, terutamanya warga negeri Johor, tentang kemelut yang melanda isu tersebut.
Semuanya bercetus daripada perbezaan pendapat dan kritikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jambatan bengkok atau dalam perancangan mahu dinamakan sebagai Jambatan Indah merupakan struktur jambatan sepanjang 1.4 kilometer yang diimpikan bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923.
Idea pembinaan jambatan lurus telah dicetuskan dan kemudian diubah menjadi 'bengkok' kerana Singapura tidak mahu mengubah struktur penghubung di sempadan negaranya.
Persetujuan Singapura pada awalnya tentang projek tersebut dikatakan diberikan secara ‘tidak rela hati sepenuhnya’ dan dilakukan hanya sekadar berdasarkan pendekatan berpakej.
Model
jambatan bengkok yang dicadangkan Malaysia dihubungkan dengan struktur
sedia ada di bahagian sempadan Singapura. -Grafik Astro AWANI
MANFAAT DARIPADA PEMBINAAN1) Melancarkan aliran lalu lintas ke Singapura dan sebaliknya.
2) Kapal dagang atau pasukan keselamatan boleh belayar melalui Selat Tebrau (Selat Melaka ke Laut China Selatan dan ini akan merancakkan industri perkapalan dan pelabuhan negara iaitu Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.
3) Kelancaran aliran air di Selat Tebrau mampu meningkatkan kualiti air dan juga alam sekitar.
4) Pembukaan laluan air itu boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan Iskandar Malaysia dan negeri Johor secara keseluruhan.
# Sempadan Negara jika di darat di tentukan oleh Banjaran Gunung dan di Laut di kira dari laut yang terdalam antara dua Negara tersebut. Jika Jambatan Bengkok ini dibuat sebelum Tuntutan batu Puteh, rasanya Batu Puteh tidak akan terlepas pada Singapura. Ini adalah MUSLIHAT dan yang tersirat di hati Tun M yang gagal dibaca oleh orang lain.
Keadaan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor dialami hampir setiap hari khususnya pada waktu puncak. -Foto AFP
KRONOLOGI ISU ‘JAMBATAN BENGKOK’
5 Julai 1996: Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencetuskan idea untuk merobohkan Tambak Johor yang menjadi pintu masuk selatan negara dan diganti dengan sebuah jambatan baharu.
8 Julai 1996: Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh Chok Tong menganggap cadangan Malaysia untuk menggantikan Tambak Johor dengan jambatan baharu tidak mengejutkan republik itu.
1 Ogos 1996: Mahathir umumkan jambatan baharu bagi menggantikan Tambak Johor bakal dibina secepat mungkin setelah mendapat persetujuan Singapura. Namun tiada perjanjian secara rasmi dimeterai.
31 Julai 1997: Sebuah perbincangan telah berlangsung di antara Malaysia dan Singapura mengenai pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan Tambak Johor.
4 September 2001: Kedua-dua negara bersetuju dengan cadangan tambahan Malaysia berhubung pembinaan jambatan baharu yang dianggarkan siap pada tahun 2007.
13 Jun 2004: Malaysia yang telah memulakan kerja-kerja pembinaan fasa awal kemudiannya menghentikan sementara pembinaan bagi membolehkan rundingan lanjut dibuat dengan Singapura.
24 Januari 2005: Keputusan untuk membatal atau meneruskan pembinaan jambatan bernilai RM2 bilion itu terus berlarutan dan bergantung kepada hasil rundingan dengan Singapura.
27 Ogos 2005: Tiada kata putus dibuat oleh Singapura berkaitan projek berkenaan, namun Malaysia bertegas mahu meneruskannya.
6 Februari 2006: Singapura sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk meneruskan pembinaan jambatan tersebut tetapi meletakkan dua syarat iaitu menjual pasir kepada republik itu dan membuka ruang udara Johor untuk keperluan latihan jet pejuangnya.
9 Mac 2006: Malaysia meneruskan kerja-kerja awal pembinaan jambatan bengkok atau ‘Jambatan Indah’ berikutan Singapura tidak memberikan kata putus mengenai projek jambatan lurus.
Seni bina jambatan bengkok itu lebih tinggi dan membolehkan kapal-kapal kecil melepasinya namun Singapura enggan berkompromi dengan konsep itu.
12 April 2006: Perdana Menteri selepas Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi memutuskan bahawa Malaysia menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.
“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit jambatan tersebut.” ~ Tun Abdullah Ahmad Badawi, 12 April 2006.
Goh
Chok Tong (kanan) menganggap cadangan Mahathir untuk menggantikan
Tambak Johor dengan sebuah jambatan sebagai sesuatu yang tidak
mengejutkan republik berkenaan. - Foto AFP
26 Jun 2010: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar cadangan pembinaan jambatan bengkok dipertimbangkan semula.
"Saya yakin seluruh rakyat Johor berasa gembira dengan terbinanya bangunan JB Sentral yang serba lengkap dan indah ini, namun masih terdapat kekurangan dan kecacatannya apabila komponen utamanya iaitu jambatan masih belum dilaksanakan hingga hari ini. Sekali lagi, saya ingin menyeru kerajaan Persekutuan agar dapat mempertimbangkan rancangan asal pembinaan jambatan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor." - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, 26 Jun 2010.
17 April 2014: Mahathir sekali lagi membuat kenyataan mengenai mengapa pentingnya jambatan itu dibina sewaktu menghadiri sebuah acara di Iskandar Malaysia.
“Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor. Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina" - Tun Mahathir Mohamad, 17 April 2014
ISU LAIN MENGENAI PEROBOHAN TAMBAK JOHOR
1) Terbinanya jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor akan membolehkan bot-bot kecil dan kapal bersaiz sederhana merentasi Selat Tebrau dengan mudah. Selama ini kapal-kapal yang dalam pelayaran jauh perlu mengelilingi Singapura. Kemungkinan pengurangan kapal yang singgah ke pelabuhan di republik itu difahamkan menjadi perkara yang ‘dibimbangi’ pihak Singapura.
3) Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan kecil dalam kalangan pengusaha penternakan kupang sangkar di beberapa kampung nelayan berdekatan terutamanya di Kampung Senibong. Mereka mengatakan bahawa keadaan air di Selat Tebrau sekarang ini yang tenang dan penuh nutrien membolehkan benih kupang hidup subur.
Jika aliran Selat Tebrau sudah bebas dibuka, mereka bimbang benih kupang akan hanyut dan tidak melekat pada sangkar. Lagipun, para penternak kupang di kampung tersebut percaya bahawa benih induk kupang kebanyakannya berada di Tambak Johor.
“Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor. Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina" - Tun Mahathir Mohamad, 17 April 2014
TIADA PERJANJIAN
Walau apapun yang didebatkan mengenainya, sebenarnya tidak ada sebarang perjanjian yang ditandatangani oleh Malaysia dan Singapura mengenai pembinaan jambatan bengkok tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Peguam Negara Malaysia mendapati bahawa Malaysia tidak boleh membina jambatan berkenaan secara bersendirian (unilateral) kerana terikat dengan Perjanjian Air Johor-Singapura, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan 1965.
Mahathir Pemikir Dan Revolusiner
Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang pemikir dan revolusiner. Di bawah pentadbirannya negara telah melalui suatu proses transformasi yang tidak pernah digambarkan sebelum ini. Tun Dr Mahathir bin Mohamad mahu Malaysia menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya mampu bersaing di peringkat global.
Hasratnya dijelaskan dalam apa yang dinamakan Wawasan 2020 yang beliau utarakan pada 28 Februari 1991 dengan bermatlamatkan "ke arah pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju dalam segala bidang secara seimbang meliputi ekonomi, politik sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan".
Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Ini meningkatkan
1. Pengeluaran kereta nasional yang kini merupakan kereta yang paling laris di Malaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%).
2. Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera.
WAWASAN 2020
Harapan Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang artis, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan keindahan perlaksanaan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang.
UNSUR ISLAM DALAM PENTADBIRAN
Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah' dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dikalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong pengeluarannya.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga tidak lupa menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran. Kempen peningkatan 'Daya Pengeluaran Negara' juga dianjurkan begitu juga dasar 'Penerapan Nilai-nilai Islam' sebagai satu wadah menerapkan budaya kerja yang selari dengan ajaran Islam.
Selain itu dibawah kepimpinannya, tertubuhlah Universiti Islam Antarabangsa yang dicetuskan oleh timbalan Perdana Menteri, Anuwar Ibrahim, dan Bank Islam. Sejak itu, Malaysia diberi penghormatan dan kepercayaan untuk mengendalikan persidangan-persidangan bertaraf antarabangsa seperti PATA, CHOGM, Kumpulan Selatan dan kini Sukan Commonwealth 1996.
Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta.
Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia-British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia.
Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional.
DASAR PENGSWASTAAN
Program pengswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha mengurangkan beban kewngan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap. Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa.
Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar Pengsyarikatan Malaysia' yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.
Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia' yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia.
Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan. Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal ;Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju.
TEKNOLOGI ANGKASA
Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia. Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'.
Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994.
Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.
LEBUHRAYA DAN PENGANGKUTAN DARAT
Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur - barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.
Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6bil. Putrajaya sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan 'kerajaan elektronik'.
Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia.
KLCC DAN BAKUN
Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang.
Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu Empangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi, projek ini yang telah diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yang terbesar di Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar di Asia.
KLIA
Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia.
Semua orang tahu Dr. Mahathir mempunyai komputer di pejabatnya, tetapi tiada siapa yang sangka bahawa beliau akan meletakan paksi dunia komputer di Malaysia.
Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akan menjadikan Malaysia pusat eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruanglinkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina dan bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia.
MSC
Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia.
Dr. Mahathir juga memberikan penekanan kepada pembangunan akademik. Malaysia kini menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba ilmu tetapi juga kepada universiti-universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu samada dengan membuka cawangan atau mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi pendidikan yang dilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak setakat pendidikan tinggi, konsep kecermelangan pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat sekolah dengan memperkenalkan 'sekolah bestari' (smart school) yang bakal beroperasi penuh menjelang tahun 2000.
MELABUR DI DUNIA KE 3
Dr. Mahathir bukan hanya berusaha membangunkan Malaysia tetapi beliau juga berusaha membangunkan negara-negara dunia ketiga yang lain. Beliau menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia melabur ke negara-negara yang memerlukan pelaburan serta menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara yang ketandusan kepakaran. Kini Malaysia merupakan pelabur terbesar Kemboja dengan RM1bil. Yang kedua terbesar di Vietnam dengan nilai pelaburan berjumlah RM559 disamping membuat kehadirannya sangat dirasai di Myanmar, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Maldives.
Tidak kira apa gagasannya - negara membangun, negara dunia ketiga, negara kecil atau negara miskin - beliau dengan berani menyuarakan masalah mereka dalam forum-forum antarabangsa serta menyelar negara-negara maju yang tidak ikhlas membantu malah menindas dengan prejudis.
Pandangannya yang kritis tetapi nyata, telah menjadikan beliau jurucakap kepada negara-negara dunia ketiga dan pembela agama Islam yang konsisten. Malaysia mampu berbuat demikian kerana Malaysia "Merdeka' bukan sahaja dari segi politik tetapi juga ekonomi dan yang lebih penting - dari segi spiritualnya.
Dr. Seri Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi Dr. Mahathir falsafah pembangunan haruslah dijana dari dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkan dari luar dan bukan disebaliknya.
Rakyat hari ini dan generasi yang terkemudian tidak akan lupa pada Dr. Mahathir kerana 'Wawasan 2020nya'. Wawasan 2020 yang mengandungi apa yang dikatakan 'Sembilan Cabaran Utama' merupakan cita-citanya melihat rakyat Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni dan pragmatik ke arah pembentukan sebuah masyarakat maju dengan hasil jalinan keindahan spritual dan kemewahan material.
Wawasan 2020 bukan suatu sasauan, malah ia adalah satu realiti yang mana prosesnya sedang rancak berirama mengelilingi kita dengan program-program pembangunan. Bagi Perdana Menteri Dr. Mahathir, perjuangannya belum selesai kerana perjalanannya tidak pernah berpenghujung. Beliau secara realistik menjelaskan, "saya tidak akan hidup sehingga tahun 2020 tetapi saya pasti Wawasan 2020 akan dapat dicapai".
Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat tidak dapat dipertikaikan lagi merupakan 'Pencetus Malaysia Negara Maju'. Beliau mengakui bahawa beliau tidak percaya lagi dengan penulisannya dalam 'Malay Dilemma' tetapi hakikatnya Malay Dilemma sudah tidak relevan sejak Dr. Mahathir memegang pacuan negara.
Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi seorang pemimpin yang disegani dan sering dirujuk untuk memberikan pandangan di kalangan negara-negara sedang membangun. Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap sebagai jurucakap bagi negara-negara sedang membangun terhadap polisi-polisi kuasa besar politik dari Barat. Beliau memikul harapan negara untuk merintis jalan ke arah suatu peranan kepimpinan di dalam dunia ekonomi dan politik antarabangsa.
KERETAPI LAJU
Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.
“Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.
“Dengan RM14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.
“Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.
“Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, dia mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini. Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.
Jambatan Dan Surat Lee Kuan Yew
Setelah menolak pendekatan pakej, saya membuat jangkaan yang isu pembinaan jambatan tidak akan dikaitkan dengan sebarang isu lain. Saya menaruh harapan yang sangat tinggi apabila isu pembinaan jambatan disebutkan di dalam surat-surat Menteri Kanan Lee Kuan Yew dan Perdana Menteri Goh Chok Tong.
Dalam sepucuk surat kepada Tun Daim Zainuddin, Lee berkata;
“Mengenai cadangan Mahathir membina Jambatan Tambak, Perdana Menteri saya (Goh) bersetuju dengannya tetapi mencadangkan agar kita tidak merobohkan Tambak Johor.”
Nampaknya rakyat Singapura lebih menyetujui jika kedua-dua jambatan baru dan Tambak Johor ada. Ini tentulah tidak masuk akal kerana cadangan pembinaan jambatan baru adalah bertujuan membuka laluan di antara kedua-dua belah di Selat Tebrau supaya air boleh mengalir tanpa sekatan. Ia bukan bertujuan menambah kapasiti hubungan antara Singapura dan Johor. Jika ini berlaku, ia hanyalah satu kebetulan.
Satu lagi hujah menarik Encik Lee ialah (sekiranya Singapura bersetuju dengan pembinaan jambatan itu);
“Singapura akan menambak laut di sebelah wilayahnya hingga ke sempadan dengan Malaysia.”
Sempadan antara Singapura dan Malaysia di Selat Tebrau adalah dasar laut yang paling dalam. Bagaimanapun, bagi Tambak Johor sempadannya adalah di tengah-tengah jambatan. Jika Singapura menambak laut di sebelah wilayahnya sehingga ke sempadan, ia bererti hanya laut di sebelah Malaysia akan kekal. Jadi apa halnya dengan konsep sempadan berasaskan dasar laut paling dalam?
Dalam surat yang sama kepada Daim, Menteri Kanan Lee berkata;
“Saya sentiasa memaklumkan inisiatif saya kepada Perdana Menteri saya. Dia (Perdana Menteri Goh) bagaimanapun, berkata dia menyerahkan hal ini kepada saya sehingga peringkat akhir apabila dia akan mengkajinya dengan teliti sebelum memberi sebarang persetujuan.”
Menteri Kanan Lee juga menulis; “semua nota atau surat yang saya hantar kepada anda dan kepada Mahathir dan sebaliknya perlulah dianggap sebagai Tanpa Prejudis (Without Prejudice) iaitu tidak akan ada sebarang perjanjian sehingga semua perkara dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri.”
Jelas bahawa Menteri Kanan Lee tidak diberi kuasa untuk memutuskan apa-apa kerana beliau perlu memaklumkannya kepada Perdana Menteri Goh untuk dikaji sebelum dipersetujui. Jika tidak, maka tidak akan ada sebarang persetujuan mengenai semua perkara sehinggalah diperakui dan ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri.
Dalam jawapan kepada cadangan saya agar terminal Keretapi Tanah Melayu dibina di Johor Baru, Menteri Kanan Lee, melalui surat bertarikh 10 Disember 2001, berkata;
“Saya harap anda juga akan menimbangkan kepentingan jangka panjang dan nilai perkhidmatan KTM. Sejak tahun 1923 kereta api merupakan perhubungan yang sangat berharga... Saya rasa mengekalkan hubungan kereta api antara Kuala Lumpur dan Singapura menguntungkan kedua-dua buah Negara... Bagaimanapun, oleh sebab KTM milik negara anda, Singapura akan mematuhi keputusan anda”.
Dalam surat ini, Menteri Kanan Lee berikrar mematuhi keputusan saya. Namun beliau boleh juga berkata Perdana Menteri Goh tidak bersetuju dan segala surat-menyurat kami adalah tanpa prejudis.
Namun begitu, apabila beliau atau Perdana Menteri Goh Chok Tong dan saya sendiri menurunkan pandangan-pandangan kami dalam bentuk tulisan, ia menggambarkan apa yang kami fikirkan. Tetapi oleh sebab ia dilakukan tanpa prejudis, kami tidak terikat dengan apa yang kami katakan.
Justeru itu, tidak timbul persoalan berdolak-dalik atau memindahkan tiang gol. Kedudukan tiang gol belum diputuskan. OIeh sebab apa yang dilakukan itu berasaskan konsep tanpa prejudis, maka ia tidak Iebih daripada cadangan sahaja.
Dalam surat bertarikh 11 April 2002 Perdana Menteri Goh menyebut; “Saya sekarang memutuskan untuk mengendalikan sendiri perbincangan kita mengenai pakej dua hala.”
Sekarang barulah seorang yang berkuasa bercakap (bagi pihak Singapura).
Di dalam apa yang boleh dianggap sebagai komitmen mutakhir, Perdana Menteri Goh menulis (kepada saya):
1. Bridge
“Di antara sebuah jambatan baru bagi menggantikan keseluruhan Tambak, dan yang menggantikan hanya bahagian di sebelah Malaysia, saya lebih suka kepada pilihan pertama.”
“Sebaik sahaja jambatan baru siap, Tambak bolehlah dirobohkan, yang mana saya gembira jika dilakukan selepas tahun 2007.”
“Tetapi sekiranya anda mahu menggantikan Tambak di sebelah negara anda dengan sebuah jambatan dengan serta-merta, saya akan menyetujuinya, walaupun pada pendapat saya ini tidaklah ideal.”
Apakah kesimpulan yang boleh kita buat kepada kenyataan ini? Tidak pun disebut mengenai pasir dari Malaysia dan pembukaan ruang udara kepada kapal terbang tentera Singapura. Juga tidak disebutkan tentang nostalgia, hanya keutamaan supaya Tambak dirobohkan selepas tahun 2007.
Sekarang dihujahkan pula bahawa jika Malaysia sentuh paip yang membawa air ke Singapura, ia adalah tindakan perang (act of war). Adakah ini perisytiharan perang?
Peruntukan “Wayleave Agreement” dengan Singapura cukup jelas. Berikut adalah apa yang dipersetujui mengenai paip air;
“That the Licensee (Singapore) shall take full responsibility financially or otherwise for any alteration to the pipeline that may become necessary by reason of any alterations or improvements made or to be made on the Johor Causeway and on receiving not less than six months previous notice in writing from the Licensors (Malaysia) shall thereupon carry out the alteration in accordance with such notice and shall have no claim for any compensation.”
[“Bahawa Pemegang Lesen (Singapura) akan mengambil sepenuh tanggungjawab kewangan atau sebaliknya bagi sebarang pindaan kepada saluran paip apabila ia diperlukan untuk sebarang pengubahsuaian atau pembaikan atau yang diperlukan di Tambak sebelah negeri Johor dan apabila menerima notis bertulis enam bulan sebelumnya daripada Pelesen (Malaysia) akan melakukan pengubahsuaian itu seperti yang disebutkan di dalam notis tanpa sebarang tuntutan ganti rugi.”]
Perjanjian itu tidak menyebut mengenai hak Pemegang Lesen (Singapura) mengingkarinya. Peruntukan “akan melaksanakan pengubahsuaian” (Shall carry out the alteration) sangat jelas dan kuat. Singapura wajib melaksanakan pengubahsuaian itu. Tetapi jika Singapura ingkar, ia mungkin merupakan tindakan perang dan bukan sebaliknya.
Apabila kerja awal pembinaan jambatan dimulakan tidak ada protes dan tidak ada permintaan membeli pasir atau menggunakan ruang udara kita. Sekarang pembinaan jambatan di sebelah wilayah kita pun nampaknya tertakluk kepada syarat kita membekalkan berjuta meter padu pasir kepada Singapura untuk menambak laut dan membuka ruang udara kita kepada jet tentera udaranya. Daripada mana datang semua syarat ini? Apakah kaitan antara perluasan wilayah Singapura dengan kita membina jambatan di dalam wilayah kita sendiri?
Tindak-tanduk Singapura mengaitkan pembinaan jambatan di wilayah kita dengan tuntutan kita menjual pasir dan membuka ruang udara kepadanya tidak berasas sama sekali.
Mengapa Kerajaan Malaysia perlu bersetuju memberi pasir dan membuka ruang udara kepada Singapura, jika tidak terpaksa memberhentikan pembinaan jambatan bengkok di wilayah kita sendiri adalah di luar kemampuan saya memahaminya.
Adalah hak rakyat Malaysia tidak menjual pasir kepada Singapura atau membuka ruang udara kepadanya. Tetapi rakyat tidak pernah mengatakan yang mereka bersedia mengorbankan projek jambatan. Yang mereka tidak mahu adalah mengalah kepada tuntutan Singapura supaya kita menjual pasir dan membuka ruang udara. Mereka mahukan jambatan tetapi mereka juga mahu Kerajaan mereka menyanggah tuntutan Singapura kerana di segi undang-undang Malaysia tidak perlu melayan syarat-syarat Singapura.
Tindak-tanduk Singapura ini telah dijangkakan. Tetapi Kerajaan Malaysia gagal mempertahankan kedaulatan negara. Di samping itu, ia telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang rakyat jelata.
Biarlah rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, Melayu Johor terutamanya, ingat bahawa lnggeris telah menipu Sultan untuk menyerahkan Singapura dengan percuma kepada mereka (Inggeris).
Seperti Pulau Pinang, Lumut dan Melaka, Singapura sepatutnya dikembalikan kepada kita apabila lnggeris melepaskan hak mereka. Tetapi Singapura telah menjadi begitu asing keadaannya sehingga ia tidak boleh lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Apakah Malaysia sekarang akan memberi lebih banyak tanah kepada Singapura supaya ia boleh memperluaskan wilayahnya dan menambah bilangan penduduknya? Menyerahkan dasar laut kita kepada Singapura tidak ada bezanya dengan memberikan bumi kita kepada Singapura. Kesudahannya ialah perluasan wilayah Singapura. Ia tidak ada bezanya dengan menyerahkan sebahagian daripada Johor untuk tujuan ini. Apakah kita begitu miskin sehingga kita perlu menjual sekeping bumi kita kepada orang lain?
Generasi rakyat Malaysia yang akan datang, sama ada Melayu atau Johor, akan menyumpah kita jika kita melakukan semua ini sedangkan kita berhak membina jambatan di atas bumi dan laut kita sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Cukuplah kita menyerahkan Singapura (kepada Inggeris). Tidak perlulah kita menyerahkan lagi tanah kita kepada Singapura walaupun ada orang yang berpendapat kita hanya boleh membina jambatan di negara kita jika Singapura bersetuju.
Rakyat Malaysia tidak pernah mengatakan demikian. Janganlah ada sesiapa yang menyumbat hujah ke dalam mulut mereka semata-mata kerana orang itu takut untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negara serta rakyat Malaysia.
Oleh YBhg Tun Dr. Mahathir Mohamad
Jambatan Pulau Pinang
Jambatan
Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan
ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana
8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya
Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di
Seberang Prai.
Ia bermula daripada idea mantan Ketua Menteri Pulau Pinang kedua, Tun Dr. Lim Chong Eu.
Cetusan itu dilahirkan setelah beliau berpendapat sebuah jambatan perlu didirikan bagi menghubungkan Pulau Pinang dan Butterworth di tanah besar sekitar tahun 1950-an.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed bridge'') yang terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah 13.5 Km, yang menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum tahun 1985, Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang masih beroperasi sehingga sekarang.
1) Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
2) Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
3) Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
4) Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
5) Laluan: 4 Laluan (6 laluan pada sekarang)
6) Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
7) Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
8) Gantungan utama: 225 Meter
9) Gantungan hujung: 107.5 Meter
10)Gantungan lain: 40 Meter
11)Had laju: 80 km/j
Tarikh-tarikh Penting :
Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang.
Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya.
23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate.
Tahun 1982 - Pembinaan bermula.
3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.
14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam.
Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam diadakan di atas Jambatan Pulau Pinang.
Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5 km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.
Pada 13 April 1985, sebuah jambatan sepanjang 13.5 kilometer (km) dengan empat menara di bahagian tengahnya yang terletak 33 meter dari paras laut siap dibina.
Kerja-kerja pembinaannya hanya mengambil masa selama empat tahun dengan peruntukan sebanyak RM850 juta daripada Kerajaan Persekutuan.
Ilham seni rekaan jambatan tersebut datangnya daripada anak tempatan yang merupakan seorang pakar dalam bidang kejuruteraan geoteknikal dan merupakan bekas Pemangku Naib Canselor Universiti Malaya (UM) pada tahun 1960-an.
Berasal dari Nibong Tebal, mendiang Profesor Tan Sri Ir. Chin Fung Kee berjaya meluahkan ilham inovatifnya dengan menggunakan rekaan seismik bagi menghalang binaan jambatan daripada runtuh apabila berlaku gempa bumi.
Reka bentuk jambatan tersebut dilakukan dengan menggunakan kaedah gelegar konkrit. Kaedah itu menggunakan kabel penahan seperti yang terdapat pada jambatan Golden Gate Bridge di San Fransisco, Amerika Syarikat (AS) dan bukannya kaedah tambatan keluli yang digunakan dalam pembinaan Sydney Harbour Bridge.
Dari segi fakta kejuruteraan, cerucuk yang digunakan bagi membina jambatan tersebut adalah sepanjang 648 km yang bersamaan jarak dari Butterworth ke Johor Bahru.
Uniknya, jambatan tersebut mampu menahan kesan gempa bumi sehingga berukuran 7.5 skala Richter manakala keseluruhan jambatan tersebut panjangnya 13.5 km, dengan 8.4 km daripada jambatan berada di atas paras laut.
Ia bermula daripada idea mantan Ketua Menteri Pulau Pinang kedua, Tun Dr. Lim Chong Eu.
Cetusan itu dilahirkan setelah beliau berpendapat sebuah jambatan perlu didirikan bagi menghubungkan Pulau Pinang dan Butterworth di tanah besar sekitar tahun 1950-an.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed bridge'') yang terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah 13.5 Km, yang menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum tahun 1985, Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang masih beroperasi sehingga sekarang.
1) Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
2) Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
3) Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
4) Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
5) Laluan: 4 Laluan (6 laluan pada sekarang)
6) Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
7) Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
8) Gantungan utama: 225 Meter
9) Gantungan hujung: 107.5 Meter
10)Gantungan lain: 40 Meter
11)Had laju: 80 km/j
Tarikh-tarikh Penting :
Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang.
Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya.
23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate.
Tahun 1982 - Pembinaan bermula.
3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.
14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam.
Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam diadakan di atas Jambatan Pulau Pinang.
Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5 km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.
Pada 13 April 1985, sebuah jambatan sepanjang 13.5 kilometer (km) dengan empat menara di bahagian tengahnya yang terletak 33 meter dari paras laut siap dibina.
Kerja-kerja pembinaannya hanya mengambil masa selama empat tahun dengan peruntukan sebanyak RM850 juta daripada Kerajaan Persekutuan.
Ilham seni rekaan jambatan tersebut datangnya daripada anak tempatan yang merupakan seorang pakar dalam bidang kejuruteraan geoteknikal dan merupakan bekas Pemangku Naib Canselor Universiti Malaya (UM) pada tahun 1960-an.
Berasal dari Nibong Tebal, mendiang Profesor Tan Sri Ir. Chin Fung Kee berjaya meluahkan ilham inovatifnya dengan menggunakan rekaan seismik bagi menghalang binaan jambatan daripada runtuh apabila berlaku gempa bumi.
Reka bentuk jambatan tersebut dilakukan dengan menggunakan kaedah gelegar konkrit. Kaedah itu menggunakan kabel penahan seperti yang terdapat pada jambatan Golden Gate Bridge di San Fransisco, Amerika Syarikat (AS) dan bukannya kaedah tambatan keluli yang digunakan dalam pembinaan Sydney Harbour Bridge.
Dari segi fakta kejuruteraan, cerucuk yang digunakan bagi membina jambatan tersebut adalah sepanjang 648 km yang bersamaan jarak dari Butterworth ke Johor Bahru.
Uniknya, jambatan tersebut mampu menahan kesan gempa bumi sehingga berukuran 7.5 skala Richter manakala keseluruhan jambatan tersebut panjangnya 13.5 km, dengan 8.4 km daripada jambatan berada di atas paras laut.
AMUKANMelayu - Halatuju Negara telah terpesong dari AMANAT 2020
Politik hipokrit tertinggi
Najib persoal pakatan Kit Siang-Dr. Mahathir
14 November 2016 12:53 AM
|
NAJIB
TUN RAZAK diiringi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan
timbalannya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyerahkan replika cek kepada
Pengerusi KOJADI, Datuk Ng Peng Hay dalam Majlis Perasmian Perhimpunan
Agung Tahunan MCA ke-63 di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam.
UTUSAN/Aizzul A. Majid
KUALA
LUMPUR 13 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pakatan yang
dijalinkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai permainan
politik hipokrit tahap tertinggi.
Perdana Menteri berkata, keikhlasan Kit
Siang dan Dr. Mahathir boleh dipersoalkan kerana dua pemimpin politik
veteran itu pernah mengecam sesama sendiri.
Menurut beliau, Dr. Mahathir pernah secara terbuka menuduh Kit Siang sebagai seorang pemimpin rasis yang anti-Melayu dan anti-Islam.
“Kit Siang pula kata Dr. Mahathir seorang diktator, banyak lagi yang dia kata, kronilah.
“Pada saya, inilah politik hipokrit tahap tertinggi, mana boleh kita percaya pakatan politik yang berdasarkan kepada hipokrasi,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Kali Ke-63 di Dewan San Choon, Wisma MCA, di sini hari ini.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyindir Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana sering melakukan pusingan U dengan mengubah dasar-dasar yang diputuskan.
“Berapa kali buat pusingan U ini saya pun tak tahu, saya tak dapat kira lagi,” jelasnya.
Beliau menambah, tindakan tersebut bukan sahaja mengelirukan rakyat malah, menunjukkan pakatan harapan yang diketuai DAP itu sendiri keliru dan tiada hala tuju.
Sementara itu, Perdana Menteri mendedahkan, beliau pernah menolak cadangan Dr. Mahathir untuk membina terusan yang menghubungkan Kuantan, Pahang dan Kuala Lumpur.
Beliau memberitahu, cadangan itu sukar diterima kerana kaedah pengangkutan itu hanya digunakan pada zaman pertengahan serta boleh menimbulkan isu alam sekitar yang serius.
“Itu yang Dr. Mahathir mahu kerana beliau yakin ia yang terbaik untuk negara ini sedangkan pada zaman moden, kita mahu bina lebuh raya dan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR),” katanya.
Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya negara ini mengalami kegagalan ekonomi berikutan penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) Jumaat lalu.
“Apa yang berlaku adalah di luar kawalan kita dan pasaran menjadi tidak menentu kerana Presiden AS yang baharu, Donald Trump belum menetapkan dasar ekonominya,” jelasnya.
Menurut beliau, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil tindakan sewajarnya bagi menstabilkan nilai ringgit manakala senario serupa juga berlaku di negara-negara membangun yang lain.
Menurut beliau, Dr. Mahathir pernah secara terbuka menuduh Kit Siang sebagai seorang pemimpin rasis yang anti-Melayu dan anti-Islam.
“Kit Siang pula kata Dr. Mahathir seorang diktator, banyak lagi yang dia kata, kronilah.
“Pada saya, inilah politik hipokrit tahap tertinggi, mana boleh kita percaya pakatan politik yang berdasarkan kepada hipokrasi,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Kali Ke-63 di Dewan San Choon, Wisma MCA, di sini hari ini.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyindir Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana sering melakukan pusingan U dengan mengubah dasar-dasar yang diputuskan.
“Berapa kali buat pusingan U ini saya pun tak tahu, saya tak dapat kira lagi,” jelasnya.
Beliau menambah, tindakan tersebut bukan sahaja mengelirukan rakyat malah, menunjukkan pakatan harapan yang diketuai DAP itu sendiri keliru dan tiada hala tuju.
Sementara itu, Perdana Menteri mendedahkan, beliau pernah menolak cadangan Dr. Mahathir untuk membina terusan yang menghubungkan Kuantan, Pahang dan Kuala Lumpur.
Beliau memberitahu, cadangan itu sukar diterima kerana kaedah pengangkutan itu hanya digunakan pada zaman pertengahan serta boleh menimbulkan isu alam sekitar yang serius.
“Itu yang Dr. Mahathir mahu kerana beliau yakin ia yang terbaik untuk negara ini sedangkan pada zaman moden, kita mahu bina lebuh raya dan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR),” katanya.
Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya negara ini mengalami kegagalan ekonomi berikutan penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) Jumaat lalu.
“Apa yang berlaku adalah di luar kawalan kita dan pasaran menjadi tidak menentu kerana Presiden AS yang baharu, Donald Trump belum menetapkan dasar ekonominya,” jelasnya.
Menurut beliau, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil tindakan sewajarnya bagi menstabilkan nilai ringgit manakala senario serupa juga berlaku di negara-negara membangun yang lain.