DOSA YANG DISEGERAKAN ADZABNYA
Dari Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ ذَنْبٍ أَجْدَرُ أَنْ يُعَجَّلَ لِصَاحِبِهِ الْعُقُوبَةُ مَعَ مَا يُدَّخَرُ لَهُ ، مِنَ الْبَغِيِّ وَقَطِيعَةِ الرَّحِمِ
“”Tidak ada satu dosa pun yang lebih pantas untuk disegerakan hukumannya bagi pelakunya di dunia ditambah dengan adzab yang disisakan untuk dia kelak di hari kiamat: kezaliman dan memutuskan silaturahmi (terutama orang tua).””
Saja penulis mulakan penulisan dengan Hadis Nabi ini. Beberapa hari ni, penulis perhatikan PAU 2016 ini penuh dengan dusta dan penyebaran fitnah dan menanamkan perasaan benci sesama kita. Tiada kedengaran perancangan untuk kebaikan rakyat sebaliknya menyerang sesama seugama hanya kerana perasaan dendam dan marah.
Dalam kesesakan hidup dan pemborosan wang negara dan dalam masa yang sama menyembunyikan kepincangan dan "mencuri wang negara" dengan berselindung dalam pelaburan kerajaan dan di Akta Rahsiakan segala kecurian supaya tidak di ketahui rakyat adalah satu Tragedi yang memalukan.
Sebagai seorang pemimpin yang memberi Ucapan dengan memetik banyak ayat quran seolah-olah untuk menzahirkan Kekotoran yang akan menjadi suci bila di tutup dengan Istilah Agama. Persoalannya....adakah UMNO masih RELEVAN dengan KEKOTORAN yang terpalit pada Parti KERAMAT itu selepas ianya berdiri megah selama 70 tahun?
Sebagai seorang pemimpin yang memberi Ucapan dengan memetik banyak ayat quran seolah-olah untuk menzahirkan Kekotoran yang akan menjadi suci bila di tutup dengan Istilah Agama. Persoalannya....adakah UMNO masih RELEVAN dengan KEKOTORAN yang terpalit pada Parti KERAMAT itu selepas ianya berdiri megah selama 70 tahun?
Perhimpunan UMNO perlu keajaiban
PERMATANG PAUH 21 Nov. – Perhimpunan Agung UMNO tahun ini hanya akan menjadi pentas ‘Maharaja Politik Musim Terakhir’ sekiranya perwakilan negeri masih berbahas dengan cara lama, puji melampau, cuit-mencuit individu tertentu, meluahkan idea yang terlalu retorik atau hanya syok sendiri.
Mohd. Zaidi Mohd. Said |
Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, rata-rata rakyat termasuk ahli UMNO sendiri kini bercakap tentang kurangnya keyakinan kepada parti dan kerajaan.
‘‘Penyokong dan pemimpin pembangkang pula memandang ahli UMNO seolah-olah kita melakukan kesalahan yang amat besar terhadap negara.
‘‘Jadi dalam keadaan sebegini, adakah kita masih mahu bertepuk sorak, puji memuji, berada dalam fantasi atau mengangkat mana-mana individu sebagai hero sedangkan rakyat melihat kita sebaliknya?’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Mohd. Zaidi, rakyat kini sedang menanti apa tindakan serta janji yang akan dibuat bagi mempertahankan Islam, orang Melayu dan bumiputera serta pada masa sama menjamin kebajikan semua kaum di negara ini.
Ditanya mengenai usul yang harus dibawa, beliau menegaskan, perwakilan perlu mencari idea ke arah menarik kembali semangat untuk memperkasakan parti serta menawan hati rakyat.
PRU-14 selepas Ogos 2017?
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Beberapa penganalisis politik tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan diadakan lebih awal berbanding tempoh matangnya iaitu pada Jun 2018.
MOHAMED MUSTAFA |
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, selepas enam bulan pertama tahun depan adalah masa terbaik kerana sekurang-kurangnya Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah mempunyai masa mencukupi dalam tempoh setahun membuat persiapan secukupnya untuk menghadapi PRU itu.
“Tahun depan sudah cukup tempoh empat tahun iaitu tempoh minimum yang diperlukan untuk mengadakan PRU lebih awal supaya kerajaan ada tempoh untuk melaksanakan semua janji dan manifesto sekurang-kurangnya mesti ada satu keputusan baik dan memberangsangkan.
“Persediaan diperlukan oleh BN bermula dari sekarang untuk tempoh setahun terakhir ini, kalau terlambat diadakan juga akan memberi kelebihan kepada pembangkang kerana mereka berupaya menguatkan kedudukan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjangkakan PRU-14 diadakan tahun depan dan memberikan bayangan Perhimpunan Agung UMNO tahun ini adalah yang terakhir menjelang pilihan raya umum itu.
Umno sudah kehilangan hidayah
Persepsi-persepsi buruk terhadap UMNO itu bukannya wujud dengan sekelip mata dan ia tidak wujud dengan senang sahaja.
Masalah UMNO ialah masalah yang diwujudkan olehnya sendiri. Tengku Adnan Mansor berkata, sebenarnya UMNO itu tidak ada masalah, hanya parti itu menghadapi masalah persepsi sahaja.
Kata-kata Setiausaha Agong UMNO ini menampakkan satu fenomena, iaitu parti itu benar-benar terasa masalah-masalah yang dihadapi oleh parti itu.
Menteri Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein semasa menjadi Menteri KDN juga pernah berkata persepsi buruk itu telah berjaya ditempelkan pada UMNO dan semua sekutunya dalam BN oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Komen saya senang sahaja. Untuk satu-satunya persepsi itu melekat kepada UMNO itu mesti ada sebabnya. Persepsi-persepsi buruk terhadap UMNO itu bukannya wujud dengan sekelip mata dan ia tidak wujud dengan senang sahaja.
Ia tentunya wujud di atas isu yang ‘real’ dan nyata. Jika isu terhadap UMNO ini tidak ‘real’ bagaimana persepsi buruk itu boleh melekat dan menjadi ‘stigma’ yang tidak dapat ditanggalkan lagi dengan parti yang telah memerintah sejak merdeka dahulu.
Dalam politik, persepsi rakyat itulah yang menjadi penentu samada parti itu kekal kukuh atau dilontarkan jauh-jauh oleh rakyat.
Sebenarnya UMNO sememangnya sudah patut diketepikan lama dahulu kerana isu besar yang telah menyakitkan rakyat begitu banyak di hadapan mata kita.
Tetapi semasa itu rakyat belum lagi menyedari yang perubahan itu adalah elemen penting untuk berlaku di dalam sesebuah negara yang telah matang dan lama bebas memerintah sendiri.
UMNO kini sedang dikaitkan oleh rakyat dengan senarai-senarai negatif yang terlalu banyak sehinggakan parti itu telah dipersepsikan sebagai sebuah parti yang bermasalah besar.
UMNO telah membiarkan segala perkara buruk untuk berlaku di dalamnya kerana pimpinan parti itu sejak 30 tahun dahulu tidak menghiraukan isu mempertahankan imej yang baik dengan serius.
Kepentingan peribadi
Pucuk pimpinan negara dalam tiga dekad yang lalu lebih mementingkan kehendak peribadi mereka sahaja dan tidak mengangkat jari untuk memperbetulkannya.
Tetapi apabila masalah sudah menjadi besar barulah pimpinan UMNO bergegas untuk memperbaikinya dan usaha ini sudah terlalu lambat kerana yang hendak menyelesaikan masalah-masalah ini adalah di kalangan mereka yang terbabit dengan isu-isu yang besar di dalam negara sekarang ini.
Persepsi buruk bukan datang dengan saja-saja. Misalnya bagaimana hendak menolak persepsi buruk terhadap kerajaan dalam isu NFC misalnya. Tidak payah kita melarutkan isu ini oleh kerana semua orang sudah memahami tentang isu ini.
Isu PKFZ yang melibatkan RM12 billion, kerugian perdagangan wang antarabangsa yang dilakukan oleh Nor Mohamad Yakcop atas arahan Dr Mahathir Mohamad yang melibatkan kerugian RM30 billion dan banyak lagi isu yang sangat besar berlaku di hadapan mata kepala kita.
Isu perlakuan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) yang bersikap seperti gangster seperti Nazri Aziz. Kalau dahulu Nazri diisukan dengan permit teksi yang beribu-ribu permit yang beliau ambil, sekarang timbul isu menggunakan kuasa melindungi Micheal Chia dan Musa Aman tentang wang misteri sebanyak RM40 million itu.
Nazri mempunyai seorang anak yang hidup seperti ‘anak maharaja Arab’ dengan kereta besar yang begitu sombong dan anaknya ini telah dikaitkan dengan banyak isu-isu jenayah yang diketahui umum.
Cakap-cakap takbur Nazri kita dengar selalu. Beliau seolah-olah seorang yang begitu besar dan kuat seperti dunia ini pun dia boleh alihkan. Sikap kesombongannya seolah-olah beliau mampu untuk menahan dunia ini daripada menghadapi kiamat.
Apabila umum mengetahui isu-isu ini dan mereka lihat dilakukan oleh pemimpin dan keluarga yang berkuasa pula, maka dengan sendirinya persepsi buruk terhadap UMNO itu terbentuk kerana tidak ada contoh-contoh peribadi yang baik dalam pimpinan BN pada hari ini.
Pengaruh Politik
Persepsi UMNO sudah terlalu buruk dan tidak mungkin mampu dipulihkan lagi. Jadi apa yang dikatakan oleh Setiausaha Agong UMNO yang UMNO hanya bermasalah dengan persepsi, kita nyatakan dengan jelas di sini yang persepsi-persepsi buruk itu semuanya terlandas di atas isu yang ‘real’ dan sahih.
Di atas persepsi yang buruk inilah kita rakyat akan melakukan apa sahaja yang halal mengikut undang-undang untuk mengenepikan BN kali ini kerana isu-isu buruk yang real yang dilakukan oleh pimpinan BN pada hari ini.
Kepada Hishamudin dan Tengku Adnan yang ramai menganggap masih seorang ‘novice’ dalam politik ini, elok memahami isu yang sebenar yang mereka sedang hadapi.
Tetapi mereka tidak mungkin faham apa dia UMNO itu kerana mereka menyertai UMNO setelah UMNO dalam proses kehancuran yang sudah hilang segala-galanya, dari perjuangan sehinggalah ke identiti parti mereka sendiri.
Mereka ini menganggap mentadbir UMNO dan negara ini serupa seperti mentadbir sebuah ‘kilang padi’ sahaja. UMNO sudah hilang pimpinan yang mempunyai pemikiran. Yang ada dalam UMNO hari ini hanyalah mereka yang tidak tahu atau tidak mahu berfikir atau tidak tahu apa yang hendak difikirkan.
Mereka mentadbir hanya dengan menggunakan kaki, tendang orang ke sana ke mari kerana mereka tidak mengerti untuk berfikir dengan menggunakan otak anugerah Tuhan yang membezakan di antara manusia dan haiwan.
Oleh kerana pimpinan UMNO kurang berkemampuan untuk berfikir, kali ini biar rakyat yang memikirkannya dan kita lihat apa yang mereka (rakyat) lakukan tidak lama lagi dalam pilihanraya nanti.
Mungkin cara untuk membuatkan pimpinan UMNO ini untuk belajar berfikir ialah dengan meletakkan di sebelah pembangkang di setiap Dewan Legislatif, samada di Persekutuan atau di Negeri-Negeri yang terlindung di dalam Tanah Persekutuan ini.
UMNO - BANGKIT ATAU JADI ARKIB
27 November 2016
"Tanyalah apa nak tanya, saya akan jawab’’ Itulah kata-kata DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI, ketika mahu memulakan wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, HAMDEN RAMLI, KAMIL MASLIH, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan Jurugambar, ZAKI AMIRUDDIN di pejabat Timbalan Perdana Menteri, Putrajaya, Rabu lalu.
Ahmad Zahid amat memahami dalam senario politik pada masa kini, UMNO bukanlah berada dalam keadaan selesa. Parti yang berusia 70 tahun itu akan mengadakan perhimpunan agungnya mulai Selasa ini dengan berhadapan pelbagai serangan daripada pakatan pembangkang.
Oleh itu sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, Ahmad Zahid tidak beretorik atau memberi jawapan sekadar untuk 'menyedapkan hati’.
Justeru dalam wawancara hampir sejam tersebut Ahli Parlimen Bagan Datoh itu menjawab secara tegas, jelas dan terbuka berhubung cabaran kepada parti induk Melayu berkenaan.
Pesan Ahmad Zahid kepada pemimpin dan ahli UMNO, mereka mempunyai dua pilihan sama ada bangkit untuk terus mengekalkan kuasa atau dimasukkan dalam arkib sebagai parti yang pernah berkuasa.
PERPECAHAN DALAM UMNO SUDAH TIDAK DAPAT DI SEMBUNYIKAN
UMNO dilihat kali ini berhimpun dalam keadaan agak berbeza apabila berlakunya perpecahan dalam parti. Gelombang baru kini wujud dan struktur sedia ada mesti diperkasakan. Tempoh yang tinggal tidak terlalu lama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Kemuncak kepada segala perjuangan politik adalah memenangi pilihan raya.
Dalam hal ini kesiapsiagaan UMNO bukan hanya bersandarkan kepada sejuah mana jentera itu diperkasakan tetapi bagaimana gerak kerja untuk menyatupadukan dan memperkuatkan kepemimpinan UMNO di semua lapisan organisasi bagi mencapai kemenangan.
Ini bukan pertama kali, tetapi sudah kali keempat UMNO diuji dengan penuh kegetiran apabila ahli dan juga bekas tokohnya mencabar dari luar.
1 - BERSATU di tubuhkan pada 2015 oleh Mantan PM/Presiden UMNO dan Bekas TPM hanya untuk MENUMBANGKAN UMNO.
2 - Pada tahun 1998 peristiwa ini juga berlaku apabila pemimpin nombor dua ketika itu terkeluar daripada gelanggang UMNO.
3 - Tahun 1987 dan 1988, UMNO diharamkan dan terbelah kepada dua, cabaran itu lebih hebat lagi.
4 - Tahun 1955 dan 1956, pengasas UMNO menubuhkan Parti Negara dan keluar daripada UMNO. Maka apa yang berlaku adalah cabaran yang harus dihadapi oleh sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin UMNO.
UMNO sekarang ditentang bekas pemimpinnya sendiri. Mereka ini dilihat ada integriti dan kekuatan tersendiri untuk memenangi sokongan rakyat dan rakyat juga mungkin akan mempercayai apa yang mereka katakan.
Penentangan paling hebat apabila UMNO terpecah dua, ketika menghadapi pilihan raya 1990. Ketika itu UMNO masih menang dan BN masih memperoleh dua pertiga majoriti kerana masalah dalaman diselesaikan dahulu manakala institusi kepresidenan diperkukuhkan. Ketika itu UMNO bukan hanya ditentang dari luar oleh bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang menubuhkan Semangat 46 malah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri pun berada di Kem Pembangkang.
Masalah dalaman ketika itu cukup hebat berbanding cabaran sekarang. Ianya tidaklah sekuat sewaktu kes 1987-1988. Jika UMNO dapat memperkasakan perpaduan dalaman, insya-Allah kemenangan akan berpihak kepada UMNO dan UMNO harus bangkit. Ini bukan hanya dengan retorik, bangkitnya UMNO harus dengan semangat baru, jiwa baru dan gerak kerja baru yang berbeza dengan apa yang telah kita lakukan terdahulu dan sebelum ini.
Berdasarkan senario di Kedah, Johor dan Sabah, setelah pemimpin-pemimpin yang dianggap berpengaruh ini terkeluar, sudah pastinya ada kesan tetapi tidak seberat sebagaimana kes terdahulu. Ia sebenarnya berpaksikan kepada kekuatan dalaman UMNO sendiri dan untuk Johor secara keseluruhannya, hatta di bahagian yang dijangka pergolakannya itu sendiri saya tidak timbul masalah terlalu besar. Di Kedah, bahagian yang dijangkakan ada pergolakan juga tidak berlaku manakala di Semporna, keadaannya adalah di bawah kawalan.
Sabah tentu berada dalam keadaan cukup baik. Namun tidak boleh melihat dengan mudah semua permasalahan itu seolah-olah ia tidak mengganggu-gugat, tetapi ia bergantung kepada bagaimana UMNO mendepaninya, bukan mengetepikan masalah itu.
Dalam tiga perpecahan sebelum ini, setiap kali memasuki gelanggang pilihan raya umum, BN masih lagi memegang kelebihan majoriti dua pertiga tetapi senario sekarang berbeza, UMNO berpecah ketika kuasa di tangan bukan lagi majoriti dua pertiga, dengan pelbagai persepsi melingkari UMNO, dan kesannya pada PRU-14 tetap ada.
PRU-12 dan PRU-13 UMNO terpukul dengan keputusan yang diperolehi tetapi UMNO jangan bernostalgia terhadap kecemerlangan pada Pilihan Raya Umum 2004. Kenapa kita terpukul dalam dua pilihan raya umum lalu kerana sistem komunikasi yang lemah, UMNO tidak menggunakan the trendy communications system.
Media maya tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Malah sekarang ini pun UMNO tidak menggunakan sepenuhnya media maya sedangkan 87 peratus daripada khalayak menggunakan media maya. UMNO masih menggunakan face to face communication, kita masih menggunakan ceramah dalam kumpulan besar dan kumpulan kecil.
Minda khalayak sukar didekati dan kalau UMNO masih menggunakan acuan dan cara yang lama, tunggulah masanya UMNO akan tinggal sejarah. Cybertropper UMNO masih dengan POSTINg SYOK SENDIRI. Sudah ada beberapa Orang Pemuda UMNO yang di beri tanggung jawab ini. Tapi mereka masih gagal menanganinya.
UMNO perlu BANGKIT, Sebut soal bangkit ini, bukan bangkit dari segi fizikal sahaja, ia mesti bangkit dari segi sikap, bangkit dari segi minda, bangkit dari pendekatan melalui metadologi atau pendekatan yang berbeza sekarang ini dalam sistem komunikasi. Oleh yang demikian, cabaran itu tetap datang dalam setiap kali pilihan raya umum tetapi soalnya bagaimana UMNO mendepani cabaran dan kekangannya.
Dalam hal ini, jangan diletakkan tanggungjawab itu hanya pada Presiden dan Pengerusi UMNO. Jangan tinggalkan dua orang sahaja terkial-kial menghadapi semua ini. Keseluruhan Ahli UMNO perlu berjuangan bersama-sama rakan dalam jemaah menteri dan Ahli Majlis Tertinggi.
Namun jika dilihat dari Perjuangan Alamaya kini....UMNO seperti tidak cukup dan tidak kena walau apa pun gendang yang dipalu, tariannya tetap pincang. Tambahan pula lantai dan papan yang tidak sama. UMNO perlukan rakan-rakan di peringkat negeri apatah lagi di peringkat cawangan dan bahagian.
Ini yang dimaksudkan, UMNO semua harus bangkit dan fikir permasalah yang timbul dalam UMNO bukan permasalahan di luar, di luar tetap berlaku serangan ‘mortar atau peluru berpandu’ yang akan menembak tetapi persoalannya:
1 - Adakah UMNO cukup kuat?
2 - Siapa yang tahu isi hati semua Ahli UMNO?
3 - Adakah Bai'ah "DEDAK" boleh di percayai?
4 - Benarkah 3 juta Ahli UMNO akan mengundi UMNO?
5 - Apakah Kekuatan dalaman UMNO sekarang sekuat 1947?.
Seseorang ulama yang digoda iblis yang tidak mahu ulama itu khusyuk dalam solat boleh diatasi dengan kekuatan dalaman ulama itu sendiri. Tapi jika ulama itu merasakan takbur dan menyalahgunakan ilmunya, maka ulama itulah yang menjadi golongan pertama masuk dalam neraka, bukan kumpulan pertama yang masuk syurga. Itulah kiasan untuk mengibaratkan UMNO, yang perlu diperkasakan dari dalam.
Dua tahun lepas, bekas Timbalan Presiden UMNO pernah menyebut semasa perasmian sayap-sayap UMNO, kalau kurang dua peratus lagi dari segi sokongan, maka habislah BN, dan itu belum mengambil kira senario semasa ketika ini, apakah kebimbangan itu sudah dapat di atasi?
Apakah itu satu fakta daripada kajian empirikal tetapi situasi itu hanya sesuai dalam PRU-13, bagi PRU-14, kita tidak boleh mengguna pakai hipotesis itu lagi?.
UMNO wajib melakukan kajian berdasarkan responden terkini tanpa mengenepikan kerisauan yang di ketengahkan. Walaupun berdasarkan struktur kaji selidik yang baharu kerana keadaan telah berubah, tapi tidak siapa dapat meneka GELOMBANG pengundi senyap yang telah membuktikan beberapa Negeri jatuh ketangan Parti Baharu. Jangan terlalu konfiden dengan jumlah Ahli yang ramai. Bagi penulis bukan sekadar dua peratus, UMNO harus bekerja keras menaikkannya kepada kedudukan yang tidak boleh digugat.
Namun kita harus lihat bahawa dalam politik permainan angka menjadi sesuatu yang penting. The game of politic is about numbers, game of numbers.
Dalam hal tersebut kita harus melihat bahawa risiko nombor-nombor ini harus ada tetapi adakah perkiraan risiko itu harus dibuat sekarang, atau akan datang, atau sebelum daripada itu?
Kalau kita merasakan perkiraan berkenaan boleh dilihat daripada jumlah calon bertanding, adakah lebih meriah jika empat calon bertanding bagi sesebuah kerusi?
Tentunya pembangkang mengharapkan dua calon bertanding atau two corner fight, tetapi rasanya lebih meriah kalau empat atau sekurang-kurangnya tiga penjuru. Perkiraan nombor juga harus dibuat berdasarkan situasi itu.
Bagaimana UMNO harus bangkit bagi mendepani segala cabaran, tetapi sejuah mana ahli dan kepemimpinan UMNO sudah bersedia untuk menterjemahkan kebangkitan yang diharapkan tersebut?
UMNO perlu menghidupkan semula kursus perkaderan, menyuntik semula, mengulang kaji, melakukan muhasabah terhadap apa yang kita lakukan terhadap tiap-tiap kesilapan atau kelemahan. Melalui program kursus perkaderan ini katanya telah berjalan dan telah tamat di seluruh negara melibatkan semua 191 bahagian.
Tapi apakah tindakan susulan terhadap kursus perkaderan berkenaan agar ia tidak hilang apabila kem latihan itu ditinggalkan.
Menterjemahkan kursus perkaderan ini dalam bentuk jentera yang berstruktur untuk menterjemahkan apa yang di pelajari dari segi falsafah dan konsepnya. Ini yang perlu UMNO lakukan di seluruh negara dan kaedah untuk membuat perincian terhadap senarai semakan bagi menentukan ia dilaksakan terutama jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM), peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.
METODOLOGI BERBEZA RAIH SOKONGAN PENGUNDI MUDA
Cabaran utama untuk semua Parti dalam PRU-14 nanti adalah pengundi generasi muda kerana mereka melihat semua pemimpin parti hanyalah MEMBURU KEKAYAAN dalam politik. UMNO juga bermasalah, bagaimanakah UMNO hendak mendekati pengundi muda?
Tidak kurang 45 peratus pengundi muda berada dalam tiga kategori.
Pertama, pengundi muda yang kali pertama mengundi.
Kedua, pengundi muda yang pernah mengundi sebelum itu dan akan mengundi sekali lagi.
Ketiga, pengundi di bawah umur 40 tahun yang pernah mengundi dua kali dan akan mengundi lagi.
Tiga kumpulan generasi muda ini, tidak boleh menggunakan metodologi yang sama untuk mendekati mereka sebab cita rasa dan pola pemikiran mereka berbeza.
Begitu juga kita lihat orang Melayu bandar dan luar bandar dan orang Melayu di pinggir bandar, juga pola pemikiran dan sikap yang berbeza.
Namun, rata-rata orang Melayu tetap Melayu. Keutamaan mereka adalah,
Pertama, soal agama;
Kedua, bangsa mereka;
Ketiga, adalah soal makan pakai mereka;
Keempat, adalah soal rumah kediaman.
Kalau keempat-empat perkara ini harus di depani dengan cermat. Melayu dah terlalu lama terluka dan kini mereka merasakan terlalu amat di pinggirkan. UMNO bukan sekadar menjelaskan tetapi juga mesti mencari jalan penyelesaian. UMNO terlalu ambil mudah dan mereka mengatakan ia tidaklah sukar sebab pembangkang hanya memberikan harapan, mereka tidak hidangkan apa-apa pun. Apa yang dibuat pihak pembangkang tidak lebih daripada apa dihidangkan UMNO dan BN.
Tetapi kumpulan muda ini mengharapkan sesuatu yang baharu. UMNO juga banyak retoriknya. TN50 (Transformasi Nasional 2050), antara produk yang kononnya boleh dihidangkan oleh UMNO dan BN untuk diterangkumkan dan dibincangkan oleh mereka. Apa sebenarnya yang di fikir ini pendekatan yang baik (untuk dibawa dalam perbincangan) di town hall. Sedangkan Anak Muda sudah tidak yakin dengan Kepimpinan yang ada, walaupun ramai yang berminat dengan UMNO.
Mereka melontarkan pandangan dan apa mereka fikir yang sebenarnya diperlukan. Sedangkan Kerajaan UMNO menghidang dan memaksa mereka menerimanya tanpa memikirkan, adakah take home pay (gaji bersih) mereka cukup?
Adakah mereka yang bergaji RM10,000 sebenarnya merupakan berpendapatan tinggi?
Sebenarnya mereka yang bergaji RM10,000 ke bawah adalah middle income group yang terkial-kial untuk hidup. Perkara-perkara seperti ini mesti diambil kepedulian oleh kerajaan BN, apatah lagi mereka berpendapatan RM3,000 ke bawah, iaitu mereka yang baru tamat universiti.
Tidak adil jika dibandingkan dengan zaman graduate tahun 1970-an, gaji cuma RM1,500, anak dua orang dah lahir, hutang koperasi untuk kahwin belum selesai lagi. Begitu juga secara relatif keadaan mereka bergaji RM10,000 ke bawah, RM3,000 ke bawah pun, pasti ada masalah personal loan yang tidak dapat diselesaikan walaupun anak sudah lahir dua, tiga orang. Hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) umpamanya, perkara-perkara begini, harus diambil kepedulian.Jangan kita lihat sesuatu itu hanya berlalu di depan mata kita tanpa kita gapai seolah-olah hanya suatu metaforgana.
Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO adalah mereka yang banyak telah di DIAMKAN atau dijinakkan. Bermula dengan TPM hinggalah kepada yang di bawah ini....kita akan lihat suasana PAU yang hambar dan mengikut skrip.
Perhimpunan kali ini sebenarnya kritikal, kerana masalah dalaman UMNO dan PRU-14. Semua peringkat mesti memperkuatkan UMNO dan BN dengan kekuatan luar biasa. Jika tidak, UMNO hanya akan tercatit dalam buku-buku sejarah, atau gambar tokohnya hanya disimpan didalam muzium, atau dokumen perbincangan terdapat dalam arkib negara sahaja.
HUBUNGAN UMNO PAS BUKAN TAHALUF SIYASI TETAPI TABAYYUN SIYASI
Apabila Pas dilihat tidak banyak menyerang UMNO, lebih banyak berkompromi dalam beberapa isu melibatkan kerajaan, orang melihat ini gerakan politik antara UMNO dan Pas, apa komen Datuk Seri?
AHMAD ZAHID: Kita harus membezakan antara tahaluf siyasi iaitu ‘political collaboration’ dengan tabayyun, pemahaman yang dibuat Pas. Agenda Pas adalah untuk menterjemahkan semua agenda Islam demi kepentingan ummah. Mereka melihat bahawa UMNO telah banyak menjalankan usaha-usaha meletakkan Islam sebagai satu mercu tanda utama negara.
Umpamanya apabila RUU 355 dibacakan sebagai Private Member’s Bill oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ia tidak diperbahaskan dan tidak diadakan undi belah bahagi sebab itu pandangan Pas dan Abdul Hadi akan mengemukakan pindaan kepada Private Member’s Bill supaya ia lebih close ended dan bukannya open ended. Saya sendiri mengambil inisatif sebagai Ketua Whip BN di Parlimen untuk mengundang semua ahli Parlimen Islam sama ada dari UMNO, Pas, PAN dan PKR duduk membincangkan perkara itu bagi membentangkan apa sebenarnya RUU 355 yang dikemukakan oleh Abdul Hadi.
Selama ini mereka menolak kerana tidak memahami sebab dalam RUU 355 tidak pernah menyentuh pun tentang perkara agama lain, tidak mengambil pun kuasa yang ada pada mahkamah sivil, tidak pun menyentuh mengenai hukuman-hukuman. Ia bertujuan memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah yang pernah diperbahaskan pada tahun 1984, ketika itu tidak timbul sebarang masalah (bantahan).
Salahkah kita hendak menaik taraf hakim yang bertaraf M48 kepada 54?
Kalau denda kesalahan syariah hanya RM300, salahkah kita naik jadi RM3,000 supaya hukuman denda itu tidak diperlekehkan?
Salahkah kalau hukuman penjara dari tiga hari naik kepada 30 hari, 30 tahun, adakah menyentuh orang bukan Islam?
Tidak menyentuh pun. Jadi memartabatkan semula ini adalah agenda Pas dan agenda orang Islam keseluruhan yang harus difahami. Ketika perjumpaan dengan ahli-ahli Parlimen, ada antara mereka berkata, kenapa tidak beritahu dari awal (tujuan pindaan), soalnya, kenapa tolak dari awal.
Apabila kita memberi penjelasan semua, Alhamdulillah mereka dapat bersama. Sama ada dari Pas, PKR, PAN dapat duduk bersama tiada masalah. Biar UMNO dan BN menjadikan pindaan RUU itu sebagai urusan kerajaan. Dan kita akan kemukakan sebagai rang undang-undang kerajaan kerana Pas telah memahaminya dan parti-parti lain memahaminya. Kita akan membuat satu Jawatankuasa Pemilihan Parlimen, kita panggil semua Islam, bukan Islam masuk sekali supaya mereka faham tentang Islam kerana Islam sendiri tidak pernah menganiaya agama lain.
Cuma Islamofobia itu dicat ke muka Islam kerana kebencian kepada Islam. Jadi kalau kita mengambil langkah engage dengan mereka, memperjelaskan sebagai langkah yang dilakukan UMNO dan Pas sekarang, jangan anggap itu sebagai tahaluf siyasi, ini merupakan tabayyun siyasi.
Bagaimana kerajaan mahu menjelaskan bahawa RUU 355 ini bukan hudud kepada bukan Islam, sebagai contohnya ada akhbar (bukan Mingguan Malaysia) yang menggunakan istilah hudud?
AHMAD ZAHID: Apabila perkara ini dijelaskan, ia akan ambil masa lama sedikit tetapi usaha-usaha diteruskan. Saya bukan mahu menjadi juara tetapi tidak salah kalau kita memberi kefahaman mengenai Islam kepada orang bukan Islam.
Saya tidak ada ijazah dalam bidang usuluddin atau syariah atau bidang-bidang lain dalam agama Islam tetapi jangan cabar roh keislaman yang kuat dalam diri saya sebab ibu bapa saya menghantar saya ke sekolah agama. Dan saya tahu dan Allah telah menentukan, membuka hati Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk meletakkan saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal Islam dan fahami perkara itu.
Itu sebab saya sanggup untuk mengkordinasikan jemputan untuk ahli-ahli Parlimen bukan Islam sebab saya pernah buat. Bila empat rang undang-undang agama Islam Wilayah Persekutuan di bawah saya dahulu menjadi polemik di luar, saya panggil semua ahli Parlimen Islam. Saya katakan, kalau hendak berbeza pendapat, biarlah dalam majlis perundingan, bukan di luar ketika kita berada di Dewan Rakyat yang pertelagahan kita disaksikan orang lain yang amat memalukan. Jadi dalam keadaan itu saya memikirkan UMNO harus bersama Pas bukan atas agenda politik, (tetapi) agama Islam dan agenda ummah sebenarnya.
Tetapi Datuk Seri, tidakkah orang kata sikap mesra Pas dan UMNO akan menjejaskan sokongan kaum bukan Melayu kepada BN?
AHMAD ZAHID: Soalnya adalah komunikasi, penjelasan dan juga meletakkan usaha supaya mereka memahami perkara itu. (Perdana Menteri kedua) Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pernah melakukannya (kerjasama BN dengan Pas). Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman adalah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO ketika itu dan beliau membantu Tun Abdul Razak melakukannya.
PERSEPSI PERKARA BIASA DALAM POLITIK
Di peringkat akar umbi, mereka melihat UMNO dan BN ada masalah dari segi integriti, penyelewengan dan sebagainya. Walaupun UMNO ada membuat penjelasan tetapi masih dilihat belum dapat mempengaruhi rakyat untuk kembali kepada UMNO, apa komen Datuk Seri?
AHMAD ZAHID: Di mana-mana organisasi politik sama ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan atau negeri, masalah persepsi itu wujud, kita lihat sebuah kerajaan negeri yang tidak terlalu lama tetapi telah bertukar dua kepemimpinan. Soal integriti, penyelewengan, soal rasuah juga turut berlaku. Bagaimana seorang anak muda yang berumur 28 tahun, yang telah memperolehi Datuk, yang telah membeli rumah bunglo adakah itu bukan penyelewengan?
Bagaimana dengan seorang Ketua Menteri yang belum sampai dua penggal, yang membeli rumah banglo di bawah harga pasaran adakah itu bukan penyelewengan? Bagaimanakah pula dengan sebuah negeri yang menjanjikan bulan, bintang tetapi belum dapat menyelesaikan masalah air keruh kepada rakyatnya?
Ini adalah lumrah politik, soalnya bagaimanakah isu-isu itu dapat dimanipulasikan dan terbenam di benak rakyat. UMNO harus belajar daripada kelemahan komunikasinya dan walaupun saya bukan pakar, tetapi kita harus mencari pendekatan yang berbeza. Kalau kita membiarkan business as usual inilah yang jadi. Maka kalau kita mengizinkan kita dipijak-pijak dan dimomokkan, maka seolah-olah kita meredakan kemenangan itu berpihak kepada orang lain dan kita harus lebih bangun, walking tall untuk mendepani segala permasalahan.
PERKUAT SOKONGAN DNA UMNO
Dari segi sokongan pengundi Melayu, sekarang kita ada UMNO, Pas, PAN, PPBM dan PKR. Sejauh mana UMNO yakin sokongan kepada UMNO selaku tonggak orang Melayu tidak akan tergugat walau ada parti Melayu lain?
AHMAD ZAHID: Itu yang saya katakan, UMNO harus diperkukuhkan. Undi UMNO yang kental harus terus diberi kepada UMNO. Keluarga UMNO itu yang daripada DNA UMNO harus menyokong UMNO. Yang lain-lain itu bonus sebenarnya. Masalah tetap ada, dulu ada Hamim, ada Berjasa (tetapi) Pas tetap ada. Berapa orang Berjasa dan Hamim boleh menang sebagai ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan sebagai ahli Parlimen?
Kalau UMNO diperkukuh dari dalam dan pengundi-pengundi DNA UMNO itu diperkuatkan, biar lima, enam parti yang bertanding, UMNO tetap utuh. Dalam soal ini, saya fikir kita tidak boleh mengetepikan bahawa perpaduan itu menjadi keutamaan kepada agenda UMNO, memperkasakan perpaduan. Usah bercakap mengenai perpaduan kalau kita kecil hati tidak dapat bertanding dalam pilihan raya
Tun M, MENJADI MANGSA PAU
01 Disember 2016
Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi mangsa BELASAHAN dalam ucapan dasar ketua sayap dan President UMNO hari ini dengan menyifatkannya sebagai detik paling hitam dalam sejarah parti.
Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, beliau hilang kata-kata dan tidak mampu mengungkapkan rasa kecewanya saat melihat Dr. Mahathir merangkul mesra Kit Siang.
Perasaan sama juga, kata beliau, turut dirasakan ketika menyaksikan bekas pemimpin UMNO lain yang memilih bersama-sama gerakan pembangkang yang sebelum ini dianggap musuh nombor satu parti.
Menurut Shahrizat, sepanjang lebih 20 tahun menjadi Presiden, Dr. Mahathir sentiasa mengingatkan ahli-ahli parti terhadap kelicikan politik pembangkang khususnya DAP yang sangat berbahaya kepada negara.
“Malangnya hari ini, beliau serta beberapa bekas pemimpin UMNO lain memililh pentas yang sama dengan DAP yang semuanya dilakukan menjurus kepada kepentingan peribadi.
“Apa yang lebih mengecewakan, Wanita UMNO tidak pernah sekali pun berpaling terhadap kepemimpinan Dr. Mahathir sepanjang lebih 20 tahun beliau menjadi Presiden sama ada ketika susah atau senang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin mengingatkan ahli-ahli pergerakan itu supaya tidak lupa bahawa perjuangan yang kononnya dipertontonkan mulia oleh Dr. Mahathir sebenarnya hanyalah wayang dan muslihat.
“Sebuah hipokrasi mengejar takhta, membina legasi dan empayar. Memang benar kata orang, di luar sana, bila tak berjawatan, cukup senang mengutarakan dusta namun sewaktu dia berjawatan prinsipnya cukup berbeza.
“Beliau sendiri pernah berkata, Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa,” katanya.
Beliau berkata, kesanggupan Dr. Mahathir dan beberapa bekas pemimpin UMNO membuat pusingan U pastinya bukan kerana prinsip tetapi kerana mahukan kuasa sehingga sanggup berpegang kepada matlamat menghalalkan segalanya.
“Inilah yang mendepani kita sekarang, bukannya musuh politik biasa, tetapi musuh yang mengamalkan seni politik serba kemungkinan, seni politik sapu sahaja - janji boleh. Seni politik yang tiada setiakawan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Puteri UMNO akan terus setia kepada kepemimpinan dan perjuangan parti meskipun ada bekas-bekas pemimpin yang telah berpaling tadah.
“Kesetiaan kepada pemimpin dan parti umpama tiang seri yang akan memastikan kestabilan dalam UMNO.
“Sejarah menunjukkan banyak negara besar dan agung, kemudiannya hancur berkecai kerana soal kesetiaan,” katanya.
Tegasnya, kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti adalah salah satu kekuatan asas yang mematangkan UMNO untuk kekal sehingga kini.
“Tanamkan niat kita secara jujur bahawa pada PRU ke-14 nanti, kita akan memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus kekal sebagai parti memerintah negara ini,” katanya.
Najib ingatkan 'pengkhianat': Langgar sumpah ciri munafik
Presiden Umno turut melontarkan ungkapan “Melayu Mudah Lupa”yang dipopularkan melalui sajak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyindir kembali bekas perdana menteri itu.
"Dalam perhimpunan ini, saya memilih untuk terus berjiwa besar, menasihat dan menegur secara yang baik, bukannya menghentam batang tubuh secara peribadi.
"Dalam perhimpunan ini, saya memilih untuk terus berjiwa besar, menasihat dan menegur secara yang baik, bukannya menghentam batang tubuh secara peribadi.
"Tapi mengkritik pada perbuatannya, kerana kebanyakan mereka merupakan bekas-bekas pimpinan, menteri bahkan sampai ke tahap negarawan yang telah mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia atas nama Allah dengan kalimah-kalimah wallahi, wabillahi, watallahi, namun kini, telah menjadi orang asing malah mengkhianati perjuangan ini," kata Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini. Berkaitan sumpah itu, dedahnya, beliau ada bertanya kepada para ulama jika ia dilanggar. Kata Najib, jawabnya, ia adalah satu dosa yang besar dan tanda-tanda sifat kemunafikan seseorang itu.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini. Berkaitan sumpah itu, dedahnya, beliau ada bertanya kepada para ulama jika ia dilanggar. Kata Najib, jawabnya, ia adalah satu dosa yang besar dan tanda-tanda sifat kemunafikan seseorang itu.
"Tidak hairanlah kalau benda ini berlaku, kerana ada orang itu sendiri yang pernah menyebut, Melayu mudah lupa.
"Lalu, saya ingin bertanya sekarang ini, siapa sebenarnya Melayu yang mudah lupa itu? Pastinya bukan kita, kerana Melayu Umno yang sejati adalah Melayu yang setia dan mengenang budi, dan tidak mengkhianati parti! tegas Najib.
Najib: Mahathir sudah melakukan kemuncak penderhakaan
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak melaungkan kata-kata semangat semasa ucapan dasar pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto Bernama |
Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan kemuncak penderhakaan pada Umno, bangsa dan tanah airnya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan ini kerana sikap dan perilaku Mahathir kini yang secara jelas telah memperlihatkan sikap buruk berkenaan.
"Dr. Mahathir yang dulunya seorang negarawan terbilang, tapi kini sudah berpaling tadah terhadap parti yang pernah diterajuinya selama puluhan tahun.
"Sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini, telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan pihak DAP, perhimpunan haram Bersih, Parti Amanah Negara, PKR dan lebih teruk dari itu bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti Soros yang pernah dibenci dan disuruh kita benci sebagai penyangak mata wang.
"Hakikatnya, inilah dia satu bentuk kemuncak penderhakaan," katanya ketika memberi ucapan dasar presiden pada Persidangan Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kesetiaan kepada parti Najib berkata, beliau seorang yang setia terhadap Umno.
"Begitu juga harus barang diingat, yang berlaku di era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Wala’ dan Kesetiaan yang saya, Najib Razak berikan selaku Timbalan Presiden parti, kepada Pak Lah, bukan sahaja ke atas jasad atau tubuhnya, tetapi institusi yang dijunjung dan dipegang oleh beliau yakni sebagai Presiden parti Umno serta Perdana Menteri Malaysia," katanya.
Katanya, pastinya, wala’ dan kesetiaan sepenuhnya juga wajib diterima oleh sesiapa pun kelak yang akan berada di puncak dan mengambil alih jawatan Presiden dan Perdana Menteri.
"Wala’ dan kesetiaan dalam budaya serta alam Melayu serta agama kita adalah semangat se-pasukan dalam suatu saf yang kukuh lagi padu yang tidak terpisah daripada pemimpin dan ketuanya," katanya.
Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga anggota Parlimen Rembau dalam ucapan dasarnya membacakan sajak “Melayu Mudah Lupa” yang pernah diungkapkan oleh Mahathir sebelum ini.
Bagaimanapun, bait-bait puitis itu diubah suai oleh Khairy untuk menyerang kembali bekas perdana menteri keempat itu.
Menurut Khairy, tindakan Dr Mahathir ketika ini berbeza 180 darjah dengan tindakannya sewaktu memegang tampuk pemerintahan negara.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula menggunakan puisi “Melayu Mudah Lupa” yang dibawa Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2001 untuk "membidas" bekas presiden parti Melayu itu. Khairy berkata tindakan Dr Mahathir ketika ini berbeza 180 darjah dengan tindakannya ketika memegang tampuk pemerintahan negara. Beliau pun sendiri pernah berkata,
Melayu mudah lupa.
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa.
Dulu, Bersih dipertikai.
Sekarang, merayu rakyat sertai Bersih.
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa.
Dulu Soros dikritik,
sekarang sertai demo yang dibiayai Soros.
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa.
Dulu lempar Anwar pelbagai tuduhan.
Sekarang bersalaman bertukar senyuman, entah jujur atau tidak.
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa.
Dulu, bila ditanya pasal reformasi.
Sekarang mengejar tepukan di pentas lawan.
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa.
Dulu Mat Sabu dicaci dihina.
Sekarang teman bergelak ketawa.
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa.
Dulu konon pejuang bangsa.
Sekarang seganding musuh bangsa.
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa.
Dulu pertikai kewujudan Keadilan.
Sekarang, mesra dengan kepimpinannya, siap sahut Bebas Anwar.
Melayu mudah lupa,
Melayu Mudah lupa.
Dulu, musuh dipersoal.
Kini semeja, mengejar kuasa,”
AMUKANMelayu - Demikianlah halnya "Pahlawan-pahlawan Melayu Era Digital" ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno 2016 di PWTC.
Kerjasama Tun M, DAP detik hitam UMNO
01 Disember 2016 12:40 AM
KUALA
LUMPUR 30 Nov. – Kerjasama bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir
Mohamad dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menjadi perhatian
dalam ucapan dasar ketua sayap UMNO hari ini dengan menyifatkannya
sebagai detik paling hitam dalam sejarah parti.
Perasaan sama juga, kata beliau, turut dirasakan ketika menyaksikan bekas pemimpin UMNO lain yang memilih bersama-sama gerakan pembangkang yang sebelum ini dianggap musuh nombor satu parti.
Menurut Shahrizat, sepanjang lebih 20 tahun menjadi Presiden, Dr. Mahathir sentiasa mengingatkan ahli-ahli parti terhadap kelicikan politik pembangkang khususnya DAP yang sangat berbahaya kepada negara.
“Malangnya hari ini, beliau serta beberapa bekas pemimpin UMNO lain memililh pentas yang sama dengan DAP yang semuanya dilakukan menjurus kepada kepentingan peribadi.
“Apa yang lebih mengecewakan, Wanita UMNO tidak pernah sekali pun berpaling terhadap kepemimpinan Dr. Mahathir sepanjang lebih 20 tahun beliau menjadi Presiden sama ada ketika susah atau senang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin mengingatkan ahli-ahli pergerakan itu supaya tidak lupa bahawa perjuangan yang kononnya dipertontonkan mulia oleh Dr. Mahathir sebenarnya hanyalah wayang dan muslihat.
“Sebuah hipokrasi mengejar takhta, membina legasi dan empayar. Memang benar kata orang, di luar sana, bila tak berjawatan, cukup senang mengutarakan dusta namun sewaktu dia berjawatan prinsipnya cukup berbeza.
“Beliau sendiri pernah berkata, Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa,” katanya.
Beliau berkata, kesanggupan Dr. Mahathir dan beberapa bekas pemimpin UMNO membuat pusingan U pastinya bukan kerana prinsip tetapi kerana mahukan kuasa sehingga sanggup berpegang kepada matlamat menghalalkan segalanya.
“Inilah yang mendepani kita sekarang, bukannya musuh politik biasa, tetapi musuh yang mengamalkan seni politik serba kemungkinan, seni politik sapu sahaja - janji boleh. Seni politik yang tiada setiakawan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Puteri UMNO akan terus setia kepada kepemimpinan dan perjuangan parti meskipun ada bekas-bekas pemimpin yang telah berpaling tadah.
“Kesetiaan kepada pemimpin dan parti umpama tiang seri yang akan memastikan kestabilan dalam UMNO.
“Sejarah menunjukkan banyak negara besar dan agung, kemudiannya hancur berkecai kerana soal kesetiaan,” katanya.
Tegasnya, kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti adalah salah satu kekuatan asas yang mematangkan UMNO untuk kekal sehingga kini.
“Tanamkan niat kita secara jujur bahawa pada PRU ke-14 nanti, kita akan memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus kekal sebagai parti memerintah negara ini,” katanya.