,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 27 February 2017

PENIPUAN PENJAJAH DAN SEJARAH MELAYU


KALAU Hang Tuah pernah berpesan tidak akan Melayu hilang di dunia, maka rumah ini juga tidak akan hilang di Kuala Lumpur.”
Itulah ungkapan anak pemilik rumah yang beralamat di No. 41, Jalan Chow Kit, Batiah Jaafar kira-kira 25 tahun yang lalu.
Siapa sangka rumah kayu tradisional Melayu yang terletak di antara deretan bangunan komersial di celah-celah kesibukan Jalan Chow Kit itu sebenarnya adalah kediaman warisan keturunan Sutan Puasa yang masih ada hingga ke hari ini.
Menurut Norhayati Salleh, 48, rumah itu didirikan oleh moyangnya, Sutan Mengatas atau Jaafar Sutan Sinombar yang juga anak saudara Sutan Puasa pada tahun 1926.
Cerita Norhayati lagi, dahulunya kawasan tersebut sama seperti perkampungan Melayu lain. Jalan di depan rumah juga cuma laluan tanah berkerikil.
Rumah-rumah pula dibina sebelah-menyebelah. Biasanya setiap penghuni rumah-rumah itu mempunyai pertalian keluarga.
Katanya, di kawasan tersebut juga mempunyai sebuah sekolah Inggeris, Penuel High School selain padang.
“Boleh dikatakan kebanyakan rumah yang ada di sekitar kawasan ini dahulunya dimiliki oleh moyang saya iaitu Jaafar Sutan Sinombar.
“Sejak kawasan di sekitar Jalan Chow Kit dimajukan sekitar tahun 1940-an, satu persatu tanah di kejiranan tersebut dijual kepada pemaju Cina,” katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.
Kata Norhayati lagi, kini rumah No. 41 itu menjadi satu-satunya rumah tradisional Melayu yang masih kekal sejak tahun 1920-an hingga sekarang di Jalan Chow Kit. - © Utusan Melayu (M) Bhd 

'Sutan Puasa yang buka KL, bukan Yap Ah Loy'

Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.
Sutan Puasa merupakan orang yang layak dianggap sebagai pembuka Kuala Lumpur, dan bukannya Yap Ah Loy mahu pun Raja Abdullah, demikian menurut pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.
“Ramai yang tidak mengetahui tentang peranan Sutan Puasa dalam membuka Kuala Lumpur kerana tidak banyak cerita mengenai beliau diketahui umum.
“Dahulu orang Melayu tidak suka menyimpan rekod dan ia juga antara faktor menyebabkan pedagang dari Sumatera, Indonesia itu kedengaran asing dalam sejarah Kuala Lumpur,” katanya, memetik laporan Berita Harian.
Menurut Jurnal Seni Bina Asia Tenggara 2013 oleh Universiti Kebangsaan Singapura yang disiarkan oleh laman academia.edu, Sutan Puasa atau Sutan Naposo berasal dari Mandailing di Sumatera dan menganut agama Islam.
Mengikut catatan Mandailing pula, di akhir hayat Sutan Puasa telah menetap di Kampung Rawa (Jalan Melayu sekarang) sebelum berpindah ke sebuah perkampungan Mandailing di Jalan Chow Kit.
Sutan Puasa yang terkenal sebagai pedagang timah meninggal dunia pada 1905 dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jalan Ampang.
Mengulas lanjut, Khoo berkata, adalah mustahil Yap yang membuka Kuala Lumpur kerana beliau sendiri hanya merupakan kapitan ketiga orang Cina di Kuala Lumpur.
Sebelum aktiviti perlombongan bijih timah dijalankan di Kuala Lumpur, orang-orang Mandailing telah membina penempatan di sekitar Sungai Gombak dan Sungai Klang, jelas Khoo.
Pada masa sama, katanya, aktiviti pertanian dan perdagangan turut dijalankan di sekitar kawasan penempatan tersebut.
Nama Kuala Lumpur diambil dari sebatang sungai bernama Sungai Lumpur, namun nama sungai tersebut ditukar kepada Sungai Gombak pada tahun 1875, tambahnya.
“Pentadbiran secara tidak langsung yang diamalkan oleh raja dan pembesar pada masa tersebut telah meluaskan pengaruh Sutan Puasa di kalangan orang Mandailing.
“Sebagai ketua, beliau bertanggungjawab mentadbir dan memastikan tiada kekacauan yang timbul di kalangan orang Mandailing serta akur kepada perintah raja,” katanya.
Hiu Siew kemudiannya menjadi kapitan Cina Kuala Lumpur pertama dengan sokongan Sutan Puasa yang merupakan orang kaya Mandailing pada ketika itu, ujarnya lagi.- © Utusan Melayu (M) Bhd 

Francis Light Bukan orang Yang Membuka Pulau Pinang

SEJARAH pembukaan Pulau Pinang perlu dikaji semula bagi memastikan kesahihan dakwaan bahawa orang Melayu terlebih awal meneroka pulau itu berbanding Francis Light pada 1986.
Berdasarkan beberapa contoh, pembaca mampu membayangkan betapa sensitif serta kompleksnya usaha untuk menyelesai dan membuktikan sesuatu fakta sejarah.
Kerana itu juga, para sejarawan serta pihak berkuasa dipercayai menangguhkan penyelesaian sesuatu tuntutan tersebut, sehingga kadang-kala ‘terlupa untuk mengkajinya kembali.
Tetapi bagi Profesor Dr. Ahmad Murad Merican, kerumitan merungkaikan sesuatu fakta sejarah adalah perkara yang mencabar tahap intelek dan ketahanan fizikal seseorang, serta mengujakan.
“Lebih penting, memperbetulkan fakta sejarah adalah usaha untuk meletakkan sesuatu kepada haknya,” katanya.
Mengakui bahawa sejarah bukanlah bidang kemahirannya, pensyarah di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas itu tidak gentar untuk berhadapan dengan tanggapan yang mengatakan beliau tidak layak memperkatakan sesuatu isu sejarah.
“Saya telah mengkaji sejarah pembukaan Pulau Pinang sejak akhir tahun 1990-an lagi dan kaedah (mengkaji) yang saya gunakan adalah sama dengan sejarawan lain.
“Apa yang saya dapati, pulau (Pinang) itu telah didiami oleh Dato’ Jenaton Bin Raja Labu sejak tahun 1749,” tegasnya.
Justeru beliau mendakwa, catatan sejarah bahawa Pulau Pinang dibuka oleh kelasi Inggeris, Francis Light pada 1786 tidak boleh diterima dan ini adalah kekhilafan sejarah atau sejarah yang di sembunyikan.
Menurutnya, sejarah itu adalah ‘resipi’ British yang menidakkan pembukaan Pulau Mutiara tersebut oleh orang Melayu.
Keluarga Dato’ Jenaton
Dengan bukti-bukti sejarah seperti buku, artikel dan salasilah, Ahmad Murad memberitahu, Dato’ Jenaton berasal dari Pagar Ruyung di Sumatera, Indonesia, sebelum beliau berpindah pula ke Batu Bara yang juga terletak di Sumatera.
Menurutnya, pasangan Dato’ Jenaton dengan isteri pertamanya, Ambun Suri dari Pagar Ruyung tidak dikurniakan anak.
“Kemudian, apabila berhijrah ke Baru Bara, Dato’ Jenaton berkahwin pula dengan Tuan Gadih atau Cik Puang, anak pembesar di sana dan dikurniakan seorang anak,” tambahnya.
Ahmad Murad mendakwa, selepas berhijrah dan membuka Pulau Pinang pada tahun 1749, Dato' Jenaton melalui perkahwinan ketiganya dengan seorang wanita berketurunan Arab-China, seterusnya dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.
Namun, satu perkara yang dikesalkan Ahmad Murad dan seorang lagi pengkaji sejarah Pulau Pinang serta salasilah Dato’ Jenaton, Fazil Shuhaimi Talib, nama isteri ketiga individu yang membuka Pulau Pinang seperti didakwa mereka itu sehingga kini masih belum ditemui.
“Namun kita akan terus mengkaji dan mendapatkan nama individu wanita, isteri ketiga Dato Jenaton itu kerana beliau merupakan asal-usul keturunan Dato’ Jenaton di Malaysia, termasuk kami,” ujar Fazil.
Ahmad Murad dan Fazil yang juga sepupunya boleh dikatakan dua ‘orang kuat’ dalam mencari, melengkap dan memperbetulkan sejarah Dato’ Jenaton, seterusnya membawa kepada penubuhan sebuah persatuan tidak berdaftar dinamakan Jawatankuasa Keluarga Dato' Jenaton pada tahun 2002.
Berdasarkan salasilah yang dikemukakan kepada penulis, mereka berdua merupakan generasi keenam waris Dato’ Jenaton hasil perkahwinan dengan isteri ketiganya di Pulau Pinang sekitar pertengahan 1950-an.
Salasilah itu juga mencatat beberapa nama besar waris Dato’ Jenaton di sini seperti Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique ; Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail dan Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh.
Rozali merupakan pengerusi jawatankuasa keluarga itu, sementara presidennya pula ialah Rahmah Abdul Aziz dan Ahmad Murad serta Fazil merupakan ahli jawatankuasa persatuan berkenaan.
Akhir bulan lalu, seramai 30 orang daripada kira-kira 500 ahli persatuan itu di Malaysia telah ke Batu Bara untuk berjumpa dan bermesra dengan waris Dato’ Jenaton di sana.
Waris-waris Dato’ Jenaton dari Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur itu juga berkesempatan melawat pusara, bangunan serta tinggalan yang mempunyai kaitan dengan individu itu atau warisnya.
Di sana, perancangan perjalanan program lawatan mendapat kerjasama sepenuhnya dengan wakil keluarga Dato’ Jenaton sebelah Indonesia, M. Yusuf Morna atau dikenali dengan panggilan Buyung.
Fazil dan Buyung bertemu di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor secara serius pada tahun 2005 selepas Fazil beberapa kali melawat Sumatera untuk mencari waris Dato’ Jenaton di sana.
“Setelah kami diperkenalkan melalui seorang kawan, saya dengan Fazil pada awalnya bertengkar membincangkan identiti Dato’ Jenaton.
“Ini kerana kajian kami (waris Jenaton di Indonesia) mendapati individu yang dimaksudkan bernama Jenan dan bukannya Jenaton seperti didakwa Fazil namun kami akhirnya sepakat bahawa individu yang dicari adalah orang yang sama,” jelas Buyung.

Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang

SHTI bimbang kepentingan perdagangan mereka di Semenanjung Tanah Melayu terjejas akibat dasar monopoli Belanda.SHTI dibenarkan menduduki Pulau Pinang.

Perjanjian Inggeris - Kedah 1786 Antara syarat perjanjian ialah:

  1. SHTI membantu Kedah sekiranya Kedah diserang oleh musuh.
  2. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah.
  3. SHTI akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan.

Pada 11 Ogos 1786,upacara menaikkan bendera Union Jack telah diadakan.Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Price of Wales Islanddan petempatan mereka sebagai Georgetown sempena nama Raja England iaitu King George III.

SHTI Mungkir Janji

Pada tahun 1786,Siam menakluki Patani dan mengancam Kedah.Sultan Abdullah menuntut bantuan ketenteraan dari SHTI.Namun SHTI enggan memberi bantuan kerana tidak terlibat dalam perjanjian antara Sultan Abdullah dan Francis Light dan ingin menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.

Sultan mendesak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menepati janji.Francis Light enggan meninggalkan Pulau Pinang dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh sultan.

Sultan Abdullah berasa marah dengan tindakan Francis Light.Pada tahun 1791,sultan telah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang  dan mengambil semula Pulau Pinang.

Francis Light telah meminta bantuan tentera British  untuk menyerang kubu sultan Kedah di Seberang Perai. Sultan Abdullah tewas dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791.

SHTI telah menduduki Pulau Pinang secara rasmi.Sebagai ganjaran,SHTI akan membayar sebanyak 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepeda Sultan Abdullah.

SEJARAH-PERTAPAKAN SHTI DI SINGAPURA



PERTAPAKAN SHTI DI SINGAPURA
SHTI GAGAL MEMAJUKAN PULAU PINANG
1.       SHTI gagal memajukan Pulau-Pinang
a)      Kedudukan pulau pinang terlaulu jauh dari selatan selat melaka menyebabkanya gagal bersaing sebagai pelabuhan entrepot.
b)      Kebanyakan kapal dagang berdagang di betawi, riau dan lingga.
2.       Perdagangan dengan cina menjadi penting pada kurun ke-19. SHTI memerlukan pelabuhan yang stategik untuk menguasai laluan perdagangan antara india dan cina.
3.       Perang Napoleon meletus pada tahun 1793 hingga 1814. Bagi mengelakkan wilayahnya jatuh ke tangan Perancis, Belanda menandatangani surat-surat KEW dengan kerajaan british pada tahun 1795.
4.       Persetujuan menurut surat-surat Kew 1795:
a.       Belanda menyerahkan semua tanah jajahanya di Timur kepada British secara sementara.
b.      Brtitish dikehendaki memulangkan tanah jajahanya kepada Belanda apabila perang Napoleon berakhir.
5.       Selepas berakhirnya perang napoleon, British terpaksa menyerahkan semula tanah jajahan Belanda di Timur. British terpaksa mencari pelabuhan baru dan usaha Stanford Raffles membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau tidak Berjaya.
Singapura Pangkalan Perdagangan Yang Strategik.
1.       Raffles encadangkan kepada Gabenor SHTI supaya mengambil Singapura. Raffles mencadangkan singapura kerana beberapa factor:
a.       Kedudukan Singapura dikatakan strategic kerana berada di Sleatan tanah melayu.
b.      Singapura juga sesuai dijadikan pelabuhan bebas dan boleh menyaingi pelabuhan belanda di Betawi.
c.       Raffles yakin singapura dapat menyekat Monopoli Belanda.
2.       Walaubagaimanapun Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Abdul Rahman di bawah pengaruh Belanda dan pusat pentadbiranya di Lingga.
Taktik Raffles mengambil singapura.
1.       Sejak   1811, Singapura dan Tanah Besar Johor diperintah oleh Temenggung Abdul Rahman.
2.       Pada 12 Januar1 1819, Raffles tiba di singapura bersama angkatan perang British.
3.       Pada 30 Januari, Raffles memaksa temenggung Abdul Rahman menandatangani satu perjanjian untuk membenarkan British mendirikan Loji di Singapura. Temenggung Abdul Rahman terpaksa akur.
4.       Syarat-syarat perjanjian pada 30 januari 1819.
a)      SHTI dibenarkan mendirikan loji di Singapura
b)      SHTI bersetuju melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negeri.
c)       SHTI akan membayar 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung.
d)      SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat sebarang hubungan dengan kuasa Barat yang lain.
5.  Perjanjian tersebut tidak mendapat persetujuan Sultan Abdul Rahman (sultan Johor) dan dikatakan tidak Sah. Raffles telah menghidupkan semula masalah perwarisan tahta.

Masalah perwarisan takhta Johor 1812
A.      Sultan Mahmud III yang mangkat di Lingga pada tahun 1812 meninggalkan dua orang putera, Tengku Hussein dan tengku Abdul rahman.
B.      Menurut adat istiadat Melayu Johor, penghanti sultan perlu dilantik sebelum upacara pemakaman almarhum sultan dapat dijalankan.
C.      Pada masa itu, Tengku Hussein berada di Pahang, kerana melangsung perkahwinan dengan anak Bendahara Pahang. 
D.      Yamtuan Muda Johor , Raja Jaafar dengan sokongan Belanda melantik Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan johor di Lingga. 
E.       Tengku Hussein kecewa tidak ditabalkan sebagai Sultan Johor.
6.  Raffles  berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menjemput Tengku Hussein  ke Singapura untuk ditabalkan sebagai Sultan Johor.
7. SHTI berjanji untuk mengiktirah Tengku hunssein sebgai sultan johor sekiranya tengu Hussein mengiktiraf perjanjian yang telah dibuat.
8 .  Pada 6 Febuari 1819, Sultan Hussein mengiktiraf penrjanjian Raffles dengan  Temenggung Abdul Rahman .
9.  kesan pengikhtirafan tersebut:
a)      SHTI mula bertapak secara rasmi di singapura
b)      Johor mempunyai dua sulta;
                                                         i.            Sultan abdul Rahman yang bersemayam di Linggan
                                                       ii.            Sultan Hussein yang bersemayam di singapura.

SHTI Mencengkam Singapura.
1.       Raffles mendapati perjanjian 1819 dengan Temenggung Abdul Raman tidak membolehkan beliau menguasai Singapura sepenuhnya.
2.       Pada 7 jun 1823, Raffles menandatngani satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman .

Syarat-syarat Perjanjian 7 Jun 1823
A.      SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan Pulau-puau berdekatan dengannya.
B.      Undang-undang British dikuatkuasakan di Singapura
C.      Sultan akan menerima bayaran sebanyak 1500 dolar sepanyol dan Temenggung menerima 800 dolar Sepanyol setiap bulan.
D.      Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tokang cina.

     3. pada 2 Ogos 1824, satu lagi perjanjian ditandatngani antara John Crawfurd, Residan Singapura, Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.

Syarat-syarat Perjanjian 2 Ogos 1824
A.      Sultan Hussein dan Temenggung Abduk Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI selama lamanya
B.      Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh terus menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura.
C.      Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang  di Johor dan Wilayah takluknya.

 4.  SHTI kemudian mengarahkan Temenggung Abdul rahman memindahkan pentdbiranya dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga dengan alasan untuk memajukan Singapura.
5.   SHTI juga mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga.
6.   Sultan Hussien yang kecewa dengan syarat perjanjian  2 Ogos 1824 meninggalkan istana Baginda di Kampung Gelam dan menetap di Bandar Hilir, Melaka.
7.  Pada tahun 1866, pusat pentadbiran Johor dipindahkan dari Teluk Belangan ke Johor Baharu.               

Perjanjian British-Siam 1909

Garis sempadan antarabangsa yang kini terpakai di antara Malaysia dan Thailand telah dilukis oleh pihak Siam dan British menerusi Perjanjian British-Siam 1909, tanpa merujuk kepada sultan-sultan Melayu pada ketika itu, mengakibatkan berlakunya kesan sosio-demografi yang rata-ratanya dialami oleh majoriti penduduk Melayu di wilayah selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat.

Sungai Golok yang sekangkang kera itu telah dijadikan sempadan negara di antara Malaya dan Siam, memisahkan masyarakat Melayu di Kelantan dengan bekas rakan senegara mereka di Yala, Pattani dan Narathiwat yang kini menjadi milik Thailand.


Garis sempadan antarabangsa yang merentasi perbukitan Bukit Puteh di Perlis memaksa masyarakat Melayu di wilayah Satun untuk tidak lagi dianggap sebagai rakyat Kedah mahupun Perlis.



Figura 1. Kedudukan Kampung Ko Puyu di utara Semenanjung Malaysia (Sumber: GoogleMaps)

Sebagai contoh, Kampung Ko Puyu (Pulau Puyu) dan Kampung Ko Yao (Pulau Panjang) didiami hampir seratus peratus masyarakat Melayu.

Seperti yang digambarkan dalam Figura 1, perkampungan ini hanya terletak kurang dari 20 kilometer dari Kuala Perlis dan berjarak lebih dekat dengan tanah besar Semenanjung Malaysia berbanding Pulau Langkawi. Masyarakat di sini bertutur dalam loghat Kedah tetapi garis sempadan yang dilukis secara sesuka hati oleh British dan Siam ini telah menyaksikan orang-orang Melayu di sini tercerai daripada saudara-saudara mereka di Kedah dan Perlis.


Sejauh Manakah Perjanjian ini Sah?

Undang-undang antarabangsa mengesahkan hanya negara berdaulat berhak menandatangani perjanjian antarabangsa.

Sesetengah sarjana mengatakan bahawa negeri-negeri Melayu ini bukanlah negara berdaulat tetapi hanya negeri lindungan Siam.

Pengataan ini, walaubagaimanapun, tidaklah benar secara keseluruhan.

Undang-undang antarabangsa ada menetapkan bahawa sesebuah entiti politik itu boleh diiktiraf sebagai sebuah negara apabila ianya memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Ini termasuk mempunyai wilayah yang berpenduduk, memiliki kerajaan yang berfungsi dan kapasiti untuk menjalin hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain.

Kedah adalah salah satu kesultanan yang paling tua di dunia yang diasaskan pada tahun 1136.

Sebelum menjadi sebahagian daripada Malaysia, Kedah telahpun mempunyai wilayah berpenduduk yang ditadbir oleh kerajaan yang berfungsi penuh serta telahpun menjalin hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain seperti Siam dan kerajaan British.

Siam seringkali menganggap Kedah sebagai sebahagian dari wilayah negaranya.

Pertamanya, sekiranya ini adalah apa yang didakwa, pihak British tidak akan membuat perjanjian dengan Sultan Kedah bagi mendapatkan Pulau Pinang pada tahun 1786 dan seterusnya Seberang Prai pada tahun 1798.

Keduanya, jika Kedah adalah milik Siam, pihak Siam sudah pasti akan memaksa pegawai British untuk membuat perjanjian serahan ini (penyerahan Pulau Pinang dan Seberang Prai) dengan mereka dan bukannya dengan Sultan Kedah. 

Kerajaan-kerajaan Melayu yang lain seperti Kelantan, Terengganu dan juga Perlis memenuhi syarat-syarat ini memandangkan kesemua kerajaan ini mempunyai kapasiti untuk menjalin hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain.

Ini jelas terbukti daripada amalan turun-temurun pengiriman berbalas bunga mas dan hadiah yang berlangsung di antara kerajaan-kerajaan Melayu ini dengan Siam.

Lagipula, setelah tamat Perang Dunia kedua, kerajaan British telah menugaskan Sir Harold Mac Michael untuk mendapatkan persetujuan sultan-sultan Melayu dari Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk menyerahkan kedaulatan mereka bagi memudahkan pembentukan Malayan Union pada tahun 1946.

Sekiranya sultan-sultan ini tidak berdaulat, kenapa perlu pihak British untuk mendapatkan persetujuan mereka?

Fakta-fakta ini membuktikan secara langsung dan tidak langsung bahawa kerajaan-kerajaan Melayu ini adalah kerajaan yang berdaulat.

Maxim perundangan nemo dat quod nan habet ada menyebut bahawa ‘tiada siapa boleh memindahkan pemilikan lebih daripada apa yang dia miliki’.

Memandangkan Kedah dan kerajaan-kerajaan Melayu ini bukanlah jajahan atau negeri bawahan yang ditadbir secara langsung oleh Siam atau British, kerajaan British dan Siam tidak berhak untuk melukis garis sempadan antarabangsa seperti yang termaktub di dalam Perjanjian British-Siam 1909 tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan pemerintah-pemerintah Melayu yang mana wilayah kerajaan-kerajaan mereka terkesan akibat syarat-syarat perjanjian ini.


Kesimpulan

Sebelum Perjanjian British-Siam 1909 dimeterai, kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu di utara Semenanjung Malaysia ini melampaui sempadan moden Malaysia-Thailand yang membentang dari Kuala Sungai Golok di Kelantan ke perbukitan Bukit Puteh di Perlis.

Kerajaan British dan Siam telah memeterai perjanjian ini tanpa mempertimbangkan kesannya ke atas sosio-demografi masyarakat Melayu di utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.

Tidak keterlaluan untuk menyatakan sempadan moden Malaysia-Thailand yang ada pada hari ini bukanlah dilukis bagi memisahkan wilayah sebenar orang-orang Melayu dan Siam.

Tindakan kerajaan British dan Siam yang mengorbankan wilayah tradisi orang-orang Melayu bagi tujuan cita-cita imperialistik mereka adalah suatu yang tidak patut berlaku.  

Dalam pada yang lain, pemerintah Melayu pada waktu itu sendiri terlalu lemah untuk bangkit menentang penindasan dan perlakuan sewenang-wenangnya British dan pihak Siam.

Benar, tiada satu pun pemerintah kerajaan-kerajaan Melayu ini yang secara lantang menentang garis sempadan ini sehinggalah kesannya terasa sehingga ke hari ini.

Sama ada perjanjian ini adalah sah atau tidak menurut undang-undang antarabangsa, kenyataannya adalah agak mustahil bagi Malaysia untuk mempersoalkan keesahannya kerana perjanjian zaman penjajahan ini telahpun diakui dan digunapakai tanpa sebarang bantahan untuk lebih daripada 100 tahun.

Wilayah negara kita adalah apa yang ada pada hari ini?.

Rakyat Malaysia patut mengambil iktibar daripada kesan Perjanjian British-Siam 1909 ini sebagai suatu pengajaran.


PANGLIMA AWANG

PROFIL

Nama sebenar: Tidak diketahui
Gelaran: Panglima Awang, Enrique, Henry The Black, Henrich, Ariberto, Espinosa.
Asal: Melaka (lahir sekitar zaman kejatuhan Melaka)
Bangsa: Melayu
Sumbangan: Manusia pertama mengelilingi dunia dan membuktikan Bumi adalah bulat
.

Nama sebenarnya tidak diketahui dengan jelas. Nama Panglima Awang hanya muncul apabila Harun Aminurrashid menggunakannya dalam Novel Panglima Awang pada tahun 1958.




Panglima Awang atau Henry The Black dan Enrique of Malacca merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia . Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan. Beliau telah diberikan nama Kristian 'Enrique' (Bahasa Sepanyol) atau 'Henrique' (Bahasa Portugis) setelah dibaptiskan dalam Gereja Katolik Roman oleh pihak Portugis sempena hari pembaptisannya yang merupakan perayaan St. Henry.
Asal usul Enrique diperdebatkan oleh ramai sejarawan. Ada yang menyatakan beliau dari Melaka, Sumatera, Maluku dan dari Cebu.

Ekspedisi Ferdinand Magellan

Ferdinand Magellan
Ferdinand Magellan atau Fernao de Magalhael merupakan ahli pelayaran Portugis yang mengetuai angkatan lima buah kapal dengan kelasi seramai 270 orang keluar dari Sepanyol pada 1519 dan telah menjejakkan kaki di kepulauan Filipina. Di Filipina , beliau telah terbunuh. Oleh itu beliau sebenarnya gagal mengelilingi dunia secara lengkap.
Sebelum itu Ferdinand Magellan telah sampai di Sabah / Kepulauan Sulu . Tugas beliau diambil alih oleh Sebastian Del Cano yang menaiki kapal Victoria dan 17 kelasi yang lain dan sampai semula di Sepanyol pada 8 September 1522.

Portugis menyerang Melaka 1511

Magellan bersama Diego Lopez de Sequiera yang belayar ke Melaka pada 1 September 1509 dan orang barat pertama berhubung dengan Semenanjung Tanah Melayu. Magellan turut terlibat dalam menyerang Melaka pada tahun 1511 dan menawan ramai pemuda Melayu untuk dijadikan hamba . Salah seorang daripadanya diberi nama 'Enrique' yang dijangka berusia 18 tahun.

Misi kapal Sepanyol

Antonio Pigafetta
Kisah pelayaran Ferdinand Magellan dicatat dalam diari Antonio Pigafetta, seorang sukarelawan Itali yang turut serta bersama Ferdinand Magellan. Beliau menyatakan Enrique adalah seorang Melayu yang ditangkap dan dijadikan hamba dalam kapal tersebut. Enrique dikatakan berasal dari 'Zamatra' atau Sumatera / Semudera sekarang ini.
Enrique adalah pahlawan / pendekar Melayu yang berjuang mempertahankan Melaka dari serangan tentera Portugis pada 1511. Beliau adalah 'hamba raja' kepada Sultan Mahmudsultan Melaka yang terakhir. Di dalam kapal itu, Enrique bertugas sebagai jurubahasa di Sabah, kepulauan Mindanao dan sebagainya dan seterusnya menuju LisbonPortugis pada 1512.
Tafsiran lain menyatakan Enrique merupakan hamba dari Sumatera yang telah dibeli di pasar Melaka . Dia telah dibaptis dan diberi nama Henrique atau enrique. Nama sebenarnya tidak diketahui dengan jelas.
Apabila Raja Portugis lemah , Magellan berkhidmat pula dengan Raja Charles I dari Sepanyol pada 1517. Portugis telahpun menguasai Melaka dan kepulauan rempah khususnya di Maluku. Magellan memberi pelan bagaimana Sepanyol boleh menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara.
Raja Charles I setuju dengan cadangan Magellan itu. Akhirnya Magellan menyediakan angkatan kapal yang terdiri dari kapal San AntonioConceptionVictoria , Santiago dan kapalnya sendiri Trinidad bersama kelasi seramai 270 orang.
Mereka meninggalkkan pelabuhan Sanlucar de Barrameda pada 20 September 1519. Mereka belayar menyeberangi Lautan Atlantik. Kemudian tiba di benua Amerika Latin dan menyeberangi Lautan Pasifik.

Sampai di Filipina

Akhirnya pada 16 Mac 1521, selepas belayar selama 18 bulan, mereka sampai di satu lokasi di kepulauan Filipina yang bernama Samar. Tempat ini dikira masih jauh dari kepulauan rempah di Nusantara. Pemuda yang bernama Enrique bertindak sebagai jurubahasa kerana bahasa di Filipina dan Nusantara difahami oleh Enrique untuk mendapatkan bekalan makanan, minuman, pertukaran barangan , berhubung dengan pedagang, menghantar mesej keamanan dan berhubung dengan pemimpin dan masyarakat setempat di Nusantara.
Di Kepulauan Cebu,Filipina , Ferdinand Magellan telah berhubung dengan Raja Humabon . Raja Humabon bersama 800 orang rakyat di Cebu, Filipina berjaya dikristiankan oleh Ferdinand Magellan. Magellan mengisytiharkan penduduk Cebu sebagai warga Tuhan Sepanyol. Magellan memanggil penduduk Cebu sebagai 'Indian' kerana berkulit gelap sebagaimana penduduk selatan India.
Raj Humabon meminta Magellan membantunya menghapuskan pemberontakan di perkampungan Mactan yang dipimpin oleh Lapu Lapu. Pada hari Sabtu 27 April 1521 Magellan telah menyerang kampung Lapu Lapu dengan 60 orang menggunakan senapang, meriam , senjata besi dan lain-lain. Sementara Lapu-lapu bersama 1500 pahlawan hanya menggunakan buluh runcing dan panah beracun.
Malangnya Magellan menjadi mangsa pertama serangan kerana lengan kanannya terkena panah beracun. Pengikut Magellan pula lari lintang - pukang kembali ke kapal untuk menyelamatkan diri dari serangan balas yang tidak terduga itu. Magellan telah tersungkur dan mati. Peperangan disebut dalam sejarah Filipina sebagai Peperangan Mactan.
Enrique turut cedera dalam serangan itu.

Dilantik sebagai kapten kapal

Duarte Barbosa , seorang kelahiran Portugis telah memilih Enrique sebagai kapten kapal yag baru menggantikan Magellan.
Dengan kebolehan berkomunikasi yang dimiliki oleh Enrique , Enrique telah berunding dengan Raja Humabon dan Raja Humabon telah setuju menghadiahkan batu permata dan pelbagai hadiah lain untuk Raja Sepanyol. Malangnya mereka telah diserang hendap oleh Humabon pula.
Rekod rasmi Sepanyol menyatakan Enrique of Melaka bersama 27 orang yang lain telah terselamat. Kapal tersebut kembali ke Sepanyol.

Panglima Awang Kembali Ke Melaka

Diari Pigafetta hanya menyatakan 18 orang yang selamat kembali ke pelabuhan Sanlucar de Barrameda, Sepanyol 
18 orang ini sampai pada 9 Jun 1522 dengan diketuai oleh Juan Sebastian Elcano dengan kapal La Victoria dari kepulauan Maluku. Elcano dianggap sebagai orang yang berjaya melengkapkan pelayaran mengelilingi dunia. Tapi pelayaran ini tidak lengkap kerana ianya bermula dari Melaka. Sedangkan Elcano hanya sampai di Cebu.
Juan Sebastian Elcano
Walau apapun bahasa yang digunakan oleh Panglima Awang, tapi pelayar waktu itu mereka memahami banyak dielek bahasa Nusantara yang terdiri dari beratus etnik ini. Dan Bahasa utama di Nusantara adalah Melayu. Panglima Awang fasih berbahasa Cebu. 

Ada yang menyatakan beliau dari Cebu - Basilan, Melaka, Sumatera dan Maluku. Kisah pelayaran Ferdinand Magellan dicatat dalam diari Antinio Pigafetta, seorang sukarelawan Itali yang turut serta bersama Ferdinand Magellan.    Beliau menyatakan Enrique adalah seorang Melayu yang ditangkap dan dijadikan hamba dalam kapal tersebut. 

Enrique dikatakan berasal dari 'Zamatra' atau Sumatera seperti fakta yang tercatat dalam dari Antionio Pegafetta. Enrique adalah pahlawan dan pendekar Melayu yang berjuang mempertahankan Melaka dari serangan tentera Portugis pada 1511. 

Yang jelas Panglima Awang@Enrique adalah 'hamba raja' kepada Sultan Mahmud, Sultan Melaka yang terakhir.    Setelah ditawan, Enrique bertugas menjadi jurubahasa dan pembantu khas Magellan dalam kapal dan seterusnya dibawa ke Lisbon, Portugis pada 1512. 
Enrique dinyatakan bijak berkomunikasi dengan pemerintah tempatan dan ketua pedagang di Nusantara dan Bahasa Melayu menjadi lingua franca ketika itu.



Selepas Magellan dan beberapa orang anak kapalnya terbunuh, misi pelayaran mengelilingi dunia dikatakan telah diambil alih oleh orang kanannya, Sebastian Del Cano. Bagaimanapun,  Del Cano tidak memiliki pengalaman luas dalam ilmu pelayaran dan menyebabkan tugas tersebut diserahkan kepada orang suruhan Magellan iaitu Awang.

Awang tidak menyertai misi pelayaran tersebut, sebaliknya dia melarikan diri untuk membebaskan dirinya daripada tahanan orang-orang Sepanyol. 

Berdasarkan kajian yang dilakukannya, selepas kematian Magellan pada 26 April 1521 rombongan ekspedisi mengelilingi dunia itu berpatah balik dan meneruskan pelayaran pulang ke Sepanyol. 

Sementara, Awang pula meneruskan perjalanan pulang ke Tanah Airnya- Melaka.

Justeru, secara tidak langsung Awang telah menjadi orang Melayu pertama yang mengelilingi dunia. Ini kerana beliau bermula dari Melaka dan pulang semula ke tanah airnya lebih awal daripada rombongan Del Cano yang sampai semula di pelabuhan Seville pada 8 September 1522. Itu sebabanya nama Panglima Awang@Enrique tidak tercatik didalam diari Pigafetta yang mengatakan hanya menyatakan 18 orang yang selamat kembali ke pelabuhan Sanlucar de Barrameda, Sepanyol iaitu:
  1. Juan Sebastián Elcano, ketua pelayaran dari Getaria.
  2. Francisco Albo, dari Rodas (in Tuy, Galicia) Pilot
  3. Miguel de Rodas (in Tuy, Galicia) Pilot
  4. Juan de Acurio, dari Bermeo Pilot
  5. Antonio Lombardo (Pigafetta), dari Vicenza Supernumerary
  6. Martín de Judicibus, dari pelabuhan Genoa Chief Steward
  7. Hernándo de Bustamante, dari Alcántara Mariner
  8. Nicholas the Greek, dari Naples Mariner
  9. Miguel Sánchez, dari Rodas (in Tuy, Galicia) Mariner
  10. Antonio Hernández Colmenero, dari Huelva Mariner
  11. Francisco Rodrigues, rakyat Portugis dari Seville Mariner
  12. Juan Rodríguez, dari Huelva Mariner
  13. Diego Carmena, dari Bayona (Galicia) Mariner
  14. Hans of Aachen Gunner
  15. Juan de Arratia, dari Bilbao Able Seaman
  16. Vasco Gómez Gallego, dari Bayona (Galicia) Able Seaman
  17. Juan de Santandrés, dari Cueto (Cantabria) Apprentice Seaman
  18. Juan de Zubileta, dari Barakaldo

Timbul persoalan, sejauh manakah kebenaran yang didakwa Awang adalah manusia pertama yang mengelilingi dunia? Apakah bukti-bukti yang boleh menyokong hujah tersebut?

Terdapat satu sumber barat yang membina semula sejarah silam mengenai Black Henry atau Enrique yang didakwa sebagai orang Melayu Melaka ini. Sumber utamanya ialah catatan Pigafetta, seorang jurutulis berbangsa Itali yang menyertai ekspedisi Magellen ke Filipina atau wilayah yang dipanggil ‘to the land where is no Christians’ .

Catatan Pigafeta itu mengandungi 48 halaman tetapi hanya halaman ke 18 hingga 28 sahaja yang ada menyebut tentang Black Henry (Awang). Antara isi kandungannya adalah:

Henry tercedera semasa pertempuran manakala Magellan telah terkorban. Selepas kejadian itu, Henry jarang turun ke pantai kerana kesakitan dan sentiasa berselimut. Ini menyebabkan Kapten Duarte Barbosa mengugutnya dengan suara yang tinggi mengatakan meskipun tuannya (Magellan) terbunuh, Henry masih lagi akan terus menjadi hamba kepada keluarga Barbosa, khususnya Madame Beatrix, isteri Magellan apabila pulang ke Sepanyol kelak.

‘Pada beberapa hari berikutnya, Duarte Barbosa telah mengutus Black Henry ke Istana Raja Cebu untuk satu rundingan perdamaian mendapatkan mayat Magellan. Sebaliknya, Henry telah menggunakan kesempatan ini dan berpakat dengan Raja Cebu untuk membunuh semua orang Sepanyol yang masih selamat . Pakatan itu akan menghadiahkan sebuah mahkota bertatahkan permata kepada Barbosa. Ia dihadiri hampir semua pegawai kanan dan anak kapal Sepanyol.

‘Bagi Black Henry ini adalah satu peluang yang mungkin memang ditunggunya untuk membalas dendam kepada orang yang tidak hormat kepadanya. Sebagai satu cara untuk mengajar orang yang tidak datang membantu sehingga menyebabkan tuannya terbunuh. Sebelum serangan di jamuan makan malam itu, dua orang daripada mereka sempat meninggalkan majlis kerana mungkin tergerak di hati mereka bahawa sesuatu buruk akan berlaku. Dalam serangan itu semuanya terbunuh kecuali Kapten Joao Serrao dan seorang paderi. Laporan Sepanyol mengatakan Black Henry turut terbunuh’.

Mengulas lanjut mengenai catatan Pigafeta, bahawa Henry sebenarnya masih lagi hidup selepas serangan tersebut. Ini kerana, dia semestinya dilindungi oleh Raja Cebu. Mereka(orang Sepanyol) sahaja yang menganggap Henry telah terkorban kerana tidak kembali ke kapal.

Henry telah menggunakan kesempatan ini untuk meninggalkan kapal dan membebaskan dirinya daripada menjadi hamba kepada orang Sepanyol. Ujarnya lagi, selepas bebas Henry sebagai perantau yang lebih sepuluh tahun meninggalkan kampung halaman ingin pulang untuk menemui keluarganya.

Berdasarkan hujah-hujah ini memang terbuktilah bahawa orang Melayu bernama Enrique atau Black Henry (merujuk pada catatan Pigafeta) sememangnya telah mengelilingi dunia, bukannya Magellan. Ini kerana, Kapten kapal itu telah terbunuh di Pulau Mactan, dekat Cebu pada 27 April 1521. Sementara itu, Black Henry atau Enrique telah kembali ke negara asalnya terlebih dahulu daripada 18 orang anak kapal Victoria yang pulang ke Seville.

Selepas itu, nama Black Henry tidak lagi disebut oleh Pigafeta dalam catatannya sepanjang perjalanan mereka yang terselamat pulang ke Seville. Sebelum pulang mereka pernah singgah di Brunei dan beberapa kepulauan lain di Selatan Filipina dan kemudiannya ke kepulauan Maluku iaitu Tidore dan Ternate.

Persoalannya, sehingga hari ini nama sebenar orang Melayu yang didakwa mengelilingi dunia ini masih kekal misteri. Tetapi, berdasarkan rekod-rekod dari Barat hanyalah nama-nama Kristian yang dikenali sebagai Black Henry atau Enrique. 

Bahasa Melayu sebagai lingua franca nusantara

Keupayaan Enrique berkomunikasi dengan penduduk tempatan telah dibuktikan dengan catatan Pigafetta yang menyenaraikan daftar istilah yang digunakan oleh penduduk Cebu. Antara perkataan yang mempunyai bunyi kemelayuan ialah;

Bahasa Perancis
Bahasa English
Bahasa Cebu
La femme
Women
Perampuan atau paranpoan
Les yeulx
Eyes
Matta
Le poulce
Elbow
Sico
Le Nombril
Navel
Pussud atau Pusut
Les Cuisses
Thigh
Paha
Le gras de la jambe
Calf
Bitis
Les cannes Doulces
Sugar Cane
Tubu atauTube
Le Sel
Salt
Acin
Le Vin
Wine
Tuba atau Nipa
Le Manger
Food
Macan
Le Pourceau
Pig
Babui
Le Vinaigre
Vinegar
Zucha
Les Balances
Scales
Timban atauTinban
Non
No
Tida atau tidale
L’estoille
Star
Bintan
Grand
Big
Bassa
Le Bateau
Boat
Sampan
Grand Capitaine general
King
Raia


Berikut adalah garis masa pengembaraan Enrique Melaka mengelilingi dunia.

1511 -  Melaka jatuh ke tangan Portugis. Akhir Agustus , Panglima Awang ditawan. Beliau dikristenkan oleh Magellan dan diberi nama Enrique ( Enrique of Malacca ) Akhir Desember - belayar ke Portugal mengikut Magellan apabila diperintah oleh Albuqurque.

1512    Belayar melalui Goa ( India ) memutar ke Tanjung Harapan ( Africa Selatan ) dan sampai ke Lisbon ( Portugal ) pada bulan Juni.

1513    Mengikut Magellan ke Azamor ( Magribi ) Magellan  terlibat dalam peperangan menyebabkan kakinya dengkot.

1515    Pertengahan Agustus, pulang ke Lisbon dan kemudian ke Azamor dan berhijrah ke Oporto.

1517    Meninggalkan Portugal dan ke Spanyol. 20 September sampai ke Seville. Mengikut Magellan dalam pemutusan dengan orang yang berpengaruh di Spanyol. Diperlihatkkan kepada Raja Spanyol King Charles V di Valladolid oleh Magellan sebagai bukti dia seorang pribumi Melayu. Terlibat dengan persiapan Armada Maluku.

1519   10 Agustus, Isnin ( St. Lawrance's Day )  armada memulakan pelayaran dari Pelabuhan Seville menyusuri Sungai Guadalquirer ke muara di San Lucar de Barameda. 24 Agustus, surat wasiat Magellan ditulis dan dinyatakan tentang hambanya, Enrique serta pembebasan sebagai seorang yang mereka jika semasa dalam pelayaran dengan dibayar pampasan sara hidup 10,000 naravedis. 20 September, Selasa - Magellan memulakan pelayaran sebenar Armada de Maloccus ke Maluku dari San Lucer de Barremada. Panglima Awang sentiasa bersama-sama Magellan dan diletakkan di dalam kapal utama, Trinidad sebagai penterjemah dan dibayar gaji 1500 naravedis. 26 Oktober, Isnin - melintasi Cape Verde dan belayar ke pesisir pantai Liberia dan Sierra Leone. Magellan menghukum penjenayah-penjenayah dari kapal Victoria karena kesalahan meliwat berhampiran Guinea. Oktober - penyaksikan pembunuhan yang diketuai oleh Cartegena tetapi dapat dipertahankan oleh Magellan dan memulakan menyeberang laut Atlantik. 29 November - daratan pertama ditemui di Peranbuco, Brazil selepas menyeberang lautan Atlantik dari benua Afrika. 13 Desember ( St. Lucia's Day ) berlabuh di pelabuhan Rio de Janairo dan berjumpa dengan penduduk asli Brazil. 26-27 Desember - meninggalkan Rio de Janairo, Brazil belayar menghala ke selatan.

1520   31 Maret - sampai ke San Julian. 31 Maret - 24 Agustus ( 5 bulan ) terperangkap di San Julian, Argentina karena cuaca buruk, musim sejuk. 1 April - menyaksikan pemberontakan kedua terbesar dan terakhir - diketuai oleh Quesada de Cartegena di San Julian, Argentina, tetapi dapat dipatahkan oeleh Magellan. Ramai pemberontak ditangkap dan dihukum berat. 24 Agustus - armada meneruskan  pelayaran ke selatan dengan meninggalkan Juan de Cartagena dan seorang padri di situ. Kapal Santiago karam dipukul ribut. 24 Oktober - ekspidisi Magellan menemui tanjung yang dinamakan Cape of the Elevan Thousand Virgins yang merupakan pintu masuk laluan hala ke barat yang sekarang dikenali sebagai Selat Magellan. Kapal San Antonio meloloskan diri belayar pulang ke Spanyol. 28 November, Rabu - sampai ke laut Pasifik. Berada di lautan Pasifik selama tiga bulan dan 20 hari tanpa mengambil sebarang bekalan semasa belayar.

1521   6 Maret - melihat daratan  di kepulauan Marianas atau Lotrunas ( Guam ) ketika menyeberangi lautan Pasifik selama 98 hari dari selat Magellan. 16 Maret, Jumat - pribumi datang membawa makanan seperti yang dijanjikan pada waktu tengah hari. 

28 Maret, Kamis - pertama kali muncul dalam laporan Pigafetta apabila berkomunikasi dengan pribumi tempatan, raja Colambu. 

1 April ( Good Friday ) - Enrique dihantar oleh Magellan ke pantai untuk membeli bekalan makanan. 

7 April - armada sampai ke pulau Cebu. 

14 April - mendarat di pantai bersama 40 pelayar lengkap bersenjata. 

26 April, Jumat - Raja Mactan menjadikan 2 ekor kambing menerusi anehnya sebagai wakil karena tidak dapat hadir berjumpa Magellan sendiri karena keengganan Si Lapulapu. 

24 April, Sabtu - menyertai pertempuran menentang pribumi Mactan dan sentiasa di sisi Magellan. Magellan mati dibunuh Si Lapulapu, manakala Enrique tercedera. 

28 April, Ahad - Enrique bertengkar dengan Duaerte Barbosa. 

7 Mei, Rabu - pelaut Spanyol diperdaya dengan satu undangan makan yang mengakibatkan 27 orang mati diserang hendap. Pelaut yang tidak menyertai makan malam berjaya melarikan diri dan meneruskan pelayaran ke pulau Maluku. 

Pakatan membunuh Barbosa didakwa didalangi oleh Enrique bersama-sama raja Hamabon kaitannya dengan peristiwa pertengkaran dengan Duerte Barbosa. Peristiwa inilah merupakan kali terakhir Enrique muncul dalam lipatan sejarah.



AMUKANMELAYU - Orang Melayu memang mudah lupa dan malas nak menggali sejarah. Orang Melayu gagal mengambil iktibar daripada kesan Perjanjian British-Siam 1909 ini sebagai suatu pengajaran dan banyak lagi perjanjian-perjanjian lain yang PENJAJAH MENIPU KESULTANAH MELAYU. Kata Ayah, jika kamu di tipu berti kamu telah kalah......