NAJIB DI PERSIMPANGAN JALAN MATI |
Fakta Tepat Yang Perlu Anda Baca Mengenai 1MDB
Adakah 1MDB merupakan tabung pelaburan berpiagam?Masyarakat telah menilai 1MDB sebagai sebuah tabung pelaburan berpiagam. Walhal, ia merupakan sebuah syarikat pembangunan strategik dimana secara praktikalnya, ia merupakan syarikat yang didirikan dan mempunyai dana secara bebas namun begitu keputusan pelaburannya didorong oleh kepentingan ekonomi negara.
Seperti tabung pelaburan berpiagam, 1MDB dimiliki secara mutlaknya oleh kerajaan, tetapi terdapat perbezaan ketara dimana tabung pelaburan berpiagam di dana secara langsung oleh kerajaan dan membuat pelaburan bagi pihak kerajaan. 1MDB didirikan dan melabur menggunakan modal sendiri dan hanya menerima ekuiti berjumlah RM1 million dari kerajaan semasa penubuhannya.
*Ekuiti adalah saham-saham yang diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan juga saham-saham yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia.
Apakah fungsi 1MDB?
Fungsi 1MDB adalah untuk menggerakkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi mampan jangka panjang Malaysia. Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan yang mempunyai pihak pengurusan tersendiri (bebas), 1MDB menggabungkan bantuan praktikal kerajaan dan kemahiran sektor swasta serta modal bebas untuk mendapatkan lebih banyak peluang besar. Hasilnya, kita mempunyai keupayaan yang unik untuk membuka semula jalan buntu, memberi lebih peluang yang bernilai, dan menggerakkan projek-projek.
Sebagai contoh, TRX. (refer above explanation which is easily understood example)
Pelaburan 1MDB, berserta pelabur-pelabur dalam dan luar negara yang dijanakan (samada secara langsung atau tidak) akan merubah kawasan ini kepada daerah yang lebih membangun dan memberi beribu peluang pekerjaan sepanjang proses perlaksanaannya
Apakah sector yang sedang dijalankan/
Buat masa ini, 1MDB fokus kepada 2 sektor; tenaga dan hartanah.
Perniagaan tenaga kami terdiri daripada portfolio 15 kuasa dan penyahgaraman tumbuhan di lima buah negara, dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW, menjadikan kami pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia. Fokus kami pada sektor ini berpunca daripada matlamat strategik Kerajaan untuk memastikan keselamatan tenaga Malaysia, dengan memperuntukan mampan kuasa yang penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur disamping menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Untuk sektor hartanah, 1MDB bertanggungjawa
Bagaimana 1MDB dijana?
Seperti syarikat besar yang lain, 1MDB mengumpul modal di pasaran hutang tempatan dan antarabangsa. Konsistensi selama beroperasi menunjukkan sokongan, nama baik dan keyakinan yang dapat dicapai di dalam pasaran kewangan antarabangsa pada 1MDB. Tambahan pula, kejayaan membina beberapa perkongsian strategik dengan syarikat-syarik
1MDB tidak dibiayai oleh Kerajaan. Malah, 1MDB hanya pernah menerima RM1 juta ekuiti daripada Kerajaan yang telah digunakan untuk kesan yang baik dalam membina perniagaan yang kukuh dimana ia akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi di negara ini dalam tempoh jangka panjang.
Adakah 1MDB melabur di luar negara?
Ya.
Kebiasaannya syarikat besar akan melabur lebihan dana terutamanya dalam mata wang asing, dengan seliaan dari pengurus dana antarabangsa yang berlesen /
Tiada yang luar biasa tentang perkara ini dan kebanyakannya merupakan syarikat saham mewah, termasuklah lebih 200 syarikat Malaysia, telah dilaburkan dana dalam bidang kuasa yang sama.
Khususnya, benarkah 1MDB melabur pada Kepulauan Cayman?
Pada tahun 2009, 1MDB dan sebuah syarikat Arab Saudi memasuki satu usaha sama untuk memudahkan kerjasama ekonomi jangka panjang di antara Malaysia dan Arab Saudi .
Sebahagian daripada usahasama ini, 1MDB membuat pelaburan ke dalam dana bersama dengan syarikat itu yang ditubuhkan untuk membuat pelaburan ke atas projek-projek yang akan menjana faedah kewangan yang strategik untuk kedua-dua negara.
Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pelbagai faktor, kedua-dua pihak akhirnya memutuskan untuk tidak meneruskan dengan rancangan ini.
Oleh yang demikian, pelaburan dalam syarikat itu telah ditukar ke dalam instrumen pendapatan tetap dalam bentuk nota Murahaba, dimana pada dasarnya merupakan sebuah pinjaman, dengan kadar faedah tahunan sebanyak 8.75 %. Pinjaman ini telah dibayar balik sepenuhnya, untuk US$2.318 billion dengan keuntungan sebanyak US$488 million pada tahun 2013.
Menghantar pulang dana ini ke Malaysia akan mendedahkan mereka kepada turun naik di pasaran pertukaran asing. Dalam usaha untuk memastikan bahawa kita mengekalkan kedudukan mudah tunai yang kukuh dengan portfolio global yang pelbagai, dana ini dilaburkan dalam syarikat subsidiari 1MDB yang telah didaftarkan di Kepulauan Cayman untuk tujuan cukai. Ini telah dilakukan dengan usaha yang dikira wajar dan diambil kira secara menyeluruh, dengan dana yang disimpan dengan pengurus dana berlesen antarabangsa.
Sekali lagi, tiada apa-apa yang luar biasa tentang perkara ini dan banyak syarikat-syarik
Perlukah rakyat berasa bimbang tentang tahap hutang 1MDB ?
Tidak sama sekali.
Seperti mana-mana syarikat utama, 1MDB telah menaikkan modal di pasaran hutang antarabangsa untuk membiayai projek-projek tertentu, sejajar dengan skala yang diperlukan untuk berbuat demikian. Semua hutang 1MDB disokong oleh aset yang kukuh dan jumlah nilai aset (RM51.4 bilion pada akhir tahun kewangan Mac 2014) dengan selesa melebihi nilai jumlah hutang (RM41.9 bilion bagi tempoh yang sama). Tambahan pula, kita tidak pernah terlepas jadual pembayaran, walaupun kami berhasrat untuk berbuat demikian.
Keupayaan kami adalah konsisten iaitu untuk mengumpul dana di pasaran antarabangsa, dan merujuk kepada pelabur yang berkualiti, ia mencerminkan keyakinan mereka pada 1MDB, dan penyenaraian perniagaan tenaga kita adalah satu daripada siri latihan yang kami berhasrat untuk menjalankan untuk penyahumpilan kunci kira-kira 1MDB.
Selain itu, kami terus mengembangkan perniagaan hartanah kami dengan projek-projek seperti TRX, yang akan menjadi daerah kewangan pertama Kuala Lumpur setelah selesai. Dan, sejak setahun lalu, 1MDB telah menandatangani beberapa perjanjian dengan syarikat-syarik
Seiring dengan peningkatan nilai aset hartanah kami, 1MDB berhasrat untuk menggunakan dana untuk mendorong pertumbuhan masa depan dan juga mengurangkan tahap hutang.
Adakah hutang 1MDB akan memberi impak kepada kemakmuran negara Malaysia?
Hutang 1MDB tidak akan sama sekali memberi impak dan kesan kepada negara secara khususnya.
Seperti yang telah dinyatakan, kesemua hutang 1MDB disokong dengan asset yang kukuh dan aliran tunai yang stabil, dan jumlah asset 1MDB (RM51.4 bilion pada akhir tahun kewangan Mac 2013) adalah lebih tinggi nilainya berbanding jumlah hutang (RM41.9 bilion pada penggal yang sama). Daripada keseluruhan jumlah hutang, kerajaan hanya menyediakan jaminan untuk RM5.8 bilion, di mana 1MDB mempunyai liputan faedah ketara.
Oleh kerana 1MDB adalah sebuah syarikat tanggungan terhad, risiko yang ditanggung dan pendedahan kepada pemegang saham kami ( Kerajaan ) adalah terhad. Berkenaan kecurigaan yang timbul pada aktiviti fund raising 1MDB berkenaan terbitan Bon / Hutang yang mempunyai kadar faedah terlampau tinggi dan pembayaran kepada “orang tengah”.
Apakah maklum balas 1MDB mengenai isu ini?
Kebimbangan telah ditimbulkan terhadap kadar faedah 5.75% yang dikenakan kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009, dengan tanggapan bahawa ini adalah sebuah bon dengan kadar faedah yang tinggi.
Sebagai perbandingan, dinyatakan bahawa sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, Petronas, telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk bon pada masa yang sama. Ini adalah perbandingan yang tidak adil dan tidak mengambil kira beberapa faktor-faktor penting.
Apabila membeli sesuatu bon, pemberi pinjaman akan mengambil risiko pada kadar tertentu. Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk pemegang bon. Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.
Sepanjang pengetahuan kami, satu-satunya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun. Manakala bon yang dikeluarkan oleh 1MDB mempunyai tempoh tiga puluh tahun.
Dengan tempoh matang yang sangat jauh berbeza, tidaklah mengejutkan jika bon yang diterbitkan 1MDB mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.
Secara umumnya, adalah penting untuk dinyatakan bahawa bon yang dikeluarkan oleh 1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun, dan juga merupakan bon Islamik pertama yang dikeluarkan dengan tempoh matang sepanjang itu.
Dengan keadaan ekonomi pada masa itu, hakikat bahawa 1MDB berjaya menjana jumlah dana sebesar ini mencerminkan sokongan, nama baik dan keyakinan yang diletakkan terhadap syarikat.
Kami juga memandang serius spekulasi tidak berasas bahawa sebahagian daripada kadar faedah ini telah dibayar kepada ‘orang tengah’ sebagai sejenis bayaran manfaat. Ini adalah tuduhan yang serius.
Kami ingin menjelaskan secara tegas bahawa keseluruhan 5.75% kadar faedah tahunan tersebut adalah dibayar kepada para pemegang bon, yang antaranya terdiri daripada institusi-insti
Kesimpulannya, apakah sumbangan 1MDB kepada ekonomi negara?
Misi 1MDB adalah untuk memacu pembangunan ekonomi yang mapan di Malaysia dengan menjalin perkongsian strategik global dan menggalakkan pelaburan asing secara langsung ke negara ini dan juga mengambil bahagian dalam sektor strategik yang membantu memacu pertumbuhan sosio - ekonomi. Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, kami telah membina rekod prestasi yang berjaya menarik syarikat-syarik
TRX sebagai satu contoh; syarikat-syarik
Sebagai sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan, membuat kesan sosio - ekonomi yang positif adalah teras dan objektif perniagaan kami, dan kami komited untuk membuat sumbangan yang berkekalan kepada masyarakat di mana kami beroperasi.
Kami menumpukan pada memberikan kemajuan dalam tiga bidang utama; pendidikan , kualiti hidup dan pembangunan belia, dan berasa bangga kerana lebih 2.5 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat daripada pelbagai program termasuk biasiswa , latihan keusahawanan, sukan dan pembangunan kemahiran belia, penyediaan penjagaan kesihatan mudah alih dan pembinaan tenaga dan infrastruktur air . - 1MDB
Tapi bagaimana 1MDB kini?
Isu 1MDB agak merosakkan, kata adik Najib
Beliau menyifatkannya sebagai “agak merosakkan”.
“Pelabur sekarang ada pilihan. Mereka ada banyak pilihan. Dan Malaysia, malah dengan semua perkara sama pun, ada cabarannya, kerana kita ekonomi yang sangat kecil, kita ada kekuatan tetapi kita juga ada kelemahan ini, kita agak kecil.
Katanya, dibandingkannya dengan Indonesia sahaja, yang pasarannya melibatkan 200 juta orang, skala di Malaysia cuma 10 peratus daripada itu.
“Saya sentiasa sebut bahawa Malaysia mesti bekerja lebih kuat, lebih kuat daripada pasaran lebih besar.
“Dan dalam keadaan seperti ini... apabila pelabur lihat sesuatu macam kemelut 1MDB, dan tidak faham, mereka akan persoal sama ada Malaysia membiarkan amalan tadbir urus yang lemah...,” katanya.
Mengulas pendedahan yang mengaitkan beliau dengan isu 1MDB, yang membuatkannya bercuti semasa siasatan dalaman CIMB, Nazir berkata beliau kesal terjebak dalam keadaan itu.
“Kita ada amalan, peraturan dan undang-undang tersendiri, jadi dalam kerangka itu saya tahu saya tidak baut salah,” katanya.
“Tetapi apabila berita itu keluar di WSJ, pemerhati luar tertanya-tanya: Apa semua ini? Jadi Itu sebabnya saya perlu bertindak bersihkan nama saya.
“Dan sebabnya kenapa berita ini timbul kerana persoalan berkaitan kesahan dana yang diberikan kepada saya, sebab itu dia jadi berita.
“Tanpa semua itu, tiadalah berita,” katanya.
Menjawab soalan, Nazir berkata beliau percaya wang yang dibantu disalurkan bagi pihak abangnya adalah derma kempen.
1MDB KRISIS
1MDB krisis adalah sesuatu yang amat merunsingkan Najib. Ia hampir "MEMERANGKAP" kerier politiknya suatu ketika dulu. Mungkin Allah memberi peluang kepadanya untuk membetulkan jika ianya satu kesilapan. Bank Negara, SPRM, PDRM dan Peguam Negara adalah 4 sekawan yang ditugaskan "Buat-Buat" menyiasat KES 1 MDB.
Tapi akhir 4 sekawan ini di bubarkan gara-gara "MAKLUMAT BOCOR" dan penyiasat terus menjurus kepasa "SURAT BOCOR". 4 sekawan ini boleh diibaratkan BERGADUH sesama sendiri. Sehinggalah PDRM telah menyiasat beberapa Pegawai SPRM atas kebocoran maklumat ini. Dan FOKOS dari menyiasat "PENYELEWENGAN 1MDB" kini beralih kepada "Kebocoran Maklumat".
Pegawai SPRM ditukarkan dan akhirnya berhenti sementara Peguam Negara di berhentikan. Bukit Aman pula terbakar dan Habis Fail terbakar....fail apa?
Kerajaan Malaysia pada Isnin, menarik balik pertukaran dua pegawai
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dengan
penyiasatan ke atas akaun milik syarikat SRC International Sdn Bhd,
sebuah entiti yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),
berikutan kritikan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Pada Jumaat lalu, Pengarah Bahagian Operasi Khas, Bahri Mohamad Zin; dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Rohaizad Yaakob telah diarah bertukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuatkuasa pada Isnin.
Difahamkan surat yang diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) oleh kedua-dua mereka menyebut bahawa perpindahan ke JPM kerana 'masalah disiplin'.
Bagaimanapun, pertukaran itu ditarik balik serta dibatalkan pada Isnin, selepas kedua-dua pegawai berkenaan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa.
Ali dalam kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan pada Isnin pagi berkata, beliau dan Ketua Pengarah JPA Zabidi Zainal, telah mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pegawai itu, dan mereka telah memberikan penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media.
“Susulan penjelasan tersebut, saya telah membuat keputusan membatalkan pertukaran kedua-dua pegawai ke JPM dan kembali ke jawatan asal masing-masing di SPRM berkuatkuasa pada 10 Ogos,” kata Ali dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri itu.
Bahri adalah antara pegawai SPRM yang ditahan untuk diambil keterangan oleh pihak Polis bagi membantu siasatan berhubung kebocoran kertas pertuduhan terhadap Najib yang didakwa telah dikeluarkan oleh pejabat Peguam Negara, dan menjadi viral di media sosial.
Beliau juga di antara pegawai yang lantang bersuara berhubung penangkapan beberapa lagi pegawai kanan suruhanjaya itu sejak minggu lepas.
Seramai lapan pegawai suruhanjaya itu telah ditahan untuk diambil keterangan, mereka bagaimanapun dibebaskan selepas selesai.
Bahri mengetuai Bahagian Operasi Khas, iaitu bahagian yang menyiasat SRC International Sdn Bhd dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) manakala Rohaizad menerima rombongan pemimpin pembangkang ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan berdialog dengan mereka.
Susulan keputusan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdull pada Jumaat lepas, menuntut supaya dua pegawai kanannya itu, dipulangkan semula oleh JPM kepada SPRM.
Malahan, beliau turut menawarkan dirinya sebagai ganti.
“Pegawai saya bertindak atas arahan saya,” katanya seperti dilaporkan portal berita Malaysiakini dari luar negara.
Pada lewat malam Ahad, Shukri yang baru tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, enggan mengulas mengenai pertukaran dua pegawainya ke JPM semasa ditemui pihak media yang menunggu kepulangan beliau itu.
"Terima kasih, nanti saya jumpa anda (media). Tidak selamat disini. Biar saya selesaikan dahulu," katanya.
Siasatan diteruskan
Timbalan Ketua Penolong Pengarah (pencegahan) SPRM Mustafar Ali turut menegaskan siasatan yang sedang berjalan akan diteruskan seperti yang dirancang.
‘’Tanggungjawab dan penyiasatan akan dilaksanakan seperti biasa , kedua-dua pengarah masih ada di SPRM, dan suruhanjaya akan memastikan penyiasatan dilakukan dengan bebas, profesional dan telus,’’ katanya ketika ditemui di luar Ibupejabat SPRM pada Isnin.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar pada Sabtu, memaklumkan penangguhan sementara siasatan melibatkan SPRM oleh pihak polis.
Beliau berkata, walaupun lebih ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan, kes itu ditangguh untuk mengelak pelbagai andaian dan persepsi awam.
"Dengan berbagai andaian yang dibuat dan persepsi, saya telah mengarahkan supaya kita tangguhkan siasatan kes buat sementara," katanya.
Ditanya sampai bila siasatan kes itu akan ditangguh, Khalid berkata: "Kita tengoklah...saya tidak mahu rakan-rakan saya di SPRM menganggap kami membuat harrassment (penderaan)".
Bagi Ketua Pemuda Umno yang juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, pertukaran dua pegawai kanan agensi pencegahan rasuah itu, dibuat tanpa pengetahuan kabinet dan berlaku selepas mesyuarat kabinet.
"Jadi mana kita tahu. Kita pun tak tahu," kata Khairy sambil menegaskan SPRM mesti diberi kebebasan untuk menjalankan tugas tanpa sebarang sekatan atau ugutan.
Ketua sayap pemuda parti UMNO, parti utama di dalam kerajaan turut menyokong tindakan SPRM untuk mendapatkan penjelasan Perdana Menteri berhubung penerimaan derma beratus-ratus juta itu.
"Sekiranya SPRM memerlukan keterangan daripada Perdana Menteri untuk membantu siasatan dengan lebih sempurna dan menyeluruh, maka ia haruslah dilakukan supaya rakyat yakin bahawa kita tidak menyembunyikan apa-apa perkara daripada semua pihak," katanya pada Khamis lepas.
Seseorang
pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tertakluk di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 merupakan anggota
perkhidmatan awam di bawah Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata berdasarkan kedudukan tersebut mereka tertakluk kepada semua Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam khususnya yang berkaitan dengan kelakuan dan tatatertib.
Menurut beliau, pegawai SPRM juga hendaklah mematuhi antara lain kepada larangan memberikan apa-apa penyataan umum untuk apa-apa tujuan seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
“Selain itu, pegawai SPRM juga tertakluk kepada Kod Etika Kelakuan SPRM yang secara jelasnya antara lain melarang pegawai SPRM membuat penyataan umum tanpa kebenaran Ketua Pesuruhjaya SPRM atau meluahkan apa-apa rasa tidak puas hati kepada SPRM dan kerajaan secara terbuka.
“Ini termasuk larangan untuk memberikan apa-apa pandangan yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai terhadap anggota pentadbiran kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Tambah Mohamad Zabidi, satu perjumpaan bersama-sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali, serta Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob telah diadakan pada 10 Ogos lalu.
Jelas beliau, perjumpaan tersebut bertujuan untuk membincangkan perihal tindakan yang diambil terhadap kedua-dua pegawai SPRM adalah berdasarkan kepada Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam iaitu Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993.
“Sehubungan dengan itu, tindakan yang diambil adalah tidak berkaitan dengan tugas hakiki pegawai SPRM berkenaan.
“Diharapkan penjelasan tersebut dapat memberikan perspektif jelas kepada semua pihak mengenai tindakan ke atas kedua-dua pegawai ini,” ujarnya.
Sebelum ini, Bahri dan Rohaizad ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berikutan kenyataan media yang dibuat mereka pada minggu lalu.
Bahri lantang menentang siasatan polis ke atas SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen sulit kerajaan dan mendakwa penahanan beberapa pegawainya sebelum ini mengganggu siasatan kes berprofil tinggi membabitkan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.
Manakala Rohaizad menerima rombongan pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berdialog dengan mereka.
Namun begitu pada 10 Ogos lalu, Ali Hamsa memaklumkan pertukaran dua pegawai SPRM berkenaan ke JPM itu dibatalkan.
Dari: BNBBC.
KUALA LUMPUR: Dokumen yang musnah dalam kebakaran di tingkat 10
menara dua Bukit Aman, petang semalam adalah kertas yang akan dilupuskan
dan bukan dokumen penting.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata kertas dan dokumen berkenaan pada mulanya diletakkan di kawasan koridor tingkat 10, iaitu sebelum kejadian kebakaran itu berlaku.
Beliau berkata kertas serta dokumen itu sememangnya tidak penting dan akan dilupuskan.
"Punca sebenar kebakaran masih lagi disiasat pihak bomba," katanya ketika ditemui di menara dua Bukit Aman, sebentar tadi.
Dalam kejadian lewat petang itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 7.20 malam sebelum berjaya mengawal kebakaran kira-kira 30 minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Malaysia Tarik Balik Pertukaran Dua Pegawai SPRM
Oleh Hata Wahari
Pada Jumaat lalu, Pengarah Bahagian Operasi Khas, Bahri Mohamad Zin; dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Rohaizad Yaakob telah diarah bertukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuatkuasa pada Isnin.
Difahamkan surat yang diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) oleh kedua-dua mereka menyebut bahawa perpindahan ke JPM kerana 'masalah disiplin'.
Bagaimanapun, pertukaran itu ditarik balik serta dibatalkan pada Isnin, selepas kedua-dua pegawai berkenaan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa.
Ali dalam kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan pada Isnin pagi berkata, beliau dan Ketua Pengarah JPA Zabidi Zainal, telah mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pegawai itu, dan mereka telah memberikan penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media.
“Susulan penjelasan tersebut, saya telah membuat keputusan membatalkan pertukaran kedua-dua pegawai ke JPM dan kembali ke jawatan asal masing-masing di SPRM berkuatkuasa pada 10 Ogos,” kata Ali dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri itu.
Bahri adalah antara pegawai SPRM yang ditahan untuk diambil keterangan oleh pihak Polis bagi membantu siasatan berhubung kebocoran kertas pertuduhan terhadap Najib yang didakwa telah dikeluarkan oleh pejabat Peguam Negara, dan menjadi viral di media sosial.
Beliau juga di antara pegawai yang lantang bersuara berhubung penangkapan beberapa lagi pegawai kanan suruhanjaya itu sejak minggu lepas.
Seramai lapan pegawai suruhanjaya itu telah ditahan untuk diambil keterangan, mereka bagaimanapun dibebaskan selepas selesai.
Bahri mengetuai Bahagian Operasi Khas, iaitu bahagian yang menyiasat SRC International Sdn Bhd dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) manakala Rohaizad menerima rombongan pemimpin pembangkang ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan berdialog dengan mereka.
Susulan keputusan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdull pada Jumaat lepas, menuntut supaya dua pegawai kanannya itu, dipulangkan semula oleh JPM kepada SPRM.
Malahan, beliau turut menawarkan dirinya sebagai ganti.
“Pegawai saya bertindak atas arahan saya,” katanya seperti dilaporkan portal berita Malaysiakini dari luar negara.
Pada lewat malam Ahad, Shukri yang baru tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, enggan mengulas mengenai pertukaran dua pegawainya ke JPM semasa ditemui pihak media yang menunggu kepulangan beliau itu.
"Terima kasih, nanti saya jumpa anda (media). Tidak selamat disini. Biar saya selesaikan dahulu," katanya.
Siasatan diteruskan
Timbalan Ketua Penolong Pengarah (pencegahan) SPRM Mustafar Ali turut menegaskan siasatan yang sedang berjalan akan diteruskan seperti yang dirancang.
‘’Tanggungjawab dan penyiasatan akan dilaksanakan seperti biasa , kedua-dua pengarah masih ada di SPRM, dan suruhanjaya akan memastikan penyiasatan dilakukan dengan bebas, profesional dan telus,’’ katanya ketika ditemui di luar Ibupejabat SPRM pada Isnin.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar pada Sabtu, memaklumkan penangguhan sementara siasatan melibatkan SPRM oleh pihak polis.
Beliau berkata, walaupun lebih ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan, kes itu ditangguh untuk mengelak pelbagai andaian dan persepsi awam.
"Dengan berbagai andaian yang dibuat dan persepsi, saya telah mengarahkan supaya kita tangguhkan siasatan kes buat sementara," katanya.
Ditanya sampai bila siasatan kes itu akan ditangguh, Khalid berkata: "Kita tengoklah...saya tidak mahu rakan-rakan saya di SPRM menganggap kami membuat harrassment (penderaan)".
Bagi Ketua Pemuda Umno yang juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, pertukaran dua pegawai kanan agensi pencegahan rasuah itu, dibuat tanpa pengetahuan kabinet dan berlaku selepas mesyuarat kabinet.
"Jadi mana kita tahu. Kita pun tak tahu," kata Khairy sambil menegaskan SPRM mesti diberi kebebasan untuk menjalankan tugas tanpa sebarang sekatan atau ugutan.
Ketua sayap pemuda parti UMNO, parti utama di dalam kerajaan turut menyokong tindakan SPRM untuk mendapatkan penjelasan Perdana Menteri berhubung penerimaan derma beratus-ratus juta itu.
"Sekiranya SPRM memerlukan keterangan daripada Perdana Menteri untuk membantu siasatan dengan lebih sempurna dan menyeluruh, maka ia haruslah dilakukan supaya rakyat yakin bahawa kita tidak menyembunyikan apa-apa perkara daripada semua pihak," katanya pada Khamis lepas.
PENJELASAN JPA KENAPA 2 PEGAWAI SPRM DITUKAR.
Friday, August 14, 2015
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata berdasarkan kedudukan tersebut mereka tertakluk kepada semua Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam khususnya yang berkaitan dengan kelakuan dan tatatertib.
Menurut beliau, pegawai SPRM juga hendaklah mematuhi antara lain kepada larangan memberikan apa-apa penyataan umum untuk apa-apa tujuan seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
“Selain itu, pegawai SPRM juga tertakluk kepada Kod Etika Kelakuan SPRM yang secara jelasnya antara lain melarang pegawai SPRM membuat penyataan umum tanpa kebenaran Ketua Pesuruhjaya SPRM atau meluahkan apa-apa rasa tidak puas hati kepada SPRM dan kerajaan secara terbuka.
“Ini termasuk larangan untuk memberikan apa-apa pandangan yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai terhadap anggota pentadbiran kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Tambah Mohamad Zabidi, satu perjumpaan bersama-sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali, serta Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob telah diadakan pada 10 Ogos lalu.
Jelas beliau, perjumpaan tersebut bertujuan untuk membincangkan perihal tindakan yang diambil terhadap kedua-dua pegawai SPRM adalah berdasarkan kepada Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam iaitu Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993.
“Sehubungan dengan itu, tindakan yang diambil adalah tidak berkaitan dengan tugas hakiki pegawai SPRM berkenaan.
“Diharapkan penjelasan tersebut dapat memberikan perspektif jelas kepada semua pihak mengenai tindakan ke atas kedua-dua pegawai ini,” ujarnya.
Sebelum ini, Bahri dan Rohaizad ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berikutan kenyataan media yang dibuat mereka pada minggu lalu.
Bahri lantang menentang siasatan polis ke atas SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen sulit kerajaan dan mendakwa penahanan beberapa pegawainya sebelum ini mengganggu siasatan kes berprofil tinggi membabitkan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.
Manakala Rohaizad menerima rombongan pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berdialog dengan mereka.
Namun begitu pada 10 Ogos lalu, Ali Hamsa memaklumkan pertukaran dua pegawai SPRM berkenaan ke JPM itu dibatalkan.
Dari: BNBBC.
Dokumen tidak penting di tingkat yang terbakar - Bukit Aman
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata kertas dan dokumen berkenaan pada mulanya diletakkan di kawasan koridor tingkat 10, iaitu sebelum kejadian kebakaran itu berlaku.
Beliau berkata kertas serta dokumen itu sememangnya tidak penting dan akan dilupuskan.
"Punca sebenar kebakaran masih lagi disiasat pihak bomba," katanya ketika ditemui di menara dua Bukit Aman, sebentar tadi.
Dalam kejadian lewat petang itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 7.20 malam sebelum berjaya mengawal kebakaran kira-kira 30 minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Peguam Negara Nafi Surat Dakwaan Terhadap Najib
BANGI,
Jumaat – Kewujudan kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak
menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri menggunakan
kesalahan jenayah, kata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Beliau
yang baru dilantik menafikan laporan portal Sarawak Report mengenai
pertuduhan terbabit yang menyebut ‘Pendakwa Raya lawan Dato’ Seri Mohd
Najib bin Tun Abdul Razak, Dato’ Shamsul Anuar bin Sulaiman’.
“Kertas
pertuduhan itu menunjukkan ada konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri
sedang berkhidmat dengan membabitkannya dengan jenayah, dan kaedah itu
termasuk membocorkan maklumat.
“Plot menjatuhkan Najib adalah ancaman kepada demokrasi rakyat Malaysia dan siasatan akan dijalankan,” katanya.
Melalui
pendedahan Sarawak Report, Tan Sri Gani Patail ditamatkan
perkhidmatannya secara tiba-tiba adalah kerana beliau sedang merangka
kertas pertuduhan terhadap Najib dan Shamsul.
Sarawak
Report mendakwa pihaknya telah menerima beberapa bukti salinan dokumen
yang menunjukkan Gani sedang merangka pendakwaan ke atas Najib atas
pertuduhan rasuah sebelum ditamatkan jawatannya.
Bagaimanapun
salinan tersebut masih berstatus deraf kerana Gani ditamatkan
perkhidmatan sebelum berjaya menghabiskan kertas siasatan dalam
persediaan ke arah proses pendakwaan.
Tegas
Apandi, kertas pertuduhan yang didedahkan itu tidak pernah sampai kepada
Jabatan Peguam Negara, malah format dokumen berkenaan tidak betul
sebagaimana yang ditulis jabatan berkenaan.
“Peruntukan penuh undang-undang akan digunakan tanpa pengecualian terhadap sesiapa yang didapati bersalah,” katanya.
Selain
itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memuat naik tweet
bersama Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Datyk Tun
Abdul Majid Tun Hamzah menafikan draf kertas pendakwaan yang didedahkan
oleh Sarawak Report itu.
“Draft
pertuduhan yang diterbitkan oleh Sarawak Report tidak dibuat atau
dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara. Harap maklum.” kata Tun Abdul
Majid menerusi twitternya.
Susulan
itu mereka mengingatkan orang ramai tidak untuk menyebarkan kertas
pertuduhan dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti itu.
SPRM nafi terdapat 37 dakwaan ke atas Najib
“SPRM ingin menjelaskan bahawa laporan portal berita Sarawak Report hari ini, yang mengatakan kononnya terdapat 37 syor dakwaan berasingan telah dikemukakan oleh SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melibatkan kes SRC International, adalah tidak benar,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, SPRM juga mengesahkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengembalikan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun Najib.
“SPRM mengambil maklum arahan daripada Jabatan Peguam Negara yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang dikemukakan oleh SPRM sebelum ini.
“Respons SPRM kepada permintaan Jabatan Peguam Negara akan dikemukakan dalam waktu terdekat,” katanya.
Hari ini Sarawak Report melaporkan SPRM melengkapkan siasatannya berhubung isu berkenaan dokumen berkaitan - didakwa mengandungi tidak kurang daripada 37 tuduhan berasingan terhadap perdana menteri - diserahkan kepada Apandi.
Kebetulan, Apandi dalam kenyataannya hari ini berkata kertas siasatan mengenai kes itu dihantar semula kepada SPRM untuk penjelasan lanjut.
Siasatan itu menjadi perhatian pada Julai tahun lalu apabila The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan dana berjumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun persendirian Najib.
Najib kemudian menafikan sebarang salah laku, malah menjelaskan wang berkenaan adalah "derma" daripada pihak tertentu di Timur Tengah.
Namun, menurut WSJ, sebahagian daripada wang itu - bernilai RM42 juta - datang dari syarikat SRC International.
PERHATIAN:
Kenang semula bagaimana Najib TERSELAMAT dari PERTUDUHAN KES yang bersangkutan dengan 1MDB. Ia begitu licik meneruskan kerier politiknya dan hampir tiada siapa yang mengganggunya lagi dari dalam UMNO. Malah ia mendapat sokongan 100% dari Ahli UMNO. Itu sebabnya ia selalu mengatakan 3 juta Ahli UMNO bersamanya.
Tapi, ia bagaikan sebuah Kisah Film Perang dahulu kala. Amat jelas sekarang ini Najib sedang berperang dengan Team Tun M. Di sebelah Tun M penuh dengan TRATEGI tapi malang di sebelah Najib hampir langsung tiada STRATEGI yang di rangka. Melainkan "BERANI BODOH" dan ala-ala samseng. Beberapa Video yang bersepah di dalam utube dengan jelas Ahlu-Ahli UMNO meneruskan tradisi PEMUDA TAHAN LASAK.
Memang Najib mahukan Siber Troppernya menukar tektik dari bertahan kepada menyerang. Tapi bagaimana strateginya? Pada pandangan penulis, Najib tidak mengharapkan SIBER TROPPER yang berbayar ini dapat menyelamatkannya. Najib juga sedar, selagi dia BERDUIT, mereka ini akan bersamanya.
Untuk itu ia perlu merangka strateginya sendiri seperti mana ia menyelamatkan dirinya semasa ia HAMPIR di dakwa(Mengikut Surat Palsu) di awal KES 1MDB meletup dahulu. Ianya hampir sama, tapi Team Tun M juga sudah dapat mencium strategi dan tektik Najib ini.
Apa kaitan semua ini dengan KESINAMBUNGAN KERIER POLITIK Najib dan KESELAMATAN diri dan Keluarganya jika Zahid menduduki Tahta Perdana Menteri atau KALAH PRU 14. Sekali lagi ia merangka STRATEGI seperti di awal kes 1MDB meletup dulu. Dengan perwatakan yang bersahaja dan kurang isu yang memakan diri dan Parti, dilihat H20 sangat sesuai dan sudah sampai masanya untuk di naikan. Hisshamuddin yang lebih rapat dan ada pertalian darah dan keluarga dengannya adalah TALIAN HAYAT terakhir untuk Najib.
Strategi Najib dan H20
Al Fatihah |
1 - Zahid Terkena
Isu KUTTY telah memakan diri, tapi bagaimana Zahid perlu menyerang Tun M dengan MENYEBUT KETURUNANYA? Siapa yang menasihatkan Zahid untuk menyentuh isu ini? Tidakkah Zahid tahu amat pantang Orang Melayu jika keturunannya di HINA NISTA....Tapi adakah keturunan Kutty itu hina dan bagaimana pula PERASDAAN Zahid bila ramai Nitizen yang mula mengetengahkan yang dia keturunan JAWA? Bagi penulis, Zahid terperangkap dalam Strategi untuk UMNO menaikkan H20,
Hanya berpunca daripada dakwaannya bahawa kad pengenalan lama Tun Mahathir Mohamad adalah “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty”, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi kini berdepan tiga persoalan yang memerlukan jawapan langsung daripadanya. Tiga persoalan itu dilontarkan kembali oleh Tun Mahathir kepadanya sebagai tindak balas dan susulan atas dakwaan yang dimulakan oleh Zahid Hamidi sendiri.
Pertama,
Menyahut cabaran Tun Mahathir agar menunjukkan bukti salinan kad pengenalan lama bekas Perdana Menteri itu untuk mengesahkan dakwaannya bahawa “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” adalah benar dan sahih. Selagi Zahid Hamidi gagal menampilkan bukti atau berdiam diri atau sekadar mewakilkan kepada pegawai medianya untuk memberikan jawapan, ia belum lagi dikira jawapan yang sewajarnya.
Apatah lagi jika jawapan pegawai medianya hanya mengatakan mesej sebenar Zahid Hamidi telah disensasikan, sedangkan maksudnya dikatakan ialah untuk menperjelas mengenai watak Tun Mahathir yang didakwa mengamalkan cara politik “habis madu sepah dibuang” terhadap orang Melayu.
Semua itu bukanlah jawapan sebenar. Jawapan yang dikehendaki ialah bila beliau boleh menampilkan bukti salinan kad pengenalan lama Tun Mahathir yang tertulis “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” itu? Gagal menunjukkan bukti tersebut, Zahid Hamidi bukan saja dianggap “kaki pembohong” sebagaimana dinyatakan oleh Tun Mahathir, malah seluruh rakyat Malaysia juga akan beranggapan sedemikian.
Kedua,
Kedua,
Menjelaskan mengenai pertemuannya dengan Tun Mahathir yang dilakukan kira-kira sebulan setelah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2015 yang lalu. Benarkah pertemuan itu diadakan untuk meminta sokongan untuk menggantikan tempat Najib atau Zahid Hamidi ada penjelasan lain mengenainya?
Kegagalan memberi penjelasan atau terus berdiam diri tentu saja akan menambahkan lagi kecurigaan tentang kesetiaan sebenarnya kepada Najib, meskipun sudah berulangkali beliau menyatakan kesetiaan tidak berbelah baginya kepada Perdana Menteri. Berdiam diri atau gagal memberikan penjelasan juga hanya akan menebalkan lagi perasaan “mata berpandangan budi kedapatan” antara beliau dengan Najib.
TAKTIK BODOH - NAJIB RAZAK DILAGA-LAGAKAN DENGAN ZAHID HAMIDI KINI MENJADI
Seperti dijangka, tidak ada pihak yang mengaku. Lebih-lebih lagi apabila ramai pihak menganggap bahawa surat palsu ini adalah satu taktik yang sangat bodoh.
Apatah lagi, pihak yang merekacipta surat palsu ini cuba melaga-lagakan seorang pemimpin bernama DS Ahmad Zahid Hamidi yang telah menyatakan komitmen beliau untuk menyokong dan membantu DS Najib Razak dengan tanpa berbelah lagi.
Malah Najib Razak sendiri tidak pernah meragui kesetiaan orang kanannya ini dan memberi kepercayaan penuh kepada Ahmad Zahid Hamidi.
Desak PM Letak Jawatan, PDRM Buru Penyebar Surat Layang - TPM Zahid
Beliau berkata pihak yang menyebarkan surat layang itu melalui media sosial melakukan tiga kesalahan.
“Kepala surat atau letterhead yang digunakan adalah yang diciplak dari letterhead kerajaan dan jawatan yang disebutkan juga tidak mengikut protokol ataupun garis panduan yang ada, malah tandatangan saya juga ditiru tetapi saya tahu tandatangan itu palsu.
“Terdapat kesalahan besar yang dilakukan, pertamanya melakukan pemalsuan tandatangan saya, yang kedua menggunakan bahan rasmi kerajaan persekutuan dan yang ketiga menimbulkan perkara perkara yang boleh membawa kepada pemalsuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) kee-24 di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata polis telah menerima sekurang-kurangnya 20 laporan polis berhubung penyebaran surat layang itu. Katanya beliau dimaklumkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang melakukan siasatan secara mendalam untuk memburu penyebarnya.
Beliau diminta mengulas penyebaran lampiran surat layang yang mengandungi senarai kabinet baharu dengan Ahmad Zahid dinamakan sebagai Perdana Menteri di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp.
Surat layang tersebut juga menggesa semua anggota Kabinet mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.Beliau yang juga naib presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden berkata surat itu adalah satu fitnah untuk mewujudkan ketegangan dalam BN dan UMNO.
"Mereka melihat kemesraaan saya dan perdana menteri yang terjalin sejak 1987 ketika Najib masih Menteri Belia dan Sukan dan juga Ketua Pemuda UMNO. Mereka cemburu dengan perpaduan dan keakraban yang wujud. Maka, mereka melakukan perlagaan antara pemimpin.
"Mereka tahu jika kedua-dua pemimpin (Najib dan Ahmad Zahid) itu boleh dipecahkan, matlamat mereka tercapai," katanya lagi.
Beliau berkata surat layang itu tidak memberi kesan mendalam kepada UMNO dan BN kerana ramai tidak percaya dengan surat tersebut berikutan pemalsuan kepala surat dan juga tandatangan beliau. Selain itu, katanya, senarai jawatan yang disebutkan juga tidak mengikut protokol atau garis panduan.
Semalam, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata penyebaran khabar angin itu adalah usaha untuk merosakkan hubungan rapat beliau dan timbalan perdana menteri.
Ketiga,
Memberi penjelasan mengenai jumlah kekayaan sebanyak RM230 juta yang pernah diisytiharkan kepada Tun Mahathir ketika memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1996 dahulu. Tun Mahathir menyebut bahawa jawapan Zahid Hamidi ketika itu mengenai daripada mana datangnya jumlah kekayaan tersebut sebagai kurang jelas.
Keperluannya kini mudah saja, berikanlah jawapan yang sejelas-jelasnya. Tiga perkara itu wajib dijawab sendiri oleh Zahid Hamidi untuk menunjukkan beliau benar-benar pemimpin yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Sebagaimana beliau lantang dan berani membuat tuduhan “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” di depan umum, Zahid Hamidi juga perlu tampil dengan lantang dan berani menjelaskan tiga perkara di atas.
Sebagaimana beliau lantang dan berani membuat tuduhan “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” di depan umum, Zahid Hamidi juga perlu tampil dengan lantang dan berani menjelaskan tiga perkara di atas.
2 - H2O Akan Memintas Zahid
ANALISIS | Umno mungkin bakal berdepan situasi yang mencabar ketika spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang bersiap sedia untuk melantik sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggantikan timbalannya sekarang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Walaupun jika terdapat motif lain di sebalik pelantikan Hishammuddin sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi tugas-tugas khas, langkah itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa penyokong Zahid, berhubung kedudukan pemimpin mereka itu. Jika spekulasi itu bertukar kepada realiti, ini boleh membawa kepada perpecahan dalam Umno.
Malaysiakini mendapatkan pandangan dua penganalisis politik - Ahmad Atory Husain dan Jeniri Amir - untuk mengenai perkembangan tersebut.
Jeniri Amir - percaya langkah seumpama itu akan membawa kepada "konflik yang teruk" dalam parti itu. Berpecah dengan penyokong Zahid akan menjejaskan Umno, dengan pilihan raya umum dijangka tidak lama lagi, kerana Zahid sangat popular di kalangan akar umbi.
Dalam pemilihan parti 2013, beliau menang dengan undi terbanyak bagi jawatan naib presiden, dengan mendapatkan sokongan daripada 185 bahagian. Sebaliknya, Hishammuddin hampir kehilangan jawatan naib presiden, apabila mendapat undi dari 100 bahagian, hanya sembilan undi di depan seorang lagi calon jawatan itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ketua biro strategi dan dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Rais Husin mendakwa Zahid lebih popular daripada Hishammuddin di Johor.
"Hishammuddin dilihat sebagai lemah, bahawa dia tiada tindakan, hanya cakap sahaja," kata Rais.
Beliau berkata Kedah dan negeri asal Zahid, Perak, juga boleh memberontak sekiranya ia menjejaskan kedudukan timbalan perdana menteri itu.
Sejarah berulang?
Langkah Najib untuk menaikkan kedudukan Hishammuddin, telah mengimbau ke tahun 2015, apabila perdana menteri memecat timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggantikannya dengan Zahid. Terdapat rungutan kedengaran di Johor pada masa itu, tetapi ianya lenyap kerana kurangnya tindakan dari Muhyiddin.
Bagaimanapun ia masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada Zahid dan penyokongnya akan membuat kesilapan taktikal yang sama, atau jika mereka akan bertindak balas. Pada masa ini, Zahid dilihat patuh dan secara terbuka berkata beliau menyokong pelantikan Hishammuddin sebagai menteri dengan tugas-tugas khas.
Jeniri berkata ini sudah dijangkakan, dan ia adalah satu strategik yang bijak untuk dilihat menyokong langkah Najib itu. Bagaimanapun kedua-dua Jeniri dan Atory percaya ketegangan mungkin belum lagi sampai 'ke tahap mendidih".
"Perdana menteri akan cuba untuk mengelakkan meletusnya konflik," kata Jeniri.
Sementara itu Atory percayai Zahid sendiri akan memberitahu penyokongnya supaya bertenang.
Atory - yang merupakan bekas orang kuat Umno Pasir Salak pada 1980-an sebelum menyertai bidang akademik pada tahun 1990 - mendakwa Zahid dan Najib telah menjalin persahabatan yang cukup lama, yang melampaui politik.
Oleh itu, katanya, ada kemungkinan kedua-dua mereka telah mencapai persefahaman mengenai pelantikan Hishammuddin itu.
"Zahid tidak akan mengkhianati Najib, beliau akan bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan dibuat," kata penganalisis itu.
Beliau berkata persefahaman yang mungkin dipersetujui ialah untuk Hishammuddin menjadi perdana menteri, dan Zahid kekal di jawatan nombor dua.
Jeniri berkata walau apa jua pun, Najib mahupun Zahid tidak seharusnya mengorbankan kepentingan negara untuk kepentingan mereka sendiri.
STRATEGI ATAU ZAHID TERPERANGKAP?
Jika Tun Mahathir yang berdarah India daripada sebelah bapanya dinilai begitu hina dan tidak boleh dipercayai untuk memperjuangkan nasib Melayu, apakah maksud tersiratnya Zahid juga memperlekeh dan menghina Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang ada keturunan darah Siam dan Tun Hussein Onn yang diketahui umum berdarah Turki?
Ataukah Zahid Hamidi sebenarnya cuba memberi gambaran bahawa pesaingnya, Hishammuddin yang berdarah Turki, sebenarnya sama tidak layak dan tidak boleh dipercayai untuk menjadi Perdana Menteri di masa akan datang, seperti juga Tun Mahathir berdarah India yang diperlekeh dan dihinanya itu?
Adakah Zahid Hamidi sebenarnya mengharapkan, beliau yang berdarah Jawa daripada Jogjakarta akan terus berada di hati Najib Razak yang berdarah Bugis dan Perdana Menteri mesti mengenepikan Hishammuddin, meskipun mereka mempunyai hubungan sepupu?
Dalam hal ini, jika pun Zahid Hamidi bertujuan melobi dan mengampu Najib agar beliau tidak terus dipinggirkan, tetapi sama seperti tidak kena caranya beliau dalam banyak perkara sebelum ini, Zahid Hamidi juga sebenarnya tersilap gaya dalam mengampu dan membodek Najib.
Beliau kini dengan sendirinya semakin mencipta banyak musuh dalam UMNO, selain menjadi liabiti kepada Najib sendiri.
Ahmad Zahid Makin TERSISIH,
‘Kalau benar demi hubungan Timur Tengah, mengapa bukan Zahid’
PETALING JAYA: Jika jawatan menteri tugas-tugas khas bertujuan mengekalkan hubungan dengan Timur Tengah, bukankah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi calon terbaik untuk jawatan itu?
Itu soalan dikemukakan penganalisis politik, Dr Awang Azman Awang Pawi.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dilaporkan berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai menteri tugas-tugas khas kerana mempunyai seorang menteri kanan untuk menjaga hubungan Malaysia dengan Timur Tengah “amat penting”.
“Zahid belajar di sebuah sekolah agama dan beliau boleh berbahasa Arab. Jadi, bukankah beliau orang yang sepatutnya menguruskan hubungan kita dengan Timur Tengah?” kata Awang Azman kepada FMT.
“Seorang lagi calon sesuai untuk jawatan itu ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang merupakan menteri menjaga hal ehwal Islam. Dan beiau sudah berurusan dengan Timur Tengah mengenai isu penambahan kuota haji.
“Adakah beliau tidak melakukan apa yang diarahkan kepadanya?”
Awang Azman dari Universiti Malaya kemudiannya menunjuk contoh bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang dilantik sebagai wakil khas negara ke India dan Asia Selatan untuk infrastruktur bagi meningkatkan lagi pelaburan strategik Malaysia-India dalam hal infrastruktur pada 2010.
“Beliau mempunyai latar belakang sesuai dan diperlukan untuk mewajarkan pelantikan itu.
“Tetapi (dalam kes Hishammuddin), pelantikan beliau kelihatan sedikit…janggal, jika mengekalkan hubungan dengan Timur Tengah adalah sebabnya,” kata Awang Azman.
Pakar undang-undang, Abdul Aziz Bari menolak rasional Nazri secara terang-terangan dengan menyifatkannya “tidak masuk akal”.
“Hishammuddin bukan penutur bahasa Arab. Beliau lebih kepada seorang pemuja bahasa Inggeris. Jadi, untuk mengatakan pelantikan beliau bagi meningkatkan hubungan dengan Timur Tengah ialah jenaka.”
Sejak Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman itu petang semalam, penganalisis politik membuat spekulasi mengenai pelantikan Hishammuddin dan mencadangkan beliau, bukannya Zahid akan mengambil alih jawatan perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Awang Azman percaya ia adalah benar dan berkata, pelantikan itu mungkin ialah langkah strategik bagi pihak Najib.
“Air yang dicincang tidak akan putus,” katanya merujuk hubungan antara Najib dan Hishammuddin yang merupakan sepupu.
Selain Hishammuddin, pemimpin lain yang pernah memegang portfolio menteri tugas-tugas khas termasuk Tun Ghazali Shafie (1970), Tun Daim Zainuddin (1998) dan Tan Sri Mohd Effendi Norwawi (2004).
Hishammuddin disediakan laluan kata penganalisis
"Nampaknya Zahid kini bakal menjadi seorang lagi Timbalan Perdana Menteri yang perjalanan politiknya terkandas di pertengahan di tengah jalan dengan cita-cita menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian," ujarnya dalam catatan diblognya hari ini.
Bekas ahli Umno ini berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, apabila mengumumkan perlantikan sepupunya, Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri yang masih menjawat Menteri Pertahanan itu, akan membolehkan sepupunya itu menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.
Bagaimanapun Shahbudin mempersoalkan bentuk tugasan yang mungkin akan menanti Hishammuddin di Jabatan Perdana Menteri itu kelak?
"Apa kemahiran dan kelayakan khusus Hishammuddin yang membuatkan beliau perlu sangat diberi peranan tambahan di Jabatan Perdana Menteri itu?
"Selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri sekarang in sudah pun mempunyai sembilan menteri iaitu Jamil Khir Baharom, Shahidan Kassim, Azalina Othman Said, Abdul Rahman Dahlan, Joseph Kurup, Joseph Entulu, Nancy Shukri, Paul Low dan Wee Ka Siong.
"Dengan perlantikan Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khasnya, kepadatan jumlah menteri di Jabatan Perdana Menteri meningkat kepada 10 orang.
"Dicampur dengan Najib dan Zahid Hamidi, jumlahnya kini menjadi 12 orang.
"Woww...meriahnya sehingga boleh ditubuhkan pasukan bolasepak yang pemainnya semua menteri-menteri belaka!" ujarnya.
Shahbudin juga menelah apa pun pertimbangan Najib meletakkan sepupunya dengan peranan baru itu, perbualan politik di seluruh negara jelas melihat ia sebagai persediaan dan laluan untuk Hishammuddin diberikan jawatan Perdana Menteri dalam waktu yang terdekat ini.
"Hakikatnya, tiada keistimewaan langsung untuk Hishammuddin diberikan peranan tambahan itu, selain untuk memberinya laluan mengambil alih tempat Najib.
"Jika lulusan guamannya diambil kira, Jabatan Perdana Menteri sudah pun ada Azalina dengan kelulusan yang sama. Kalau dari segi populariti pula, Hishammuddin hanya di tangga ketiga dalam pemilihan Naib Presiden Umno yang lalu di belakang Zahid Hamidi dan Shafie Apdal, bahkan undi popular Mukhriz Mahathir di tempat keempat lebih tinggi daripadanya.
"Dirasakan cukup yakin bantuan Pas akan membolehkan BN terus berkuasa, Najib dipercayai akan mengundurkan diri selepas PRU 13 untuk meredakan ketegangan yang mungkin terus berpanjangan selepas pilihan raya nanti.
"Di mana selepas itu Hishammuddin yang dijadikan Perdana Menteri akan berperanan memastikan abang sepupunya itu dapat bersara dengan aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan.
"Ia sekaligus mengesahkan bahawa Najib tidak mempercayai, jauh sekali meyakini Zahid Hamidi untuk mengambil alih tempatnya dan dengan perlantikan Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas yang mungkin disertai dengan beberapa tugas penting selepas ini, peranan Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid) akan perlahan-lahan dikuis ke tepi," ujarnya.
Hari ini Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan berkenaan dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Hishammuddin masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.
"Pelantikan ini akan membolehkan YB Datuk Seri Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan," katanya seperti dilaporkan.
Hishamuddin dilantik Menteri Pertahanan pada 2013 sebelum itu menjawat Menteri Belia dan Sukan (1999-2004) dan Menteri Dalam Negeri (2009-2013). Beliau pernah memangku jawatan Menteri Pengangkutan pada 2013-2014.
AMUKANMelayu tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.
‘Bagaimana Hubungan Zahid, Hishammuddin?’
Akhbar Singapura, The Straits Times berkata Najib
boleh mengharapkan peralihan sokongan masyarakat Cina, tetapi juga perlu
menyelesaikan sebarang ketegangan dalaman Umno.
PETALING JAYA: Hubungan antara penyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semakin runcing, menurut akhbar The Straits Times (ST), yang turut menganggap ada petanda jelas menunjukkan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan selewat-lewatnya tahun depan.
Ketegangan di antara timbalan perdana menteri itu dengan Hishammuddin, yang juga sepupu Datuk Seri Najib Razak, boleh menyebabkan prestasi Umno terjejas, mendedahkannya kepada sabotaj menjelang PRU.
“Cengkaman Najib ke atas Umno membantunya kekal berkuasa sepanjang kemelut 1MDB,” kata akhbar Singapura itu, merujuk kontroversi melibatkan syarikat milik negara itu.
“Menyelesaikan sebarang perbezaan sebelum PRU akan menentukan berapa lama beliau kekal berkuasa.”
Menurut ST, Najib masih berpeluang memenangi PRU ke-14 yang perlu diadakan sebelum 2018, tetapi dengan syarat ia diadakan lebih awal dalam masa setahun.
Selepas tempoh setahun, Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi kesukaran.
3 - Strategi Dan Serangan Berterusan Tun M Membuatkan Najib Hilang Arah
Ribuan Rakyat Perlis Sambut Tun MDi Arau
Ribuan rakyat Perlis tidak melepaskan peluang bertemu dan beramah mesra dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir semalam di Arau dalam majlis Mesra Aidilfitri bersama Tun Mahathir. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Pokok Sena , Datuk Mahfuz Omar , Datuk Khairuddin , Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dan kepimpinan kawasan Arau.
Orang ramai yang mula hadir sejak jam 8 malam terus menanti kehadiran insan yang mereka kasihi itu dan jam 9.30 malam kehadiran Tun Mahathir dengan diiringgi lebih 30 buah moto berkuasa tinggi menggamatkan suasana majlis. Penerangan isu semasa oleh penceramah-penceramah dan Tun Mahathir amat dinantikan oleh rakyat di Perlis kerana saluran media arus perdana hanya memburukan Tun Mahathir.
Sewaktu Tun Mahathir berucap dan menyebut tentang parti baru yang bakal ditubuh , tepukan gemuruh dan mereka menyatakan sokongan yang padu bagi menyingkirkan Najib.
PRIBUMI BERSATU MSIA @PPBMofficial
Walaupun polis buat roadblock utk jalan ke lokasi ceramah, dan BN @idrisharon66 buat program bersebelahan rakyat tetap penuh. #MelakaBersatu
Add caption |
1MDB : Tidak Ada Tanda Najib Goyang, Lapor Media Singapura
AIDCNews – 25/7/16 – Kedudukan politik Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tergugat walaupun saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) ke atas dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor media Singapura, The Strait Times pada Sabtu.
Media Singapura itu melaporkan walaupun berlaku ‘serangan’ daripada DOC, namun ia tidak akan melemahkan pentadbiran di bawah pemerintahan Najib, kerana beliau mempunyai kedudukan yang teguh dalam UMNO dan kawalan ke atas institusi Malaysia yang utama seperti agensi keselamatan.
“Keselamatan Najib adalah kerana penentang di kalangan Pembangkang dan UMNO tidak dapat bersama-sama untuk menyampaikan mesej yang koheren dan alternatif boleh dipercayai,” kata Pengarah Pusat Merdeka, Ibrahim Suffian yang dipetik media itu.
Sementara itu, Pemuda MCA membidas Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam), Datuk S Ambiga yang menggesa seluruh Kabinet supaya meletakkan jawatan berhubung DOJ Amerika Syarikat yang membuat saman sivil terhadap 1MDB.
Ketuanya, Chong Sin Woon berkata, Ambiga sepatutnya menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meletakkan jawatan terlebih dahulu berhubung dakwaan rasuah.
“Jangan amalkan ‘double standard’ (pilih kasih). Saman itu tidak pun menyasarkan Perdana Menteri, jadi tidak logik meminta seluruh Kabinet meletakkan jawatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu program di Nirvana Memorial Garden pada Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Ambiga yang menggesa Kabinet meletakkan jawatan berhubung saman sivil berkenaan. Chong menggesa Ambiga tidak terlibat dengan politik partisan, tetapi sebaliknya menggunakan pengaruhnya untuk kebaikan negara ini.
“Anda seorang yang dihormati tetapi gunakanlah kedudukan anda untuk menjadikan negara ini lebih baik. Jangan hilang tumpuan,” katanya.
Populariti Najib Lebih Teruk Kerana 1MDB
Mengambil maklum laporan yang dikeluarkan oleh majalah berita Time yang berpangkalan di New York, menyatakan bahawa terdapat banyak pemimpin dunia yang rating mereka lebih teruk berbanding Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Media itu melaporkan bahawa Trump bukanlah pemimpin yang popular dalam kalangan rakyat AS. Kadar penerimaan rakyat terhadap beliau dilaporkan cuma 40 peratus berbanding pemimpin-pemimpin lain dunia.
Namun yang paling mengejutkan, Time turut menamakan salah seorang pemimpin dunia yang buruk ratingnya adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam laporan Time, Najib dikaitkan dengan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sarat hutang berbilion ringgit serta kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya yang dikatakan daripada kerabat diraja Arab Saudi.
Majalah itu juga melaporkan, Najib didukung oleh peguam negara Malaysia yang mengesahkan wang itu adalah derma dan sebahagian besarnya telah dipulangkan kembali. Justeru tidak mengejutkan jika rating Najib sebegitu rendah.
Bagi saya, perkara ini sangat memalukan rakyat. PM Malaysia lebih dikenali di peringkat antarabangsa melalui skandal-skandal kewangan yang teruk. Seperti tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB yang menamakan pemimpin negara sebagai Malaysia Official 1 (MO1) dan dirujuk sebanyak 36 kali.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika ditemubual BBC mengesahkan Malaysia Official 1 adalah Datuk Seri Najib.
Dalam skandal mega ini, saya merasakan dunia luar lebih mengetahui cerita sebenar berbanding rakyat Malaysia sendiri. Sebelum ini, Bank Standard Chartered dan Coutts dikenakan penalti S$5.2 juta dan S$2.4 juta oleh Bank Pusat Singapura kerana melanggar syarat pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB.
Sebelumnya, transaksi itu telah diperincikan dalam pemfailan saman sivil DOJ yang menyebut AS$700 juta telah dipindahkan daripada Good Star Limited, milik hartawan Pulau Pinang Jho Low, melalui institusi kewangan Coutts.
Dalam isu ini, timbul beberapa kemusykilan mengenai dakwaan skandal itu. Adakah cerita MO1 sekadar sensasi politik? Sehingga berjuta-juta dollar aset Jho Low dan 11 aset hartanah milik anak tiri Najib, Riza Aziz disita di AS angkara penyelewengan kewangan1MDB.
Manakala pendakwaan mahkamah berhubung kes itu dan dua buah bank yang diarahkan tutup di Singapura adakah sekadar cerita rekaan?
Saya percaya rakyat Malaysia matang menilai maklumat. Dengan terdedahnya skandal tersebut, pasti akan wujud gelombang menolak Najib dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. Rakyat Malaysia tentunya sudah bersedia untuk melakukan perubahan demi kesejahteraan mereka dan negara.
Sejak Najib dilantik sebagai PM pada 2009, beliau dilihat gagal menjalankan tanggungjawabnya terhadap rakyat. Suara rakyat tidak didengari. Najib hanya pandai menabur janji sehingga rakyat terbeban dengan GST, kos sara hidup yang tinggi serta kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit yang parah.
Najib Goyang, Lapor Media Rafizi
Sokongan pengundi Pekan pada Najib merosot mendadak
Tahap sokongan kepada BN di kerusi parlimen Datuk Seri Najib Razak menunjukkan penurunan ketara sehingga hampir 25 peratus, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan hari ini. Penyelaras Invoke, Rafizi Ramli, berkata kerusi Pekan - yang kini diwakili Najib - adalah antara kawasan memiliki pengundi Felda yang menunjukkan perubahan sokongan untuk BN.
Katanya, dapatan analisis Invoke mendapati sokongan rakyat kepada BN di 45 daripada 52 kawasan yang mempunyai petempatan Felda menunjukkan penurunan. Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata, hanya tujuh kerusi parlimen di semenanjungyang mempunyai petempatan Felda mencatatkan peningkatan sokongan kepada BN.
Kerusi itu ialah Teluk Intan,Tanjung Malim dan Bagan Datuk di Perak, Bentong dan Raub (Pahang), Segamat serta Kulai (Johor).
Menurut Rafizi, kerusi Pekan berada di tempat kedua paling teruk terjejas apabila mencatatkan penurunan 23.94 peratus berbanding keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-13.
"Walaupun saya tahu Najib tentu tidak akan gembira dengan keputusan ini, tetap inilah realitinya sekarang.
"Apa saja masalah dalam negara, Najib akan dipersalahkan," katanya pada sidang media di pejabat Invoke di Kuala Lumpur hari ini.
Kerusi yang mempunyai pengundi Felda selalu dianggap kubu kuat BN selama ini dan sukar ditembusi pembangkang. Pada PRU ke-13 lalu Najib memenangi kerusi Pekan dengan majoriti 35,613 undi mengalahkan calon PKR, Mohd Fariz Musa.
Najib memperoleh 51,278 undi.
Data sebelum kemelut FGV
Untuk rekod, keputusan PRU ke-10 yang diadakan pada 1999 menunjukkan kedudukan Najib sangat goyang di Pekan. Walaupun berjaya mengekalkan kerusi itu sekali lagi Najib hanya memenanginya dengan majoriti 241 undi di depan calon PAS, Ramli Mohamed.
Kata Rafizi, kadang-kadang memang Najib bersalah dalam masalah tertentu tetapi pada ketika lain, keadaan adalah sebaliknya. Namun, katanya, itulah kesan pada seorang perdana menteri yang dikaitkan dengan sesuatu skandal. Rafizi yang juga anggota parlimen Pandan menjelaskan, banyak perkembangan yang berlaku di Felda - seperti kenaikan atau penurunan harga minyak sawit - semuanya dipersalahkan kepada perdana menteri.
"Itulah beban Najib kepada BN dan kerajaan," katanya.
Kajian itu, kata Rafizi, dibuat dengan andaian berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU ke-14 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
"Kesemua kerusi parlimen yang ditandingi calon Melayu Pakatan Harapan menyaksikan penurunan sokongan BN secara mendadak," katanya.
Penurunan paling ketara menurut dapatan Invoke ialah bagi kerusi parlimen Padang Terap, iaitu 24 peratus. Ia diikuti dengan Pekan (23.9 peratus), Sik (23.74 peratus), Kubang Pasu (22.41 peratus) dan Baling (21.95 peratus). Kata Rafizi, berdasarkan kajian Invoke, antara sebab penurunan sokongan itu adalah akibat kemelut berpanjangan Felda pada akhir 2016.
Katanya, isu berkenaan memberi kesan secara langsung kepada peneroka terbabit. Turut mempengaruhi pendirian penduduk Felda, kata Rafizi, ialah skandal peringkat nasional yang dikaitkan dengan Najib, serta kenaikan harga barang yang meruncing di seluruh negara
"Menariknya, penurunan tahap sokongan ini berlaku sebelum kemelut terkini di FGV.
"Invoke belum sempat untuk melakukan analisis pada data-data terbaru tetapi yakin jika pola sentimen pengundi di 53 kerusi parlimen Felda tidak berubah, peluang untuk melakukan perubahan kerajaan persekutuan tidaklah mustahil pada PRU ke-14 ini," katanya.
5 - SPRM siasat PAC
Tuesday, 5 January 2016
Punca Ketua Pesuruhjaya SPRM Diganti Akhirnya Terbongkar
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Tan Sri Abu Kassim Mohamed, mungkin akan diganti kerana masalah
kesihatan, menurut sumber, selepas agensi itu baharu saja menyerahkan kertas siasatan
kepada Jabatan Peguam Negara berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun
peribadi perdana menteri dan anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC
International.
Sumber berkata, khabar angin bertiup kencang di Jabatan Perdana Menteri
dan dalam kalangan pegawai atasan polis tentang seorang pegawai kanan
polis atau seorang timbalan pendakwa raya kanan dari Jabatan Peguam
Negara mungkin akan menggantikan Abu Kassim untuk mengetuai SPRM.
“Tahap kesihatan Abu Kassim kini sedang digunakan
sebagai alasan dalam percubaan untuk menggantikannya,” kata sumber itu
kepada The Malaysia Insider yang enggan dinamakan kerana sensitiviti
maklumat itu.
Abu Kassim menjalani pembedahan kerana sakit belakangnya pada 7 Ogos
lepas dan dilaporkan kembali bertugas pada pertengahan Oktober.
Bulan Ogos lepas menyaksikan beberapa pegawai SPRM
menjadi sasaran polis dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber
kebocoran maklumat berkenaan skandal kewangan yang didakwa melibatkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ini berlaku selepas kemunculan dokumen yang didakwa sebagai kertas
pendakwaan terhadap Najib yang dirangka SPRM dan diterbitkan laman
sesawang Sarawak Report.
Pegawai Cawangan Khas menyerbu pejabat pendakwa raya SPRM,
Ahmad Sazilee Abdul Khairy, merampas dokumen berkaitan siasatan
terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sebuah syarikat cabang
pelaburan negara yang diwujudkan Najib.
Sebelum itu, Penasihat Guaman SPRM Tan Sri Rasphal Singh dan Jessica Gurmit Kaur, seorang pegawai Jabatan Peguam Negara, juga ditahan untuk soal siasat berkenaan dakwaan kebocoran maklumat itu.
Tujuh pegawai SPRM juga disoal siasat pada masa sama, dan 2 daripada mereka dipindahkan jabatan serta merta selepas secara terbuka mengkritik tindakan polis menyoal siasat rakan sejawat mereka.
Sumber itu berkata, penggantian Abu Kassim dengan seorang pegawai polis untuk mengetuai SPRM
akan menjatuhkan lagi semangat kakitangan agensi kerajaan itu dan hanya
mengesahkan tanggapan negatif masyarakat terhadap kebebasan agensi itu.
Abu Kassim, yang menyertai Badan Pencegahan Rasuah pada 1984 yang
kemudiannya dinamakan sebagai SPRM pada 2010, dilantik sebagai ketua
pesuruhjaya agensi itu pada Januari tahun sama.
Dalam wawancara bersama Sinar Harian baru-baru ini, Abu Kassim berkata
kontraknya akan tamat pada 2018 tetapi menjangka akan kekal memegang
jawatan sehingga 2020, tahun beliau berusia 60 tahun, had umur wajib
bersara untuk penjawat awam.
Di bawah Akta SPRM, Yang di-Pertuan Agong melantik ketua pesuruhjaya
SPRM atas nasihat perdana menteri untuk jangka masa tertentu dan syarat
pelantikan yang ditetapkan dalam surat pelantikan.
Abu Kassim sebelum ini berulang kali menegaskan siasatan SPRM ke atas derma RM2.6 bilion dan SRC International adalah bebas.
Beliau menyifatkan 2 kes itu sebagai kes paling mencabar dalam
kerjayanya, dan memuji pasukan penyiasat kerana menjalankan tugas mereka
sebaik dan seprofesional mungkin.
The Wall Street Journal (WSJ) pada awal Julai tahun lepas melaporkan
pemindahan wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.
SPRM kemudiannya mengeluarkan kenyataan duit itu ialah derma dari
seorang penderma Timur Tengah, tetapi tidak menjelaskan tujuan wang itu
diberikan atau ke mana wang itu disalurkan.
Pada 31 Disember, Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd
Shukri Abdull berkata dalam sebuah kenyataan, agensi itu sudah
menyerahkan kertas siasatan ke atas derma RM2.6 bilion dan SRC
International, selepas bercakap dengan lebih daripada 100 orang,
termasuk penderma.
Sebelum ini SPRM menjelaskan yang mereka menyiasat SRC International berkenaan dengan dana RM4 bilion, dan bukan syarikat sarat hutang 1MDB.
Derma RM2.6 bilion juga adalah siasatan berlainan, tetapi Shukri berkata
ia masih belum lengkap kerana hanya saksi yang berada di Malaysia
ditemu bual.
Katanya, SPRM masih belum memperoleh dokumen dan kenyataan
berkaitan transaksi kewangan di luar negara dan sedang meminta bantuan
Jabatan Peguam Negara memperolehnya melalui bantuan perundangan bersama
(MLA).
Najib, yang juga menteri kewangan, menafikan RM2.6 bilion dalam akaun
bank peribadinya ialah daripada 1MDB, dan wang itu tidak digunakan untuk
kegunaan peribadi.
Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, kata seorang ahli panel.
Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan “tertangguh” dan “tiada tindakan susulan”.
“Penyiasat SPRM mengumpul ‘bukti mencukupi’ untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib,” kata ahli panel itu kepada The Malaysian Insider.
“Kami membuat kesimpulan itu kerana penyiasat SPRM juga memberikan taklimat kepada kami mengenai kes itu. Mereka juga menjawab segala soalan yang kami ajukan.”
Panel yang dipengerusikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak
Tan Sri Dr Hamid Bugo itu, menamatkan penggal mereka semalam selepas
tidak menerima surat lantikan semula sebaik tempoh setahun mereka tamat.
Dalam mesyuarat terakhir PPO semalam, ia turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Selain memuji sikap profesional, dedikasi dan integriti SPRM, panel berkenaan turut meminta kertas siasatan diserahkan kembali kepada peguam negara dan mendapatkan bantuannya mengeluarkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara.
Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, ‘credible evidence’ (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.
“Ia bermakna, tiada hujah yang boleh dipatahkan ketika di peringkat pembelaan, pendakwaan boleh mendapatkan sabitan terhadap tertuduh,” katanya.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang juga pendakwa raya pada 26 Januari berkata tidak terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa Najib berhubung isu SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan.
Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.
Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan dengan permintaan mendapatkan bantuan perundangan bersama daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.
The Malaysian Insider masih menunggu respons Apandi sama ada beliau akan mempertimbangkan keputusannya menutup siasatan terhadap Najib susulan kenyataan SPRM semalam.
SPRM sebelum ini merakamkan percakapan lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.
Agensi itu membuka siasatan itu susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu, yang mendakwa daripada jumlah RM2.6 bilion itu, RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pindahan besar berjumlah AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib, daripada Syarikat British Virgin Islands dan melalui Falcon Private Bank di Singapura.
Apandi berkata, Najib mengembalikan AS$620 juta kepada penderma Arab Saudi kerana ia tidak digunakan. – 25 Februari, 2016.
Artikel Berkenaan
Cukup bukti dakwa Najib isu SRC International, kata panel SPRM
Sumber: The Malaysian InsiderSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – Gambar fail The Malaysian Insider |
Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, kata seorang ahli panel.
Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan “tertangguh” dan “tiada tindakan susulan”.
“Penyiasat SPRM mengumpul ‘bukti mencukupi’ untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib,” kata ahli panel itu kepada The Malaysian Insider.
“Kami membuat kesimpulan itu kerana penyiasat SPRM juga memberikan taklimat kepada kami mengenai kes itu. Mereka juga menjawab segala soalan yang kami ajukan.”
Dalam mesyuarat terakhir PPO semalam, ia turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Selain memuji sikap profesional, dedikasi dan integriti SPRM, panel berkenaan turut meminta kertas siasatan diserahkan kembali kepada peguam negara dan mendapatkan bantuannya mengeluarkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara.
Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, ‘credible evidence’ (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.
“Ia bermakna, tiada hujah yang boleh dipatahkan ketika di peringkat pembelaan, pendakwaan boleh mendapatkan sabitan terhadap tertuduh,” katanya.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang juga pendakwa raya pada 26 Januari berkata tidak terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa Najib berhubung isu SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan.
Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.
Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan dengan permintaan mendapatkan bantuan perundangan bersama daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.
The Malaysian Insider masih menunggu respons Apandi sama ada beliau akan mempertimbangkan keputusannya menutup siasatan terhadap Najib susulan kenyataan SPRM semalam.
SPRM sebelum ini merakamkan percakapan lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.
Agensi itu membuka siasatan itu susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu, yang mendakwa daripada jumlah RM2.6 bilion itu, RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pindahan besar berjumlah AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib, daripada Syarikat British Virgin Islands dan melalui Falcon Private Bank di Singapura.
Apandi berkata, Najib mengembalikan AS$620 juta kepada penderma Arab Saudi kerana ia tidak digunakan. – 25 Februari, 2016.
Artikel Berkenaan
SPRM teliti laporan PAC sebelum tindakan lanjut
KUALA
LUMPUR 8 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak
akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya wujud penyelewengan
dalam pengurusan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang mengakibatkan
hutang syarikat milik kerajaan itu mencecah hampir 10 kali ganda dalam
tempoh 16 tahun.
Mohd. Shukri Abdull |
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, bagaimanapun pihaknya perlu meneliti laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
“Kalau kita mendapati wujudnya unsur-unsur rasuah, kita akan membuka kertas siasatan.
“Tak kira siapa, semua yang terlibat (rasuah) termasuk anggota Lembaga Pengarah itu (1MDB), kita akan siasat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan PAC yang mahu pihak berkuasa menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang dikatakan bertanggungjawab terhadap kelemahan dan kekangan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.
Semalam, Lembaga Pengarah 1MDB secara kolektif memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang merupakan pemegang saham sepenuhnya 1MDB.
Lembaga Pengarah 1MDB dalam kenyataannya berkata, walaupun penawaran tersebut merupakan satu keputusan yang sukar untuk diambil, mereka percaya bahawa langkah itu yang betul dalam situasi sekarang bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti dicadangkan PAC.
Enam anggota Lembaga Pengarah 1MDB terbabit ialah Pengerusinya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin serta Pengarah Eksekutif Kumpulan yang terdiri daripada Arul Kanda, Shahrol Azral, Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Ong Gim Huat dan Ashvin J. Valiram.
6 - Afendi Dan KPN Terima Tekanan
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali |
Ini adalah permintaan kedua untuk mendapatkan bantuan daripada rakan sejawatannya dari Malaysia di bawah Bantuan Perundangan Bersama, selepas pejabat peguam negara di sini mendakwa ia tidak menerima permohonan pertama.
Bercakap kepada pemberita selepas dilantik sebagai adjunct professor oleh Universiti Utara Malaysia di Kuala Lumpur, Apandi berkata beliau akan membalas permintaan itu dengan sewajarnya.
“Kami telah menerima dan ia sedang dalam proses untuk kita balas,” katanya.
Dilaporkan pada 6 Oktober bahawa pejabat peguam negara Switzerland telah menghantar permintaan MLA kedua untuk Malaysia.
Apandi Sahkan Terima Permintaan MLA Dari AG Switzerland
LIHAT VIDEO DI SINI
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengesahkan pejabatnya telah menerima permintaan daripada Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland di bawah Bantuan Perundangan Bersama (MLA) berhubung penyelewengan dan pengubahan wang haram yang dikatakan melibatkan 1MDB.
Ini adalah permintaan kedua untuk mendapatkan bantuan daripada rakan sejawatannya dari Malaysia di bawah Bantuan Perundangan Bersama, selepas pejabat peguam negara di sini mendakwa ia tidak menerima permohonan pertama.
Bercakap kepada pemberita selepas dilantik sebagai adjunct professor oleh Universiti Utara Malaysia di Kuala Lumpur, Apandi berkata beliau akan membalas permintaan itu dengan sewajarnya.
"Kami telah menerima dan ia sedang dalam proses untuk kita balas," katanya.
Dilaporkan pada 6 Oktober bahawa pejabat peguam negara Switzerland telah menghantar permintaan MLA kedua untuk Malaysia.
Apandi juga diminta mengulas mengenai posting blog terkini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh beliau menyembunyikan laporan dan bertindak sebagai hakim untuk tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun peguam negara berkata beliau tidak mempunyai komen.
"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengulas mengenai apa yang dia katakan kerana saya tidak dengar," katanya.
Apabila diberitahu ia adalah satu posting blog, Apandi berkata beliau tidak membacanya.
"Jadi perkara yang terbaik adalah no commentlah," katanya.
Azmin beri 2 minggu untuk KPN tangkap Jho Low
MB Selangor itu berkata Khalid Abu Bakar perlu melaksanakan tanggungjawabnya dengan mendapatkan bantuan Interpol.
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam menyerahkan notis kepada ketua polis negara (KPN) menuntut penangkapan dan ekstradisi ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atas kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Peguam mewakili Azmin, Latheefa Koya berkata notis tuntutan diserahkan kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya menjalankan tugasnya menangkap Low, yang juga dikenali Jho Low, atas kesalahan di bawah Seksyen 120B, 406 dan 409 Kanun Keseksaan, di samping Akta Pencegahan Pengubahan. Wang Haram, Pencegahan. Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
“Ini adalah tanggungjawab pihak tuan di bawah Akta Polis 1967 dan Perlembagaan Persekutuan untuk mengambil tindakan yang diperlukan di sini seperti dinyatakan di atas, termasuk meminta secara rasmi bantuan polis antarabangsa iaitu Interpol,” menurut surat itu.
Azmin memberikan tempoh 14 hari kepada Khalid sebelum mengambil tindakan saman.
Surat itu memberikan alamat Jho Low sebagai 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Seorang lagi peguam Azmin, N Surendran berkata Khalid sehingga kini masih belum mendapatkan notis merah ke atas Jho Low.
Jho Low yang berasal dari Pulau Pinang merupakan salah seorang individu yang dikehendaki berhubung penyiasatan berkait 1MDB oleh pasukan khas termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan peguam negara, ketika jawatan itu masih disandang Tan Sri Abdul Gani Patail.
Siasatan itu bagaimanapun ditamatkan selepas Tan Sri Mohamad Apandi Ali menggantikan Gani pada 2015. Pada awal 2016, Apandi mengumumkan tiada salah laku oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam transaksi melibatkan 1MDB.
BNM sebelum ini menamakan eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil, dan pengurus Deutsche Bank Datuk Yusof Annuar Yaacob sebagai individu yang dikehendaki dalam siasatannya.
Sebelum ini, pendakwa raya Singapura menyatakan 1MDB ialah “mangsa” Jho Low, yang menurutnya menggunakan wang 1MDB untuk tujuan peribadi.
Dalam pemfailan mahkamah bulan lalu, pendakwa raya berkata Jho Low menerima sejumlah wang “amat besar”.
Kira-kira AS$1 bilion (RM4.3 bilion) yang ingin dilaburkan 1MDB dalam usaha sama PetroSaudi International Ltd dilencong ke akaun bank milik Jho Low, katanya.
“Mangsa utama dalam kes ini ialah 1MDB,” kata pendakwa raya Nathaniel Khng di mahkamah Singapura.
Jho Low kini hilang dari pandangan umum, tetapi dipercayai menetap di China.
Nama beliau juga kerap timbul dalam permohonan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) bagi merampas aset mewah yang dikaitkan dengan wang dilarikan daripada 1MDB.
Surat guaman Azmin tuntut IGP bawa pulang Jho Low
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menuntut pihak polis untuk mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan kontroversial Low Taek Jho, atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menuntut pihak polis untuk mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan kontroversial Low Taek Jho, atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB.
Peguam Latheefa Koya berkata surat tuntutan rasmi telah dihantar kepada
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam dengan notis 14
hari untuk beliau bertindak.
"Kami telah diarahkan oleh MB (Azmin) untuk mengeluarkan notis berkaitan dengan cara untuk menahan dan membawa pulang Jho Low ke Malaysia dengan bantuan Interpol," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pagi ini.
Latheefa, yang diiringi peguam N Surendran, berkata tuntutan itu dibuat kerana adalah dipercayai bahawa tidak ada sebarang usaha setakat ini untuk membawa pulang Jho Low.
"Jika IGP gagal mematuhi, maka Azmin akan memfailkan tindakan selanjutnya di mahkamah," kata Surendran.
"Kami telah diarahkan oleh MB (Azmin) untuk mengeluarkan notis berkaitan dengan cara untuk menahan dan membawa pulang Jho Low ke Malaysia dengan bantuan Interpol," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pagi ini.
Latheefa, yang diiringi peguam N Surendran, berkata tuntutan itu dibuat kerana adalah dipercayai bahawa tidak ada sebarang usaha setakat ini untuk membawa pulang Jho Low.
"Jika IGP gagal mematuhi, maka Azmin akan memfailkan tindakan selanjutnya di mahkamah," kata Surendran.
IGP TAK KISAH TINDAKAN UNDANG - UNDANG OLEH AZMIN,,
3 Ogs 2017,,
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tiada masalah sekiranya
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mahu mengambil tindakan
undang-undang terhadap beliau.
Ini selepas Azmin menghantar surat tuntutan kepada Khalid bagi mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low atas kesalahan di bawah kanun keseksaan berkaitan dakwaan skandal 1MDB.
"Kes siasatan 1MDB ini masih lagi berjalan jadi saya tidak mahu respons terhadap tuntutan itu.
"Jadi, ambillah tindakan mahkamah. Saya tunggulah," kata Khalid dalam satu sidang akhbar di Kolej Polis Diraja Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Peguam Latheefa Koya semalam berkata IGP mempunyai 14 hari untuk menjawab tuntutan itu dan sekiranya gagal Azmin akan memfailkan tindakan selanjutnya di mahkamah. Latheefa juga berkata tuntutan itu dibuat kerana adalah dipercayai tidak ada langkah yang diambil untuk membawa pulang Jo Low ke Malaysia.
Mengikut surat tuntutan itu, Low disyaki terlibat dalam jenayah pecah amanah di bawah Seksyen 406 atau Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Low yang tidak diketahui
keberadaannya dikaitkan dengan skandal 1MDB yang menyaksikan berbilion
ringgit dana itu dilesapkan. Dia bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Sementara itu, Khalid enggan menjawab apabila ditanya sama ada kertas siasatan telah dibuka berdasarkan laporan polis yang dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mendedahkan data perbiadi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya dah jawab satu tadi (soaan) yag luar daripada Sea Games, yang ni kita fokus pada Sea Games. Saya tak mahulah layan soalan-soalan lain," katanya jelas tidak selesa dengan soalan berkenaan.
Bekas ketua bahagian Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah antara mereka yang membuat laporan polis terhadap Zahid kerana "menyalahgunakan" data peribadi Mahathir.
Ini selepas timbalan perdana menteri itu mendakwa beliau menerima satu salinan kad pengenalan Mahathir oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyatakan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Ini selepas Azmin menghantar surat tuntutan kepada Khalid bagi mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low atas kesalahan di bawah kanun keseksaan berkaitan dakwaan skandal 1MDB.
"Kes siasatan 1MDB ini masih lagi berjalan jadi saya tidak mahu respons terhadap tuntutan itu.
"Jadi, ambillah tindakan mahkamah. Saya tunggulah," kata Khalid dalam satu sidang akhbar di Kolej Polis Diraja Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Peguam Latheefa Koya semalam berkata IGP mempunyai 14 hari untuk menjawab tuntutan itu dan sekiranya gagal Azmin akan memfailkan tindakan selanjutnya di mahkamah. Latheefa juga berkata tuntutan itu dibuat kerana adalah dipercayai tidak ada langkah yang diambil untuk membawa pulang Jo Low ke Malaysia.
Mengikut surat tuntutan itu, Low disyaki terlibat dalam jenayah pecah amanah di bawah Seksyen 406 atau Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Sementara itu, Khalid enggan menjawab apabila ditanya sama ada kertas siasatan telah dibuka berdasarkan laporan polis yang dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mendedahkan data perbiadi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya dah jawab satu tadi (soaan) yag luar daripada Sea Games, yang ni kita fokus pada Sea Games. Saya tak mahulah layan soalan-soalan lain," katanya jelas tidak selesa dengan soalan berkenaan.
Bekas ketua bahagian Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah antara mereka yang membuat laporan polis terhadap Zahid kerana "menyalahgunakan" data peribadi Mahathir.
Ini selepas timbalan perdana menteri itu mendakwa beliau menerima satu salinan kad pengenalan Mahathir oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyatakan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
7 - Perlantikan Hakim Tambahan
Dari kiri: Tan Sri Md Raus Sharif (Ketua Hakim Negara) dan Tan Sri Zulkifli Makinudin (Presiden Mahkamah Rayuan). Imej dari kehakiman.gov.my |
Lanjutan pelantikan Ketua Hakim Negara tak sah?
July 12, 2017
Baru-baru ni, muncul lagi kontroversi yang dikaitkan dengan Badan
Kehakiman Negara. Isu ni jadi bila jawatan Tan Sri Md Raus Sharif
sebagai Ketua Hakim Negara dilanjutkan tiga tahun lagi bermula pada 4 Ogos ini. Dia juga dilantik sebagai hakim tambahan untuk Mahkamah Persekutuan mulai tarikh yang sama.
Dalam waktu yang sama, Tan Sri Zulkefli Makinudin yang juga Presiden Mahkamah Rayuan turut dilantik sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan untuk tempoh dua tahun bermula pada 28 September ini. Tempoh perkhidmatan diorang sepatutnya tamat pada 4 Ogos dan 28 September ini.
Apa yang jadi kontroversi adalah lanjutan tempoh tersebut bercanggah dengan perlembagaan yang menetapkan seseorang hakim wajib bersara selepas berusia 66 tahun enam bulan. Kedua-dua hakim tu pulak nampaknya dah berusia 66 tahun pada tahun ini. Kerana itu juga, pihak Badan Peguam Malaysia menyifatkan pelantikan Raus secara terang-terangan menyalahi Perlembagaan Persekutuan.
Jadinya persoalan mula muncul, sama ada boleh ke seseorang hakim tu berkhidmat walaupun umurnya dah lebih dari tahap umur yang ditetapkan perlembagaan? Malah perkara ni juga dah menarik perhatian bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamed.
Menurut Jabatan Perdana Menteri, pelantikan Md Raus dan Zulkifi sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan adalah atas cadangan dan nasihat dari Tun Ariffin Zakaria (bekas Ketua Hakim Negara) kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac 2017 lalu, sebelum dia bersara. Cadangan ini pula diterima walaupun dua orang hakim ni telah mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.
Dakwaan yang kata pelantikan ni tak ikut perlembagaan juga disangkal oleh peguam terkenal, Shafee Abdullah. Ini kerana, katanya lanjutan tempoh perkhidmatan Raus tak menyalahi perlembagaan, kerana Md
Raus dan Zulkifli bukan melantik diri sendiri, tapi diorang dilantik
oleh bekas Ketua Hakim Negara (seperti yang dinyatakan tadi).
Bagaimanapun, perkara ini ditolak oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid yang mengatakan ianya tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah. Jika kita merujuk kepada Perlembagaan:
Dalam waktu yang sama, Tan Sri Zulkefli Makinudin yang juga Presiden Mahkamah Rayuan turut dilantik sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan untuk tempoh dua tahun bermula pada 28 September ini. Tempoh perkhidmatan diorang sepatutnya tamat pada 4 Ogos dan 28 September ini.
Apa yang jadi kontroversi adalah lanjutan tempoh tersebut bercanggah dengan perlembagaan yang menetapkan seseorang hakim wajib bersara selepas berusia 66 tahun enam bulan. Kedua-dua hakim tu pulak nampaknya dah berusia 66 tahun pada tahun ini. Kerana itu juga, pihak Badan Peguam Malaysia menyifatkan pelantikan Raus secara terang-terangan menyalahi Perlembagaan Persekutuan.
Jadinya persoalan mula muncul, sama ada boleh ke seseorang hakim tu berkhidmat walaupun umurnya dah lebih dari tahap umur yang ditetapkan perlembagaan? Malah perkara ni juga dah menarik perhatian bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamed.
Lanjutan tempoh perkhidmatan hakim yang meragukan
Buat masa sekarang, antara pihak yang bersuara dalam isu ini adalah Badan Peguam Malaysia, Tun Abdul Hamid Mohamed (bekas Ketua Hakim Negara), dan Datuk Zaid Ibrahim (bekas Menteri Undang-undang). Parti Amanah Negara (AMANAH) pun dilaporkan akan memfailkan semakan kehakiman tentang perkara ini.Menurut Jabatan Perdana Menteri, pelantikan Md Raus dan Zulkifi sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan adalah atas cadangan dan nasihat dari Tun Ariffin Zakaria (bekas Ketua Hakim Negara) kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac 2017 lalu, sebelum dia bersara. Cadangan ini pula diterima walaupun dua orang hakim ni telah mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.
Tun Ariffin Zakaria bersara pada 31 Mac lepas bila mencapai usia 66 tahun. Imej dari Malay Mail Online. |
“Dia (Ariffin Zakaria) mungkin telah dipengaruhi fakta bahawa kedua-dua hakim selepasnya masing-masing akan mempunyai hanya empat bulan dan enam bulan untuk memegang kedua-dua jawatan tertinggi…Bekas ketua hakim negara mesti berasa tidak wajar tempoh begitu, berbanding apa yang beliau lalui iaitu lebih enam tahun.” – Tan Sri Shafee Abdullah, Peguam. Dipetik dari Malaysiakini.Menurutnya lagi, hakim-hakim atasan memang kena bersara wajib masa berumur 66 tahun enam bulan, tapi untuk seseorang hakim tambahan, diorang tak tertakluk kepada perkara itu.
Bagaimanapun, perkara ini ditolak oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid yang mengatakan ianya tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah. Jika kita merujuk kepada Perlembagaan:
“Perkara 122(1A) Perlembagaan Persekutuan membolehkan Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Ketua Hakim Negara, melantik mana-mana orang yang telah memegang jawatan kehakiman yang tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan. Pelantikan ini boleh dibuat bagi apa-apa maksud atau bagi apa-apa tempoh masa yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.” – Dipetik dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.Bagaimanapun, menurut Abdul Hamid ia tidak termasuk kepada lanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara. Ini kerana, ia menyebut tentang pelantikan dan bukannya lanjutan. Dalam perkataan yang lain, tempoh perkhidmatan seorang Ketua Hakim Negara tidak boleh dilanjutkan mengikut fasal berkenaan.
“…fasal itu menyebut tentang seorang hakim tambahan di Mahkamah Persekutuan. Perkataan itu hanya boleh membawa maksud, hakim tambahan di Mahkamah Persekutuan melakukan tugas seorang hakim Mahkamah Persekutuan, bukan Ketua Hakim Negara yang menjadi ketua badan perundangan. Jadi fasal ini tidak membolehkan Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Hakim Negara,” – Tun Abdul Hamid Mohamad, Bekas Ketua Hakim Negara. Dipetik dari Malaysiakini.
8 - Bagaimana Jika Najib Di Dakwa?
‘AG perlu segera dakwa Najib’
Ironinya, identiti penderma yang dimaksudkan itu juga masih kabur dan penuh tanda tanya.
Tindakan DOJ ini telah membantu rakyat Malaysia untuk memahami kemana wang yang telah dipulangkan oleh MO1 atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Fakta adalah terlalu jelas seumpama mentari pagi bahawa MO1 adalah Najib di mana beliau digambarkan sebagai individu yang menerima AS$681 juta (RM2.6 billion) daripada wang 1MDB yang mana jumlah tersebut disahkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali walaupun dikatakan derma.
Tiada menteri lain yang mengakui MO1, malahan Najib juga tidak menafikannya. Tambahan pula, pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa MO1 adalah Najib mengesahkan fakta ini.
Hari ini, DOJ telah membantu kita dengan membuat pelbagai pendedahan yang melibatkan penyelewengan MO1 dalam skandal 1MDB yang mana tidak mampu dilakukan oleh institusi penguatkuasa undang-undang negara termasuk peguam negara, SPRM mahupun Polis Diraja Malaysia.
Maruah negara hari ini begitu tercalar di peringkat antarabangsa sehinggakan digelar negara kleptokrasi.
Sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri Najib. Malah wang tersebut digunakan untuk membeli gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.
Pendedahan ini bukanlah perkara baharu bagi rakyat Malaysia kerana dalam saman 'Civil Forfeiture' tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731 juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun peribadi MO1.
Justeru, Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Apandi Ali perlu mendakwa segera Najib kerana semua keterangan yang didedahkan DOJ ini sudah pasti berada di atas meja beliau sebelum ini hasil siasatan yang dijalankan SPRM.
Ketua Polis Negara juga perlulah bersikap lebih profesional dan diligent untuk mencampuri tindakan DOJ ini kerana ia bukan tindakan saman sivil, tetapi tindakan jenayah.
Fakta yang didedahkan adalah berhubung salahlaku jenayah perdana menteri di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) dan AMLA.
SPRM pula hendaklah menghantar semula kertas siasatan dan syor pertuduhan terhadap perdana menteri kepada peguam negara. Amatlah diharapkan agar peguam negara menjaga kepentingan dan maruah negara mengatasi MO1. Adalah amat penting untuk peguam negara memelihara keluhuran undang-undang.
FAIZ FADZIL adalah timbalan ketua pemuda AMANAH.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi AMUKANMelayu
9 - Adakah Perlantikan Hakim (Lanjutan) sama dengan Perlantikan Afendi?
'Lanjutan tugas Raus bercanggah perlembagaan'
Pesara itu yang enggan didedahkan identitinya berkata, beliau membaca pandangan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad mengenai isu itu.
"Bekas ketua hakim itu memberikan pandangannya mengenai pelantikan berkenaan. Saya bersetuju dengan beliau.
"Pelantikan (Md Raus) tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah," kata bekas hakim itu kepada Malaysiakini.
Lewat malam tadi Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Tun Arifin Zakaria yang sebelum ini menjadi ketua hakim negara memberikan cadangan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Md Raus.
Dilaporkan PMO mengumumkan lanjutan tugas Md Raus dan Presiden Mahkamah Rayuan, masing-masing untuk tempoh tiga dan dua tahun.
Untuk rekod, Abdul Hamid berkhidmat sebagai ketua hakim negara antara Nov 2007 hingga Okt 2008 berkata.
Kata Abdul Hamid Artikel 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan menyediakan cara pelantikan hakim tambahan untuk mahkamah persekutuan dan ia bukan jalan belakang untuk melantik ketua hakim negara.
Perkara 122 (1a) menyebut, walau apa pun yang terkandung dalam perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong - yang bertindak atas nasihat Ketua Hakim Negara yang dilantik bagi apa-apa maksud atau bagi apa-apa tempoh masa seperti yang dinyatakan olehnya, seseorang yang telah memegang jawatan kehakiman tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan: dengan syarat bahawa tiada hakim tambahan yang sedemikian menjadi tidak layak untuk memegang jawatan oleh sebab dia telah mencapai umur 66 tahun.
50 tahun lalu
Bekas ketua hakim negara itu menyebut, peruntukan berkenaan jelas merujuk bahawa Yang di-Pertuan Agong "boleh melantik".
"Ia adalah satu pelantikan, bukan lanjutan. Dalam perkataan lain tempoh khidmat seorang ketua hakim negara tidak boleh dilanjutkan mengikut fasal berkenaan.
"Kedua, fasal itu menyebut tentang seorang hakim tambahan di mahkamah persekutuan. Perkataan itu hanya boleh membawa maksud, hakim tambahan di mahkamah persekutuan melakukan tugas seorang hakim mahkamah persekutuan, bukan ketua hakim negara yang menjadi ketua badan perundangan.
"Jadi fasal ini tidak membolehkan Yang di-Pertuan Agong melantik ketua hakim negara," katanya di blog beliau.
Perlu diingat pelantikan hakim tambahan bagi mahkamah persekutuan hanya pernah berlaku sekali sebelum ini, iaitu selepas Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha bersara.
Arifin, ketika ditanya mengenai pelantikan Tan sebagai hakim tambahan, berkata ia dibenarkan perlembagaan.
"Ia diperuntukkan di bawah Perkara 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan, dan telah dilakukan 50 tahun yang lalu, dengan pelantikan hakim McIntyre," kata Arifin.
Tan bersara pada Nov 2015 tetapi dilantik semula untuk berkhidmat di mahkamah persekutuan pada Julai 2016.
10 - Tun Mengadap Agung Menjelaskan Perlantikan Hakim (Lanjutan)
DR MAHATHIR KE ISTANA NEGARA MINTA AGONG RUJUK PELANTIKAN KETUA HAKIM
Agong mempunyai kuasa membuat rujukan permasalahan perlembagaan untuk ditentukan Mahkamah Persekutuan, kata Pakatan Harapan.
KUALA LUMPUR: Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) hari ini menggesa Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasanya merujuk balik pelantikan semula Tan Sri Raus Sharif sebagai ketua hakim negara.
Rombongan diketuai Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyerahkan memorandum meminta Agong menggunakan kuasa di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk sama ada pelantikan Raus sebagai ketua hakim negara sah atau tidak kepada Mahkamah Persekutuan.
“Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jawatan Ketua Hakim Negara mahupun Presiden Mahkamah Rayuan tidak dibenarkan dilanjutkan selepas penjawat itu mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.
“Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, pelantikan 2 jawatan yang diumumkan itu adalah oleh Tuanku YDPA atas nasihat perdana menteri, maka Tuanku berhak untuk menampilkan perkara ini untuk diputuskan mahkamah sebelum ia berkuatkuasa,” kata memorandum itu.
Turut hadir di pintu Istana Negara hari ini ialah pemimpin DAP Lim Kit Siang dan pemimpin Amanah, Datuk Mujahid Yusof.
“Pihak istana memberi kerjasama dan sambutan yang baik,” kata Tun Mahathir.
Dr Mahathir berkata sekiranya isu pelantikan Raus sebagai ketua hakim tidak ditangani segera, ia mewujudkan krisis kehakiman kerana semua perbicaraan atau keputusan selepas pelantikan yang berkuatkuasa 4 Ogos ini akan menjadi tidak sah.
“Malah sistem pentadbiran badan kehakiman yang juga dikendalikan oleh ketua hakim negara akan menjadi cacat disebabkan badan kehakiman tidak diuruskan hakim yang sah di sisi perlembagaan,” kata memorandum itu.
Pada 7 Julai lalu, kerajaan berkata Agong menerima nasihat bekas ketua hakim Tun Arifin Zakaria untuk melantik Raus dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan. Kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata Raus dan Zulkeflki dikekalkan atas nasihat perdana menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja yang bersidang pada Mei.
Khidmat Raus dilanjutkan 3 tahun mulai 4 Ogos sementara Zulkefli kekal untuk 2 tahun lagi mulai 28 September. Ia menerima kritikan pengamal undang-undang, termasuk Badan Peguam Malaysia, yang mempertikaikan sama ada pelantikan Raus dan Zulkefli itu sah di sisi Perlembagaan Persekutuan. Mereka berkata pelanjutan itu memberi gambaran para hakim kanan sedia ada tidak cukup layak untuk jawatan itu.
11 - 1MDB Gagal Lagi Bayar Hutang
Dana Abu Dhabi: 1MDB Gagal Lunaskan Hutang AS$1 Bilion
KUALA
LUMPUR: Sebuah entiti harta milik kerajaan Abu Dhabi menyatakan bahawa
syarikat pelaburan Malaysia, 1MDB, gagal melunaskan hutang AS$1.1 bilion
(S$1.49 bilion).
Ia merupakan satu tamparan baru terhadap syarikat yang dipalit dengan skandal tersebut.
Pengumuman
itu dilakukan dalam pemfailan kepada Bursa Saham London oleh syarikat
International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan d Abu
Dhabi.
Ia menimbulkan spekulasi bahawa
keadaan kucar-kacir mungkin melanda pasaran saham Malaysia, sekiranya
1MDB gagal melunaskan hutang-hutangnya.
1MDB,
atau 1Malaysian Development Berhad, diasaskan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009, namun kini di ambang
kegagalan untuk melunaskan hutang-hutangnya, di tengah-tengah siasatan
dari seluruh dunia terhadap dakwaan bahawa berbilion dolar dikeluarkan
daripada syarikat itu.
IPIC pada 2012
bersetuju untuk memberi jaminan bagi bon-bon 1MDB bernilai AS$3.5 juta,
memberikannya pinjaman lebih AS$1 bilion, dan membayar faedah bagi
bon-bon itu.
IPIC menyatakan bahawa
1MDB, dan pemiliknya, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), gagal
membayar balik hutang lebih AS$1.1 bilion.
"Akibatnya, 1MDB dan MOF gagal melunaskan hutang," menurut IPIC.
Datuk
Seri Najib menghadapi tekanan hebat berhubung hutang lebih AS$11 bilion
yang ditanggungnya, dan pengakuan beliau sendiri bahawa hampir AS$700
juta dimasukkan ke dalam akaun-akaun bank peribadinya pada 2013.
Datuk
Seri Najib menafikan bahawa wang yang diterimanya itu, yang pertama
kali didedahkan kepada awam tahun lalu, dikeluarkan dari 1MDB, dan
berkata ia adalah hadiah dari keluarga diraja Arab Saudi.
Menteri ehwal luar Arab Saudi mengesahkan pada minggu lalu bahawa wang itu adalah daripada kerajaan itu.
Menyusuli
pengumuman IPIC, Kementerian Kewangan Malaysia mengeluarkan kenyataan
yang menarik perhatian tentang "pertikaian" berhubung hutang berkenaan,
dan cuba memberi jaminan dan meyakinkan semula pasaran-pasaran kewangan.
"MOF
ingin menjelaskan bahawa ia akan terus memenuhi semua komitmennya yang
tertunggak dalam pasaran-pasaran kewangan," menurutnya.
Masalah-masalah
berkaitan 1MDB sudah membelenggu Malaysia selama lebih setahun,
sehingga meningkatkan tekanan terhadap Datuk Seri Najib untuk meletak
jawatan. Ia juga membangkitkan keprihatinan bahawa pasaran-pasaran
kewangan Malaysia mungkin terjejas teruk jika syarikat itu terus gagal
melunaskan hutang-hutangnya yang bertimbun itu.
Skandal 1MDB sudahpun menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang Malaysia, ringgit, pada tahun lalu.
1MDB sepatutnya membayar balik IPIC menerusi bayaran kepada anak syarikat dana Abu Dhabi tersebut, iaitu Aabar Investments PJS.
Bertentangan dengan dakwaan 1MDB, IPIC minggu lalu menyatakan bahawa Aabar tidak pernah menerima wang itu.
Satu
laporan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini mendakwa bahawa 1MDB
sebaliknya membayar lebih AS$2 bilion kepada sebuah entiti di Kepulauan
British Virgin, yang dikatakan adalah syarikat bayangan dengan nama yang
hampir sama dengan Aabar.
Entiti Kepulauan British Virgin itu sudahpun ditutup, menurut WSJ.
"IPIC
dan Aabar sedang mempertimbangkan pilihan-pilihan masing-masing
berhubung pertikaian ini, termasuk merujuk hal ini kepada forum huraian
pertikaian yang sesuai," menurut kenyataan tersebut. - AFP/nd
SEKALI LAGI 1MDB GAGAL BAYAR HUTANG
'1MDB tak bayar bermakna kerajaan gagal'
“Oleh kerana 1MDB sudah diambil alih oleh kerajaan, maka kerajaanlah yang gagal bayar hutang,” kata bekas perdana menteri 22 tahun itu.
Laporan berkaitan kegagalan 1MDB membuat sebarang bayaran RM2.58 bilion kepada firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC). Jumlah itu telah dipersetujui dalam perjanjian penyelesaian. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Najib bagaimanapun berkata 1MDB mampu membayar dan perkara itu cuma “soal teknikal sahaja bukan soal tidak dapat bayar balik.”
Menulis di blog, Mahathir membangkitkan kenapa perkara itu boleh berlaku.
“Tak ada duitkah kita?
“Bila kita hutang kita perlu ada rancangan untuk bayar. Duit yang dihutang bukan untuk belanja hangus.
“Tentu ada rancangan untuk melabur, untuk dapat keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang dalam satu jangka masa tertentu.”
Beliau juga berkata jika 1MDB membelanjakan wang untuk membeli aset, sebahagiannya sudah tentu boleh dicarikan untuk membayar hutan. Lagi pun, katanya lagi, hutang yang perlu dibayar pada 31 Julai hanya separuh sahaja dan sebahagian lagi harus dibayar pada Disember depan.
“Jikalau harga jualan merugikan pun, sebahagian dari pelaburan atau harta boleh dijual cukup untuk bayar hanya separuh dari hutang,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan ke mana sebenarnya wang yang dipinjam 1MDB mengalir?
“Jika tidak rugi kerana pelaburan atau tidak beli harta yang boleh dijual, di manakah duit yang dipinjam berada,” katanya.
“Sekarang Bank Negara mengeluar bon untuk sebanyak RM2.5 bilion. Jika perolehan dari bon mencukupi untuk bayar hutang, soal ke mana pergi wang yang dipinjam masih tidak terjawab. Pinjaman melalui bon perlu dibayar.”
Firma pelaburan negara, 1MDB dilaporkan belum membuat sebarang bayaran kepada firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) sejumlah RM2.58 bilion seperti yang dipersetujui dalam perjanjian penyelesaian, kata theedgemarkets.com yang memetik sumber.
Tetibe jer Bank Negara keluar Bon dan jumlah pun lebih kurang.....
"Pengeluaran bon berjumlah RM2.5 billion oleh Bank Negara berbetulan dengan janji 1MDB semalam bahawa bayaran kepada IPIC akan dibuat pada bulan Ogos ini juga," kata Dato Husam Musa dalam satu kenyataan.
Tapi ini kata Johari,
"Bon itu tidak ada kaitan dengan 1MDB. Ia adalah bon kerajaan biasa. Setiap tahun, kita mengalami defisit belanjawan dan kita perlu membiayai perbelanjaan kerajaan melalui penerbitan bon. Itu saja.
"Jadi sesiapa yang membuat spekulasi bahawa bon ini akan diterbitkan untuk membantu 1MDB adalah membuat tuduhan yang tidak berasas sama sekali dan mereka silap di segi faktanya," kata Johari kepada Malaysiakini.
BNM Terbit bon RM2.5b tiada kaitan dengan 1MDB
Beliau berkata tuduhan itu adalah "tidak berasas sama sekali".
"Bon itu tidak ada kaitan dengan 1MDB. Ia adalah bon kerajaan biasa. Setiap tahun, kita mengalami defisit belanjawan dan kita perlu membiayai perbelanjaan kerajaan melalui penerbitan bon. Itu saja.
"Jadi sesiapa yang membuat spekulasi bahawa bon ini akan diterbitkan untuk membantu 1MDB adalah membuat tuduhan yang tidak berasas sama sekali dan mereka silap di segi faktanya," kata Johari kepada Malaysiakini.
Beliau menjelaskan bahawa Putrajaya akan menerbitkan bon dari masa ke semasa dan menegaskan bahawa 1MDB tidak meminta bantuan kerajaan berhubung perkara itu.
"Bagi 2017, kita mempunyai tiga peratus defisit... Kerajaan akan mendapatkan wang apabila kita memerlukannya. Adalah normal bagi sesebuah kerajaan dalam kedudukan defisit," katanya.
1MDB dalam satu kenyataan semalam berkata semua pembayaran kepada IPIC akan datang daripada hasil pelan 'rasionalisasi' 1MDB. Syarikat itu berkata dananya hanya akan diperolehi pada bulan Ogos ekoran keperluan kelulusan pengawalseliaan tambahan dan telah menulis kepada IPIC meminta bayaran itu dibuat pada bulan Ogos dan bukannya pada 31 Julai.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Husam Musa, yang memetik rekod Bank Negara, semalam (Khamis) menimbulkan kecurigaan terhadap masa terbitan bon RM2.5 bilion kerana tarikh pembukaannya ialah 1 Ogos - sehari selepas tarikh akhir untuk 1MDB memenuhi obligasi pembayaran AS$602 juta (RM2.57 bilion) kepada IPIC.
"Pengeluaran bon berjumlah RM2.5 billion oleh Bank Negara berbetulan dengan janji 1MDB semalam bahawa bayaran kepada IPIC akan dibuat pada bulan Ogos ini juga," katanya dalam satu kenyataan.
Bon murabahah ini akan matang 20 tahun lagi iaitu 4 Ogos 2037.
Pengeluaran bon berjumlah RM 2.5 billion hari ini oleh Bank Negara berbetulan dengan janji 1MDB lewat semalam bahawa bayaran kepada Ipic akan dibuat pada bulan Ogos ini juga.
Tarikh pembukaan bon oleh BNM ini ialah pada 1 Ogos dan tarikh pengeluaran adalah 4 Ogos, sehari sebelum lima hari masa sambungan diizinkan oleh Mahkamah Arbitrasi London untuk 1MDB melunaskan bayaran sejumlah RM 2.585 billion untuk pusingan pertama.
Kod tender bagi bon itu adalah 201700001701 dan maklumat mengenainya boleh dibaca di laman Bank Negara:
https://fast.bnm.gov.my/fastweb/public/mainpage.do.
Berbahagialah penyangak 1MDB.
Bagi rakyat Malaysia yang dukacita dengan kerugian sebesar ini, mereka tidak dapat berbuat apa-apa sekalipun mengeluarkan air mata darah.
GII Murabahah ini akan matang 20 tahun lagi iaitu 4 Ogos 2037. Umur DS Najib di masa itu adalah 84 tahun, jika masih hidup untuk sama membayar bon ini bagi tujuan pembayaran dua kali dosa 1MDB.
YB Dato Husam Musa
Naib Presiden Parti Amanah Negara
9 Dzulkaedah 1438/2 Ogos 2017
12 - Apakah 1MDB sudah "KEHABISAN DANA" sebab di beku oleh DoJ dan Beberapa Bank?
1MDB: Dana Di Bank-Bank Switzerland Dibekukan
Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 9:26 PM
image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/03/03/14/47/1mdb.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
ZURICH: Pihak berkuasa Switzerland pada Rabu
berkata mereka telah membekukan dana dalam bank-bank Switzerland ketika
siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijalankan.
"Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) telah membekukan aset sejumlah berpuluh-puluh juta AS dolar pada akaun bank di Switzerland," kata seorang jurucakap OAG melalui e-mel sebagai menjawab pertanyaan berhubung siasatan.
"Pada peringkat awal prosedur, OAG kini sedang menganalisis dan menggabungkan bukti. OAG sudah pun berhubungan dengan pihak berkuasa Malaysia.
"Kerjasama antarabangsa dengan negara-negara asing, khususnya dengan Malaysia, mungkin sudah cukup untuk membuktikan fakta-fakta," tambahnya.
"Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) telah membekukan aset sejumlah berpuluh-puluh juta AS dolar pada akaun bank di Switzerland," kata seorang jurucakap OAG melalui e-mel sebagai menjawab pertanyaan berhubung siasatan.
"Pada peringkat awal prosedur, OAG kini sedang menganalisis dan menggabungkan bukti. OAG sudah pun berhubungan dengan pihak berkuasa Malaysia.
"Kerjasama antarabangsa dengan negara-negara asing, khususnya dengan Malaysia, mungkin sudah cukup untuk membuktikan fakta-fakta," tambahnya.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/09/02/swiss-beku-dana/#Tc0FxHCu2AVCDdxh.99
Analisis Aki: Lantikan Hishammuddin adalah BENTENG TERAKHIR KESELAMATAN Najib’
Prof Madya Jeniri Amir menyifatkan pelantikan itu bertujuan mengukuhkan kedudukan Hishammuddin dalam jangka pendek dan panjang.
Prof Madya Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak berkata, pelantikan itu bertujuan mengukuhkan kedudukan Hishammuddin dalam jangka pendek dan panjang.
“Bagi Najib, sesiapa mengambil alih pentadbiran negara nanti, ia bertujuan untuk melindunginya. Beliau percaya kepada sepupunya, ibarat air dicincang tak akan putus.”
Ditanya sama ada terdapat pergeseran antara Najib dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Jeniri berkata, beliau tidak dapat menjawab soalan itu.”
“Tetapi kecenderungan beliau kepada Hishammudin, beliau memihak kepada sepupunya.
“Bagi rakyat, mereka mahu pemimpin yang boleh membawa negara ke hadapan, kita menjangka apa saja jawatan diberikan kepada Hishammuddin, baik untuk negara.
“Apa pun, Najib sudah menetapkan agenda, kadang-kadang dalam politik, ia dinamakan perjuangan untuk meneruskan kehidupan.
“Beliau perlu tampil dengan perubahan strategik dan ini sebahagian daripada langkah strategik di pihak perdana menteri.”
Dalam pada itu, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, selain melaksanakan tugas sebagai menteri pertahanan, Hishammuddin boleh mengekalkan hubungan baik dengan negara Timur Tengah.
“Najib beritahu kami pagi ini, beliau bincang perkara ini dengan Zahid dan mereka setuju Hishammudin perlu diberikan tugas khas ini untuk mewajarkan lawatan beliau ke Timur Tengah tidak hanya meliputi perkara pertahanan tetapi juga mengekalkan hubungan dengan negara itu.
“Kita perlukan menteri kanan untuk bertemu kerajaan Yaman, Qatar, Kuwait, UAE atau Arab Saudi, ini sangat penting kepada kami.
“Dengan mempunyai menteri kanan yang memegang tugas khas di Jabatan Perdana Menteri untuk melihat perkara ini adalah sangat penting,” kata menteri pelancongan dan kebudayaan.
Nazri juga bertindak balas kepada soalan mengenai kali terakhir pelantikan yang sama dibuat melibatkan seorang menteri kanan.
Pada tahun 1998, pada kemuncak krisis ekonomi Asia, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memasukkan semula Tun Daim Zainuddin ke dalam Kabinet.
Langkah itu dilihat untuk melemahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi menteri kewangan pada masa itu.
Anwar dipecat 3 bulan kemudian yang mencetuskan krisis politik paling teruk Malaysia.
Apabila ditanya mengenai perkara itu, Nazri yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno hanya menjawab, Daim tidak pernah dilantik menjadi timbalan perdana menteri.
AMUKANMelayu - Satu peluru dua mangsa. Baik untuk Hisshamuddin dan Zahid pula sudah lama tahu pengakhiran kerier Politiknya. Ia hanya menunggu "Kesilapan Orang" untuk dia naik dan bukannya atas Kebijaksanaan Akal Politiknya.....