,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 1 December 2012

BERAPA BANYAK TPM DI PERLUKAN JIKA PR MEMENANGI PRU KE 13 ?


NASIB MALANG NEGARA BOSNIA YANG TAK MAMPU MEMBANTU PLASTINE...

Sesungguhnya Allah SWT amat menyayangi negara Malaysia. Di jadikan pula Bosnia sebagai ikhtibar kepada kita, untuk kita berfikir mengapa kita umat Islam yang harus menguasai politik negara kita agar dapat membantu negara Islam yang lain. Kalau kita mengikut telunjuk pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat, tidak mustahil suatu hari nanti kita juga akan menjadi seperti Bosnia...


Punca Bosnia Tidak Mampu Menyokong Palestin Di PBB

Kita menyangka Bosnia merupakan negara majoriti Islam namun haikatnya tidak. Menurut sumber yang teman peroleh, punca Bosnia tidak mengundi dan mengambil pendirian berkecuali dalam undian untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan ahli ialah seperti berikut :
1. Hanya 48% penduduk Bosnia adalah Muslim manakala 52% merupakan Kristian. 
2. Terdapat 3 Presiden di Bosnia iaitu satu untuk Katolik, satu untuk umat Islam dan satu untuk Kristian Ortodoks Serbia. 
4. Puak Serbia di Bosnia membenci umat Islam dan ini membuatkan mereka menentang dalam undian ini. 
5. Oleh kerana itu, kesepakatan tidak dapat dibuat dan Bosnia terpaksa mengambil pendirian berkecuali.
Menyedihkan kerana setelah dibantu dan dipimpin oleh umat Islam keluar dari kancah peperangan, hakikatnya, umat Islam di Bosnia tidak mendapat kuasa politik sewajarnya, biarpun selepas kemerdekaannya diiktiraf.
Persoalannya, bayangkanlah negara ini dipimpin oleh tiga jenis puak, sekular anti Islam, liberalis Islam politik dan fundamentalis Islam politik. Berapa banyakkah dasar negara ini berkait Islam di mata dunia yang bakal menjadikan Malaysia sebagai negara yang tidak lagi pro-Islam?
Berapa banyakkah keputusan sebulat suara berkait Islam yang tidak dapat dicapai kata putus akibat penentangan oleh pihak lagi satu?
Orang 'sehebat' Azhar Idrus boleh menempelak menghina mencaci membodoh-bodohkan orang Islam yang sama anutan dengannya tetapi, hilang telurnya untuk menempelak ketidakislamikan teman tidur mereka yang lagi dua itu.
Di situ, cukup jelas, Malaysia hanya akan menjadi Bosnia dan tidak Islamik lagi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.
Untuk apa membela PAS sedangkan hasil pembelaan yang kelihatan baik untuk individu, tetapi besar kesan penjahanamannya ke atas ummah.
Jangan cerita soal Kelantan kecuali jika PAS berjaya memerintah Kelantan yang hanya mempunyai 58% orang Islam, sama seperti fakta demografi negara ini.
Dan adakah sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan, ramai orang bukan Islam di Kelantan memeluk Islam kerana terpesona dan kagum dengan indahnya Islam yang diterap dalam pemerintahan ala PAS? 

Jangan menuduh kerajaan pusat tidak memberikan contoh yang baik kerana percayalah, hakikat fakta sebenar, jumlah Cina memeluk Islam di bandaraya Ipoh sahaja dalam tempoh 10 tahun jauh melebihi jumlah Cina yang memeluk Islam di seluruh Kelantan dalam tempoh 20 tahun.

Malah, mereka mampu untuk berinisiatif mengumpul dana mereka sendiri untuk membangunkan Masjid Cina yang memang besar gunanya buat komuniti Cina Muslim di Ipoh sedangkan Masjid Cina di Kelantan dibina sekadar simbol kemajmukan yang dibuat-buat. sumber

amukanmelayu - dalam politik PAS....fakta tidak diterima....