,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 2 December 2012

HANYA "MELAYU MUDAH LUPA" SAHAJA YANG BOLEH DI TIPU HIDUP-HIDUP


DAP jamin kuasa Melayu kekal bawah Pakatan
MOHD ISKANDAR OTHMAN
2 Disember 2012
Kon Yeow
Kon Yeow (kanan) mengibarkan bendera ketika menyanyikan lagu parti pada Konvensyen Tahunan DAP hari ini.
GEORGETOWN - DAP memberi jaminan orang Melayu tidak akan hilang kuasa di tanah air sendiri meskipun Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai parti itu, memerintah negara ini.
Sebaliknya, hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) yang akan hilang kuasa dalam arena politik.
Jaminan itu diberikan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika berucap padaKonvensyen Tahunan DAP negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata, Umno dan BN  juga sedar pihaknya perlu menghadapi pilihan raya yang sengit kali ini apabila menjadikan Perhimpunan Agung Umno 2012, yang berakhir semalam, sebagai medan menyerang PR.
Menurutnya, Umno masih menggunakan sentimen perkauman untuk mengapi-apikanagar orang Melayu menentang PR.
“Pengundi bukan Melayu juga ditakut-takutkan dengan ugutan bahawa jika orang Melayu hilang kuasa, negara ini akan menjadi porak-peranda.
“Kita mahu meyakinkan orang Melayu bahawa mereka tidak akan hilang kuasa di tanah air sendiri. Cuma Umno yang akan hilang kuasa dalam arena politik Malaysia. Orang Melayu masih boleh pegang kuasa dalam aturan politik baru yang dipelopori oleh PR," katanya.
Kon Yeow berkata, DAP perlu menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dengan penuh yakin walaupun menghadapi Umno dan BN yang tidak rela menyerah kuasa pemerintahan dengan begitu mudah.
Beliau berkata, semua ahli parti perlu berganding bahu dan bekerja keras dalam menghapuskan Umno dan BN untuk menakluki Putrajaya.
“Ramalan yang terbaru menunjukkan BN masih di hadapan kita, mereka diramalkan akan menang 120 kerusi berbanding 100 kerusi PR jika pilihan raya diadakan sekarang.
“Oleh kerana pilihan raya masih belum diadakan, kita masih ada masa untuk melipatgandakan usaha  untuk menggugat Umno dan BN. Kita perlu menggunakan 50 hingga 100 hari akan datang untuk menentang BN habis-habisan," katanya.
Dalam pada itu, Kon Yeow yakin kebolehan DAP dan PR untuk mempertahankan pemerintahan Kerajaan Negeri kerana BN di bawah kepimpinan yang baru, tidak akan dapat sokongan pengundi kerana masih tidak berubah cara dan pemikiran mereka.

amukanmelayu - gula-gula getah DAP ini, pasti ada ISLAMELAYU yang TERKENA nanti .....



 
 
 13 MAY - PADA YANG MERASAI KEKEJAMAN CINA DAP KL TIDAK AKAN MELUPAINYA
 
 

Malai Si ! Butuh Melayu !



Malai Si ! Mati Melayu !


Apa Polis boleh buat, kita Raja. Buang sama Polis Melayu !

Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan !

KL sekarang cina punya !


Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita cina sudah control !

Melayu keluar ! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu ! Sekarang kita sudah ada kuasa !


Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis !


Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya. Mata-mata lancau !


Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu !


Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu !




LIM KIT SIANG - TOLONG JAWAP ! ! !



Copy paste sepenuhnya dari Sanggah Tok Janggut

Melayu jadi barua DAP-Zul Nordin telanjangkan dalang 13 Mei..!



Zul bongkar agenda jahat DAP
PENGUNGKAIAN Proklamasi-proklamasi Darurat oleh PM Najib di Dewan Rakyat baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baharu untuk menelanjangi semaunya Lim Kit Siang dan DAP,parti yang didakwa oleh YB itu sebagai pencetus kepada peristiwa berdarah 13 Mei hingga merenggang dan memecahbelahkan orang-orang Melayu dan Cina di Negara ini.

Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Ibrahim Ali sewaktu MP Pasir Pas sedang membahaskan usul mengambil peluang secukupnya membelasah Lim Kit Siang dan DAP walaupun perbahasannya cuba disekat oleh Speaker Dewan Rakyat ketika itu dan semua MP DAP termasuklah rakan mereka darip[ada PAS dan PKR berdiam diri bila Zulkifli Nordin menyerang bertubi-tubi.Tidak ada seorang pun wakil pembangkang bangun menyanggah hujah-hujah yang dilemparkan oleh MP Kulim itu dan seolah-olah mengakui segala kebenarannya.

Kepada yang buta sejarah, pendedahan dalam Dewan Rakyat yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin itu harus membuka mata mereka tentang niat jahat DAP yang mahu menguasai Negara ini dengan memperalatkan PAS dan PKR.

Malah orang Melayu terutamanya harus menyedari dengan segera taktik licik dan jahat DAP ini untuk menguasai Malaysia ini berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian dengan tidak membenarkan mereka terus dijadikan alat untuk dipecahkan kesatuan Melayu yang telah diikat kukuh sekian lama..

Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP.Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu.Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.

Andainya pendedahan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini gagal diambil sebagai iktibar untuk mengelak penjajahn baru dalam Negara kita maka benarlah seperti yang sedang diperkatakan ini, Melayu akan diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sedangkan tangan-tangan DAP akan menggerakkannya,Melayu hanya patung seperti yang sedang berlaku di Selangor dan pernah berlaku selama 11 bulan di Perak.

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-

`Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku. 

LKS dalang peristiwa berdarah!
Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati ldengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi olehYang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakanperarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” 

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh,
Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” 

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”. 

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi.Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeribukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan part idia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini. 

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’.Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita.Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?Bacalah nahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu.Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita?Terpulang kepada kita..
 

Anwar dan Kit Siang KENA SEBIJI dalam Dewan Rakyat

altPerbahasan untuk mansuhkan Proklamasi Darurat 1966,1969 dan 1977 di Dewan Rakyat pada Khamis menconteng arang di muka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang apabila dua ahli parlimen Bebas ‘hentam cukup-cukup’ Ketua Pembangkang dan penasihat DAP itu.
Puncanya, Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timor yang bangun membahaskan usul itu mempersoalkan kenapa kerajaan tunggu 34 tahun untuk mansuhkan proklamasi tersebut.
Bagaimanapun, ahli parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang turut membahaskan usul itersebut mengambil peluang  menjawab soalan itu dengan meminta Kit Siang bertanya kepada Anwar jawapannya.
“Ipoh Timor patut tanya Anwar Ibrahim. Sejak 1982 hingga dipecat, beliau ada 14 tahun dalam kerajaan. Beliau pegang jawatan Ketua Pemuda, Naib Presiden dan kemudian Timbalan Perdana Menteri,”.
“Anwar patut cadang ISA dimansuhkan, begitu juga dengan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) serta undang-undang Darurat,” sindir Presiden Perkasa itu.
Menurut Ibrahim, isu ini hanya timbul sejak Anwar dipecat dari UMNO.
“Kalau dia (Anwar) cadang dulu lagi bukan macam sekarang, semua dah selesai,”  kata Ibrahim.
Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin kemudian bangun mencelah dan mendakwa Kit Siang sengaja 'putar’ isu itu dan lupa sejarah mengapa undang-undang Darurat dikuatkuasakan.
Menurut beliau, kewujudkan undang-undang itu adalah kerana kebebasan bersuara  yang sudah di luar kawalan dan tindakan rasis yang melampau didalangi Ipoh Timor (merujuk Kit Siang) dan partinya pada masa itu.
” Antara tindakan itu, saya nak baca, biar rakyat dengar balik apa mereka kata pada 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa masa itu adalah bermakna antaranya Mati Melayu..,” tegas Zulkifli.
 Katanya, kenyataan lain dikeluarkan adalah,” dalam perhimpunan dan perarakan yang d buat dan kenyataan yang mereka buat pada 11 Mei (1969) di Bukit Bintang... Apa polis boleh buat, Mati Melayu, Sakai Pergi Masuk Hutan, pada 11 Mei  Jalan Changkat Dollah,.. KL sekarang Cina Punya, pada  12 Mei, Jalan Ipoh, Jalan Tuanku Abdul Rahman...Melayu Balik Kampung, Melayu Sekarang Tiada Kuasa.”
“Di Kampung Baru depan orang Melayu, ini kenyataan parti Ipoh Timor. Melayu Keluar, apa lagi duduk sini, Kita hantam Lu, Sekarang kita ada kuasa,” ujar Zulkifli.
Pada masa itu Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar menegur Zulkifli kerana masa yang diperuntukkan kepada Ibrahim selama 10 minit hampir tamat.
Ibrahim sendiri nampak gelisah kerana Zulkifli terus berhujah mendedahkan apa dikatakan parti diwakili Ipoh Timor sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei.
Zulkifli kemudian mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berani melakukan anjakan dan transformasi  politik ke arah demokrasi lebih matang.
Beliau kemudian mencabar Ipoh Timur dan partinya melakukan transformasi yang matang seperti dilakukan kerajaan dengan mengungkai proklamasi Darurat.
“Saya cabar Ipoh Timor antara dalang tercetusnya 13 Mei jadi ‘anak jantan’ meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas apa berlaku pada 13 Mei 1969 dan tidak mengulang perbuatan terkutuk tersebut,” tegasnya.
Wan Junaidi terus menegur Zulkifli dan berkata tidak gembira dengan apa diluahkan Zulkifli.
Bagaimanapun, Ibrahim yang meneruskan perbahasan menyokong apa didedahkan Kulim Bandar Bharu dan mahu ucapannya Zulkifli dimasukkan sebagai sebahagian ucapannya.
Lebih parah, Ibrahim kemudian berkata, waktu berlaku 13 Mei, ahli Ipoh Timor adalah Ketua DAPSY atau ketua pemuda DAP.
“Dia (Kit Siang) bangun nak menutup sejarah. Tapi dia lupa kita masih segar dalam ingatan sejarah,” katanya.
Ibrahim kemudian meneruskan kritikan terhadap Anwar yang sebelum ini dalam perbahasan mendakwa proklamasi Darurat  bertujuan menjatuhkan rakyat Kelantan.
“Pada waktu itu Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang adalah Pengerusi UMNO Kelantan, Dan waktu itu,  PAS berada dalam Barisan Nasional.  Krisis dalam parti PAS menyebabkan huru hara Kelantan.  Kalau dituduh ini rancangan jatuhkan kerajaan negeri,  Ketua Pembangkang menuduh Tengku Razaleigh sebagai pengerusi UMNO negeri,” jelasnya.
Ibrahim turut menyatakan sokongan terhadap Akta Perhimpunan Aman dan pindaan AUKU.
Beliau mengakui sebagai orang terbanyak anjur dan terbabit tunjuk perasaan satu ketika dulu.
“Apapun, akta ini untuk izinkan rakyat Malaysia adakan perhimpunan dan aman. Ertinya menghormati kebebasan rakyat dan pada masa sama jamin perhimpunan aman,” katanya.
Katanya, orang yang menentang akta itu mengamalkan politik gila dan tidak menghargai soal keamanan negara.
Menariknya, sama ada ketika Ibrahim atau Zulkifli berhujah, Dewan sunyi dan pasti kalau ada yang merah telinga adalah Anwar dan Kit Siang.
Itulah akibat menjolok sarang tebuan.- 24/11/2011- OLEH ROSLAN BIAN