ANDALUSIA – Wilayah Islam Yang Terluka
Perjanjian Granada 1492
- 1. Bahawa kelompok besar dan kecil harus dijamin mengenai diri-diri mereka, keluarga dan harta benda mereka.
- 2. Bahawa mereka harus dibenarkan untuk terus berada di dalam kediaman mereka samada di bandar, pinggir bandar atau sebarang tempat di negara ini.
- 3. Bahawa undang-undang mereka dipelihara sama seperti sebelum ini, dan bahawa tiada seorang pun yang akan menghakimi mereka kecuali dengan undang-undang yang sama.
- 4. Bahawa masjid-masjid mereka dan wakaf-wakaf keagamaan kepunyaan mereka harus kekal 5. sebagaimana pada zaman pemerintahan orang Islam.
- 5. Bahawa orang Kristian tidak harus memasuki rumah orang Islam atau menghinanya dalam apa cara sekali pun.
- 6. Bahawa orang Kristian atau Yahudi yang memegang jawatan-jawatan awam melalui pelantikan Sultan terdahulu tidak harus melaksanakan tugasannya atau perintahnya terhadap mereka.
- 7. Bahawa semua tawanan beragama Islam yang ditawan semasa Pengepungan Granada, dari apa sahaja tempat dalam negara yang mungkin mereka datang, selain khususnya para bangsawan dan ketua yang tersebut dalam persetujuan ini, harus dibebaskan.
- 8. Bahawa tawanan beragama Islam yang berjaya melarikan diri daripada tuan-tuan mereka yang beragama Kristian, dan mencari perlindungan di Granada, seharusnya tidak akan diserahkan; sebaliknya Sultan harus bertanggungjawab untuk membayar harga tawanan itu kepada tuan-tuan mereka.
- 9. Bahawa semua mereka yang memilih untuk menyeberang ke Afrika harus dibenarkan untuk berlepas dalam masa tertentu, dan menaiki kapal-kapal raja ke sana, dan tanpa sebarang cukai kewangan dikenakan terhadap mereka melebihi bayaran biasa bagi tambang perjalanan, dan
- 10. Bahawa setelah tamatnya tempoh masa tersebut, orang Islam tidak harus dihalang untuk berlepas, 11. menolong dia membayar cukai bagi apa sahaja harta yang dibawanya bersama di samping harga tambang perjalanannya.
- 12. Bahawa tiada seorang pun yang akan didakwa dan dihukum kerana jenayah orang lain.
- 13. Bahawa orang Kristian yang memeluk agama Muhammad tidak harus dipaksa untuk meninggalkan agama tersebut dan memeluk kembali keyakinan terdahulu mereka.
- 15. Bahawa mana-mana orang Islam yang ingin menjadi orang Kristian harus dibenarkan beberapa hari untuk mempertimbangkan langkah yang akan diambilnya; setelah dia disoal oleh hakim dari agama Muhammad dan Kristian berkenaan perubahan yang diingininya, dan jika, setelah pemeriksaan ini, dia masih enggan kembali kepada Islam, dia harus diizinkan untuk mengikuti hasratnya sendiri.
- 16. Bahawa orang Islam tidak akan dihukum disebabkan kematian orang Kristian yang terbunuh semasa pengepungan; dan bahawa pengembalian harta benda yang diambil semasa perang ini tidak akan dikuatkuasakan.
- 17. Bahawa orang Islam tidak akan diarahkan untuk memberi penginapan kepada tentera Kristian, atau dihantar secara paksa ke wilayah-wilayah dalam kerajaan ini.
- 18. Bahawa cukai tambahan tidak akan dinaikkan daripada yang biasa, sebaliknya, semua cukai-cukai yang membebankan yang dikenakan sebelum ini seharusnya ditamatkan serta-merta.
- 19. Bahawa orang Kristian tidak dibenarkan untuk mengintai dari tembok, atau ke dalam rumah orang Islam atau masuk ke dalam masjid.
- 20. Bahawa setiap orang Islam yang memilih samada untuk berlepas atau tinggal di kalangan orang Kristian mesti dijamin keselamatannya dengan sempurna baik jiwanya mahupun harta bendanya.
- 21. Bahawa tiada tanda atau lambang pengenalan akan dikenakan terhadap mereka sebagaimana yang telah dikenakan terhadap orang Yahudi dan Mudejar.
- 22. Bahawa tukang azan tidak akan diganggu semasa dia mengalunkan azan memanggil orang supaya bersolat, dan orang Islam tidak akan diserang samada ketika melaksanakan amal ibadat hariannya atau puasanya, atau semasa perayaan-perayaan keagamaan yang lain; tetapi sekiranya orang Kristian dijumpai mengetawa terhadap orang Islam, orang Kristian itu akan dihukum.
- 23. Bahawa orang Islam akan dikecualikan dari membayar semua cukai untuk beberapa tahun tertentu.
- Bahawa Tuan kota Rom, Pope, harus diminta untuk memberi persetujuannya terhadap syarat-syarat di atas, dan dengan sendiri menandatangani perjanjian ini.
“MENANGISLAH
anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana
kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.”
Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun.
Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 H.
Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan.
Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.
Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan.
Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.”
Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.
Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.
Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.
Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April lalu.
Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.
INTI PATI:
Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.
FAKTA:
Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
Pemerintah Islam membina istana yang besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.

by Key Marzuki
AWAS! JANGAN SAMPAI ORANG ISLAMELAYU NEGARA INI DIKOREK MATA MEREKA OLEH SEPET KELAK.
1492
merupakan tahun di mana kerajaan Islam terakhir di Semenanjung Iberia
ditumbangkan. Kerajaan Nasiriyah Granada yang berajakan Abu 'Abd-Allah
Muhammad telah dikepung oleh Kerajaan Aragon dan Castille. 400,000 nyawa
umat Islam berada dalam ancaman.
Setelah perundingan dijalankan dan Perjanjian Granada dimeterai pada November 1491, dua bulan kemudian, Abu 'Abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand. Perjanjian Granada bunyinya sungguh indah. Ia menjanjikan keadilan dan kesamarataan untuk semua pihak.
Orang Islam dibenarkan melaungkan azan dan beribadat seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi masjid. Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam, mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada.
Lebih menakjubkan Perjanjian Granada juga membenarkan pelaksanaan undang-undang Islam seperti yang sedia dipakai kerajaan Islam, tanpa umat Islam perlu dihukum berdasarkan undang-undang kristian Sepanyol. Rakyat malah bergembira kerana mereka dijanjikan pelepasan semua cukai daripada kerajaan baru.
Cantiknya Perjanjian Granada tidak terhingga. Tidak hairan, Abu Abd-Allah boleh mengalah. Penambah perisanya dalam sejarah Granada, kota tersebut dipendekkan umurnya oleh sekumpulan orang Islam yang disebut sebagai Mudejar. Mudejar ialah orang Islam yang tinggal dibawah pemerintahan Kristian Sepanyol. Mereka juga bersama-sama dengan kerajaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di bumi Iberia itu.
Mudejar dikatakan berasal daripada perkataan Mudajjan yakni orang yang dijinakkan (untuk berada dibawah naungan kerajaan Kristian Sepanyol) tetapi ada yang mengatakan bahawa ia daripada perkataan Mudajjal. Maknanya faham-faham sendirilah.
Tidak kurang juga antara mereka putera-putera raja Muslim Sepanyol yang mengira-ngira untuk mendapatkan laba daripada tuan kristian Sepanyol mereka samada menjadi menteri dan kekayaan melimpah atas upah khianat mereka. Mereka ini juga menjadi dajjal di sebalik runtuhnya kota Granada. Tetapi janji hanya tinggal janji dan ia dimungkiri, sepertimana kata-kata bahawa manifesto itu bukannya janji. Tahun 1499 perjanjian itu diingkari.
Cardinal Francisco Jimenez de Cisneros telah memulakan pengkristianan paksa orang Islam di Granada. Rumah-rumah keturunan Muslim dipaksa menggantung babi, tanda mereka bukan lagi Islam. Inkuisi Sepanyol dimulakan. Sesiapa sahaja yang tidak Kristian Katolik disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan Muslimin dipaksa murtad.
Walaupun pemerintahan Abu Abd-Allah tidak sempurna (dan dikatakan beliau telah merebut kuasa daripada bapanya sendiri), tetapi beliau masih Islam dan iman umat Islam masih terjaga lagi terpelihara dibawah pemerintahannya yang dikritik lemah, lembab dan zalim.
Kezaliman ini bukan hanya dihadapi oleh orang Islam malah bangsa-bangsa lain seperti Yahudi juga turut dipaksa menukar agama, dihina, ditindas, diseksa malah dibunuh sewenang-wenangnya.
Jika dilihat senario hari ini, kita melihat hikmah mempunyai dan dinaungi oleh sebuah kerajaan Islam diambil mudah. Orang menganggap ia mudah datang dan mustahil untuk pergi. Malah ada yang menghasut rakyat menjatuhkan pemerintahan yang sedia ada dan menaikkan mereka sekalipun pakatan mereka ini bersekongkol dengan golongan liberal, promurtad dan pluralisme agama.
Alasan untuk menumbangkan kuasa sesuatu kerajaan Islam cukup mudah yakni atas nama memerangi korupsi, kezaliman dan kronisme. Ini adalah panji-panji murah yang dikibarkan oleh sesetengah pihak. Malah rakyat dibisikkan dengan halwa telinga yang menyebabkan mereka bersikap sambil lewa. Telinga mereka didodoikan bahawa seandainya kerajaan baru tidak bagus mereka boleh menukar kerajaan sekali lagi dalam tempoh lima tahun.
Apa tindak balas orang Melayu dalam PKR, Pas dan DAP yang seolah-olah mereka sudah dijinakkan seperti mudejjar Kerajaan Kristian Sepanyol. Bagaimanakah mereka boleh menerima seorang pelopor kebebasan beragama termasuk murtad mengetuai mereka dalam demonstrasi yang menghuru-harakan negara? Adakah nanti atas dasar sama-rata, negara akan mempunyai mufti beragama Hindu, Kristian ataupun Buddha? Nampak lucu tetapi usikan kearah itu sudah mula berlaku.
Menghairankan lagi mudejar-mudejar ini terus melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sekutu mereka. Mereka memuji Nga Kor Ming sebagai pandai membaca al-quran tetapi musuh mereka yang beragama Islam pula dikatakan orang yang dibenci Tuhan. Mereka sanggup menarik balik hukuman memotong rambut berlainan jantina yang sudah ada dalam kerangka undang-undang negeri selama hampir 20 tahun dalam masa dua hari setelah mendapat bantahan daripada sekutu kafir mereka. Tetapi tidak sanggup untuk menarik balik Amanat Tok Guru mereka yang jelas mempunyai unsur mengkafirkan sesetengah pihak sekalipun dirayu dan didesak selama hampir 30 tahun.
Mereka berbangga apabila Lim Guan Eng hendak menjadi Umar Abdul Aziz, tanpa menyedari bahawa Allah swt tidak akan memandang kepada bagaimana berazamnya seseorang kafir itu mencontohi kebaikan seorang mukmin melainkan si empunya badan itu melafazkan dua kalimah syahadah. Apakah tidak sedih Umar Abd Aziz, apabila seorang yang kafir musyrik itu yang dipuja dan dipuji dan disamakan dengan beliau oleh orang yang mengaku muslim dan mukmin?
Jadi, tidakkah sama nilai mereka ini dengan mudajjal? Oleh itu, janganlah kerana digula-gulakan dengan orang lain pandai menyebut nama seorang dua khalifah Islam dan tahu barang satu dua ayat al-Quran dan hadis, kita hendak menggadaikan kuasa yang ada pada kita.
Ingatlah, orang Islam Granada dijanjikan perkara yang jauh lebih baik daripada Buku Jingga yang menjanjikan bulan dan bintang untuk memujuk mereka menyerahkan kuasa politik. Tetapi, harga yang perlu mereka bayar akhirnya adalah untuk berada di tiang-tiang salib dengan mata yang dikorek dan kaki tangan mereka dikudungkan serta akidah yang tergadai.
amukanmelayu - Al-Andalus pusaka yang TERGADAI kerana ''Pengkhianat" tak pernah RASA BERSALAH DAN BERDOSA, ia juga tidak SEDAR yang dirinya seorang PENGKHIANAT.............