,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 29 January 2013

MURTAD - HANCUR LULUH HATI IBU, DENGAN AIR SUSU YANG HALAL DI DIDIK KITA DENGAN TAUHID KEPADA ALLAH DAN RASUL TAPI INI BALASAN KITA



Kisah Murtad


Saya dapat kisah ini melalui emel dan terpanggil untuk berkongsi di sini.
Rupanya baru kini saya sedar, kes murtad di kalangan orang islam khususnya orang melayu bukanla boleh di anggap satu lagi kes terpencil. Bayangkan pada tahun 1997, disahkan bahawa 3,000 orang melayu/islam telah murtad, keluar dari agama nya dan memilih untuk masuk ke dalam agama lain ataupun menjadi atheis (tidak ber-agama), dan setelah hampir 13 tahun berlalu, kes murtad ini rupanya telah berkembang dan membiak. Menurut stastitik yang dicatatkan oleh jabatan pendaftaran negara mengesahkan bahawa hampir 250ribu umat islam telah murtad di malaysia. Dan, ya persoalan pokok masih menjadi tanda tanya, di manakah langkah-langkah pencegahan yang kita ada untuk atasi permasalahan ini?

Ikuti pembacaan ini, siri koleksi kisah murtad yang pernah mengemparkan negara suatu ketika dulu, semoga ini menjadi pengajaran dan pedoman buat kita, untuk kita renungi bersama..
kisah satu.

Pernah dengar nama nor aishah bokhari? ketika kes ini hangat diperkatakan, saya sebenarnya masih kecil, dan tidak tahu. baca petikan ini:

Aisyah Hj. Bukhari

Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh peguam Zulkifli Nordin.
Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut. 1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anaknya dimurtadkan di rumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad.
Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak.
Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal .

Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.
Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.”

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri rasa hairan macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.
Butir asal permohonan…

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul.
Permohonan itu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”
Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Katholik”.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957.

Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.

Kisah Dua:

Add caption


Baca petikan ini, rasa macam nak menangis aje, tegar seorang anak memperlakukan ahli keluarga sendiri seperti itu?
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad.
Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk.
Menggelupur dia depan kedai tu. Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapanya pukul boyfriend dia.
14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta.

Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul Hindu), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu ditembak oleh seorang yang tak dikenali.
Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan. Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Kisah Ketiga:



Baca petikan ini, luahan dari ibu azalina aka lina joy

Assalamu’alaikum,
Saya sering tertanya-tanya, “tak kan lah ibu-bapa si Azlina ni langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka yang dah murtad dan sedang membuka pintu murtad secara bebas kepada umat Islam lain?” Tengahari tadi gejolak dalam jiwa saya itu terjawab apabila saya berkesempatan menziarahi keluarganya di USJ. Bapanya yang berasala dari Kancong Darat sudah lama meninggal dunia.

Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri dari pegawai2 dari MAIS, Dr. Zaleha Kamaruddin dari UIA, Hj Walid (my batch/my ofis mate) adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibu saudara, adik lelaki dan jirannya yang juga baru mendapat tahu bahawa Azlina yang sensasi tu adalah anak jirannya.

Ibunya, Mak Som
Ibunya, Mak Som kelihatan sugul sepanjang perbualan. Dapat saya rasai beban perasaan yang ditanggungnya selama 10 tahun ini terutama sekali apabila beliau mengenangkan pesanan arwah suaminya supaya memberikan perhatian kepada perlakuan Azlina ketika beliau di penghujung usia. Dari pemerhatian saya, keluarga Azlina ni adalah keluarga yang beragama, Mak som bertudung sempurna. 

Nampak sejadah tergantung di dua tempat berasingan, ayat2 al quran dan gambar besar kaabah terbentang di ruang tamu, (semua ni circumstancial evidence for my conclusion) Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina) sebagaimana orang lain, pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah ( Sri Aman- PJ) balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di Sg Way, rumah ustaz. Beliau juga menunaikan solat dengan sempurna.

Namun kejadian kemalangan jalanraya lebih 10 tahun lalu di kampong mereka di Banting telah membawa kecelakaan kepada keluarga tersebut. Seorang lelaki India bernama Johnson yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan Azlina. Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut dan sopan santun terhadap keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga apabila kereta Azlina terlantar di workshop beberapa minggu si Johnson inilah yang menjemput dan menghantarnya. Rupanya kebaikan si Johnson ni ada makna! Mak Som telah beberapa kali mengingatkan Johnson, kalau betul-betul minat, masuk Islam lah, tapi kata Johnson beliau belum bersedia.

Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan. Rupa-rupanya bapanya orang kuat church! Paderi ke apa saya tak tau. Apabila diconfranted beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan pindah rumah, tapi masih berkunjung ke rumah keluarganya. She’s willing to talk to the family but not on that sensitive issue. Dia akan merajuk, 2-3 minggu tak muncul atau call. Mak Som pernah gunakan khidmat Datuk Ishak Baharom untuk dialog dengannya, tapi tak jalan. Hujahnya simple, “saya tak kacau orang”. Kata kakanya, Azlina ni very vocal, firm, English speaking dan agak dominant dalam keluarganya.

She’s now 42, according to the family dia belum kahwin dengan Johnson tu dan sedang tunggu outcome of this case. Tapi ada riwayat yang sampai kepada saya kata dah kahwin di church tapi x leh daftar sebab ada perkataan Islam on her mykad. Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu sangat-sangat berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan keluarganya dalam keadaan Islam dan beriman. Dia agak kecewa kerana ada beberapa individu dan pertubuhan yang menziarahinya dan cuba berusaha untuk membantunya tapi tak berjaya even untuk berkomunikasi pun dengan si Lin tu.

ALKIS bercadang untuk membawa Mak Som berserta keluarganya ke Majlis Forum ALKIS pada 5 Ogos nanti di Pusat Islam untuk membri peluang kepada keluarga ini menyatakan harapan mereka supaya Lina dikembali kepangkuan keluarganya dan agamanya. Semuga episode Azlina Jelani ini akan memberikan kesan positif kepada umat Islam, kita
doakan beliau diberi hidayah untuk kembali ke jalan Allah.

Peguam Yang Memainkan Perana Untuk Murtadkan Orang Islamelayu
ibu-lina-joy
Puan Kalthum Omar
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad, tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama Islam.
Wanita berkenaan, Kalthum Omar tetap bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya biarpun dirinya dalam keadaan tua dimamah usia dan terpaksa berkerusi roda.
Menurutnya, sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak perempuannya yang meninggalkan negara untuk berada di Australia.
“Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga,” katanya dalam program Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini.
Program itu merupakan anjuran bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).
Lina Joy pernah menggegarkan negara kerana pengakuan murtadnya, namun dia gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada MyKad setelah penghakiman Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007.
Menurut Kalthum, dia langsung tidak menyangka perhubungan anaknya dengan seorang lelaki bukan Islam telah membawa kepada murtad.
“Dia ada telefon saya dua hari sebelumAidilfitri (baru-baru ini) tetapi dia tetap macam itu juga (masih murtad),” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pembela, Dr. Yusri Mohamad berkata, kemuliaan agama Islam perlu dipertahankan dengan ketegasan di negara ini.
“Memang kita sedih bila mendengar mengenai keluarga Puan Kalthum tetapi kalau kita berlembut dan tidak pertahankan Islam, ia akan buka pintu masalah kepada keluarga-keluarga lain,” katanya
Untuk bacaan lanjut, sila click link ini.


Setelah membaca ketiga-tiga kisah di atas, saya terfikir apa yang boleh dibuat untuk membendung perkara ini? Saya mohon pendapat dari pembaca blog ini terutama yang ada background law. Saya hanya memberi pandangan berdasarkan pemahaman saya sendiri berdasarkan sedikit pembacaan, mendengar ceramah seorang menteri dan perbincangan dengan my husband.

Merujuk kepada Artikel 11, Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan kebebasan beragama. Tetapi Artikel 11 (4) pula menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan orang bukan islam menyebarluaskan ajaran agama lain kepada orang Islam. Kalau kita lihat ketiga-tiga kes tadi modus operandi nya lebih kurang sama. Ketiga-tiga mangsa adalah perempuan dan ketiga-tiga mereka murtad sebab bercinta dengan lelaki bukan Islam. 

Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan lagi, Artikel 160 (2) iaitu definisi Melayu. Salah satu takrifan Melayu ialah beragama Islam. According to my husband, mereka tu semua memang murtad di sisi agama tetapi tidak di sisi perlembagaan. Sebab mereka Melayu. Melayu, mesti beragama Islam.

Tapi saya masih tak berpuas hati, sebab pokoknya mereka ini telah murtad. Cuma legally and officially saja tidak. Sebab itu Lina Joy sampai hari ni gagal nak delete perkataan ISLAM kat IC dia. Just because dia Melayu. Tapi hakikatnya dia dah terang-terangan mengaku memeluk agama kristian.

Pastu dalam kebanyakan kes murtad ni, keluarga biasanya akan bertindak sendiri mengurung anak mereka yang murtad tu dan cube memulihkan semula akidah mereka. Dalam kebanyakkan kes, keluarga berusaha sendirian. Ape peranan JAKIM dalam hal ni? Ada tak pusat pemulihan orang murtad di Malaysia? macam pusat pemulihan dadah/ akhlak. Kalau belum ade, perlu tak diadakan? Kebanyakkan kes, mangsa murtad biasanya berjaya dibawa lari atau melarikan diri dari keluarga masing-masing.

Polis? Tak bolehkah lelaki bukan Islam yang bertanggungjawab memurtadkan anak-anak perempuan mereka itu dikenakan tindakan? Ditangkap, dihadapkan ke mahkamah dan didakwa kerana telah melanggar Artikel 11(4) tadi tu? Peruntukan dah ade, tapi pernah ke digunakan? Lelaki-lelaki tu bukannya lari lepas berjaya memurtadkan anak perempuan orang malahan berani berhadapan dengan keluarga mangsa dan claim nak ambil balik perempuan tu. Maaf kalau saya tersilap, tapi so far saya tak pernah dengar yang polis menangkap orang bukan Islam yang memurtadkan orang Islam. Siapa pernah dengar, sila beritahu saya. Tak bolehkah ISA digunakan untuk menangkap mereka ni?

Untuk mereka yang murtad pulak, tak boleh ke mahkamah syariah buat sesuatu? Ade tak dalam mane-mane peruntukan dalam Syariah Law in Malaysia untuk mereka yang murtad ni? Kenapa mereka ini masih bebas? Tolong, saya pohon penjelasan.

Amukanmelayu - mulut dan tangan yang memangkah untuk memilih PEMIMPIN ada habuannya di akhirat kelak.