,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 23 May 2014

TEKTIK ZIONIS SEDANG DI GUNAKAN OLEH DAP



PIMIKIR Melayu PAS
OLAK LEMPIT - 23 Rejab, Jumaat - Satu demi satu penghinaan dibuat oleh DAP. Mereka sengaja mencetuskan kekacauan dan kemudian mereka menjadikan kekacauan rantaian sebagai SALAH UMNO kerana yang bertindak balas adalah UMNO. Cetusan provokasi yang dilakukan langsung tidak diperkatakan. Kesalahan seluruhnya diletakkan kepada bangsa UMNO.

Sama seperti yang dilakukan oleh Zionis di Palestin. Mereka menceroboh dan merampas tanah rakyat Palestin. Mereka menganiaya rakyat Palestin dan menghalau mereka dari tanah serta kediaman. Mereka menghina rakyat Palestin dengan sewenang-wenangnya, sehinggakan masjid diruntuh bahkan Al Aqsa yang menjadi masjid ketiga tersuci dalam Dunia Islam turut diancam keselamatannya.
ZIONIS - Dalam masa 53 tahun mereka menguasai PLASTINE

Dan apabila rakyat Palestin bangun menentang kezaliman mereka, Zionis segera mengikrarkan bahawa Palestin adalah PENGGANAS. PLO, FATAH dan HAMAS kesemuanya adalah pengganas dan perlu dihapuskan. Seluruh dunia menjadikan para pejuang Palestin sebagai pengganas dan perlu dihapuskan seperti anai-anai.

Di Malaysia, DAP menggunakan kaedah itu dengan sebaik-baiknya kerana mereka juga mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu-Islam yang menentang UMNO seperti mana sebahagian Arab Palestin menyokong Zionis memburu ataupun menjadi perisik ke atas saudara mara mereka sendiri.

Lim Kit Siang yang merupakan antara dalang utama mencetuskan tragedi berdarah Mei 1969, masih bergelut untuk meletakkan seluruh kesalahan kepada UMNO dan perebutan jawatan dalam UMNO pada tahun berkenaan bagi mengelakkan dia dipersalahkan. Sekalipun fakta-fakta sejarah secara jelas mengatakan, dia memang menghasut sepanjang kempen 21 hari PRU-3 pada tahun 1969, Kit Siang masih berusaha menjadikan kealpaan masyarakat Malaysia dengan sejarah negara ini sebagai kaedah terbaik memutarbelitkan sejarah.

Pada PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan, sekali lagi Lim Kit Siang memainkan peranan utamanya dengan baik. Turut membantunya adalah Lim Guan Eng, anaknya sendiri yang merupakan Setiausaha Agung DAP.

RSN Rayer dijadikan ayam tambatan bagi memastikan undi-undi masyarakat India di kedua-dua Parlimen diberikan kepada DAP. Caranya cukup mudah iaitu dengan menaikkan sentimen kemarahan orang Melayu. Melayu perlu digambarkan sebagai bangsa pemarah yang tidak boleh dibuat kawan dan tidak boleh dijadikan sebagai sekutu dan sahabat. Juga tidak boleh dipercayai kerana pada bila-bila masa sahaja kebodohan Melayu akan meranapkan negara ini.

Perbuatan sengaja yang dilakukan oleh RSN Rayer berjaya memancing kemarahan orang Melayu sehinggakan 13 orang Pemuda UMNO ditangkap polis kerana menyerbu dan menceroboh bangunan DUN Pulau Pinang.

Puaslah hati DAP kerana berjaya membuktikan betapa bengapnya dan ceteknya pemikiran orang Melayu, khususnya UMNO. Dan untuk menunjukan betapa keadaan negara ini tidak aman kerana kebodohan DAN KECELAKAAN ORANG MELAYU, Rayer hari ini telah MEMERINTAHKAN PDRM menyediakan anggota-anggota polis untuk mengawalnya selama 24 jam.-
Selahi hampa duk bergaduh....alamat LUNYAIlah slamelayu di kerjakan KAFIRUN

Sebahagian Melayu sudah pun bersorak keseronokan kerana UMNO dibuktikan sebagai CELAKA!!!!


AMUKANMELAYU - Iblis telah gagal menghasut Umat Muhammad Rasul sekelian Alam ke atas perkara-perkara Besar....tapi dia akan menghasut ke atas perkara-perkara kecil.......