,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 10 June 2014

BABI TETAP BABI


  

OLAK LEMPIT - Selasa 12 Sa'aban 1435H. Terima kasih tidak terhingga kepada Tok-Tok Guru Kampung yang telah mengajar Aki mengenai HALAL-HARAM ke atas makanan. Terima kasih kerana mengajar Aki kebersihan dan pembatalan wuduk, Terima kasih kerana megajar Aki mengenai air.....dan terima kasih tak terhingga kerana mengajar Aki tentang NAJIS.

Pak Teh, Mak Teh, Pak Su, Tok Dohab, Tok Lop, Tok Bahin, Tok Syeh Osman, Tok Guru Pondok Bukit Pinang. Pondok Titi Besi, Pondok Upeh, pondok Langgar....makasih sangat-sangat.....

Semasa di Dhaka Bangladesh.....kawan-kawan pakat duk gila beli Pinggan yang ada Air Emas di tepinya, beribu harganya......Aki terkebil-kebil mata kerana teringatkan pinggan di rumah yang di beli di Nilai 3 dan beberapa tahun yang lalu.....pinggan kaca asli. Kawan-kawan pakat duk tanya, kenapa tak pilih.....belilah satu set buat hadiah kat bini. Aki hanya menjawab tak apalh....

Kawan Aki dari Penang Azmi namanya selalunya cepat tangkap segala tindak-tanduk Aki. "Hoiiii.....hang kalu tak mau beli ni...mesti ada pasal.....aku tahu sangat perangai hang"....katanya.

Tokey kedai yang hampir-hampir memerangkap kawan-kawan Aki tu menyampuk...dalam Bahasa Melayu, katanya pernah bekerja di Malaysia selama 3 tahun. "Encik....ini pinggan cantik tepi ada emas ....ini pinggan buat dari serbuk tulang".....

Aki...."Itu tulang U angkat dari mana?"

Tokey..."Ini tulang impoted from China".....

Aki...."Tulang apa?"

Azmi terus tetawa.....dan kami meninggalkan kedai pinggan itu tanpa membelinya. Awas saudara-saudaraku, banyak pinggan sekarang ni yang di buat dari serbuk tulang babi........kalu pinggan pun kita tak beli inikan pula benda yang nak di makan...... 

Kepada yang duk nak PERHALALKAN juga DNA babi ni......kamu makan jerlah....jangan mempengaruhi orang lain......nak tanya satu jer......kita ni dah darurat sangatkah atau dah boleh membawa maut kalu tak makan makanan yang ada DNA babi tu?








AMUKANMELAYU - Dulu dah pernah berlaku kes seperti ini apabila ada yang mengatakan ULAR halal di makan.....untuk menyelesaikan semua ini.....ULAR di buat Gulai dan yang mengatakan ular itu halal di makan hilang dari khalayak begitu sahaja.......