WAS-WAS
Hal ini berdasarkan hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Husain: da’ ma yuribuka ila ma la yuribuka (tinggalkan
seseuatu yang membuat ragu dan lakukan sesuatu yang tidak meragukanmu).
Sangat jelas kali perbedaannya. Mengamalkan hadis ini disebut ihtiyath. Jadi, jika meninggalkan sesuatu demi syakk disebut ihtiyath (hati-hati, baik hukumnya), dan meninggalkan sesuatu demi waswas disebut tafrith, ceroboh pelakunya.
Demikianlah sudah sangat jelas perbedaan eksistensi dan substansi serta konsekuensi antara dua hal tersebut, yaitu waswas dan syakk tersebut. Sehingga semoga kita dapat memahami dan kemudian bisa terlepas dari penyakit Iblis laknatullah itu. Maha Benar Allah Yang Berfirman:
قل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
“Katakan telah datang kebenaran dan lenyap kebatilan, sesungguhnya hal yang batil itu lenyap”.
Semua Benda nak di Swastakan |
Dah lama penulis meragui status HALAL ini di semua makanan yang di jual di Kedai-kedai. Ianya semakin parah selepas SIJIL HALAL ini di swastakan. Kini timbul sesuatu yang amat besar yang mampu membuatkan ISLAM itu di pandang hina oleh "Orang Luar" dan oleh orang Islam sendiri. KMM adalah sebuah KEMENTERIAN dan ianya adalah Barisan Hadapan Kerajaan yang memerintah. Sementara JAKIM pula adalah JABATAN yang di letakkan di Bawah Jabatan Perdana Menteri.
Bila KES LEMAK BABI atau apa-apa saja yang berkaitan dengan babi dah semestinyalah ianya haram dan Najis Berat. Jakim dan apapa lagi makmallah yang duk pertikai benda ini, kembalilah kepada Al-Quran. Mungkin ini adalah peringatan Allah kepada Islamelayu di Malaysia. Kenapa sampai sanggup Orang Jabatan yang sanggup nak makan coklat ini hanya semata-mata untuk membuktikan ianya adalah HALAL. Sudah-sudahlah.....berapa banyak lagi dapor yang bahan masakannya di campur wain dan di dindingnya terpampang logo HALAL?
Untuk perkara ini SYUKUR KE HADRAT ALLAH kerana memberi kesedaran kepada kita semua. Berbalik kita kepada perkara WAS-WAS. Apa hukumnya. Disini ada dua was-was. Pertama SIJIL HALAL keluaran JAKIM dan Kedua adalah Coklat itu sendiri. Tepuk dada tanyalah Iman.
CADBURY : JAKIM BURUKKAN IMEJ KERAJAAN , BUAT KEPUTUSAN MERAGUKAN HALAL HARAM
Isu
Cadbury yang didakwa KKM mengandungi DNA babi semakin mengelirukan
& meragukan umat Islam apabila JAKIM semalam dakwa ia bebas daripada
seberang unsur berkenaan .
Sepatutnya
dalam isu ini , kenyataan berdasarkan fakta yang sahih sahaja perlu
dikeluarkan dan bukannya sekejap ada DNA dan sekejap bebas .
JAKIM
yang didakwa Pak Menteri bertanggungjawab adalah satu pihak yang
berhak sahkan samada ia halal dan haram sepatutnya duduk berbincang
dengan KKM sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan .
Implikasinya imej kerajaan yang buruk kerana didakwa buat keputuan flip flop dalam soal halal haram .
Kita
hanya gah bercakap Malaysia negara hebat mengeluarkan makan halal dunia
tapi dalam isu cadbury ini pun buat keputusan meragukan !!
- Kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kedua-dua sampel coklat Cadbury bebas Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine), mengelirukan pengguna Islam di negara ini.
Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (PPNS), Khairudin Yunus berkata, situasi yang berlaku sekarang ini tidak sepatutnya terjadi, berikutan ia melibatkan soal haram dan halal sesuatu makanan.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengesan penggunaan DNA babi dalam coklat terbabit, dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Tambahnya, sebagai pakar dalam hal ini, pihak berkenaan perlu meneliti dan memastikan fakta diperoleh benar-benar sahih sebelum membuat sebarang kenyataan.
“Pengguna kini semakin keliru dengan apa yang berlaku, sekejap kata sah ada DNA babi, sekejap kata bebas.
"Jabatan berkenaan seolah-olah tidak mempunyai pendirian yang kukuh dalam memastikan isu berkenaan benar-benar sahih atau sebaliknya.
“Sebagai pengguna sudah tentu kita akan keliru sekiranya terdapat fakta bercanggah, sehingga menyebabkan hilang keyakinan terhadap produk berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, pihak berwajib perlu memberi penjelasan dengan telus dan jujur agar pengguna Islam tidak dianiaya dengan perbuatan yang tidak sepatutnya.
"Ke mana laporan asal yang dibuat KKM sebelum ini, yang mula-mula mengenal pasti produk berkenaan mengandungi DNA babi? Halalal toiyibah itu penting dalam setiap produk makanan yang dimaka bagi memastikan jiwa umat Islam tidak dinodai dengan benda-benda haram,” katanya.
Kata Khairudin, dengan situasi sekarang, pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli produk makanan yang dirasakan was-was tahap kebersihan dan pembuatannya.
Jelasnya, pengguna mempunyai banyak pilihan lain memandangkan di pasaran semasa sekarang ini terdapat pelbagai jenama coklat lain yang disahkan halal.
KKM MAKAN NANGKA, JAKIM DAN CADBURY KENA GETAH
3 JUN: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan meneruskan boikot terhadap produk keluaran Cadbury walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Isnin mengesahkan tiada DNA babi ditemui dalam produk syarikat itu berdasarkan analisa ke atas sampel yang diambil terus dari kilangnyaPPIM menerusi kenyataan di laman web rasminya berkata, persatuan itu menuntut penjelasan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kenyataannya sebelum ini yang mengesahkan terdapat DNA babi di dalam dua jenis produk coklat Cadbury.
“Kami menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM (mengesahkan tiada DNA babi dalam produk Cadbury).
“Bagaimanapun, kami berpendapat, pihak yang perlu mengeluarkan kenyataan untuk menafikan kewujudan penemuan DNA Porcine pada produk Cadbury adalah KKM memandangkan tindakan kami bersama NGO lain serta rakyat adalah berdasarkan kenyataan rasmi KKM,” kata kenyataan PPIM itu.
Menurut kenyataan itu, PPIM akan terus memboikot produk coklat berkenaan jika KKM tidak tampil membuat sebarang kenyataan untuk menafikan dakwaan mereka sebelum ini.
Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dilaporkan menggesa agar JAKIM mengembalikan semula keyakinan kepada rakyat Malaysia.
Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, JAKIM perlu menjelaskan kepada rakyat tentang standard prosedur operasi (SOP) pengeluaran sijil halal kepada syarikat-syarikat yang memohon.
“JAKIM perlu ambil inisiatif untuk menerangkan ‘bagaimana Cadbury boleh mendapat sijil halal pada mulanya?’ serta ‘bagaimana JAKIM akan memastikan perkara sama tidak berulang?’
“Selain itu, saya mencadangkan garis panduan diketatkan bagi syarikat yang ingin memohon sijil halal daripada JAKIM supaya rakyat akan kembali percaya dan yakin kepada JAKIM,” kata Faisal dipetik portal saluran berita Astro AWANI.
Pada Isnin, JAKIM membuat pengumuman bahawa tiada penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal.
Di laman media sosial pula, orang ramai serta pengguna Cadbury sendiri turut melemparkan pandangan masing-masing.
Ada yang bersikap positif, ada yang bersikap negatif dan ada juga yang masih lagi was-was dengan pengumuman yang dibuat JAKIM.
Isu dakwaan ada DNA babi dalam dua jenis cokelat keluaran Cadbury bermula apabila ada pihak membocorkan di laman media sosial gambar dokumen sulit KKM tentang hasil analisa ke atas dua sampel produk berkenaan yang diambil secara rambang di pasaran pada 23 Mei lalu.
Ia memaksa KKM mengeluarkan kenyataan rasmi sehari kemudian bagi mengesahkan bahawa dokumen itu tulen, sekaligus bermakna hasil analisa berkenaan juga benar.
Tersentak dengan berita itu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha mengambil tindakan segera mengeluarkan kenyataan ppada petang hari yang sama menggantung sijil halal dua jenis cokelat itu berkuatkuasa serta merta hingga siasatan selesai.
Bagaimanapun Othman menyatakan sepatutnya itu dimaklumkan kepada JAKIM terlebih dahulu untuk tindakan peringkat dalaman sebelum dihebahkan kepada orang ramai.
Ini kerana kuasa makmal ujian KKM itu hanyalah mengesahkan hasil anlisanya sahaja dan bukan menghebahkan kepada umum.
Yang peliknya keputusan analisa makmal KKM itu sebenarnya diperolehi pada Februari tapi ia hanya dihebahkan pada Mei lalu.
Namun yang dipersalahkan secara membuta tuli adalah JAKIM yang didakwa kononnya mudah mengeluarkan sijil halal dan tidak membuat pemantauan susulan.
Untuk rekod, Cadbury sudah diberikan sijil halal seawal tahun 2004 dan sehingga Februari lalu (ketika makmal KKM menemui DNA babi dalam sampel yang dianalisanya), malah sehinga 22 Mei lalu (sehari sebelum dokumen analisa KKM dibocorkan), tiada sebarang penyelewengan yang boleh menjejaskan status halal produk syarikat itu.
Perlu juga diingatkan, analisa makmal KKM dibuat ke atas sampel yang diambil secara rawak di pasaran, sekaligus bermakna pencemaran DNA babi itu boleh berlaku di mana-mana sahaja dari pelbagai sumber sepanjang perjalanan produk itu keluar dari pintu kilang Cadbury, kepada pemborong hinggalah ke rak-rak pasaraya atau kedai runcit.
Untuk maklumann juga, DNA adalah satu bentuk zarah yang sangat kecil bersaiz 0.01 NANO liter yang mampu merebak dengan amat mudah sama ada melalui sentuhan atau udara.
Pada 26 Mei lalu, JAKIM telah mengambil sampel kedua-dua jenis produk cokelat yang didakwa makmal KKM mengandungi DNA babi terus dari kilang Cadbury.
Malah JAKIM juga turut mengambil sampel empat produk lain serta lima jenis bahan mentah yang dipercayai berpotensi mengandungi unsur haiwan dari kilang syarikat itu.
Sampel enam produk dan lima bahan mentah itu diserahkan kepada makmal Jabatan Kimia untuk dianalisa dan pada 2 Jun (Isnin) keputusan ujian jabatan itu mendapati semua enam produk dan lima bahan mentah dari kilang Cadbury tidak mengandungi DNA babi.
Maknanya mudah – Cadbury tidak menggunakan DNA Babi dalam ramuan atau adunan resepi produknya, dan ia bermaksud juga produk syarikkat itu tidak mengandungi bahan dari binatang yang diharamkan dalam Islam itu.
Sebaliknya, apa yang dimaksudkan oleh penemuan makmal KKM adalah ujian ke atas dua sampel cokelat yang diambilnya mendapati ia dicemari DNA haiwan berkenaan.
Terdapat dua perbezaan yang amat besar antara perkataan “mengandungi” dan “dicemari” bagi kita menjustifikasikan “hukuman” ke atas Cadbury mahupun JAKIM.
Sebenarnya kesimpulan kes ini amat mudah diputuskan – pihak berwajib (JAKIM) sudahpun membuat siasatan dan tampil mengumumkan keputusannya, justeru jika ada yang mahu terus boikot Cadbury, biarlah ia menjadi keputusan individu itu sendiri.
Menghasut orang ramai untuk turut memboikot kini boleh disifatkan menjadi satu fitnah dan menganiaya pihak yang tidak bersalah.-bnbbc.my
AMUKANMELAYU - Tak makan coklat cadbury tak mati pun...... banyak lagi makanan lain yang halal di amakan yang di masak oleh ibu di rumah....