,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 10 October 2014

MALANG MELAYU MENDAPAT PM ANAK PM


OLAK LEMPIT - Jumaat 15 Zulhijjah 1435, beberapa hari yang lepas ada penulis menyentuh tentang kenaikan minyak dan penulis "MEMPERLI" seorang Pak Menteri dan di poskan dalam FB, maka adalah orang yang shere wajah Pak Menteri tersebut dan menasihatkan pada penulis supaya lebih berhemah apabila melahirkan "KEMARAHAN" penulis.......hahahahaha. Ketawa penulis sebab sesiapa sahaja yang tidak mengikuti SEJARTAH AWAL blog Tangisanmelayu atau Amukanmelayu ini, ia tidak akan faham gaya luahan hati dan perasaan rakyat marhain.

Sejak zaman pemerintahan Pak Lah, jika di perhatikan....banyak agensi atau Jabatan-jabatan baru di tubuhkan. Malah Kementerian juga kalau di perhatikan ada Kementerian yang sekejap ada dan sekejap tiada dan ada Jabatan yang sudah beberapa kali di pindah JABATANKAN. Mungkin orang tidak peduli semua itu, tapi bagi penulis, ini semua adalah KEGILAAN setiap PM yang baru menduduki singahsana orang NO 1 Negara.....sehingga kadang-kadang ia lupa DYMM Yang Di Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu sedang memerhatikannya.

Ini pula cuba kita lihat apa yang di lakukan Najib. Ini adalah hasil penulisan . Penulis harap pembaca dapat membuka mata yang semua PM ada agendanya sendiri tapi nasib malang kita bermula dengan PM yang ke 5 dan nasib malang ini di teruskan dengan PM yang ke 6. Bagi penulis ini bukan salah Najib, Tapi Najib tak pernah susah dan ia di besarkan sebagai ANAK PM dan DENYUT NADI RAKYAT hanyalah ungkapan yang terkeluar dari mulut merah Najib tanpa dia tahu NADI RAKYAT SEDANG BERDENYUT KENCANG......

'KeJAYAan' DASAR-DASAR kerajaan HASIL pemikiran DS Najib yang tak akan diSEBUT semasa pemBENTANGan BAJET 2015..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Selepas keNAIKkan HARGA PETROL RON95 seBANYAK 20 sen, NAMPAKnya ada yang mengHARAPkan ke'AJAIB'an dalam pemBENTANGan BAJET 2015 esok.. Yang paling KETARA kita NAMPAK ialah untuk KAKITANGAN Kerajaan sendiri..
Ya.. BENTANGlah BAJET untuk 20 TAHUN akan datang sekalipun.. KAKITANGAN AWAM tetap akan menerima 'HABUAN' yang meLIMPAH RUAH berBANDING kita SEMUA yang beKERJA dengan SWASTA ini.. TAMBAHlah lagi sehingga TIDAK ada lagi mereka ini yang perlu kepada segala 'BENEFIT' KAKITANGAN kerajaan seperti keMUDAHan segala macam 'LOAN', RAWATan perUBATan dan segala macam ELAUN.. Biarkanlah kami yang beKERJA di SEKTOR SWASTA ini diPERAH untuk menampung keSEMUA itu menerusi CUKAI.. PerSETANkanlah RINTIHan kami yang diTINDAS oleh MAJIKAN dan terpaksa menerima keNAIKkan KOS ini..
Kita dah SEBUTkan semalam bahawa kenyataan seorang MENTERI 'PUNAH-Sihat' seperti di bawah ini sangat-sangatlah menyakitkan HATI lagi MENIPU.. IRONInya, MENTERI yang TIDAK berTANDING PRU ini lebih diyakini oleh DS Najib berBANDING dengan MENTERI atau MP UMNO/BN yang berTANDING PRU?
Kita CUKUP yakin bahawa segala perkara di bawah ini langsung diperSETANkan aje oleh kerajaan pada BAJET 2015 esok HARI.. Apa lagi 'GULA-GULA' mereka?
1) KETIADAAN PELUANG PEKERJAAN UNTUK PARA GRADUAN..
BerDASARkan apa yang kita sendiri ALAMi, memang GRADUAN di NEGARA ini sangat MALANG.. Sedangkan kita ini yang berkeLULUSan luar NEGARA dan diTAJA oleh kerajaan pun masih TIDAK ada 'CAREER Path' yang BETUL, apatah lagi GRADUAN IPT tempatan yang TIDAK ada PENGALAMAN 'INTERACTION' dengan orang ASING? Antara DILEMA para GRADUAN yang MALANG ini ialah seperti berikut:-
  • Jika mereka beKERJA dengan SWASTA, mereka TIDAK akan diBAYAR setimpal dengan 'FRESH Graduate' SAMA seperti KAUM lain.. Nak tak nak, mereka kena jugak beKERJA walaupun diTINDAS sehingga berTAHUN-TAHUN dalam 'CAREER Path' mereka.. GAJI pulak memang macam SIAL.. Jika mereka kerap berTUKAR KERJA pulak, MAJIKAN yang BARU akan meNILAI mereka sebagai berMASALAH walaupun HAKIKATnya mereka ini diTINDAS..

  • Apakah peluang untuk mereka beKERJA dengan kerajaan? Kita TAHU terlalu TERHAD sekali tempat untuk beKERJA di sektor kerajaan.. Kita sendiri pernah menDUDUKi TEMUDUGA M41 dan N41.. Terus-terang KATAlah, walaupun ada keLULUSan HASIL TAJAan JPA dan PENGALAMAN KERJA dengan SUBSIDIARI kerajaan pun belum tentu akan terPILIH.. Tak usahlah kerajaan KELENTONG dengan mengatakan KONONnya TIDAK menepati KRITERIA.. RAKYAT boleh meNILAI sendiri dengan meRUJUK kepada DASAR-DASAR kerajaan sedia ada.. Siapakah yang mengGUBAL dan meLAKSANAkan sesuatu DASAR selain mereka?

Ya.. Mungkin kerajaan ambillah seorang dua untuk mengaburi KONONnya GRADUAN yang biasa-biasa pun diambil beKERJA.. Namun demikian, HAMPIR keSEMUA yang diambil sebagai N41 atau M41 ni ada 'CABLE'nya atau paling LEKEH pun pernah jadik AHLI KELAB UMNO atau yang seTARAFnya.. 
Ya.. Kerajaan akan KELENTONG dengan mengatakan KADAR PENGANGGURan para GRADUAN di NEGARA ini rendah.. Mana tak RENDAHnya jika GRADUAN yang ada 'MASTER' tetapi kena JUAL kerepek diKIRA SAMA? ADILkah demikian? Kita CABAR kerajaan DEDAHkan pulak MENTERI keSAYANGan DS Najib ini dulu sebelum jadik MENANTU PM ke-5 dan TKP UMNO dulu KERJA sebagai apa? HE!HE!HE!
2) PEMBANGUNAN PRASARANA DAN INFRASTRUKTUR UNTUK KEPENTINGAN WARGA ASING YANG BEKERJA DI NEGARA INI
KONDOMINIUM dengan HARGA beRATUS RIBU diBINA untuk siapa? Berapa KERATkah RAKYAT sendiri yang tinggal di dalamnya? Begitu jugak dengan PEJABAT MEWAH di KLCC, Bangsar South, Damansara, Cyberjaya dan Jalan Tun Razak.. Berapa BANYAKkah PREMIS atau PEJABAT yang diMILIKki atau diSEWA oleh FIRMA tempatan?
Kita SUKA ambil Cyberjaya sebagai CONTOH.. Semasa PM ke-4 YAB TUN DR. Mahathir mengINISIATIFkannya dahulu, ianya berTUJUAN sebagai 'HUB' bagi TEKNOLOGI ICT di rantau ini.. Dengan KATA lain, TUN MAHUkan Cyberjaya ini menjadi peneraju TEKNOLOGI ICT yang diDOMINASI oleh SYARIKAT-SYARIKAT tempatan yang beKERJASAMA dengan FIRMA ICT antarabangsa.. HARI ini apa sudah jadik selepas penTADBIRan 2 PM? Berapa BANYAKkah SYARIKAT yang diKUASAi oleh RAKYAT sendiri di sana? Berapa BANYAK pulak SYARIKAT ICT ASING yang mengambil kesempatan menempatkan PEJABAT mereka di sana?
Segala INSENTIF yang diBERIkan oleh kerajaan telah diambil kesempatan oleh SYARIKAT ICT ASING ini untuk memBINA 'SUPPORT Centre' bagi menyokong OPERASI mereka di peringkat GLOBAL.. Di dalam 'SUPPORT Centre' ini pulak, berapa RAMAIkan peluang peKERJAan yang diBERIkan kepada RAKYAT sendiri? JAWATAN apa pulak yang diBERIkan? Apakah JAWATAN TINGGI seperti 'Country MANAGER' atau hanya sekadar 'OPERATOR' tukang angkat 'CALL'? Selain itu, di manakah pulak keWUJUDan PRODUK ICT tempatan di Cyberjaya? Adakah ada PRODUK ICT tempatan sebagai SAINGan kepada PRODUK ICT ORACLE, CISCO atau pun GOOGLE?
Inilah BUKTI bagaimana kerajaan menjadikan RAKYAT sendiri seUMPAMA 'KERA diHUTAN diSUSUkan, ANAK sendiri MATI keLAPARan'.. Agaknya mungkin PM DS Najib meRASAkan RAKYAT sendiri tak LAYAK bukak SYARIKAT di Cyberjaya lalu diBERIkan kepada SYARIKAT ICT ASING kot? RAKYAT yang KERJA di situ pulak kenalah KERJA sebagai 'OPERATOR', kerani, 'RECEPTIONIST' atau juruTEKNIK? Ye la.. RAKYAT kenalah menerimanya ASALkan kerajaan dapat KELENTONG bagi menunjukkan KADAR PENGANGGURan di NEGARA ini sentiasa rendah aje..   
3) PENUBUHAN AGENSI YANG BERTINDIH FUNGSI DENGAN PERANAN AGENSI LAIN
Untuk apa AGENSI sebegini diTUBUHkan? Ianya hanyalah sekadar 'Re-BRAND' kepada AGENSI yang diLUPUSkan atau sekadar nak bagi JAWATAN kepada ANAK-ANAK VVIP yang takde KERJA? Cuba anda LIHAT peranan PEMANDU, 1MDB dan TalentCorp.. TIDAKkah AGENSI kerajaan sedia ada sebenarnya boleh menanggung peranan mereka? TIDAKkah penubuhan AGENSI 'NASI Tambah' sebegini menambahkan lagi BEBAN KEWANGAN kerajaan dan NEGARA jugak? Kita ambil penJELASan DS Najib berTULIS sendiri tentang 1MDB.. ->KLIK<-
"Agensi itu yang ditubuhkan bagi mengumpul dana dengan membawa masuk pelaburan langsung asing untuk projek negara dan menerbitkan bon, turut menerima pinjaman daripada institusi kewangan domestik dan antarabangsa."
Aik? Bukan ke membawa masuk peLABURan ASING itu TUGAS Matrade, MIDF dan MIDA? Penerbitan BON pulak boleh diLAKUkan oleh GLC yang mengURUSkan DANA seperti KWSP, Tabung HAJI atau PNB? Jadik? Apa perlunya diWUJUDkan 1MDB?
"Sementara itu, Najib berkata 1MDB menerajui projek jangka panjang untuk memanfaatkan pelaburan dan kepakaran antarabangsa bagi pelaburan yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi dan inovasi. Beliau berkata antara projek yang sedang dijalankan ialah Projek Bandar Malaysia, yang sebahagiannya membabitkan pembangunan rumah mampu milik, khusus untuk golongan eksekutif muda.

Perdana Menteri berkata projek Bandar Malaysia, projek pembangunan bersepadu memajukan semula Lapangan Terbang Sungai Besi, akan menjadi ikon kepada kelestarian kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Selain itu, Najib berkata 1MDB juga memberi tumpuan ke atas sektor tenaga dengan membeli aset-aset tenaga Tanjong Energy Holdings, Genting Sanyen dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd. Ini bagi memenuhi aspirasi kerajaan untuk memastikan jaminan tenaga mampan dalam jangka panjang, katanya."
Kerajaan dah ada MOSTI, MIGHT dan MSC bagi peLABURan pengGANDA TINGGI dan INOVASI, kenapa pulak kena diWUJUDkan lagi peranan SAMA untuk 1MDB? PemBANGUNan peRUMAHan untuk RAKYAT pulak boleh diBERIkan kepada UDA atau AGENSI kerajaan NEGERI seperti PKNS? Kenapa pulak 1MDB kena BUAT? Begitu jugak PROJEK TENAGA seperti yang diNYATAkan itu boleh aje diBERIkan kepada TNB atau kepada Suruhanjaya TENAGA? TNB aje ada bermacam anak SYARIKAT, takkan takde satu pun boleh diGUNAkan untuk TUJUAN terSEBUT?
Jadik? NAMPAK tak apakah kesesuaian untuk keWUJUDan AGENSI seperti 1MDB ini? Itu belum lagi kita perSOALkan keWUJUDan PEMANDU dan TalentCorp yang jelas mengambil-ALIH TUGAS kerajaan dan keMENTERIan tertentu? TIDAKkah apa yang kita perKATAkan ini memBUKTIkan keWUJUDan AGENSI-AGENSI ini SEMUA hanyalah dengan TUJUAN untuk ANAK-ANAK VVIP diBERIkan JAWATAN? Apa pun, seperti yang kita SEBUT di awal tadi kita yakin apa yang kita TULIS ini langsung TIDAK akan diambil PEDULI oleh kerajaan 'RAKYAT diDAHULUkan'!
Wallahualam..