,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 24 February 2015

APA MAHFUZ JUGA SEBAHAGIAN DARI PROSES UNTUK MEMUSNAHKAN PAS?



Mahfuz Menyerlahkan Tahap Politik Pembangkang Di Malaysia Hanya Tahap Sampah Yang Memenuhi Parliment. Sah MAHFUZ Pembohong Politik Yang Tidak Beretika...Lepas ini Katanya Nak Jumpa Sirul Di Australia.......dan PEMBERITA di "PERBODOHKAN" Ahli POLITIK JALANAN ini......





KUALA LUMPUR 23 Feb - Pengamal media hari ini sekali lagi diperdaya Ketua Penerangan PAS 
Datuk Mahfuz  Omar ekoran pembatalan telesidang bersama anggota Unit Tindakan Khas (UTK) 
Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Naib Pemuda UMNO Lokman Adam berkata, Mahfuz kemudiannya menyalahkan pihak berkuasa 

dengan mendakwa talian telefon Sirul di Australia disekat sebagai usaha mengagalkan telesidang itu 
berlangsung.

"Setelah 45 minit bersandiwara, akhirnya Mahfuz menyerah kalah dan menghentikan sidang Media 

tersebut.  Untuk menutup penipuan beliau, Mahfuz memaklumkan para wartawan yang hadir bahawa 
beliau akan membawa ibu Sirul ke Australia minggu depan untuk bertemu dengan Sirul," katanya 
menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Australia & Perancis Dedah Malaysiakini Kantoi Laporan 

Temubual Sirul


Portal The Sydney Morning Herald dari Australia telah mendedahkan satu
perkara yang kontra dengan laporan portal pro-pembangkang SorosKini 
MalaysiaKini dan kepimpinan  Pembangkang.


Tajuk artikel itu ialah Australian Immigration Department denies it has 
approved a Sirul tel-all interview on murder. Anda baca :

The Department of Immigration has said that it has not approved any
tell-all televison  interviews with a police commando sentenced to hang 
in Kuala Lumpur who is currently held at Sydney's Villawood detention 
centre. 

"Generally, the department does not facilitate interviews within detention
facilities for operational reasons," said a spokeswoman for Immigration 
minister, Peter Dutton.

Jabatan imigresen Australia tidak pernah meluluskan sebarang
temuramah televisyen dengan Sirul Azhar, pembunuh Al-Tantunya. 
Kenyataan ini menafikan kenyataan SorosKini MalaysiaKini sebelum ini 
mendakwa bahawa 'dalam perbualan telefon dengan Malaysiakini baru-baru 
ini, Sirul mendedahkan bahawa beberapa media  Australia telah pun 
memohon sesi wawancara “terus terang” dengannya'.

MStar pula melaporkan :

The Age memetik jurucakap Jabatan Imigresen, Peter Dutton sebagai
berkata bahawa jabatan itu tidak memberi kelulusan dengan mudah terhadap 
proses untuk menemubual tahanannya. Beliau menambah bahawa Sirul 
memerlukan kelulusan peringkat tertinggi untuk merakam wawancara 
bersama media dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Bagaimanapun menurut laporan itu, Dutton tidak menolak kemungkinan
satu temu bual boleh diadakan pada masa akan datang jika proses 
permohonan yang sepatutnya dipenuhi. seterusnya Jika 'Sirul memerlukan 
kelulusan peringkat tertinggi untuk merakam wawancara', ianya 
sudah pasti melibatkan agensi kerajaan Australia dan kita yakin bahawa
kerajaan Australia tidak akan masuk campur dalam kes ini




AMUKANMELAYU - Atika BERPOLITIK adalah untuk KEPENTINGAN  RAKYAT dan NEGARA......untuk apa ahli politik seperti ini yang bersungguh-sungguh untuk apa, siapa kerana apa?