Wahai Anak-Anak Bangsa Islamelayu bacalah dan untuk Puak Liberal & Pemuja Kafir Pergi Mampus..........
Saya
merujuk kepada mereka yang berada dalam PKR dan DAP, dan sesiapa sahaja
yang menentang Islam, Melayu dan Raja serta perlembagaan, termasuk
mereka yang berada dalam BN. Orang Melayupun boleh menjadi ultra kiasu
jika mereka menentang Islam atau menjadi liberal dan pluralis - RIDHUAN TEE
SUATU PERINGATAN KEPADA ANAK MELAYU
Kamu lahir dari suatu Bangsa yang punya maruah, ada hargadiri, beradab, punya tamadun, punya falsafah hidup berpaksikan Islam - Bangsa Melayu.
Tidak kira apakah kamu anak petani, nelayan, penoreh getah, anak orang berpangkat, yang kaya raya atau dari istana kamu tetap mempunyai tanggungjawab memperkasakan Bangsamu, memakmurkan ugamamu dan berjiwa patriotis. Jangan sekali-kali kamu menjadi pengkhianat Bangsamu, si Malin Kundang yang lupa asal usulmu setelah kami bernafas dan bergelumang dalam kehidupan modern yang bebas lepas.
Malaysia adalah bumi bertuah Bangsamu. Di sini kamu hidup, medan perjuangan, di sini tulang belulang dan roh kamu bersemadi.
Jangan kamu menafikan hak Bangsamu, menjadi petualangan memperhambakan diri pada lanun dan syaitan, pada dajjal, pada mereka yang merampas hak Bangsamu. Kamu adalah pahlawan terbilang, pejuang Bangsa yang syumul bilamana kamu sanggup menentang musuh yang mengancam hakhidup Bangsamu.
Kamu syahid di jalan Allah bilamana kamu berjuang di jalan Illahi. Jangan mudah terpukau dengan retorika para pemimpin yang memakai berjenis topeng. Jangan kamu tersentuh hati nuranimu dengan janji yang tak mungkin ditepati.
Kuasailah ilmu, gunalah aqal yang sihat, timbanglah dengan neraca keadilan setiap tindakan yang kamu laksanakan. Jangan jadi kaldai, hamba pecacai para pemimpin serakah. Jangan kamu takbir membutatuli pada kafir yang menghina Bangsamu, ugamamu. Ingat, kalau kamu tanam lalang masakan tumbuh padi. Apa yang kamu tanam itulah yang kamu dapat.
Bangsa Melayu kini dalam keadaan kritikal akibat kerakusan, kebuasan, kelanunan para pemimpin Melayu yang gila kuasa dunia, meletakkan kepentingan pribadi di atas kesejahteraan ummah. Mereka adalah pengkhianat Bangsa, pedagang ajaran sesat. Sebagai anak muda Melayu yang berilmu, berpegang pada tali Allah menjadi tangguungjawab moral dan ugama kamu tampil ke depan sebagai pejuang Bangsa mengembelengkan kekuatan anak Melayu bersatu menentang kemungkaran.
Tidak kira apakah kamu orang UMNO, Pas, PKR atau pun belia atas pagar. Yang penting kita semua mesti bersatu. Musuh Bangsa ada dalam Bangsa kita sendiri dan juga dari luar yang merancang menghancurkan kuasa politik Bangsa kita. Kalau sekarang kamu silap langkah kembalilah ke pangkal jalan. Pohonlah hidayah dari Allah. Kita berjihad memperjuangkan hak Bangsa kita, ugama kita, negara kita.
Hak Melayu mesti Melayu yang memperjuangkannya, bukan Melayu menjadi pengemis, hamba kepada bangsa-bangsa lain. Tanamlah dalam dadamu kalau Melayu hilang kuasa politik pada PRU 14 jangan harap Melayu akan kembali berkuasa di bumi bertuahnya lagi. Kalau kamu menjadi penghianat Bangsa anak cucu kamu akan kencing di atas pusara kamu.
Wahai anak muda Melayu marilah kita berjihad di jalan Allah. Allah tidak akan mengubah nasib Bangsa Melayu kalau Bangsa Melayu sendiri tidak mengubahnya.- by Yahaya Ismail
Ke hadapan saudara Tee Chuan Seng,
Apa khabar saudara Tee di sana? Diharapkan saudara Tee di sana sihat hendaknya.
Saya terbaca satu laporan di media mengenai kenyataan saudara Tee yang mengecam seorang peguam yang merupakan aktivis Lawyers of Liberty, Eric Paulsen.
Pada masa saya membaca laporan tersebut, saya percaya saudara Tee memang betul-betul memarahi Paulsen sehingga menggelarkan peguam tersebut sebagai "seorang peguam bernama orang putih tapi bermata sepet" kerana Paulsen mengkritik Jakim tentang teks khutbah Jumaat. Baiklah Tee, pertama sekali, secara jujurnya apabila kali pertama saya mendengar nama Eric Paulsen ini, saya membayangkan Paulsen ini bermata biru, berambut blonde serta berasal dari Denmark.
Tetapi akhirnya saya mengenalinya dan dia seorang rakyat Malaysia yang bermata sepet, jadi saya berfikir, "ah, ada apa dengan nama? Nama Muhammad pun berasal dari Arab, tapi kenapa ramai Melayu memakai nama tersebut. Jadi apa salahnya dia bernama begitu?"
Saudara Tee juga sejak berpindah agama, saudara menukar nama saudara kepada Ridhuan, nama Arab juga, walhal saudara daripada kaum Tionghua.Jadi, tiada salahnya bukan?
Jadi, kenapa nak marah Eric Paulsen dengan panggilan "seorang peguam yang bernama orang putih tapi bermata sepet"?
Adakah saudara Tee lupa yang saudara juga bukan seorang yang berasal daripada keturunan Arab atau Melayu?
Itu satu hal. Hal lagi satu ialah kenyataan saudara Tee mengenai gerakan "ultra kiasu" yang tidak habis-habis menyerang Melayu dan Islam.
Dari dulu lagi saya perhatikan kenyataan saudara Tee tentang ini. Saya dari dulu lagi nak tanya, "ultra kiasu" ini sebenarnya siapa? DAP? Orang kafir? Orang liberal? Orang atheis? Orang yang tidak suka dengan ketuanan Melayu dan Umno?
Seolah-olah saudara Tee mahu memberitahu kepada orang Melayu dan Islam "ultra kiasu" ataupun orang-orang yang bukan Melayu dan Islam ini sedang mengancam kaum dan agama mereka.
Saudara Tee ada menyebut tentang "ultra kiasu dan konco-konconya semakin berani mencampuri urusan agama Islam, sedangkan kita tidak pernah mencampuri urusan mereka."
Saudara juga pernah mencadangkan supaya "kita" menyamar masuk ke gereja dan dengar khutbah mereka pada hari Ahad.
Pertama sekali, siapa cakap pihak yang saudara Tee sebelahkan itu tidak pernah mencampuri urusan orang bukan Islam?
Pertama, kes rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), adakah itu bukan bersikap campur tangan?
Kedua, apabila saudara Tee berkata golongan "ultra kiasu" ini tidak habis-habis menyerang Melayu dan Islam, saya nak bertanya, yang selalu menyerang ni siapa? Siapa yang memiliki kuasa dalam tampuk pemerintahan sekarang?
Bagi saya, penghormatan tidak datang dengan paksaan, tapi saling memahami.
Macam mana puak yang saudara Tee ni kata "ultra kiasu" ini nak berdiam diri kalau kerajaan/daulah yang ada pada hari ini tidak sudah-sudah mengacau kebebasan mereka?
Dan ketiga, apabila saudara Tee mencadangkan orang-orang saudara menyamar masuk ke gereja dan mendengar khutbah mereka pada hari Ahad, apakah saudara Tee rasa ada orang "ultra kiasu" ini sanggup menyamar masuk masjid dan mendengar khutbah pada hari Jumaat?
Zaman sekarang semuanya viral, Tee Chuan Seng. Apabila saudara bercakap sesuatu dan ia dirakamkan dan dimuat naik ke ruang siber, secara automatik benda itu akan tersebar, dan akan menerima pelbagai sudut pandangan dari apa yang dikatakan itu.
Saya percaya saudara Paulsen juga menerima kritikan yang hebat apabila dia berkata sedemikian, tapi saudara Tee pula enggan untuk menerima kritikan apabila ada khutbah Jumaat yang disediakan Jakim menyinggung perasaan bukan Islam.
Saudara Tee Chuan Seng,
Perkara yang terakhir sebelum saya mengakhiri surat terbuka ini, ialah saya ingin bertanya soalan yang benar-benar jujur dan tulus ikhlas daripada diri saya kepada saudara Tee.
Apa yang membuatkan saudara Tee ini sangat membenci kepada orang bukan Islam? Apa yang mereka dah buat sampai semua benda menimbulkan kebencian kepada saudara Tee?
Adakah semasa saudara masih bernama Tee Chuan Seng, saudara berasa betapa hinanya nama itu sehingga apabila sudah bertukar nama, terus saudara nak menyerang orang di sebelah sana?
Berlaku jujur pada diri sendiri, apakah saudara rasa dengan berbuat begitu, keMelayuan saudara akhirnya lengkap, seterusnya berjaya membuatkan saudara merasa lega tidak lagi dikaitkan dengan sejarah lama saudara?
Jika itu jawapannya, maka saya dengan ini berbesar hati untuk terus mengingatkan diri saudara, yang saudara ini namanya Tee Chuan Seng, dan seorang Tionghua.
Tolong ingat nama ini, nama saudara sendiri. Tolong ingat, saudara bukan orang Melayu yang tak sudah-sudah nak menyerang "ultra kiasu" yang nak mengancam "orang kita".
Saudara bukan "orang kita". Saudara bukan orang Melayu. Tolong sedar dan insaf tentang hakikat itu.
Sekian,
Nomy Nozwir.
Ibu keturunan Jawa, ayah keturunan Minang. – 24 Januari, 2015.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider
- See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nomy-nozwir/article/surat-terbuka-untuk-tee-chuan-seng-dikenali-sebagai-ridhuan#sthash.ZxwnnGFF.dpuf
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nomy-nozwir/article/surat-terbuka-untuk-tee-chuan-seng-dikenali-sebagai-ridhuan#sthash.ZxwnnGFF.dpuf
Kamu lahir dari suatu Bangsa yang punya maruah, ada hargadiri, beradab, punya tamadun, punya falsafah hidup berpaksikan Islam - Bangsa Melayu.
Tidak kira apakah kamu anak petani, nelayan, penoreh getah, anak orang berpangkat, yang kaya raya atau dari istana kamu tetap mempunyai tanggungjawab memperkasakan Bangsamu, memakmurkan ugamamu dan berjiwa patriotis. Jangan sekali-kali kamu menjadi pengkhianat Bangsamu, si Malin Kundang yang lupa asal usulmu setelah kami bernafas dan bergelumang dalam kehidupan modern yang bebas lepas.
Malaysia adalah bumi bertuah Bangsamu. Di sini kamu hidup, medan perjuangan, di sini tulang belulang dan roh kamu bersemadi.
ALIF BA THA |
Jangan kamu menafikan hak Bangsamu, menjadi petualangan memperhambakan diri pada lanun dan syaitan, pada dajjal, pada mereka yang merampas hak Bangsamu. Kamu adalah pahlawan terbilang, pejuang Bangsa yang syumul bilamana kamu sanggup menentang musuh yang mengancam hakhidup Bangsamu.
Kamu syahid di jalan Allah bilamana kamu berjuang di jalan Illahi. Jangan mudah terpukau dengan retorika para pemimpin yang memakai berjenis topeng. Jangan kamu tersentuh hati nuranimu dengan janji yang tak mungkin ditepati.
Kuasailah ilmu, gunalah aqal yang sihat, timbanglah dengan neraca keadilan setiap tindakan yang kamu laksanakan. Jangan jadi kaldai, hamba pecacai para pemimpin serakah. Jangan kamu takbir membutatuli pada kafir yang menghina Bangsamu, ugamamu. Ingat, kalau kamu tanam lalang masakan tumbuh padi. Apa yang kamu tanam itulah yang kamu dapat.
Bangsa Melayu kini dalam keadaan kritikal akibat kerakusan, kebuasan, kelanunan para pemimpin Melayu yang gila kuasa dunia, meletakkan kepentingan pribadi di atas kesejahteraan ummah. Mereka adalah pengkhianat Bangsa, pedagang ajaran sesat. Sebagai anak muda Melayu yang berilmu, berpegang pada tali Allah menjadi tangguungjawab moral dan ugama kamu tampil ke depan sebagai pejuang Bangsa mengembelengkan kekuatan anak Melayu bersatu menentang kemungkaran.
Tidak kira apakah kamu orang UMNO, Pas, PKR atau pun belia atas pagar. Yang penting kita semua mesti bersatu. Musuh Bangsa ada dalam Bangsa kita sendiri dan juga dari luar yang merancang menghancurkan kuasa politik Bangsa kita. Kalau sekarang kamu silap langkah kembalilah ke pangkal jalan. Pohonlah hidayah dari Allah. Kita berjihad memperjuangkan hak Bangsa kita, ugama kita, negara kita.
Hak Melayu mesti Melayu yang memperjuangkannya, bukan Melayu menjadi pengemis, hamba kepada bangsa-bangsa lain. Tanamlah dalam dadamu kalau Melayu hilang kuasa politik pada PRU 14 jangan harap Melayu akan kembali berkuasa di bumi bertuahnya lagi. Kalau kamu menjadi penghianat Bangsa anak cucu kamu akan kencing di atas pusara kamu.
Wahai anak muda Melayu marilah kita berjihad di jalan Allah. Allah tidak akan mengubah nasib Bangsa Melayu kalau Bangsa Melayu sendiri tidak mengubahnya.- by Yahaya Ismail
Surat terbuka untuk Tee Chuan Seng (dikenali sebagai Ridhuan)
Nomy Nozwir
Nomy Nozwir merupakan seorang bekas wartawan yang kini menjadi penulis novel alternatif dengan nama Nami Cob Nobbler. Beliau berkicau di @comradenami.
Nomy Nozwir
Published: 24 January 2015
Apa khabar saudara Tee di sana? Diharapkan saudara Tee di sana sihat hendaknya.
Saya terbaca satu laporan di media mengenai kenyataan saudara Tee yang mengecam seorang peguam yang merupakan aktivis Lawyers of Liberty, Eric Paulsen.
Pada masa saya membaca laporan tersebut, saya percaya saudara Tee memang betul-betul memarahi Paulsen sehingga menggelarkan peguam tersebut sebagai "seorang peguam bernama orang putih tapi bermata sepet" kerana Paulsen mengkritik Jakim tentang teks khutbah Jumaat. Baiklah Tee, pertama sekali, secara jujurnya apabila kali pertama saya mendengar nama Eric Paulsen ini, saya membayangkan Paulsen ini bermata biru, berambut blonde serta berasal dari Denmark.
Tetapi akhirnya saya mengenalinya dan dia seorang rakyat Malaysia yang bermata sepet, jadi saya berfikir, "ah, ada apa dengan nama? Nama Muhammad pun berasal dari Arab, tapi kenapa ramai Melayu memakai nama tersebut. Jadi apa salahnya dia bernama begitu?"
Saudara Tee juga sejak berpindah agama, saudara menukar nama saudara kepada Ridhuan, nama Arab juga, walhal saudara daripada kaum Tionghua.Jadi, tiada salahnya bukan?
Jadi, kenapa nak marah Eric Paulsen dengan panggilan "seorang peguam yang bernama orang putih tapi bermata sepet"?
Adakah saudara Tee lupa yang saudara juga bukan seorang yang berasal daripada keturunan Arab atau Melayu?
Itu satu hal. Hal lagi satu ialah kenyataan saudara Tee mengenai gerakan "ultra kiasu" yang tidak habis-habis menyerang Melayu dan Islam.
Dari dulu lagi saya perhatikan kenyataan saudara Tee tentang ini. Saya dari dulu lagi nak tanya, "ultra kiasu" ini sebenarnya siapa? DAP? Orang kafir? Orang liberal? Orang atheis? Orang yang tidak suka dengan ketuanan Melayu dan Umno?
Seolah-olah saudara Tee mahu memberitahu kepada orang Melayu dan Islam "ultra kiasu" ataupun orang-orang yang bukan Melayu dan Islam ini sedang mengancam kaum dan agama mereka.
Saudara Tee ada menyebut tentang "ultra kiasu dan konco-konconya semakin berani mencampuri urusan agama Islam, sedangkan kita tidak pernah mencampuri urusan mereka."
Saudara juga pernah mencadangkan supaya "kita" menyamar masuk ke gereja dan dengar khutbah mereka pada hari Ahad.
Pertama sekali, siapa cakap pihak yang saudara Tee sebelahkan itu tidak pernah mencampuri urusan orang bukan Islam?
Pertama, kes rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), adakah itu bukan bersikap campur tangan?
Kedua, apabila saudara Tee berkata golongan "ultra kiasu" ini tidak habis-habis menyerang Melayu dan Islam, saya nak bertanya, yang selalu menyerang ni siapa? Siapa yang memiliki kuasa dalam tampuk pemerintahan sekarang?
Bagi saya, penghormatan tidak datang dengan paksaan, tapi saling memahami.
Macam mana puak yang saudara Tee ni kata "ultra kiasu" ini nak berdiam diri kalau kerajaan/daulah yang ada pada hari ini tidak sudah-sudah mengacau kebebasan mereka?
Dan ketiga, apabila saudara Tee mencadangkan orang-orang saudara menyamar masuk ke gereja dan mendengar khutbah mereka pada hari Ahad, apakah saudara Tee rasa ada orang "ultra kiasu" ini sanggup menyamar masuk masjid dan mendengar khutbah pada hari Jumaat?
Zaman sekarang semuanya viral, Tee Chuan Seng. Apabila saudara bercakap sesuatu dan ia dirakamkan dan dimuat naik ke ruang siber, secara automatik benda itu akan tersebar, dan akan menerima pelbagai sudut pandangan dari apa yang dikatakan itu.
Saya percaya saudara Paulsen juga menerima kritikan yang hebat apabila dia berkata sedemikian, tapi saudara Tee pula enggan untuk menerima kritikan apabila ada khutbah Jumaat yang disediakan Jakim menyinggung perasaan bukan Islam.
Saudara Tee Chuan Seng,
Perkara yang terakhir sebelum saya mengakhiri surat terbuka ini, ialah saya ingin bertanya soalan yang benar-benar jujur dan tulus ikhlas daripada diri saya kepada saudara Tee.
Apa yang membuatkan saudara Tee ini sangat membenci kepada orang bukan Islam? Apa yang mereka dah buat sampai semua benda menimbulkan kebencian kepada saudara Tee?
Adakah semasa saudara masih bernama Tee Chuan Seng, saudara berasa betapa hinanya nama itu sehingga apabila sudah bertukar nama, terus saudara nak menyerang orang di sebelah sana?
Berlaku jujur pada diri sendiri, apakah saudara rasa dengan berbuat begitu, keMelayuan saudara akhirnya lengkap, seterusnya berjaya membuatkan saudara merasa lega tidak lagi dikaitkan dengan sejarah lama saudara?
Jika itu jawapannya, maka saya dengan ini berbesar hati untuk terus mengingatkan diri saudara, yang saudara ini namanya Tee Chuan Seng, dan seorang Tionghua.
Tolong ingat nama ini, nama saudara sendiri. Tolong ingat, saudara bukan orang Melayu yang tak sudah-sudah nak menyerang "ultra kiasu" yang nak mengancam "orang kita".
Saudara bukan "orang kita". Saudara bukan orang Melayu. Tolong sedar dan insaf tentang hakikat itu.
Sekian,
Nomy Nozwir.
Ibu keturunan Jawa, ayah keturunan Minang. – 24 Januari, 2015.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider
Sebangsa Tidak Seagama
HATI MELAYU |
Nomy
Nozwir menulis surat terbuka kepada saya, Tee Chuan Seng, disiarkan
laman web ultra kiasu, pada 24 Januari 2014. Biar saya jawab, agar semua
faham, mudah-mudahan kendur sedikit ultra kiasunya.
Memang
nama asal Tee Chuan Seng. Bila saya memeluk Islam pada tahun 1985, saya
terpaksa menurut arahan pejabat agama, agar hanya mengekalkan surnamesahaja, menjadi Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah.
Tee,
menunjukkan saya Cina. Kini, hasil perjuangan kami, orang Cina atau
sesiapa sahaja yang memeluk Islam, boleh mengekalkan nama lamanya,
asalkan tidak ada konotasi dengan unsur-unsur ketuhanan dan keagamaan
mereka. Dalam makna, saya boleh mengekalkan nama saya dan berbinkan bapa
saya.
Muhammad Nomy Nozwir |
Namun,
perlu juga diingat, tidak salah meletakkan nama-nama Islamik, malah
ianya digalakkan. Berbinkan Abdullah, bukan bermakna menukar nama bapa,
Abdullah itu bermakna hamba Allah. Tidak salah, kerana bapa saya adalah
juga hamba Allah.
Nomy Nozwir
Nomy Nozwir merupakan seorang bekas wartawan yang kini menjadi penulis novel alternatif dengan nama Nami Cob Nobbler. Beliau berkicau di @comradenami.- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nomy-nozwir/article/surat-terbuka-untuk-tee-chuan-seng-dikenali-sebagai-ridhuan#sthash.ZxwnnGFF.dpuf
Sebaik-baik
nama dalam Islam adalah yang menuruti nama-nama mereka yang disanjungi
oleh agama seperti nama para Nabi, para sahabat atau ulamak atau nama
dengan makna-makna yang baik. Dalam satu hadis yang diriwayat oleh
Muslim, nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan juga
Abdul Rahman. Saya cadangkan saudara tukar nama lebih baik dari Nomy
kepada Karomi. Lebih comel.
Rasulullah
sendiri pernah meminta seorang sahabat yang masuk Islam menukar namanya
dari Abd al-Syams bin Sakhr kepada Abd Rahman bin Sakhr kerana nama Abd
Syams bermaksud hamba kepada matahari. Rujuk e-fatwa.
Apakah
kita lupa, apabila orang Melayu memeluk Islam 600 tahun dahulu,
nama-nama mereka yang pelik seperti Buyung, Melati, Kencana dan
sebagainya, telah bertukar menjadi Umar, Osman, Ali, dan lain-lain. Jika
saudara faham Islam, ini bukan soal nama-nama Arab, tetapi agama kita
galakkan. Nama yang pelik-pelik, kadang kala boleh merosakkan akidah.
Nyatakan
sekali saudara agak jahil dalam memahami Islam, undang-undang dan cara
hidup di Malaysia. Kami bukan seperti Indonesia yang boleh menukar agama
dan berkahwin dengan bukan Islam sesuka hati.
Saya
labelkan peguam ultra kiasu sisepet, supaya kita lebih faham siapa yang
saya rujukkan. Panggilan ini lebih mesra daripada ultra kiasu yang
menyerang peribadi saya dalam laman sosial mereka.
Saudara
tidak mengenali atau membaca penulisan saya selama ini. Label ultra
kiasu adalah kajian PhD saya merujuk kepada mereka yang tidak mahu
kalah, asyik mahu menang dalam segala hal. Ia sudah jadi trademark saya.
Saya
merujuk kepada mereka yang berada dalam PKR dan DAP, dan sesiapa sahaja
yang menentang Islam, Melayu dan Raja serta perlembagaan, termasuk
mereka yang berada dalam BN. Orang Melayupun boleh menjadi ultra kiasu
jika mereka menentang Islam atau menjadi liberal dan pluralis.
Mereka
ini adalah musuh-musuh Islam dan mahu menghancurkan Islam. Fakta saya,
umat Islam tidak pernah mencampuri hal ehwal agama lain amat jelas.
Tindakan pihak penguasa agama terhadap ultra kiasu seperti rampasan
bible di Selangor adalah dalam bidang kuasa Jabatan Agama. Baca
undang-undang dan peraturan itu.
Berkaitan
supaya masuk ke gereja hanya untuk mendapat maklumat. Bagaimana
maklumat boleh diperolehi, jika tidak berbuat demikian. Selama ini
maklumat diberi oleh kawan Kristian saya yang pro Islam.
Ultra
kiasu tidak perlu menyamar masuk masjid kerana mereka boleh ikuti
khutbah JAKIM secara langsung di TV. Bukankah Islam agama persekutuan.
Ultra
kiasu yang mengatakan khutbah JAKIM ekstrem, sila nyatakan bila dan di
para mana. Biar saya jelaskan sama ada ia ekstrem ke tidak. Setakat mana
ilmu Islam dia ada, untuk mengatakan khutbah tersebut ekstrem. Dari
cara saudara berhujah, Nampak sangat pengetahuan saudara tentang Islam
amat cetek. Elok juga saudara datang belajar dari saya.
Sejak
dahulu saya sudah tulis, saya tidak pernah membenci bukan Islam atau
kaum saya. Bagaimana Islam boleh berkembang jika kita bermusuh. Musuh
saya adalah ultra kiasu yang menentang Islam dan undang-undang negara
ini.
Negara
ini asal usul dan akar umbinya berasaskan Islam. Sebab itu, agama Islam
mendapat tempat dalam perlembagaan. Maka tidak salah, jika Islam
dilebihkan sedikit berbanding agama lain. Tetapi realitinya tidak
berlaku. Rumah ibadat Islam ada 50 ribu, bukan Islam ada 500 ribu.
Jika
saya membenci bukan Islam bermakna saya membenci ciptaan Allah SWT.
Saya Cuma benci sikap dan perangai mereka yang tidak pernah bersyukur.
Saya
tidak pernah mendakwa saya orang Melayu atau menghina bangsa dan
keturunan saya. Saya dilihat seolah-olah lebih Melayu dari Melayu,
kerana orang Melayu sendiri takut untuk bersuara, hanya kerana untuk
kuasa politik.
Prinsip
saya, apabila berlaku pertembungan antara agama vs bangsa. Maka, agama
mesti diutamakan, berbanding bangsa. Sebangsa tidak segama vs seagama
tidak sebangsa, pilihan saya adalah seagama tidak sebangsa. Saya minta
saudara dan ultra kiasu yang lain menulis surat terbuka kepada pelukis
Cina ultra kiasu yang menterbalikkan pemimpin tertinggi negara, tugu
negara dan keris. Jika tidak, saudara tidak ada bezanya dengan musuh
saya. Setakat ini ultra kiasu senyap sepi. Adakah mereka tidak jahat? - by RIDHUAN TEE
AMUKANMELAYU - MUALAF lebih faham ISLAMnya dari Melayu.......