,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 17 July 2015

AMUKANMelayu






PENJELASAN KES AMUK PLAZA LOW YAT DARI PERSPEKTIF CINA YANG MENIPU DAN PUKUL MELAYU

Amukan Low Yat yang seharusnya melibatkan antara pekedai, pelanggan dan pihak berkuasa nampaknya menjadi semakin hangat dan boleh menggugat keamanan negara kita. Kami tetap dengan pendirian yang kekerasan bukanlah jalan yang betul untuk menyelesaikan kes ini sebaliknya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan amanah yang dipikul mereka. Pelbagai tuduhan dan syakwasangka dilemparkan orang ramai tentang apa yang berlaku ini tanpa mengetahui hal sebenar. 

Ramai yang terlalu mudah percaya dengan khabar angin melalui Facebook, Whatsapp, dan lain-lain yang lebih sengaja memarakkan lagi api kemarahan orang ramai dengan menyebarkan maklumat yang tidak tepat.
Satu aduan Polis telah dibuat oleh seorang penjual, See Ming Ho, 28, yang secara tidak langsung menerima kesan dari kejadian yang berlaku di Lowyat, Kelmarin.
Ini Penjelasan Dari Awal Bagaimana Kes Amuk Plaza Low Yat Berlaku Hingga Selesai

BERNAMA merujuk See Ming Ho sebagai pemilik kedai Lenovo yang berada berhampiran KFC. Jika anda biasa ke Low Yat, anda pasti tahu lokasi kedai Lenovo tersebut yang memerlukan anda naik beberapa anak tangga berhadapan dengan Samsung. Menurut penerangan See Ming Ho, kejadian tersebut berpunca dari seorang lelaki yang berpura-pura ingin membeli sebuah smartphone jenis Lenovo S860. Namun ketika See Ming Ho ingin mengambil “free gift” yang datang sekali bersama phone tersebut, lelaki tersebut telahpun hilang bersama phone jenis Lenovo S860 tersebut. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5:30 petang kelmarin.
“Saya jerit dan didengari oleh staff Oppo yang kemudiannya menghalang suspek daripada keluar dari bangunan”, jelas See Ming Ho.
Sekali lagi, siapa yang biasa ke Low Yat pasti akan tahu kedai Oppo ini berada hampir di pintu utama Low Yat arah nak ke Starbucks.
Bagaimanapun menurut The Star Online, Lenovo S860 yang berharga RM799 itu tidak dijumpai bersama suspek yang ditangkap dengan bantuan pekerja Oppo itu.
See Ming Ho telahpun membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi. Menurutnya, penilaian orang ramai tentang kes ini bermula dari kedai Oppo yang telah menjual phone tiruan adalah tidak benar
“Mereka hanya membantu saya menangkap lelaki itu. Dia mencuri dari kedai saya (Lenovo)”, jelas See Ming Ho.
Menurutnya suspek, seorang lelaki yang tidak berpuas hati datang kembali ke Low Yatbersama sekumpulan kawannya dan menyerang pekerja dan premis Oppo.
Pihak Polis menjelaskan kerugian melebihi RM70,000 dicatatkan apabila kumpulan tersebut menebalikkan kabinet dan juga meja pameran phone yang berada di kedai tersebut. Seorang suspek kini berada dalam siasatan pihak Polis dan selebihnya masih dikesan.


Jadi kisahnya di sini, kedai OPPO mahupun pekerja OPPO langsung tidak bersalah di mana hanya membantu memberkas suspek yang didakwa mencuri phone Lenovo S860 tersebut seperti yang didakwa. Kami tidak mahu memihak kepada sesiapa cumanya harapan kami agar pihak berkuasa segera meneliti dan menangkap pihak yang bersalah di mana secara tidak langsung menghentikan semua kekecohan yang melanda negara dikala negara sibuk melalui pelbagai isu lain yang masih tidak berkesudahan.

Update: Sebentar tadi akhbar New Strait Times memetik satu kenyataan pihak Polis bahawa kes ini telahpun dapat diselesaikan. Pihak Polis menjelaskan kepada NST bahawa melalui siasatan terperinci yang dilakukan, suspek, seorang lelaki berusia 22 tahun ini telah mencuri sebuah telefon pintar yang membuatkan dia ditahan oleh para pekerja Low Yat yang lain. Pihak Polis yang telah menilai semua rakaman CCTV menunjukkan suspek sedang berbincang dengan penjual phone Lenovo tersebut sebelum mengambil phone dan cuba berlalu pergi ketika peniaga tersebut tidak melihatnya. – Sumber

BAGAIMANA DENGAN KENYATAAN "Zam Nasti" INI? 


Anak Melayu terlibat tidak akan bertindak ‘melepaskan geram’ sedemikian sekiranya kita mempunyai pihak penguatkuasa yang berwibawa. Sudah jadi rahsia umum, peniaga cauvinis diaspora tidak berani diusik penguatkuasa, ratusan pemuda yang berkumpul malam tadi di Plaza Low Yat sebagai tanda protes terhadap peniaga berbangsa Cina yang dikatakan menipu pembeli. 

Pihak cauvinis diaspora telah melakukan pelbagai kesalahan dan provokasi terhadap Islam, Melayu dan Perlembagaan, tetapi mereka tidak diambil tindakan. “Cauvinis diaspora inilah saban hari membuat provokasi; memperlekeh ajaran agama Islam, mempersenda budaya orang Melayu, mempersoal kedudukan Islam, Melayu dan institusi Raja dalam kenegaraan Malaysia, menghasut orang Melayu agar membenci mufti dan ulamak, dan sebagainya.

PROVOKASI

 
 
 
0


MENGHINA ISLAM

  
 


MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU
 


MENGHINA MELAYU




Mohd Khairul Azam Abdul Aziz,  peguam kepada Shahrul 
Anwar Abd Azizi, 22
Kuala Lumpur:- Seorang peguam 
kepada tertuduh kes curi telefon 
bimbit di Low Yat sehingga 
tercetusnya pergaduhan menuduh 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid 
Abu Bakar berbohong. Mohd Khairul 
Azam Abdul Aziz, salah seorang 
peguam kepada Shahrul Anwar Abd Azizi, 22, mendakwa Khalid tidak 
menceritakan kejadian sebenar
kepada media. 

“KPN menyatakan dua orang naik  ke tingkat atas untuk mencuri telefon. Ini bohong. “

Selepas bersama anak guam di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini 
(Selasa), anak guam kami menyatakan hanya seorang sahaja naik ke atas dan 
bukannya dua orang,” katanya kepada wartawan di Mahkamah Tinggi Kuala 
Lumpur. Mohd Khairul Azam juga mendakwa, Ketua Polis Negara juga berbohong 
apabila mengatakan salah seorang suspek yang dibebaskan telah membuat fitnah
 ditipu oleh peniaga telefon bimbit. 

Dia berkata, kenyataan yang dipetik blogger oleh Khalid berkenaan telefon klon juga 
tidak benar. 

“Anakguam kami tidak pernah menimbulkan cerita telefon klon ini dan 
anakguam kami tidak pernah ada apa-apa hubungan dengan mana-mana blogger,” 

tegasnya. Dia berkata, Polis DiRaja  Malaysia (PDRM) dilihat semakin sudah hilang 
kredibiliti apabila membuat kenyataan mengelirukan orang awam dan mengeluarkan 
kenyataan yang tidak benar.

 “Mana mungkin polis menangkap, menyiasat dan terus menuduh anakguam kami 
sebagai penjenayah seperti mana kenyataan KPN semalam kerana mahkamah, 
hakim dan bukti-bukti belum dikemukakan. “

"Seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan sebagai bersalah,” 

katanya yang turut memuatnaik kenyataannya di Facebook. 


PENIAGA CINA DI LAPORKAN BANYAK MENIPU
Kita ada Altenatif........
Persatuan Pengguna Islam Malaysia - Datuk Nadzim Johan,
Umum maklum bahawa ‘penipuan’ adalah salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi apabila menjalankan urus niaga dengan peniaga Cina.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dalam masyarakat Cina, sebahagian mereka beranggapan bahawa menipu adalah salah satu cara untuk mendapat keuntungan lebih.
“Kita tidak nafikan itu memang amalan mereka, sudah menjadi budaya mereka pun dalam berniaga.
“Bahkan mereka beranggapan dengan menipu mereka boleh cari makan. Tetapi malangnya, orang yang selalu kena tipu itu adalah orang Melayu, ” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas insiden pergaduhan yang berlaku pada malam Sabtu lalu berpunca akibat penipuan oleh peniaga di Plaza Low Yat. Rentetan itu, sekumpulan tujuh lelaki ‘melepaskan geram’ di premis berkenaan.
Jelas Datuk Nadzim, isu penipuan di Low Yat ini adalah perkara biasa. Hakikatnya tempat seperti Low Yat, Kota Raya, Pertama Kompleks sudah menjadi lubuk penipuan sejak azali lagi.
“Kita sudah biasa dengar amalan penipuan oleh para peniaga ini. Banyak laporan yang diterima daripada pelancong antaranya dari Arab Saudi, Bangladesh dan lain berhubung penipuan ini.
“Jadi tidak pelik bila insiden pergaduhan yang berlaku itu pun disebabkan perasaan marah kerana ditipu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Gadis Cina Dedah 90% Kedai Handphone Cina PENIPU ! - Berita Malaysia
BERITAMALAYSIA.MY|BY BERITA MALAYSIA

Justeru, beliau menyeru kepada pihak berkuasa khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membuat pantauan yang lebih kerap dan berkala berhubung isu ini.
“Orang ramai perlu memberikan kerjasama, lapor kepada pihak berkuasa supaya isu seperti ini tidak berulang lagi,” katanya

MELAYU PERASAN BAGUS

Stereotaip , pukul sama rata , fitnah. Kau memang tak ada bangsa ke ? Ada orang dalam dunia ni tak ada bangsa ?
Tak payah lagak suci dengan post hentam bangsa sendiri.
Malu la , kau pun tak ubah macam racist yang lain.




JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.
Tidak dinafikan insiden Low Yat banyak hikmah di sebaliknya. Ternyata telah banyak yang membuka mata, khususnya masyarakat bukan Melayu. Antara buktinya, artikel “Saya Benci Racism” tulisan sahabat kami Saiful Nang dibaca oleh lebih 5 juta pembaca dan menerima sekitar 7000 komen yang kebanyakannya dari pembaca bukan Melayu.
Ramai yang inginkan agar kemelut ini diselesaikan dengan damai. Mereka telah menyaksikan dengan mata sendiri budaya ‘amuk’ pada Bangsa Melayu apabila tekanan sudah tidak dapat diterima, khususnya yang melibatkan bangsa dan agama.
Bahasa sarcastik dari penulis di bawah ini terlalu mendalam kesannya di hati. Walaupun tidak semua, namun banyak juga kebenarannya untuk kita renung bersama. Baca ungkapan rakan kita ini dengan mengukur benar salahnya mengikut ukuran diri kita sendiri. Tidak perlu malu dan terlalu denial dengan hakikat sebenar kedudukan Bangsa Melayu hari ini seperti yang diceritakan.
Kita ambil pelajaran dan buat pembaikan dari setiap bait ungkapan yang terlakar dalam ‘puisi pedas’ ini mengikut situasi masing-masing. Mari damaikan suasana agar anak cucu kita boleh hidup selamat sejahtera.
WARGA PRIHATIN

Ini amaran keras untuk bangsa-bangsa lain selain bangsa Melayu yang ada di Malaysia. Bangsa kami memang Bangsa perut hijau dan tak pernah takut pada semua orang.


JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU PERUT HIJAU.
Bangsa kami sanggup bunuh kerat 8 anak sendiri dan sumbat dalam lubang jamban.
Inikan pula nak kerat bangsa lain.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.
Bangsa kami sanggup dera anak sampai patah tulang temulang.
Inikan pula nak patahkan tulang temulang bangsa lain.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.
Bangsa kami sanggup lumba bergadai nyawa di atas jalan raya.
Inikan turun ke jalan raya untuk berperang dengan bangsa lain.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.
Bangsa kami sanggup rogol dan bunuh bangsa sendiri
Inikan pula rogol dan bunuh bangsa lain.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.
Bangsa kami paling ramai menguasai pusat serenti dan penjara.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.
Bangsa kami yang mentadbir negara dengan terang terangan merompak duit rakyat.
Inikan pula nak merompak duit bangsa lain.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.
Bangsa kami boleh angkat parang turun kumpul beramai-ramai dengan hanya message dari group whatsapp tanpa usul periksa.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.
Ini amaran keras! Kamilah Bangsa yang paling berani dan berkuasa di Dunia. Mereka mempunyai SENJATA RAHSIA yang di panggil "AMUK"

`Amuk' tidak wujud dalam mana-mana bahasa di dunia kecuali dunia Melayu. Orang Ingggeris juga menumpang menggunakan istilah 'amuk' kerana miskinnya kosakata dalam bahasa itu. Amuk biasanya dikaitkan satu tindakan mendadak yang diluar kawalan. Biasanya diakhiri dengan tragedi yang melibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda.

Walau bagaimanapun, amuk Melayu bersifat setempat dan tersendiri. Tidak berorganisasi. Tindakan spontan. Tiada sempat hendak dirancang. Tahu-tahu meletup sahaja.

Banyak lagenda amuk Melayu. Antaranya Hang Jebat dan Laksamana Bentan. Prebet Adam. 13 Mei juga dikatakan akibat daripada amukan Melayu.

Revolusi? Lagi jauh daripada perut orang Melayu. Tidak pernah wujud revolusi dalam sepanjang sejarah orang Melayu wujud di muka Bumi.

Melayu berubah memakan masa. Bagai batu yang melekuk dari titis air atap nipah. Bakarlah sentimen agama ataupun perkauman dalam jiwa orang Melayu. Kemuncaknya adalah amuk. Bukan revolusi. Bukan reformasi.

Kesombongan Peniaga di Plaza Low Yat kini kerugian 50 peratus sehari.........


Kebanyakan peniaga barangan elektronik dan teknologi maklumat di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur mengalami kerugian sebanyak 50 peratus sehari susulan insiden rusuhan, Ahad lepas.
Justeru, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon meminta pihak pengurusan plaza itu supaya mempertimbangkan pengurangan sewa bulanan premis di bangunan itu bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh peniaga terbabit.

Katanya peniaga mengadu bahawa mereka menanggung kerugian besar apabila terpaksa menutup perniagaan selama dua hari sejak Ahad lepas serta jumlah pengunjung ke plaza itu amat berkurangan ekoran kebimbingan soal keselamatan.


Insiden rusuhan tercetus selepas seorang pemuda berusia 22 tahun ditangkap oleh peniaga di bangunan itu kerana didakwa mencuri sebuah telefon bimbit berjenama Lenovo bernilai RM800 sehari sebelum insiden rusuhan itu.

Selain kemerosotan jumlah pelanggan, peniaga juga menutup perniagaan mereka awal kerana bimbang dengan keselamatan, kata Chong kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke plaza itu pada Rabu.


Beliau berharap tahap keselamatan di sekitar kawasan itu dapat ditingkatkan kerana peniaga masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku.


Pada Ahad lepas, dianggarkan beratus-ratus orang dipercayai kumpulan yang dihasut menerusi laman sosial berkumpul di hadapan plaza itu mulai 8 malam, sehingga berlakunya pergaduhan yang berlarutan ke awal pagi.


Sehingga kini polis menahan 25 individu yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu



SENTIMENT PERKAUMAN UJUD KERANA KETAMAKAN KUASA  KAUM PENDATANG

OLEH MD IZWAN
Published: 15 July 2015 1:08 PM

Tiga sekawan yang dibelasah dalam kereta Proton Wira berhampiran Plaza Low Yat pada malam Isnin baru-baru ini mendakwa mereka diperlakukan seperti binatang tanpa dapat peluang untuk mempertahankan diri.
Pengalaman diheret keluar daripada kereta dan dibelasah adalah pengalaman hitam yang sukar dilupakan Patrick Lim, 21, salah seorang daripada mangsa dalam video kereta yang remuk semasa rusuhan tersebut.
"Kami diperlakukan seperti binatang," kata Lim pada sidang media di sebuah bengkel kereta di Gombak, Selangor.
Lim bersama dua lagi rakan sebayanya, Ah Peng dan Vincent ketika itu dalam perjalanan pulang selepas makan malam sebelum mereka dihentikan sekumpulan pemuda Melayu.
Kereta Lim rosak teruk, semua cermin keretanya pecah dan remuk bahagian depan hingga ke belakang bonet.
Rakannya, Vincent ketika ini masih lagi dirawat di Hospital Tawakal di Kuala Lumpur akibat kecederaan serius yang dialaminya, sementara beliau dan Ah Peng baru keluar hospital semalam.
"Kami mula-mula dihantar ke HKL (Hospital Kuala Lumpur), tetapi rakan saya (Vincent) cedera parah di bahagian perut dan perlu dibedah.
"Ibu bapanya mahu beliau dihantar ke Tawakal untuk dibedah," kata Lim.
Lim berkata, mereka tidak mengetahui tentang rusuhan di Plaza Low Yat dan tersekat di Jalan Imbi akibat jalan dihalang perusuh yang kebanyakannya pemuda Melayu.
"Bila kami tiba di jalan itu yang terletak antara Times Square dan Sungei Wang jalan itu sudah sesak dan kami tidak dapat patah balik.
"Ketika kami melepasi sekumpulan pemuda Melayu, tiba-tiba mereka menjerit 'itu Cina' yang menuding jaring kepada kereta kami," katanya.
Lim menafikan ada mengeluarkan kata provokasi kepada kumpulan Melayu tersebut seperti didakwa dan tidak mengambil sebarang alkohol pada malam itu.
"Cuba fikir secara logik, kalau kamu dikepung oleh orang ramai sebegitu adakah kamu akan mengeluarkan kata-kata melawan mereka?
"Saya tidak bercakap apa-apa, saya cuma menjawab mengatakan saya tinggal di Ampang," katanya.
Satu laporan polis juga dibuat oleh Lim bersama rakannya Ah Peng semalam di balai polis Jalan Bandar (HS Lee) semalam.
Lim memberitahu wang tunai kira-kira RM700 yang disimpan dalam dompetnya juga hilang, telefon bimbit, jam tangan dan aksesori komputer.
"Semua barang peribadi saya hilang selepas dibelasah," kata Lim yang bekerja secara sambilan dalam bidang pemasaran.
Lebih malang lagi, pihak insurans juga tidak akan menanggung kos kerugian keretanya kerana ia diakibatkan rusuhan, kata Lim.

Melayu Perasan Bagus
Dalam pada itu, Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang bertemu dengan Lim di bengkel sama pagi tadi menyifatkan tindakan samseng tersebut sebagai memalukan kaum Melayu.
"Sudah lah mereka pukul, kemudiaan mencuri pula," katanya pada sidang media sama.
Zulpuri, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab juga melihat kejadian di Low Yat sebagai percubaan untuk mengalihkan pandangan umum daripada isu besar dihadapi negara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Walaupun insiden tersebut meninggalkan kesan mendalam kepada Lim, beliau tidak menyimpan perasaan dendam malah memberitahu ramai rakannya terdiri daripada orang Melayu.
"Saya tidak berdendam, buat apa saya nak berdendam. Lagipun banyak kawan-kawan saya juga orang Melayu," katanya. – 15 Julai, 2015.


TAPI AKU....

AMUKANMelayu - Aku lebih bangga menjadi seorang muslim yang dirahmati Allah.. Daripada menjadi Melayu yang mengkhianati bangsanya sendiri!!