,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 14 October 2015

1 MDB - 6 JAHANAM WARNING ENAM JAHANAM


Cuai, Gabenor Bank Negara Malaysia Wajar Letak Jawatan

1. 1MDB telah memohon kepada Bank Negara untuk membuat pelaburan sebanyak AS$1 bilion pada tahun 2009 dan Bank Negara yang meluluskannya. 

2. Pada tahun 2010, selepas usahasama Petrosaudi-1MDB dihentikan,1MDB membuat pelaburan tambahan sebanyak AS$830 juta lagi, tetapi jumlah AS$1.83 ini ditukar ke dalam bentuk Nota Murabaha, iaitu sebagai kemudahan pinjaman kepada syarikat JV Petrosaudi pada kadar 8.75%. Tiada kenyataan dari Bank Negara.
3. Pada tahun 2011, pinjaman AS$1.83 bilion ditukar ke dalam bentuk saham PetroSaudi Oil Services dan nilainya telah meningkat kepada AS$2.2 bilion. Bank Negara senyap juga.
4. Pada tahun 2012, 1MDB menjual saham ini pada nilai AS$2.318 bilion, termasuk keuntungan sebanyak AS$488 juta yang dibayar dalam bentuk unit dana berdaftar Cayman Islands, Bank Negara diam juga.
5. Pada tahun 2014, 1MDB menebus unit dana tadi sebanyak AS$1.22 bilion untuk membayar hutang. Bank Negara masih tidak membuat apa-apa.
6. Pada tahun 2015, apabila baki unit dana 1MDB ini ditebus untuk membayar hutang Deustche Bank, Bank Negara masih tak berkata apa-apa.
7. Peliknya apabila Bank Negara gagal membuktikan 1MDB bersalah memberi maklumat yang kurang tepat mengenai pelaburan ke dalam PetroSaudi, Bank Negara telah menarik semula kebenaran yang diberikan kepada 1MDB pada 6 tahun yang lalu dan mengarahkan wang sebanyak AS$1.83 dikembalikan.
10. Bukankah Bank Negara yang memberi kelulusan kepada 1MDB pada tahun 2009. Adakah Bank Negara mahu mengatakan bahawa mereka telah memberikan kelulusan tetapi langsung tidak pernah mengambil inisiatif untuk menyemak, bertanya dan menyiasat kesahihan permohonan 1MDB. 
11. Adakah Bank Negara tidur sepanjang 6 tahun sejak tahun 2009 - 20014? Bank Negara juga tidak menghalang 1MDB daripada menggunakan wang AS$1.83 bilion untuk membayar hutang-hutangnya sepanjang tahun 2014-2015.
12. Selepas 6 tahun dan wang ini digunakan untuk membayar hutang-hutang 1MDB, bukankah pelik apabila Bank Negara mahu ia dikembalikan semula? 
13. Bolehkan agensi kerajaan meluluskan permohonan syarikat untuk membina bangunan dan selepas bangunan disiapkan, dijual dan dihuni, agensi tersebut mengatakan yang ia tersilap memberi kelulusan dan mahu bangunan dikosongkan, diruntuhkan serta permit untuk membina bangunan tersebut dikembalikan?
- See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/10/cuai-gabenor-bank-negara-malaysia-wajar.html#sthash.joTtGz4T.dpuf

"Seorang Nakhoda Yang Sedang Tebuk Kapal Di Tengah Lautan" 




Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaafar yang bersara hari ini mengingatkan kepada semua kakitangan SPRM supaya menghalang seorang yang cuba merosakkan negara, yang juga diibaratkannya seorang nakhoda yang sedang menebuk kapal di lautan dalam. 



Sebelum kapal tu dia tebuk lebih baik SPRM halang terlebih dahulu supaya semua rakyat Malaysia selamat.



Zakaria juga hairan kenapa Peguam Negara membuat kenyataan bahawa 1 MDB tidak ada kes sedang kes yang disiasata belum lagi selesai.



Zakarian mahu Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengaktifkan semula pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB.

Berucap pada majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata badan itu sudah lama tidak bermesyuarat.

"Saya difahamkan badan petugas khas itu tidak bermesyuarat sejak Ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed pulang dari luar negara dan cuba mendapatkan maklumat tambahan bagi memperkuatkan kes mereka pada lewat Julai,” katanya.

Katanya, tindakan itu selari dengan titah Majlis Raja-raja Melayu yang mahu siasatan segera dijalankan. Kita akur kehendak Majlis Raja-Raja Melayu
.


"ENAM JAHANAM", penyokong pre-paid Najib

Sebelum ini enam tokoh yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meletak jawatan dilabel sebagai ‘Enam Jahanam’.

Panggilan itu dibuat Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus kepada TUN M and The Geng.

Selain negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau turut memanggil lima yang lain iaitu Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan juga bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat, dengan gelaran 6 JAHANAM.

Katanya, kenyataan bersama keenam-enam tokoh berkenaan yang meminta Najib meletak jawatan adalah langkah terdesak.

“Apabila geng enam jahanam ini tidak mampu, untuk menewaskan Datuk Seri Najib dan kepimpinan yang ada sekarang, mereka menyeru rakyat untuk menentang kerajaan dan Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi.


Pendekar Pre-paid Najib diberi ruang seluas-luasnya oleh TV3

Mengulas lanjut, Jamal turut menyifatkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai individu yang tidak bermaruah apabila menyeru rakyat untuk terus melawan Perdana Menteri.

“Apabila dia berdepan dengan Perdana Menteri, terutamanya ketika mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO lepas, dia tidak suarakan seperti yang dinyatakan hari ini.

“Kalau benar dia bermaruah dan berprinsip, pertama beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden parti terlebih dahulu,” katanya.

Ditanya sama ada, Majlis Tertinggi perlu memecat tokoh tersebut Jamal berkata, tindakan tersebut wajar dilakukan memandangkan mereka tidak lagi penting dalam UMNO malah menyusahkan parti. “Enam jahanam ini seperti barang reject yang sudah tidak ada harga dan nilai, kalau tidak pecat sekalipun mereka ini sudah boleh ditalkin,” katanya.

Entah macamanan semalam dalam Buletin jam 0800 malam, TV 3 telah mengutarakan "6 JAHANAM" yang baru dengan BERIMEJKAN seperti "Geng Lahat Datu" memberi amaran supaya jangan di Ganggu kerajaan yang ada. Ia seolah-olah memberi amaran kepada TUN M And The Geng supaya jangan kacau Najib. Penulis rasa ini adalah satu kesilapan yang besar yang di buat oleh PUNAHSIHAT PM. 

Rakyat membayangkan sekarang ini, Najib sudah mula MENYOROT kebelakang. Dalam rupa dan perwatakan Najib yang bersahaja bersih dan nampak BIJAK, ia boleh menangkis bila ada yang mengatakan  Najib ada hubungkaitnya dengan MANDRAM dan "BOMOH"......tapi kali ini, dengan PERWATAKAN beberapa orang yang nampak cuba melindungi Najib dengan Imej "KUTU"......Najib telah menunjukan dirinya yang sebenar. Ramai Sibertroper Najib sendiri yang malu dengan keadaan ini.


Eiiiii....takutnya..

Memang pilihan politik itu hak masing-masing. Tapi penulis rasa macam tak kena bila pamerkan "kawan-kawan seperti ini" pada khalayak semasa berpolitik. Yes, he earned it and has all the rights to brag but seems a little off. Pendapat dari seorang rakyat marhaen yang turut sama sayangkan negaranya. Kita bercakap di atas perkara yang amat besar, iaitu KEPIMPINAN NEGARA, bukannya kita sedang MEMIMPIN satu PLATON PENGAKAP SEKOLAH. Setiap satu perkara itu akan meninggalkan kesan yang amat besar pada Negara dan Rakyatnya.

Penulis tak nak salahkan sesiapa, tapi cukup-cukuplah kita sesama Melayu sama sebangsa satu Agama, satu Kiblat satu Syuhadah  menjahanamkan bangsa sendiri..... orang luar dok tegok geleng je.....dan menunggu untuk MENANGGUK di air yang keruh. 

Kalu nak UGUT Tun M And The Geng nampaknya ia adalah satu KESILAPAN yang besar. Baca dulu sejarah Tun......kenali Orang Tua yang ramai menggelarkan "MAHAFIRAUN" ni. Sejarah SERANGAN SUBUH adalah kisah yang ampuh untuk di kenang. Sebuah Negara Penjajah di malukannya hanya dengan beberapa orang kepercayaannya sahaja. Ia melatih beberapa orang dalam masa kurang dari tiga bulan dan mereka ini seperti COMMANDO menyelinap masuk kedalam PASARAN SAHAM British dan mereka membawa balik MARUAH MELAYU dan HAK kita kembali kepangkuan kita.

Sementara sejarah Perang Bosnia, Tun M dan Tuanku Sultan Brunei merancang dan menghantar COMMANDO-COMMANDO terlatih Malayu yang hebat menyelinap masuk ke Bosnia dan membantu Umat Islam di sana. Satu pertanyaan penulis, apa KEBAIKAN yang telah kita buat dan apa jasanya kita pada Negara dan Ugama kita?

Nasihat penulis kalau mahu di dengar.....

"Ambillah tuala kecil dan laplah HINGUS yang meleleh itu".

Bukan niat penulis untuk menghina kamu semua. Tapi ukurlah baju pada badan sendiri. Kita hanya di jadikan alat untuk mereka terus berkuasa. Tiada siapa yang akan mengenang pada kita kerana tiada jasa pun....sebaliknya, hampir disemua saluran MEDIA SOSIAL mengutuk kamu selepas keluar berita semalam.

Kelab Che Det's photo.

Sementara itu mengikut Peguam Negara baru yang menggantikan TS Ghani Patail pula, tiada apa yang salahnya 1MDB ini,  dan tak perlu lagi untuk di siasat dan dengan kuasa yang ada ia menutup sepenuhnya siasatan 1MDB oleh Bank Negara, TS Zeti Aziz. 1MDB kini ternyata bersih dan tidak menemui sebarang salahlaku. 

1MDB tidak boleh dipersalahkan terhadap sebarang dakwaan salah laku yang disiasat oleh Bank Negara jika bank pusat itu gagal mendapatkan penjelasan yang diperlukan, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
"Jika Bank Negara Malaysia tidak memohon maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB harus dipersalahkan apabila mereka telah mengisi borang dan menjawab soalan yang diperlukan?" soal Apandi semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Jabatan Peguam Negara untuk menutup siasatan Bank Negara ke atas 1MDB mengikut Bahagian 1 (4) (b) Jadual Kelima Akta Kawalan Pertukaran Wang.
Menurut Apandi, Jabatan Peguam Negara tidak melihat sebarang keperluan untuk menyemak semula keputusannya itu.
Tambahnya, tidak ada kewajipan juga untuk 1MDB memberi maklumat kecuali diminta oleh Bank Negara sebelum itu, selain tidak ada bukti baru.

1MDB- ‘PERANG MAKLUMAT’ PEGUAM NEGARA, BANK NEGARA SEMAKIN PANAZZ? "Jika BNM tidak meminta maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB dipersalahkan kerana ia sudah mengisi borang seperti yang diperlukan dan memberi maklum balas kepada pertanyaan yang dibuat...pegawai 1MDB mematuhi arahan yang diberikan dan oleh itu, kelulusan bank pusat diberikan...." - Tan Sri Mohamed Apandi Ali Amat jelas kini, tumpuan adalah kepada BNM Malaysia (BNM) atau lebih tepat Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz Ini berikutan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini bahawa '1MDB tak bolehdipersalah jika BNM tak jalankan tugas'. Apakah ‘perang maklumat’ antara 1MDB Dan Jabatan Peguam Negara akan mendedahkan banyak perkara yang tersimpan selama ini dan semakin ‘mencerahkan’ kemelut 1MDB yang setakat ini belum dapat dipastikan bila akan selesai. Dengan kenyataan bahawa BNM ‘tak jalankan tugas’ pastinya akan memanaskan lagi suasana atau pergolakan berkaitan 1MDB. Jawapan BNM Jumaat lalu sudah menyebabkan ada pihak ‘panas bontot.. (Baca di sini). Mohamed Apandi mengatakan BNM ‘tak jalankan tugas’ merujuk kepada tiga kebenaran yang diperoleh oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada BNM untuk membuat kiriman wang pada 29 September, 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011. Khamis lalu, Mohamed Apandi mengumumkan keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap 1MDB berkaitan tindakannya membuat pendedahan tidak tepat bagi mendapatkan kebenaran pelaburan. Beliau berkata, keputusan itu dibuat walaupun bank pusat membuat rayuan untuk semakan semula, kerana tidak wujud sebarang bukti tambahan. Susulan itu, BNM telah membatalkan tiga kebenaran kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) terhadap pelaburan di luar negeri bernilai US$1.83 bilion (RM7.52 bilion). Dalam satu kenyataan, BNM berkata ia juga telah mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 kepada 1MDB untuk membawa balik jumlah tersebut ke Malaysia dan mengemukakan satu perancangan kepada bank pusat itu berhubung perkara tersebut. Selepas siasatan, bank tersebut merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan penilaian terhadap permohonan 1MDB itu. Bagaimanapun, didapati bahawa maklumat yang diberikan adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap. Ia berkata keputusan itu "berkait dengan saranan bank itu supaya pendakwaan jenayah dibuat terhadap 1MDB atas pelanggaran di bawah ECA." Berikutan itu, kenyataan Mohamed Apandi itu menerima kritikan, dengan pengkritik utama 1MDB, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menuduh peguam negara kini berkelakuan seperti seorang hakim. Semalam, Mohamed Apandi menjelaskan, BNM tidak mengambil lebih tiga (3) hari untuk memberikan keizinan tersebut dalam ketiga-tiga keadaan, katanya, membaca satu kenyataan media. Katanya, borang berkaitan bagi tujuan kiriman wang dalam kes ini tidak memerlukan pemohon menyatakan nombor akaun bank dan benefisiari. Setakat pengetahuan 1MDB, ia hanya perlu mengisi borang berkaitan dan bertindak balas kepada pertanyaan yang dibuat bank pusat itu. "Jika BNM tidak meminta maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB dipersalahkan kerana ia sudah mengisi borang seperti yang diperlukan dan memberi maklum balas kepada pertanyaan yang dibuat," kata Mohamed Apandi. Beliau berkata, pegawai 1MDB ketika dalam proses mendapatkan kebenaran itu, mematuhi arahan yang diberikan, dan oleh itu, kelulusan bank pusat diberikan. Mohamed Apandi berkata, melainkan sekiranya boleh ditunjukkan yang pegawai itu sengaja atau secara melulu memberikan maklumat palsu dalam butiran tersebut, mereka tidak melakukan sebarang kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang. "Memandangkan tidak ada keperluan, tindakan pegawai 1MDB tidak memasukkan maklumat itu bukan satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran. Ia juga menyatakan, borang ECM berkaitan, iaitu 09A dan 06B, tidak memerlukan pemohon memberikan nama-nama pemilik benefisiari, atau nombor akaun bank penerima, atau cara bagaimana dana itu akan disalurkan." Beliau berkata apabila 1MDB meminta Deutsche Bank membuat kiriman wang ke satu akaun lain, bank itu meminta penjelasan daripada BNM. Bank pusat itu kemudiannya memberitahu Deutsche Bank yang kiriman wang itu adalah keputusan perniagaan dan ia tidak menyimpang dari tujuan asalnya, kata Mohamed Apandi. Bank pusat itu tidak membuat sebarang pertanyaan lanjut pada masa tersebut, katanya. Dengan kedudukan ini, 1MDB tidak boleh dipersalahkan terhadap sebarang dakwaan salah laku yang disiasat oleh BNM jika bank pusat itu gagal mendapatkan penjelasan yang diperlukan. "Jika BNM Malaysia tidak memohon maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB harus dipersalahkan apabila mereka telah mengisi borang dan menjawab soalan yang diperlukan?" soal Apandi. Sebab-sebab inilah yang membuatkan Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menutup siasatan BNM ke atas 1MDB mengikut Bahagian 1 (4) (b) Jadual Kelima Akta Kawalan Pertukaran Wang. Menurut Mohamed Apandi, Jabatan Peguam Negara tidak melihat sebarang keperluan untuk menyemak semula keputusannya itu. Tambahnya, tidak ada kewajipan juga untuk 1MDB memberi maklumat kecuali diminta oleh BNM sebelum itu, selain tidak ada bukti baru. Menarik dalam kenyataan Peguam Negara semalam ialah keputusannya untuk membersihkan 1MDB yang membuat pengisytiharan tidak tepat berkaitan dengan pelaburan di luar negara, menyatakan BNM tidak mendapatkan maklumat yang cukup dari firma tersebut untuk menunjukkan ia melanggar undang-undang. Begitu juga, BNM tidak mengarahkan Deutsche Bank Malaysia Bhd menasihati 1MDB untuk kembali kepada bank pusat itu bagi mengkaji semula kebenaran yang diberikan untuk pengiriman wang itu. "1MDB, dengan cara yang sah, memberikan maklumat yang diperlukan bagi maksud pengiriman wang," katanya. "Dalam hubungan ini dan hakikat yang tidak ada bukti baru disediakan, kami tidak melihat keperluan untuk mengkaji semula (keputusan kami)," kata Apandi, yang enggan menjawab sebarang soalan daripada media. "Pegawai di 1MDB pada masa material, iaitu semasa proses mendapatkan kebenaran telah mematuhi arahan yang diberikan, maka kebenaran diberikan," kata Mohamed Apandi. Mohamed Apandi menegaskan bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953. Katanya, 1MDB memperoleh tiga kebenaran daripada Bank Negara untuk membuat kiriman wang, pada 29 September 2009 , 6 September 2010 dan 20 Mei 2011. Kita tunggu reaksi BNM khususnya Dr Zeti dalam isu ini dan mungkin akan terpercik isu lain yang membabitkan BNM dan 1MDB selepas ini. Yang pasti, Dr Zeti dan BNM semakin tidak disenangi oleh 1MDB. Contoh jelas ialah apabila 1MDB menyuarakan rasa kesalnya ke atas kenyataan Dr Zeti yang seolah-olah menyebut syarikat pembangunan strategik itu sebagai penyebab ringgit lemah. Penyusutan nilai ringgit dan mata wang lain disebabkan oleh kejatuhan mendadak minyak mentah, unjuran kadar peningkatan kadar faedah AS serta kelembapan ekonomi dunia dalam pasaran pesat membangun, katanya. "Berdasarkan fakta sejarah, belum ada satu syarikat pun yang dikaitkan sebegitu rupa kepada nilai ringgit. Kami yakin fakta yang dikongsi oleh 1MDB dan penjelasan segera yang dikeluarkan setakat ini, akan memberikan penjelasan dan jaminan kepada semua pihak berkepentingan," kata MDB1 dalam satu kenyataan. Tambahan pula, Dr Zeti menyedari bahawa 1MDB sentiasa memenuhi, tanpa ingkar, obligasi pembayaran asas dan kadar faedah, kepada peminjam domestik dan asing. Dan pastinya, 1MDB akan terus mengulangi kunci kata yang tersohor baginya: “Bukan syarikat sarat hutang kerana nilai aset syarikat kami adalah melebihi hutang.” Oleh Hambali Abdul Latiff

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
1MDB begitu bersih sehingga:

-perlu membuang TS Muhyiddin Yassin
-perlu membuang DS Shafie Apdal
-perlu menukar Peguam Negara,
-perlu menukar Timb Pengarah SB Pdrm
-perlu pindahkan penyiasat SPRM ke JPM
-perlu menamatkan Pengerusi PAC
-perlu tempatkan ahli PAC menjadi Menteri
-perlu membubarkan Task Force
-perlu menahan Khairuddin
-perlu menahan Matthias Chang

Inilah kayu ukur 1MDB dan ia tidak mempunyai sebarang salah laku.

sumber



AMUKANMelayu - Kalau durian itu durian juga.......mentimun pergilah main jauh-jauh, takut nanti terluka.......