Fungsi Bauksit
Untuk membuat alumunium dari bauksit ini biasanya menggunakan 2 tahap, proses bayer dan proses hall-heroult. Pembentukan Bijih Bauksit ini terjadi di daerah tropika dan subtropics, kerana daerah tersebut adanya proses pelapukan. Bauksit sering ditemukan dalam lapisan datar dan tidak terlalu dalam. Lebih mudah di jumpai di hutan biomas. Oleh sebab itu penambangannya sering mengorbankan untuk merusak hutan, padahal manfaat hutan sangat vital juga untuk manusia.
Bijih Bauksit |
Warna bauksit jika dilihat dengan mata kasar, mineral bauksit berwarna coklat orange kekuning-kuningan. Tetapi, jika dilihat dengan menggunakan mikroskop akan nampak adanya Kristal berwarna kehitaman.
Bagaimana dengan sifat Bauksit? bauksit termasuk sangat lunak dengan angka kekerasan 1-3 skala mohs. Selain itu juga relative ringan dengan berat jenis 2,3-2,7. Bauksit mudah patah dan tidak dapat larut dalam air serta tidak akan terbakar.
Daerah Penghasil Bauksit
Bauksit mudah di temukan di daerah-daerah tropis yang dekat dengan garis khatulistiwa. Di Malaysia ia terdapat banyak di Pahang. Biji bauksit dapat dimanfaatkan, pada proses penambangan memerlukan proses yang cukup panjang dan rumit. Kawasan yang di kenalpasti mengandungi bauksit akan di gali dan setelah ditemukan bauksit lalu di lombong dan selepas itu lakukan proses pencucian.
Tapak Perlombongan Kg. FELDA Bukit Goh |
Apa manfaat bauksit bagi kehidupan kita? Bauksit merupakan batuan alam yang di ciptakan Allah untuk turut membantu kehidupan manusia. Berikut manfaat Bauksit bagi kehidupan sehari-hari.
- Pemanfaatan aluminium
Sejauh ini Negara tujuan yang memerlukan alumunium dari Australia adalah Negara-negara asia seperti Jepun dan termasuk Malaysia. Cukup ironi kita memiliki bahan Bijih Bauksit dan kita mampu mengolahnya dengan optimal untuk di jadikan alumunium. Sifat yang dimiliki alumunium sangat khas yaitu mampu mengahantar panas dengan efisien.
Pemanfaatan Untuk Pembuatan Peralatan Sehari-Hari
Dari alumunium tersebut akan di buat berbagai perlatan yang diperlukan manusia sehari-harinya seperti.
- Bahan utama pembuatan wajan
- Pembuatan lapisan luar panci
- bahan paling luar pada kaleng makanan
Selain tu sifat yang dimiliki alumunium adalah memiliki berat yang ringan namun memiliki kerapatan yang cukup baik, secara kekuatan juga besar. Sehingga di gunakan untuk pembuatan teknologi di zaman modern ini, seperti.
- Pembuatan badan pesawat
- Pembuatan atap sebuah pabrik atau rumah.
Selain pemanfaat utama untuk dijadikan alumunium, bauksit juga memiliki banyak kegunaan untuk industry lainnya. Biji bauksit bisa di ubah menjadi sesuatu yang selama ini ada di sekitar kita, seperti:
- Dalam industry logam, dijadikan bahan baku pembuatan besi
- di jadikan bahan dasar untuk pebuatan tinta kering dan tinta laser, pada mesin fotokopi.
- Di Industry rekaman, bauksit menjadi bahan utama untuk pembuatan pita kaset
- Bahan dasar pembuatan keramik
Kesan Perlombongan Bauksit di Kuantan
LADANG KELAPA SAWIT FELDA Bukit Goh |
AMUKANMelayu dapat gambar ni dari fb. Ramai rakan-rakan fb yang merupakan warga Kuantan termasuk para bloger dari Pahang yang sudah "SAKIT HATI" dengan masalah BAUKSIT ini. Pergh ! Memang mengejutkan ! Kesan pelombongan bauksit menyebabkan
debu-debu warna merah memenuhi kawasan sekitarnya. CN harap pihak
Jabatan Alam Sekitar serta agensi lain bertindak cepat untuk mengatasi
masalah ini sebelum menjadi lebih parah.
Kesan Perlombongan Bauksit
Cadangan guna kereta
api angkut bauksit ke pelabuhan - KPC
TINJAUAN jalan berdebu disebabkan lori membawa muatan bauksit di Jalan
Kuantan-Kemaman berhampiran Kawasan Industri Gebeng. - Foto Luqman Hakim
Zubir
KUANTAN: Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (KPC) mencadangkan kepada
kerajaan negeri Pahang supaya kereta api digunakan bagi proses
penghantaran bauksit ke pelabuhan dalam usaha meminimumkan pencemaran
alam sekitar disebabkan aktiviti itu.
Ketua Pegawai Operasi KPC, Datuk Khasbullah A Kadir, berkata laluan
sejauh tujuh kilometer dari Sungai Ular ke Pelabuhan Kuantan itu dilihat
lebih efisien kerana ia jauh daripada penempatan penduduk.
"Kita percaya penghantaran bauksit menggunakan kereta api ini dapat
meminimumkan pencemaran di sepanjang laluan orang ramai dan kawasan
berdekatan pelabuhan sebagaimana yang terjadi sekarang.
"Kita sudah menghantar kertas cadangan berkaitan hal ini kepada kerajaan
negeri Pahang dan difahamkan ia kini dalam pertimbangan," katanya di
sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Penggunaan 50 Trak
Pengangkut Untuk Mengawal Pencemaran di Pelabuhan Kuantan di sini.
Khasbullah berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil pelbagai
inisiatif untuk mengurangkan pencemaran di kawasan operasi Pelabuhan
Kuantan termasuk menyediakan trak pengangkut berkenaan.
"Kita telah membelanjakan kira-kira RM10 juta untuk menyediakan trak
pengangkut ini yang akan digunakan bagi membawa bauksit dari tempat
simpanan bahan itu ke pelabuhan.
Ini secara langsung mengurangkan pencemaran berbanding menggunakan trak
luar kerana ia hanya beroperasi di dalam kawasan pelabuhan," katanya.
Dalam masa yang sama, katanya pihak pelabuhan juga akan membahagikan
kawasan itu kepada tiga zon iaitu zon bersih, zon bekas dan zon bauksit
agar tidak mengganggu operasi penghantaran kargo yang tidak berkait
dengan bahan berkenaan.
"Selain pembahagian kepada tiga zon, kita akan memasang pagar jaring
antihabuk, menyediakan penutup stok simpanan bauksit dan kawasan
pembasuhan tayar kenderaan," katanya.
Khasbullah berkata: "Kita turut menggunakan jentera penyapu, jengkaut
dan empat pasukan penyembur air untuk memastikan kawasan itu sentiasa
bersih.
Kos secara keseluruhan bagi semua operasi ini dianggar RM2 juta sebulan
dan kita meletakkan sasaran situasi akan bertambah baik dalam tempoh
empat bulan akan datang," katanya.
Beliau berkata, operasi penghantaran bauksit di Pelabuhan Kuantan pula
terpaksa dihentikan sehari lebih awal jika terdapat kapal persiaran
membawa pelancong yang akan berlabuh.
Katanya ini bagi memberi keselesaan kepada mereka selain menjaga imej
negara di mata dunia. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/7329
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/7329
TINDAKAN BERANI WANITA INI MELAHIRKAN KEKESALAN KERAJAAN NEGERI PAHANG YANG GAGAL MENYELESAIKAN MASALAH BAUKSIT@BULLSHIT
APA DAH JADI NI…???? TINDAKAN BERANI MATI WANITA BERTUDUNG INI MENGUTUK KERAJAAN NEGERI PAHANG BAGAIKAN ANJING MENYALAK BUKIT !!! APA DAH JADI…????
Sumber: hye
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU YANG DI NODAI
Assalamualaikum..............
Ampun Tuanku......
BismillahhirRahmanirRahim,
Sembah durhaka dari Patek yang bersultankan Tuanku.
Patek hanya BERSULTANKAN Tuanku yang TEGAS dan BERANI. Patek bukan KETURUNAN PENDERHAKA Sultan mangkat di Julang...
Patek yakin Tuanku tidak akan mendustai Amanat Tuanku Raja-Raja Melayu yang terdahulu. Patek BERPEGANG teguh dengan Amanat Tuanku Raja-Raja Melayu yang adil ini.
Ketiga: Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Keempat: Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
Ampun Tuanku.....,
Bagaimana dengan mereka ini....melombong di Tanah FELDA....bila di tegur, mereka menghantar samseng warning Orang Melayu......dalam kampung kita mereka berkelakuan begini......menceroboh Tanah Hak Orang Melayu, dan pampasan tidak di beri.......sampai bila Tuanku....Bangsa Tuanku akan terus di hina begini.....mana maruah kita?

ISU BAUKSIT DI KUANTAN
Sejak kebelakangan ini, pengeluaran bauksit di kawasan Kuantan meningkat dengan mendadak. Dan ia menjadi isu panas bagi penduduk setempat yang terkena tempiasnya secara langsung, terutama bagi penduduk di RTP Bukit Goh, Kuantan.
Bukan kita nak salahkan bauksit, sebab bauksit ini adalah antara bahan utama untuk hasilkan pelbagai barangan dan produk yang kita gunapakai setiap hari. Bauksit adalah bahan mentah untuk menhasilkan aluminium. Pada sebuah kereta kita hari ini paling kurang pun diperbuat daripada 160kg aluminium. Belum cerita barangan lain yang turut dihasilkan menggunakan aluminium.
Boleh dikatakan permintaan terhadap bauksit ini sentiasa ada sebab manusia memerlukan aluminium terus menghasilkan pelbagai produk.
Bauksit yang ditarah di Kuantan akan dieksport ke China. Antara negara lain yang turut membekalan bauksit ke China adalah Indonesia, Australia dan India.
Pada tahun 2014, Indonesia telah menghentikan pengeluaran eksport bauksit dan nikel ke negara China. Akibatnya bekalan bahan mentah untuk memenuhi permintaan aluminium berkurangan.
Antara sebab itulah juga, pengeluaran bauksit di Malaysia pula meningkat secara mendadak. Pada tahun 2013, China cuma mengimport 208,770 tan bauksit daripada Malaysia. Dan jauh berbeza pada tahun 2014, jumlah pengimportan tersebut meningkat lebih 400% menjadikan semuanya berjumlah 962,799 tan.
Jika dahulu antara pusat pengeluaran bauksit yang utama Di Malaysia adalah di kawasan Pengerang, Johor. Kini Bukit Goh, Kuantan serta kawasan sekitar pula menjadi antara pengeluar bauksit yang berskala besar juga.
Isu Bauksit Menjadi Parah Kepada Penduduk Kuantan
Pencemaran
Untuk menhasilkan 1 tan aluminium, ia memerlukan 4 atau 5 tan bauksit. Semasa kerja melombong bauksit pula akan menghasilkan 10 tan sisa batu serta 3 tan lumpur merah bertoksik.Jadi daripada hasil itu kita boleh nampak berapa banyak pencemaran yang akan terhasil kesan daripada aktiviti perlombongan bauksit ini.
Kini pun sudah boleh dilihat kesannya, selain kawasan perlombongan yang sudah dirobek buminya. Kawasan sungai mulai mengalir kemerahan hingga membawa ke persisiran pantai.
Selain itu, ada juga kawasan kediaman yang terlibat menjadi laluan mengangkut bauksit. Akibatnya kawasan tersebut menjadi berdebu.
Akibat daripada pelombongan bauksit yang tidak terkawal akan menyebabkan pencemaran udara, pencemaran air serta boleh mengundang kepada masalah kesihatan kepada masyarakat disekitar.
Dalam satu kajian penyelidik Australia menyatakan lumpur merah bauksit boleh menyebabkan kanser paru-paru.
Selain itu bahan Hidrosida Natrium (NaOH) yang terkandung dalam lumpur merah bauksit adalah berbahaya kepada manusia. Jika bahan ini terkena secara lansung kepada manusia boleh mengakibatkan kerengsaan kulit, radang pernafasan.
sumber : http://www.vlink.com/socialissues
Masalah Lalu Lintas dan Kemalangan
Menurut pihak yang bertanggungjawab, antara 2 April hingga 23 Mei lebih kurang 43,278 buah lori telah di periksa. Dan sebanyak 1,134 buah lori telah disita. Malah telah menghasilkan kutipan kompaun kesalahan yang dilakukan sehingga berjumlah RM 2.1 juta.Disebabkan jumlah lori yang terlalu banyak, skala penguatkuasaan dilihat kurang berkesan. Mungkin anggota pihak berkuasa tidak mencukupi untuk memantau keadaan.
Sering dilihat lori-lori yang mengangkut bauksit melakukan kesalahan di jalan raya seperti :-
a) Membawa dan mengisi muatan secara berlebihan, sehingga boleh menganggu pemandu kenderaan yang lain. Kerana apabila bauksit diisi secara berlebihan banyak tumpahan bauksit ke atas jalan raya dan jalan menjadi kotor.
Jalan jadi berdebu apabila musim panas, dan berselut pada musim hujan.
Malah ada batu yang jatuh ke boleh terkena cermin kenderaan yang berada di belakan.
b) Lori yang tidak mengikut peraturan jalan raya, yang sering aku lihat adalah lori membuang pusing U (U-turn) di tempat yang tidak dibenarkan kepada kenderaan berat membuat pusingan U. Akibatnya akan menganggu pengguna jalan raya yang lain.
Ada juga lori yang dipandu dengan laju, terutama lori yang sudah kosong dengan muatan selepas bauksit di tuang di perlabuhan.
Ada disesetengah kawasan telah menyebabkan kesesakan lalulintas kepada penduduk setempat.
c) Munkgin ini isunya kecil, tapi macam mana penguatkuasaan hendak dijalankan jika ada sesetengah lori yang kotor sehingga no plate lori tersebut tidak nampak. Jika berlaku kemalangan, macam mana mangsa hendak membuat aduan kepada pihak polis.
Penduduk Kuantan mengeluh pencemaran bauksit, apa tindakan PEJABAT TANAH DAN GALIAN PAHANG?
PENDUDUK Kuantan mengeluh dengan pencemaran
bauksit di sekitar kawasan Bukit Goh, Gebeng, dan Pelabuhan Kuantan yang
boleh menyebabkan risiko kesihatan dan kemalangan jalan raya.
Facebook Astro AWANI menerima pelbagai maklumat dan gambar mengenai isu ini yang rata-ratanya meluahkan ketidakpuasan hati terutama sekali mengenai aktiviti lori yang keluar masuk dari kawasan perlombongan bauksit.
Shahizam Hussein berkata masalah bermula pada pertengahan tahun 2014.
“Urusan membawa keluar bauksit telah menyebabkan jalan utama kotor, membahayakan kepada orang ramai dan telah banyak kali mengakibatkan kemalangan malah terdapat juga kemalangan maut.
“Kegiatan perlombongan bauksit yang tidak terkawal telah mengganggu rutin harian penduduk setempat kerana urusan logistik menggunakan laluan penduduk untuk ke bandar Kuantan," katanya.
Tambah pengguna Facebook yang menggunakan nama Apih Pokcu, beliau berkata jalan di Bukit Goh, jalan bypass Balok ke Gebeng sangat kotor dan boleh menyebabkan kemalangan oleh pemandu lori yang membawa muatan lebih hampir setiap hari.
“Penduduk di kawasan sekitar pelabuhan terpaksa menanggung kesan debu dari bauksit yang tumpah sekitar jalan dan seperti tiada pemantauan yang baik dari pihak syarikat dan pihak berwajib,” katanya.
Mohd Noor berkata warga Kuantan cukup sengsara dengan kesan perlombongan bauksit di Kuantan.
“Kami juga risau akan musim tengkujuh yang mendatang dan ia akan menjadi lebih teruk,” katanya.
Tambah Amin Evva, “Jalan raya rosak dan kotor, sungai tercemar, lori-lori bauksit yang bertindak ganas kerana hendak mengejar perjalanan sekaligus membahayakan pengguna jalan raya lain.
“Ia juga mengganggu kententeraman awam dengan berderetan lori-lori bauksit yang memakir di kawasan perumahan dan taman,".
Seorang pengguna Facebook Nico Scania menghantar kiriman video yang menunjukkan situasi di Kuantan.
Dalam video berkenaan, beliau meluahkan ketidakpuasan hati ketika ingin mengambil anak dari sekolah pada jam 12 lebih tengah hari yang harus mengharungi kesesakan oleh kerana banyak lori di sebelah kanan dan kiri jalan raya.
“Sudah berbulan-bulan mereka buat kerja, hari ini saya paling sakit hati. Tolong tengok keadaan kami macamana sekarang,” katanya dalam video pendek itu.
Beliau menyeru pihak berkuasa termasuk kerajaan negeri Pahang untuk membantu penduduk tempatan.

Sungai turut tercemar akibat aktiviti perlombongan bauksit. Gambar: Facebook/Kiriman Hanapi Jusoh
“Urusan membawa keluar bauksit telah menyebabkan jalan utama kotor, membahayakan kepada orang ramai dan telah banyak kali mengakibatkan kemalangan malah terdapat juga kemalangan maut.
“Kegiatan perlombongan bauksit yang tidak terkawal telah mengganggu rutin harian penduduk setempat kerana urusan logistik menggunakan laluan penduduk untuk ke bandar Kuantan," katanya.
Penduduk tempatan berkata masalah bermula pada pertengahan tahun 2014 sehingga kini. -Gambar: Facebook/Kiriman Mohd Noor
Tambah pengguna Facebook yang menggunakan nama Apih Pokcu, beliau berkata jalan di Bukit Goh, jalan bypass Balok ke Gebeng sangat kotor dan boleh menyebabkan kemalangan oleh pemandu lori yang membawa muatan lebih hampir setiap hari.
“Penduduk di kawasan sekitar pelabuhan terpaksa menanggung kesan debu dari bauksit yang tumpah sekitar jalan dan seperti tiada pemantauan yang baik dari pihak syarikat dan pihak berwajib,” katanya.
Jalan raya di sekitar Kuantan kotor akibat muatan bauksit yang terkeluar dari lori-lori. -Gambar: Facebook/Kiriman Mohd Noor
Mohd Noor berkata warga Kuantan cukup sengsara dengan kesan perlombongan bauksit di Kuantan.
“Kami juga risau akan musim tengkujuh yang mendatang dan ia akan menjadi lebih teruk,” katanya.
Tambah Amin Evva, “Jalan raya rosak dan kotor, sungai tercemar, lori-lori bauksit yang bertindak ganas kerana hendak mengejar perjalanan sekaligus membahayakan pengguna jalan raya lain.
“Ia juga mengganggu kententeraman awam dengan berderetan lori-lori bauksit yang memakir di kawasan perumahan dan taman,".
Urusan
membawa keluar bauksit banyak kali mengakibatkan kemalangan malah
terdapat juga kemalangan maut. -Gambar: Facebook/Kiriman Shahizam
Hussein
Seorang pengguna Facebook Nico Scania menghantar kiriman video yang menunjukkan situasi di Kuantan.
Dalam video berkenaan, beliau meluahkan ketidakpuasan hati ketika ingin mengambil anak dari sekolah pada jam 12 lebih tengah hari yang harus mengharungi kesesakan oleh kerana banyak lori di sebelah kanan dan kiri jalan raya.
Penduduk
tempatan meraya agar pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu agar
masalah ini tidak berterusan. Gambar: Facebook/Kiriman Juzilan Abdullah
“Sudah berbulan-bulan mereka buat kerja, hari ini saya paling sakit hati. Tolong tengok keadaan kami macamana sekarang,” katanya dalam video pendek itu.
Beliau menyeru pihak berkuasa termasuk kerajaan negeri Pahang untuk membantu penduduk tempatan.
Penduduk
tempatan sudah tidak tahan dengan jalan raya yang kotor dan jumlah lori
yang banyak. Gambar: Facebook/Kiriman Hanapi Jusof
Ini adalah gambar-gambar yang aku perolehi daripada kawan-kawan yang post di Group Facebook Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM).
Pada aku aktiviti perlombongan bauksit ini tak salah, sebab ini juga menjadi salah satu sumber pendapatan kepada negeri ini serta menjadi sumber pendapatan bagi orang kita mencari rezeki. Cuma cara perlaksanaannya perlu mengikut prosedur yang betul agar tidak menganggu penduduk serta mengakibatkan masalah pencemaran yang teruk.
Diharap aktiviti kerja perlombongan bauksit ini dijalankan tidak terlampau gelojoh. Kini dapat kita lihat ia dilakukan secara besar-besaran, sudah pasti tujuannya adalah untuk mengaut keuntungan dalam masa yang singkat.
Jangan hanya fikirkan keuntungan semata-mata fikirkan juga akibat yang akan berlaku nanti, apabila bumi dinodai dengan nafsu serakah pasti akan ada balasannya kelak
Penduduk
di sekitar Felda Bukit Goh di sini menggesa pihak berkuasa memantau
pergerakan lori membawa muatan bauksit yang dikeluarkan dari tanah
ladang di tanah rancangan itu kerana mengotorkan jalan.
Tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang
laluan masuk ke Felda berkenaan mendapati permukaan jalan bertukar warna
kemerah-merahan, berdebu, kotor dan menjejaskan kualiti penglihatan
akibat pergerakan keluar masuk treler terbabit.
Menurut seorang penduduk, Awang Abd. Rahman, 55, keadaan jalan dari persimpangan Tanjung Pasir hingga ke tanah rancangan berkenaan semakin terjejas sejak sebulan lalu apabila kerja-kerja pengeluaran bauksit giat dilakukan.
“Kita akui masing-masing ghairah mengeluarkan sumber mineral itu sehingga mengabaikan kepentingan kepada alam sekitar.
“Sepatutnya pihak kontraktor atau pemilik lori perlu mewujudkan satu sistem khas dengan membina kolam air bagi membersihkan treler yang membawa bauksit sebelum keluar dan lalu di jalan utama.
“Jika keadaan ini dibiarkan berterusan ia bukan sahaja menjejaskan pandangan, mengotorkan kenderaan penduduk malah akan menjejaskan kesihatan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
Bagi seorang suri rumah, Kasmah Abdullah, 35, dia bimbang kehadiran treler di dalam kawasan perumahan kerana bukan sahaja menjejaskan permukaan jalan tetapi mendatangkan bahaya terutama kepada kanak-kanak.
“Bayangkan lori besar masuk ke kawasan perumahan. Saya bimbang keselamatan anak-anak. Oleh itu, saya berharap pihak berkuasa sentiasa memantau pergerakan kenderaan berkenaan atau menetapkan waktu tertentu bagi memudahkan semua pihak,” katanya.
Sementara itu, seorang peneroka, Adam Yatmin, 65, hairan apabila tiada langsung penguatkuasaan seolah-olah tidak ada syarat yang ditetapkan kerajaan negeri dalam kegiatan pengambilan bauksit di kawasan ini.
“Minggu lepas terdapat dua kematian membabitkan kemalangan antara lori yang membawa bauksit ini dengan motosikal. Inilah yang membimbangkan kami.
“Bukan sahaja jalan kotor. Nyawa juga terancam. Sekarang musim hujan pun jalan sudah semakin teruk, tunggu nanti musim panas, pastinya berdebu," katanya.
Sependapat dengan Adam, isterinya, Kalsom Zahari, 56, berharap pihak berkuasa segera bertindak tegas sebelum keadaan jalan di perkampungan itu menjadi seperti yang berlaku di sekitar Pelabuhan Kuantan.
- See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/penduduk-resah-lori-muatan-bauksit-kotorkan-jalan-1.22787#sthash.LVBuf3RB.dpufMenurut seorang penduduk, Awang Abd. Rahman, 55, keadaan jalan dari persimpangan Tanjung Pasir hingga ke tanah rancangan berkenaan semakin terjejas sejak sebulan lalu apabila kerja-kerja pengeluaran bauksit giat dilakukan.
“Kita akui masing-masing ghairah mengeluarkan sumber mineral itu sehingga mengabaikan kepentingan kepada alam sekitar.
“Sepatutnya pihak kontraktor atau pemilik lori perlu mewujudkan satu sistem khas dengan membina kolam air bagi membersihkan treler yang membawa bauksit sebelum keluar dan lalu di jalan utama.
“Jika keadaan ini dibiarkan berterusan ia bukan sahaja menjejaskan pandangan, mengotorkan kenderaan penduduk malah akan menjejaskan kesihatan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
Bagi seorang suri rumah, Kasmah Abdullah, 35, dia bimbang kehadiran treler di dalam kawasan perumahan kerana bukan sahaja menjejaskan permukaan jalan tetapi mendatangkan bahaya terutama kepada kanak-kanak.
“Bayangkan lori besar masuk ke kawasan perumahan. Saya bimbang keselamatan anak-anak. Oleh itu, saya berharap pihak berkuasa sentiasa memantau pergerakan kenderaan berkenaan atau menetapkan waktu tertentu bagi memudahkan semua pihak,” katanya.
Sementara itu, seorang peneroka, Adam Yatmin, 65, hairan apabila tiada langsung penguatkuasaan seolah-olah tidak ada syarat yang ditetapkan kerajaan negeri dalam kegiatan pengambilan bauksit di kawasan ini.
“Minggu lepas terdapat dua kematian membabitkan kemalangan antara lori yang membawa bauksit ini dengan motosikal. Inilah yang membimbangkan kami.
“Bukan sahaja jalan kotor. Nyawa juga terancam. Sekarang musim hujan pun jalan sudah semakin teruk, tunggu nanti musim panas, pastinya berdebu," katanya.
Sependapat dengan Adam, isterinya, Kalsom Zahari, 56, berharap pihak berkuasa segera bertindak tegas sebelum keadaan jalan di perkampungan itu menjadi seperti yang berlaku di sekitar Pelabuhan Kuantan.
AMUKANMelayu - Bila RASUAH mengetuk pintu, itu tanda Negara akan TERGADAI.....