,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي
PERJALAN HAJI AKI
Wednesday, 11 November 2015
AKU NI MELAYU, AWANG
Getah tua sebatang di tengah laman,
Pucuknya bertaruk muda, berbunga puteh
Jauhnya dari tangga tiga depa
Julainya mencecah bumbung beranda
Buaian bertali rotan tersangkut di dahan sama gagah
Daun keringnya berguguran sampai di hujung halaman.
Allah, luasnya laman tak tergolek tempurung nyior
Panjangnya laman hingga tak terbau melor selengkar
Seminggu baru selesai Mak merumput
Pisang udang seperdu dah beberapa kali berbuah
Sebesar lengan budak besar buahnya
Dah di makan Awang selalu bila dah ranum
Ah.....apa nak bimbang, kita bukan keturunan Raja mangkat di julang
Kita bukan keturunan Lembing Awang pulang ke Dayang
Kita bukan keturunan "LANUN" di kuala
Kita bukan keturunan Megat Panji Alam
Apa nak bimbang......muntah ke DARAH
Muntah termakan buah perah tak empuk biasa saja......
Lama Aku termenung di hujung tangga
Punggung tak melepasi bendul
Berjuntai kaki semutar di kepala
Pangkin Pendekar Hamid Tok Long masih gagah
Tiada siapa berani duduk, manakan mungkin ayam bertenggek
Ketuk-ketuk buluh aur masih juga ada di sana
Tiada siapa yang berani mengetuknya.
Melur selengkar di hujung halaman
Dahlia merimbun di pintu pagar
Tanjung di tepi jalan.
Semerbak baunya melepasi gunung dan lurah......
Bunga sedap malam jarang berbunga sekarang.....
Merajuk berengkali......
Laman dapor bersambung dengan laman besar
Di tepi tangga ada tempayan tanah
Berisi air dan kayu sebatang penyangkut BATUK
Petak sawah hanya dua langkah dari tiang dapor
Anak tangga berkayu bulat......
Menjerit Mak memanggil adek mengangkat baldi diatas jujungan
Air minuman di ambil dari sungai
Air basuhan dari dari parit masuk kesawah.....
Terkejut adek.....tiba-tiba anak seluang barada dalam pinggan
Hehehehehe......masuk kedalam baldi semasa Mak cebukkan air tadi
Allah.....keluhan dan rintihan.......
Kita terlalu sombong dengan alam
Petak sawah telah lama kontang
Kering dan di tinggalkan
Laman dan naik lalang separas pinggang
Dapor rumah Ayah dan lama runtuh
Ibu rumah dah senget di makan anai-anai
Getah sebatang dah lama hilang
Pisang udang dah tinggal mayang
Melor, dahlia, tanjung dan teratai dah tak berbau
Pintu rumah ibu dah terkopak
Tempayang air dah lama pecah
Parit dah menjadi jalan
Anak-anak hilang ke Pekan.....
Hujung bulan baru datang bertandang
Aku ni Melayu Awang
Yang ada jangan di buang,
Yang di cari menambah yang kurang.
SABTU
30/10/15
Rumah Mek
Kg. Chepor Lenggong, Perak.
Labels:
AWANG