,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 30 December 2015

Muhyiddin oh Muhyiddin, Apa lu sudah bikin?



Image result for muhyiddin yassin
PAU sudah berakhir, sorakkan keatas Najib lebih jauh riuhnya dari sorakkan keatas Mohyiddin Yassin. Tapi sorokan BOOOO kepada Wakil dari Perak menampakkan UMNO tidak mahu satu lagi PERPECAHAN akan berlaku dalam UMNO khususnya dan pada Melayu amnya. Sejak Biro Ugama UMNO keluar dari UMNO dan Menubuhkan PAS, Orang Melayu sentiasa saja BERPECAH.

Orang Melayu pada ketika ini ada 65 peratus, tetapi telah jadi minoriti kerana sudah berpecah kepada Melayu umno, Melayu Pas dan Melayu PKR,

Sejarah Perpecahan Melayu

Image result for najib dan tun m
Bersatulah
Kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. 
 
Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.
 
Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. 

Longgokan kesedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis UMNO bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. 

Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. 

Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran UMNO.

Sheikh Abdullah Fahim
Antara pengasas Persatuan Ulamak

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. 

Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. 

Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka.

Dr. Burhanuddin Al Helmy
Pelopor Perubatan Homeopathy dan Bekas Pimpinan PAS

Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.


Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. 

Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. 

PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

BERSATU

Datuk Asri Muda
Pemimpin Bertanggungjawab membawa PAS ke dalam BN
 
PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. 

BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. 

Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.


BERPECAH SEMULA

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. 

Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). 

Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Us. Fadzil Noor memimpin perubahan besar dalam PAS
Beliau membawa PAS ketengah-tengah masyarakat.
 
Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-UMNO pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, UMNO pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. 
 
Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Ku Li keluar daripada UMNO lalu menubuhkan Semangat 46 dan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya.


Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. 
 
PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. 
 
Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Tuan Guru Hj. Nik Aziz
Ulama' dan Pemimpin yang disegani

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang).


Tuan Guru Hj Abdul Hadi
Presidan PAS

Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. 

Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. 

Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995).

‘Umno kembali berpecah kepada Team TUN M, Team NAJIB’

Image result for najib dan tun m
Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang baharu sahaja melabuhkan tirainya telah memberikan gambaran jelas bahawa walaupun sokongan untuk Perdana Menteri, Najib Tun Razak kelihatan baik namun parti itu pada garis bawahnya telah berpecah kepada dua kumpulan, Team TUN M dan Team NAJIB.

Mengulas mengenai, perpecahan dalam UMNO kini telah menghampiri krisis politik 1987 dahulu, apabila pasukan Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) mencabar kepimpinan PM Dr Mahathir.

Cuma, keadaan kali ini sedikit berbeza apabila Dr Mahathir bergabung dengan Ku Li dan Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin menentang Najib.

Nampak jelas Umno sudah ada Team TUN M dan Team NAJIB. Ramai ahli parti itu cenderung menyokong Team NAJIB dan yang kurang berani menyokong Team TUN M.

Pada bacaan penulis, situasi ini akan berterusan sehingga ke Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ini. Oleh itu, rakyat harus bijak menilai sebelum mengundi. Bukan saja UMNO dan BN, hampir kesemua Parti yang bergerak secara bersendirian atau yang bergerak secara kumpulan atau perikatan, hampir kesemuanya tidak stabil menjelang PRU depan,”. Tak usahlah DAP, UMNO, PAS, PKR nak perasan BERASA BAGUS sangat.

Walaupun media arus perdana tidak melaporkan tentang wujudnya dua puak dalam Umno, namun hakikatnya ia wujud. Rakyat mestilah melihat kewujudan dua puak ini. Umno telah berpecah-belah tetapi rakyat sedar dengan dipropaganda tentang kelemahan yang cuba di bawa kepada Masyarakat oleh Media Perdana atau Media Pakatan Pembangkang.

PAU yang biasanya akan mengetengahkan MASALAH Rakyat, kini hanya tertumpu pada PIDATO-PIDATO yang "menjilat" buntut pemimpin. Tiada seperti lazimnya akan ada HERO yang di tunggu-tunggu mengkritik dasar Kerajaan sebagai tidak prihatin kepada penderitaan hidup rakyat. Perwakilan yang "KONONNYA" telah di sogok hanya memberi tertumpu "MEMPERTAHAN" President Parti dengan memberi penjelasan mengenai dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Presiden dan krisis dalaman parti sahaja.

Tiada lagi keputusan dibuat oleh PERWAKILAN untuk menurunkan harga barang atau kos sara hidup. Ini jelas membuktikan betapa PERWAKILAN kini sudah tidak prihatin lagi terhadap nasib rakyat yang sedang bergelut dengan kenaikan kos. Hanya KJ sahaja yang BERANI menyuarakan dan mengubat luka di hati Rakyat dengan meminta Kerajaan supaya jangan lagi menaikkan apa-apa juga kos perkhidmatan.

Kuasa mutlak yang kini beradadalam tangan BN yang diperolehi melalui PRU lalu di gunakan sepenuhnya oleh Najib dengan mengenakan perbagai cukai yang menyebabkan kehidupan rakyat semakin susah. BN menaikkan caj dan harga dari kadar tol sehinggalah ke barangan dapur.

Image result for muhyiddin yassin
Saya tidsak menyediakan "TUKANG SORAK"

Harapan Rakyat supaya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin menggunakan pentas PAU sebagai SERANGAN BERANI MATI, akhirnya mengecewakan Rakyat dan Tan Sri My sendiri sebenarnya telah terlepas peluang untuk mengambil alih tempat Datuk Seri Najib Tun Razak disebabkan sikap terlalu berhati-hati dan tidak cukup berani.

Momentum sebenar bagi Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib adalah sebaik tersebarnya video ucapannya di Janda Baik beberapa bulan yang lalu,
Muhyiddin sepatutnya mengambil peluang untuk menyerang Najib bersama-sama serangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika itu, selain UMNO agak berbelah bagi berkenaan penyelesaian kerajaan terhadap 1MDB, rakyat juga amat mengharapkan ada sesuatu yang drastik dapat dilakukan oleh Muhyiddin.
 
Tetapi oleh kerana peluang untuk bertindak dan melangkah lebih berani itu telah dilepaskan begitu saja, momentum untuk Muhyiddin sebenarnya telah pun berakhir sekarang ini.

Menurut UCAPAN PENGGULUNGAN President Parti "NEVER SERENDER" dan terus memimpin Parti sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU) membuatkan Muhyiddin and Geng yang selama ini kritikal terhadap 1MDB tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa akur kepada apa sahaja langkah Najib

Perdana Menteri pasti akan menggunakan PRU nanti bagi memilih penyokong dan mereka yang setia sebagai calon pilihan raya bagi memudahkan menghadapi pemilihan UMNO selepas itu.

Sudah semestinya Muhyiddin untuk sementara waktu ini tidurnya tidak berapa nyenyak ketika ini, harapannya hanya akan bersinar semula jika keputusan PRU14 jauh lebih buruk daripada kemenangan 133 dalam pilihanraya 2013 lalu.

Mungkin beliau perlu banyak berdoa agar kemenangan tipis dengan perbezaan satu atau dua kerusi saja yang mampu dicapai BN dalam PRU14 akan datang, tapi apakah kerana MARAHKAN nyamuk, kelambu pula hendak dibakar atau "PIJAT” yang menggigit belikat tidur tak lena, maka rumah pula yang hendak di bakar?.



AMUKANMelayu - Najib hanya mengambil kredit yang di tinggalkan oleh Tan Sri My keatas Jalan yang telah dirintis untuk UMNO kembali bertaut dengan PAS......