Kaedah membunuh anai-anai digunakan untuk "MENGHAPUSKAN ISLAM" |
MEMBUNUH ANAI-ANAI DENGAN NON-REPELLENT CHEMICAL
Teknik yang terbaru membunuh anai-anai adalah dengan menggunakan Bahan Kimia yang tidak menghalau. Sebaliknya Bahan Kimia ini di sembur dikawasan anai-anai yang aktif dan apabila anai-anai yang terkena Bahan Kimia ini ia akan balek kesarang induk dan ia akan mati disana. Bahan tosik yang terdapat dalam bahan kimia itu bertindak secara perlahan membunuh anai-anai. Anai-anai yang lain yang terkena bahan kimia itu atau bersentuhan dengan anai-anai yang telah di sepaluti bahan kimia itu juga akan mati.
Bahan kimia yang tidak menghalau bertindak membunuh anai-anai yang tersentuh secara
perlahan-lahan. Di antara bahan kimia aktif jenis tidak menghalau yang
terdapat di pasaran adalah seperti Fipronil atau Imidacloprid, juga di
jual dengan berbagai jenama.
Kaedah umpanan amat berkesan tanpa "PEMBUNUH" anai-anai ini bekerja keras. Hanya satu suntikan atau semburan atau taburan Bahan Kimia ianya mampu membunuh satu KLONI anai-anai tanpa "PEMBUNUH MENGOTORKAN TANGANNYA"
Apa yang penulis sampaikan disini adalah bagaimana KUASA BESAR yang dominannya berugama Kristian atau Yahudi. Sejak era perang salib, mereka menggunakan Teknik Menyerang dan Menawan Negara Islam. Mereka membunuh dan mengubah sistem Pemerintahan Islam. Akibat dari itu banyak negara yang Islam yang Merdeka selepas Zaman Penjajah adalah "Pemerintah Islam" yang condong ke Barat atau berfahaman Liberal.
Ini menjadikan kebanyakan Pemerintah Negara Islam yang di kawal oleh Kuasa Barat. Mereka memerintah mengikut acuan barat. Sedangkan kebanyakan rakyat masih lagi dengan sistem Islam yang di tinggalkan. Begitu juga dengan sistem pengajian.
Pengajian Kebangsaan di diangkat dan Pengajian Pondok terus juga hidup dengan kemampuan sendiri. Dikala anak-anak yang berpendidikan Kebangsaan berjaya dengan Kerjaya selepas zaman Universiti, anak-anak Pondok meyelusuri kampung dan desa malah mengabdikan diri di surau-surau dan masjid hingga ke ibu kota. Bila generasi ketiga di lahirkan, mereka amat jauh dari "Hidup Beragama". Jiwa mereka kosong, ibubapa hanya mementingkan masa hadapan. Sedangkan masa hadapan yang sebenar adalah di akhirat.
Mungkin apa yang penulis cuba jelaskan disini sukar untuk di fahami, tapi jika anda melihat dari perspektif yang lain, perkara ini jelas kita telah di rosakan cara berfikir dan kita menjadi bahan kepada sistem barat yang menghancurkan Islam dari dalam.
Anda megah dengan kereta yang berharga jutaan ringgit, sedangkan yang menikmati pemanduannya adalah Pemandu anda. Anda membina rumah jutaan ringgit, sedangkan amah yang tinggal lebih lama dari anda......sedangkan anda banyak menghabiskan masa di hotel-hotel luar negara. Anda berbangga dengan duit jutaan ringgit yg di simpan di dalam bank, sedangkan yang menikmatinya adalah tuan punya bank yang menggunakan duit anda untuk menambah kekayaan.
Anda telah membayar dengan harga yang mahal untuk keneraka, sedangkan jalan kesyurga tidak berbayar. Mungkin anda keliru dengan apa yang penulis katakan ini. Tapi cubalah memahaminya.
Setelah jatuhnya sistem Khalifah di Turki, semua sistem pemerintahan Islam juga turut berkubur. Dan ketika semuanya tersentak dari lena yang panjang, kuasa-kuasa besar telah "MENYUNTIK" semangat Islam yang kabur dengan menggunakan kaedah pembunuhan anai-anai. Tanpa kita sedari, berpuluh malah beratus Fahaman Baru yang berselindung di sebalik Hadis dan AlQuran mengatakan mereka tidak lagi berpegang kepada Ulamak Mazhab. Sebaliknya mereka berpegang kepada Hadis dan Al-Quran......tapi soalnya disini siapa Guru dan Ulamak rujukannya?
Inilah sebenarnya apa yang cuba diujudkan oleh barat telah berjaya meresap kedalam Urat Nadi orang Islam. Inilah yang dikatakan SERUPA TAPI TAK SAMA. Dalam suasana Orang Islam yang mahu kepada Islam TOTAL.....maka lahirlah mereka yang redikal yang kunonnya mereka Penganut Islam sejati. Mereka dengan menggendung senjata-senjata moden dan tidak rasa bersalah membunuh sesama saudara sendiri. Mereka menjadi terlalu kejam dan mereka sebenarnya adalah Askar Upahan yang di UJUDKAN tanpa mereka sedari. Inilah hasilnya sekarang ini.
KITA BERBUNUH SESAMA SENDIRI.
Makam suhadah Memali sentiasa di kunjungi |
“Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.”
27 hb November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.
Suara Islam Malaysia. “
SAJAK TERAKHIR USTAZ IBRAHIM LIBYA
PESANAN TERAKHIR
Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka Diatas tulang-tulangku
Yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat ummat ini
dan……………….
Teruskanlah perjalanan ke Gerbang Jaya.
Saudara!!!!!!!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungNYA berkicak riang menyambutku
Bahagialah hidupku di Alam Abadi.
Saudara!!!!!!!!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya.
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun!!!!! disana fajar sedang memancar………………….
Adakah Beliau Juga Petualang Atau Apa?
Almarhum
Ustaz Ibrahim Libya telah dibunuh berserta
pengikut-pengikutnya di Kampung Memali oleh Pasukan Keselamatan. Semua orang tahu pembunuhan ini
adalah kerana politik dan pengaruh. Jadi adakah Almarhum dan
orang-orangnya yang dibunuh itu penderhaka atau petualang negara?
Jadi
adakah Pasukan Keselamatan yang membunuh Almarhum dan orang-orangnya itu adalah
'Hero'? Semua orang berhak membuat penilaian sendiri tetapi hakikatnya
bagaimana?
ISLAM BERBUNUH SESAMA SENDIRI
Asap putih menyusur di celah dedaun pokok nan rimbun itu. Kepulan yang naik menjulang langit, menutupi sebahagian hadapan rumah papan. Kiri kanan tingkap terbuka lebar, memuntahkan haba panas yang mencengkam rasa. Pedih mata, tak terkata hingga nafas tercungap-cungap dada. Asakan gas bertubi-tubi terus dilemparkan dan dihalakan ke arah susuk-susuk tubuh yang sudah tidak keruan. Asalnya, mereka sekadar terpacak di balik pagar buluh, di ruang laman.
Sebuah
kereta perisai, gah berada sejengkal dari mereka sambil menghalakan
muncungnya tepat kepada mangsa. Dimana Menteri Dalam Negeri semasa pembunuhan
itu berlaku?. Adakah berbaloi Pasukan Keselamatan menyerang rumah kayu yang berpagar buluh dengan Kereta Perisai beserta dengan ribuan anggota yang bersiap siaga bagaikan hendak BERPERANG dengan satu ketumbukan Askar Asing atau Kubu Komunis.
Pagi itu pada 19 November 1985, disaksikan fajar yang baru terbit di alis awan dan embun yang masih membasahi dedaun kopi di sekeliling rumah, sementara parit yang mengalir air yang jernih dengan anak-anak ikan berkejaran di belakang rumah dengan sawah yang menghijau, kicauan burung tidak kedengaran di kala itu. Yang terdengar adalah bunyi hentakan kaki dari boots-boots yang di pakai oleh Pasukan Keselamatan, ketumbukan yang di anggarkan melebihi 3,000 yang sedang mengepung rumah usang Ustaz Ibrahim Libya.
Siapakah Perdana Menteri ketika itu, siapakah KPN ketika itu, siapakah Menteri KDN waktu itu dan siapa pula yang mengeluarkan ARAHAN dan mengetuai OPERASI ini?
Pagi itu pada 19 November 1985, disaksikan fajar yang baru terbit di alis awan dan embun yang masih membasahi dedaun kopi di sekeliling rumah, sementara parit yang mengalir air yang jernih dengan anak-anak ikan berkejaran di belakang rumah dengan sawah yang menghijau, kicauan burung tidak kedengaran di kala itu. Yang terdengar adalah bunyi hentakan kaki dari boots-boots yang di pakai oleh Pasukan Keselamatan, ketumbukan yang di anggarkan melebihi 3,000 yang sedang mengepung rumah usang Ustaz Ibrahim Libya.
Siapakah Perdana Menteri ketika itu, siapakah KPN ketika itu, siapakah Menteri KDN waktu itu dan siapa pula yang mengeluarkan ARAHAN dan mengetuai OPERASI ini?
Ribuan Orang kampung yang berkumpul untuk melihat satu peristiwa yang akan berlaku. Satu ketumbukan Anggota Keselamatan mengepung sebuah rumah kayu yang berpagar buluh yang mereka tahu ianya adalah sebuah Pondok Pengajian. Mereka hanya mampu mengetap bibir sambil
melihat dengan pandangan yang berkaca.
Tidak lama kemudian, tragedi menghayat hati pun memulakan kisah lukanya. Saat itu, sebiji kelongsong peluru gas pemedih mata menghentak buju dahi gadis comel Naziah Hassan, 12 yang berada di situ. Memercik darah merah menyala dan dia akhirnya rebah serta-merta.
Shafie, seorang guru yang melihat kelibat Naziah yang jatuh ke tanah, sudah tidak dapat menahan pilu, lalu membungkam rasa geram yang sudah membuak-buak akibat kecelakaan itu. Dia langsung melompat pagar lalu meluru ke arah pasukan yang sudah siap siaga. Dia berhenti lalu melaungkan takbir, sambil menghunus pedang.
Tidak lama kemudian, tragedi menghayat hati pun memulakan kisah lukanya. Saat itu, sebiji kelongsong peluru gas pemedih mata menghentak buju dahi gadis comel Naziah Hassan, 12 yang berada di situ. Memercik darah merah menyala dan dia akhirnya rebah serta-merta.
Shafie, seorang guru yang melihat kelibat Naziah yang jatuh ke tanah, sudah tidak dapat menahan pilu, lalu membungkam rasa geram yang sudah membuak-buak akibat kecelakaan itu. Dia langsung melompat pagar lalu meluru ke arah pasukan yang sudah siap siaga. Dia berhenti lalu melaungkan takbir, sambil menghunus pedang.
Belum
sempat, nafas dihela, dua das tembakan tepat mengena tubuhnya, yang
kemudiannya longlai menyembah bumi Memali. Tubuhnya, syahid pertama
dipanggil Illahi. Kemudian, di ruang tingkat atas rumah yang masih
bermain dengan asap dan bau busuk gas pemedih mata, Abdullah Che Soh sedang
bertahan, cuba mengangkat tangan untuk meleraikan keadaan dan minta
tidak diapa-apakan. Beliau mengepung dua anggota keselamatan supaya
menghentikan tembakan. Tersalah atur, Abdullah yang dikenali sebagai Pak
Tam dihujani peluru tak bermata. Bukan satu tetapi tujuh das tembakan memamah tubuh yang tidak berdosa itu.
Dua
tembakan di dada, dua di lengan dan dua di telapak tangan. Yang
terakhir tertusuk di kiri pinggangnya, yang membuatkan Pak Teh mula
berpinar-pinar dan tersungkur. Darahnya basah di seluruh badan.
Menteri Propaganda ketika itu - Almarhum Ustaz Ibrahim Libya menggugat keselamatan negara dan mempunyai pengikut yang taksub........
Pak Tam tak mampu lagi membuka kelopak matanya yang sudah mula direnjis renyai hujan seperti mengerti kesedihan yang sedang berlaku, awan berkabung mendung, angin bertiup lembut dengan hujan yang menetis. Darah Pak Tam mengalir merah membasahi halaman rumah Ustaz Ibrahim Libya. Orang Kampung yang melihat peristiwa itu turut menangis hiba dan terdengar ungkapan
"sampai hati mereka datang menyerang dan membunuh orang kampung dengan senjata-senjata moden yang sepatutnya digunakan untuk mempertahankan Ibu Pertiwi"
Dalam padsa itu Abdul Rahim Waboh yang berada di belakang rumah terpaksa meniarap, lantaran tembakan bersimpang-siur mencari nyawa.
Menteri Propaganda ketika itu - Almarhum Ustaz Ibrahim Libya menggugat keselamatan negara dan mempunyai pengikut yang taksub........
Pak Tam tak mampu lagi membuka kelopak matanya yang sudah mula direnjis renyai hujan seperti mengerti kesedihan yang sedang berlaku, awan berkabung mendung, angin bertiup lembut dengan hujan yang menetis. Darah Pak Tam mengalir merah membasahi halaman rumah Ustaz Ibrahim Libya. Orang Kampung yang melihat peristiwa itu turut menangis hiba dan terdengar ungkapan
"sampai hati mereka datang menyerang dan membunuh orang kampung dengan senjata-senjata moden yang sepatutnya digunakan untuk mempertahankan Ibu Pertiwi"
Dalam padsa itu Abdul Rahim Waboh yang berada di belakang rumah terpaksa meniarap, lantaran tembakan bersimpang-siur mencari nyawa.
Dia
asalnya mahu ke kebun menoreh sejurus mendengar kuliah subuh Ustaz
Ibrahim Libya, terpinga-pinga dia sambil menyelamatkan diri. Lain pula
dengan Azmi Haji Salim dan Mat Ramli Che Mit, masing-masing menyedari mereka di kepung dan di serang. Dengan hati yang kental mereka berhadapan dengan pasukan keselamatan di batas sawah di belakang rumah. Azmi dengan
hanya berbekalkan buah-buah guli sekarung yang tersisip di pinggangnya
tidak teragak-agak melastik anggota yang melepaskan tembakan.
Buluh runcing hanya perisai diri |
Kena
ataupun tidak, dia tidak peduli sehinggalah muncung senapang rapat ke
mukanya, tanda perlu menyerah diri serta-merta. Manakala Mat Ramli yang
pada mulanya cuba menghalang anggota keselamatan daripada mara ke hujung
jalan rumah Ustaz Ibrahim, terpaksa meredah hutan berundur diri.
Kemudian anak Azmi dikenali Mohd Zahir,13 yang menyusup dengan guni
basah bergerak seiring dengan anggota keselamatan, akhirnya ditangkap
sambil dihayun penumbuk ke mukanya sehingga berdarah. Kemudian
ceritanya, dia dihumban ke dalam trak. Di celah semak dan timbunan kayu,
seorang anak muda Muhammad Ahoiri memerhati dari jauh. Dia sudah tidak
dapat menahan sebak, mengalir air mata semahunya.
Di
pandanganya terlihat ayah dan adiknya diseret ke penjuru jalan.
Kemudian dia melihat beberapa sahabatnya seorang demi seorang sujud tak
bernyawa lagi. Antara yang jelas ialah Razki dan Ghazali yang sebentar
tadi baru sahaja mengunyah sarapan pagi dengannya di perdu pisang
berhampiran rumah Ibrahim. Masing-masing menjamah nasi goreng, sambil
menitip nasihat akidah dan tauhid kepada Ahoiri.
"Niat dan buatlah bersungguh-sungguh kerana Allah, dan jika mati kita tidak sia-sia...insya-allah syahid hendaknya." Kata-kata mereka berdua, terakam kemas diingatan dan kini, mereka mendahuluinya menemui tuhan. Ahoiri, tidak mampu lagi mengesat air matanya yang sudah menumpah.
"Niat dan buatlah bersungguh-sungguh kerana Allah, dan jika mati kita tidak sia-sia...insya-allah syahid hendaknya." Kata-kata mereka berdua, terakam kemas diingatan dan kini, mereka mendahuluinya menemui tuhan. Ahoiri, tidak mampu lagi mengesat air matanya yang sudah menumpah.
Di
anjung rumah, mula kedengaran esakan tangisan yang memilukan. Anak-anak
kecil sedang meratapi dan memeluk tubuh ayah mereka nan kaku. Si-ibu
sudah tak terkata apa-apa, lantas mengucup dahi insan yang dicintai,
merelakan pergi dengan air mata basah di pipi. Babak sayu itu tidak
terhenti di situ. Selagi batang tubuh Ustaz Ibrahim Libya tidak
menyerahkan diri, selagi itulah muntahan senjata dan rempuhan demi
rempuhan terus berlaku. Ibrahim yang ketika itu berada di sebalik tiang
berhampiran dinding rumah, tidak berganjak dengan nawaitu pendiriannya
yang kejap, tegas dengan pegangan Tauhid kepada Allah dan segala yang berlaku adalah ketentuan Allah belaka.
"Daripada
hidup bercermin bangkai, lebih baik bergalang tanah," kata-kata hikmat
yang dingati sebilangan besar anak muridnya.
Ibrahim makin tidak dapat menerima alasan, beliau dianggap penjenayah, pengganas dan guru ajaran sesat. Selama ini, kerjanya dan amalnya semata-mata mentauhidkan Allah. Dan subuh tadi sebelum tragedi ini, selesai solat beliau menyampaikan kuliah akidah.
Ibrahim makin tidak dapat menerima alasan, beliau dianggap penjenayah, pengganas dan guru ajaran sesat. Selama ini, kerjanya dan amalnya semata-mata mentauhidkan Allah. Dan subuh tadi sebelum tragedi ini, selesai solat beliau menyampaikan kuliah akidah.
Serangan
seterusnya menyasarkan Ibrahim tanpa amaran. Dua peluru daripada
anggota keselamatan pantas meluru memamah dada dan perut Ibrahim.
Percikan darah mula menyimbah. Di tengah ruang itu, anak bongsu Ibrahim,
Norsyuhada sudah lama rebah dek kerana pengsan terhidu gas pemedih
mata. Kemudian tubuh Ibrahim diusung ke penjuru dapur rumah. Di pangkuan
isterinya Solehah, beliau tidak henti-henti menyebut kalimah Allah dan
akhirnya doanya diserap langit nan tinggi, gugur syahid mengadap Illahi.
Beliau
kembali menemui Allah yang menjadikannya bersama 13 sahabatnya yang lain, yang turut syahid menemui Ilahi. Dan hari itu, tanggal 19 November 1985, maka sejarah
hitam penuh nanah terpahat dalam lipatan sejarah Negara penuh kelam. Awan dingin
memayungi kampung Memali dengan rembesan air yang senada tangisan
makhluk di bawahnya. Kemudian kisah seharian itu melabuhkan tirainya
pada petang itu. Keluarga Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang ditinggalkan
Gelimpangan jenazah kemudiannya diangkat. Ramai digari dan disusun rapi
berarak ke atas trak. Kemudian disumbat ke penjara di serata tempat.
Yang
cedera dan darah masih merah pekat, diikat dan dibawa ke hospital untuk
dirawat. Kampung itu masih dikepung dan di bawah perintah darurat. Dua
hari kemudian, Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ketika itu
bersama pendokong perjuangan Islam yang lain sudah bersiap sedia
menguruskan jenazah yang berada di rumah mayat sejak peristiwa pedih
itu. Tatkala mengangkat satu persatu jenazah itu,daripada bilik simpanan
beku, terasa hangatnya lagi darah yang mengalir. Dengan van buruk,
mereka membawa jenazah syuhada itu ke Masjid Parit Panjang, yang jauhnya
15 kilometer daripada tempat kejadian yang sudah disekat masuk dan
dihalang untuk sebarang pengebumian dilakukan.
Dan
13 syuhada itu kemudiannya dilayan selayaknya seorang syuhada, disimpan
dan dikebumikan dalam keadaan darah masih merah mengalir di tubuh,
menjadi saksi kepada Pencipta Langit dan Bumi. Salah seorang syuhada
pula dikebumikan di kaki gunung di Alor Melintang. Tanah kubur Pasir
Panjang kemudian memeluk erat pejuang Memali itu yang antaranya terdiri
daripada seorang guru, ustaz, enam penoreh getah, pegawai agensi
kerajaan, pemandu teksi, penjual buah, pekebun dan bekerja sendiri.
Lalu, hari-hari kemudiannya menjadi sepi dan menyiat hati sanubari Maka lengkaplah misi, kukuhlah kuasa bertunjangkan demokrasi dan lancarlah sistem yang di tinggalkan penjajah untuk diwarisi. Maka tiada lagi warisan Nabi setelah di telan sistem demokrasi.
Lalu, hari-hari kemudiannya menjadi sepi dan menyiat hati sanubari Maka lengkaplah misi, kukuhlah kuasa bertunjangkan demokrasi dan lancarlah sistem yang di tinggalkan penjajah untuk diwarisi. Maka tiada lagi warisan Nabi setelah di telan sistem demokrasi.
Biar
apapun alasan, yang penting operasi mereka yang berkuasa selesai. Sebenarnya kisah
tragis mengorbankan banyak nyawa tak berdosa, lantaran arahan
dalam Operasi Hapus yang berkhiblatkan sistem pemerintahan Barat. Kata pihak atasan,
menggempur Kubu Pengganas Komunis. Tapi sebaliknya, yang di
kepung adalah rumah orang kampung juga sebuah madrasah tempat pengajian dimana kita pernah bersama-sama berada di tempat yang hampir sama di seluruh negara. Dari sinilah kita mengenal Allah dan Rasulnya.
Apabila tidak sehaluan, cerita dilakarkan mengikut skrip. Kata mereka menangkap penjenayah berbahaya, pengganas dan guru ajaran sesat bernama Ibrahim Libya. Hasil daripada kecelaruan, kebuasan dan tamak haloba pemerintah ketika itu akhirnya yang dibunuh adalah saudara seugama dan sebangsa, ustaz Ibrahim terbunuh bersama 13 lagi pejuang Memali.
Apabila tidak sehaluan, cerita dilakarkan mengikut skrip. Kata mereka menangkap penjenayah berbahaya, pengganas dan guru ajaran sesat bernama Ibrahim Libya. Hasil daripada kecelaruan, kebuasan dan tamak haloba pemerintah ketika itu akhirnya yang dibunuh adalah saudara seugama dan sebangsa, ustaz Ibrahim terbunuh bersama 13 lagi pejuang Memali.
Manakala
empat anggota keselamatan juga turut terkorban. Beberapa orang terkena
tusukan guli dan libasan pedang. Empat pejuang cedera parah. Lebih 100
disumbat kedalam penjara. 36 lagi disimpan di Kem Tahanan Kamunting,
Taiping. Tidak cukup dengan itu, seoarang saksi kejadian Idris Husin
sudah tidak boleh menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia hilang
ingatan dan trauma tragedi masih terbayang. Idris tidak boleh mendengar
riuh rendah orang ramai, bunyi siren kereta peronda dan apa jua letupan
mahupun bunyian bising.
Dia
akan menggigil. Dia semakin menyendiri dan beberapa tahun lalu, Idris
pula menemui Illahi dalam keadaan menderita sepi. Lebih pilu dan sayu
sepanjang hayat, peristiwa sedih itu meninggalkan puluhan anak-anak
yatim beserta balu-balu yang tidak sempat meraih kasih mesra insan
tersayang dan tercinta. Setiap hari bersulam duka dan mendodoi anak-anak
kecil, dengan zikir dan doa bertemu ayah di syurga.
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim telah sudi mencemar duli, menyumbang 13 batu nisan secara peribadi dan menyirami kubur yang penghuninya adalah rakyat jelatanya sendiri. Di kaca TV, satu rakaman ditayangkan di seluruh negara tentang kejadian itu.
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim telah sudi mencemar duli, menyumbang 13 batu nisan secara peribadi dan menyirami kubur yang penghuninya adalah rakyat jelatanya sendiri. Di kaca TV, satu rakaman ditayangkan di seluruh negara tentang kejadian itu.
Seorang
bekas Menteri sedang menceritakan sesuatu yang tidak difahami oleh
seoarang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika itu. Dia sedang
menonton bersama ayah, ibu dan adiknya yang sedang merengek manja. Babak
anggota keselamatan menembak seorang lelaki yang berdiri tegak sambil
menjulang senjata parang, terus mengejutkan budak itu lantas bersuara.
"Ayah, kenapa pakcik tu kena tembak?" Lantas ayahnya bingkas bangun
masuk ke bilik tanpa sebarang kata.
Dia
melihat ibunya pula, yang juga tidak bernada kecuali air mata yang
berjurai banyaknya. Saya ketika itu tertanya-tanya dan 25 tahun kemudian
saya sudah berada di bumi Memali, mencari satu jawapan yang pasti.
Bersama rakan, Muhammad Zaki, kami berdua menjejaki pejuang Memali di
suatu pagi yang bening. Sebenarnya, setelah diperkenalkan orang kampung,
kami menemui ramai pejuang Memali namun enggan ditemubual.
Ada
yang cukup malu dan ada yang tidak mahu membuka luka lama. Sukar
asalnya hajat kami berdua untuk menyingkap kisah sejarah perjuangan
orang terdahulu. Bermula pagi, sehinggalah tengahari, barulah kami
berdua berjaya memujuk seorang pejuang Memali. Beliau ialah Abdullah Che
Soh, yang terkena 7 das tembakan peluru hidup namun dizin Allah masih
bernyawa. Kini, Abdullah yang dikenali Pak Tam, 60 tunduk merenung
lantai, sambil mengamati semula satu persatu kisah sayu itu.
"Allah telah mentakdirkan saya hidup untuk menceritakan semula kisah sedih ini Setelah cedera , saya di bawa ke hospital untuk dibedah".
"Allah telah mentakdirkan saya hidup untuk menceritakan semula kisah sedih ini Setelah cedera , saya di bawa ke hospital untuk dibedah".
Tangan
saya masih bergari walaupun parah. Setelah dibedah, saya disumbat ke
dalam penjara selama lima bulan. Kemudian, sambil tersenyum memandang
saya, sambil berkata tenang:
"Saya tidak menyesal apa yang berlaku malah bersyukur terpilih untuk terlibat dalam perjuangan ini,"katanya sambil menunjukkan parut-parut di badan kesan tujuh tembakan peluru.
Itu kisah Pak Tam. Dan banyak lagi cerita yang tak terungkap. Kajang kertas ini tidak cukup menampungnya. Dari kisah semangat api yang tinggi, sehinggalah cerita pedih di hati.
"Saya tidak menyesal apa yang berlaku malah bersyukur terpilih untuk terlibat dalam perjuangan ini,"katanya sambil menunjukkan parut-parut di badan kesan tujuh tembakan peluru.
Itu kisah Pak Tam. Dan banyak lagi cerita yang tak terungkap. Kajang kertas ini tidak cukup menampungnya. Dari kisah semangat api yang tinggi, sehinggalah cerita pedih di hati.
Ada
yang boleh dicebis tetapi banyak yang terpaksa disisip rapat, agar
fitnah yang sedang tidur tidak terus bangkit. Namun bagi yang ingin
menyusuri, datanglah ke bumi ini, Pastinya tidak menghampakan. Kami kemudian bersua dengan Timbalan Mudir
Madrasah Islahiah Diniah Ustaz Yusof Che Mit, antara yang begitu
dikehendaki bersama Ustaz Ibrahim dan dia sebenarnya pada hari
kejadian, berada di Kelantan. Beliau agak hairan mengapa Ibrahim ingin
ditahan. Katanya dia seoarang yang cukup dekat di hati masyarakat
setempat.
Sentiasa
mengajar masyarakat agar tauhid dan bertakwa kepada Allah melalui
kuliahnya. Boleh bermain guli dengan sicomel kanak-kanak kampung atau
sepak takraw bersama para pemuda di Memali. Pengaruhnya yang besar telah
melonjak namanya dan juga PAS yang perjuangannya berlandaskan Islam.
Akibat itu, cemburu membungkam mata, menutup kebenaran kata dan gerak
gaya lantas fitnah bermaharajalela menuduh As-syahid Ibrahim Libya
pengganas, penjenayah dan guru ajaran sesat yang perlu ditangkap.
Bermula dari pendidikan Islam asuhan ayahandanya Tuan Haji Mahmood
seorang guru agama yang disegani dan kemudiannya ke Madrasah Khairiah
Pokok Sena. Assyahid meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi di
Nilam Puri untuk beberapa tahun sebelum belayar ke Lucknow dan Durban,
India mendalami hadis. Beliau sempat berguru dengan tokoh ulama Islam
tersohor iaitu Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi.
Assyahid
berada selama lebih kurang empat tahun di India sebelum melanjutkan
pengajian ke Azhar, Mesir kemudian menamatkan pengajiannya di Libya.
As-syahid kembali ke tanahair awal tahun 1970an, beliau berkhidmat di
Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengarah di Institut Dakwah
Islamiah Malaysia. Sebagaimana telah dijangka bahawa assyahid tidak
sanggup berada lama di bawah ikatan pemerintah yang tidak berpaksi
kepada tuntutan agama, lalu meninggalkan segala kedudukannya untuk balik
ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendakwah, pendidik dan
bergerak aktif dalam politik Islam. Dan selepas itu, sejarah hitam
membaluti Kampung Memali.
Dan
terkenang dan meninggalkan kesan sehingga kini. Ibrahim syahid ketika
mempertahan agama Allah. Setelah menemubual beberapa orang pejuang, saya
dan Zaki melepaskan lelah di sebuah warung di hujung kampung. Rupanya
pemilik warung minuman yang bersih itu, seorang wartawan sambilan
Harakah era Memali dikenali sebagai Tarmizi. Beliau sempat bercerita
tentang serban milik Azmi yang pernah membalut tubuh Ustaz Ibrahim yang
berlumuran darah akibat tembakan peluru. Katanya lima bulan selepas
kejadian, serban yang itu mencebiskan bau yang cukup harum selama dua
minggu sehingga ramai yang datang melawat melihat kejadian aneh itu.
"Pergilah
balik ke rumah Azmi untuk lihat tinggalan sejarah....serban tu,"
katanya kepada kami berdua yang kemudiannya tanpa lengah menuju semula
ke rumah pemilik serban itu. Dan kira-kira jam 1.00 pagi, barulah Azmi
mengeluarkan serban yang sudah 25 tahun disimpan kemas tanpa dibasuh
darahnya yang kini masih jelas kelihatan. Setelah menemuduga tujuh saksi
sehingga jam 3.00 pagi, kami kemudian melabuhkan badan dan melelapkan
mata di bilik Madrasah tersebut, sambil diselimut sejuk malam.
Keesokan
paginya kami bertemu dengan Abdul Rahim yang membawa kami melihat
kesan-kesan lubang peluru yang menghujani sebuah pondok kecil yang
terletak dalam laman rumah arwah Ibrahim Libya. Ketika itu balu almarhum
Hajjah Solehah tiada hanya tinggal anak lelaki as-syahid yang membawa
kami meninjau ke dalam rumah yang sudah diubah suai.
Hanya
bahagian atas rumah, masih kekal seperti sedia kala, dan bayangan
huru-hara tembakan tak bermata dan laungan kalimah Allah, menerpa ke
fikiran tatkala saya memandangnya. Pagi nan hening itu, kami menyedut
sedalam-dalamnya udara bersih laman, tempat berlakunya bertempuran dan
merenung sejenak, peristiwa tumpah darah yang tak berjiwa itu. Sebak,
tragedi 25 tahun ini masih membekas. Sumber - pas-kubangpasu
Yemen wars
PENDUDUK Yaman mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan rumah yang musnah selepas serangan udara oleh Arab Saudi di Sanaa pada 26 Mac lalu. – EPA /YAHYA ARHAB |
ADEN 28 Mei - Tentera Arab Saudi melancarkan serangan udara terhadap Yemen walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih dalam perbincangan untuk menamatkan konflik di negara tersebut.
Memetik laporan Press TV, jet pejuang Arab Saudi hari ini menjalankan bedilan di daerah Masloob, utara wilayah Jawf, namun belum ada sebarang laporan rasmi berkenaan mangsa yang terkorban.
Sementara itu, serangan turut dilancarkan di wilayah Amran semalam, dilaporkan sebanyak 50 siri bedilan dilancarkan di kawasan kejiranan utara wilayah berkenaan. - AGENSI
Pertempuran IS, pemberontak Syria
BEIRUT
29 Mei - Pertempuran antara kumpulan militan Negara Islam (IS) dan
kumpulan pemberontak Syria berhampiran sempadan Turki telah membunuh
berpuluh orang dalam tempoh dua hari.
Badan
Pemantau Hak Asasi Syria berkata, pejuang kumpulan militan memasuki
bandar Marea yang dikuasai oleh kumpulan pemberontak awal hari ini,
menggunakan sekurang-kurangnya dua kereta berisi bom dalam serangan
berkenaan dan pertempuran tercetus selepas itu. - REUTERS
BEIRUT 29 Mei - Pertempuran antara kumpulan militan Negara Islam (IS) dan kumpulan pemberontak Syria berhampiran sempadan Turki telah membunuh berpuluh orang dalam tempoh dua hari.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, pejuang kumpulan militan memasuki bandar Marea yang dikuasai oleh kumpulan pemberontak awal hari ini, menggunakan sekurang-kurangnya dua kereta berisi bom dalam serangan berkenaan dan pertempuran tercetus selepas itu. - REUTERS
140 maut, beribu melarikan diri pertempuran utara Aleppo
30 Mei 2016 8:41 AM
Pelarian
Syria membawa barangan peribadi mereka ke sempadan Hadalat sebelum
memasuki Jordan bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan perubatan. -
AFP
BEIRUT
30 Mei - Pertempuran sengit antara kumpulan militan Daesh dan
saingannya untuk menguasai dua bandar di utara Aleppo telah membunuh
hampir 140 orang dan memaksa beribu-ribu orang awam melarikan diri
meninggalkan kediaman mereka.
Badan
Pemantau Hak Asasi Syria berkata, sekurang-kurangnya 29 orang awam
terbunuh semalam sejak kumpulan militan Daesh melancarkan serangan
terhadap bandar Marea dan Azaz di Aleppo pada awal Jumaat lalu. - AGENSI
Pelarian Syria membawa barangan peribadi mereka ke sempadan Hadalat sebelum memasuki Jordan bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan perubatan. - AFP |
BEIRUT 30 Mei - Pertempuran sengit antara kumpulan militan Daesh dan saingannya untuk menguasai dua bandar di utara Aleppo telah membunuh hampir 140 orang dan memaksa beribu-ribu orang awam melarikan diri meninggalkan kediaman mereka.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, sekurang-kurangnya 29 orang awam terbunuh semalam sejak kumpulan militan Daesh melancarkan serangan terhadap bandar Marea dan Azaz di Aleppo pada awal Jumaat lalu. - AGENSI
Fallujah:
Lebih 1,000 tentera cedera sejak operasi dilancarkan - See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/fallujah-lebih-1-000-tentera-cedera-sejak-operasi-dilancarkan-1.338478#sthash.mA1x7IWv.dpuf
Fallujah: Lebih 1,000 tentera cedera sejak operasi dilancarkan BAGHDAD 4 Jun - Lebih 1,000 anggota tentera Iraq dilaporkan tercedera semenjak operasi menawan semula bandar Fallujah daripada kumpulan militan Negara Islam (IS), menurut seorang pegawai kesihatan semalam.
“Kami menerima 1,119 orang yang tercedera sejak operasi itu dimulakan,” kata pegawai kesihatan itu yang enggan didedahkan identitinya.
“Askar yang tercedera dirawat di hospital di Kadhimiya, Abu Ghraib, Al Karama, Al Karkh dan Yarmuk,” katanya. - AFP
Pertempuran ISIS dan Fajar Libya Meningkat
Serangan tiga bom ISIS di Libya ... |
Warga terlihat mengemasi barang mereka dan memindahkannya ke dalam mobil. Mereka kemudian bergerak ke arah barat. Rombongan pengungsi itu menelusuri sepanjang pantai Misrata.
Petugas medis yang berada di kota tersebut juga dievakuasi. Ada sekitar 20 mobil mengangkut staf dari rumah sakit yang ada di dalam kota.
Sementara itu, pasukan tambahan Fajar Libya dari Misrata tiba di pinggiran Sirte, tempat kelahiran Muammar Kaddafi, pada Senin. Mereka mendukung rekannya untuk menghadapi pejuang ISIS.
Wilayah timur Sirte yang berdekatan dengan kota Benghazi (kota yang dikontrol Ansharus Syariah Libya) menjadi medan perang sejak Desember lalu. Fajar Libya mencoba merebut pelabuhan minyak terbesar Libya, Es Sider dan Ras Lanuf, yang dikuasai pasukan loyalis pemerintahan Perdana Menteri Abdullah al-Thinni di timur, yang diakui internasional.
Di tengah pertempuran itu, sejumlah kelompok gerilyawan Libya yang berhalauan jihadis mengumumkan berbaiat kepada Daulah Islamiyah atau ISIS. Mereka mengontrol pusat kota Sirte dan sekitarnya. Pejuang ISIS mengambil alih gedung-gedung pemerintah, rumah sakit dan universitas di Sirte.
Pertempuran antara Fajar Libya dan ISIS terjadi pekan lalu. Fajar Libya mencoba menyingkirkan ISIS dari Libya.
Fajar Libya merupakan gabungan kelompok gerilyawan di Libya. Kelompok ini juga berperang melawan milisi bersenjata loyalis mantan jenderal Libya, Khalifah Haftar. Terkait dengan sikap mereka pada Ansharu Syariah, Fajar Libya tidak mau menyebut gerakan yang diduga terkait Al-Qaidah itu sebagai gerakan teroris. Sumber: Worldbulletin Penulis: Qathrunnada.
Serbu Bandara, Taliban Bertempur dengan Tentara Afghanistan
Ilustrasi militan Taliban (hurricanehank/Thinkstock) |
Jakarta, CNN Indonesia
--
Gerilyawan Taliban menyerang bandara di kota
Kandahar, Afghanistan selatan pada Selasa (8/12) dan terlibat dalam
pertempuran dengan pasukan keamanan setempat.
"Beberapa pemberontak berada di dalam sebuah sekolah dan menembak ke
arah bandara, " kata Sameem Khpalwak, juru bicara gubernur setempat,
dikutip dari Reuters.
Khpalwak mengatakan hingga kini tidak ada laporan soal korban jiwa. Hingga berita ini ditulis, baku tembak antara gerilyawan Taliban dan pasukan pemerintah Afghanistan masih terjadi.
Qari Yousuf Ahmadi, juru bicara Taliban, menyatakan sejumlah penyerang yang dilengkapi rompi bunuh diri berhasil memasuki lapangan di bandara dan tengah bertempur dengan pasukan keamanan.
Serangan militan Taliban ini menyusul insiden yang diluncurkan oleh dua pengebom bunuh diri yang menyerang kantor polisi di Kandahar. Kota Kandahar merupakan kota terbesar kedua di Afghanistan setelah ibu kota Kabul. Kota ini juga merupakan salah satu markas tradisional Taliban. (ama)
Khpalwak mengatakan hingga kini tidak ada laporan soal korban jiwa. Hingga berita ini ditulis, baku tembak antara gerilyawan Taliban dan pasukan pemerintah Afghanistan masih terjadi.
Qari Yousuf Ahmadi, juru bicara Taliban, menyatakan sejumlah penyerang yang dilengkapi rompi bunuh diri berhasil memasuki lapangan di bandara dan tengah bertempur dengan pasukan keamanan.
Serangan militan Taliban ini menyusul insiden yang diluncurkan oleh dua pengebom bunuh diri yang menyerang kantor polisi di Kandahar. Kota Kandahar merupakan kota terbesar kedua di Afghanistan setelah ibu kota Kabul. Kota ini juga merupakan salah satu markas tradisional Taliban. (ama)
Taliban Tak Suka Cara Kejam ISIS Eksekusi Musuh |
Di Afghanistan utara para pejabat
Afghanistan dan sumber-sumber dari pemberontak mengatakan pertempuran
sengit berkobar dekat kota Kunduz,
Pernyataan Kementerian Dalam Negeri yang dikeluarkan hari Minggu mengatakan pasukan Afghanistan menewaskan paling sedikit 44 pemberontak Taliban dan melukai banyak lagi dalam pertempuran tadi malam di sekitar ibukota provinsi itu.
Pertempuran pecah hari Jumat setelah Taliban melancarkan serangan besar terhadap pos keamanan terpencil di pinggir Kunduz dalam usahanya merebut kota itu. [gp]
Pernyataan Kementerian Dalam Negeri yang dikeluarkan hari Minggu mengatakan pasukan Afghanistan menewaskan paling sedikit 44 pemberontak Taliban dan melukai banyak lagi dalam pertempuran tadi malam di sekitar ibukota provinsi itu.
Pertempuran pecah hari Jumat setelah Taliban melancarkan serangan besar terhadap pos keamanan terpencil di pinggir Kunduz dalam usahanya merebut kota itu. [gp]
AMUKANMelayu - Tiada kata secantik bahasa dan tiada gambar seindah lukisan dan tiada Agama seindah Islam.....tapi mengapa ini terjadi? Jangan menglakan telunjuk kepada MEREKA tapi berfikirlah sejenak keran ianya lebih baik dari solat sunat 1000 rokaat.
Arab Saudi lancar serangan terhadap Yemen
28 Mei 2016 9:00 PM
PENDUDUK
Yaman mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan rumah yang
musnah selepas serangan udara oleh Arab Saudi di Sanaa pada 26 Mac lalu.
– EPA /YAHYA ARHAB
ADEN
28 Mei - Tentera Arab Saudi melancarkan serangan udara terhadap Yemen
walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih dalam perbincangan
untuk menamatkan konflik di negara tersebut.
Memetik laporan Press TV, jet pejuang
Arab Saudi hari ini menjalankan bedilan di daerah Masloob, utara wilayah
Jawf, namun belum ada sebarang laporan rasmi berkenaan mangsa yang
terkorban.
Sementara itu, serangan turut dilancarkan di wilayah Amran semalam, dilaporkan sebanyak 50 siri bedilan dilancarkan di kawasan kejiranan utara wilayah berkenaan. - AGENSI
Sementara itu, serangan turut dilancarkan di wilayah Amran semalam, dilaporkan sebanyak 50 siri bedilan dilancarkan di kawasan kejiranan utara wilayah berkenaan. - AGENSI