Mungkin
ada yang menganggap pemakaian kostum pahlawan melayu sewaktu perasmian
pemuda tadi hanya sekadar gimik biasa. Ada juga yang memandang lekeh dan
tidak kurang yang menjadikannya modal untuk memfitnah. Biarlah apa
orang nak kata. Tapi saya memiliki sudut pandang berbeza dari hal ini.
Sinar Harian melaporkan persidangan pada kali ini akan dilangsungkan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa, bakal menjadi satu kebanggaan kepada hampir seluruh rakyat Kelantan serta akan mendatangkan seribu satu rezeki kepada masyarakat di Kelantan. Muktamar kali ke 62 ini menampakan PAS Maju Kehadapan dengan TEMA yang penulis merasakan "PAS KEMBALI KEPANGKUAN MELAYU".
Perkara yang akan di perkatakan sepanjang muktamar ini adalah,
1 - PAS memutuskan hubungan dengan DAP dan TGHH membelasah DAP dan PKR.
2 - KERJASAMA PAS UMNO.
3 - PEMBERSIHAN "PARASIT" di dalam PAS.
4 - Kepimpinan ULAMAK menguasai PAS.
Sesuatu yang menarik di Muktamar kali ini ialah "Busana Melayu", pakaian tersebut bukan sekadar
pakaian melayu biasa. Sebaliknya ia adalah pakaian 'pahlawan' melayu. Ia
mengembalikan nostalgia semangat kepahlawanan pendekar dahulu kala yang
tercatit dalam lipatan sejarah alam melayu.
Mungkin ramai yang sudah melupakan
keagungan tamadun umat melayu dahulu kala. Dahulu, melayu memiliki
'empayar' sendiri yang dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan yang diasaskan seawal tahun 1262 masihi ini meliputi tanah
melayu Malaysia, sebahagian Indonesia dan Thailand. Menurut riwayat, ia
diasaskan oleh Parameswara.
Memang betul seperti apa yang dikatakan oleh PADUKA SULTAN JOHOR
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang bertitah bahawa baginda
masih berpegang kepada adat dan tradisi Melayu kerana dilahirkan dalam
bangsa tersebut dan menggesa komuniti Melayu agar tidak meminggirkan
budaya mereka.
Tambah baginda lagi, mereka yang mahu "menjadi orang Arab" lebih sesuai menetap di sana.
"Jika ada sebahagian daripada anda mahu menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya Arab, serta tidak mahu mengikut adat istiadat dan tradisi Melayu kita, itu terpulang kepada anda,” titah baginda sebagaimana lapor The Malaymail Online.
"Saya juga mengalu-alukan anda untuk tinggal di Arab Saudi.
"Itu adalah hak anda tetapi saya percaya ada orang Melayu yang bangga dengan budaya Melayu. Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit dan rakyat Johor tahu siapa pemerintah mereka," tambahnya.
Baginda bertitah bahawa dirinya lebih gemar menggunakan istilah Melayu seperti “Hari Raya” dan “buka puasa” berbanding istilah Arab walau bermaksud sama, seperti “Eid al-Fitr” dan “iftar”.
"Saya telah menggunakan terma Melayu sejak saya kecil dan bercakap dengan almarhum ayahanda saya sejak 50 tahun yang lalu.
"Saya tidak mempunyai hasrat untuk menggantikan terma-terma ini dengan terma Arab," titah baginda.
Warisan Keunggulan Melayu dan Kesultanan Melayu Melaka adalah antara
kuasa besar dunia yang disegani suatu masa dahulu. Untuk mengekang pengaruh fesyen dan budaya luar di waktu itu, Sultan Melaka menitahkan Kod Pemakaian Busana Melayu. Ia telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu
pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari
empayar Kesultanan Melayu Melaka..
Beliau telah mengeluarkan satu bentuk
titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab,
India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer).. Pada
hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan
memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian
kasturi.. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di
dalam masjid sahaja..
Dengan mengekang pengaruh luar dan Semangat Jati Diri yang kukuh dan kuat, maka Melaka beberapa kali telah terselamat walaupun cuba
diserang oleh berbagai kerajaan seperti Siam dan Portugis, kerajaan ini
berjaya bertahan lebih dari 3 abad. Melaka menjadi pusat tumpuan dunia
dan pelabuhan yang pesat dengan kegiatan ekonomi dan budayanya sehingga seorang pengkaji
barat, Duarte Barbosa berkata :
“Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia”.
Apabila kita mengenang sejarah
kesultanan melayu melaka, pastinya kita perlu menghargai jasa agama
Islam yang telah berjaya mengangkat martabat orang melayu. Sebelum
kesultanan ini, orang melayu diperintah oleh beberapa kerajaan seperti
Srivijaya, Gangga negara dan Temasik tetapi tidak sehebat kesultanana
melayu melaka. Puncanya adalah kerana meletakkan Islam sebagai asas
politik dan pentadbiran negara.
Nama melaka sendiri berasal dari bahasa
al-Quran iaitu Malqa (ملقى) bermaksud tempat pertemuan. Sememangnya
kedudukan melaka sangat strategik di perairan yang menemukan kapal-kapal
besar dan pedagang antara barat dan timur Asia. Satu lagi nama seakan
melaka adalah malaga, berada di Sepanyol membuktikan tamadun Sepanyol
yang berasal dari Islam, dahulunya dikenali sebagai Malaga. Ia juga
adalah pusat kegiatan utama kerajaan Andalusia.
Perkara kedua yang menarik untuk
diperhatikan adalah pakaian pendekar melayu kita seiras dengan kostum
pasukan Jannisary Uthmaniah. Jannisary adalah skuad elit yang ditubuhkan
oleh Sultan Murad 1 tahun 1383 bertujuan untuk melaksanakan misi-misi
kerajaan Uthmaniah berprofil tinggi.
Uthmaniah adalah sebuah empayar Islam
paling lama dan luas dalam sejarah. Ia diperintah oleh kaum Turki.
Sebelum menerima Islam, kaum tersebut tidak dikenali tetapi selepas
memilih Islam sebagai agama dan cara hidup, mereka membangun pesat
sehingga berjaya menawan pusat pemerintahan kebanggaan Rom Byzantine,
Costantinople.
Dipercayai skuad Janissary inilah yang
dipilih Sultan Muhammad al-Fateh untuk menjadi tentera yang membuka kota
Costantinople. Walaupun mereka berasal dari sekumpulan hamba, tetapi
dengan Islam mereka melakar sejarah penuh bermakna.
Kebetulan atau terancang, pakaian yang
dipilih oleh pimpinan pemuda sangat signifikan dalam tempoh pemerkasaan
Islam hari ini. Walaupun ia hanya sekadar pakaian, tetapi cukup untuk
mengimbau kegemilangan silam yang mampu menaikkan semangat untuk kembali
gemilang seperti sebelum ini.
Apatah lagi dizaman Islam kembali
bangkit hari ini, perlu ada semangat kepahlawanan untuk memimpin ummah
lebih berani mencari identiti sebenar mereka. Bukan untuk berlawan atau
bermusuh, tetapi sebagai lambang keberanian supaya orang Islam bangkit
dari ketakutan yang selama menghantui minda.
Dengan keadaan Timur Tengah semakin
kelam kabut dari sudut politik mahupun gerakan Islamnya, Turki bergelut
antara kepentingan EU atau ummah, parti an-Nahdhah Tunisia pula menjadi
gerakan Islam terkini dilanda serangan Islam demokrat, apakah kali ini
pewaris empayar kesultanan melayu melaka pula akan memimpin umat dunia?
Tegakkan Islam, dunia milikmu!
(oleh Alang Ibn Shukrimun)
Isu pertembungan dua aliran pemikiran di dalam PAS merupakan satu kajian kes yang menarik untuk diteliti. Golongan Ulama yang di anggap dogmatik dan konservatif lebih menyinar dalam parti manakala gerakan progresif yang dianggap liberal terlalu cenderung untuk mengikut telunjuk perjuangan pembangkang lain yang bersifat ultra-sekular. Akibatnya kejatuhan gerakan progresif pada persidangan yang lepas telah menjadi titik tolak yang menjelaskan realiti politik semasa di antara pakatan pembangkang di negara ini.
Menurut portal online FMT, PAS dilihat telah berhadapan dengan pelbagai cabaran sejak pemilihan parti tahun lalu yang menyaksikan ‘pembersihan’ secara besar-besaran di mana kumpulan progresif yang menjadi penentang Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersingkir, selepas gagal dipilih perwakilan.
Golongan ulama yang diketuai oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya menyingkirkan pemimpin-pemimpin berpengaruh seperti Mat Sabu, Husam Musa dan Khalid Samad yang seterusnya menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk meneruskan legasi hubungan akrab pemimpin tersebut bersama Parti Tindakan Rakyat (DAP).
Presiden AMANAH, Mat Sabu bersama rakan-rakan dalam parti baharu pasca PAS. |
Namun bagi pemimpin PAS, kritikan itu tidak sedikit pun menggugat perjalanan parti untuk terus mengorak langkah dengan membawa perubahan ditambah pula mereka sudah mempunyai blok ketiga pembangkang bersama IKATAN di samping terus menjalinkan kerjasama dengan PKR selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.
Malah kekuatan PAS juga bakal diterjemahkan menerusi Muktamar Tahunan ke-62 PAS yang bermula hari ini sekali gus membuktikan kepada rakyat bahawa parti Islam itu mampu berdiri sendiri walaupun tidak bersama gabungan pembangkang dalam Pakatan Harapan.
Topik Hangat: Kerjasama Bersama UMNO atau Bersama Pakatan Pembangkang Lain
Penganalisis Politik, Datuk Prof Dr Zainal Kling menjelaskan bahawa muktamar kali ini tetap akan berjalan lancar, dengan kestabilan kedudukan presiden dan Majlis Ulamanya, menurut laporan portal online Sinar Harian. Mungkin juga akan memperlihatkan seolah-olah mengetepikan ahli-ahli yang menentang keputusan mereka selama ini.
Malah, pemecatan Datuk Husam Musa sebagai ahli Pas juga tidaklah sehangat isu lain yang mungkin akan memberi kesan kepada perjuangan Pas selepas ini untuk merebut pentadbiran negara daripada pemerintah kini.
“Muktamar tersebut tetap akan teguh. Husam tiada ada tempat lagi dalam Pas. Kalau ada pun, sokongan mengenai hal itu (pemecatan Husam) sudah lemah. Muktamar akan sokong Tuan Guru (Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan ulama,”katanya kepada Sinar Harian.
Di antara beberapa topik hangat yang mungkin akan mendapat ‘sambutan’ hangat kali ini ialah berkenaan dengan kerjasama dengan Umno, yang banyak dimainkan sejak ketiadaan Tok Guru Nik Abdul Aziz, dua tahun lalu.
Malah, ia perlu dibincangkan, kerana rata-rata perwakilan mungkin mempunyai hujah sendiri apabila Pas kini dilihat semakin tercabar dengan pelbagai pergerakan baru, terutamanya daripada parti serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah), yang juga boleh dikatakan ‘musuh’ utama Pas kini.
Malah kini ramai pendukung-pendukung parti yang melihat Pas dan Umno perlu berada di dalam satu bumbung walaupun dasar yang berlainan, demi negara, demi bangsa Melayu, perkara tersebut perlu berlaku supaya kotak pemikiran sempit itu tidak menjadi halangan kepada kerjasama tersebut.
Malah menurut Prof Dr Zainal juga, jika isu kerjasama tersebut dimainkan muktamar kali ini, maka akan berbunyilah pelbagai gendang yang menghujahkan pendapat masing-masing, sama ada menyokong, mempersoalkan, berdiskusi, mahupun tidak kurang juga menghentam sesama sendiri.
“Kalau itu ada (perbincangan mengenai kerjasama), maka PRU 14 nanti akan ada kerjasama antara parti Melayu dan Islam. Itu yang akan menjadi perhatian kita (penganalisis). Sama ada kerjasama ini akan memberi kesan yang positif atau negatif,” katanya.
Mana-mana parti sekalipun tidak akan lari daripada masalah dalaman, malah Pas sendiri, berdepan dugaan dan cabaran getir apabila kehilangan beberapa muka pejuang parti itu, sejak awal tahun ini.
Tetapi, menurut Prof Dr Zainal, isu dalaman bukanlah tajuk utama kali ini. Walaupun ia tetap berada dalam agenda, namun ia akan menjadi sekadar teguran kecil yang langsung tidak akan menggugat pimpinan.
Pas juga cukup berani untuk ‘kehilangan’ penyokong dari masyarakat bukan Islam, demi memartabatkan hukum Allah dalam pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah. Namun kebanyakan penyokong Pas yang bukan Islam, memahami dengan jelas mengenai perlaksanaan tersebut, berbanding dengan parti-parti komponen BN. Sedangkan mereka sudah bersama dengan BN agak lama, bukan sehari dua.
Mengupas isu tersebut, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, kejayaan Hadi mengemukakan usul persendirian di Parlimen dijangka memberi nafas baru dan lonjakan besar dalam perjuangan Pas, sekali gus menyebabkan wujudnya konsolidasi di dalam muktamar, iaitu mengenai penegasan perjuangan Islamnya.
Bukan itu sahaja, kerjasama yang diberikan oleh pemimpin Umno di dalam memberi ruang kepada Pas mengemukakan usul tersebut juga dijangka akan menjadikan pemimpin parti Islam itu bersikap lebih lunak ke atas BN.
“Tetapi saya juga membayangkan, satu seruan akan turut dipalu supaya mereka (pemimpin) yang cenderung menyokong bekas-bekas ahli Pas yang dianggap ‘pengkhianat’ parti sebelum ini untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atau keluar dari Pas, walaupun mereka akan berdepan bai’ah yang mereka lafazkan sewaktu terpilih menjadi calon Pas dahulu,” katanya.
Pelbagai kemungkinan akan berlaku, namun untuk menunjukkan kematangan parti itu, mungkin isu dalaman tidak akan diterjemahkan sebagai agenda utama dalam kongres tersebut, walaupun tindakan sesetengah pemimpin kini boleh dianggap sebagai duri dalam daging.
Walau apa pun, jika isu itu mendatangkan kebaikan dan manfaat yang berguna kepada rakyat, maka ia seharusnya dibahaskan sewajarnya oleh perwakilan seluruh negara.
Muktamar Terakhir Sebelum PRU14
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menolak muktamar kali ini mungkin muktamar terakhir sebelum PRU14.
Ini kerana terdapat
andaian PRU14 akan diadakan sebelum Jun 2017. Jadi, muktamar kali ini
mungkin menjadi platform menyuntik semangat ahli untuk bekerja keras
pada PRU akan datang.
Walau bagaimanapun
persidangan pada kali ini di anggap oleh perwakilan sebagai masa untuk
mereka mendengar, berkongsi pendapat, berbincang dan sebagainya mengenai
hala tuju, dasar dan perjuangan parti yang diperjuangkan selama ini,
tambahan pula ianya dilangsungkan di negeri tumpah darah bekas Mursyidul
Amnya, Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, lapor Sinar Harian.
AMUKANMelayu - Kembalikan......kembalikan.....kembalikan.....