Depa bukan lagi Ahli UMNO
Mereka Bukan Lagi Mewakili UMNO.
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat daripada UMNO semalam kini bukan lagi Ahli Parlimen yang mewakili Barisan Nasional (BN).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, berdasarkan amalan dan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, kedudukan Muhyiddin di Dewan Rakyat akan ditentukan selepas Ketua Whip BN memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat.
“Walau bagaimanapun, sebarang perubahan yang akan berlaku pada status Ahli Parlimen Pagoh ini nanti tidak akan menjejaskan kedudukan BN sebagai parti pemerintah kerana masih memperoleh majoriti di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.
Beliau yang juga Presiden UMNO menjelaskan, keputusan itu dibuat ekoran tindakan Muhyiddin dan Mukhriz melanggar disiplin parti.
Mahathir semasa sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos 2007. |
Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959.
Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi PM.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak.
Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan.
Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.
Dipecat dari PKR, Khalid Ibrahim Beri Keterangan Kepada ROS
“Semalam 16 Februari 2015, jam 11 pagi, saya sempat memberi keterangan bertulis kepada Pengarah ROS kes Saman terhadap PKR yang memecat saya tanpa mengikut tatacara dan peraturan di dalam perlembagaan parti,” tulisnya di Facebook.
Menurut ADUN Pelabuhan Klang itu lagi, beliau bertindak sedemikian bagi memperbetulkan sistem yang diamalkan oleh PKR iaitu mempertahankan hak individu dan hak rakyat dalam mengurus pertubuhan.
“PKR hendaklah menunjukkan amalan reformasi seperti apa yang mereka laungkan,” ujarnya.
Pemecatan itu dibuat setelah Khalid didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang sebulat suara memilih Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Bukan itu sahaja, keputusan itu juga dibuat setelah Khalid dikatakan gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden PR untuk menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2 serta menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan Adun negeri Selangor.
Bahkan, Khalid juga gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden PR mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.
Slain itu, Khalid turut berkeras meneruskan projek Lebuhraya Kidex walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto PR yang dibentangkan sebelum PRU13.- Adam Abu Bakar
Zaid Ibrahim dipecat dari Umno
Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemecatan Zaid itu berkuatkuasa serta-merta.
Menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata, Zaid juga tidak boleh merayu terhadap pemecatannya itu. Sabtu lalu, Zaid menghadiri majlis perasmian kongres nasional PKR di Stadium Malawati, Shah Alam.
Zaid juga dilaporkan berkata, beliau datang sebagai tetamu selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan PKR.
Jelas Zaid lagi, kehadirannya adalah untuk mendengar apa yang diperkatakan pucuk pimpinan dan perwakilan PKR mengenai keadaan semasa dalam negara.
Awal bulan lalu, Zaid Ibrahim menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA.
Parti itu meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.
Zaid meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap ahli Parlimen Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng, September lalu.
Beliau juga turut melepaskan jawatan senator. Pada 29 September lalu, Zaid menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau supaya memansuhkan ISA.
Berikutan itu, beberapa pemimpin Umno mendesak parti itu mengambil tindakan terhadap Zaid.
'Tiada pilih kasih'
Abdullah berkata, tindakan dikenakan ke atas Zaid dibuat kerana Umno
perlu konsisten dalam tindakannya dan memastikan tidak wujudnya pilih
kasih dalam mengambil tindakan displin terhadap anggotanya yang didapati
bersalah.
Ada tindakan-tindakan Zaid yang dilihat sebagai perkara yang menyalahi (peraturan) parti," katanya.
Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim Digantung Selama Tiga Tahun
Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti.
Zahar sebelum ini telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Abdullah yang didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai presiden Umno menjelang pemilihan parti dan pencalonan.
Beliau juga mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses tender kerajaan untuk membeli helikopter baru bagi Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM).
Saifuddin Kecewa Dengan UMNO
Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu menyertai PKR
selepas tidak lagi serasi dengan UMNO serta BN walaupun telah lama
berada dalam parti itu.
Mengulas mengenainya, Saifuddin berkata, PKR menjadi pilihan kerana bersifat pelbagai kaum, sederhana dan terbuka.
Beliau juga berkata akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sebaik sahaja pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail kembali dari luar negara.
Saifuddin sebelum ini menerima surat tunjuk sebab oleh UMNO kerana menghadiri persidangan meja bulat pihak pembangkang pada 21 September lalu.
Banyak kedengaran suara-suara dari dalam UMNO yang menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO memecat Saifuddin dengan kadar
segera. kat mereka semua gunting dalam lipatan perlu disingkirkan. UMNO tidak perlu
lagi mendukung biawak hidup. Ini masa untuk UMNO bergerak maju
kehadapan bagi memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat dicapai
dan dipertahankan.
Sebelum ini Setiausaha Agung Umno Datuk
Seri Tengku Adnan mengatakan, mana-mana pihak tidak sepatutnya membuat
kesimpulan sendiri sementara menunggu laporan penuh siasatan berkenaan
Saifuddin Abdullah yang menghadiri program perasmian gabungan
pembangkang baharu, Pakatan Harapan.
“Kami akan siasat hal itu sebelum ambil tindakan,” kata Tengku Adnan.
Saifuddin menggunakan alasan hadir ke
program pelancaran Pakatan Harapan, atas kapasiti sebagai ketua
pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM). Manakala
Ku Nan, pula tidak menyatakan sama ada tindakan Saifuddin itu melanggar
disiplin parti walaupun hadir bukan atas kapasiti sebagai seorang ahli
Umno.
Muhyiddin, Mukhriz mungkin sertai parti lain
KUALA LUMPUR 26 Jun 2016 – Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO Jumaat lepas, hari ini mengesahkan mereka ada menerima tawaran menyertai parti-parti politik tertentu.
“Kami ada menerima banyak tawaran secara tidak rasmi dari parti-parti politik yang mempelawa sertai mereka tetapi semua ini perlu difikirkan secara mendalam.
“Saya dan Mukhriz akan membuat keputusan yang amat besar dalam sejarah hidup kami,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Mukhriz, di sini.
Muhyiddin berkata, mereka berhasrat meneruskan perjuangan politik mereka menerusi platform politik baharu.
Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak menyatakan secara terperinci mengenai platfom baharu itu, sama ada menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu.
Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO berkata pada masa ini beliau dan Mukhriz masih mengadakan perbincangan dan sedang mendapat pandangan pelbagai pihak untuk menentukan hala tuju mereka dalam politik.
Jumaat lepas, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan memecat Muhyiddin dan Mukhriz daripada parti itu, dan menggantung keahlian Naib Presiden Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Ditanya tempoh masa untuk menentukan platform baharu itu, Muhyiddin bagaimana pun tidak dapat menyatakannya kerana perlu memikirkan secara mendalam dalam konteks negara pada hari ini.
“Kalau setakat tubuh parti baharu, hari ini pun boleh tubuh, tapi ia bukan hanya soal tubuh parti, ini bukan sebab saya atau Mukhriz, ini soal negara, apa nak difikirkan adalah hala tuju negara,” katanya. – BERNAMA

APAKAH PERKASA PERLU MENJADI PARTI POLITIK
Perkasa di ujudkan oleh Ahli Politik dan perjalanannya juga adalah seiring dengan politik terkini Negara. Apakah ianya menjadi kesalahan jika PERKASA menjadi Parti Politik?
Jawabnya tidak. Malaysia adalah sebuah Negara Demokrasi dan siapa-siapa pun boleh menubuhkan Parti Politik. Jika ianya menjadi satu kenyataan, maka amatlah sedihnya bangsa Melayu yang berantakan dan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil berteraskan Perjuangan Parti. Disaat-saat Cina bersatu dengan menghapuskan etnik cina dan menjadikan satu Cina kita pula perpecah dengan Parti.
Dan ketika Cina sedang Berkumpul dan menjadikan DAP sebagai wadah perjuangan Cina, kita pula berpecah dengan perbagai fahaman baru dalam Ugama.
Apakah kita mampu melarang mana-mana badan bukan
kerajaan (NGO) diminta tidak bercita-cita untuk menjadi sebuah parti
politik selain perlu memahami fungsi kewujudan organisasi masing-masing?.
Jawabnya, siapa yang pedulikan semua itu....tiada siapa lagi mempedulikan apa kesudahan hayat Orang Melayu di Tanah Airnya. Motif
penubuhan Parti juga harus jelas dan bukannya menjaga kepentingan individu
yang mencari survival politik.
"Musuh kita adalah yang mahu hancurkan negara dan perpaduan dalam negara kita yang dibina oleh UMNO. Oleh generasi lalu daripada sebelum merdeka sehinggalah hari ini. Tidak dapat di nafikan Perpaduan adalah yang paling utama dalam institusi UMNO. Sebagai generasi muda dalam UMNO sudah pasti kita mahukan melihat contoh yang baik oleh kepimpinan lalu dalam isu perpaduan institusi hari ini".
Sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selain mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dilihat tidak cukup kuat. Jika Najib di katakan gagal menjalankan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara selain menyalahkan Perdana Menteri yang tidak menjawab tohmahan Dr Mahathir, siapa selepas ini jika Najib melepaskan jawatannya?.
Krisis kepimpinan yang besar dah pernah terjadi pada zaman Dr Mahathir tetapi barisan kepimpinan eranya berdiri teguh memberi sokongan kerana itulah sebenarnya setiakawan serta cara berinstitusi berpolitik.
Masalah yang sama juga bila Dr Mahathir mendesak Najib meletakkan jawatan maka dia harus menerima kenyataan kepimpinan terkini harus berdiri serta bersama menyatakan sokongan kepada Najib selaku Presiden UMNO kerana ini juga dilaksanakan pada era pemerintah Dr Mahathir dahulu.
UMNO perlu menghormati Dr Mahathir selaku negarawan negara yang berikan pandang beliau demi kepentingan negara dan UMNO, tapi dia juga harus menghormati pilihan rakyat serta institusi UMNO melalui sistem demokrasi yang diguna pakai sepertimana di era zamannya dahulu.
"Bezanya, zaman Najib mengemudi negara adalah era yang paling mencabar dalam pentadbiran berbanding dengan Perdana Menteri sebelum ini,".
Najib dan Dr Mahathir mempunyai kekuatan masing-masing dalam cara dan landskap politik yang berbeza.
"Namun harus diakui hala tuju mereka sama iaitu menjaga kepentingan rakyat dan negara tanpa meninggalkan asas penubuhan negara. Kerana itu setiap teguran Dr Mahathir harus dilihat sebagai teguran yang dibuat kerana sayang kepada UMNO, Ugama dan Negara. Tapi siapakah yang pedulikan semua ini?

Jika benar PERKASA akan menjadi sebuah Parti Politik, maka mereka yang penulis senaraikan di atas adalah tidak mampu menolak untuk BERHIMPUN dalam wadah PERJUANGAN baru ini....perjuangan yang hendak menumbangkan Najib. Apakah Najib akan tumbang atau UMNO akan hancur atau Melayu yang kehilangan KUASA......
Muhyiddin, Mukhriz mungkin sertai parti lain
27 Jun 2016 12:30 AM
KUALA
LUMPUR 26 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz
Mahathir yang dipecat daripada UMNO Jumaat lepas, hari ini mengesahkan
mereka ada menerima tawaran menyertai parti-parti politik tertentu.
“Kami ada menerima banyak tawaran secara
tidak rasmi dari parti-parti politik yang mempelawa sertai mereka
tetapi semua ini perlu difikirkan secara mendalam.