Ramai ‘Goebbels kecil’ ditugas perbaiki imej Najib: Tun Dr Mahathir |
DIALOG FILM 3 ABDUL
Tuan Sadiq Segaraga: “Bagus. memang saudara seorang
yang
bijak. Kalau perkara ini berhasil,....Tuan
Penasihat, tuan akan mendapat 20%”
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan mereka yang memberi penjelasan dan kenyataan bagi memperbaiki imej Datuk Seri Najib Razak selepas dituduh melesapkan wang wang rakyat melalui 1MDB, sebagai ‘Goebbels kecil’.
Joseph
Goebbels ialah Menteri Propaganda pada zaman pemerintahan Nazi Jerman
dan tugasnya ialah mentransformasi segala yang buruk yang dilakukan
rejim Nazi supaya ternampak bukan sahaja baik, tetapi mulia, katanya.
Beliau
berkata, bagaimanapun hanya orang Nazi sahaja yang percaya gambaran yang
diberikan oleh Goebbels , sedangkan dunia menolak bulat-bulat
propaganda mengenai Hitler dan rejimnya.
“Akhirnya
Goebbels bukan sahaja membunuh diri tetapi juga isteri dan anak-anaknya.
Ia tidak dapat menafi kekalahan rejim Nazi. Sejak Najib dituduh
melesapkan berbilion Ringgit wang 1MDB (duit rakyat), ramailah Goebbels
kecil yang ditugaskan memperbaiki imej Najib dengan berbagai jenis
penjelasan dan dakwaan,” katanya dalam blog beliau malam tadi.
Yang
terbaru dan bukan terakhir, kata Tun Dr Mahathir ialah dakwaan bekas
Peguam Negara, Tan Sri gani Patail bahawa beliau tidak dianiaya,
sebaliknya pemberhentiannya mengikut peraturan kerajaan dan sememangnya
Perdana Menteri berhak menamatkan khidmatnya.
“Kenyataan
ini amat berbeza dengan kenyataan yang dibuat sendiri olehnya sejurus
selepas hilang jawatan. Oleh itu orang ramai yang tahu akan kepercayaan
Najib bahawa “Cash is King” menolak kenyataan baru ini.
“Mereka
menjangka banyak dedak yang diguna, selain dari ugutan-ugutan. Mereka
yang bersama Najib pun tidak percaya akan kenyataan baru Gani Patail,
walaupun mereka tidak berani menyatakan apa yang terbuku dalam hati
mereka,” katanya.
Beliau
berkata, percubaan membersihkan Najib adalah satu pembaziran kerana
tidak dapat mengubah sedikit pun kepercayaan rakyat bahawa Najib memang
bersalah seperti dituduh.
Tun Dr Mahathir berkata, sejak skandal 1MDB, banyak percubaan oleh Najib untuk membersihkan diri dengan cara ini.
“Demikian
kenyataan oleh Sirul yang lari ke Australia bahawa Najib tidak terlibat
dengan pembunuhan Altantuya. Demikian juga dengan peralihan kesetiaan
blogger Big Dog dan Rockybru. Mereka boleh nafi mereka telah dibeli,
tetapi masyarakat semua faham sebab peralihan haluan oleh mereka. Apapun
yang ditulis oleh mereka dimasukkan dalam bakul sampah.
“New
Straits Times, Utusan dan TV3 sudah tidak dibaca atau dilihat oleh
penonton. Mereka benci dengan pembohongan laporan yang disiar. Mereka
yang menghadiri ceramah berkenaan salah-laku Najib, 1MDB dan lebih-lebih
lagi duit sebanyak 2,600 lori yang diberi oleh orang Arab untuk Najib
masuk dalam akaun peribadinya, untuk dibelanja sesuka hatinya, gelak
ketawa apabila media suruhan Najib melapor kononnya hanya 200-300 orang
sahaja hadir, sedangkan mereka berada di ceramah berkenaan dan melihat
beribu-ribu yang hadir,” katanya.
Katanya,
propaganda Najib tidak berkesan dan wang yang di hadiah kepada Goebbels
kecil ini tidak menghasilkan apa-apa perubahan pandangan oleh masyarakat
amnya dan penentang Najib khasnya.
“Sebenarnya
dengan pembohongan dan propaganda Najib, mereka lebih yakin
tuduhan-tuduhan terhadap Najib mempunyai asas yang kuat dan benar.
“Najib
banyak duit. Oleh itu teruskanlah propaganda melalui orang yang tidak
mempunyai kredibiliti sama sekali. Saya ucap tahniah kepada Salleh Said
Keruak, Tengku Adnan, Tengku Sarifuddin dan Rahman Dahlan kerana berjaya
menipu Najib bahawa kenyataan-kenyataan mereka berkesan,” katanya.
Bawah pemerintahan Nazi di Jerman, menteri yang terkenal sekali ialah Joseph Goebbels, beliau adalah menteri propaganda.
Tugasnya ialah mentransformasikan segala yang buruk yang dilakukan oleh rejim Nazi supaya ternampak bukan sahaja baik tetapi mulia. Malangnya selain orang Nazi, tiada siapa pun yang mempercayai gambaran yang cuba dipamerkan oleh Goebbels dan kementeriannya.
Sudah tentu dunia luar menolak bulat-bulat propaganda berkenaan Hitler dan rejim Nazi-nya.
Akhirnya Goebbels (gambar) bukan sahaja membunuh diri tetapi juga isteri dan anak-anaknya. Ia tidak dapat menafikan kekalahan rejim Nazi.
Sejak Najib Razak dituduh melesapkan berbilion ringgit wang 1MDB (duit rakyat), ramailah Goebbels kecil yang ditugaskan memperbaiki imej Najib dengan berbagai jenis penjelasan dan dakwaan.
Yang baru dan bukan terakhir ialah dakwaan oleh Gani Patail, bekas peguam negara bahawa dia tidak dianiaya tetapi sebaliknya pemberhentiannya mengikut aturan-peraturan kerajaan dan memang pun perdana menteri berhak untuk menamatkan khidmatnya.
Kenyataan ini amat berbeza dengan kenyataan yang dibuat sendiri olehnya sejurus selepas hilang jawatan.
Oleh itu orang ramai yang tahu akan kepercayaan Najib bahawa “cash is king” menolak kenyataan baru ini. Mereka menjangka banyak dedak yang diguna, selain dari ugutan-ugutan.
Mereka yang bersama Najib pun tidak percaya akan kenyataan baru Gani Patail, walaupun mereka tidak berani menyatakan apa yang terbuku dalam hati mereka. Percubaan membersih Najib ini adalah satu pembaziran kerana tidak dapat mengubah barang sedikit pun kepercayaan mereka dalam Negara bahawa Najib memang bersalah seperti dituduh.
Sejak skandal 1MDB, banyaklah percubaan oleh Najib untuk membersihkan diri dengan cara ini.
Demikian kenyataan oleh Sirul Azhar yang lari ke Australia bahawa Najib tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Demikian juga dengan peralihan kesetiaan penulis blog Big Dog dan Rockybru.
Mereka boleh nafi mereka telah dibeli, tetapi masyarakat semua faham sebab peralihan haluan oleh mereka. Apapun yang ditulis oleh mereka dimasukkan dalam bakul sampah.
New Straits Times, Utusan dan TV3 sudah tidak dibaca atau dilihat oleh penonton.
Mereka benci dengan pembohongan laporan yang disiar. Mereka yang menghadiri ceramah berkenaan salah-laku Najib, 1MDB.
Dan lebih-lebih lagi duit sebanyak 2,600 lori yang diberi oleh orang Arab untuk Najib masuk dalam akaun peribadinya, untuk dibelanja sesuka hatinya, gelak ketawa apabila media suruhan Najib melapor kononnya hanya 200 hingga 300 orang sahaja hadir, sedangkan mereka berada di ceramah berkenaan dan melihat beribu-ribu yang hadir. Sesungguhnya propaganda Najib tidak berkesan.
Duit banyak yang dihadiah kepada Goebbels kecil ini tidak menghasilkan apa-apa perubahan pandangan oleh masyarakat amnya dan penentang Najib khasnya.
Sebenarnya dengan pembohongan dan propaganda Najib, mereka lebih yakin tuduhan-tuduhan terhadap Najib mempunyai asas yang kuat dan benar.
Najib banyak duit. Oleh itu teruskanlah propaganda melalui orang yang tidak mempunyai kredibiliti sama sekali.
Saya ucap tahniah kepada Salleh Said Keruak, Tengku Adnan Mansor, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dan Rahman Dahlan kerana berjaya menipu Najib bahawa kenyataan-kenyataan mereka berkesan.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD bekas perdana menteri Malaysia
Kenyataan bekas perdana menteri mengenai Nazi dan Joseph Goebbels ketika Najib berada di Jerman adalah tidak wajar.
Kenyataan Dr Mahathir menjelikkan dan memalukan, kata Rahman Dahlan |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pemasaan catatan itu, yang membandingkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rejim Nazi, menimbulkan rasa meluat dan jelik memandangkan Najib kini melawat Jerman.
“Dr Mahathir kini semakin menjelikkan. Beliau bukan sama membandingkan Perdana Menteri dan semua yang berada dalam Kerajaan sebagai Nazi, tetapi melakukannya ketika Perdana Menteri berada di Jerman.
“Tidak wajar untuk menghina sebuah negara dan mengungkit segala sejarah lampaunya yang memeritkan semata-mata untuk mendapat kelebihan politik,” kata Rahman dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam blognya semalam, Dr Mahathir menyifatkan pimpinan BN, penulis blog pro-BN dan media arus perdana – iaitu TV3, New Straits Times dan Utusan Malaysia – Goebbels kecil.
Joseph Goebbels antara pengikut setia Adolf Hitler dan terkenal dengan kemahiran pidato di Jerman di bawah pemerintahan Nazi. Pada 1933, Goebbels diangkat menteri propaganda Hitler.
Dr Mahathir menuduh Goebbels kecil cuba memperbaiki imej perdana menteri yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rahman, yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), berkata Mahathir bukan negarawan.
“Adalah amat memalukan melihat seorang bekas Perdana Menteri memusnahkan legasi sendiri dan mendedahkan dirinya sebagai seorang yang kecewa dan pendendam,” katanya, mencadangkan Dr Mahathir marah kerana perancangan untuk mengguling Najib gagal.
“Baik bekas Perdana Menteri mahu pun yang masih memegang jawatan, mereka tidak sewajarnya berada dalam kancah politik picisan. Bagaimanapun, Dr Mahathir kelihatan berasa amat selesa berada di situ. Mujurlah Dr Mahathir tidak lagi memimpin Malaysia,” tambah Rahman.
Gelagat Kelakar Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman |
Katanya lagi , Dr. Mahathir semasa memegang tampuk pemerintahan negara juga tidak mempunyai hubungan baik dengan pihak lawan kerana didakwa memiliki sifat kejam serta zalim dan pernah disamakan dengan pemimpin Nazi, Adolf Hitler.
Tegas beliau, media massa pada ketika itu hanya memperbetulkan kenyataan salah yang dilemparkan kepada Dr. Mahathir dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk melindungi pemimpin negara daripada terus diburukkan dengan pelbagai perkara-perkara yang tidak benar.
Menurutnya, beliau mahu Dr. Mahathir menjawab persoalan adakah mereka yang pernah membelanya suatu ketika dahulu boleh disamakan dengan Menteri Propaganda Nazi, Joseph Goebbels.
“Apabila Najib diserang secara peribadi dan dilemparkan dengan pelbagai perkara tidak benar, bukan sahaja blogger, kami sendiri sebagai pemimpin wajib membantu membetulkan perkara yang tidak betul,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel yang dimuat naik di laman web chedet.cc kelmarin yang dipetik sebagai berkata, di bawah pemerintahan Nazi di Jerman, menteri yang terkenal sekali ialah Joseph Goebbels, Menteri Propaganda dan tugasnya ialah mentransformasikan segala yang buruk yang dilakukan oleh rejim Nazi supaya ternampak bukan sahaja baik tetapi mulia.
Tulis Dr. Mahathir, malangnya selain daripada orang Nazi, tiada siapa pun yang mempercayai gambaran yang cuba dipamerkan Goebbels dan kementeriannya.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Tajuddin Abdul Rahman pula beranggapan kenyataan dengan menggunakan elemen Nazi itu tidak lebih daripada gimik politik untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, beliau merumuskan tindakan tersebut tidak akan memberi kesan kepada Najib dan ia dilakukan hanya untuk meneruskan misi politik Dr. Mahathir.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi pula berkata, mana mungkin apabila seorang ketua diserang, anak buah akan mendiamkan diri dan gambaran itulah yang diterjemahkan oleh penggiat media sosial dalam soal mempertahankan Najib apabila diserang musuh-musuh politiknya.
Tapi sejarah silam seseorang Ahli Politik tidak dapat di sembunyikan seperti apa yang di katakan oleh Dato Ibrahim Ali.
‘Tajuddin, Jangan Tunjuk Hero Tak Bertempat’
Presiden Kumpulan Pendesak Melayu (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menasihati Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Tajuddin Abdul Rahman supaya tidak menunjukkan lagak seperti ‘hero’ dalam situasi yang tidak bersesuaian.
“Walaupun ada perbezaan pendapat, tak payahlah nak tunjuk hero secara tidak bertempat,” katanya.
Ujarnya, Tajuddin tidak perlu tunjuk hebat atau mengutuk Tun Mahathir kerana beliaulah yang memberi nyawa politik kepadanya.
“Tun Mahathir memberi nyawa politik kepada Tajuddin selepas tiga kali saya berjumpa Tun Mahathir merayu bagi pihak nya dan tiga kali saya bangkit di mesyuarat majlis tertinggi agar Tajuddin diterima kembali menjadi ahli UMNO.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Timbalan Presiden dan Pengurusi Pengurusan UMNO naik radang kepada saya kerana membela Tajudin semasa mesyuarat majlis tertinggi.
“Tidak ada siapa yg menyokong saya waktu membela Tahudin. Akhirnya, Tun Mahathirlah yg berkata kita terima sahaja Tajuddin dan semua diam,” katanya.
Tambahnya lagi, sewaktu Pilihanraya 1999, beliau sekali lagi berjumpa dengan Tun Mahathir dengan tujuan melobi agar Tajuddin dipilih sebagai calon pilihan raya. Akhirnya beliau dipilih juga untuk bertanding di Dun Sungai Manik, Teluk Intan, Perak.
“Moralnya, bila saya bangkit perkara ini, biarlah ada rasa hormat pada orang tua yang sebelum ini menolongnya.
“Walaupun ada perbezaan pendapat, tak payahlah nak tunjuk hero tak bertempat,” katanya yang mengakhiri luahannya sebagai ‘sekadar keluhan dari rasa terkilan’.
Tajuddin, semalam (27 Ogos), menuduh Tun Mahathir bohong di dalam penafiannya berkenaan isu tanda tangan surat penahanan di bawah ISA.
Katanya cubaan Tun Mahathir untuk membersihkan namanya berhubung isu berkenaan tidak boleh diterima kerana hanya Menteri Dalam Negeri, jawatan yang ditandang Tun Mahathir ketika itu, mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan penahanan tersebut.
Bagaimanapun Ibrahim menegaskan bahawa seseorang yang ditahan dibawah ISA adalah atas cadangan pihak keselamatan yang telah membuat pantauan. Hasil pantauan pula dibincang dikalangan anggota jawatankuasa yang terdiri dari pihak polis, termasuk Ketua Polis Negara dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri.
“Merekalah yang membuat cadangan dan Menteri atau Timbalannya menandatangani perkara tersebut sebagai formaliti.
“Siapa tanda tangan hanya formaliti tapi yg membuat keputusan adalah pihak yang bertanggungjawab kepada keselamatan. Seseorang kena faham inilah ‘procedure’ atau operasi nya,” tambah Ibrahim.
RUMUSANNYA
Seperti apa yang dinyatakan seperti apa yang di petik oleh Astro Awani Mei 18, 2015, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, trend sesetengah Ketua Bahagian yang menunjukkan tanda sokongan kepada Najib tetapi pada masa yang sama gagal menangkis sebarang tohmahan Dr Mahathir dan pemimpin pembangkang berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) benar-benar membimbangkannya.
SYED ALI: Jangan sokong Najib sehingga membawa rebah! |
"Saya bimbang dengan tindakan sesetengah Ketua Bahagian yang melahirkan sokongan sama ada terbuka dan tertutup kepada Najib yang akhirnya membawa rebah kepada masa depan parti.
"Sokongan membabi buta terhadap mana-mana individu tidak akan menjamin kepada kekuatan parti. Sebaliknya Ketua Bahagian kena menjadi benteng kepada kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam berhadapan sebarang tohmahan jahat dilakukan pihak tertentu.
"Pelbagai pihak sama ada di dalam atau di luar UMNO cemburukan dengan kekuatan parti ini berbanding dengan komponen Pakatan Rakyat sedang berhadapan krisis dalamannya. Salah satu usaha melemahkan parti ialah dengan menimbulkan seberapa banyak persepsi negatif berkenaan pentadbiran Najib," katanya dalam catatan di dalam blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.
AMUKANMelayu - Goebbels Kecil selalu lupa dan "PERASAN BAGUS"......
KUALA
LUMPUR 30 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad barangkali terlupa suatu
masa dahulu beliau pernah dibela habis-habisan oleh media massa termasuk
kepemimpinan tertinggi kerajaan seperti Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak sendiri apabila digelar Mahafiraun oleh musuh
politiknya.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
berkata, Dr. Mahathir semasa memegang tampuk pemerintahan negara juga
tidak mempunyai hubungan baik dengan pihak lawan kerana didakwa
memiliki sifat kejam serta zalim dan pernah disamakan dengan pemimpin
Nazi, Adolf Hitler.
Tegas beliau, media massa pada ketika itu hanya memperbetulkan kenyataan salah yang dilemparkan kepada Dr. Mahathir dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk melindungi pemimpin negara daripada terus diburukkan dengan pelbagai perkara-perkara yang tidak benar.
Menurutnya, beliau mahu Dr. Mahathir menjawab persoalan adakah mereka yang pernah membelanya suatu ketika dahulu boleh disamakan dengan Menteri Propaganda Nazi, Joseph Goebbels.
“Apabila Najib diserang secara peribadi dan dilemparkan dengan pelbagai perkara tidak benar, bukan sahaja blogger, kami sendiri sebagai pemimpin wajib membantu membetulkan perkara yang tidak betul,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel yang dimuat naik di laman web chedet.cc kelmarin yang dipetik sebagai berkata, di bawah pemerintahan Nazi di Jerman, menteri yang terkenal sekali ialah Joseph Goebbels, Menteri Propaganda dan tugasnya ialah mentransformasikan segala yang buruk yang dilakukan oleh rejim Nazi supaya ternampak bukan sahaja baik tetapi mulia.
Tulis Dr. Mahathir, malangnya selain daripada orang Nazi, tiada siapa pun yang mempercayai gambaran yang cuba dipamerkan Goebbels dan kementeriannya.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Tajuddin Abdul Rahman pula beranggapan kenyataan dengan menggunakan elemen Nazi itu tidak lebih daripada gimik politik untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, beliau merumuskan tindakan tersebut tidak akan memberi kesan kepada Najib dan ia dilakukan hanya untuk meneruskan misi politik Dr. Mahathir.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi pula berkata, mana mungkin apabila seorang ketua diserang, anak buah akan mendiamkan diri dan gambaran itulah yang diterjemahkan oleh penggiat media sosial dalam soal mempertahankan Najib apabila diserang musuh-musuh politiknya.
- See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/politik/pembela-mahafiraun-boleh-disamakan-dengan-nazi-1.389235#sthash.S4rKCW5i.dpufTegas beliau, media massa pada ketika itu hanya memperbetulkan kenyataan salah yang dilemparkan kepada Dr. Mahathir dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk melindungi pemimpin negara daripada terus diburukkan dengan pelbagai perkara-perkara yang tidak benar.