SIAPA MENGAKU BERAK DI TENGAH JALAN?
Maknanya: Orang yang bersalah biasanya tidak mahu mengakui kesalahannya.
KERA MENEGUR TAHINYA
Maknanya: Orang yang melakukan sesuatu kesalahan itulah yang pertama kali memperkatakannya.
KERA MENEGUR TAHINYA
Maknanya: Orang yang melakukan sesuatu kesalahan itulah yang pertama kali memperkatakannya.
Diatas ada dua "PERIBAHASA" yang mungkin sesuai dengan kejadian "Orang Asli" mengamuk membuat hadangan di jalan masuk kekawasan pembalakan di Kelantan. Rasanya kita sudah lali dengan kes balak dan pencemaran sungai ni.
1 - Pembalakan Haram
2 - Kecurian Balak
3 - Pencerobohan hutan simpan.
Apa fungsi Jabatan Hutan?
FUNGSI BAHAGIAN / UNIT JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengawalan pengusahasilan, kutipan hasil hutan dan pembangunan sumber hutan negeri Kelantan.
Jabatan ini juga bertanggungjawab merancang dan menyelaraskan pembangunan industri berasas kayu. Jabatan menggunapakai khidmat teknikal dan dasar perhutanan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM). JPNK dibahagikan kepada Bahagian Operasi Hutan dan Pembangunan Hutan serta disokong oleh Pejabat Hutan Jajahan.
Dua wartawan cuba mengesan punca banjir besar di negeri Kelantan dan sama ada pembalakan antara isu yang perlu diberi perhatian. |
KAYU BALAK KERAJAAN NEGERI YANG PUNYA
Penulis juga merujuk isu diameter balak yang tidak menepati peraturan ini kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Datuk Seri Dr Abd Rahman Abd Rahim.
Beliau menjelaskan sekiranya balak itu berukuran kurang 45 cm dalam diameter, maka ia bukan hasil balak daripada hutan simpanan tetapi daripada hutan di atas tanah kerajaan yang berkemungkinan dipugar untuk pembangunan.
"Jadi kalau anda jumpa kayu-kayu kecil yang sangkut dekat sungai kata mana-mana sahaja, itu bukan kayu hutan simpan yang lazimnya besar-besar.
"Lagipun jangan terkeliru antara tanah kerajaan dan tanah hutan simpan kekal, ini yang saya nak menjelaskan," katanya.
Abd Rahman berkata di bawah Perkara 74(2) Perlembagaan Malaysia, hutan dan tanah adalah hak milik kerajaan negeri dan bukannya di bawah Jabatan Perhutanan.
Mengikut pandangan peribadi beliau apa yang berlaku di Kelantan sekarang ini adalah pembangunan tanah yang tidak terkawal dan tidak mengikut garis panduan.
"Kalau kita lihat dalam peta (Peta Remote Sensing), memang berlaku pembukaan tanah untuk pembangunan di Kelantan secara meluas menyebabkan mukabumi terdedah tanpa liputan tumbuhan hijau.
Berdasar buku 'Perangkaan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2013' Jabatan Perhutanan, data menunjukkan jumlah kawasan yang tidak berhutan di Kelantan adalah 698,304 hektar meliputi 46 peratus daripada mukabumi negeri itu.
Rekod juga menunjukkan dari tahun 2004 hingga 2013, kerajaan negeri kerap memohon lesen pengusahasilan (pembalakan) di kawasan berstatus tanah kerajaan dan tanah berpunya (persendirian) dengan jumlah keluasan kawasan sentiasa melebihi 5,000 hektar setiap tahun - Dua wartawan Bernama Syed Ilya Al-Qadri dan Nik Nurfaqih Nik Wil cuba mengesan punca banjir besar
Penulis juga merujuk isu diameter balak yang tidak menepati peraturan ini kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Datuk Seri Dr Abd Rahman Abd Rahim.
Beliau menjelaskan sekiranya balak itu berukuran kurang 45 cm dalam diameter, maka ia bukan hasil balak daripada hutan simpanan tetapi daripada hutan di atas tanah kerajaan yang berkemungkinan dipugar untuk pembangunan.
"Jadi kalau anda jumpa kayu-kayu kecil yang sangkut dekat sungai kata mana-mana sahaja, itu bukan kayu hutan simpan yang lazimnya besar-besar.
"Lagipun jangan terkeliru antara tanah kerajaan dan tanah hutan simpan kekal, ini yang saya nak menjelaskan," katanya.
Abd Rahman berkata di bawah Perkara 74(2) Perlembagaan Malaysia, hutan dan tanah adalah hak milik kerajaan negeri dan bukannya di bawah Jabatan Perhutanan.
Mengikut pandangan peribadi beliau apa yang berlaku di Kelantan sekarang ini adalah pembangunan tanah yang tidak terkawal dan tidak mengikut garis panduan.
"Kalau kita lihat dalam peta (Peta Remote Sensing), memang berlaku pembukaan tanah untuk pembangunan di Kelantan secara meluas menyebabkan mukabumi terdedah tanpa liputan tumbuhan hijau.
Berdasar buku 'Perangkaan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2013' Jabatan Perhutanan, data menunjukkan jumlah kawasan yang tidak berhutan di Kelantan adalah 698,304 hektar meliputi 46 peratus daripada mukabumi negeri itu.
Rekod juga menunjukkan dari tahun 2004 hingga 2013, kerajaan negeri kerap memohon lesen pengusahasilan (pembalakan) di kawasan berstatus tanah kerajaan dan tanah berpunya (persendirian) dengan jumlah keluasan kawasan sentiasa melebihi 5,000 hektar setiap tahun - Dua wartawan Bernama Syed Ilya Al-Qadri dan Nik Nurfaqih Nik Wil cuba mengesan punca banjir besar
Tadahan air tercemar, Orang Asli hadapi risiko
GUA MUSANG - Lebih 200 keluarga penduduk Orang Asli di Pos Pasik, dekat sini, berdepan risiko penyakit apabila menggunakan air tadahan bukit berlumpur bagi keperluan harian sejak tiga bulan lalu.
Ini didakwa mereka berpunca akibat kegiatan pembalakan dan pembukaan ladang rakyat secara meluas di sekitar penempatan mereka tanpa menghiraukan kawasan tadahan air bukit.
Mereka menggunakan kemudahan air tadahan bukit disediakan Jabatan Kesihatan Kelantan itu walaupun tercemar kerana tiada pilihan lain.
Menurut seorang penduduk, Asuk Alang, 48, sebelum ini penduduk kampung hampir bergaduh dengan syarikat pembalakan dan pengusaha ladang yang memasuki kawasan tadahan air bukit itu.
"Namun, keadaan ini sukar dihalang berikutan syarikat terbabit mendapat kebenaran Kerajaan Negeri," katanya.
Dia bimbang jika tiada tindakan menghalang syarikat tersebut dalam masa terdekat, kemungkinan lebih ramai kaum Orang Asli berpindah ke penempatan baru.
“Sejak kebelakangan ini sudah ramai penduduk Orang Asli berpindah ke kawasan hutan berjauhan kerana tidak suka digangguan.
“Air bukit tercemar, ia berselut punca daripada kegiatan pihak berkenaan,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Husin Angah, 41, pula mendakwa, kaum Orang Asli kini berdepan pelbagai penganiayaan walaupun penempatan itu sudah lama didiami mereka. Katanya, sepatutnya Kerajaan Negeri meneliti terlebih dahulu kawasan yang menjadi keperluan kaum itu supaya tidak diganggu tetapi keadaan sebaliknya berlaku hingga menimbulkan banyak masalah.
“Kalau keadaan macam ini tidak diatasi, sampai bila kaum kami tidak akan maju dan terus ketinggalan menikmati arus pembangunan negara,” katanya.
Dia sedih kerana Orang Asli tidak mendapat pembelaan, malah rayuan mereka selama ini langsung tidak diendahkan.
Ini didakwa mereka berpunca akibat kegiatan pembalakan dan pembukaan ladang rakyat secara meluas di sekitar penempatan mereka tanpa menghiraukan kawasan tadahan air bukit.
Mereka menggunakan kemudahan air tadahan bukit disediakan Jabatan Kesihatan Kelantan itu walaupun tercemar kerana tiada pilihan lain.
Menurut seorang penduduk, Asuk Alang, 48, sebelum ini penduduk kampung hampir bergaduh dengan syarikat pembalakan dan pengusaha ladang yang memasuki kawasan tadahan air bukit itu.
"Namun, keadaan ini sukar dihalang berikutan syarikat terbabit mendapat kebenaran Kerajaan Negeri," katanya.
Dia bimbang jika tiada tindakan menghalang syarikat tersebut dalam masa terdekat, kemungkinan lebih ramai kaum Orang Asli berpindah ke penempatan baru.
“Sejak kebelakangan ini sudah ramai penduduk Orang Asli berpindah ke kawasan hutan berjauhan kerana tidak suka digangguan.
“Air bukit tercemar, ia berselut punca daripada kegiatan pihak berkenaan,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Husin Angah, 41, pula mendakwa, kaum Orang Asli kini berdepan pelbagai penganiayaan walaupun penempatan itu sudah lama didiami mereka. Katanya, sepatutnya Kerajaan Negeri meneliti terlebih dahulu kawasan yang menjadi keperluan kaum itu supaya tidak diganggu tetapi keadaan sebaliknya berlaku hingga menimbulkan banyak masalah.
“Kalau keadaan macam ini tidak diatasi, sampai bila kaum kami tidak akan maju dan terus ketinggalan menikmati arus pembangunan negara,” katanya.
Dia sedih kerana Orang Asli tidak mendapat pembelaan, malah rayuan mereka selama ini langsung tidak diendahkan.
Jumaat, Oktober 29, 2010
Pembalakan haram di Lojing
GWM cukup yakin PAS tidak berani tampil mempertahankan diri dengan pendedahan rampasan tanah orang asli di Pos Brooke. PAS dan rakan subahatnya, PKR dan DAP akan terus bermain dengan isu nasional dan mendiamkan diri dari membahas isu isu tempatan. PAS pastinya tidak mahu menempah maut.
Tanah yang dirampas bukan sahaja mengkayakan taukeh Cina Singapura dengan bisnes sayurnya, malah telah mencemar dan menjahanamkan alam sekitar. Dan yang paling penting, kerajaan PAS Kelantan telah merompak hasil kekayaan sumber bumi ... kayu balak, untuk mengkayakan kroni kroni Nik Aziz.
Nik Aziz menafikan dakwaan tersebut, Harakahdaily pun turut tumpang sekaki dengan yakin siarkan kenyataan beliau. Apakah benar kerajaan PAS Kelantan tidak tahu menahu tentang pencemaran alam sekitar dan aktiviti pembalakan haram yang berleluasa di penempatan orang asli Pos Brooke yang 90% majoritinya beragama Islam.
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2008
Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008, kerajaan PAS Kelantan meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada sebuah syarikat swasta walaupun ia sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.
Kerajaan PAS Kelantan melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) meluluskan Tanah Tinggi Lojing, Sungai Betis dan Sungai Brook di Gua Musang diluluskan sebagai projek perintis atas alasan menggantikan kawasan konsesi yang diambil semula daripada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd. (KPK) dan diberikan kepada sebuah syarikat swasta.
Syarikat swasta tersebut sepatutnya menyediakan Laporan EIA sebagai syarat untuk menjadikan projek pembalakan tersebut sebagai projek perintis. Namun sehingga kini, syarikat tersebut gagal menyediakan Laporan EIA.
Kerajaan negeri PAS Kelantan juga sebelum ini bermati-matian menafikan pemberian konsesi oleh Jawatankuasa Tender Balak negeri tidak mengikut peraturan. Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan sendiri tidak perlu baginya menjalankan siasatan terhadap jawatankuasa berkenaan.
Jabatan Audit Negara mendapati projek perintis ini telah memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan kerana mendapat kawasan pembalakan dengan kayu yang banyak dan berkualiti tinggi yang belum diterokai tanpa melalui proses tender.
Amat jelas di sini kerajaan PAS Kelantan telah sekian lama mengamalkan kronisme dan nepotisme kerana sanggup berbohong proses tender cukup telus, rupa rupanya ada pemimpin negeri yang terlibat dalam pemberian konsesi tersebut.
Siapakah yang terlibat?
Tinjauan Jabatan Audit Negara juga mendapati aktiviti pembalakan tersebut menyebabkan kerosakan serius kepada struktur tanah yang menyebabkan berlakunya runtuh, pokok tumbang dan kini sudah pun berlaku pencemaran sungai di kawasan penempatan orang asli Pos Brooke.
Dalam laporan audit juga turut disebut syarikat taukeh cina Singapura dengan bisnes sayurnya di penempatan orang asli Pos Brooke. Syarikat tersebut, Acomax Sdn Bhd tidak di ambil tindakan undang undang oleh kerajaan PAS Kelantan kerana tidak mempunyai permit jalan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK).
Aktiviti syarikat tersebut juga turut menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar atas kerja melebar jalan, memotong pokok dan membuat cerun.
Padanla blogger Aspirasi Bangsa pening lalat memikirkan mana datangnya lori lori balak dalam perjalanannya ke Machang kelmarin.Penduduk tempatan pun tak pernah nampak sebegitu banyak lori keluar jam 5.00 petang pulak tu! Sudah tentu hasil balak tersebut digunakan untuk membiayai pilihanraya DUN Galas!
Itulah sebabnya PAS cukup takut untuk membahas isu tempatan sehingga kini!
Rupa-rupanya amalan rasuah dalam kerajaan PAS Kelantan lebih keji. Isu kronisme dan nepotisme betul-betul terkena batang hidung sendiri. Sedang rakyatnya terbelenggu dalam kemiskinan, pemimpin PAS bersenang lenang hidup dalam timbunan wang hasil konsesi balak yang diperolehi. Inilah yang dikatakan kepimpinan ulama pepat di luar rencong di dalam.
Persoalan yang menarik, siapakah di sebalik tadbir syarikat Telemont Sdn Bhd dan Acomax Sdn Bhd ini seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Audit Ketua Negara 2008. Satu syarikat konsesi balak, satu lagi syarikat bisnes sayur. GWM akan membuat pendedahan siapa dibalik tadbir dua syarikat di atas.
ARKIB : 22/10/2013
Ahmad nafi lulus permohonan balak
KOTA BHARU 21 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan tidak meluluskan atau memproses mana-mana permohonan daripada syarikat pembalakan sejak Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu memandangkan pihaknya masih belum mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan negeri yang dipengerusikan beliau sendiri.
Sehubungan itu, tambah beliau, tidak timbul sebarang isu kerajaan pimpinannya meluluskan kawasan untuk pembalakan di negeri ini.
"Saya baru jadi Menteri Besar empat bulan, mesyuarat jawatankuasa balak pun belum diadakan lagi, macam mana hendak kata saya telah memberikan kawasan balak kepada pihak tertentu.
"Tunggu saya mesyuarat dahulu, lepas itu baru kita tahu berapa kelulusan kawasan telah diberikan dan berapa yang tidak lulus kecualilah saya sebagai Pengerusi sudah buat mesyuarat dan ada keputusan tetapi sekarang muncul pula cerita budak 22 tahun dapat kawasan balak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis 23 Tahun Membangun Bersama Islam di pekarangan Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.
Sebelum ini, ada pihak tertentu yang dikatakan pro-Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menggunakan media sosial menyerang kerajaan pimpinan Ahmad mengenai isu pembalakan.
Perkara itu bermula dengan pendedahan Husam dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan mengenai permohonan kawasan seluas 1,400 hektar bernilai RM7 juta di kawasan Hutan Simpan Ulu Sat kepada seorang individu tanpa tender pada Ogos lalu.
Isu tersebut menjadi perdebatan hangat di media sosial malah ada antara mereka mendedahkan kawasan tersebut dipohon seorang pemuda berusia 22 tahun yang baru seminggu mendaftar perniagaan.
Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan berkata, pihaknya akan menghantar jentera pilihan raya untuk memastikan parti itu dapat mengekalkan kerusi tersebut.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kejadian jambatan pecah dan roboh sehingga masyarakat pedalaman terputus hubungan disebabkan pembuangan sisa kayu balak ke dalam sungai, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Justeru itu, beliau mencadangkan kerajaan negeri Kelantan supaya menguatkuasakan satu undang-undang khusus bagi menghalang pembalak membuang sisa kayu balak ke dalam sungai.
Beliau berkata langkah itu perlu kerana selain menyusahkan masyarakat setempat akibat jambatan rosak, kerajaan juga perlu mengeluarkan peruntukan untuk membina semula jambatan yang runtuh.
"Kami mahu kerajaan negeri ambil tindakan supaya balak tak dibuang ke dalam sungai begitu sahaja, ini akan merosakkan jambatan yang dibina rendah sekaligus menyusahkan penduduk serta merugikan kerajaan," katanya selepas meninjau jambatan di Kampung Pemberian yang roboh dalam kejadian banjir sebelum ini, di Kuala Krai, hari ini.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta bagi pembinaan jambatan kekal di kampung berkenaan.
Beliau berkata kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi membina jambatan sementara untuk memudahkan urusan penduduk Kampung Pemberian menyeberangi Sungai Lebir ke Kampung Manjor.
"Angkatan Tentera Malaysia menerusi 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (7 Skn RAJD) dan Batalion 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD) yang berpangkalan di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas juga telah menyiapkan jambatan sementara jenis 'jetfloat' bagi kegunaan penduduk," katanya. Kerajaan Persekutuan sebelum ini turut meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta bagi membina Jambatan Pulau Setelu di Gua Musang yang roboh akibat dirempuh balak dalam kejadian banjir besar pada 2014.
Hadir sama ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong Datuk Ramzi Ab Rahman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.
- Bernama
Lupus Hutan Kekal
Husam Musa |
Saya berbesar hati kerana akhirnya, Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan mengambil tanggung jawab memberikan respon untuk pencerahan bersama dalam isu pelupusan Hutan Simpan Kekal (HSK) Negeri Kelantan secara sistematik - terakhir dengan kelulusan tanaman ladang durian kunyit dalam hutan simpan kekal Kelantan yang didakwa telah diteroka.
Sememangnya menjadi tanggung jawab penjawat awam untuk telus dalam menyampaikan maklumat berkaitan bidang tugas mereka. Amalan menyembunyikan maklumat adalah patut dielakkan.
Penyampaian maklumat bila diperlukan oleh masyarakat awam, seharusnya holistik dan tidak terpilih atau gambaran separuh.
A. KELUASAN SEBENAR DILULUSKAN UNTUK TANAMAN DURIAN KUNYIT?
Tuan Pengarah Hutan dalam jawapan hari ini menulis:
"(5) Kerajaan Negeri telah meluluskan secara dasar kepada empat buah syarikat sahaja. Daripada jumlah tersebut hanya dua syarikat sahaja diberi kelulusan perlesenan yang melibatkan kawasan seluas 100 hektar iaitu Syarikat Gunung Basor Enterprise dan Syarikat Kundor Tegoh Solution Sdn. Bhd. Dakwaan yang menyatakan kelulusan pembangunan kawasan teroka haram dalam KSK seluas 1,697 hektar adalah tidak benar."
Ada empat kelulusan dasar diberikan. Dua dari empat kelulusan dasar itu telah diberikan kelulusan pelesenan iaitu Syarikat Gunung Basor Enterprise dan Syarikat Kundor Tegoh Solution Sdn Bhd.
Para jawapan Tuan Pengarah di atas tidak jelas, sama ada setiap satu syarikat dari ke empat-empat syarikat diluluskan itu mendapat 100 ha masing-masing atau 100 ha dibahagikan dengan dua syarikat.
Saya terpaksa membuat sedikit andaian dan ini rasanya diizinkan dalam investigative writing.
a. Jika setiap satu syarikat mendapat 100 ha masing-masing, bermakna jumlah keluasan bagi ke empat-empat syarikat termasuk yang mendapat kelulusan dasar tetapi belum mendapat kelulusan lesen adalah 400 ha.
Angka ini tidak sama dengan apa yang disebut oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, bahawa hanya 100 hektar sahaja yang telah diluluskan.
b. Jika 100 hektar itu adalah untuk dua syarikat, bermakna setiap satu syarikat mendapat 50 hektar masing-masing.
c. Lebih tepat rasanya, maksud Tuan Pengarah itu adalah masing-masing Syarikat Gunung Basor Enterprise dan Syarikat Kundor Tegoh Solution Sdn. Bhd. telah diluluskan seluas 100 hektar.
Bermakna, jumlah keluasan bagi dua syarikat ini adalah 200 hektar.
d. Memandangkan dalam kenyataannya Tuan Pengarah tidak menyebut bahawa dua lagi syarikat yang telah mendapat kelulusan dasar tidak pula dibatalkan tetapi hanya belum mendapat kelulusan lesen, maka adalah selamat untuk berpendapat seluas 400 hektar HSK telah diluluskan untuk tanaman durian kunyit.
e. Kesemua angka ini bersalahan dengan angka 100 hektar yang disebut oleh Setiausaha Politik Menteri Besar.
B. HSK MANA YANG TERLIBAT?
Tuan Pengarah Perhutanan telah menafikan bahawa kawasan yang diluluskan kepada Gunong Basor dan Kundor Tegoh Solution adalah HSK Sg Brok:
"(2) Berhubung dengan dakwaan yang menyatakan terdapat kelulusan Projek Pembangunan Kawasan Teroka Haram dengan tanaman spesies pokok durian kunyit di Kompartmen 32 dan 34, Hutan Simpan Sungai Brok, hasil semakan JPNK mendapati dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas. Ini kerana hasil semakan adalah seperti berikut:
(i) Pelan kawasan yang tertera dalam kawasan tersebut adalah tidak merujuk kepada Kompartmen 32 dan 34, Hutan Simpan (HS) Sungai Brok. Ini kerana pelan kawasan yang dinyatakan adalah di Hutan Simpan Ulu Galas..."
Tuan Pengarah seharusnya sedar, isu perkaitan dengan HS Sg Brok berbangkit ekoran surat sokongan dari Pejabat MB Kelantan ditujukan kepada beliau yang menyebut dalam kepala surat itu seperti berikut:
“PERMOHONAN PROJEK LADANG TANAMAN DURIAN KUNYIT DI DALAM HUTAN SIMPAN SUNGAI BEROK, KOMPARTMEN 32 DAN 34 SELUAS 404.0 HEKTAR (DALAM ZON TLC)”
No rujukan surat Pejabat MB adalah MB KN (D) 700-1/1 (33) bertarikh 31 Mac 2016.
Surat ini menyokong permohonan SYARIKAT GUNONG BASOR yang disebut oleh tuan telah pun mendapat kelulusan lesen.
Di manakah sebenarnya kawasan Hutan Simpan yang diluluskan untuk Syarikat Gunong Basor jika ia bukan HS Sg Berok?
Tuan Pengarahlah sepatutnya memaklumkan kepada awam untuk menghilangkan kekeliruan.
Gunong Basor dalam surat Pejabat MB, memohon di HS Sg Berok.
Tuan menyatakan pelan itu bukan merujuk kepada Sg Berok tetapi Hutan Simpan Ulu Galas.
Jika Gunong Basor diluluskan Hutan Simpan lain sama sekali sedangkan ia memohon untuk kelulusan HS Sg Berok, keadaan tentu menjadi bertambah keliru. Lain tempat yang dipohon, lain pula yang diluluskan?
Saya sertakan sekali lagi salinan surat Pejabat MB itu.
Jika pelan dan kawasannya salah, Pejabat MBlah yang patut disalahkan kerana menyebut kawasan yang salah!
Kecuali Gunung Basor mempunyai lebih dari satu permohonan untuk tujuan sedemikian.
Saya pohon Tuan Pengarah menyebut secara jelas kawasan yang telah diluluskan kepada Gunong Basor dan Kundor Tegoh Solution.
Habis cerita!
C. BILA GUNONG BASOR DAN KUNDOR TEGOH SOLUTION MENDAPAT KELULUSAN?
Tarikh kelulusan lesen bagi kedua syarikat ini penting. Tetapi Tuan Pengarah tidak menyatakannya dalam kenyataannya.
Jika keduanya mendapat kelulusan melalui mesyuarat 6 April 2016, bermakna Pejabat Hutan hanya mempunyai masa selama ENAM HARI dari tarikh surat Pejabat MB.
Adakah tempoh sesingkat itu memungkinkan Pejabat Hutan membuat kertas mesyuarat yang lengkap dan teratur? Menyemak pelan yang dipohon, menyemak keadaan sebenar di lapangan dan membuat persiapan lain yang diperlukan sehingga KELULUSAN LESEN boleh dikeluarkan?
Saya kira, di sini SPRM mempunyai sebab untuk menyemak kelulusan seperti ini.
Jika Gunung Basor mendapat kelulusan lebih awal dari tarikh 6 April, bermakna Gunong Basor mempunyai lebih dari satu permohonan.
Bagaimana pula Pejabat MB boleh memberikan surat sokongan baru untuk Gunung Basor bagi tujuan yang sama? Sedangkan sebelum itu Gunong Basor telah pernah mendapat kelulusan?
Apa keistimewaan Gunong Basor pada mata MB?
D. BILA GUNONG BASOR DAN KUNDOR TEGOH SOLUTION MENDAPAT KELULUSAN LESEN?
Maklumat yang ada bagi masyarakat awam adalah surat dari Pejabat MB menyokong permohonan Gunong Basor bertarikh 31 Mac 2016.
Maklumat ini berkembang dengan kenyatan Tuan Pengarah Hutan SENDIRI pada hari ini iaitu Gunong Basor dan Tegoh Kundur TELAH PUN MENDAPAT KELULUSAN LESEN!
Secepat kilat?
Apa rahsia kecekapan luar biasa ini?
Kita pohon Tuan Pengarah memberikan maklumat penuh termasuk tarikh kedua syarikat ini diluluskan lesen.
E. BANCIAN DAHULU ATAU LULUS LESEN DAHULU?
Memandangkan dua syarikat disebut Tuan Pengarah Hutan telah mendapat lesen, wajarlah dijelaskan samada lesen diluluskan sebelum bancian atau selepas bancian?
F. BERAPA ISI HUTAN KAWASAN BERKENAAN?
Jika bancian telah dibuat, berapakah isi kayu bagi kawasan terbabit?
Jika bancian belum dibuat, bagaimana kelulusan lesen boleh diberikan?
G. APA KEDUDUKAN AA PAVILION MINING?
Saya menarik perhatian Tuan Pengarah kepada surat beliau bernombor rujukan : PHN.KN200/1/2287 (15) bertarikh 20 April 2016 yang saya kembarkan sekali lagi, andainya beliau tidak membaca sepenuhnya posting saya sebelum ini.
Kepala surat beliau berbunyi:
"PERMOHONAN CADANGAN PEMBANGUNAN TANAMAN POKOK DURIAN KUNYIT DALAM KAWASAN PEMBANGUNAN LADANG HUTAN DAN MENGEKALKAN POKOK SAWIT YANG TELAH DITANAM DALAM KAWASAN TEROKA HARAM DI HSK ULU GALAS DAN HSK BATU PAPAN."
Tuan Pengarah selanjutnya menulis : “Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan Bil 2/2016 pada 6 April 2016 telah membuat keputusan secara dasar MELULUSKAN (huruf besar ini adalah ada dalam surat asal) permohonan tuan untuk tanaman pokok durian kunyit...”
Adakah surat ini benar?
Jika surat ini palsu, adakah Tuan telah membuat laporan polis?
Jika ia benar, adakah sekali lagi pemilik yang sama antara Gunong Basor dan AA Pavilion mendapat kelulusan menanam durian kunyit lebih dari satu kelulusan?
Jika surat ini benar, bermakna kawasan HSK yang dilluluskan untuk tanaman durian kunyit melebihi dari empat syraikat dan melebihi dari 400 ha.
Jika surat ini tidak benar, saya cadangkan laporan polis dibuat segera.
Surat Tuan ini ada menyebut HS Ulu Galas dan sekali gus HS Batu Papan.
Pohon penjelasan lanjut atas kedudukan ini.
H. DURIAN KUNYIT SEBAGAI PERINTIS
Tuan Pengarah Hutan menulis:
“(3) Pemilihan spesies Pokok Durian Kunyit dalam Program Penghutanan Semula di kawasan teroka haram adalah sebahagian pokok hutan yang dibenarkan dalam projek perintis ini."
Memandangkan ia projek perintis, sudahkah kajian dibuat terlebih dahulu bagi pemilihan spesis ini?
Bila kajian itu dilakukan?
Setahu saya, durian kunyit adalah pohon rendang yang bercabang rendah. Ia berbatang kecil dan menghasilkan 'non timber size'.
Bagaimana ia boleh dipilih sebagai pokok untuk Ladang Hutan yang sifatnya melindungi hutan dan menghasilkan kayu?
Bagaimana balak boleh terhasil dari batang yang rendah dan rendang?
Jika kertas kajian itu wujud, saya berharap ia dapat ditunjukkan kepada orang ramai.
Jika ia kajian perintis, berapakah luas yang lebih sesuai sebelum kajian ini membuktikan kejayaan?
Adakah keluasan itu ditentukan oleh Jabatan Hutan atau oleh pemohon?
I. APAKAH KELAYAKAN SYARIKAT YANG DIPILIH?
Apakah kelayakan Gunong Basor, Kundor Tegoh dan AA Pavilion Mining sehingga mereka diberi peluang untuk melaksanakan projek printis ini?
Berdasarkan namanya, AA Pavilion adalah terlibat dalam perlombongan tetapi bernasib baik mendapat DURIAN RUNTUH?
J. KENAPA TIDAK DITENDER SECARA TERBUKA?
Jika ia bertujuan sebagai projek perintis, kenapa tidak ditender secara terbuka supaya pihak yang benar-benar mahir dengan penanaman durian kunyit diberikan peluang?
K. KELULUSAN TELAH DIAKUI
Akhirnya, tempat dan keluasan adalah isu kedua.
Isu utama di sini adalah, AKHIRNYA KENYATAAN SAYA BAHAWA HUTAN SIMPAN KEKAL TELAH DITUKAR KEPADA LADANG DURIAN KUNYIT ADALAH BENAR!
Ceramah saya di Salor pada 16 September lalu adalah benar.
L. LEBIH BANYAK JAWAPAN, LEBIH BANYAK KEKELIRUAN
Jawapan Tuan Pengarah Perhutanan ini menambahkan lagi kekeliruan dan menunjukkan lebih banyak percanggahan dengan kenyatan Tuan Setiausaha Politik Menteri Besar dan Tuan Ali Omar yang mendapat kelulusan berkenaan.
Banyak pula lompang yang belum terjawab tentang amalan penbangan habis hutan atas pelbagai premis dan alasan yang sedap-sedap.
Pada akhirnya Hutan Simpan Kekal Kelantan akan semakin pupus dan pihak-pihak dapat mengaut kekayaan dengan cara yang mengorbankan hasil mahsul negeri ini, termasuk amalan tanpa tender terbuka.
Akan tiba masanya, semua ini akan terbongkar dan saya telah pun mengambil tugas saya memberikan peringatan demi peringatan.
M. SAYA TELAH CUBA MENELEFON TUAN PENGARAH BERKALI-KALI TETAPI GAGAL
Saya juga telah menghubungi beliau melalui SMS untuk mengatur pertemuan supaya semua pertanyaan dan kesangsian mendapat penjelasan.
Surat memohon temu janji juga telah dihantar ke pejabat beliau.
Saya masih menunggu perjumpaan dengan beliau.
Oh Durian Kunyit!
Husam Musa
29 September 2016
27 Zulhijjah 1437
29 September 2016
27 Zulhijjah 1437
AMUKANMelayu - Hasil hutan, galian dan meniral, minyak dan gas dan cukai keatas pendatang. In semua adalah HAK PERIBUMI dan ianya hendaklah di konsi bersama antara Kerajaan dan Rakyat Asal Tanah Melayu juga Sabah dan Serawak. Ini adalah HAK.