,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 21 February 2017

Kematian Kim Jong-un BUKAN EPISOD TERAKHIR


KOREA UTARA AKAN SAMAN MALAYSIA D MAHKAMAH ANTARABANGSA!
Korea Utara tolak hasil bedah siasat mayat Kim Jong Nam.

NAMPAKNYA ISU MAYAT PULA MENJADI ISU .
JIKA SAKIT JANTUNG KENAPA D BEDAH SIASAT?
D BEDAH SIASAT TANPA KEBENARAN?
D BEDAH SIASAT TANPA WAKIL DRP KOREA UTARA?
DAN PULAK PDRM ENGGAN LEPASKAN MAYAT?

Korea Utara tolak hasil bedah siasat mayat Kim Jong Nam
Ini adalah kenyataan rasmi pertama dikeluarkan oleh pihak Korea Utara sejak pembunuhan Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Isnin lalu.
KUALA LUMPUR: Korea Utara menolak sebarang hasil bedah siasat ke atas mayat abang pemimpin negara itu, Kim Jong Nam, yang dilakukan di Kuala Lumpur.
Ini kerana, menurut Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, pihak berkuasa Malaysia melakukan bedah siasat tanpa kebenaran dan kehadiran wakil daripada negara berkenaan.
Beliau ditemui wartawan di luar Institut Perubatan Forensik Negara, Kuala Lumpur, pada Jumaat malam.
“Mereka kata mereka perlu melakukan bedah siasat ke atas beliau (Kim Jong Nam) bagi mengesahkan punca kematian. Dan kita menolaknya kerana mereka kata Jong Nam telah mati akibat serangan jantung.
“Sebab itu lah, jika ianya serangan jantung, tiada sebab untuk mereka lakukan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.
Ini adalah kenyataan rasmi pertama dikeluarkan oleh pihak Korea Utara sejak pembunuhan Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Isnin lalu.
Sementara itu, Pyongyang juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Wisma Putra kerana dikatakan sengaja melambat-lambatkan proses penyerahan mayat Jong Nam.
Menurut Kang Chol, sebaik proses bedah siasat dilakukan, PDRM sepatutnya menyerahkan mayat Jong-Nam kepada kedutaannya memandangkan tuntutan mayat itu telah dibuat kepada Wisma Putra.
Namun katanya, Wisma Putra tidak memberikan sebarang maklum balas walaupun selepas pihaknya menyerahkan permohonan.
Tambah beliau, pihak kedutaan turut bertemu dengan pihak tertinggi PDRM untuk membawa keluar mayat Jong Nam, namun ia ditolak.
"Oleh itu, kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak Malaysia dan akan bertindak balas terhadap tindakan tersebut dan juga tindakan tidak baik terhadap DPRK. Dan kita saman di Mahkamah Antarabangsa,” katanya Kang Chol lagi.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat dilaporkan berkata, keluarga diberi keutamaan untuk menuntut mayat Jong Nam.

Kerajaan memanggil pulang Duta Malaysia di Pyongyang sebagai reaksi kepada kenyataan dibuat diplomat Korea Utara ke atas Malaysia baru-baru ini.
Langkah itu, kata kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Malaysia, dibuat sebagai proses rundingan kerajaan.
Wisma Putra juga memanggil Duta Besar Korea Utara hari ini bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan dibuatnya pada sidang media 17 Februari lalu.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Wisma Putra memberitahu, Kang Chol mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala Kementerian Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin.
Kementerian Luar menegaskan, disebabkan kematian Kim Jong-nam itu berlaku di Malaysia dan dalam keadaan mencurigakan, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian.
“Penyiasatan kes ini telah dilaksanakan mengikut tatacara yang telah ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia.
“Kedutaan Besar Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara) turut dimaklumkan bahawa kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Oleh itu, proses bedah siasat perlu dijalankan,” kata kenyataan berkenaan.
Pada sidang media Jumaat lalu duta Korea Utara terbabit memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai “sesuatu untuk disembunyikan”.
Kang Chol juga mendakwa Malaysia “berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar” dalam pengendalian kes kematian abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, itu pada 13 Februari lalu.
Kenyataan Kementerian Luar Malaysia menambah, kerajaan turut memaklumkan kepada Kang Chol bahawa sebaik sahaja siasatan selesai, mayat akan diserahkan kepada waris mengikut undang-undang dan prosedur sedia ada di negara ini.
“Kerajaan Malaysia melaksanakan penyiasatan secara telus. Kedutaan juga akan dimaklumkan tentang perkembangan berkaitan penyiasatan tersebut dan juga proses yang terlibat di bawah undang-undang Malaysia.
“Kerajaan menganggap kritikan yang dibuat oleh Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Korea tersebut sebagai tidak berasas.
“Kerajaan mengambil serius di atas segala tuduhan yang dilemparkan bertujuan untuk mencemarkan reputasi Negara,” katanya.

CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370

rothschild-inherits-patent-after-4-co-owners-disappear-on-mh-370 
ARKIB : 06/04/2014

SUDAH 29 hari pesawat MH370 dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, China hilang dan dilaporkan berakhir di tengah Lautan Hindi. Bagaimanapun hingga kini belum ada sesuatu yang boleh dijadikan bukti.
Kehilangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sangat misteri kerana melencong jauh dari laluan ke Beijing. Bukan rampasan. Bukan juga kemalangan. Kalau kedua-duanya bukan, apa yang membawa MH370 ke lautan yang ketiga paling dalam di dunia?
Antara perkara yang tidak boleh diremehkan ialah pesawat itu membawa 135 penumpang warga China. Warga negara Malaysia hanya 38 orang. Maknanya penumpang warga China lebih separuh daripada penumpang MH370.
Jumlah penumpang warga China ini menjadi kata kunci kepada teori konspirasi kehilangan MH370. Ini berkait dengan hubungan politik dan ekonomi Malaysia - China di tahap sangat baik hingga dicemburui oleh sesetengah kuasa besar. Selepas ekonomi Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) jatuh merudum, China bangkit sebagai kuasa ekonomi baharu mengatasi AS.
Marilah kita sama-sama berfikir di luar kotak atau di luar lorong yang lurus mengenai tragedi paling besar bagi negara kita dan sejarah penerbangan dunia. Apakah tidak boleh diterima akal misalnya tragedi ini dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan dengan China? Kalau serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), adakah yang ini mustahil dikaitkan dengan CIA?
Mengarut? Nanti dulu. Dunia sudah tidak anggap teori konspirasi ini sebagai mengarut kerana mereka berfikir di luar kotak yang dibina oleh AS.
Konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan CIA dalam tragedi 11 September bukan perkara baharu. Banyak fakta dan hujah yang meyakinkan telah dibentangkan. Banyak pihak sudah menerima hakikat 11 September rancangan AS untuk mendapat 'tiket' menyerang Afghanistan dan Iraq.
Presiden George W. Bush dengan pantas dan rasmi mengumumkan tragedi itu angkara pelampau Islam, al Qaeda yang diterajui Osama Ben Laden. Itu kata Bush tetapi rakyat AS sendiri tidak mempercayainya.
Buktinya dalam satu undian menjelang Pilihan Raya 2006, satu daripada tiga rakyat AS percaya tragedi itu dirancang oleh Bush dan peringkat tertinggi CIA. Buktinya serentak dengan itu saluran CNN giat memasarkan propaganda bahawa Osama dan al-Qaeda bertanggungjawab melakukannya.
CNN antara menjadi alat perang psikologi (psy war) bagi mencapai agenda AS menguasai dunia. Cuba bertanya, bagaimana jurukamera CNN mendapat shot dari pelbagai sudut menara WTC ketika dirempuh oleh pesawat? Serangan berlaku dalam masa "hanya beberapa saat" tetapi CNN sempat merakamkan dari pelbagai arah. Wah, sungguh luar biasa.
Soalnya adakah jurukamera CNN sudah bersedia di sekeliling WTC? Kalau benar begitu, bagaimana mereka tahu akan berlaku serangan itu?
Ketika berada di Birmingham, United Kingdom tahun lalu, saya terjumpa buku Conspiracies, Conpiracy, Theories and the Secret of 9/11 di sebuah kedai buku yang agak terpencil. Saya tidak pasti sama ada buku ini dijual di negara ini atau tidak kerana tidak menemui di kedai-kedai buku utama di Kuala Lumpur.
Buku yang ditulis oleh Mathias Broeckers sebenarnya bukan memuatkan suatu yang baharu mengenai teori konspirasi 11 September. Bagaimanapun penulisnya memperincikan teori dengan hujah daripada sumber berwibawa dalam kalangan pakar keselamatan dan strategik.
Antara fakta menarik ialah Osama pernah berkerja untuk CIA di Afghanistan ketika negara itu diserang Kesatuan Soviet. CIA menyalurkan dana yang besar supaya Osama melatih kumpulan pelampau Islam bagi menentang Kesatuan Soviet.
Tetapi pada 11 September 2001, CIA mengkambing hitam Osama sebagai petualang. Lebih menimbulkan persoalan lagi apabila era Barack Obama, mayat Osama yang didakwa dibunuh tidak ditunjukkan sebagai bukti. CNN yang berjaya merakamkan detik-detik keruntuhan WTC tetapi gagal merakamkan detik kematian Osama. Pelik bukan? Jadi, bolehkah kita percaya Osama agen CIA ini sudah mati?
CIA menakutkan dunia kononnya al_Qaeda mempunyai senjata biologi antraks yang boleh memusnahkan manusia, anehnya sampai sekarang belum ada yang menjadi mangsa. Kemudian CIA mendakwa Iraq membina loji senjata nuklear tetapi hingga kini juga tidak dibuktikan kewujudannya. Kalau diperhatikan modus operandinya sama; wujudkan kegemparan kemudian bertindak menyerang demi keamanan dunia.
Kembali kepada isu MH370, CNN kelihatan begitu beremosi apabila Malaysia tidak membenarkan CIA mengetuai pencarian pesawat MH370. Kemudian bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China hingga menggugatkan hubungan Malaysia - China.
Daripada tragedi ini sama ada kita mengaku atau tidak, ia telah mengeruhkan kalau pun tidak meretakkan hubungan diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara. Kita kena realistik bahawa kebergantungan Malaysia kepada China dalam ekonomi sangat tinggi dan MH370 memberi kesan yang sangat besar.
Pihak yang cemburu terhadap hubungan akrab Malaysia - China akan menangguk peluang daripada tragedi yang misteri ini. Sedikit sebanyak hasilnya sudah kelihatan, Malaysia terpaksa bertungkus lumus menjernihkan hubungan.
Kerana itu biarlah kita ada sedikit rasa curiga dengan pihak luar yang ada sejarah liarnya. Tidak semua pandangan yang dianggap 'karut' dan 'tidak masuk akal' hanya teori konspirasi kosong semata-mata. Sudah terbukti teori yang dianggap 'karut' mengenai 11 September sebenarnya satu fakta. Saya percaya pihak berkuasa tidak anggap semuanya karut. Mereka lebih bijak daripada CIA. © Utusan Melayu (M) Bhd 

MH370 - Siapa JUAL MH370 Kepada Yahudi Ukraine?
Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam 
disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara 

sevastopol, ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah 
pesawat MH 370 milik Malaysia.

Sunday, January 4, 2015 - Kemana pesawat tersebut berada dan 
apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 
akan terjawab fan menemui noktah yg muktamad.

Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu 
' fly by wire system ' berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran 
tinggi yang berada di dalam pesawat MH 370 sebelum seseorang 
masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih pemanduan 
dari Kapten Zaharie.

2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq 
Chustrak dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut 
dan mematikan transponder dan seluruh suis yg berada dlm pesawat 
MH 370 secara automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam 
kokpit pesawat.

Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi 
yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang 
disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid

Usaha mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, mula-mula di 
Laut China Selatan dan kemudian beralih di Selat Melaka dan selepas 
itu di Laut Andaman, sebelum pasukan SAR mencari dan mengalih 
tumpuan ke perairan Australia Barat iaitu di Selatan Lautan Hindi. 
Susulan daripada pencarian yg berubah-rubah ini penyiasat telah 
pun membuat kesimpulan yg sebenarnya laporan MH370 " berakhir " 
dilautan hindi adalah teori dan rekaan semata-mata.

Perhatikan gambarrajah di bawah ini yang menunjukkan pesawat 
MH370 cuba membuat u-turn.Yg sebenarnya sewaktu MH370 hilang 
dari radar yg pesawat tersebut telah pun melalui ruang udara Thailand.

Kerajaan Thailand " mengisytiharkan " bahawa dpt mengesan pesawat 
MH370 melalui ruang udaranya. Bila ditanya kenapa Thailand tidak 
memaklumkan kpd kerajaan Malaysia ttg hal ini., mereka menjawab 
sbb kerajaan malaysia tak tanya mereka.... Inilah laporan yg betul 
dan telah disahkan serta disiarkan oleh semua media termasuk media 
utama di Malaysia.

Selang beberapa hari kemudiannya media-media M'sia tiba-tiba 
mengeluarkan berita yg dianggap ' uturn ' bahawa Kerajaan Thailand 
menafikan laporan yang mengatakan radar Thailand dapat mengesan 
pesawat MH 370 lalu diruang udaranya. 

Nampak tak tangan ghaib di sini siapa ?




Ni dia wajah 2 penumpang MH370 dari Ukraine iaitu Oleg Chustrak & 
Sergii Deineka iaitu askar upahan yg terlatih. Beliau merupakan agen 
CIA yg berjaya mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie dan 
menerbangkannya ke koridor utara

Kedua-dua dajjal ini mempunyai rekod jenayah dlm data base Russia 
iaitu :-

(1) Percubaan untuk bunuh president Angola
(2) Pernah mengebom 
Balai Polis Bab Azzur
(3) Pembunuh upahan untuk peperangan di serbia, 
(4) Menjual senjata haram pada Al-Qeeda & agen CIA US.




Ni bukti yg penumpang Ukraine yang menaiki pesawat MH 370 masih hidup. 
lihat oleg Chustrak ini boleh online webcam lagi pada 28/7/2014 semasa 
bercuti di Bali .Pesawat MH hilang pada 08/03/14..

Sekarang ni FSB Russia sedang memburu kedua-dua dajjal yang telah 
menghijacked pesawat MH 370




Di bawah ni bukti yang diambil di akhbar russia "The voice of Russia 
& Ria Novosti " . 

Kerajaan Thailand tunjukkan bukti dan serahkan kepada Russia. 
Radar Thailand di Phuket berjaya mengesan pesawat MH 370 ditutup 
transponder dan cuba terbang rendah di bawah 1000 meter menghala 
ke utara andaman sea seterusnya pergi ke Bangladesh pada jam 2.40 
pagi.. 

Take Note: Data sulit Marshal Montol Suchookorn ini telah diserahkan 
pada kerajaan Russia sebagai bukti pesawat MH 370 telah terbang 
rendah melalui radar udara Thailand.





Okey ni bukti penting yang ingin ditunjukkan kepada dunia dan kepada 
semua keluarga mangsa pesawat MH 370 ke mana sebenarnya MH 370 
dibawa.

Perhatikan baik-baik tracking route map pesawat MH 370 bergerak. 
Dari aceh Thailand Bangladesh Nepal Kyrgyzstan besh tesh valley talas 
caspian sea Azerbaijan, Georgia & seterusnya ke sevastopol air base 
Ukraine.... 

Menurut Serik Mukhtybayev pesawat MH 370 yg dipandu oleh Oleq 
Chustrak dan Sergii Deinika sengaja dipandu mengikut laluan negara 
tidak maju untuk elak di kesan oleh radar moden.

Sebelum pesawat MH 370 sampai ke Ukraine, pesawat tersebut 
sempat mendarat di Kyrgyzstan untuk mengisi minyak iaitu us 
airbas airport lama yg dulu digunakan utk menyerang Afganistan 
dan meneruskan perjalanan ke Sevastopol airbase ukraine....

TAKE NOTE: Pesawat MH 370 tidak terhempas di lautan hindi Australia 
seperti yang didakwa oleh inmarsat dan media-media pro usa. 
Perhatikan bulatan biru itu radar russia di kg.Talas berjaya mengesan 
pesawat MH 370 menghala ke Ukraine.





Anda tahu siapa orang di bawah ni. Dialah orang yang dipertanggung
jawabkan oleh kerajaan Russia untuk menjaga radar di sempadan Kg. Talas. 
Nama beliau ialah Mr. Serik Mukhtybayev. Beliau berjaya mengesan 
pesawat MH 370 merentasi sempadan Kazakhstan pada jam 8.15 pagi 
(waktu Malaysia)

Take Note (Penting): Walaupun pesawat MH 370 cuba ditutup atau 
diduplicate transponder. Radar Russia masih boleh mengesannya.. 
Menurut Serik Mukh org yg bertanggunjawab menjaga radar pada 
08 march 2014, pesawat MH 370 berjaya dikesan bersembunyi di 
belakang pesawat SIA68 15 minit melintasi Kazakhstan menuju ke 
ukraine





Semua keluarga mangsa MH 370 termasuk Malaysia sendiri telah 
dikencing hidup-hidup oleh laporan Inmarsat yg berpangkalan di 
UK yang mengatakan pesawat MH 370 telah terhempas di selatan 
lautan hindi. Yg sebenarnya pesawat tersebut tidak terhempas 
mahupun pun ditembak.

Ini bukti pesawat MH 370 menghala ke Koridor Utara menuju 
ke Ukraine. Kali ini data radar tentera Kazakhstan pula mengesannya 
pada jam 08.59 pagi pesawat transponder MH 370 cuba ditutup 
merentasi sempadan Kyrgyzstan - Kazakhstan- laut caspian - 
Georgia -dan seterusnya menghala ke sevastopol ukraine.

Maklumat data sulit di bawah ini berjaya diberikan oleh negara 
Kazakhtan dan diserahkan kpd Serik Mukhtybayev org yg menjaga 
radar di Kg. Talas (Russia)

Ni satu lagi bukti radar tentera di Turkmenistan berjaya mengesan 
Pesawat MH 370 yg ditutup transponder cuba sembunyi di belakang 
pesawat SIA68 di (-48E70/Singapore) menuju arah utara ke Ukraine.

Ni bukti terakhir kedudukan lokasi sebenar dimana pesawat MH 
370 disembunyikan sekaligus Russia berjaya mengcheckmate 
Amerika dlm kes misteri kehilangan MH 370 yg selama ini 
membelenggu masyarakat dunia 

Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam 
disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera 
udara sevastopol, ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut 
ialah pesawat MH 370 milik Malaysia 





Nilah dia 2 gambar dajjal dunia iaitu Yatsenyuk & Obama yg 
merancang untuk kes pesawat MH 370 dan MH 17 

Ramai yg tertanya kenapa Amerika memilih pesawat MAS 
dlm siri dajjalnya. Ini jawapannya: 

Tujuan sebenar Amerika menyuruh Ukraine hijacked pesawat 
MAS adalah untuk mendapat dana dari PBB sebanyak 1bilion 
usd... Apabila dapat duit sebanyak tu dari PBB UKraine 
hendak membayar tunggakan gaji kakitangan kerajaan 
dan tenteranya dari bulan ogos 2013 hingga ogos 2014.

Manakala ekonomi dan nilai mata wang Dollar Amerika 
sudah jatuh so Amerika memgambil kesempatan untuk.
menagih simpati dari duit PBB dengan cuba menuduh 
Russia cuba menembak pesawat MH 370 tetapi gagal 
kerana setelah MH 370 dilandingkan di Ukraine dan 
ditukar enjin tiba-tiba pesawat tidak boleh diterbangkan 
dan Plan B digunakan untuk menuduh Russia tembak pesawat 
MH 17. Atas dasar ini Amerika melihat Malaysia sebuah 
negara yg kecil yg tidak mempunyai musuh dan berbaik 
dgn semua negara maka senanglah Amerika menjadikan 
pesawat Malaysia sebagai sasaran dlm kata lain dikambing 
hitamkan.

TIMBUL PERSOALAN di sini: Siapa yg berani mendakwa 2 
dajjal ni utk dihadapkan ke mahkamah antarabangsa di 
suatu hari nanti ataupun di akhir cerita nanti berkesudahan 
dgn peperangan yg mana Amerika dan sekutu-sekutunya 
akan diserang oleh Russia dan sekutu-sekutunya.- by Hati Muda

MH17: Kita sasaran teori konspirasi?
MH17


Pesawat MAS Boeing 777 yang bawa 298 nyawa, ditembak jatuh 
di Ukraine.

Mungkin kerana terlalu dipengaruhi Jerry D Gray bahawa ada 
manusia tamak kuasa yang sanggup lakukan apa sahaja termasuk 
membunuh berjuta-juta nyawa tidak berdosa untuk kuasa dan 
wang, saya teringat kenyataan PM Najib siangnya bahawa beliau 
baharu sahaja menerima panggilan Presiden Palestin, Mahmoud 
Abbas.

Kata Najib, beliau telah memberi jaminan kepada Abbas bahawa 
Malaysia akan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin 
menentang rejim Zionis yang kini sedang kemaruk darah di Gaza.

Lalu tanpa diminta oleh sesiapa, fikiran saya langsung merangkumkan 
kedua-duanya - tulisan Jerry D Gray yang saya baca dengan 
kenyataan Najib mengenai Palestin/ Gaza.

Apakah tragedi di sempadan Ukraine - Rusia itu episod paling 
baharu dalam teori konspirasi?

Saya yakin Israel dan juga kuasa-kuasa besar yang menjadi 
pelobi Zionis tidak suka dengan sokongan Malaysia terhadap 
Palestin. Bukan sahaja kerajaannya, pasukan sukarelawan 
kita juga cukup aktif di Gaza.

Apakah kerana itu, kita jadi sasaran mereka?

Saya curiga kalau yang merancang tragedi ini adalah ejen 
asing yang dihantar masuk ke dalam kumpulan pemisah 
Ukraine dengan tujuan mahu mengalih perhatian dunia 
terhadap apa yang sedang berlaku di Gaza.

Ya, ini hanya andaian saya tetapi andaian bukan sesuatu 
yang mustahil. Dan saya juga tidak menafikan saya mungkin 
telah dibawa ke alam mimpi oleh Jerry D Gray, seorang bekas 
tentera Amerika Syarikat (AS) yang berpaling tadah dan kini 
aktif membongkar rahsia New World Order (NWO) daripada 
persekongkolan pemimpin negaranya dengan Zionis.

Akan tetapi, kalau kita perhalusi, talian untuk mengaitkan 
tragedi MH17 dengan teori konspirasi, tidaklah terlalu halus.

Israel sememangnya pun tidak mahu dunia memberi perhatian 
terhadap Gaza untuk memudahkan lagi kerja pembantaian 
yang sedang mereka lakukan. Zionis tidak

Minggu lalu, Zionis menyerang ketika dunia memberi tumpuan 
pada kemuncak World Cup di Brazil.

Mereka boleh melakukannya dengan lebih mudah jika dunia 
diheret ke dalam satu isu besar dan Gaza ditinggalkan sendirian 
seperti biri-biri yang terpisah dari kawanan untuk mereka ratah!

Selain itu, saya juga terfikir, Rusia punya hubungan baik dengan 
Malaysia walaupun tidak seakrab China. Dan seperti China, 
Rusia juga sedang berusaha untuk kembali bangkit menjadi 
kuasa pesaing AS. Seakan komplot yang bersiri, selepas China, 
Rusia pula diatur untuk bermasam muka dengan Malaysia.

Kita tahu dalam konflik dengan Rusia, Ukraine dilindungi oleh 
AS dan Ukraine juga awal-awal lagi sudah pukul canang bahawa 
yang menembak jatuh MH17 adalah kumpulan pemisah pro Rusia.

Rusia pula mengatakan MH17 menggunakan laluan yang sama 
dengan pesawat IL96 yang membawa Vladimir Putin dengan s
elang masa tidak sampai sejam. Mesej Rusia seakan mahu 
memberitahu tembakan itu disasarkan kepada pesawat yang 
membawa Putin.

Kekeliruan dikatakan berpunca daripada warna biru merah dan 
corak pesawat IL96 yang seakan sama kedua-duanya. Maka 
Ukraine pun dituduh!

Dalam sidang akhbar terawal jam 4 pagi semalam, PM Najib 
memberitahu beliau telah dihubungi oleh Presiden Ukraine, 
Petro Poroshenko dan Obama juga telah menelefonnya dari 
Washington.

Saya lalu tertanya-tanya, mengapa Putin tidak hubungi 
Najib sedangkan kejadian itu berlaku di sempadan negaranya, 
dan ada pula pihak yang menuduh tentera atau kumpulan 
yang ditaja Rusia terlibat?

Mungkin Putin masih trauma...

Dalam pada itu, timbul pula nama CIA di media sosial. 
CIA dituduh terlibat untuk membuka laluan AS masuk secara 
langsung dalam konflik Ukraine - Rusia. Ini bukan perkara 
baharu dalam percaturan politik berprofil tinggi di peringkat dunia. 
CIA watak utama NWO.

Menelusuri salasilah NWO yang bermula daripada pengasas 
dinasti Rothschild, Mayer Amschel pada 1770an, melempar 
batu sembunyi tangan hingga orang lain berperang untuk 
mengaut keuntungan, sudah lama mereka jadikan 'perniagaan'.

Walau apa pun, kita harap ini andaian yang hanya sekadar 
andaian. Minta dijauhkan daripada Malaysia, tanah air kita 
ini dilibatkan sebagai bidak di papan catur kuasa besar 
yang tamak dan pura-pura bercakaran.

Sama ada MH370 atau MH17, biarlah kemalangan hanya 
sekadar kemalangan walaupun misteri yang menyelubungi 
agak sukar untuk dirungkaikan. Ironinya, petunjuk sedang 
membawa kita ke satu arah yang seakan menjadikan kita 
sasaran. Kepada ALLAH kita minta perlindungan!

Jatuh MH17 Konspirasi Israel -Profesor James 

Henry Fetzer


Pengamat politik Amerika sebut jatuhnya MH17 konspirasi Israel 
Malaysia Airlines MH17. © Straitstimes.com
  


Tuesday, November 18, 2014


SEORANG pemerhati politik Amerika Syarikat membuat kenyataanmengejutkanDia mendakwa dalang di balik jatuhnya pesawat MalaysiaAirlines MH17 di Ukraine ternyata bukan Rusia melainkan Israel.

Stesen televisyen Press TV melaporkan, Isnin (17/11), dalam sebuahwawancara, Profesor James Henry Fetzer mengatakan foto terbaru yang dilaporkan oleh pemerintahan Rusia memperlihatkan jet tentera Ukrainemenyasarkan pesawat awam itu


"Semua kemungkinan boleh saja terjadi meski saya bilang itu mengada-adasebab tak memperhatikan bukti-bukti kecil," ujar Fetzer.

Kenyataannya Fetzer mencari beberapa lubang bekas tembakan senapangyang menunjukkan pesawat itu dipukul dari dua lokasi berbeza.

Fakta lain pesawat ditumpangi Presiden Rusia Vladimir Putin melintas dikawasan itu setengah jam sebelum MH17Nyatanya Putin baik-baik sajaFetzer pun mengambil kemungkinan ketigayakni adanya konspirasi agarmengalihkan pandangan dunia daripada pencerobohan Israel ke Jalur Gaza.

Sekurang-kurangnya 2,139 orang awam Gaza tewas sebab pencerobohantentera selama dua bulan yakni Julai dan OgosIni mengakibatkan NegeraZionis itu mendapat kecaman sejagat.

 

Beberapa kakitangan penyiasat Belanda memeriksa serpihan pesawat MH17 di lokasi nahas dekat kampung Grabovo di Donetsk, timur Ukraine kelmarin. 

Fetzer juga mendapati fakta buatan yakni beberapa mayat penumpang sudahtidak segarMereka dijangka sudah mati sebelum ini 

"Kenyataannya MH17 dan MH370 merupakan pesawat yang jenisnya samaAda pula laporan dari pemerhati Christopher Berlind asal Amerika, bahawa ada pesawat lain dikendalikan dari IsraelIni tidak mengejutkan saya samasekali," kata Fetzer.

Fetzer menambah konspirasi ini untuk mengalihkan perhatian awam duniaatas pencerobohan Israel membantai warga Gaza. (IH)