,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 11 February 2017

TERJERAT

Jerat
Tali yg hujungnya disimpulkan sehingga merupakan bulatan yang dapat dibesarkan dan dikecilkan atau dpt mencerut. Jerat di pasang di laluan binatang dan jerat ini akan di lindungi dengan persekitaran yang sukar untuk mengenalinya.

Tipu muslihat pemasang jerat ini jelas untuk "MENIPU" binatang dan ianya juga boleh menyusahkan dan merugikan orang lain. Menjerat adalah tipu-helah menangkap dan memerangkap dan semstilah ada mangsanya. Dengan jerat; memasang jerat adalah tipu muslihat; mencelakakan orang dengan tipu muslihat.

Maka ramailah mereka yang terjerat, tertangkap dgn jerat, tertipu akibat tipu muslihat orang lain, terperangkap..... Dan akhirnya terpaksa menurut segala kemahuan perancang yang sudah tentu menguntungkan Perancang.

Siapa Yang Terperangkap dan TERJERAT?

Bila bercakap tentang jerat dan terperangkap.....bagaimana Kes KJ dan Anwar ini. Siapa yang terperangkap? dan siapa yang memasang jerat? Bagi penulis, KJ kini terperangkap. KJ terperangkap dengan Kedudukan Politiknya.......dan Anwar pula mengambil peluang dari apa yang di sediakan oleh KJ di pentas politik mereka...

SAMAN, SAMAN, SAMAN...JANGAN TAK SAMAN


Kes saman Anwar terhadap KJ 

OLEH NAZLI IBRAHIM
Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 Mac 2008 setelah mendakwa Khairy mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video ‘Anwar and kin no threat’ telah disiarkan menerusi laman beberapa portal media.
Beliau juga mendakwa klip video tersebut mengandungi sebahagian daripada ucapan Khairy pada 20 Februari 2008 di Lembah Pantai.
Saman tersebut dibuat oleh Anwar ekoran tindakan Khairy yang telah memfitnahnya dengan menuduh Anwar seorang homoseksual dan terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang dan agama.
Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injuksi untuk menahan defendan atau agennya daripada menerbitkan kata-kata fitnah tersebut.                  
KUALA LUMPUR, 7 FEB: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka berhadapan jalan sukar untuk menang kes saman dikemukakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap anak guamnya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Peguam mewakili Anwar, R. Sivarasa, berkata hal ini berikutan ketika disoal oleh Muhammad Shafee, Anwar berjaya memberikan hujah berkesan.
“Kita dah tengok Datuk Seri Anwar menjawab dengan lengkap, bernas dan tegas dalam semua isu melibatkan Nalakaruppan, 16 September dan sebagainya.
“Akhirnya apa yang kita lihat kes pembelaan Khairy Jamaluddin tak berasas dan goyah.
“Oleh sebab ini kita sedang menilai memanggil saksi kerana walaupun kita dah senaraikan saksi tetapi selepas melihat Datuk Seri Anwar menjawab tadi kita putuskan sama ada masih perlukan saksi lain atau tidak,” kata beliau.
Sivarasa berkata demikian kepada media selepas selesai perbicaraan saman Anwar terhadap Khairy di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini semalam.
Bagaimanapun jelasnya, pihak peguam Anwar hanya mendedahkan keputusan memanggil saksi pada saat akhir sebelum hari bersambungnya perbicaraan itu.
Katanya, Muhammad Shafee juga gagal dalam percubaan untuk merujuk kes lampau Anwar pada perbicaraan itu selepas ditolak Yang Arif Azizul Azmi Adnan. =EZY=

Kes Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pula, ianya seperti "MENYUAAKAN" tengkok untuk di jerat. Hampir setiap hari TV3 akan menemuramah Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ini. Ada saja ceritanya dan issu yang di bawa tak lain tak bukan hanyalah untuk MENZAHIRKAN keburukan beberapa orang Pemimpin pembangkang. Habis semua di londehnya......dan akhirnya diam membisu bila Bekas MB Kedah menyamannya. 
Bekas menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini memfailkan saman fitnah terhadap bekas timbalan pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Saman itu dibuat susulan kenyataan Tunku Aziz bahawa wujud pakatan sulit antara bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang untuk mengangkatnya sebagai perdana menteri.
Add caption
Kenyataan Tunku Aziz itu disiarkan dalam sebuah blog bertarikh 30 Disember tahun lalu dan 1 Januari tahun ini.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui tetuan Haniff Khatri.Dalam penyata tuntutannya, Mukhriz antaranya berkata dakwaan Tunku Aziz itu menggambarkan beliau tidak telus dan jujur dalam kerjaya politik, membelakangkan rakyat dan gila kuasa.
Kenyataan itu juga menggambarkan beliau mengamalkan politik licik dan kotor serata mengikut telunjuk bapanya.
Plaintif juga menegaskan telah memfailkan tindakan undang-undang kepada setiausaha akhbar perdana menteri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad atas dakwaan komplotnya bersama Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan.

Mukhriz telah membuat akuan berkanun dalam satu afidavit yang menafikan cita-cita menjadi perdana menteri dalam konteks komplot dan pakatan jahat yang diungkapkan.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi berterusan dan ganti rugi teladan dalam jumlah yang ditaksirkan oleh mahkamah.

Mukhriz, kini timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), juga memohon perintah menegah defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan senada atau serupa.

Tidak sunyi juga jerat yang terpasang di laluan PAS dan PAN. Tapi masih kabur, siapakah yang memasang jerat ini. Saman jangan tak saman......mana akhlak yang dulu semuanya MEMPERJUANGKAN ISLAM. Adakah ini akhlak Islam?

Pas dilaporkan mahu menyaman Husam Musa berhubung dakwaannya bahawa parti itu menerima dana RM90 juta daripada UMNO melalui transaksi akaun di Affin Bank Bhd.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai fitnah jahat yang merupakan sambungan rantaian apa yang pernah didakwa oleh Sarawak Report sebelum ini.

"Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report," kata Tuan Ibrahim lagi.

Dulu ketika Sarawak Report mula-mula menyiarkan dakwaan berkaitan dana RM90 yang diterima Pas itu, Tuan Ibrahim juga yang paling awal membuka mulut dengan menyifatkannya sebagai fitnah, tidak benar dan berniat jahat.

Kali ini, apabila Husam membuat dakwaan dalam ceramahnya di Kelantan beberapa hari lalu berkaitan penyaluran wang itu dilakukan melalui Affin Bank, sekali lagi Tuan Ibrahim juga yang mula-mula bersuara mengenainya.

Kini banyak BLOG cebisan dan FB yang MEMBELASAH Tun dan juga Najib. Tapi yang membesar di ERA Tun M kini banyak yang membelasah "Orang Tua" ini. Walaupun LIKE yang di perolehi dibawah 10 like. Apakah mereka ini juga adalah JERAT yang dipasang tanpa disuruh sesiapa atau memang nak tunjukkan mereka adalah hero untuk mendapatkan sedikit LABA?

Jangan kita terlalu ghairah "MEMBELASAH" mereka ini. Kerana mereka ini lebih licik perjalanan hidup mereka dan mereka TETAP atau pernah menjadi PEMIMPIN kita. Ingat....siapa yang ada di belakang kita jika kita di heret ke kandang PESALAH di dalam Mahkamah?

Foto Saadin Kadir.

  Dr M TEMUI ANWAR: SETUJU NAJIB UNDUR!
BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH!

- pertemuan kali kedua
- komited untuk mengukuhkan pembangkang
- PM Najib harus pergi kerana dia menjual negara
SETELAH HAMPIR 60 PERATUS D KUASAI DAN D JUAL KEPADA GERGASI TANAH BESAR CHINA MAMPU LAGIKAH TANAH MELAYU INI BERDIRI KUKUH?
MUNGKINKAH ADA SUATU LANGKAH DRASTIK ATAU FORMULA HARUS D AMBIL KIRA DAN D PERTIMBANGKAN ?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu selama 45 minit dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua mereka bersetuju mengenai keadaan politik semasa negara dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berundur.
Ini adalah pertemuan kali kedua membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.
Mahathir ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata, mereka komited untuk mengukuhkan pembangkang.
"Kita (BERSATU) komited untuk mengukuhkan pembangkang," kata Pengerusi BERSATU itu.
"Mengenai pertemuan kami, kami berdua bersetuju mengenai hal-ehwal politik semasa negara, dan bahawa PM Najib harus pergi kerana dia menjual negara ini," katanya.

Foto Zania Hj Nudi.
Saya Tunggu Anwar....
Mahathir membuat kejutan dengan kehadiran beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 11.45 hari ini dan duduk di samping Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Kes di mahkamah itu berhubung saman Anwar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Pertemuan tersebut berlangsung semasa mahkamah berhenti rehat.
Terdahulu sebelum prosiding mahkamah bermula presiden BERSATU yang juga bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertemu Anwar.
Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah memberitahu Hakim Azizul Azmi Adnan di mahkamah bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk memanggil Mahathir dan Muhyiddin sebagai saksi mereka.
"Kami sedang mempertimbangkan memanggil Mahathir dan Muhyiddin. Ini selain saksi lain (MB Selangor) Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail dan (bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang) Mansor Othman," katanya.
Dilaporkan sebelum ini bahawa Khairy dan tiga saksi beliau memberi keterangan bagaimana Anwar berusaha menjatuhkan Mahathir pada tahun 1998, di mana bekas ketua pembangkang itu menafikannya.
Hakim Azizul mengarahkan Sivarasa dan peguam Anwar yang lain memfailkan kenyataan saksi Mahathir dan Muhyiddin pada 16 Februari, jika mereka memilih untuk memberi keterangan pada tarikh perbicaraan akan datang pada 20 Februari.


Foto Tok Aki Aji.
Apakah mereka ini MEMPERTAHAN Najib atau MENYUSAHKAN Najib?

Kini Tun M sedang merancang lagi dan nampaknya bersama Anwar pula. Apakah yang mereka sedang rancangkan? Nampaknya betul seperti kata Orang Tua-Tua.....gajah sama gajah berjuang.....rakyat mati di tengah-tengah.....siapa yang pedulikan Harga Barang, Pembunuhan, Penculikan, Pengangguran, Pendatang Asing, masalah sosial, pendidikan, kesihatan, bekalan makanan dll.

Ada pemuda yang sepatutnya menjadi pejuang dan pelindung kepada rakyat kebanyakkan....kini TERPERANGKAP dengan JERAT yang mereka pasang sendiri.

TUN MAHATHIR SETUJU DENGAN SURUHANJAYA DIRAJA...

Foto Tok Aki Aji.

Sehingga ini sudah dua isu dibangkitkan iaitu 

1 - Issu BMF dan 
2 - Kerugian urusniaga forex. 

Media pro Najib Razak yang kemudian dibantu oleh laskar maya 6.6 peratus dan kumpulan pengampu  Perdana Menteri yang bertujuan untuk meletakkan kesilapan silam di bahu Tun Mahathir Mohamad.

Apa yang nyata, tindakan itu hanya menunjukkan kumpulan pro Najib tiada isu semasa untuk menyerang Tun Mahathir sehingga terpaksa menghidupkan semula isu lama yang telah berlaku lebih 30 tahun yang lalu.

Jika mereka merasakan dengan membangkitkan kedua-dua isu tersebut boleh melemahkan perjuangan Tun Mahathir atau kesalahan boleh diletakkan di bahunya, mereka sebenarnya telah melakukan kesilapan yang besar.

Kalau dalam bahasa orang Kedah....bodoh piang, kata mereka.

Dalam kedua-dua isu itu, yang pertama harus disedari ialah Tun Mahathir bukan saja berjaya menanganinya sehingga meyakinkan rakyat, malah menjadikan beliau terus menang dengan cemerlang dan majoriti dua pertiga dalam mana-mana pilihanraya umum yang diterajuinya.

Oleh itu, di mana logiknya isu BMF dan forex itu mampu memberi kesan kepada perjuangan Tun Mahathir dalam usahanya mahu menjatuhkan Najib?

Malah, oleh kerana dalam kedua-dua isu tersebut, disebabkan Najib menjadi menjadi sebahagian pimpinan tertinggi UMNO dan kerajaan ketika itu, ia boleh menjadi pisau yang menikam dan melukan dirinya kembali.

Najib tidak mungkin dapat dilepaskan, terutamanya jika minit mesyuarat MT dan kabinet dapat membuktikan beliau bersetuju dengan segala keputusan yang dibuat.

Yang kedua, dengan keyakinan yang tinggi bahawa beliau tidak bersalah dan tiada apa-apa yang dilindunginya, Tun Mahathir mampu menjadi tenang dan tidak melatah dengan segala desakan agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja berkaitan dengan BMF dan forex itu.

Cumanya, jika Tun Mahathir cuba dikaitkan dengan kesalahan silam lebih 30 tahun lalu yang ingin dicari salah atau benarnya, Najib pula sedang dibebani dengan salah laku semasa yang juga ditunggu-tunggu kebenarannya.

Mereka dialu-alukan untuk berbuat demikian (menubuhkan Suruhanjaya Diraja), tetapi perkara yang sama juga perlu dilakukan terhadap:

1 - Wang RM2,600 juta 
2 - Apa yang berlaku berkaitan 1MDB,.

Lihat...betapa tenangnya Tun Mahathir menjawabnya. 

Lebih dari itu, sementara kesalahan Tun Mahathir berlaku lebih 30 tahun lalu, tetapi kesalahan Najib ingin diketahui oleh lebih 30 juta rakyat negara ini.

Maka, untuk berlaku adil dan terlanjur mahu ditubuhkan Suruhanjaya Diraja itu, eloklah ia ditubuhkan serentak untuk semua isu-isu yang menjadi keinginan rakyat untuk mengetahuinya.

Sudah tentu dilihat tidak adil jika Suruhanjaya Diraja hanya ditubuhkan berkaitan BMF dan forex saja, tetapi tidak mengenai 1MDB dan wang RM2,600 juta yang melibatkan Najib sendiri.

Kepada kumpulan pengampu, media kerajaan dan laskar maya 6.6 peratus, tugas anda kini ialah harus beralih kepada mendesak secara konsisten, berterusan dan lebih keras kepada Najib agar bersetuju dengan penubuhan sekurang-kurangnya empat suruhanjaya iaitu 

1 - Berkaitan BMF, 
2 - Forex, 
3 - 1MDB dan 
4 - Wang RM2,600 juta.

Setelah Tun Mahathir bersetuju dan tiada masalah dengannya, halangan kini hanya tinggal pada Najib saja lagi. 

Akhirnya, didoakan mudah-mudahan Najib juga mampu menjadi setenang Tun Mahathir dalam menyatakan persetujuannya nanti. Jika tidak, malulah nak berlawan dengan seorang yang sudah berusia 91 tahun!! (SH 07/02/2017).

Dan akhirnya.....kumunis yang kita benci kini sedang MEROBOHKAN Kota Petahanan kita. Anak kecil main Api kini benar-benar telah terbakar......seperti apa yang di tuliskan oleh Dato A. Kadir Jasin di bawah ini.



Foto Kays Hani Khairani.Foto Kays Hani Khairani.

KEKAL BERKECUALI ATAU JADI GUNDIK CHINA
ADA dua berita menarik baru-baru ini yang boleh jadi kita terlepas pandang atau tidak sedar kepentingannya.
Nombor satu Menteri Luar China, Wang Yi bagi amaran kepada Setiausaha Negara Amerika Rex W. Tillerson, agar memahami sejarah Laut China Selatan.
Nombor dua kapal Tentera Laut China habis melawat empat buah negara Arab – Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Perlumbaan kuasa dan senjata bukan lagi di antara Amerika dengan Rusia tapi di antara Amerika dengan China.
Perang Dunia Ketiga (minta dijauhkan Tuhan) kalau berlaku adalah di antara China dengan Amerika dan gelanggangnya adalah Laut China Selatan, Selat Melaka dan Lautan Hindi.
Kita akan jadi pelanduk yang tersepit di antara dua ekor gajah tumpah minyak.
China sedang meluaskan pengaruh ekonomi dan ketenteraannya secara agresif manakala Amerika di bawah Presiden Donald Trump pula sedang menyemarakkan semula patriotisme haluan kanan melalui cogan kata “make America great again”. Trump mahu mengembalikan keagungan Amerika.
China terpaksa kembangkan sayap demi kelangsungan (survival) dan Amerika mahu mematahkannya. China sedang kesempitan ruang dan Amerika kesempitan ekonomi. Kedua-duanya dalam keadaan terdesak.
Kelahiran bayi di negeri China dianggarkan 17.8 juta tahun lalu atau 1.31 juta lebih ramai daripada tahun 2015. Setahun selepas memansuhkan dasar satu keluarga seorang anak, kelahiran bayi mencatatkan rekod tertinggi sejak tahun 2000. Dianggarkan 40 peratus daripada kelahiran tahun lalu adalah anak kedua. Di pihak yang lain, bilangan orang tua pula sedang meningkat dengan pantas.
Rakyat jelata China sekarang berjumlah 1.4 bilion atau 22 peratus daripada penduduk dunia tetapi tanah pertanian China hanya 10 peratus daripada tanah pertanian dunia.
Ceritanya mudah saja. China terpaksa cari sumber makanan dan tempat tinggal untuk rakyat jelatanya di luar sempadannya.
China sedang berkembang menjadi negara maya (virtual nation) lebih kurang macam dalam filem fiksyen sains di mana makhluk angkasa lepas turun ke bumi untuk merampas air dan udara kita serta hisap darah kita untuk hidup sebab planet mereka sudah tandus sumber kehidupan.
Ekonomi China pesat berkembang, rakyat jelatanya semakin senang dan mereka perlukan lebih banyak makanan dan tempat tinggal.
Tanah pertanian semakin menguncup kerana digunakan untuk pembangunan dan ditelan oleh padang pasir. Padang pasir Gobi saja menelan 3,600 kilometer persegi padang rumput setiap tahun atau lebih dua kali ganda keluasan negeri Melaka.
Usaha menyekat kemaraan Padang Pasir Gobi
Sebab itulah China telah membeli atau menyewa berjuta hektar tanah pertanian di Afrika, Australia, Amerika Selatan dan Amerika Utara serta membina penempatan raksasa untuk rakyatnya di luar negara.
Bandar Malaysia di tapak pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur dan Forest City di Johor adalah dua metropolis China terbesar di dunia.

Foto Kays Hani Khairani.Foto Kays Hani Khairani.

Forest City boleh menampung 700,000 penduduk dan Bandar Malaysia yang asalnya milik 1MDB akan menjadi bandar bawah tanah buatan China yang terbesar di dunia dengan nilai kasar pembangunan (GDV) RM150 bilion.
Kedua-duanya akan disambung ke negeri China melalui jalan darat, laut dan udara di bawah konsep “one belt one road” – satu wilayah satu laluan – atau singkatannya OBOR.
Bagi melindungi harta dan rakyat jelatanya di luar negara serta menjamin pengangkutan keluar masuk barang-barang China, negara itu memerlukan tentera lautan biru (blue ocean navy) macam tentera laut Amerika hari ini.
Tidak dapat tidak dua negara gergasi itu akan bertembung di Laut China Selatan, Selat Melaka dan Lautan Hindi.
Sebab itulah tentera laut China cergas buat lawatan persahabatan di Laut China Selatan, Selat Melaka dan Lautan Hindi hingga ke pantai barat Afrika.
Untuk ulang alik dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi, kapal tentera dan dagang China terpaksa lalu di Selat Melaka.
Selat Melaka yang dulu penting bagi tentera laut Amerika, sekarang menjadi sama penting kepada tentera laut China.
Sebab itulah atas alasan membantu negara-negara serantau memperbaiki prasarana mereka, China giat membina pelabuhan di sekitar Laut China Selatan, Selat Melaka dan Lautan Hindi.
China sudah pun membina pelabuhan di Sri Lanka. Tapi sekarang mereka bersengketa mengenainya kerana Sri Lanka tak ada duit nak bayar. China cergas cari tapak dan keizinan untuk membina kemudahan yang serupa di Kuantan dan di Melaka.
Pelabuhan di Kuantan akan jadi pangkalan hadapan (forward base) di Laut China Selatan. Ia akan menjadi pangkalan penyudah kepada rantaian pelabuhan yang sedang dibina dari tanah besar China ke Semenanjung Tanah Melayu melalui pulau-pulau dan terumbu yang sedang dituntut atau sudah pun dirampas oleh China di bawah strategi dua rantaian pulau.
Kemudian untuk mengawal Selat Melaka, China akan bina sebuah kompleks pelabuhan raksasa yang dianggarkan berharga RM43 bilion di Melaka.
China tetap akan berkembang. Kalau tidak ia akan menjadi kalau-bilau dan kembali menderita kekurangan makanan dan kebuluran. Kebuluran tahun 1959-61 dianggarkan membunuh lebih 15 juta rakyat China.
Yang menjadi persoalan adalah cara negara-negara serantau bertindak balas.
Adakah kita serah bulat-bulat kepada selera besar China dengan melacurkan negara kita kerana kita kemaruk duit atau kita bertindak secara terhormat selaras dengan kedudukan kita sebagai negara merdeka?
Perlukan kita memberi taraf pemilikan tetap (freehold) kepada hartanah yang sedang dibangunkan oleh China macam di Forest City sedangkan kepada rakyat jelata kita sendiri kita makin utamakan pajakan 99 tahun?
Kita tahu Perdana Menteri Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak sedang kelemasan akibat hutang 1MDB lebih RM50 bilion dan sedang mencari sumber kewangan baru bagi membiayai kegiatan politiknya.
Tetapi apakah sampai menjadikan Malaysia negara sundal dan gundik kepada negeri China?
Ini bukan isu emosi atau cauvinisme tetapi realiti geopolitik di mana China sedang membina sfera politiknya sendiri bagi melawan Amerika, India dan Eropah dalam perlumbaan menguasai sumber mentah dan pasaran.
Apakah kita akan membiarkan Najib dan konco-konco beliau mengorbankan dasar berkecuali dan bebas kita semata-mata untuk mencari duit bagi menimbus bangkai 1MDB yang beliau sendiri cipta?
Atau kita akan berusaha sedaya upaya mempertahankan dasar yang dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak itu?

Wallahuaklam.

Anak Kecil Main Api
Tanahair Yang Tergadai.....
Perjanjian Bangkok 1909...108 tahun dulu banyak Tanah Melayu terlepas kepada Siam.
Kelantan hilang Tak Bai.
Kedah hilang Satun, Pulau Tarutao dan Wilayah Sadao.
Perlis hilang Wilayah Pujo.
1965.....kita kehilangan Singapura.
2008.....kita kehilangan Pulau Batu Puteh
2011.....kita kehilangan Stesen KTM Tanjong Pagar
Dan sekarang kita tidak hilang tanah kerana politik ataupun kerana perang...tapi kita jual.

Jual tanah sendiri ibaratkan kita menjual maruah bangsa kita. Kita jual tanah TUDM Sg.Besi....Kita jual tanah atas alasan pembangunan di Forest City..hak kekal. Kita jual syarikat dan aset strategik negara kepada negara asing.
Kali ini kita dipaksa untuk menjual syarikat automotif nasional yang kita bangunkan daripada keringat dan darah anak bangsa kita...jual kepada bangsa asing....mungkin China. Katanya kepentingan Proton di Tanjung Malim. Dan untuk makluman Proton Tanjung Malim ada 1,500 ekar tanah di Proton City milik Proton.
Betullah kata orang...kita menumpang di tanah sendiri. Teringat kisah saudara Palestin kita....walaupun ditawarkan cek kosong....untuk diisikan sendiri jumlah yang mereka mahu, tidak sekali tanah sekangkang kera mereka lepaskan kepada Israel.

Tapi kita...??
Tahukah  Abdillah Muhammad Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dgn hina?

Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dgn hina. Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun. Dia tinggalkan istana dgn hati yg pilu. Dadanya sesak.

Sebaik sampai di sebuah bukit yg cukup tinggi, dari sana ia memandang Istana Al Hambra. Dia menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dgn air mata. 😪😪

Melihat hal itu, ibunya berkata, "Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa! "

Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia. Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu. Umat Islam di sana diberi pilihan ; Masuk Kristian, dibunuh atau diusir.

Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia ?
1⃣ Cinta dunia
2⃣ Meninggalkan dakwah dan jihad
3⃣ Bergelumang dengan perkara-perkara dosa
4⃣ Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya
5⃣ Jahil agama


Bayangkan jika negara kita nanti telah jatuh total ke tangan orang kafir, ketika itu barulah pemuda-pemuda Islam akan menangis ... dan ibu2 mereka berkata, "Menangislah seperti perempuan! engkau tidak menjaga negara ini sebagaimana seorang laki2 perkasa!

Maka bersiaplah wahai pemuda Islam.
Pelajari baik-baik 5 faktor di atas. Ambillah iktibar. Jangan lagi leka dengan seronok dunia; game, lepak, fb yang sia-sia, suka buang masa tanpa aktiviti yang berguna, selesa dengan bantuan orang lain dan sebagainya... Faktor kejatuhan itu akan berulang & selalu sama.


Wahai ibu & ayah bendunglah anak-anak mudamu, bentuklah mereka, bantulah mereka menjadi muslim mukmin yang berguna.


AMUKANMELAYU - Jika kamu tidak dapat menjadi garam yg dapat menjaga daging, jangan pula menjadi ulat yg merosakkannya. Kalau kamu tidak dapat menjadi pejuang, jangan pula menjadi pengkhianat ( penipu, pencuri, perasuah, pemecah amanah, penagih dan sebagainya )
Wallahul musta'an...........