,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 26 February 2017

ROOM 39 "ethyl s-2-diisopropylaminoethyl methylphosphonothiolate atau ‘VX nerve agent”


Foto Malaysia Military Power.
Pendedahan BILIK 39 - Bilik Clandestine Durjana Korea Utara
Tahukah anda, Korea Utara mengambil keuntungan dari aktiviti-aktiviti haram seperti pengedaran dadah, pemerdagangan manusia, penipuan insurans serta perdagangan senjata?
BILIK 39 atau Room 39 yang secara rasminya dikenali sebagai Central Committee Bureau 39 of korean Worker's Party serta Office 39/Division 39 adalah badan rahsia yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pelbagai 'aktiviti ekonomi' untuk memastikan simpanan kewangan luar negara Korea Utara kukuh untuk ketua negara mereka.
Badan ini telah lama beroperasi semenjak kepimpinan pertama mereka, Kim Il-Sung sehinggalah sekarang, Kim Jong-Un. Bilik 39 adalah salah satu badan kritikal yang membolehkan Kim Jong-Un terus berkuasa dan membiayai program persenjataan negara tersebut termasuklah program nuklear mereka.
Begitu pentingnya organisasi kepada pemimpin mereka sehinggalah menempatkan pejabat operasi mereka berhampiran dengan kediaman Presiden. Badan ini sememangnya berusaha untuk membeli arak berkualiti tinggi, makanan eksotik serta kereta mewah untuk kegunaan pemimpin mereka walhal rakyat Korea Utara mengalami kesempitan hidup dan kebuluran.
Bilik 39 turut bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan melalui pendapatan luar negara Pyongyang melalui pengoperasian hotel-hotel asing, perlombongan emas dan zink, eksport produk pertanian dan perikanan.
Pengoperasian Bilik 39 adalah dilakukan secara licik dan menggunakan proksi seperti syarikat-syarikat dan badan kewangan.
Berdasarkan laporan EU, antara nama-nama yang disenaraikan sebagai proksi Bilik 39 adalah
- Green Pine Associated Corporation (turut dikenali sebagai Chongsong Yonhap; Ch’o’ngsong Yo’nhap; Saengpil Associated Company; General Precious Metal Complex (GPM); Myong Dae Company; Twin Dragon Trading (TDT)))
-Hesong Trading Corporation
-Korea Complex Equipment Import Corporation
-Korea Heungjin Trading Company
-Korea International Chemical Joint Venture Company (turut dikenali sebagai: Choson International Chemicals Joint Operation Company; Chosun International Chemicals Joint Operation Company; International Chemical Joint Venture Corporation)
-Korea Kwangsong Trading Corporation
Senarai penuh ini boleh didapati di http://eur-lex.europa.eu/legal-content/EN/TXT/…
Di Malaysia, sekurang-kurangnya 2 entiti sudah dikenalpasti sebagai entiti milik Korea Utara. Satu adalah Restoran Pyongyang (seperti dalam gambar) dan terbaru Glocom, sebuah syarikat peranti elektronik yang berpusat di Malaysia. Kedua-dua entiti ini telah dikenalpasti oleh perisikan negara kita sebagai entiti yang dikuasai oleh agensi perisikan Korea Utara, Reconnaissance General Bureau. Restoran Pyongyang memiliki beberapa cawangan yang dipercayai digunakan sebagai safe house untuk operasi RGB manakala Glocom telah dikesan sebagai front cover penjualan peralatan komunikasi buatan Korea Utara ke Eritrea oleh PBB baru-baru ini. Oleh yang demikian, kita perlu meminta pihak berwajib untuk membongkar aktiviti-aktivit yang dilakukan oleh pihak-pihak sebegini. cc: BNM dan KDN.
Berdasarkan testimoni yang disampaikan kepada Kongres Amerika Syarikat pada tahun 2013, Korea Utara turut mengalakkan aktiviti-aktiviti seperti penyeludupan dadah, penyeludupan senjata, penjualan bahan nuklear dan peluru berpandu balistik, pemalsuan matawang US Dollar, rokok tiruan dan bahan perubatan sebagai cara untuk mendapatkan dana kepada negara tersebut.
Menurut rekod, keuntungan dari aktiviti-aktiviti sebegini akan diagih-agihkan kepada golongan elit Korea Utara, pemerintah tertinggi angkatan tentera, dan juga membiayai gaya hidup mewah pemimpin mereka. Selain daripada itu, mereka turut menggunakan wang tersebut untuk membiayai program persenjataan mereka.
Pada tahun 2009, Korea National Insurance Corp telah terlibat dalam pemalsuan insurans global dan sebarang cubaan untuk mencabar tindakan syarikat tersebut oleh pelanggan insurans gagal kerana kontrak tersebut dilindungi oleh Pyongyang.
Maka, tidak hairanlah aparatus Perisikan Malaysia dan juga negara jiran mula membongkar satu per satu muslihat Korea Utara di negara masing-masing.
Sesungguhnya, Korea Utara lupa bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara yang berjaya menundukkan ancaman komunis di peringkat dunia. Kejayaan PDRM untuk menangkap saspek-saspek dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas serangan adalah satu pencapaian yang menakjubkan kerana berdasarkan rekod ke atas serangan cubaan membunuh Kim Jong-Nam sebelum ini, tiada saspek yang berjaya ditahan dan paling keras pun adalah untuk menghantar nota bantahan diplomatik (ini berdasarkan kes di Finland).
Misi Korea Utara untuk membunuh abang tiri presiden mereka dikatakan berjaya tetapi bak kata pepatah Inggeris - won the battle but lose the war. Itulah situasi yang dihadapi oleh Korea Utara sekarang. Kenapa? Tunggu penerangan selanjutnya dari kami.
MMP
ADMIN WARPIG
Analisis awal dapati bahan ‘senjata kimia’ digunakan atas Kim Jong-nam
Analisis awal daripada Jabatan Kimia Malaysia telah mendedahkan bahan kimia telah digunakan dalam pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia telah menerima laporan analisis awal dari Jabatan Kimia Malaysia, berhubung kes yang membabitkan seorang warganegara Korea Utara baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata Pusat Analisis Senjata Kimia jabatan itu telah melakukan analisis ke atas beberapa eksibit merangkumi ‘dry swab – eye muscosa’ dan ‘dry swab – face’.
“Hasil analisa, telah dikenal pasti bahawa bahan yang terlibat ialah ethyl s-2-diisopropylaminoethyl methylphosphonothiolate atau ‘VX nerve agent’,” katanya lapor Malaysiakini.
Menurutnya, VX disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia Malaysia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997.
“Lain-lain eksibit masih dalam proses analisa,” kata Khalid.
Menurut Reuters, VX tiada rasa dan tidak berbau dan diharamkan di bawah Konvensyen Senjata Kimia, kecuali “untuk tujuan penyelidikan, perubatan atau farmaseutikal “.
Ia boleh dibuat sebagai cecair, krim atau aerosol. Jika diserap dalam dos yang besar, ia mengakibatkan maut selepas 15 minit, demikian menurut Pusat Kimia Biologi Tentera AS di Edgewood, menjadikannya ejen saraf yang paling toksik yang diketahui di dunia.
Jong-nam meninggal dunia berikutan insiden di terminal lapangan terbang KLIA2 pada 13 Februari, selepas dua wanita yang tidak dikenali dikatakan telah menyembur atau menyapu mukanya dengan cecair.
AELB BANTU BEBASKAN klia2 DARI "ethyl s-2-diisopropylaminoethyl methylphosphonothiolate atau ‘VX nerve agent”
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis bekerjasama dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memeriksa semua lokasi yang pernah dilalui suspek kes pembunuhan Kim Jong Nam. 
Jong Nam dibunuh dua wanita yang menyapu muka mangsa dengan racun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), 13 Februari lalu ketika menunggu penerbangan ke Macau.

Jong Nam memasuki Malaysia menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Kerjasama polis-AELB mengesan sisa radioaktif hasil penggunaan bahan kimia Ethyl S-2 Diisopropylamino Ethyl Methylphosphonothioate atau dikenali sebagai Agen Saraf VX yang tersenarai sebagai senjata kimia.

Dalam siasatan yang dilakukan, Jabatan Kimia Malaysia mendapati Agen Saraf VX digunakan dalam pembunuhan Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un itu. Polis menggunakan khidmat pakar forensik tenaga atom memeriksa lokasi dan mengesan sisa radioaktif di KLIA2

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat mengesahkan polis mengambil sampel dari kondominium di Jalan Klang Lama yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Jong-nam.

Menurut beliau, pengambilan sampel tersebut dari kondominium The Verve Suite pada Khamis merupakan sebahagian daripada prosedur siasatan.

Sampel tersebut dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Memetik Bernama, Abdul Samah berkata, “namun kita tak dapat mengesahkan secara spesifik sama ada sampel itu berupa cecair atau bahan kimia.

“Belum dapat disahkan secara positif kerana ia masih disiasat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan festival JomFest Carnival-BigFood di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Abdul Samah juga berkata pihak polis bekerjasama dengan Jabatan Kimia, Jabatan Forensik dan Agensi Nuklear Malaysia menyiasat sama ada bahan yang digunakan dalam kes pembunuhan tersebut mempunyai kesan radioaktif.

Abdul Samah mendedahkan, setakat ini tiada kerjasama daripada pihak kedutaan Korea Utara menyerah pegawai kedutaannya untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes.

Justeru, beliau berkata polis masih memberi masa kepada kedutaan, sementara apabila tempoh berakhir, notis dikeluarkan nanti meminta individu berkenaan hadir bagi disiasat. Menurut beliau, sekiranya notis juga tidak dipatuhi, pihak polis akan meminta mahkamah mengeluarkan waran tangkap.

“Di sebalik mempunyai kekebalan diplomatik, pihak polis akan menggunakan kuasa mereka untuk memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan kerana kes itu disiasat sebagai kes jenayah,” kata Abdul Samah.

Dalam siasatan kes pembunuhan Jong-nam, setakat ini polis menahan empat individu. Dua daripadanya wanita, seorang memegang pasport Indonesia, serang lagi pasport Vietnam. Manakala, dua lagi lelaki, seorang daripadanya warga Malaysia yang sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Manakala, seorang lagi warga Korea Utara. – Sarawakvoice
Pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dilihat sebagai menyimpang daripada operasi biasa negara itu di luar negara, kata pakar-pakar mengenainya.
Kim Jong-nam meninggal dunia minggu lalu selepas diserang di lapangan terbang berhampiran ibu negara Malaysia dengan apa yang polis percaya membabitkan penggunaan racun. Dua wanita yang menurut pihak berkuasa menyerangnya – seorang warga Indonesia dan seorang lagi yang membawa pasport Vietnam – telah ditahan.
Korea Selatan telah berkata ia percaya pembunuhan itu diselaraskan oleh sebuah agensi bayangan Korea Utara yang dipanggil Reconnaissance General Bureau (RGB).
RGB adalah “organisasi perisikan utama” Korea Utara, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengenakan sekatan terhadapnya pada Mac bulan tahun lalu atas peranannya dalam perdagangan senjata Korea Utara.
Tetapi memandangkan kes Kim yang lantang bercakap secara terbuka terhadap kawalan dinasti keluarganya, pembunuhannya mungkin merupakan satu operasi bersama antara agensi-agensi yang berbeza, kata Michael Madden, seorang pakar dalam kepimpinan Korea Utara.
“RGB hanyalah satu daripada banyak lagi kemungkinan. Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu minggu lagi untuk menentukan organisasi yang terlibat,” kata Madden.
Pada hari Rabu, polis Malaysia menahan seorang lelaki warga Korea Utama yang berusia 47 tahun, yang mempunyai visa kerja di Malaysia untuk sebuah syarikat kecil perubatan herba dan tinggal di Kuala Lumpur bersama isteri dan dua orang anaknya.
Penggunaan warga Korea Utara di luar negara seperti lelaki di atas mempunyai bayangan tanda-tanda operasi oleh unit latihan pengintipan elit “Office 35”, kata Jang Jin-sung, yang pernah bekerja di Jabatan Barisan Bersatu Parti Pekerja ‘, yang bersama-sama dengan Office 35, merupakan satu unit pengintipan dalam parti pemerintah.
“Mereka menyediakan orang-orang dengan pekerjaan sebenar dan berkemahiran dan menghantar mereka bersama keluarga hidup di luar negara,” kata Jang.
“Apabila timbul keperluan segera seperti dalam kes Kim Jong-nam, mereka ini akan digunakan dalam operasi, jadi mereka telah pun dipersediakan lama sebelumnya”. Madden berkata, sesetengah operatif Korea Utara adalah “ejen bebas”, yang digunakan bila ada keperluan.
Korea Utara juga menempatkan sekurang-kurangnya seorang pegawai Jabatan Keselamatan Negara atau “bowibu” di kedutaannya di luar negara, kata Thae Yong-ho, bekas timbalan duta Korea Utara ke Britain, kepada Reuters bulan ini.
Pegawai tersebut biasanya mempunyai talian terus dengan Pyongyang, dan mengambil arahan dari Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja, serta bowibu.
Polis Malaysia telah mengenal pasti seorang pegawai kanan di kedutaan Korea Utara pada hari Rabu sebagai suspek dalam pembunuhan itu.
Rokok cyanide
Jika Parti Pekerja di sebalik pembunuhan Korea Utara, penggeraknya ialah RGB yang secara rasmi terletak di bawah tentera.
Agensi perisikan Korea Utara mempunyai sejarah menjalankan operasi keganasan di luar negara, biasanya disasarkan terhadap Korea Selatan.
Pada tahun 1968, komando dari Unit 124 apa yang kemudian hanya dikenali sebagai Reconnaissance Bureau telah memasuki beberapa ratus meter ke dalam istana presiden Korea Selatan, dengan arahan untuk membunuh presiden ketika itu, Park Chung-hee.
“Ada sejarah lima dekad di sini dan banyak lagi memori institusi dan operasi,” kata Madden. “Orang-orang ini dilatih oleh ketua-ketua operasi dan perisik yang keras dan tegar”.
Hari ini, perisik Korea Utara adalah “generasi kedua dan ketiga dari para pengasas komuniti perisikan Korea Utara,” kata Madden.
Tetapi penggunaan proksi asing seperti wanita Vietnam dan Indonesia yang disyaki melakukan pembunuhan Kim Jong-nam adalah menyimpang daripada operasi biasa Korea Utara.
Pada tahun 1987, ejen Korea Utara Kim Hyun-hee memasang bom pada pesawat penerbangan Korean Air 858, yang membunuh kesemua 115 orang di dalamnya apabila ia meletup ke Teluk Bengal.
Kim, yang telah ditangkap dan diekstradisi ke Korea Selatan, kemudiannya mendapat pengampunan dan mendedahkan butir-butir latihan perisik ketenteraan yang dijalaninya dalam memoirnya “Tears of my Soul” pada 1993.
Kim menceritakan dia diberi kotak biasa rokok Marlboro apabila melakukan misi itu. Sebatang rokok dengan tanda kecil dakwat hitam, yang jika digigit, akan membunuhnya serta-merta.
Kim telah ditangkap, tetapi apabila dia menggigit rokok yang mengandungi cyanide itu, ia gagal membunuhnya. – James Pearson & Jack Kim, Reuters

Abang sebapa pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang dibunuh di Malaysia, merayu dibiarkan hidup selepas cubaan bunuh pada 2012, kata wakil rakyat Korea Selatan selepas taklimat oleh ketua agensi perisikan hari ini.

Jong-nam, anak sulung bekas pemimpin Kim Jong-il, dilihat sebagai pengganti namun dipinggirkan selepas cubaan memasuki Jepun menggunakan pasport palsu pada 2001 kerana mahu melawat Disneyland.

Sejak itu beliau hidup dalam buangan, terutamanya di wilayah Macau, China, manakala Jong-un mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas kematian bapanya pada Disember 2011.

Korea Utara cuba membunuh Jong-nam – seorang penyokong reformasi di Pyongyang – pada 2012, kata wakil rakyat Korea Selatan selepas diberi taklimat oleh Pengarah Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan, Lee Byung-ho.

“Menurut Byung-ho…ada cubaan bunuh pada 2012, dan Jong-nam pada April 2012 mengutus surat kepada Jong-un meminta ‘jangan bunuh saya dan keluarga saya’,” kata ahli jawatankuasa parlimen mengenai perisikan, Kim Byung-kee kepada pemberita.

“‘Kami tak tahu ke mana nak pergi…kami sedar satu-satunya cara ialah membunuh diri’,” katanya, menambah Jong-nam tidak mempunyai sokongan politik yang kuat di negaranya dan tidak mengancam kedudukan Jong-un.

Keluarga Jong-nam – isteri, bekas isteri dan 3 anak – sekarang ini tinggal di Beijing dan Macau, kata seorang lagi anggota jawatankuasa, Lee Cheol-woo.

“Mereka di bawah perlindungan pihak berkuasa China,” katanya, menambah Jong-nam memasuki Malaysia pada 6 Februari lepas, seminggu sebelum kematiannya.

Pembunuhan Jong-nam merupakan kematian berprofil paling tinggi di bawah rejim Kim Jong-un sejak hukuman mati bapa saudaranya, Jang Song Thaek, pada Disember 2013.

Song Thaek, yang rapat dengan China dan reformis ekonomi di Korea Utara, dituduh khianat.

Jong-nam, dipercayai mempunyai hubungan dengan golongan elit di Beijing, seorang yang lantang dan mengkritik sistem politik Pyongyang secara terbuka.

Lelaki 45 tahun itu berkata beliau “membantah” penurunan kuasa dalam keluarganya, dalam temubual dengan media Jepun, Asahi TV pada 2010.

Seorang anaknya – Han-sol – juga menggambarkan bapa saudaranya, Jong-un, sebagai seorang “diktator” dalam temubual dengan media Finland semasa sedang belajar di Eropah pada 2012.


AMUKANMELAYU
"Aku disebut sebagai 'presiden termiskin", tapi aku tak merasa miskin, menurutku yang pantas disebut miskin adalah mereka yang bekerja keras hanya untuk mempertahankan gaya hidup mewah. Selalu menginginkan lebih dan lebih." - Jose Mujica