,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 30 April 2012

ACI JUAL KACANG PUTEH BOLEH MASUK DATARAN MERDEKA, mengapa pula BERSIH di larang?


Istana Keadilan Putrajaya

Jika di kira dengan kehadiran "Pendemo" di Dataran Penjajah(pinjam kata-kata Pak Samad) di anggarkan hampir 50,000 peserta turun menunjukkan sifat "Pelampai Jalanan" mereka. Sebahagiannya di bayar dan ada juga mengatakan tidak mendapat apa-apa. Mengikut kata TGHH,..."PAS tidak membayar apa-apa....ini semua pengorbanan Ahli-Ahli PAS. PAS parti miskin". Sementara TG Nik Aziz pula mengatakan dia ada memberi duit poket untuk pendemo dari Kelantan.

Tadi pagi jumpa pengundi tegar PKR....dia mendapat RM 200.00 dan abangnya pula di samping duit poket dia juga di sediakan bilik hotel. Mengikut anggaran penulis, PR menghabiskan melebihi RM 10 juta untuk semua perbelanjaan BERSIH 3.0.....yo yoooooo banyak ooooooooooo.....sementara kerajaan juga menghabiskan untuk persedian dan kakitangan jumlahnya hampir sama dengan dengan apa yang dihabiskan PR. Kedua-dua pihak ini jika di campur ianya menjadi RM 20 juta hangus begitu sahaja kerana melayan nafsu amarah masing-masing.

Kerosakan harta benda mungkin kurang dan sukar untuk mentafsirkannya. Begitu juga dengan kerugian yang di tanggung oleh pihak peniaga yang berniaga di kawasan ini. Mungkin keterlaluan kalau penulis mengatakan perbelanjan dan kerugian semua pada hari sabtu 28hb. April 2012 adalah hampir RM 50 juta hancur di dataran penjajah hanya untuk melayan kehendak seseorang yang terlalu teringin untuk "Duduk" di Putrajaya.

Semua ini tidak akan selesai....bermula dari MENGENGKARI perintah MAHKAMAH hinggalah kepada mencederakan PASUKAN POLIS dan menghina mahkamah, untuk episod pertama di kira selesai. Tetapi selepas ini ia akan masuk kepada episod kedua. Sekali lagi saman-manyaman dan mahkamah akan menjadi perhatian pula. Peniaga, Pemandu Teksi, Kerajaan, Individu dan Pasukan Polis akan mengemukakan saman. Jumlah saman juga di anggarkan hampir RM 50 juta. Siapa yang akan di saman?  Siapa yang kene saman?Sudah tentulah Pengerusi dan AJK BERSIH.

Mahkamah sudah tentu akan membicarakan semua ini selepas PRU ke 13. Untuk mengelak semua ini sudah terlambat. Seperti se orang pendemo yang mengatakan POLIS menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan "PERUSUH" dan kejam katanya. Sedangkan peluru itu masih belum di gunakan dan bagaimana peluru hidup itu berada di tanganya dan gambarnya di poskan ke dalam Blog dengan tujuan Provok bagi pihak POLIS sedangkan dalam masa yang sama POLIS kehilangan sepucuk pistol di rampas dari POLIS Trafik semasa kejadianmemukul POLIS.  Bukankah itu jerat memakan tuan namanya?

Melihat kepada kebodohan pendemo yang menunjukkan peluru hidup ini maka tidak mustahilah IQ pendemo ini adalah di bawah paras "KECERDIKAN". Itulah sebabnya mereka ini mudah di pergunakan. Begitulah juga dengan AJK BERSIH 3.0 ini digunakan oleh MASTERMINDnya. Sekiranya saman keatas mereka ini berjalan.....Mahkamah tidak boleh di persalahkan lagi....kerana kes liwat Bapa President pun dia menang....maka untuk round kali ini sudah semestinyalah kekalahan yang menunggu. Ini putaran alam. Kali ini mereka bukan saja kalah, tapi amat malang....ada diantara mereka yang akan di istiharka muflis oleh mahkamah.

 Profesion Baru Bekas Peguam

Sekiranya semua ini terjadi, selepas PRU ke 13, pasti ada pilihanraya kecil. Bagaimana kalau Bapa President yang menang tapi muflis? Bagaimana TGHH yang menang tapi muflis, bagaimana kalau Tian Chua yang menang tapi muflis? dan tidak mustahil akan ada Aci menjunjung raga menjual kacang puteh di Dataran Penjajah yang akan bebas masuk dan keluar dari Dataran ini menjual kacang puteh tanpa ada dawai berduri, tanpa di marah DBKL dan tanpa sesiapa memarahinya kerana dia adalah seorang penjaja kecil yang menumpang mencari makan di Bumi Melayu yang Berdaulat lagi Bertuah ini. Semua ini terjadi selepas LESEN PEGUAMnya di tarik balek apabila mahkamah menjatuhkan hukuman muflis kerana gagal membayar saman yang berjuta ringgit itu di sebabkan ia berdosa mengepalai BERSIH dan lesen peguamnya pun di "BERSIHKAN" oleh mahkamah yang adil lagi saksama.  


Tapi semua ini tak mungkin terjadi. Ini kerana sebagai seorang PEGUAM mereka mampu membuka kunci penjara hanyalah dengan mulut sahaja. Tapi bagaimana dengan perintah mahkamah yang mereka langgari itu....iakan sama dengan mereka melanggar benteng POLIS untuk masuk ke Dataran MERDEKA yang telah tercemar itu. Inikah yang dikatakan UNDANG-UNDANG RIMBA seperti yang mereka selalu war-warkan satu ketika dulu?

amukanmelayu - siapa nama ACI ini?