,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 15 April 2012

ADAM ADLI - ayam tambatan yang terkena selesema burung......

Adam Adli Punca Demonstrasi PTPTN Gagal?

MEMALUKAN.  Itulah yang mampu penulis katakan mengenai kegagalan demonstrasi mahasiswa bagi mendesak pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Penulis memang dari awal ragu-ragu dengan keputusan mengadakan demonstrasi Mansuh PTPTN ini dan tindakan meletakkan Adam Adli mengetuainya atas pelbagai sebab yang jelas disini.
Dan ternyata, kebimbangan penulis itu berasas bila dilaporkan hanya 300 orang sahaja yang menyertai demonstrasi pemansuhan PTPTN ini, manakala rancangan asal untuk berarak dari Padang Merbuk ke Dataran Merdeka juga tidak berjaya kerana penulis difahamkan perarakan bermula di Masjid Jamek hingga ke Sogo.
Apa masalahnya?  Bukankah Adam Adli sahaja didakwa mempunyai sokongan beribu mahasiswa, kenapa nak mengumpulkan 5,000 orang peserta pun tidak mampu?  Begitu juga dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikatakan mewakili puluhan ribu mahasiswa lain di merata tempat dalam negara.
Atau isunya tidak menarik?  Penulis tidak rasa begitu, siapa yang tidak mahu hutang dihapuskan dan mendapat pulangan wang atas pinjama terdahulu?  Sudah tentu silapnya adalah dengan Adam Adli sendiri.
Perlu diingat, kegagalan hari ini tidak boleh dipandang ringan kerana dalam masa yang sama kita bercakap tentang Bersih 3.0 yang akan mengumpulkan 500,000 orang peserta dan demonstrasi hari ini sebagai warming up kepada demonstrasi yang lebih besar pada 28 April itu?
 MAHASITUA
Itu pun penulis mendengar, bukan semua yang hadir adalah mahasiswa tapi kutu jalan yang dipungut untuk meramaikan peserta, benarkah begitu?  Jika benar, maka anggapan penulis sebelum ini bahawa Adam Adli tidak punya karisma sebagai pemimpin mahasiswa adalah benar juga.
Nak salahkan polis, tidak ada sekatan jalan atau ‘penguncian’ bandar yang dilakukan seperti demonstrasi Bersih 2.0 dahulu.  Jadi, dimana silapnya sehinggakan jumlah kehadiran peserta demonstrasi amat mengecewakan sekali.
Penulis bimbang, kegagalan hari ini akan memberi kesan kepada rancangan mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 pada 28 April nanti.  Tambahan pula penulis lihat, kebanyakkan media arus perdana tidak langsung memberikan liputan mengenai perhimpunan itu nanti dan ini merupakan satu kerugian kepada kita semua.
Seolah-olah perkara ini telah diblackout sepenuhnya.
Penulis berharap, sampai masanya Pakatan Rakyat mengkaji semula kerjasama dengan Adam Adli, SMM dan persatuan mahasiswa lain yang bersekutu dengan mereka.  Penulis bimbang, kesemua mereka ini hanya menghabiskan peruntukan yang diberikan kononnya untuk membantu perjuangan Pakatan Rakyat, sedangkan mereka sudah terbukti gagal.
PKR mempunyai gerakan belia yang lebih berwibawa, dibawah pimpinan Chegu Bard (SAMM), paling tidak pelbagai biro dibawah Angkatan Muda Keadilan (AMK).  Lebih baik digunakan jentera sedia ada yang lebih berpengalaman ini daripada diletakkan harapan kepada mahasiswa setahun jagung seperti Adam Adli dan kumpulannya.
Beginilah, demonstrasi ini gagal atas 2 sebab yang penulis kenal pasti sebagai punca utama.  Pertama, kerana kesilapan meletakkan Adam Adli mengetuai demonstrasi ini, kedua, kegagalan menjelas dengan sepenuhnya perincian bagaimana Pemansuhan PTPTN dan Pendidikan Percuma ini akan dilaksanakan nanti.
Kalau tanya pendapat penulis pula, demonstrasi hari ini GAGAL, MEMALUKAN DAN MENGHABISKAN BERAS SAHAJA - etikal asal dari suarapakatanrakyat

amukanmelayu - setiap sesuatu bermula dengan NIAT. Buruk niatnya maka BURUKlah akibatnya.