,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 22 April 2012

CINA ADALAH JARUM DALAM PEMBANGUNAN UNTUK MENGKAYAKAN ORANG MELAYU


Taukeh dibelakang demo halang RAPID Pengerang?

Projek Hab Minyak dan Gas (HMG) Pengerang atau RAPID yang bernilai RM60 bilion akan melibatkan 10 buah kampung - dengan jumlah penduduknya lebih kurang 4,000 orang, daripada 1,268 keluarga.

Selain pampasan dalam bentuk wang, setiap keluarga yang terlibat dan terpaksa dipindahkan akan diberi sebuah rumah kediaman dengan tanah seluas 0.8 hektar (hampir 2 ekar).

Dalam fasa pertama pemindahan, 570 keluarga daripada tiga buah kampung (iaitu Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang dan Kampung Langkah Baik) terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada projek HMG ini yang dijangka akan mula beroperasi pada Oktober 2013.

Manakala dalam fasa kedua nanti, operasi pemindahan akan melibatkan penduduk tujuh kampung selebihnya, iaitu Kampung Sungai Buntu, Jawa, Lepau, Bukit Buluh, Batu Mas, Sebong dan Penyerang. Kesemua penduduk kampung ini akan dipindahkan ke suatu lokasi penempatan baru seluas 474.8 hektar terletak di Teluk Ramunia ke arah sebelah timur dari pusat bandar Johor Bahru.

Ketika mengumumkan kerja pemindahan besar-besaran itu, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata kerajaan negeri sedang menjalankan proses penilaian pampasan tanah dan memberi jaminan kepentingan penduduk akan terpelihara memandangkan kerajaan negeri ada cukup pengalaman menyelesaikan isu sama membabitkan pengambilan lebih 12,000 hektar tanah bagi projek Nusajaya pada masa dulu.

Dalam tempoh 18 bulan mulai Mac depan ini, rumah penduduk yang dibina di penempatan baru itu akan siap sedia untuk dihuni. Sebelum akhir tahun 2013, setiap seorang warga 10 kampung yang dipindahkan itu akan menikmati hidup di rumah baru mereka dengan wang pampasan sekali. Dipercayai satu-satu keluarga boleh mendapat hampir RM500,000.

Tiba-tiba Bernama melaporan berikut pada April 5hb, 2012:

Nelayan Pengerang fail saman ke atas k'jaan Johor

Seramai 578 nelayan bot kecil dari 10 kampung di perairan pantai Pengerang, Kota Tinggi, hari ini memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi atas kerja penambakan laut berhubung projek pembinaan Terminal Petroleum Laut Dalam di kawasan perairan berkenaan.
Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui peguam Mohd Shujaa Halim daripada firma guaman Tetuan Shujaa Mazri & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, Menara MSC Cyberport, di Johor Bahru.
Mohd Shujaa yang ditemui pemberita berkata tiga defendan yang dinamakan dalam tuntutan itu ialah Pengerang Independent Terminal Sdn Bhd, Dialog E&L Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri Johor.
Dalam pernyataan tuntutan itu, kesemua nelayan terbabit memohon ganti rugi RM500,000 setiap seorang kerana kehilangan pendapatan.
Mereka turut memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan pertama dan kedua daripada meneruskan kerja sehingga tuntutan diberikan atau setelah perintah ganti rugi yang wajar diberikan.
Terdahulu, sebahagian daripada nelayan berkenaan berhimpun secara aman di pekarangan menara itu sebelum proses penyerahan writ saman dan pernyataan tuntutan berkenaan. - Bernama
Menurut Azalina
"Apabila saya siasat, yang banyak buat bising bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Orang kawasan saya baik-baik. Mereka terbuka kepada perbincangan. Mereka tak pernah cakap kerajaan zalim, malah berterima kasih kepada kerajaan.”
Kita tahu bahawa Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub sudah ditugaskan ke Johor. Pasti ini ada tangan dan jari jemarinya kerana rumah ibunya yang dahulu jarang sekali dikunjungi adalah di Tg Piai.


Satu email diterima memberitahu pula:
Orang cina Pengerang yg membantah projek Rapid sebenarnya didalangi oleh anak Robert Kouk.(nama sebenar tidak diperolehi penduduk pengerang panggil ANAK GULA). Mereka berharap dengan tentangan berterusan akan ditawarkan saham dalam projek tersebut. Anak Robert Kouk memiliki 2 bidang tanah seluas 200 ekar di Sungai Buntu dan 47 ekar di Tanjung Kapal....drp tkck1 joh....pl do something
Robert Kuok adalah orang terkaya di Malaysia dan juga adalah salah satu penasihat Iskandar Malaysia. Anak kelahiran Johor Baru ini rapat dengan keluarha-keluarga ternama Johor.

Sekarang kebanyakan business Kuok Group berpengkalan di luar Malaysia. Ada kami laporkan dia berjumpa Anwar Ibrahim. Dipercayai dia mahu lakukan sesuatu sabotaj ekonomi.

Tak lama, mereka memasuki pasaran roti dengan produk Messimo dengan kaum Cina berkempem memboikot roti Gardenia.

Lojikkah anak Kuok terlibat. Mana satu anak-anak Kuok yang lakukan boikot itu? 
 
amukanmelayu - dah lama dah AMUKANMELAYU membisikan yang selagi cina Malaysia ni tak berUgama Islam....selagi itulah mereka akan menyusahkan orang Melayu.