Akhbar kroni suruh Anwar berhenti politik jalanan dan letak jawatan
Baru-baru ini, satu kajiselidik online telah dijalankan oleh The Edge magazine yang menimbulkan persoalan samada Anwar patut letak jawatan kerana kalah di PRU13.
Kaji selidik ini menarik kerana The Edge magazine dipunyai oleh kroni lama Anwar, Tong Kooi Ong dimana mereka pernah bersama cuba mengusahakan pengambilalihan sebuah Bank dengan pembiayaan dari Hong Leong Bank.
Kaji selidik itu menunjukkan 76.29% rakyat Malaysia mahu Anwar Ibrahim menepati janji dan berundur dari politik setelah gagal ke Putrajaya.
Perlu dingat bahawa The Edge dibaca oleh golongan masyarakat korporat dan big business di mana pembacanya kebanyakkan adalah golongan menangah dan atas dari peniaga dan professional cina dan orang Melayu urban yang terbat dalam dunia korporat.
Kedua-dua golongan ini adalah pengundi DAP dan Pakatan Rakyat serta merupakan penyumbang kepada dana pilihanraya Pakatan.
Samada ini adalah petunjuk majoriti rakyat Malaysia sudah mula bosan dengan politik jalanannya tidak dapat ditentukan lagi. Yang pastinya penyokong utama anwar sudah mula bosan dengan kepimpinan anwar.
Masyarakat komersial mahu Anwar menerima kekalahan ini supaya rakyat boleh kembali bersatu dan bersama memajukan negara, bukannya tak habis-habis menunjuk perasaan di jalanan.
AMUKANMELAYU - Satu-satunya PM di dunia ini dan yang ke 7 di Malaysia PM nya enggan menggunakan dan tinggal di PUTRAJAYA. Pejabatnya hanyalah di Tropikana dan "SEPANJANG JALAN" . Raayat Malaysia merasakan INI KALILAH dapat merasakan betul-betul PM berjiwa raayat. Para menterinya pula berpeleseran mencari SALAH orang lain kerana itulah kerja mereka dan raayat amat suka dengan cara mereka mentadbir negara.....