Pengerusi Lembaga2 Sekolah Mubaligh Kristian dilantik Timb. Menteri Pelajaran II Dalam Kabinet NAJIB
Apakah rahsia atau sebab musabab PM Dato Seri Haji Mohd Najib Tun Razak melantik YB Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran II ?
Apakah PM Dato Seri Haji Mohd Najib tidak sedar bahawa YB Mary Yap Kain Ching ini adalah :
Apakah PM Dato Seri Haji Mohd Najib tidak sedar bahawa YB Mary Yap Kain Ching ini adalah :
- Pengerusi Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia (FCCMSM)
- Pengerusi Lembaga Pendidikan Dioses Anglikan Sabah ( Sabah Anglican Diocese of Education )
- Pengerusi Majlis Sekolah Kristian Mubaligh Sabah ( Sabah Council of Christian Mission Schools )
Didalam kekalutan
pelbagai kes2 melibatkan pergerakan evangelis Kristian melakukan usaha2
untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia ini dengan agenda2 halus
indoktrinisasi kefahaman Kristian kepada masyarakat Melayu yang mudah
terpengaruh dengan ajaran2 kuffar ini, PM Dato Seri Haji Mohd Najib Tun
Razak boleh pula pergi melantik Pengerusi pelbagai macam lembaga
Kristian di Sabah dan seluruh Malaysia ini sebagai Timbalan Menteri
Pelajaran II!
Tak habis lagi kalut
dengan isu penggunaan Kalimah Allah oleh pihak Gereja Kristian untuk
Tuhan Trinitas (3 dalam 1) mereka, Najib pula buat hal dengan melantik
Pengerusi pelbagai macam Lembaga Sekolah2 Mubaligh Kristian jadi
Timbalan Menteri Pelajaran II Malaysia!
Jenoh lah Presiden Persatuan Peguam2 Muslim Malaysia, Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar
(gambar) terpaksa bangun membantah sekali lagi! Penat tau kawan tu
terpaksa bekerja keras untuk memantau dan membanteras penularan
serangan2 Kristian terhadap akidah umat Islam Malaysia secara berterusan
sekain lama ini!
JAKIM dan segala Jabatan
serta Majlis2 Agama dibawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri di
kekang dengan pelbagai macam kerenah birokrasi dan membantutkan usaha
mereka didalam mengekang pengaruh Kristian ini yang mempunyai sokongan
dana yang melimpah ruah dari pelbagai pertubuhan2 Kristian dari serata
dunia amnya dan khususnya dari Amerika Syarikat, UK dan Jerman.
Sekarang Najib menambah
satu lagi masaalah kepada persatuan2 dan pertubuhan2 PEMBELA Islam
diMalaysia dengan melantik seorang yang terang terang menjadi kepala
pertubuhan2 mubaligh Kristian untuk menjadi Timbalan Menteri Pelajaran
kita walaupun yang bernombor 2!
Buang tabi'at ke Dato Seri?
Ini sudah seperti menjemput ketua serigala menjadi pengawal biri biri!
Bolehkah Najib menjamin bahawa YB Mary Yap Kain Ching tak akan sekali kali menggunakan kuasa dan kedudukan nya sebagai seorang Timbalan Menteri Pelajaran II untuk membantu mana mana usaha para mubaligh Kristian didalam meneruskan agenda evangelis mereka di dalam sistem pendidikan negara ini?
Bolehkah Najib menjamin bahawa YB Mary Yap Kain Ching tak akan sekali kali menggunakan kuasa dan kedudukan nya sebagai seorang Timbalan Menteri Pelajaran II untuk membantu mana mana usaha para mubaligh Kristian didalam meneruskan agenda evangelis mereka di dalam sistem pendidikan negara ini?
Lihat sahaja usaha
mereka untuk menggunapakai perkataan 'ALLAH' sebagai gantinama bagi
Tuhan Trinitas (3 dalam 1) mereka didalam penerbitan gereja:
Perkara melantik pemimpin bukan Islam bagi mentadbir urusan2 pendidikan bagi seluruh tanahair ini bukan suatu perkara kecil.
Timbalan Menteri
Pelajaran III YB Kamalanathan A/L Panchanathan dari MIC terkenal sebagai
seorang yang neutral dan seorang Ahli Parlimen bagi Parlimen Hulu
Selangor yang berkhidmat dengan cemerlang kepada semua.
Tak ada sebarang risiko
dengan perlantikan beliau ke jawatan Timbalan Menteri Pelajaran III.
Saya kenal secara peribadi akan YB Kamalanathan dan boleh menjamin akan
ketelusan beliau. Insya Allah.
Tetapi bab Mary Yap ini menggusarkan saya dan saya percaya rakan2 saya didalam pergerakan2 PEMBELA Islam berfikiran serupa.
Apakah nasi sudah menjadi bubur didalam perlantikan ini?
Dapatkah Perdana Menteri
memberi jaminan bahawa segala tindak tanduk Timbalan Menteri Pelajaran
II yang dilantik beliau ini TIDAK AKAN MENGGANGGU GUGAT HAL EHWAL para
pelajar seMalaysia yang beragama Islam selama tempoh perkhidmatan nya
selama 5 tahun akan datang ini???
Ini soalan2 yang sedang bermain dikepala kami - by
Haji Zainol Abideen