ANWAR DISERANG, KETIKA BERSELINDUNG DI SEBALIK KAIN KAK JAH |
Dalam hati setiap penyokong mana-mana parti seperti ada KUASA LETRIK, mereka akan menyinga bila menegur pemimpin mereka. Tambahan lagi penyokong DAP dan PKR. DAP akan menyerang dengan MENGHINA ISLAM dan Orang MELAYU melalui RBA dan orang perseorangan yang LAGAK SAMSENG dan PKR pula akan menyerang melalui PAKAR SRATEGI dan Bogger yang menyekong mereka dengan mencari apa-apa juga FAKTA walau pun ianya nampak BODOH.
Semenjak dari LANGKAH KAJANG hinggalah kepada PEMILIHAN Parti PKR seakan politik Malaysia tidak pernah rede dengan sengketa. Kalau dulu PAS dengan UMNO bagaikan PLASTINE dengan YAHUDI, tapi Yahudi dan Plastine ada juga GENJATAN SENJATAnya, kini PKR pula cuba mencari PUBLISITI dengan MENGHURUHARAKAN parti sendiri.
Pada pendapat penulis....inilah caranya untuk mengekalkan momentem supaya PKR akan terus bermain dimulut rakyat.....mereka ada BALACInya yang akan sentiasa memutarbelitkan cerita dengan terlebih dulu mereka meninggalkan KETIDAKEPERCAYAAN penyokong mereka kepada sistem Kehakiman, Polis, Undang-undang, RTM, TV3, Utusan dan apa juga SALURAN PENERANGAN Kerajaan.
Dengan itu segala penerangan kerajaan di anggap bohong dan menipu. Sebaliknya HARAKAH, ROKET, KEADILAN dan juga Blog yang menyokong mereka di anggap berita yang betul. Kini....rakyat tidak lagi TERDIDIK sebaliknya akan menjadi penentang ke atas apa-apa juga rancangan Kerajaan walau pun baik untuk Rakyat dan Negara. Mereka inilah yang sedia MATI bersama Anwar walau pun tindakan Anwar itu salah tapi semua itu betul bagi mereka.
PETALING JAYA: Akibat enggan tunduk terhadap desakan supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Terdesak dengan agenda untuk menggulingkan Abdul Khalid, PKR menerusi Lembaga Disiplinnya pada Selasa mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadapnya yang perlu dijawab dalam tempoh tiga hari.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, tindakan disiplin itu dibuat berdasarkan kenyataan terbuka Abdul Khalid pada 22 Julai lalu yang enggan mengosongkan kedudukannya selaras keputusan parti.
Abdul Khalid perlu menjawab surat berkenaan selewat-lewatnya pada Jumaat ini.
“Mesyuarat Khas MPP pada 21 Julai membuat keputusan sebulat suara bahawa Presiden PKR merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
“Namun kenyataan media Tan Sri Khalid pada 22 Julai secara terang-terangan telah mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Keputusan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Abdul Khalid dibuat pada mesyuarat Khas Biro Politik PKR pada Ahad lalu.
-mSTar
KENYATAAN RASMI KHALID IBRAHIM BERHUBUNG PEMECATANNYA DARI PARTI PKR
Ada Sabotaj Peringkat Tertinggi Parti Terhadap Saya
Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.
Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab,
pihak parti itu sendiri keliru dengan maklumat lanjut mengenai tuduhan terhadapn saya.
Malah, PKR gagal menjelaskan secara khusus artikel dalam perlembagaan parti yang telah saya cabuli.
Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin ditangguhkan kepada 15 Ogos 2014 tetapi tiada jawapan balas diberikan.
Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa mendengat penjelasan daripada saya.
Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab tuduhan terhadap saya mengikut proses yang betul. Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti.
Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, dan mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.
Sehingga isu ini diselesaikan mengikut prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar mengikut kemampuan saya.
Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini.
TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
KENAPA TANGAN KHALID DIGIGIT ANJING?
6 sebab mengapa PKR perlu kekalkan TSKI sbg MB Selangor.
1) Hal melibatkan PKR sendiri, yg patut DSAI ingat jasanya wahai Datuk Seri! TSKI telah berjaya menyelamatkan premis HQ PKR dari dilelong oleh pihak bank, yg mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dgn bayaran sewaan bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yg mencecah setinggi RM 600,000 setakat Jun 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan itu. Maka dtglah seorang hamba Allah yg juga ahli seumur hidup PKR memberi SUMBANGAN PERIBADI bg menyelamatkan HQ PKR itu dari dilelong sbyk RM 4,600,000.00 dan membolehkan PKR mebeli dan memiliki bangunan itu. Hamba Allah itu adalah TSKI!!!
2) Masalah yg dihadapi oleh PKR ini adalah tidak reti urus tadbir kewangan parti sehingga sekali lg bangunan HQ PKR hendak dilelong. Kali ini melibatkan HQ PKR Selangor sendiri, negeri yg DSAI nak cuba nasib jd MB tu...bangunan itu telah disita akibat gagal membayar sewaan bulanan sehingga tertunggak berbulan lamanya. Tanpa ramai manusia tahu sama ada org PKR malah jauh sekali YB Hanifa Mydin nak tahu...sekali lg muncul manusia yg org gelar dgn gelaran 'gagap' itu utk membantu dgn kos SENDIRI hasil dari titik peluhnya mencari rezeki utk keluarga tp yg dibantunya adalah utk parti kesayangannya walaupun partinya nk jatuhkanya! Adakah YB Khalid Samad tahu??? Tentu tahu tp diamkan shj.
3) TSKI juga dlm diam dan tanpa diketahui umum malah ahli PKR sendiri jauh sekali Rafizi Ramli nak ambil kisah...beliaulah yg membantu membayar saman, kos guaman serta makan minum para demonstran serta pimpinan PR yg ditahan pihak berkuasa!
4) Dalam menghadapi PRU ke-12 dan ke-13 serta PRK Sabah, Sarawak serta Semenanjung yg ditandingi PKR sejak 2008, tanpa kita ketahui kebanyakan duit poket utk gerak kerja PKR dlm siri pilihanraya tersebut yg hampir mencecah RM 6 juta dtgnya adalah dari insan yg bernama KHALID IBRAHIM bkn Anwar Ibrahim! Beliau guna wangnya sendiri bg menampung perbelanjaan pilihanraya utk parti yg sdg membunuh karakternya sbg MB yg cemerlang dek kerana nafsu gelora seorang mahkluk Allah utk berkuasa!
5) Tanpa PKR memberitahu kpd ahli mahupun umum tentang kos perbelanjaan bg mengadakan Mesyuarat Agong serta Kongres PKR sejak 2006 hingga 2013, kita tidak akan tahu bahawa SUMBANGAN PERIBADI TSKI shj utk program itu adalah sbyk RM 1.5 juta bro!!! Termasuk juga kos bg mengadakan Konvensyen PR peringkat nasional dan Selangor. Adakah YB Tony Pua tahu hal ini?? Belum tentu tahukan...
6) Dan terakhirnya, sumbangan peribadi beliau yg amat bermakna dan menjadi kegilaan serta kebanggan PKR dan PR tentu kita tidak lupa iaitu BAS serta TRELER Jelajah Rakyat! Sejumlah RM 600 ribu telah disumbangkan beliau bg tujuan pengubahsuaian dan kemudahan dan tidak termasuk kos selenggara kenderaan itu. Persoalan: Di manakah kenderaan "transformers" itu sekarang??
Beliau pernah berkata " Jangan ambil kira pemberian sy kerana PKR beri lebih byk daripada itu, bkn harta tetapi peluang utk sy menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin oleh org yg amanah dan bertanggungjawab!
Kalau diambil kira, itu tidak berapa ikhlas. Habislah pahala sy. Biar Allah yg tentukan ganjaran. Sebab itu sy minta sumbangan sy itu tidak diambil kira. Itu kira hangus shj". Katanya dlm membuat pengumuman bertanding jwtn Timb. Presiden PKR.
Walaupun beliau sering dilabel sbg "kedekut" tp dgn sedikit nukilan sy di ats dpt membuka mata dan minda rakyat Selangor utk tahu apa yg perlu dikedekutkan dan apa yg perlu diberi infaq.
Kerana belum tentu semua MB atau pemimpin sanggup berhabis jutaan ringgit utk partinya jika dia tahu partinya sendiri tikam belakangnya!!!
Tetapi itulah Tan Sri Khalid Ibrahim.
Moga Selangor terus maju, makmur, aman dlm naungan Allah s.w.t.
Lt(B) Kamaruzaman Ahmad Nor
Saujana Rawang, Selangor.
Adakah Perkiraan Anwar Betul?
Kalau nak diikutkan perkiraan pada hari ini, pemecatan Khalid akan memberikan kesan besar terhadap Anwar Ibrahim dan PKR.
Kalau nak diikutkan daripada percaturan kiraan undi dalam sidang DUN, jika PAS tidak menyokong DAP dan PKR, maka kedua dua parti tersebut hanya mempunyai 28 kerusi sebelum di tolak seorang ADUN yang menjadi speaker.
Jika speaker di kecualikan maka DAP dan PKR hanya mempunyai 27 kerusi dimana DAP mempunyai 14 kerusi dan PKR mempunyai 13 kerusi.
Dan kini, PAS mempunyai 15 kerusi, Barisan Nasional mempunyai 12 kerusi dan satu kerusi bebas iaitu Khalid.
Memang ada yang mengatakan bahawa undi Speaker adalah undi penentu tetapi itu hanya akan berlaku sekiranya kedua dua pihak memiliki kerusi yang sama banyak atau undi yang sama banyak.
Tapi dalam keadaan sekarang, DAP dan PKR hanya mempunyai 27 kerusi berbanding dengan PAS, BN dan Bebas mempunyai 28 kerusi dan ini bermakna jika 28 ADUN ini menyokong Khalid maka satu kerajaan campuran akan wujud di Selangor dan ini sebenarnya kesilapan dalam congak kira kira Anwar. Itu belum kira kalau ada geng Khalid dari PKR yang akan menyertainya, atau ada geng PAS yang tak menyokong Khalid dikekalkan.
Jadi sekarang Anwar sendiri dah checkmate dengan matematik yang dicipta oleh beliau sendiri, selamat jalan Anwar Ibrahim.
P/S Khalid pula sudah tidak ada locus standi untuk menimbulkan isu tentang PKR kerana bukan lagi ahli. Selalunya keputusan mahkamah begitu.
Jika mahkamah merasakan PKR telah salah memecat Khalid tanpa prosedur yang betul, Khalid boleh kembali sebagai ahli dan PAS tidak akan sokong PKR. DAP pun tak boleh sokong sepatutnya.
PAS hanya mesyuarat 17hb jeng jeng jeng ...
AMUKANMELAYU - Cina hanya menunggu peluang untuk menggulingkan KERAJAAN MELAYU MALAYSIA..........