Salinan Asal Surat @khalid_ibrahim Menjawab Tuduhan Salah Laku Terhadap Beliau
ISMAIL SABRI JADI MENTERI PERTAMA BATALKAN URUSNIAGA DENGAN HSBC
Beberapa hari lepas, HSBC yang berpangkalan di London telah membekukan semua akaun pengguna di negara itu yang disyaki menghantar dan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Walau bagaimanapun, HSBC tidak membekukan atau mengambil tindakan terhadap pertubuhan-pertubuhan yang membantu Zionis yang menjadi pelanggannya.
Kempen memboikot HSBC telah dijalankan. Walaupun agak perlahan dan kurang memberangsangkan, namun sudah ada pihak yang menamatkan dan memansuhkan akaun bank mereka dengan HSBC.
Teladan yang ditunjukkan oleh Ismail Sabri harus diikuti walaupun pada masa yang sama, banyak pihak yang sangat bahlol, tidak dapat melihat atau mengiktiraf kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin beranggapan, tindakan boikot merupakan tindakan tidak berpelajaran.
\
Penulis agak terharu dengan tindakan drastik yang telah dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani. Menutup semua akaun bank HSBC. Tindakan berani ini telah membuka mata pihak Bank yang telah membekukan penglibatan aktivis kemanusian yang memberikan bantuan pada rakyat di Gaza.
Malaysia mengambil pendekatan membantu rakyat Palestin yang ditindas serta diserang tanpa belas kesian oleh Rejim Zionis.
Sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Malaysia tidak menjalin hubungan
diplomatik dengan Israel kerana tindakannya menzalimi dan menafikan hak
rakyat Palestin. Sehingga hari ini pendirian berprinsip dan konsisten
terus menjadi asas dasar luar Malaysia.
Israel ditubuhkan dalam tahun 1948 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) dengan garis persempadanan yang ditetapkan. Palestin dijanjikan
haknya oleh PBB untuk menubuhkan sebuah negara merdeka dan sehingga
sekarang hasrat mereka belum lagi terlaksana.
Hari ini Israel terus memperluaskan wilayah negaranya, sedangkan
Palestin terus mengecil dan terkepung disebabkan kekalahan dalam
peperangan. Penaklukan Israel walaupun tidak diiktiraf oleh PBB dan
masyarakat antarabangsa, ia tidak diendahkan.
Pada Malaysia, Israel telah menzalimi dan menindas masyarakat Palestin
hingga menjadi pelarian serta tanah mereka turut dirampas. Namun
demikian daripada pengamatan Malaysia, Israel tidak mungkin dikalahkan
dengan pendekatan persenjataan. Setiap tindakan rakyat Palestin dibalas
dengan tindakan ketenteraan melampau.
Mereka membesarkan wilayah dan memperluaskan kawasan kependudukan baru
walaupun dari segi undang-undang antarabangsa tindakan tersebut adalah
tidak sah. Di setiap peperangan di antara Arab/Israel, berakhir dengan
kekalahan negara-negara Arab. Ini adalah disebabkan Israel merupakan
kuasa ketenteraan yang terkuat di Asia Barat dan disokong pula oleh
kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika syarikat (AS) dan United Kingdom
(UK).
Yang jelas AS/UK tidak akan membenarkan Israel ditewaskan dalam
peperangan dengan negara Arab. Justeru hakikat sebenar tidak mungkin
negara Palestin dapat dibentuk dengan pendekatan persenjataan ataupun
intifada.
Bila Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau sedar
pendekatan terbaik untuk merealisasikan aspirasi rakyat Palestin adalah
melalui rundingan diplomasi untuk mencapai kedamaian dan pembentukan
sebuah negara Palestin yang berkekalan.
Malaysia yakin melalui rundingan diplomasi dan rumusan politik yang
disokong oleh masyarakat antarabangsa khususnya PBB dan kuasa-kuasa
besar dunia, hasrat menubuhkan negara Palestin boleh tercapai (rujuk
surat-surat beliau kepada tiga PM Israel yang menekankan perkara ini).
Pada era Dr. Mahathir, Malaysia terus berada di hadapan memainkan dan
mempengaruhi agenda multilateral menerusi PBB, OIC, NAM dan ASEAN dan
begitu juga di peringkat bilateral. Lantaran itu pendirian dan penyataan
Malaysia menjadi lantang di seantero dunia.
Pendirian itu diketahui dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa
termasuk Palestin, AS dan negara-negara Eropah serta negara-negara Islam
dan Arab lain. Sikap dan pendirian Malaysia diketahui umum, melainkan
mereka yang buta kebenaran.
Kini kewujudan Israel tidak lagi dipertikaikan oleh negara-negara Islam
dan Arab di atas alasan mahu memberikan peluang kepada kedamaian. Mesir
dan Jordan telah pun menandatangani perjanjian damai serta mengadakan
hubungan diplomatik dengan Israel selain Turki yang sememangnya
mengiktiraf Israel dari awal lagi.
Negara-negara Islam menerima asas perjanjian-perjanjian damai yang
ditandatangani di antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)
sebagai satu jalan munasabah bagi melahirkan negara Palestin, yang
hidup sebelah menyebelah dengan Israel dalam keadaan aman dan selamat.
Namun begitu, lebih 60 tahun telah berlalu kemerdekaan Palestin masih
lagi tidak dapat dicapai. Terdapat 224 usul Majlis Keselamatan PBB sama
ada yang dibawa oleh negara membangun atau negara lain, Israel tetap
berdegil kerana AS sebagai Ahli Tetap Majlis Keselamatan itu melindungi
dan tidak teragak-agak menggunakan kuasa 'veto' terhadap apa-apa usul
yang dianggap bertentangan dengan kepentingan Israel.
Israel kononnya menerima jalan penyelesaian melalui rundingan damai
tetapi mereka gagal melaksanakan perjanjian-perjanjian yang telah
ditandatangani ataupun semangatnya. Dalam isu Israel, jelas PBB dan
masyarakat antarabangsa tidak berupaya dan dilihat lumpuh untuk
bertindak memberi keadilan kepada rakyat Palestin.
Israel memberi pelbagai alasan dan syarat-syarat baru jika hendak
memulakan rundingan. Pada masa sama pendirian Dr. Mahathir dan Malaysia
terhadap isu-isu Palestin tetap tegas dan jelas. Sekiranya tiga surat
rasmi Perdana Menteri Malaysia kepada Perdana Menteri Israel yang
didedahkan baru-baru ini tidak dikeluarkan sekalipun, dunia memang sudah
tahu pendirian Malaysia.
Mungkin ada seorang dua manusia yang tidak mahu menerima kebenaran
tetapi sebenarnya orang-orang itu menyokong Israel. Walaupun begitu
surat Dr. Mahathir kepada tiga Perdana Menteri Israel yang dikeluarkan
oleh kerajaan mendedahkan pembohongan sesetengah pihak. Ia memaparkan
ketinggian diplomasi Malaysia dalam menyuarakan pandangan dan
pendiriannya.
halid_ibrahim Menjawab Tuduhan Salah Laku Terhadap Beliau
- See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/08/salinan-asal-surat-khalidibrahim.html#sthash.xTe6WkJB.dpuf
PENYERAHAN SURAT TUNJUK SEBAB KEPADA TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
August 5, 2014
Dato’ Dr Tan Kee Kwong |
Mesyuarat Khas MPP pada 21hb Julai 2014 seterusnya telah membuat keputusan sebulat suara bahawa Presiden KEADILAN merangkap ADUN Kajang, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.
Namun kenyataan media Tan Sri Khalid Ibrahim pada 22hb Julai 2014 secara terang-terangan telah mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar Selangor.
Mesyuarat khas Biropolitik pada 3hb Ogos 2014 telah membincangkan perkara ini dan mengarahkan Lembaga Disiplin untuk mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut sebelum atau pada 8hb Ogos 2014.
Dato’ Dr Tan Kee Kwong Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN
TAN SRI KHALID MEMANG ANAK JANTAN
"JAWAPAN SURAT DARI TAN SRI KHALID"
KHALID IBRAHIM Buktikan Dia Anak Jantan, Bila Dia Sendiri Minta SPRM Menyiasatnya
Wednesday, 6 August 2014
Anwar Ibrahim mungkin tidak menyangka bahawa dia bukanlah yang paling
licik dalam politik, bahkan dia juga bukanlah orang pandai memandangkan
ada orang lain yang lebih pandai daripadanya. Cubaannya untuk
memandai-mandai sekarang ini sedang memakan diri. Niatnya menggunakan
konco-konconya dalam PKR untuk memalukan Khalid Ibrahim juga akhirnya
memecahkan lebih banyak rahsia dan pekung yang selama ini cuba
diselindungi oleh PKR.
Dan yang paling menarik ialah apabila Khalid Ibrahim bukan sahaja dengan sukarela meminta SPRM menyiasat diri dan harta serta perolehannya, bahkan turut membuat laporan di SPRM Putrajaya berhubung salah laku, penyelewengan dan rompakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PKR serta Pakatan Rakyat yang lain sepanjang mereka memegang jawatan di dalam GLC negeri Selangor.
Di Tingkat 7, Pejabat SPRM Selangor, Wisma PKPS, Seksyen 14, Shah Alam jam 2:45 petang tadi, Mohd Yasid Bidin yang merupakan Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor telah mengemukakan laporan prestasi dan pengisytiharan harta Menteri Besar Selangor.
Turut hadir adalah seramai lebih kurang 30 orang yang terdiri daripada Setiausaha Sulit dan Politik Menteri Besar seta beberapa orang wartawan tempatan.

Tujuan laporan tersebut adalah untuk membersihkan nama baik Khalid
daripada tuduhan-tuduhan liar yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin
PKR termasuklah Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan Zuraidah
Kamaruddin.
PKR cuba menjadikan urusniaga melibatkan tanah yang telah dijual kepada Tropicana oleh Kerajaan Negeri yang kemudian dijual pula oleh Tropicana yang dimiliki oleh Tan Bersaudara kepada EcoWorld yang dimiliki oleh bekas pengasas SP-Setia. Urusniaga tersebut bagaimanapun dihentikan oleh Khalid Ibrahim apabila dia berjaya mengesan penipuan yang cuba dilakukan oleh Tropicana.
Tindakan Khalid Ibrahim itu telah menyebabkan DAP mengamuk dan oleh kerana DAP cuba meminimakan kerosakan pada parti itu terutama sekali sokongan daripada masyarakat Melayu, DAP telah menggunakan PKR untuk merosakkan integriti Khalid Ibrahim dengan tuduhan-tuduhan liar.
Begitu juga dengan penstrukturan air di Selangor yang perjanjiannya telah dimeterai oleh Khalid Ibrahim dengan Kerajaan Pusat beberapa hari lepas, turut merugikan ramai kroni Anwar Ibrahim serta DAP yang sebelum ini sudah berangan-angan untuk hidup mewah hasil jualan air kepada rakyat dan penduduk Selangor serta Lembah Kelang.
Sementara itu, Khalid Ibrahim telah menjawab surat tunjuk sebab yang dihantar oleh PKR kepadanya semalam. Bagaimanapun menurutnya, dia hanya akan membuat ulasan selepas 10 Ogos berkenaan dengan usaha-usaha menyingkirkannya daripada jawatan Menteri Besar untuk digantikan oleh Wan Azizah.
Satu laporan turut dibuat di SPRM Putrajaya berhubung salahlaku, penyelewengan serta rompakan oleh pemimpin-pemimpin PKR sepanjang mereka diberikan jawatan dan kedudukan dalam beberapa buah GLC Selangor. Kemelut itu bertambah memuncak selepas Azmin Ali dipecat daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS tidak lama dahulu.

Khalid Ibrahim turut mendedahkan tentang RM50 juta yang telah digunakan
untuk membeli undi dan orang suruhan untuk menyediakan wang tersebut
adalah seorang lelaki Cina bernama LIM AH BAH.
Anwar Ibrahim sudah pasti tidak menjangka sama sekali tindakan Khalid Ibrahim sebegini. Apatah lagi keyakinannya bahawa Khalid Ibrahim akan sentiasa patuh kerana takut kepadanya, membuatkan Anwar tidak menjangka, Khalid Ibrahim sudah bersedia untuk melakukan sesuatu yang lebih besar.
Ada pihak yang berkata, semua ini sandiwara tahap tinggi semata-mata bagi membolehkan Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor dan menghalang Azmin Ali. Namun perkembangan terbaru menunjukkan Khalid Ibrahim sudah bersedia berkerat rotan berpatah arang, ditambah pula dengan sokongan yang diberikan oleh pucuk pimpinan PAS kepadanya.

Apa beza Kidex dan Penang Tunnel?
Terlebih dahulu apabila saya analisa pertuduhan berkenaan isu Kidex saya dapati antara yang dikemukakan adalah seperti berikut:
a) Kidex yang panjangnya 14.9km bakal menjadi jalan termahal di Malaysia dengan kos per kilometer dianggarkan pada RM161 juta.
b) Konsesi Kidex akan berkuatkuasa selama 48 tahun yang merupakan tempoh yang agak lama berbanding konsesi lain.
c) Projek dianugerahkan kepada kroni Umno secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka.
d) Kajian awal Traffic Impact Assesment (TIA) menunjukkan pengurangan kesesakan lalulintas yang tidak ketara.
2. Saya kira ramai yang keliru atau dikelirukan dengan fakta tentang pembinaan Kidex ini. Antaranya
a) projek ini adalah PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN.
b) Kerajaan Negeri tiada hak untuk menentukan jumlah kos dan tempoh konses serta kepada siapa projek ini diberikan.
c) Bagi tujuan pembinaan infrastruktur awam Kerajaan Negeri tidak boleh menolak permohonan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih tanah. Malah, menurut Kanun Tanah Negara, pengambilan tanah demi kepentingan awam dibenarkan dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
3. Bagi menangani keluhan rakyat yang terkesan secara langsung atau tidak langsung melalui projek ini, Kerajaan Negeri telah mengarahkan pemaju terbabit melakukan Public Opinion Survey atau Kajiselidik Pandangan Awam dan membentangkan hasil kajiselidik kepada Kerajaan Negeri sebelum 15 November 2014.
Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan agar sesi dialog dan pendengaran awam untuk memberi peluang kepada LLM dan Kidex Sdn Bhd membentangkan segala perincian mengenai projek termasuk kos, jangkaan manfaat, risiko dan impak negatif serta menerima pandangan sama ada bantahan atau cadangan penambahbaikan daripada masyarakat setempat.
4. Saya pelik kenapa TSKI dibantai teruk kerana projek yang bukan dibawah bidang kuasanya. Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada Kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng (LGE).
a) Sedang Negeri Pulau Pinang bakal membina Penang Tunnel yang bernilai RM4.63 billion sepanjang 6.5km.
b) Lebih malang projek yang dibiayai sendiri Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini dianugerahkan kepada Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.
c) Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan mana mana pihak. Namun kenapa rundingan terus?
d) Projek ini juga menerima bantahan dari penduduk dan banyak pihak sama seperti Kidex. Ramai yang mempersoalkan kewajaran membina terowong ini selepas pembinaan jambatan Ke-2 yang sudah memadai untuk melancarkan trafik masuk ke pulau.
e) Malah ada yang menegur LGE kerana pembinaan lebih banyak akses akan menyebabkan lebih banyak kenderaan masuk ke pulau yang sudah mengalami masalah trafik yang serius.
f) Terdapat juga cadangan agar daripada membina terowong lebih baik Kerajaan Pulau Pinang membina sistem LRT yang efektif dan kosnya dijangka hanya menelan RM 120 Juta per kilometer dan ianya bakal menyelesaikan masalah trafik di pulau.
5. Namun tindakan LGE ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan PR sepertimana TSKI dikecam dan didesak meletakkan jawatan.
6. Saya perhati, antara Faktor tentangan paling ketara adalah cara LGE menguruskan kewangan negeri.
a) Pada tahun 2014 adalah tahun ke enam (6) Kerajaan Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit dan yang terakhir bajet 2014 defisitnya adalah RM 255.44 Juta.
b) Apakah agaknya yang difikirkan LGE sehingga berani berbelanja besar dengan kewangan yang kritikal itu pada perkara yang tidak perlu? Dimanakah suara pimpinan PR dalam menegur sikap LGE ini?
c) Bukankah kita menentang rundingan terus satu ketika dahulu.
Nasrudin Hassan at Tantawi
Ketua Pemuda Pas Pusat
Ahli Parlimen Termerloh
AMUKANMELAYU - Lege.....dan semakin ramai yang masih ada "ANU"nya....ingatkan dah semuanya masuk kedalam macam kene hujan....