,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 4 March 2015

PasMa - DURI DALAM DAGING






"APA TUJUAN PASMA DITUBUHKAN?"
Agak lama untuk D'Seven dapatkan jawapan paling memuaskan hati D7!!
Pihak PasMa yg rata2nya adalah pemimpin dan ahli PAS ditubuhkan selepas "KRISIS MB SELANGOR" menjelaskan bahawa PasMa adalah "NGO" yang ditubuhkan bagi menjamin perpaduan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat kekal utuh.
Namun, sebilangan besar ahli PAS yang tidak menyokong PasMa melihat kewujudan PasMa adalah tidak lebih dari menjadi alat DAP dan PKR untuk menekan dan mendesak TG Hj. Hadi agar berundur sebagai Presiden Parti!
Apa pun tujuan disebalik penubuhan PasMa, D7 mempunyai pandangan D7 sendiri! Tiada perancangan yang lebih hebat selain perancangan dari Allah S.W.T... Itu jelas!! Penubuhan PasMa menjadi titik tolak pada perpecahan dalaman PAS yang mana akan terbahagi kepada 3 kelompok
I) Kepimpinan Majlis Syura Ulama.
II) PASMA.
III) Berkecuali.
Satu hal yang ahli PAS dan semua umat Islam walau dari parti mana sekalipun perlu sedar, mungkin semua ini ada hikmahnya! Allah S.W.T ingin menunjukkan kepada kita dengan mengasingkan individu2 dan kelompok2 didalam PAS kepada golongan penyokong MSU yang patuh pada kepimpinan Hadi dan juga golongan LIBERAL yang lebih menjunjung kepada kepimpinan Anwar Ibrahim dan DAP!! Tinggal lagi satu golongan yang berkecuali yang Allah masih memberikan mereka peluang untuk muhassabah diri. Kronologi ini juga mungkin mampu membuatkan Hj. Hadi dan para pemimpin MSU sedar akan kekhilafan mereka yang membentuk "TAHALUF SIYASI" bersama Pakatan Rakyat, terutamanya DAP!!
Walau bagaimana pun, itu cuma dari sudut pandang D7! Sahabat2 terutama dari pihak PAS sendiri, mereka tentu mempunyai "DALIL" mereka sendiri.
Allahualam....
Di Petik dari FB D 7


Duri dalam Daging....

PasMa belum sedia lapor polis dakwaan terima wang DAP


Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyifatkan perkara itu tidak benar, tetapi buat masa ini, katanya beliau hanya mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang dan menyeru orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang dakwaan selain kenyataan rasmi PasMa.
"Buat masa ini kita belum bercadang membuat laporan polis terhadap pihak yang cuba memburukkan imej PasMa.
Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan dakwaan kumpulan itu menerima dana DAP bagi menjatuhkan presiden PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Mac, 2015.
Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan dakwaan kumpulan itu menerima dana DAP bagi menjatuhkan presiden PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Mac, 2015.
"Kita serahkan perkara ini kepada penasihat undang-undang PasMa untuk pertimbangan sewajarnya," katanya.
Sebelum ini, Phahrolrazi menafikan dakwaan yang mula tersebar luas di beberapa laman blog dan portal berita mengatakan PasMa menerima wang imbuhan RM500,000 setiap tiga bulan sebagai ganjaran menjatuhkan Hadi dalam pemilihan PAS akan datang.
Terdahulu, sesetengah pimpinan PAS menuduh PasMa menjadi duri dalam daging kerana hubungan baiknya dengan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP dan PKR.
PasMa menjelaskan, ia mahu merapatkan kerjasama PAS dan PR yang merosot sejak kemelut menteri besar Selangor tahun lepas.
Antara lain, Phahrolrazi yang juga seorang pemimpin PAS peringkat negeri Kedah, pernah berkata, pelaksanaan hukum hudud di Kelantan perlu dirujuk dan mencapai kata sepakat tiga parti dalam PR.
"Jika mahu dilaksanakan juga hudud, ia harus mencapai konsensus di antara ketiga-tiga parti ini.
"PasMa tidak terlibat membuat keputusan terhadap isu yang spesifik, sebaliknya keputusan dibuat melalui satu konsensus," katanya menjelaskan pendirian PasMa yang melihat semua keputusan perlu dicapai secara bersama.
Ia bukan hanya meliputi isu hudud, malah termasuk juga isu persempadanan semula kawasan pilihan raya, katanya. – 1 Mac, 2015
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasma-belum-sedia-lapor-polis-dakwaan-terima-wang-dap#sthash.5E1muHbc.dpuf


Konspirasi gulingkan Hadi wujud sejak bertahun lalu – Nik Abduh


Tiada siapa pun boleh menyekat kebenaran hakikat usaha menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahkan usaha itu sebenarnya sudah wujud sejak dulu lagi kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyatakan demikian melalui status Facebooknya:
“Jangan dicabar anak-anak di bawah yang hidup terfitnah atas kesalahan kita sendiri. Kita yang di ataslah yang memulakan fitnah dan kemelut yang bermula daripada ‘kerja-kerja bodoh dalam PAS’ yang berusaha memisahkan Almarhum ayahanda TGNA daripada presiden PAS sejak bertahun dulu.
“Mahu nafikan usaha buruk itu?? Jika anda bermati-matian mahu nafikan, saya hidup-hidup akan istiqamah membenarkan apa yang saya kata.
Nik Abduh berkata beliau yakin antara ketenangan ayahanda Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat sebelum ajalnya adalah keharmonian hubungannya yang semakin teguh dengan para ulama syura PAS dan Hadi Awang.
Dalam kenyataan yang sama, beliau berkata sesiapa sahaja boleh menyatakan apa yang mereka mahu namun tiada siapa boleh hentikan kebenaran hakikat itu daripada didedahkan.
“Siapa pun boleh berkata, ‘marilah kembali tautkan ukhuwwah Islamiyah’. Tetapi tiada siapa pun boleh menyembunyikan hakikat bahawa kadang-kadang kalimah keramat itu adalah bertujuan menutup kekejian yang kian terdedah,” ujar beliau.
Nik Mohamad Abduh juga memberikan amaran kepada mereka yang cuba menyebarkan fitnah.
“Fitnah itu tidur dengan kehendak Tuhannya. Bila ia dibangkitkan, tiada siapa boleh tidurkannya lagi. Biarkan ia berlalu pergi dan anda hanya perlu berpaut pada dahan yang kukuh. Keselamatan diri adalah lebih utama.
“Petunjuk Allah adalah jelas pada hari fitnah. Semakin anda memberanikan diri, semakin anda dilitupi debu dan asap. Justeru ‘Takutilah fitnah..’ dengan kembali mentaati Allah, al Rasul dan ‘ulil amri minkum’. Sunnah al khulafa’ al Rasyidin adalah petunjuk sepanjang zaman,” jelas beliau.
Beliau juga berkata ada pihak yang mencabar untuk berdepat daripada kalangan AJK PAS Pusat.
“Kepada yang mencabar untuk berdebat daripada kalangan AJK PAS Pusat, saya berkata, kamu sudah ada presiden PAS untuk didebat. Bukankah ‘barua’ itu daripada kalam presiden? Bukankah sebahagian kita telah berkalam biadap di depan presiden?
Beliau berkata kembalilah taat kepada kepimpinan presiden dan hala tuju perjuangan PAS yang dipilih oleh ketua dan Majlis Syura Ulama.
“Ketaatan pada ketua adalah ibadah kepada Allah,” kata Nik Abduh.
Sumber Awani

PasMa Di Jadikan alat oleh DAP Untuk Agenda Agenda 3S 



Menurut laporan Utusan Malaysia, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mengingatkan parti itu tentang agenda mencurigakan membabitkan rakan sekutunya yang didakwa mahu membolot kekuasaan di Sabah dan Sarawak dengan menggunakan isu agama.

Beliau yang menamakannya sebagai Agenda 3S (Singapura, Sabah dan Sarawak) berkata, Pas perlu melihat lebih jauh dan bukannya sekadar menawan Putrajaya sahaja kerana ada musuh yang jauh lebih besar di selatan tanah air seperti PAP.Mohd. Zuhdi yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas mendedahkan, antara agenda utama gerakan itu ialah menjadikan Sabah dan Sarawak seperti Si­ngapura. Malah ada juga segelintir pemimpin politik DAP yang sering ulang alik ke Singapura.

Keakraban DAP dan PAP memang diketahui umum kerana DAP sebenarnya adalah pecahan PAP dan kini DAP sudah dapat melihat peluang untuk mereka menjadi pemerintahan PAP di Singapura apabila PAS memberikan peluang kepada mereka. Apabila mereka melihat PAS sudah bijak mengagak langkah jahat DAP, mereka terus menghasut ahli-ahli PAS yang boleh menjadi barua mereka untuk keluar dari PAS dan tubuhkan NGO bernama PASma.

PASma kini dijadikan alat dan puppet untuk melebarkan sayap DAP ke Sabah, Sarawak dan juga di kubu kuat PAS di Kelantan. Keberanian dan kebaculan DAP ini seharusnya dihentikan dengan kadar segera kerana akan mencetuskan perbalahan dan huru hara. Orang Melayu yang bersama DAP harus sedar akan permainan jahat mereka yang menaburkan duit apabila mahu menggunakan mereka dan akan tinggalkan mereka apabila objektif mereka tercapai.


AMUKANMELAYU - Ikutkan RASA=Binasa dan Ikutkan HATI=Mati dan Ikutkan NAFSU=Lesu..... Ramai kini cendiakawan yang berimejkan Ustaz dan Ulamak POLITIK telah  menjadi "PENGKHIANAT pada UGAMABANGSA.........