,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 7 March 2015

WAHABI - EPISOD 1


Definisi

Istilah “Wahabi” telah begitu sering kita dengar. Definisi yang muncul dari penyebutan istilah ini bahawa wahabi adalah suatu kelompok yang dinisbatkan kepada Syaikh Muhammad B. Abdul Wahab. Kelompok ini dianggap merisaukan bagi sebahagian pihak dari umat Islam. Wahabi dianggap pememecah belah umat, talibarut kerajaan Arab Saudi, agen Amerika, kelompok penghancur budaya Arab, dan lain-lain yang pelbagai lagi anggapan serta tuduhan. Namun, ada pula sebahagian yang lain, mendukung pula dakwah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahab ini.


Begitu banyak tersebar karya bertulis yang menjelaskan bagaimanakah fahaman beliau dalam aqidah dan fiqh. Mereka berusaha membela Syaikh dari pelbagai tuduhan golongan pertama. Jadi, apa yang hendak kita ketahui adalah dari mana sebenarnya asal-usul istilah “Wahabi” ini? Mengapa terdapat pro dan kontra terhadap dakwah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahab? Wahabi persoalan disebalik gerakan atau Ideologi ?

Apa itu wahabi?

Wahabi (Bahasa Arab: Al-Wahhābīyya‎ الوهابية) atau Wahhabisme merupakan satu fahaman atau aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain (Makkah dan Madinah) yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Bani Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud telah memerintah Arab Saudi sejak tahun 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi. Wahabi bukanlah suatu mazhab akidah ataupun mazhab fikah.

Fahaman ini disebut juga sebagai Wahabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya. Pihak British/Yahudi yang mencetuskan gelaran ini kerana melihat mereka ini sebagai ancaman terhadap penjajahan mereka. [perlu rujukan] Mereka menggelar-gelarkan orang kerana hendak memecah belahkan orang Islam. Golongan awal tidak pernah mengeluarkan perkataan Wahabi atau Wahabisme.[perlu rujukan] Golongan terkemudian lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud "satu Tuhan" dan mereka menurut pemikiran Imam Hanbali (al Hanbaliah, al Hanabilah) dalam masalah fikah, yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahli Sunah Waljamaah. Dalam hukum akidah pula, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taymiyyah.

Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.
Biodata ringkasMuhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'. Beliau telah mempelajari agama daripada Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi, bapanya iaitu Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa, beliau pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan pulang halamannya. Bapa serta abangnya telah meyifatkan bahawa beliau telah terlalu jauh menyimpang dan sesat.[perlu rujukan]


Beliau merupakan seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab. Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah.
Penyebaran fahamanSemasa di Madinah, beliau mendapati banyak amal ibadat orang Islam adalah bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.


Setelah berhijrah ke Basrah, beliau telah mengeluarkan fatwa yang ganjil dan akhirnya beliau telah diusir dan lalu pergi ke Hassa. Di sana, beliau telah berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif. Beliau diusir lagi, lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya, namun setelah mendengar fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.

Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak, malah sebahagiannya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.

Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.


Perubahan yang mereka lakukan ialah :

Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. [1]

Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi. Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.[2]

Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar suara.

Melarang membaca qasidah.
Melarang melagu-lagukan al Quran.
Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.[perlu rujukan]
Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

 Pandangan Siradjudin Abbas

Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :


Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
Mengambil sumber al Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa ijma ulama dan qias. Ijma' ulama' dan qias diambil sekiranya ianya berdalilkan al Quran dan hadis.
Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan) orang yang telah mati. Tawassul yang dibenarkan ialah sebagaimana terdapat dalam al Quran dan hadis (yakni dengan asma' al husna, amal soleh dan doa orang yang soleh).

Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya boleh mendorong orang ke arah musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan. Tugu-tugu sememangnya tidak dibenarkan dalam Islam bukan pihak wahabi yang mulakan
Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya kerana sebahagian qasidah-qasidah ini mempunyai kesalahan atau memuji secara melampau (ghuluw).[perlu rujukan]

Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain,[perlu rujukan] kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha kerana hadis nabi jelas menyatakan hanya ada dua hari raya bagi orang Islam.
Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu kerana tidak ada dalil al Quran atau hadis secara terus.

Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh. 

PERINGATAN: Terdapat fahaman lain juga yang diterima di dalam Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Bukan hanya Asy'ari sahaja.

Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w secara melampaui batas.[perlu rujukan]

Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.[perlu rujukan]

Azan tidak boleh berlagu.
Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
Imam tidak membaca "Bismillah" secara jahr nyata dalam Solat. [perlu rujukan]
Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain yang tidak bersumberkan al Quran atau hadith dilarang keras.
Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat adalah lebih utama berwirid secara individu
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Wahabi

Dicatat oleh ibnu sina


SEJARAH WAHHABI

Dalam kitab Fatwa al-Lajnah ad-Da’imah juz 2, hal 174 diterangkan:


Wahabiah adalah sebuah lafaz yang dilontarkan oleh musuh-musuh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab disebabkan dakwah beliau di dalam memurnikan tauhid, membasmi syirik dan membendung seluruh tatacara ibadah yang tidak dicontohkan dari Nabi Muhammad s.a.w. Tujuan mereka dalam menggunakan lafaz ini ialah untuk menjauhkan manusia dari dakwah beliau dan menghalangi mereka agar tidak mahu mendengarkan perkataan beliau”.

Wahhabi sebenarnya adalah diambil daripada nama Muhammad bin Abdul Wahab. Tetapi dinisbahkan kepada nama ayahnya iaitu Abdul Wahab sebagai “wahabi”. Padahal ayahnya tidak ada sangkut paut dengan dakwah yang di bawa oleh anaknya iaitu syeikh Muhammad bin AbdulWahab
Beliau berdakwah membasmi segala bid’ah dan syirik yang meluas ketika itu di tanah arab. Syeikh Ali Tantawi menyebut banyak jenis bid’ah berkembang sebelum kelahiran Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab sehinggalah kelahiran beliau:

“Orang awam percaya mereka boleh mendapat kebaikan dan menjauhkan musibah dengan meminta kepada kubur-kubur Nabi dan orang-orang alim, termasuklah pokok-pokok, busut-busut serta patung-patung. Mereka menyeru kepada benda-benda ini dan mereka berkorban atas nama orang-orang tersebut. Memuji yang mati menjadi popular. Daerah yang paling banyak amalan jahiliah baru ini”.

Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab atau nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid At-Tamimi al-Najdi. Beliau lahir pada tahun 1115H, dibandar al-U’yainah sebelah sebelah utara bandar Riyadh, Saudi pada waktu pemerintahan Bani Uthman (Uthmaniah) semasa sultan Ahmad ketiga yang memerintah antara tahun 1115H hingga 1144H. Wafatnya Syaikh Muhammad pada bulan dzulkaedah 1206H dalam usia 86 tahun rahimahullah.

GERAKAN ATAU IDEOLOGI ?

Seperti yang telah dijelaskan sebelumnya bahawa Syekh Muhammad bin Abdul Wahab (1115 – 1206 H / 1703 – 1791 M) tidak pernah mendeklarasikan namanya menjadi sebuah nama gerakan wahabi atau wahabiah. Istilah wahhabi atau wahabiah dinisbatkan pada nama beliau sebagai sebuah ejekan kepada muwahid yang mengesakan Allahu ta’ala dan tidak mau mencampuri tauhidnya dengan kesyirikan.
Beberapa umat muslim yang mengikuti pemikiran Syekh Muhammad bin Abdul Wahab pun menolak disebut Wahabi, karena pada dasarnya ajaran Ibnu Wahhab juga adalah ajaran Nabi Muhammad SAW, bukan ajaran tersendiri.

Hal ini hampir sama kejadiannya dengan istilah Quthbi yang dinisbatkan kepada Sayyid Quthb. Para umat muslim yang menyetujui pemikiran Islam Asy Syahid akan dipanggil Quthbi hanya karena Sayyid Quthb sangat teliti menjaga kadar tauhidnya untuk tidak bercampur kepada kesyirikan dengan menjadikan hukum buatan manusia sebagai petunjuk. Seakan-akan pemikiran Sayyid Quthb adalah “agama” tersendiri yang jauh menyimpang dari Al Qur’an.

Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab ialah Ulama yang concern menyeru umat muslim kepada tauhid dan berdo’a memohon hanya kepada Allah semata. Syekh Muhammad bin Abdul Wahab menjadikan hal ini sebagai prinsip sebab memang Allah-lah Yang Mahakuasa dan Yang Maha Menciptakan yang patut kita sembah, sedangkan selain Allah hanyalah adalah tuhan-tuhan palsu yang tidak akan bisa membawa manusia ke jalan keselamatan.

Adapun mahabbah (cinta kepada orang-orang shalih), bagi Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah dengan mengikuti amal shalihnya, tidak dengan menjadikannya sebagai perantara antara manusia dengan Allah, dan juga tidak menjadikannya sebagai tempat bermohon selain daripada Allah.
Ketegasan beliau pada tauhid tidak lain dilakukan karena Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab banyak mendapati kemusyrikan, kebathilan, serta bid’ah menyesatkan yang dilakukan Umat Islam di sekelilingnya pada zaman itu.

Di Madinah, misalnya, beliau mendengar permohonan tolong (istighaatsah) kepada Rasulullah SAW, serta berdo’a (memohon) kepada selain Allah, hal yang sungguh bertentangan dengan Al-Qur’an dan sabda Rasulullah SAW . Al-Qur’an menegaskan:

“Artinya : Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa’at dan tidak (pula) memberi madharat kepadamu selain Allah, sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zhalim.” [Yunus : 106]

Di Hejaz pun ia melihat hal serupa, Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab dengan mata kepala sendiri menyaksikan banyaknya pengkultusan kuburan para sahabat dan keluarga Nabi Muhammad SAW.

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab juga adalah seorang ulama yang sangat lantang menyeru kepada penguasa. Ia seorang ulama yang karismatik dan disegani sehingga mampu menda’wahi para penguasa untuk kemudian bekerja sama menghancurkan berbagai kemusyrikan yang ada di masyarakat, seperti dengan penguasa Uyainah yang bernama Utsman bin Muammar atau dengan Pangeran Muhammad bin Su’ud sebagai pengusa Dir’iyah yang kemudian diteruskan oleh putranya yang bernama Pangeran Abdul Aziz bin Muhammad bin Su’ud hingga Syeikh meninggal dunia.

Beliau telah menghabiskan waktunya selama 48 tahun lebih di Dar’iyah. Keseluruhan hidupnya diisi dengan kegiatan menulis, mengajar, berdakwah dan berjihad sebagai bagian untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Syaikh Muhammad bin Abdul berdakwah sampai usia kepala sembilan, beliau akhirnya wafat pada tanggal 29 Syawal 1206 H, bersamaan dengan tahun 1793 M, dalam usia 92 tahun.

BENARKAH WAHHABI ADALAH MUSYABBIHAH

Golongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi, sebelum kedatangan Ibn Taimiah hinggalah dewasa ini sentiasa bertungkus- lumus untuk menyatakan bahawa Allah Ta’ala ada bertempat dengan menggunakan istilah-istilah yang berbeza. Di kalangan mereka berhujahkan dengan ayat al Quran الرحمن على العرش استوى dengan menafsirkan ayat tersebut mengikut hawa nafsu mereka atau mengikut ulama-ulama musyabbihah wahabiah, dan banyak lagi hujah-hujah mereka yang batil untuk mensabitkan ‘tempat’ bagi Allah.

Mereka(golongan musyabihah) juga mengatakan Allah ada tempat tapi tempatNya bukanlah seperti tempat-tempat makhluk, atau pun tempatNya Dia sahaja yang tahu. …Subhanallah …manusia jenis apakah yang mengatakan sedemikian sehingga ada niat yang jahat untuk mengatakan Allah mempunyai tempat. Dari hujah manakah mereka ambil sehingga boleh menghukumkan orang yang berpegang aqidah ‘Allah ada tanpa bertempat’ ini dari Muktazilah dan Jahmiah?.

Kenyataan yang mengatakan ‘aqidah Allah ada tanpa bertempat’ adalah aqidah Muktazilah’ bererti telah menghukum salah seorang sahabat Nabi iaitu Saidina Ali sebagai muktazilah, kerana beliau telah menafikan ‘tempat’ bagi Allah. Saidina Ali telah berkata: “كان الله ولا مكان” Maknanya: Allah ada tanpa tempat

  1. (damai) bersatu dengan yahudi.
  2. Wahhabi sering mendakwa bahawa manusia yang menyambut ma’al hijrah kerana kejahilan mereka ianya adalah bid’ah maka dia sesat tetapi tidak masuk neraka, manakala ulama yang tahu lantas menyambutnya maka wahhabi menghukum ulama itu sebagai kafir murtad masuk neraka. Inilah jalan wahhabi yang gemar mengkafirkan ulama islam.
  3. Wajib merobohkan qubah hijau pada masjid nabawi yang berada dibawahnya kubur nabi. 2- wajib keluarkan dan buang kubur nabi muhammad keluar dari masjid nabawi.
  4. Wahhabi dengan lidah pengakuan abdul aziz bin baz mendakwa allah ada bayang-bayang dan sifat allah berbayang-bayang.
FATWA AL-AZHAR


Fatwa Al Azhar mengenai Wahhabi dan sifatnya yang bersifat mujassimah dan dianggap kafir. Fatwa rasmi Al-Azhar terbaru berkaitan Wahhabi dan fahaman Ibnu Taimiyah difatwakan sebagai bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mereka bukan Salaf sebenar. Ibnu Taimiyah dan Wahhabi adalah dianggap sebagai Mujassimah yang menyamakan Allah dengan makhluk dan menjisimkan Allah dengan membawa akidah sesat iaitu Allah duduk atas arash.
Akidah Islam sebenar adalah Allah ada tanpa tempat tidak memerlukan arah dan makhluk-makhluknya. Fatwa Universiti Al-Azhar juga menyatakan dengan jelas bahawa Wahhabi bukan Islam bahkan memerangi dan memusuhi Islam.

(Fatwa rasmi Al-Azhar Mesir melalui Syeikhul Akbar terbaru Jamiah Al-Azhar)


KONSPIRASI WAHHABI KEZALIMAN DILAKUKAN OLEH WAHHABI DI KOTA THOIF

  1. Wahhabi menyerang kota thoif setelah menawan pemerintahan asy-syarif gholib hakim mekah pada zul qaedah tahun 1217h bersamaan 1802m kemudian wahhabi membunuh penduduk thoif termasuk wanita dan kanak-kanak dan wahhabi turut menyembelih bayi yang masih dipangkuan ibunya.
  2. Wahhabi membunuh umat islam di dalam masjid-masjid & rumah-rumah dan wahhabi bertindak mengejar sesiapa yang lari dari serangan mereka lalu membunuh kebanyakan mereka yang lari itu, wahhabi juga mengumpul sebahagian mereka tadi dalam satu kawasan malangnya kemudian dipukul leher mereka (bunuh) dan sebahagian mereka dibawa oleh wahhabi ke satu lembah bernama wadi aluj lantas wahhabi meninggalkan mereka di wadi yang kosong itu yang jauh dari perkampungan dalam keadaan mereka dibogelkan tanpa pakaian antara lelaki dan perempuan.
  3. Semasa kebangkitan wahhabi di kota thoif mereka turut bertindak ganas terhadap ulama islam di kota thoif dan ulama islam yang berada berhampiran dengannya termasuk ulama islam di mekah dan madinah mati dibunuh oleh wahhabi berdasarkan fakta sejarah tepat. Pada masa itu wahhabi telah membunuh dan menyembelih ulama islam terlalu ramai antara ulama islam yang dibunuh oleh wahhabi adalah:
  • Mufti mekah al-mukarramah waktu yang sama merupakan seorang mufti mekah dalam mazhab asy-syafi’iyyah bernama syeikh abdullah az-zawawi telah mati dibunuh oleh wahhabi dengan kejam dihadapan rumahnya dengan cara menyembelih mufti tersebut.
  • Seorang qodhi (tuan kadi) bernama abdullah abu al-khoir juga mati dibunuh oleh wahhabi ketika itu.
  • Syeikh ja’far asy-syaiby dan beberapa ulama islam bersamanya dibunuh oleh wahhabi dengan cara penyembelihan kejam oleh ketua dan bala tentera wahhabi ketika itu.
Kesemua peristiwa kejam tadi berlaku pada tahun 1217h bersamaan 1802m.
Setelah Wahhabi menyerang kota Thoif dan membunuh umat Islam dan ulamanya disana. Wahhabi menyerang tanah yang mulia Mekah Al-Mukarramah pula tahun 1803M : 1218H seperti yang dinyatakan oleh pengkaji sejarah Abdullah bin Asy-Syarif Husain dalam kitabnya berjudul Sidqul Akhbar Fi Khawarij Al-Qorni Thaniy ‘Asyar. Manakala pengkaji sejarah Wahhabi bernama Uthman Ibnu Basyir Al-Hambaly An-Najdy menyatakan kejadian tersebut berlaku pada tahun 1220H dalam kitabnya Tarikh Najad. Dalam kedua-dua kita sejarah tadi menceritakan kezaliman Wahhabi di tanah suci Mekah antaranya:



KEZALIMAN DILAKUKAN OLEH WAHHABI DI KOTA MEKAH

  1. Pada bulan Muharram 1220H bersamaan 1805M Wahhabi di Mekah membunuh umat Islam yang menunaikan ibadah haji.
  2. Ibu-ibu penduduk kota Mekah dipaksa menjual harta hak milik masing-masing untuk menebus kembali anak-anak mereka yang masih kecil ditangkap oleh Wahhabi.
  3. Penduduk Mekah kelaparan kerana keadaan begitu zalim dilakukan oleh Wahhabi sehingga kanak-kanak mati kelaparan berkelimpangan mayat-mayat mereka.
  4. Pengkaji sejarah & merupakan golongan Wahhabi juga (Uthman An-Najdy) menyatakan bahawa Wahhabi menjual daging-daging keldai dan bangkai kepada penduduk Islam Mekah dengan harga yang tinggi dalam keadaan mereka kelaparan. Sungguh dihina umat Islam Mekah ketika itu.
(Membongkar Fakta Sejarah Hitam Wahhabi Bertindak Membunuh Umat Islam)
Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: “Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada baginda Muhammad SAW!!!” Allahuma’amin.
Allahu’alam.

Rujukan :
  1. Kitab Kasyfu Al-Irtiyab
  2. Kitab Sofahaat Min Tarikh Al-Jazirah Al-Arabiyah Al-Hadithah pada m/s 178
  3. Kitab  Al-Awroq Al-Baghdadiyyah Fi Al-Hawadith An-Najdiyyah
  4. Kitab  Inwan Al-Majdy Fi Tarikh Najad Juzuk 1 Mukasurat 135

 

Kenali Wahabi Di Malaysia..! 

BENARKAH SENARAI NAMA-NAMA BESAR ULAMAK DI MALAYSIA INI DIKENALI   SEBAGAI TOKOH2 WAHABI?




ANTARA TOKOH2 WAHABI YANG DISARANKAN PATUT DIJAUHI OLEH UMAT ISLAM..


Wahai saudara dan saudari, marilah kita sama2 memperjuangkan akidah yang dibawa oleh ulamak silam iaitu Akidah yang dibawa oleh Imam Assyaari dan Maturidi..Saudara dan saudariku sekalian,jangnlah biarkan diri kita jahil tentang akidah..kerana segala amalan yang kita buat maka akan menjadi sia2 belaka...Ajaran wahabi makin merebak dan meresap di pemikiran masyarakat dan kadang ada sesetengah orang kuat melawan wahabi tetapi tidak mengenal tokoh BESAR dalam wahabi...Kadang2 ada dalam sesetengah JEMAAH ISLAM banyak dipengaruhi wahabi..ada sesetengah pula, ingin menghapuskan wahabi tetapi TOKOH2 BESAR WAHABI tak kenal...kadang2 ada yang menyanjung dan memuji tokoh2 tersebut....


"JANGAN BIARKAN DIRI ANDA BERADA DALAM KEADAAN JAHIL DAN UNSUR2 WAHABI"


TOKOH PEJUANG WAHABI TIMUR TENGAH




1  1. Nasr al-Din al-Baani

2.  Zuhair Syawisy

3.  Muhammad Nasib al-Rida’iy

4.  Mahmud Mahdi Istanbuli

5.  Hamud al-Tuwaijri

6.  Ibnu Baz (Abdullah bin Baz)

7.  Hamad al-Ansari

8.  Abu Bakar al-Jaza’iriy

9.  Soleh Uthaimin

10.              Soleh Fauzan

11.              Ibn al-Alusi (1202-1317)
Abdul al-Rahman al-Mua’llimiy (1313-1386)

12.              Al-Qanuji : Sidq Hassan al-Khan

13.              Hamad bin Nasr bin Uthman al-Najdi

14.              Ahmad Ibrahim al-Najdi

15.              Jamaluddin al-Qasimi al-Dimasyqi

16.              Muhammad Khalil Harras al-Masri

17.              Abdul Razzaq Afifi Ahmad Syakir al-Masri

18.              Abdullah bin Sa’di al-Ghamidiy

19.              Muhammad Jamil Zainu

20.              Umar Sulaiman Asyqar

21.              Furaih bin Soleh al-Bahlul

22.              Salim al-Hilali

23.              Marwan al-Qaisi

24.              Abdul Qader al-Arnawuth

25.              Banyak lagi...................



APAKAH MEREKA INI ADALAH TOKOH PEJUANG WAHABI DI MALAYSIA?



1.  Dr Mohd Asri Zainal Abidin(Ketua Wahhabi M’sia)

 ( Ex Mufti Perlis )

2.  Dr Abdullah Yassin ( Banyak kali ditangkap oleh JAIS kerana sebar fahaman wahabi di Masjid)

3.  Rasul Dahri ( Diistihar SESAT,  Wahabi pekat dari Singapore yang aktif di Johor)

4.  Fath Bari Bin Mat Jaya ( Ulama MUDA UMNO, Mustashar-pendakwah wahabi tajaan khas Saudi di Malaysia)

5.  Hafiz Firdaus ( Bekas pemandu kapal terbang)

6.  Mazlee Malek (Pensyarah UIAM)

7.  Johari Mat ( AJK Dewan Ulama Kelantan)

8.  Juanda Jaya ( Mufti Perlis, Pendakwah bebas )

9.  Dr Azwira Aziz (Pensyarah UKM)

10.              Mohd Khairi Anwar Abdul Latif – BA al-Quran dan Sunnah (UIA), MA Hadis (UIA), bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa

11.              Abdul Razak Mutalib – BA Usul Fiqh (UIA), MA Hadis, bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa

12.              Muzairi Mustafa – BA Tafsir, Usul dan Dakwah (Al-Azhar, Kaherah), sedang menuntut di peringkat sarjana

JUGA

1.  Fathlan Mohd Osman – BA Dakwah, MA Tafsir (UKM), sedang menyiapkan PhD Hadis di UIA

2.  Mohd Roesfan Sazzerin Mohamad Sufi – BA Hadis, Diploma Dakwah (Universiti Madinah), MA Hadis (UIA)

3.  Saari, mantan presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM),

4.  Dr Fadlan Othman

5.  Mahmood Zuhdiy Abdul Majid (pensyarah UM yang diupah untuk menulis pasal sumbangan Ibn Taymiyah)

6.  Najib (Pensyarah Akademi Pengajian Islam Nilam Puri UM, dulu mengajar di KIAS)

7.  Dr Abdul Basit Abd Rahman ( bekas pelajar Madinah sekarang mengajar di pondok Kelantan, ayah seorang alim pondok tapi anak……??)…..

8.  Radi ( pensyarah USM)

9.  Ariff Nazri (pensyarah UKM)

10.              Maulana (’ala za’mihi) Asri Yusoff ( aktif di Kelantan, beliau pernah belajar di Pakistan)

11.              Pertubuhan al-Nida’

12.              Institut Ibn Qayyim Jauziyyah ( Pulau Pinang)

13.              Al AHKAM ( laman web yang memecah belahkan umat )

14.              INSTITUT AL-KHADEM.

15.              ABU AQIF STUDIO

16.              ALFIKRAH.NET

17.              Sekolah Qiblah

18.              Semua yang sealiran dengan mujassimah musyabbihah ibn taimiyah dan wahhabiyah.

19.              Banyak lagi...



TOKOH PEJUANG ASWJ YANG MELAWAN WAHABI



1.  AL FADHIL USTAZ AZHAR IDRUS

2.  USTAZ ZAMIHAN  AL GHARI

3.  USTAZ ABU SYAFIQ

4.  DR.OSMAN ALMUHAMMADY

5.  AL-MARHUM TUAN GURU HJ ABDULLAH, Tok Guru Pondok Lubuk Tapah Kelantan.

6.  TUAN GURU HAJI HASYIM, Tok Guru Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.

7.  SYEIKH USMAN JALALUDIN, Pengasas Pondok Penanti Pulau Pinang Dalam Kitabnya : Matholi’ Al-Anwar.

8.  UST ZAMIHAN MAT ZIN ALGHARY. Antara karya tulisan beliau ialah Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian.

9.  MUFTI KERAJAAN JOHOR, ALLAH YARHAM AL’ALLAMAH DATO’ SAYYID ‘ALAWIY BIN THAHIR. Dalam karyanya yang berjudul : Fatwa Mufti Kerajaan Johor. Dalamnya beliau menamakan gerakan al_wahhabiyyah sebagai Khawarij yang memecahbelahkan umat.

10.              BEKAS MUFTI SABAH SAID HJ IBRAHIM, dalam kitabnya ; Perbandingan Agama dan Fahaman Umat Islam

11.              UST RAMLI (IMAM MASJID RAHIMAH,GREENWOOD).

12.              SYEIKH DAUD AL-FATHANY. Antara karya beliau ialah Jawhar al-Saniyyah

13.              TUAN GURU BABA DIR SEKAM,PATANI

14.              SYEIKH NURUDDIN AL BANJARY

15.              SYIEKH WAZIR (TUAN SYEIKH PONDOK MODEN, BACHOK KELANTAN)

16.              TUAN GURU BABA HAMID, KELANTAN

17.              TUAN GURU POK CIK DIN AL-KELANTANY ( TOK GURU PENULIS) .

18.              AL MARHUM TUAN GURU USTAZ AMER ALKELANTANY ( T) ( W 1429 H)

19.              TUAN GURU HJ DAUD HJ OMAR AL KELANTANY, BUKIT ABAL.

20.              Tuan Guru Haji Abdullah Padang Pak Amat

21.              Tuan Guru Mahadi Al-fatani.(Imam Masjid Majidiah Wakaf Berangan)

22.              Baba Rosli Pondok Sungai Petai.

23.              PONDOK SRI PERMAI(TOK AYAH BARAT)

24.              PONDOK SAMBAL

25.              PONDOK MODEN BACHOK

26.              PONDOK LUBUK TAPAH

27.              PONDOK PASIR TUMBUH

28.              BANYAK LAGI...
 
Rujukan


 

Kenali betul betul siapa wahabi@wababi di malaysia ni..!

SIAPAKAH WAHABI?


Wahabi bukan kerana mereka tidak membaca Qunut Subuh lalu mereka dipanggil Wahabi, kerana tiga Mazhab ASWJ lain tidak pun membaca Qunut Subuh, itu perbezaan pandangan (khilafiyah) di kalangan para Imam Mazhab Empat; bukan juga kerana tidak membuat kenduri arwah kerana ada satu qawl dalam mazhab shafie yg tidak menggalakkannya, bukan juga kerana itu dan ini tetapi Wahabi adalah satu cara berfikir yang salah yang membentuk satu gerakan ekstrem yang boleh memecahbelah masyarakat. 



Kemuncak ekstrem dan radikal Wahabisme boleh sehingga membawa pertumpahan darah seperti IS,ISIL, ISIS, al-Qaeda, Taliban...semua itu adalah didikan Wahabi.


Dakyah Wahabi berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yang menyeru konon-kononnya:


-- jangan "taqlid"
-- jangan "mengikut membuta tuli"
-- jangan "taksub Mazhab"
-- "kembali kepada Al-Quran dan al-Sunnah"
dan banyak lagi...


[1] Wahabi sebenarnya adalah gerakan MEMBIDAAHKAN amalan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka dan merasakan hanya amalan mereka sahaja yang betul. Hanya mereka sahaja kononnya mengikut "Sunnah". Mereka kelompok manusia yang tidak boleh berbeza pandangan, tidak menghormati ikhtilaf atau khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulamak). Wahabi menolak bahawa Bid'aah ada dua bentuk (i) Baik (Hasanah) dan (ii) Sesat (Dolalah).


Bagi Wahabi semua Bid'aah sesat dan masuk neraka. Oleh itu setiap Bid'aah adalah mungkar dan bagi mereka wajib ditentang. Lalu mereka menentang semua Bid'aah walaupun Bid'aah Hasanah, mereka membesarkan perbezaan pendapat dan membikin kecoh seantero dunia tanpa boleh berlapang dada.


Pra-syarat menjadi Wahabi nampaknya macam kena memperbanyak menuturkan "BID'AAH" terhadap amalan orang lain dan menjadikan ianya "wirid" harian.


[2] Wahabi MELARANG BERAMAL apabila tiada nas khusus untuk amalan tersebut walaupun di sana ada perintah umum daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Bagi Wahabi setiap ibadat kena ada nas dan dalil, walhal perintah yang bersifat umum sudah ada namun mereka menolaknya. Wahabi marah membaca Surah Yasin malam Jumaat kerana tiada nas. Bukankah perintah memperbanyakkan membaca al-Quran sudah cukup banyak dan memadai? Adakah nas melarang membaca Yasin malam Jumaat? Tiada larangan. Lalu apa salahnya membaca?


[3] Wahabi adalah gerakan MENSYIRIKKAN orang lain: tawassul bagi mereka syirik kecuali tawassul dengan amalan soleh, dan dengan Asmaul Husna saja. Walhal para Sahabat dan Salafus Soleh bertawassul dengan pelbagai bentuk lain;


[4] Wahabi gerakan MENTAJSIMKAN Allah SWT mensifatkan Allah "bertangan", "duduk" atas Arasy, "ketawa", "Allah di atas langit" dan lain-lain. Wahabi menolak takwil yang dibawa oleh manhaj Asha'irah dan Maturidiyyah sedangkan manhaj Asha'irah itu lebih selamat daripada mensifatkan Allah dengan sifat makhluk.


[5] Wahabi juga gerakan MENTADHA'IFKAN hadith dan MEMARDUDKAN hadith dhaif, menolak penggunaan hadith-hadith dhaif dan membakulsampahkan semua hadith-hadith dhaif. Sedangkan sejak seribu tahun lebih para ulama hadith membenarkan penggunaan hadith dhaif dalam hal fadhailul 'amal dan targhib wa tarhib. Kiblat rujukan hadith Wahabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani. Mereka tidak sedar mereka bertaqlid dan mengikut membuta tuli apa sahaja takhrij hadith oleh al-Albani. Ulama rujukan Wahabi pula ialah sekalian "kibarul ulama" Saudi hari ini manakala kitab-kitab rujukan Wahabi ialah kitab karangan Muhammad Abdul Wahab. Mereka membutakan mata dan memekakkan telinga apabila didatangkan hujah daripada para ulamak lain yang muktabar namun tidak sealiran dengan mereka.


[6] Wahabi gerakan MEMBURUKKAN ahli Sufi dan Tasawuf. Mereka secara terpilih memetik yang mana sesuai dengan fikrah mereka kitab-kitab Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Al-Dhahabi, al-Syawkani khususnya di bab memburuk dan mencemuh para Sufi kerana Wahabi gerakan anti-Sufi. Walhal Ibn Taymiyyah sendiri adalah pengikut tarekat Qadiriyyah. Wahabi Malaysia ada yang mengatakan tasawuf lebih kotor dan jijik daripada air longkang. Sedangkan Sufi ada yang baik dan ada yang sesat sepertimana umat Islam yang lain juga amnya: ada yang Soleh, ada Munafik dan ada yang berdosa. Sufi juga tidak maksum. Bahkan Imam Ghazali RA sendiri turut mengkritik "Sufi palsu" walaupun beliau sendiri seorang ahli Sufi.


[7] Wahabi MENOLAK Imam al-Ghazali RA dan amat jarang sekali kita mendengar mereka mengutip kalam Imam al-Ghazali RA. Bagi mereka Imam al-Ghazali RA Hujjatul Islam itu jahil hadith dan Sufi.


[8] Wahabi TIDAK BERPEGANG KEPADA MAZHAB. Kata mereka zaman Nabi SAW mana ada mazhab. Mereka mendakwa berpegang terus kepada "Al-Quran dan As-Sunnah". Lalu kita bertanya Empat Mazhab ASWJ itu berpegang kepada apa jika bukan kepada al-Qur'an dan Al-Sunnah?


Itulah antara ciri-ciri utama Wahabi (masih banyak lagi) dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang awam. Sandaran ilmiah bukan tempatnya di ruangan terbatas ini dan boleh dirujuk buku-buku yang banyak berada di pasaran. Ini hanyalah sekadar panduan umum untuk orang awam yang ringkas dan pantas bagi mengenali Wahabi agar tiada lagi yang terkeliru dengan suara-suara membela Wahabi dan mahukan penjelasan "Siapakah Wahabi" sebenarnya.


Pendokong Wahabi malu mengaku diri mereka Wahabi kerana nama Wahabi begitu jijik apabila mereka melakukan kekejaman membunuh orang yang tidak sealiran mereka sejak dahulu lagi. Mereka malu mengaku Wahabi lalu mendakwa mereka kononnya mengikut manhaj Salafus Soleh, merekalah kononnya "SALAFI". Hari ini jangan dicari orang yang mengaku Wahabi, tiada akan anda temui, namun ciri-ciri Wahabi di atas ada pada mereka walaupun mereka cuba berselindung atas pelbagai nama lain.


Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahabi, kononnya Wahabi itu "hantu", "momok" dan tidak wujud. Kenal dulu ciri-ciri Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka dan adakah Wahabi wujud di kawasan anda atau hanya sekadar "hantu".


Kalau ada yang melenting apabila Majlis Fatwa Negeri Sembilan mengharamkan penyebaran ajaran Wahabi, maka hampir pasti merekalah sebenarnya pendokong tegar Wahabi (yang malu mengaku). Hati-hati dengan mereka ini walaupun petah berbicara dan mulut penuh dengan ayat-ayat al-Qur'an dan al-Hadith. Ada Wahabi Malaysia yang sangat terkenal dan bicara memukau sehingga ramai orang awam tertipu. Ayat-ayat al-Qur'an dan al-Hadith ditafsir mengikut kesesuaian fikrah mereka. Mereka mengajar kitab-kitab imam-imam Ahlu Sunnah wal Jamaah, misalnya kitab Hadith Empat Puluh Imam Nawawi RA, tetapi menafsirkan atau mensyarahkan mengikut fikrah Wahabi mereka.


Dengan pengharaman Wahabi di Negeri Sembilan dan Perak, moga-moga makin ramai yang sedar dan makin jelas siapa pendokong Wahabi sebenar yang bertopeng dan begitu licik selama ini. Jangan terkejut jika ustaz yang anda kagumi selama ini itu sebenarnya mungkin pendokong Wahabi. Kita mengharapkan semua negeri-negeri lain akan turut sama mengharamkan penyebaran faham Wahabisme ini kerana mereka memecahbelah dan menimbul keresahan masyarakat.


Apabila kita mengetahui manhaj benar ASWJ, maka senanglah kita memahami kebatilan fikrah yang lain. Kenali kebenaran itu dahulu, maka kamu akan kenal ahli-ahlinya seperti ungkapan Sayyidina Ali RA:


لا يعرف الحق بالرجال اعرف الحق تعرف اهله


Dengan kaedah yang sama, kenal dulu ciri-ciri Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka.


Moga-moga Allah SWT membimbing kita semua dan mereka mengikut manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang diredhaiNya dan mempersatukan umat Islam yang semakin parah berpecah. Amin.

Wallahu'alam





AMUKANMELAYU - Islam itu BERSAUDARA...........sayangilah saudara seislam kita...