Mengenang Kembali Kejatuhan Kerajaan Melayu di Nusantara
ISLAM ITU MELAYU ITU ISLAM
(ISLAMELAYU)
Jangan menangis anakandaku,
Sakit ini hanya sedikit sahaja,
Datuk kita dah tiada,
Tidurnya terlalu lena,
Nenek anakanda tak terbuka matanya,
Tiada lagi terdengar suara,
Terbujur kaku di pebaringan......
Anakanda....ini bukan nasib kita,
Ini bukan takdirNya....
Ini kerana kita lupa
Surah Al Imran ayat 118.........
Masih tidak puas di hati mereka......
Sama sebangsa kita di nista,
Sama seugama kita di hina,
Sama senegara kita di siksa.......
Sudah berpuluh kejadian duka
Sudah beratus pusara kita
Sudah beribu nisan di ukir
Sudah hilang Jebat dan Lekir
Sudah hilang Laungngan Takbir
Kerana datangnya berdagang
Kembalinya juga ia berseorangan
Tanah Melayu makmur buminya
Tiada sebab kita di HINA
Bumi Allah kita kongsi bersama
Yang MENUMPANG nak menjadi TUAN
Di mulut mereka bukan lagi rahsia
Di hati mereka JAHATnya berganda
Jika kita terus diulek lena
Banyak lagi pusara di bena tidak bernama.....................
Kerana Islam itu Melayu SYUHADAH menjadi SATU
Tok Aki Aji
Ahad 22/3/15
Teratak Anjungan Chepor.
Definisi Melayu di Indonesia adalah berbeza dengan definisi Melayu di negara kita, Malaysia. Di Indonesia, kelompok Melayu dibahagikan kepada dua, iaitu Melayu pesisir (Coastal Malays) yang mendidiami sepanjang pantai barat Sumatera, serta Melayu Kalimantan (Borneo Malays), yang bertaburan di seluruh Pulau Borneo. Lain-lain rumpun Melayu tidak dianggap sebagai ’Melayu’, melainkan dikenali dengan nama etnik masing-masing. Ini termasuklah Acheh, Minang, Jawa, Mandailing, dan sebagainya.
Salah satu wilayah yang diakui sebagai wilayah bagi etnik Melayu dan mempunyai hubungan yang rapat dengan tanah semenanjung ialah Sumatera Timur. Di wilayah ini, terdapat empat buah Kerajaan Melayu utama yang pernah wujud, iaitu Kesultanan Langkat Darul Aman, Kesultanan Deli Darul Maimon, Kesultanan Serdang Darul Arif, dan Kesultanan Asahan. Bukti hubungan rapat antara Sumatera Timur dengan tanah semenanjung adalah apabila dialek yang digunakan di sini adalah lebih mirip dialek yang digunakan di tanah semenanjung. Malahan, para Kerabat Diraja Melayu Sumatera Timur pada masa dahulu sering melangsungkan perkahwinan dengan Kerabat Diraja Melayu di negeri-negeri di semenanjung.
Peta wilayah Kesultanan-kesultanan Melayu di Sumatera Timur
Selepas perang dunia ke-2, Kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera Timur ini muncul sebagai wilayah yang kaya dan makmur hasil daripada perkembangan sektor perladangan. Perkara ini dapat dilihat daripada binaan istana-istana Sultan yang sebahagiannya masih lagi dapat dilihat hingga ke hari ini. Kemakmuran wilayah ini turut menarik kehadiran pendatang-pendatang dari tanah Jawa untuk menginap di wilayah ini bagi bekerja di ladang-ladang. Walaubagaimanapun, amat malang apabila dikalangan Kerajaan-kerajaan Melayu ini tidak membentuk perikatan atau kerjasama sesama mereka, sebaliknya bersaing sesama sendiri.
Pada masa tersebut, keadaan politik di Hindia Timur Belanda berada dalam kacau-bilau. Pengisytiharan kemerdekaan Indonesia secara sepihak oleh Soekarno dicabar keabsahannya oleh penjajah Belanda, memandangkan pengaruh dan kuasa Soekarno pada masa itu hanya meliputi Pulau Jawa sahaja. Kelekaan Kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera Timur dengan kemewahan hasil pembangunan ladang-ladang bagi tujuan tanaman menyebabkan mereka tidak menyedari jumlah ’pendatang’ yang bekerja di wilayah kekuasaan mereka telah melebihi jumlah penduduk tempatan sendiri.
Akhirnya? Jangka hayat Negara Sumatera Timur ini juga tidak lama dan kemudian dibubarkan. Republik Indonesia Serikat juga akhirnya dibubarkan dan digantikan sepenuhnya dengan Republik Indonesia yang bercorak negara kesatuan yang berpusat di pulau Jawa. Bagi melemahkan pengaruh Raja-raja Melayu dan kekusaan etnik Melayu (yang dibimbangi lebih cenderung untuk bergabung dengan Malaysia), wilayah Sumatera Timur ini kemudiannya digabungkan dengan wilayah Tapanuli yang didiami majoriti suku kaum Batak untuk menjadi Propinsi Sumatera Utara. Kini, etnik Melayu hanya menjadi kaum minoriti yang tidak berkuasa di negerinya sendiri di dalam Propinsi Sumatera Utara. Para waris Raja-raja Melayu pada hari ini cuba menghidupkan kembali warisan dan takhta Kerajaan mereka yang hilang, namun hanya atas dasar melestarikan kebudayaan tempatan semata-mata, iaitu bagi mengelakkan salah faham daripada Pemerintah Indonesia.
Apa pengajaran yang kita boleh pelajari daripada sejarah Sumatera Timur ini?
1) Sebahagian besar rakyat Indonesia, khususnya yang berketurunan atau berasal di Pulau Jawa, masih mempunyai pandangan skeptikal terhadap Bangsa Melayu. Justeru itu, usahlah hairan apabila setiap kali timbul isu berkaitan Malaysia, mereka terus menjadi beruk dengan terkinja-kinja di jalan raya mahu menganyang negara kita dan menghina Raja-raja kita. Itulah ’warisan’ yang masih terpahat di kepala lutut mereka apabila mereka menyamakan situasi negara kita dengan Raja-raja Melayu di Sumatera Timur dahulu.
2) Institusi Kesultanan Melayu (diulangi, institusi! Bukannya mengenai peribadi Raja secara personal) mempunyai kepentingannya yang tersendiri sebagai simbol penyatuan dan pertahanan warisan kebudayaan Bangsa Melayu. Mesti mempunyai sebab tertentu Allah mentakdirkan Bangsa Melayu ini berdiri atas wilayah yang didirikan oleh Raja-raja mereka, bukannya memiliki sempadan dan wilayah tertentu bagi setiap bangsa sebagaimana di Eropah. Cuba lihat mengapa penjajah berusaha bekerjasama dengan pemerintah Thailand dan Filipina menghapuskan institusi di Raja bagi Kesultanan Patani Darul Makrif dan Kesultanan Sulu Darul Jambangan. Hingga kini perjuangan kemerdekaan di selatan Siam dan Moro (selatan Filipina) masih lagi gagal dan berpecah-belah disebabkan kemunculan pelbagai kumpulan pejuang dengan pelbagai ideologi yang berbeza.
3) Pemakaian maksud Kerajaan pada hari ini telah berubah daripada ’Kingdom’ kepada ’Government’. Pada hari ini, kemakmuran negara kita dilihat tidak selari dengan keadaan Bangsa Melayu yang berpecah belah. Sebagaimana di Sumatera Timur pada tahun 1940-an dahulu, kita berpecah, bersaing dan tikam-menikam sesama sendiri antara negeri ’Kerajaan BN’, negeri ’Kerajaan PAS’ dan negeri ’Kerajaan PKR’. Para penduduk dari kalangan keturunan bukan penduduk asal pula telah berani mempertikaikan kedudukan dan hak istimewa Raja-raja dan penduduk Bumiputera. Jika kita tidak berwaspada dan insaf, jangan menyesal pula jika kita mewariskan kepada anak cucu kita sejarah dan keadaan sebagaimana yang berlaku di Sumatera Timur ini.
4) Renungan untuk mereka yang menyokong dasar tak rasmi ’Memelayukan’ Bumiputera bukan Melayu serta bukan Bumiputera yang memeluk Islam, supaya menggunapakai nama Melayu dan ditonjolkan kebudayaan Melayu apabila para saudara mualaf baru ini berkahwin, inilah kata-kata kaum Batak Karo dan Simalungun apabila berlaku serangan terhadap kaum Melayu di Sumatera Timur dahulu, ”Jika kami boleh ’masuk’ Melayu, maka apa pula yang menghalang kami untuk ’keluar’ Melayu?”. Oleh yang demikian, biarkanlah para saudara baru kita ini dengan nama dan kebudayaan asal kaum mereka apabila telah memeluk Islam, asalkan sahaja ianya tidak menyimpang daripada ajaran Islam. Bukankah lebih elok ditonjolkan Islam ini milik semua kaum, daripada menonjolkan memeluk Islam seolah-olah ’masuk Melayu’, hingga mendatangkan persepsi negatif dikalangan keluarga bukan Islam?
Rujukan :
1) Arifin Omar (1999) ”Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu : Runtuhnya Kerajaan-kerajaan Melayu Sumatera Timur Pada Tahun 1946” Penerbit Universiti Sains Malaysia.
2) Prof. Anthony Milner (2008) ”The Malays” Blackwell

Kehidupan para pendatang dari Jawa di Sumatera Timur ini berada dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak terurus. Raja-raja Melayu di Sumatera Timur enggan menganggap para pendatang Jawa ini sebagai ’Melayu’ kerana amalan agama Islam mereka yang berbeza dengan amalan penduduk Islam tempatan. Sementara para pendatang Jawa juga tidak mahu mengaku mereka adalah rakyat (subject) kepada Raja-raja Melayu di wilayah yang mereka duduki.
Raja-raja Melayu menganggap pengisytiharan kemerdekaan Indonesia tidak akan menguntungkan kerajaan masing-masing, kerana ia didominasi oleh kaum Jawa yang berpusat di Pulau Jawa sendiri dan menyokong pemerintahan bercorak Republik. Kerana tersepit antara kebangkitan semangat nasionalisme Indonesia dengan kewajipan untuk mempertahankan Kerajaan dan takhta masing-masing, Raja-raja telah melakukan kesilapan (mungkin kerana terpaksa, tiada pilihan) dengan menghantar surat menyatakan kesetiaan kepada Ratu Belanda.
Tindakan tersebut telah diambil kesempatan oleh para Nasionalis Indonesia yang didominasi etnik Jawa untuk mengecap para Raja-raja Melayu di Sumatera Timur ini sebagai boneka dan talibarut penjajah Belanda. Kemuncak kepada persengketaan ini adalah apabila para pendatang Jawa di Sumatera Timur bertindak dengan menyerang dan membakar kediaman di Raja, merogol, memenggal kepala dan membunuh para kerabat di raja Melayu hanya dalam tempoh satu malam iaitu pada 3 Mac 1946.

Antara yang terkorban termasuklah Tengku Amir Hamzah, pujangga Melayu yang terkenal. Para nasionalis Indonesia cuba menyelindungkan perkara ini dengan mengatakan berlaku ’Revolusi Sosial’ rakyat bangun menentang pemerintahan monarki. Sedangkan realitinya, yang bangkit menyerang adalah hanya para pendatang dari Jawa yang terdiri daripada para penyamun, perompak, perogol dan penjenayah yang mengambil kesempatan daripada situasi yang berlaku.
Apa yang menarik, selepas kejadian tersebut, kebanyakan rakyat tempatan seboleh mungkin menyembunyikan identiti ’Melayu’ mereka bagi mengelakkan diserang oleh para ’Nasionalis Indonesia’. Malahan, sebahagian kaum Batak Karo dan Simalungun yang telah memeluk Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu, kembali memakai nama asal Batak mereka dan mengelakkan dilihat sebagai Melayu. Satu persekutuan yang meliputi wilayah Kerajaan-kerajaan Melayu kemudian ditubuh, dengan nama Negara Sumatera Timur, dengan harapan untuk menyertai Republik Indonesia Serikat sebagai salah sebuah negeri di dalamnya. Namun, Negara Sumatera Timur ini mengelak daripada melibatkan Raja-raja Melayu yang seolah-olah telah menjadi satu taboo yang memalukan pada masa tersebut.

Negeri-negeri yang termasuk di dalam Republik Indonesia Serikat
Lambang dan Bendera Negara Sumatera Timur
Akhirnya? Jangka hayat Negara Sumatera Timur ini juga tidak lama dan kemudian dibubarkan. Republik Indonesia Serikat juga akhirnya dibubarkan dan digantikan sepenuhnya dengan Republik Indonesia yang bercorak negara kesatuan yang berpusat di pulau Jawa. Bagi melemahkan pengaruh Raja-raja Melayu dan kekusaan etnik Melayu (yang dibimbangi lebih cenderung untuk bergabung dengan Malaysia), wilayah Sumatera Timur ini kemudiannya digabungkan dengan wilayah Tapanuli yang didiami majoriti suku kaum Batak untuk menjadi Propinsi Sumatera Utara. Kini, etnik Melayu hanya menjadi kaum minoriti yang tidak berkuasa di negerinya sendiri di dalam Propinsi Sumatera Utara. Para waris Raja-raja Melayu pada hari ini cuba menghidupkan kembali warisan dan takhta Kerajaan mereka yang hilang, namun hanya atas dasar melestarikan kebudayaan tempatan semata-mata, iaitu bagi mengelakkan salah faham daripada Pemerintah Indonesia.
Sri Paduka Tuanku Sultan Azwar 'Abdu'l Jalil Rahmad Shah al-Haj ibni al-Marhum Tengku Maimun, Raja Langkat, bersama para pembesarnya.
Paduka Sri Sultan Mahmud Aria Lamanjiji Perkasa 'Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Otteman Mahmud Ma'amun Padrap Perkasa 'Alam Shah, Raja Deli, yang masih kanak-kanak, ditabalkan bagi menggantikan ayahandanya, seorang pegawai tentera yang terkorban semasa bertugas di Acheh.
Tuanku Luckman Sinar @ Sultan Bashar Shah II, Raja Serdang, bersama keluarga dan hulubalangnya.
Sri Paduka Tuanku Sultan Dr. Kamal Abrahim 'Abdu'l Jalil Rahmad Shah ibnu al-Marhum Sultan Sha'ibun 'Abdu'l Jalil, Raja Asahan
Apa pengajaran yang kita boleh pelajari daripada sejarah Sumatera Timur ini?
1) Sebahagian besar rakyat Indonesia, khususnya yang berketurunan atau berasal di Pulau Jawa, masih mempunyai pandangan skeptikal terhadap Bangsa Melayu. Justeru itu, usahlah hairan apabila setiap kali timbul isu berkaitan Malaysia, mereka terus menjadi beruk dengan terkinja-kinja di jalan raya mahu menganyang negara kita dan menghina Raja-raja kita. Itulah ’warisan’ yang masih terpahat di kepala lutut mereka apabila mereka menyamakan situasi negara kita dengan Raja-raja Melayu di Sumatera Timur dahulu.
2) Institusi Kesultanan Melayu (diulangi, institusi! Bukannya mengenai peribadi Raja secara personal) mempunyai kepentingannya yang tersendiri sebagai simbol penyatuan dan pertahanan warisan kebudayaan Bangsa Melayu. Mesti mempunyai sebab tertentu Allah mentakdirkan Bangsa Melayu ini berdiri atas wilayah yang didirikan oleh Raja-raja mereka, bukannya memiliki sempadan dan wilayah tertentu bagi setiap bangsa sebagaimana di Eropah. Cuba lihat mengapa penjajah berusaha bekerjasama dengan pemerintah Thailand dan Filipina menghapuskan institusi di Raja bagi Kesultanan Patani Darul Makrif dan Kesultanan Sulu Darul Jambangan. Hingga kini perjuangan kemerdekaan di selatan Siam dan Moro (selatan Filipina) masih lagi gagal dan berpecah-belah disebabkan kemunculan pelbagai kumpulan pejuang dengan pelbagai ideologi yang berbeza.
3) Pemakaian maksud Kerajaan pada hari ini telah berubah daripada ’Kingdom’ kepada ’Government’. Pada hari ini, kemakmuran negara kita dilihat tidak selari dengan keadaan Bangsa Melayu yang berpecah belah. Sebagaimana di Sumatera Timur pada tahun 1940-an dahulu, kita berpecah, bersaing dan tikam-menikam sesama sendiri antara negeri ’Kerajaan BN’, negeri ’Kerajaan PAS’ dan negeri ’Kerajaan PKR’. Para penduduk dari kalangan keturunan bukan penduduk asal pula telah berani mempertikaikan kedudukan dan hak istimewa Raja-raja dan penduduk Bumiputera. Jika kita tidak berwaspada dan insaf, jangan menyesal pula jika kita mewariskan kepada anak cucu kita sejarah dan keadaan sebagaimana yang berlaku di Sumatera Timur ini.
4) Renungan untuk mereka yang menyokong dasar tak rasmi ’Memelayukan’ Bumiputera bukan Melayu serta bukan Bumiputera yang memeluk Islam, supaya menggunapakai nama Melayu dan ditonjolkan kebudayaan Melayu apabila para saudara mualaf baru ini berkahwin, inilah kata-kata kaum Batak Karo dan Simalungun apabila berlaku serangan terhadap kaum Melayu di Sumatera Timur dahulu, ”Jika kami boleh ’masuk’ Melayu, maka apa pula yang menghalang kami untuk ’keluar’ Melayu?”. Oleh yang demikian, biarkanlah para saudara baru kita ini dengan nama dan kebudayaan asal kaum mereka apabila telah memeluk Islam, asalkan sahaja ianya tidak menyimpang daripada ajaran Islam. Bukankah lebih elok ditonjolkan Islam ini milik semua kaum, daripada menonjolkan memeluk Islam seolah-olah ’masuk Melayu’, hingga mendatangkan persepsi negatif dikalangan keluarga bukan Islam?
Rujukan :
1) Arifin Omar (1999) ”Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu : Runtuhnya Kerajaan-kerajaan Melayu Sumatera Timur Pada Tahun 1946” Penerbit Universiti Sains Malaysia.
2) Prof. Anthony Milner (2008) ”The Malays” Blackwell
Negeri-negeri Melayu di Tengah dan Selatan Sumatera
Sebelum ini, penulis telah dedahkan mengenai kehancuran Kesultanan-kesultanan Melayu di wilayah Sumatera Timur iaitu Langkat, Deli, Serdang Darul Arif dan Asahan. Artikel ini merupakan siri terakhir bagi ‘Negeri-negeri Melayu di luar Malaysia’, iaitu dengan menyusuri pula ke beberapa buah negeri Melayu di kawasan wilayah tengah dan selatan pulau Sumatera. Untuk makluman, artikel ini tidak akan memasukkan Kerajaan Minangkabau dan Kesultanan Acheh Darussalam kerana di Indonesia, suku Minang dan suku Acheh dianggap sebagai dua etnik yang berbeza dengan suku Melayu.
Wilayah Melayu di pulau Sumatera terbentang luas daripada Temiang di sebelah utara yang bersempadan dengan Acheh, hinggalah ke Palembang di sebelah selatan yang bersempadan dengan Lampung. Selain daripada negeri-negeri Melayu di Sumatera Timur, terdapat juga enam buah negeri Melayu di kawasan tengah dan selatan pulau Sumatera iaitu bermula dengan Kesultanan Lingga (termasuk kepulauan Riau), Kesultanan Siak Sri Indrapura, Kesultanan Pelalawan, Kesultanan Indragiri, Kesultanan Jambi dan Kesultanan Palembang. Daripada enam Kesultanan Melayu tersebut, sebanyak empat daripadanya mempunyai kaitan rapat dengan Kesultanan Melaka dan pewarisnya iaitu Kesultanan Johor yang berpusat di semenanjung Tanah Melayu.
Paling menarik minat penulis, adalah mengenai asal kewujudan Kesultanan Indragiri. Sejarah umum menyatakan bahawa Kerajaan ini berdiri pada tahun 1298 dan didirikan oleh Putera Mahkota Kerajaan Melaka yang bernama Raja Merlang I. Ketika tempoh awal penubuhannya, Raja-raja Indragiri dikatakan masih berkedudukan di Negeri Melaka. Perhatikan tarikh penubuhan Kerajaan ini yang dikatakan bermula pada tahun 1298, sedangkan persepsi umum menerima bahawa Kesultanan Melaka hanya mula didirikan sekitar tahun 1400-an Masihi.
Semasa berbincang dengan waris Raja Indragiri, penulis mengusulkan bahawa ‘Melaka’ yang dinyatakan disini sebenarnya merujuk kepada Kerajaan Singapura Tua. Penulis memberi hujah, isu ini sama seperti kisah Raja Brunei iaitu Awang Alak Betatar @ Sultan Muhammad Syah yang telah memeluk Islam pada tahun 1363 hasil perkahwinannya dengan Puteri Pingai, puteri Sultan Iskandar Syah dari Negeri Johor, sedangkan Kesultanan Johor hanya bermula selepas kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511 Masihi. Maklumat dari Pusat Sejarah Brunei bersepakat menyatakan bahawa Puteri ‘Johor’ yang dinyatakan disini adalah Kerajaan Singapura Tua iaitu waris daripada Sang Nila Utama. Waris Raja Indragiri itu tidak menolak kemungkinan tersebut. Walaubagaimanapun, beliau juga menegaskan tidak mustahil juga Raja Indragiri yang pertama ini merupakan zuriat langsung dari Maharaja Srivijaya yang berpusat di Palembang.
Lambang Kesultanan Siak dan Kesultanan Pelalawan berbentuk naga beralih (dua naga saling mengadap). Dikatakan lambang Kesultanan Indragiri juga berbentuk begini sebagaimana yang terdapat di istana asal Indragiri yang telah runtuh ke dalam sungai pada tahun 1960-an.
Kesultanan Siak Sri Indrapura dan Kesultanan Pelalawan pula merupakan dua buah Kerajaan Melayu bersaudara. Kesultanan Siak diasaskan oleh Raja Kecil, yang dibesarkan di Pagaruyung (Minangkabau) dan mendakwa dirinya sebagai pewaris yang sah bagi Sultan Mahmud Syah II, Sultan Johor lama yang telah mangkat tanpa meninggalkan sebarang waris. Raja Kecil kemudiannya berjaya menduduki tahkta Johor lama dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah I, tetapi tidak lama kemudian disingkirkan oleh bangsawan Bugis sebelum berundur ke Siak dan mendirikan Kerajaan baru. Kesultanan Pelalawan pula didirikan pada awal abad ke-19 oleh Syarif Abdul Rahman, saudara kepada Sultan Ali, Raja Siak. Baginda telah mengambil alih kedudukan Pelalawan dan menjadi penguasa di kawasan tersebut, dengan mendapat perkenan daripada Sultan Siak dan diakui oleh penjajah Belanda.
Kesultanan Lingga pula wujud selepas perpecahan empayar Johor lama yang pada asalnya merangkumi Negeri Pahang moden, Johor moden, pulau Singapura, serta kepulauan Riau, tetapi telah berpecah kesan daripada perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824. Putera tertua kepada Sultan Mahmud Syah III dari empayar Johor lama, iaitu Tengku Hussein dilantik menjadi Raja Johor dengan berpusat di Singapura yang di bawah pengaruh Inggeris, sementara kekanda tirinya, Tengku Abdul Rahman pula yang sebelum itu mewarisi takhta Johor lama, menjadi Raja Lingga yang menguasai kepulauan Riau yang di bawah pengaruh Belanda.

Tokoh korporat negara, Tan Sri Syed Yusuf bin Tun Syed Nasir, yang berketurunan Sultan Siak, menerima Anugerah Adat Kesultanan Siak.
Kesultanan Lingga pula wujud selepas perpecahan empayar Johor lama yang pada asalnya merangkumi Negeri Pahang moden, Johor moden, pulau Singapura, serta kepulauan Riau, tetapi telah berpecah kesan daripada perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824. Putera tertua kepada Sultan Mahmud Syah III dari empayar Johor lama, iaitu Tengku Hussein dilantik menjadi Raja Johor dengan berpusat di Singapura yang di bawah pengaruh Inggeris, sementara kekanda tirinya, Tengku Abdul Rahman pula yang sebelum itu mewarisi takhta Johor lama, menjadi Raja Lingga yang menguasai kepulauan Riau yang di bawah pengaruh Belanda.
Perjanjian inilah yang telah memecahkan hubungan erat antara negeri-negeri Melayu di semenanjung Tanah Melayu dengan negeri-negeri Melayu di Sumatera dan membentuk sempadan politik Malaysia-Indonesia seperti yang wujud pada hari ini. Kesultanan Lingga telah dihapuskan oleh penjajah Belanda tanggal 3 Februari 1911, dan sebelum itu, penjajah Belanda juga telah menghapuskan Kesultanan Palembang pada tahun 1825 dan Kesultanan Jambi pada tahun 1906.
Menjelang fasa kemerdekaan Republik Indonesia, hanya tiga buah negeri sahaja yang masih diperintah oleh Raja-raja Melayu iaitu Siak, Pelalawan dan Indragiri. Walaubagaimanapun, berbeza dengan pendirian Raja-raja Melayu di Sumatera Timur yang masih berkeras mempertahankan kuasa dan negeri mereka, Raja-raja Siak, Pelalawan dan Indragiri pula bersedia untuk turun daripada takhta dan menyerahkan kekuasaan mereka kepada pihak Republik yang berpusat di Jakarta. Sejarah kemudian telah mencatatkan nasib dan tragedi yang menimpa Raja-raja Melayu serta kerabat mereka di Sumatera Timur.
Pada hari ini, para pewaris dan kerabat Kesultanan Melayu di wilayah tengah dan selatan Sumatera juga tidak ketinggalan untuk membangunkan kembali institusi Raja Melayu untuk melestarikan warisan dan kebudayaan negeri mereka. Terdapat sebilangan dari mereka yang sangat aktif dengan menyertai Festival-festival Keraton yang diadakan di Indonesia.
Negeri-negeri Melayu di Sumatera Timur

Tengku Abdul Rahman, waris Kesultanan Lingga
Tengku Mukhtar Anum, Raja Siak
Tengku Kamaruddin Haroen, Raja Pelalawan
Tengku Arief ibni Sultan Mahmud Syah, Raja Indragiri
Tengku Abdul Rahman Thaha Syaifuddin, waris Kesultanan Jambi
Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin, Raja Palembang bersama isterinya
Negeri-negeri Melayu di Sumatera Timur
Tragedi 3 Mac 1946 – ‘Ketuanan Rakyat’ Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu. Keturunan Raja Dibunuh Oleh Pakatan Komunis Di Sumatera
Tragedi 3 Mac 1946. ‘Ketuanan Rakyat’ Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu. 65 tahun tidak lama. Adakah kita telah lupa? Dua bulan sebelum UMNO ditubuhkan di Istana Johor, lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam.
Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.
Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.
Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.
Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu.
Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.
Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.
Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.
3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.
Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.
Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu.
Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis. Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.
Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah.
Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.
Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.
Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.
Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.
Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.
Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera.
Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946′ di Sumatera Timur dengan membunuh para Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.
Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .
Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.
Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.
Al-Fatihah. Sebagai pengajaran kita di Tanah Melayu@Malaysia. Untuk Raja Raja Melayu dalam Negeri Negeri Persekutuan Tanah Melayu. DAULAT TUANKU!
Alangkah indah dan makmurnya sekiranya Tamadun Kesultanan Melayu Sumatera masih wujud dan kekal sehingga sekarang.. namun ia sudah tertulis dan ditakdirkan ALLAH SWT dan kehendaknya atas kesilapan manusia atau bangsa itu sendiri. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.. Nasi sudah menjadi bubur.. Jangan diulangi sejarah hitam dan berdarah ini di Malaysia Tanah Melayu Nusantara wahai anak anak Melayu pewaris masa hadapan.
Apa yang berlaku kepada Kejatuhan dan Penghapusan Tamadun Kesultanan Melayu Sumatera yang dibunuh dan dihapuskan dengan sekejam kejamnya oleh Parti Komunis Indonesia 66 tahun yang silam cuba dicetuskan kembali di Malaysia atau Tanah Melayu dengan menggunakan Modus Operandi oleh Parti Komunis Indonesia sewaktu dahulu atas nama dan laungan "Ketuanan Rakyat" yang cuba dibawa dan dimainkan oleh Dajjal Melayu berhatikan Yahudi.
"Tragedi sedih pembunuhan Sultan dan kerabat DiRaja atas nama Kuasa Rakyat... jangan ia berulang di Malaysia....."
Keturunan Raja Dibunuh oleh Pakatan Komunis di Indonesia 66 Tahun yang Lampau. Slogan "Ketuanan Rakyat" yang diagungkan..
Tragedi 3 Mac 1946. ‘Ketuanan Rakyat’ Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu
66 tahun tidak lama. Adakah kita telah lupa? Dua bulan sebelum UMNO ditubuhkan di Istana Johor, lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam.
Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.
Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.
Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.
Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.
Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.
Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.
3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.
Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.
Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.
Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.
Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah.
Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.
Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.
Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.
Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.
Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.
Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera.
Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946′ di Sumatera Timur dengan membunuh para Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.
Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .
Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.
Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.
Sumber: (Kamarul Arif) .

Kutaringin : Satu-satunya Kerajaan Melayu di Kalimantan Tengah
Sebelum ini, penulis telah paparkan artikel mengenai 12 buah Kerajaan Melayu yang terdapat di Kalimantan Barat, 5 buah Kerajaan Melayu yang ada di Kalimantan Timur, serta sebuah Kerajaan Banjar yang wujud di Kalimantan Selatan. Maka kali kini, artikel kedua terakhir mengenai negeri-negeri Melayu di luar Malaysia akan diteruskan dengan menyusuri ke wilayah Kalimantan Tengah pula.
Di Propinsi Kalimantan Tengah, Indonesia, pernah berdiri sebuah Kerajaan Melayu yang bernama Kutaringin. Kadang kala, nama negeri ini juga dieja sebagai Kota Waringin. Kerajaan ini merupakan satu satu Kerajaan Melayu yang bertahan agak lama di Indonesia, iaitu sejak abad ke-16 hinggalah abad ke-19, dengan 14 orang Sultan kesemuanya yang pernah memerintah. Walaubagaimanapun, nama Kutaringin ini sebenarnya telah disebut lebih awal, iaitu dalam kitab ‘Negarakertagama’, iaitu apabila Negeri Kutaringin dinyatakan sebagai sebahagian daripada wilayah Tanjung Nagara yang tunduk kepada empayar Majapahit.
Pada asalnya, wilayah Kutaringin ini adalah di bawah pengaruh Kerajaan Banjar yang berpusat di Kalimantan Selatan. Sebelum wujudnya Sultan yang memerintah kawasan tersebut, Raja-raja Kerajaan Banjar yang menguasai kawasan pantai selatan dan tenggara pulau Borneo telah mengirimkan wakil-wakilnya untuk mengutip cukai termasuklah di wilayah Kutaringin. Bahkan, para Sultan Kutaringin sebenarnya adalah berketurunan dari Dinasti Banjar. Raja pertamanya, iaitu Pangeran Dipati Anta-Kasuma merupakan anak keempat kepada Sultan Banjar ke-4, iaitu Sultan Mustain Billlah. Pangeran Dipati Anta-Kasuma telah menggantikan bapa mertuanya, Dipati Ngganding yang sebelum itu merupakan Adipati (lebih kurang seperti Gabenor) untuk menjadi penguasa Negeri Kutaringin tetapi masih di bawah pengaruh Kerajaan Banjar. Disebabkan itulah, Raja-raja Negeri Kutaringin kebiasaannya memakai gelar Pangeran jika berada di Negeri Banjar, tetapi menggunakan gelaran Sultan di negerinya sendiri. Kerajaan Kutaringin ini mencapai zaman kemuncaknya ketika era pemerintahan rajanya yang ke-7 iaitu Pangeran Ratu Bengawan sekitar kurun ke-18.
Semasa fasa awal pasca kemerdekaan Indonesia, iaitu pada awal Januari 1946, Negeri Kutaringin telah diduduki oleh Belanda dan kemudiannya dimasukkan sebagai sebahagian daripada wilayah Negara Dayak Besar, sebuah negara yang disokong oleh penjajah Belanda bagi memecahbelahkan republik tersebut. Walaubagaimanapun, Negeri Kutaringin secara rasminya telah bergabung semula di dalam kesatuan Republik Indonesia pada 1 Mei 1950 dan negeri ini ditukar statusnya menjadi sebuah Kabupaten (seperti Bahagian di Sabah dan Sarawak) di dalam Propinsi Kalimantan Tengah.
Dengan berakhirnya kedaulatan Kerajaan Kutaringin, maka para bangsawan dan kerabat Di Raja Kutaringin tidak lagi memegang jawatan-jawatan dalam pemerintahan. Hanya beberapa keturunan Sultan dan bangsawan sahaja yang sebelum itu sudah bekerja sebagai pegawai pemerintahan tetap memegang jawatan di dalam pemerintahan Indonesia yang merupakan sebuah negara bercorak Republik.
Pada hari ini, sebagaimana yang berlaku di wilayah lain di Indonesia, para waris Kerajaan Kutaringin telah sepakat untuk mengangkat salah seorang zuriat kerabat mereka untuk bertindak sebagai Sultan Kutaringin yang baru bagi tujuan melestarikan budaya tempatan dan sebagai penjaga kepada pusaka Kerajaan Kutaringin, termasuklah adat istiadat dan peninggalan leluhur mereka. Pangeran Alidin Sukma Alamsyah, zuriat kanan kesultanan tersebut telah terpilih dan telah ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kutaringin ke-15 dengan gelaran Sultan Alidin Sukma Alamsyah pada 16 Mei 2010 yang lalu.
Kerajaan & Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur
Lambang dan bendera Kerajaan Kutaringin
Di Propinsi Kalimantan Tengah, Indonesia, pernah berdiri sebuah Kerajaan Melayu yang bernama Kutaringin. Kadang kala, nama negeri ini juga dieja sebagai Kota Waringin. Kerajaan ini merupakan satu satu Kerajaan Melayu yang bertahan agak lama di Indonesia, iaitu sejak abad ke-16 hinggalah abad ke-19, dengan 14 orang Sultan kesemuanya yang pernah memerintah. Walaubagaimanapun, nama Kutaringin ini sebenarnya telah disebut lebih awal, iaitu dalam kitab ‘Negarakertagama’, iaitu apabila Negeri Kutaringin dinyatakan sebagai sebahagian daripada wilayah Tanjung Nagara yang tunduk kepada empayar Majapahit.
Peta wilayah Kerajaan Kutaringin berwarna kuning
Pada asalnya, wilayah Kutaringin ini adalah di bawah pengaruh Kerajaan Banjar yang berpusat di Kalimantan Selatan. Sebelum wujudnya Sultan yang memerintah kawasan tersebut, Raja-raja Kerajaan Banjar yang menguasai kawasan pantai selatan dan tenggara pulau Borneo telah mengirimkan wakil-wakilnya untuk mengutip cukai termasuklah di wilayah Kutaringin. Bahkan, para Sultan Kutaringin sebenarnya adalah berketurunan dari Dinasti Banjar. Raja pertamanya, iaitu Pangeran Dipati Anta-Kasuma merupakan anak keempat kepada Sultan Banjar ke-4, iaitu Sultan Mustain Billlah. Pangeran Dipati Anta-Kasuma telah menggantikan bapa mertuanya, Dipati Ngganding yang sebelum itu merupakan Adipati (lebih kurang seperti Gabenor) untuk menjadi penguasa Negeri Kutaringin tetapi masih di bawah pengaruh Kerajaan Banjar. Disebabkan itulah, Raja-raja Negeri Kutaringin kebiasaannya memakai gelar Pangeran jika berada di Negeri Banjar, tetapi menggunakan gelaran Sultan di negerinya sendiri. Kerajaan Kutaringin ini mencapai zaman kemuncaknya ketika era pemerintahan rajanya yang ke-7 iaitu Pangeran Ratu Bengawan sekitar kurun ke-18.
Semasa fasa awal pasca kemerdekaan Indonesia, iaitu pada awal Januari 1946, Negeri Kutaringin telah diduduki oleh Belanda dan kemudiannya dimasukkan sebagai sebahagian daripada wilayah Negara Dayak Besar, sebuah negara yang disokong oleh penjajah Belanda bagi memecahbelahkan republik tersebut. Walaubagaimanapun, Negeri Kutaringin secara rasminya telah bergabung semula di dalam kesatuan Republik Indonesia pada 1 Mei 1950 dan negeri ini ditukar statusnya menjadi sebuah Kabupaten (seperti Bahagian di Sabah dan Sarawak) di dalam Propinsi Kalimantan Tengah.
Istana Kuning, lambang Kerajaan Kutaringin
Dengan berakhirnya kedaulatan Kerajaan Kutaringin, maka para bangsawan dan kerabat Di Raja Kutaringin tidak lagi memegang jawatan-jawatan dalam pemerintahan. Hanya beberapa keturunan Sultan dan bangsawan sahaja yang sebelum itu sudah bekerja sebagai pegawai pemerintahan tetap memegang jawatan di dalam pemerintahan Indonesia yang merupakan sebuah negara bercorak Republik.
Pada hari ini, sebagaimana yang berlaku di wilayah lain di Indonesia, para waris Kerajaan Kutaringin telah sepakat untuk mengangkat salah seorang zuriat kerabat mereka untuk bertindak sebagai Sultan Kutaringin yang baru bagi tujuan melestarikan budaya tempatan dan sebagai penjaga kepada pusaka Kerajaan Kutaringin, termasuklah adat istiadat dan peninggalan leluhur mereka. Pangeran Alidin Sukma Alamsyah, zuriat kanan kesultanan tersebut telah terpilih dan telah ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kutaringin ke-15 dengan gelaran Sultan Alidin Sukma Alamsyah pada 16 Mei 2010 yang lalu.
Sultan Alidin Sukma Alamsyah, Raja Kutaringin ke-15 bersama keluarganya
Di Provinsi Kalimantan Timur, Indonesia, pernah berdiri beberapa buah negeri Melayu, yang terdiri daripada Kesultanan Bulungan, Kesultanan Berau (kemudian berpecah kepada dua iaitu Kesultanan Gunung Tabur dan Kesultanan Sambaliung), Kerajaan Kutai Kertanegara Ing Martadipura dan Kesultanan Pasir (nama lainnya Balengkong / Sadurangas). Daripada keseluruhan Kesultanan Melayu terbabit, terdapat dua buah Kesultanan yang paling menarik minat penulis, iaitu Kesultanan Kutai dan Kesultanan Bulungan.
Peta Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur
Lambang dan bendera Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur
Kesultanan Kutai dianggap oleh sejarahwan Indonesia sebagai Kerajaan (Kingdom) tertua yang pernah wujud di Indonesia. Perkara ini dibuktikan dengan penemuan Yupa / Prasasti yang dikatakan berasal dari abad ke-4 Masihi. Melalui Yupa tersebut, dapat diketahui bahawa Raja Kutai ketika itu bernama Mulawarman, yang merupakan anak kepada Aswawarman dan cucu kepada Kundungga.
Jika nama Mulawarman dan Aswawarman mempunyai pengarah Bahasa Sanskrit, sejarahwan Indonesia menganggap nama Kundungga adalah nama asli tempatan. Dan Kundungga ini dikatakan datang dari Champa (Indochina). Nama Kutai juga ada disebut di dalam sastera kuno Jawa iaitu Negarakertagama. Sebelum abad ke-16, negeri ini terbahagi kepada dua iaitu Kutai Kertanegara dan Kutai Martadipura. Ia telah disatukan oleh Raja Aji Pangeran Sinum Panji Mendapa dari Kerajaan Kutai Kertanegara yang kemudiannya menamakan gabungan kedua-dua Kerajaan ini sebagai Kutai Kertanegara Ing Martadipura. Hanya pada abad ke-17, barulah Kerajaan ini menjadi sebuah Kesultanan Islam dan Raja-raja Kutai mulai memakai gelaran Sultan.
Bagi Kesultanan Bulungan pula, namanya bergema di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) apabila pihak Republik Indonesia menjadikannya sebagai hujah apabila mendakwa Pulau Sipadan dan Ligitan yang menjadi rebutan antara Malaysia dan Indonesia merupakan sebahagian daripada wilayah taklukan Kesultanan Bulungan, yang kini berstatus Kabupaten Bulungan di dalam Republik Indonesia. Ironinya, sewaktu era kemerdekaan Indonesia dahulu, tentera-tentera Indonesia jugalah yang telah menjarah dan membakar istana serta membunuh sebahagian kerabat Di Raja Bulungan pada 23-24 Julai 1964, dan seterusnya menghapuskan sama sekali kuasa dan kedaulatan Kesultanan Bulungan.
Yupa yang dijumpai di Kutai
Ketopong atau Mahkota Sultan Kutai yang bersalut emas
Apa sebabnya? Sultan Bulungan dituduh mahu membawa keluar Negeri Bulungan dari Indonesia yang merupakan sebuah negara Republik dan menyertai Malaysia yang masih mengekalkan kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu, biarpun tuduhan ini kemudiannya dinafikan oleh kerabat Kesultanan Bulungan. Sebagai buktinya, foto bersejarah di bawah ini memaparkan Sultan Bulungan memimpin perkibaran bendera Indonesia di hadapan Istana dalam sebuah upacara rasmi pada 17 Ogos 1949, yang merupakan tarikh pengisytiharan kemerdekaan Indonesia oleh Presiden Soekarno.
Apa pun, jika ditanya kepada rakyat Malaysia dan Indonesia, sudah tentu masing-masing akan mengeluarkan hujah bagi menyokong dakwaan bahawa Pulau Sipadan dan Ligitan adalah dibawah kedaulatan negara masing-masing. Bagi penulis pula, Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Indonesia telah sama-sama telah bersetuju untuk membawa pertikaian ini ke ICJ dan kedua-dua belah pihak telah diberi peluang dan keadilan yang sama rata untuk mengemukakan hujah masing-masing.
Dan ICJ telah memutuskan bahawa kedua-dua pulau terbabit adalah milik Malaysia. Keputusan yang sudah tentu pahit untuk diterima oleh Indonesia, sebagaimana peritnya Malaysia apabila ICJ memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura. Apapun, keputusan ICJ ini perlu dihormati oleh semua pihak yang terlibat.
Sebagaimana di Kalimantan Barat, Kesultanan-kesultanan Melayu di Kalimantan Timur juga telah bergabung selepas pasca Perang Dunia ke-2 untuk membentuk Federasi Kalimantan Timur, sebagai salah satu komponen dalam Republik Indonesia Serikat. Walaubagaimanapun, pada awal tahun 1960, akhirnya kedaulatan kesemua Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur ini dihapuskan dan para Raja dan Kerabatnya kemudian menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa.
Walaubagaimanapun, sebagaimana pewaris Raja-raja Melayu di Sumatera Timur dan Kalimantan Barat, pewaris Raja-raja Melayu di Kalimantan Timur juga pada hari ini telah kembali melestarikan takhta dan budaya Kesultanan masing-masing, walaupun pada sesetengah Kesultanan seperti Bulungan dan Pasir, masih terdapat pertikaian tentang siapa yang paling berhak untuk ditabalkan sebagai Sultan yang akan berperanan menjadi pemangku Adat.
Nota :
Terdapat sesetengah Kerabat Di Raja di Kalimantan Timur seperti kerabat Kutai dan Pasir menggunapakai gelaran Aji (kadang kala dieja juga sebagai Adji, Adjie dan sebagainya). Ia merupakan gelaran kehormat Di Raja sebagaimana gelaran Tengku, Pangeran, Gusti dan sebagainya. Ia tidak sama dengan gelaran ‘Haji’ yang digunakan apabila seseorang individu telah sempurna menunaikan rukun fardhu Haji di Mekah.

Datu Maulana Mamun ibni almarhum Sultan Maulana Muhammad Djalaluddin, antara kerabat kanan Kesultanan Bulungan bersama isteri-isterinya
Sultan Haji Aji Muhammad Salehuddin II, Raja Kutai
Datu Fachruddin ibni almarhum Sultan Mohammad Aminuddin, Raja Sambaliung, bersama ahli keluarganya
Raja Muda H. Aji Bahrul Hadi, Pemangku-Raja Gunung Tabur
Nota :
Terdapat sesetengah Kerabat Di Raja di Kalimantan Timur seperti kerabat Kutai dan Pasir menggunapakai gelaran Aji (kadang kala dieja juga sebagai Adji, Adjie dan sebagainya). Ia merupakan gelaran kehormat Di Raja sebagaimana gelaran Tengku, Pangeran, Gusti dan sebagainya. Ia tidak sama dengan gelaran ‘Haji’ yang digunakan apabila seseorang individu telah sempurna menunaikan rukun fardhu Haji di Mekah.
Kebangkitan Raja-raja Melayu di Kalimantan Barat
Tidak banyak perkara menarik yang penulis perolehi semasa melawat Kalimantan Barat (Kalbar) sebelum ini, mungkin kerana tempoh waktu lawatan yang terhad. Penulis telah memilih untuk melawat Kota Pontianak, yang merupakan ibukota Provinsi Kalbar, merangkap pusat salah satu Kesultanan Melayu yang besar di kawasan ini satu ketika dahulu. Terasa jelas perbezaan taraf pembangunan dan kemudahan fasiliti sebaik sahaja bas yang dinaiki melepasi Biawak di sebelah Sarawak dan memasuki Entikong di sebelah Indonesia.
Keadaan jalan yang dilalui agak teruk hinggakan tayar bas yang dinaiki pancit beberapa kali menyebabkan penulis tiba di Kota Pontianak semasa hari sudah mulai gelap sedangkan penulis bertolak pada awal pagi!
Keesokan harinya, penulis tidak membuang masa untuk pergi ke Keraton Kadriyah, yang merupakan Istana peninggalan Kesultanan Pontianak.
Memudahkan kerja penulis apabila pemandu yang membawa penulis mempunyai hujung pangkal nama Al-Kadri, yang kemudian mengesahkan kepada penulis bahawa beliau sememangnya berketurunan Sultan Pontianak. Sambil berjalan, penulis tidak melepaskan peluang untuk berbual dan bertukar maklumat dengannya mengenai pelbagai perkara terutamanya berkenaan dengan kewujudan Kerajaan (Kingdom) dan Kesultanan Melayu yang pernah wujud di bumi Kalbar ini satu ketika dahulu.
Terdapat hampir 12 buah Kerajaan/Kesultanan Melayu yang pernah berdiri di wilayah ini iaitu Kesultanan Sambas, Kesultanan Pontianak, Kerajaan Mempawah, Kerajaan Landak, Kerajaan Kubu, Kerajaan Matan, Kerajaan Sukadana, Kerajaan Simpang, Kerajaan Sanggau, Kerajaan Sekadau, Kerajaan Tayan, dan Kerajaan Sintang. Berbeza dengan Raja-raja Melayu di Sumatera yang lebih dekat budayanya dengan semenanjung Tanah Melayu,
Raja-raja Melayu di Kalbar ini mempunyai pengaruh kuat budaya Jawa dan Dayak tempatan. Justeru itulah, selain daripada gelaran Sultan dan Yang Dipertuan Besar, ramai Raja-raja di sini memakai gelaran Panembahan, sementara kerabat di Raja yang lain tidak memakai gelaran Tengku/Tunku sebaliknya menggunakan gelaran Gusti dan Pangeran (atau Pengiran sebagaimana pemakaian Kerabat Di Raja Melayu di Brunei Darussalam).
Antara bendera dan lambang Kerajaan/Kesultanan Melayu yang pernah wujud di Kalimantan Barat
Walaubagaimanapun, kesemua Raja-raja Melayu di sini telah dibunuh oleh tentera penjajah Jepun sekitar tahun 1944 dalam satu peristiwa menyedihkan yang dikenali sebagai Tragedi Mandor Berdarah. Selepas tamat Perang Dunia Ke-2, Raja-raja Melayu di Kalbar telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah persekutuan yang dikenali dengan nama "Daerah Istimewa Kalimantan Barat", yang diketuai oleh Sultan Pontianak ketika itu, iaitu Sultan Abdul Hamid Al-Kadrie II. Walaubagaimanapun, berlaku konflik antara Sultan Abdul Hamid Al-Kadrie dengan tokoh-tokoh kemerdekaan Indonesia yang berpusat di Jawa.
Sebabnya hanya satu sahaja, Indonesia bertegas mahukan sebuah negara yang bercorak Kesatuan, sedangkan Sultan Abdul Hamid Al-Kadrie memperjuangkan sebuah negara bercorak Persekutuan (Federalisma), sebagaimana di Malaysia. Sambil berjalan-jalan di sekitar Keraton, penulis terpaku pada satu bingkai kaca yang memaparkan Sultan Abdul Hamid Al-Kadrie sebagai pencipta lambang Garuda, iaitu jata negara Indonesia yang masih digunakan sehingga kini.
Kerabat di Raja di Keraton tersebut hanya tersenyum sahaja memandang penulis, namun penulis dapat menyelami perasaan mereka yang mahukan Sultan Abdul Hamid Al-Kadrie diletakkan pada tempat yang sewajarnya, biarpun bukan sebagai Pahlawan Nasional, tetapi sekurang-kurangnya sebagai salah seorang tokoh yang turut memperjuangkan kemerdekaan negara Indonesia. Namun begitu, ‘dosa’ yang membelenggu Almarhum Sultan ini adalah kerana dia memperjuangkan sebuah negara Persekutuan, hingga membayangi sumbangan besarnya sehingga kini.
Sultan Syarif Abdul Hamid Al-Kadrie II, pencipta Lambang Negara Indonesia
Penulis juga dimaklumkan bahawa kini waris-waris Keluarga di Raja di Kalbar kini telah menghidupkan semula institusi Kerajaan/Kesultanan masing-masing. Sebagaimana di Sumatera Timur, pengwujudan semula Kerajaan/Kesultanan ini bukannya untuk menghidupkan semua sistem monarki, tetapi bagi melestarikan warisan sejarah dan budaya setempat.
Pangeran Ratu Muhammad Tarhan Winata Kesuma, Raja Sambas yang masih remaja
Pangeran Ratu Drs. Gusti Suryansah, Raja Landak
Sultan Syarif Abu Bakar bin Syarif Mahmud Al-Kadrie, Raja Pontianak
Dr. Ir. Pangeran Ratu Mardan Adijaya, Raja Mempawah
H. Gusti Arman, Raja Sanggau
Sri Paduka Tuanku Muhammad Ikhsani Shafiuddin ibni al-Marhum Panembahan Muhammad Jamal ud-din, Raja Sintang
Pangeran Ratu Kertanegara Gusti Kamboja, Raja Matan
Sultan Muhammad Jamaluddin II, Raja Simpang
Gusti Muhammad Efendi Bin Sidik Gusti Agung, Raja Sekadau
Oleh kerana waktu yang suntuk, penulis terpaksa melupakan hasrat untuk bertemu dengan Sultan Pontianak. Sambil melihat persekitaran Keraton Kadriah yang usang dengan beberapa ekor kambing berkeliaran di laman Istana, penulis berasa bersyukur dan betapa bertuahnya Raja-raja Melayu di negara kita masih didokong utuh oleh rakyat biarpun kekuasaannya beberapa kali dicabar oleh pihak-pihak tertentu yang berusaha untuk melenyapkan kuasa politik Melayu-Islam.
Dalam perjalanan pulang, penulis kembali menyambung perbualan dengan pemandu. Berkenaan dengan pelbagai isu dari kebanjiran pendatang dari pulau Jawa hingga pernah mencetuskan rusuhan antara kaum Melayu dan Dayak dengan masyarakat Madura, pengusaan ekonomi oleh kaum Tionghua walaupun bilangan mereka yang minoriti, hinggalah kepada kewujudan semula Sultan yang kini hanyalah sebagai simbol tanpa kuasa.
Dua perkara tersebut sudah pernah berlaku di negara kita, dan penulis berharap perkara terakhir yang disebutkan tidak terjadi kerana jika runtuh Institusi Raja-raja Melayu di negara kita, akan lenyap jugalah warisan kuasa politik Bumiputera di negara kita. Penulis juga mendengar rungutan pemandu mengenai segelintir pihak yang mempertikaikan kesetiaan Almarhum sultan Abdul Hamid Al-Kadrie kepada pembentukan negara Indonesia. Menurutnya, Almarhum Sultan Abdul Hamid Al-Kadrie pernah ditawarkan oleh Pemerintah Negeri Sarawak, Malaysia.
Namun Almarhum Sultan menolaknya kerana setianya baginda kepada Indonesia. Apa yang ditawarkan? Adakah tawaran kepada Daerah Istimewa Kalimantan Barat untuk bersama-sama Sarawak menyertai Malaysia, atau membentuk sebuah negara sendiri? Tidak pula dinyatakan. Penulis hanya mendiamkan diri sahaja kerana menganggap maklumat tersebut adalah maklumat tidak rasmi yang belum tentu kesahihannya. Namun terfikir juga, sejarah pada hari ini mungkin berbeza jika tawaran tersebut diterima.
Nota :
1. Hantu Pontianak di Indonesia di panggil sebagai Kuntilanak @ Sundel Bolong. Tetapi nama Kesultanan Pontianak memang diambil daripada nama hantu tersebut yang pernah ada di kawasan ini sewaktu negeri ini dibuka.
2. ‘Gusti’ adalah satu gelaran kehormat yang digunapakai oleh Kerabat Di Raja di Indonesia, sebagaimana gelaran ‘Tengku/Tunku’ di negara kita. ‘Gusti’ ini bukanlah seperti ‘World Wrestling Entertainment’. Sukan ‘Wrestling’ di Indonesia dipanggil ‘Gulat’.
Sultan Sarawak Darul Hana
Tidak, artikel ini bukannya ingin membicarakan tentang Raja-raja Brooke yang pernah memerintah Sarawak, tetapi mengenai seorang Pengiran (Putera/Tengku) dari Brunei yang pernah menjadi Sultan di Sarawak. Sememangnya sejarah yang diajar di sekolah-sekolah pada hari ini hanya memfokuskan kepada sejarah Rajah Putih Sarawak tanpa langsung menyebut bahawa seorang sultan pernah memerintah negeri tersebut.
Lebih kurang 200 tahun sebelum Dinasti Brooke menjadi Rajah Putih di Sarawak, Sarawak asalnya berada di bawah wilayah kawalan Kesultanan Brunei. Tidak banyak yang diketahui bagaimana Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei pada masa tersebut, tetapi berkemungkinan seorang yang setaraf dengan Gabenor pada hari ini diletakkan di kawasan tersebut. Sarawak pada masa lalu tidaklah seluas seperti pada hari ini, tetapi hanya meliputi lebih kurang sekitar wilayah Kuching dan Santubong sahaja.
Apabila Paduka Sri Sultan Muhammad Hassan ibni al-Marhum Sultan Saif ul-Rijal Nur ul-Alam , Sultan Brunei ke-sembilan yang memerintah pada tahun 1582 hingga 1598 mangkat, takhta pemerintaha telah jatuh kepada Putera sulungnya yang kemudian bergelar Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Jalil ul-Akbar ibni al-Marhum Sultan Muhammad Hassan. Sultan Abdul Jalilul Akbar mempunyai seorang adinda (adik) bernama Pengiran Muda Tengah Ibrahim Ali Omar Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Tengah.
Menurut sumber lisan, Pengiran Muda Tengah turut berkeinginan untuk menjadi Sultan Brunei. Baginda membantah dengan menyatakan abangnya lahir ketika ayahandanya belum menjadi Putera Mahkota, sedangkan dia lahir ketika Sultan Muhammad Hassan dilantik sebagai Putera Mahkota. Pengiran Muda Tengah berpendapat, baginda lebih layak untuk menjadi Sultan berbanding abangnya. Sultan Abdul Jalilul Akbar adalah seorang yang bijak. Dia memahami maksud adindanya itu dan cuba memenuhi keinginan adindanya. Jalan penyelesaian untuk Sultan Abdul Jalilul Akbar adalah dengan melantik Pengiran Muda Tengah sebagai Sultan di tempat lain. Dengan itu, Pengiran Muda Tengah telah diangkat sebagai Sultan Sarawak, kerana Sarawak ketika itu merupakan salah satu wilayah Brunei.
Menurut Salsilah Raja-Raja Brunei, Pengiran Muda Tengah berkenan menerima perlantikan tersebut dan baginda membuat persiapan untuk pergi ke Sarawak dengan ditemani oleh lebih daripada 1,000 perwira dari kaum Sakai, Kedayan and Pulau Bunut. Beberapa golongan bangsawan turut berangkat bersamanya untuk membantu baginda mengurus sebuah negeri baru. Kebanyakan daripada mereka merupakan nenek moyang kepada masyarakat Melayu di Sarawak pada hari ini.
Di Sarawak, Sultan baru dan anak buahnya mula membina sebuah istana dan benteng untuk mempertahankan istananya. Sultan Tengah kemudian melantik orang-orang besarnya. Antaranya ialah Patinggi Datuk Seri Setia, Indera Wangsa Shahbandar Datu, Datu Amar Setia Di-raja dan Datuk Temenggong Laila Wangsa. Setelah semuanya selesai, Sultan Tengah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Ibrahim Ali Omar Shah, Sultan Sarawak yang pertama. Menurut Sejarah Sambas, Sultan Tengah juga dikenali dengan nama Sultan Abdul Jalil. Dikatakan pada masa inilah negeri ini digelar sebagai Sarawak Darul Hana.
Sekitar tahun 1599, Sultan Tengah melawat Pahang yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada taklukan Kerajaan Johor, untuk melawat Raja Bonda yang merupakan ibu saudara Sultan Tengah yang telah berkahwin dengan Sultan Abdul Ghafur Muhyiddin Shah ibnu Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah. Semasa tinggal di sana, lama tinggal, Sultan Tengah telah diminta untuk menari. Tetapi semasa menari, saputangan teman tarian baginda hampir memukul wajah baginda. Baginda menjadi sangat marah hingga menyebabkan baginda menampar pasangannya. Insiden ini menyebabkan Sultan Johor menjadi sangat kecewa dan Sultan Tengah disarankan untuk meninggalkan Johor secepat mungkin.
Menurut versi Sejarah Sambas pula, Sultan Tengah terpaksa meninggalkan Johor kerana ia menolak tawaran Raja Bonda untuk mengahwini puteri Sultan Johor yang dikenali sebagai Encik Zohra. Semasa pelayaran untuk kembali ke Sarawak, kapal Sultan Tengah telah dilanda taufan yang menyebabkannya terkandas di Sukadana (Dalam wilayah Provinsi Kalimantan Barat, Indonesia, pada hari ini). Sukadana ketika itu diperintah oleh Penambahan Giri Mustika, Sultan Muhammad Saifuddin, yang baru sahaja memeluk Islam dan dibantu oleh Syeikh Syamsuddin dari Mekah. Sultan Tengah turut belajar di bawah Syeikh Syamsuddin selama baginda tinggal di sana. Semasa di Sukadana, Sultan Tengah telah berkahwin dengan salah seorang puteri Sukadana iaitu Puteri Surya Kesuma, yang merupakan adinda Sultan Muhammad Saifuddin.
Sultan Tengah tinggal di Sukadana dan meminta izin untuk membantu menyebarkan ajaran Islam di kawasan tersebut. Diputuskan baginda perlu melaksanakannya di Sungai Sambas. Maka pada sekitar tahun 1600, Sultan Tengah meninggalkan Sukadana melalui Sungai Sambas dengan diiringi 40 buah perahu yang lengkap bersenjata. Di Sungai Sambas, mereka mendarat di Kuala Bangun dan Puteri Surya Kesuma kemudiannya melahirkan seorang putera bernama Radin Sulaiman. Dua putera lain kemudian turut lahir. Putera kedua ini dikenali sebagai Pengiran Badaruddin yang kemudiannya bergelar Pengiran Bendahara Seri Maharaja sementara putera ketiga, Pengiran Abdul Wahab kemudiannya bergelar Pengiran Temenggong Jaya Kesuma.
Sultan Tengah akhirnya tiba di Pekan Lama. Di sana, baginda disambut oleh pemerintah Pekan Lama, Ratu Sepudak, yang menyambutnya mengikut adat istidat dan protokol Di-raja. Sultan Tengah mendapati Ratu Sepudak mengizinkannya untuk menyebarkan Islam di sekitar kawasan tersebut meskipun Ratu Sepudak bukan seorang Muslim. Semasa baginda tinggal di sana, putera sulung Sultan Tengah, Radin Sulaiman telah berkahwin dengan puteri Ratu Sepudak bernama Puteri Mas Ayu Bongsu. Pasangan ini mempunyai seorang putera bernama Radin Bima yang kemudian bergelar Sultan Muhammad Tajuddin.
Ketika Ratu Sepudak mangkat, baginda digantikan oleh Prabu Pengiran Radin Kenchana yang kemudiannya melantik Radin Sulaiman sebagai salah seorang pembesarnya. Dikatakan bahawa Ratu Sepudak mahu menyerahkan takhta kerajaan kepada Sultan Tengah memandangkan baginda mempunyai pengalaman menguruskan negara, tetapi cadangan tersebut telah ditentang oleh keluarga diraja yang lain. Sekitar tahun 1630, Sultan Tengah pergi ke Matan (Dalam wilayah Provinsi Kalimantan Barat, Indonesia, pada hari ini). Di Matan, baginda berkahwin dengan salah seorang Puteri Matan yang kemudian melahirkan Pengiran Mangku Negara. Pengiran Mangku Negara kemudiannya menjadi Sultan Matan.
Setelah beberapa tahun tinggal di Matan, Sultan Tengah kembali semula ke Sarawak. Setelah kembali ke Sarawak, baginda berhenti di suatu tempat bernama Batu Buaya, di Santubong. Di sanalah baginda dibunuh oleh salah seorang pengikutnya. Ketika berita kematiannya tersebar, Datu Patinggi, Datu Shahbandar, Datu Amar dan Datuk Temenggong datang ke Santubong untuk menyelesaikan upacara pengebumian mengikut tradisi Di raja Brunei. Dikatakan bahawa baginda mangkat pada tahun 1641, sekitar 10 tahun selepas anakanda baginda, Radin Sulaiman menjadi Sultan Muhammad Saifuddin I di Sambas. Sultan Tengah dimakamkan di Santubong, iaitu pada hari ini di Kampung Batu Buaya. Makam yang dibina berpadanan untuk menandakan kubur tersebut merupakan makam seorang Sultan.
Dengan kemangkatan baginda, Kesultanan Sarawak wujud dan berakhir hanya dengan seorang Sultan sahaja. Tetapi gelaran yang diberikan kepada golongan bangsawan di Sarawak masih kekal hingga ke hari ini.

Gambar atas : Raja-raja Melayu bergambar bersama Wakil Ratu Britain.
Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kami bersatu padu dan berpegang teguh padanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera. Tujuh perkara itu ialah :
1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara
4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini
5. Kami isytiharkan Islam sebagai agama Pesekutuan
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain
Sila baca dan fahami wasiat di atas tanpa prejudis perkauman dan politik sempit, khususnya kepada segelintir chauvinist yang masih lagi wujud di negara kita selepas hampir setengah abad merdeka.
DAULAT TUANKU!!!!
وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Apa Salah Bangsaku sehingga di perlakukan sedemikian rupa?
Saya pasti anda semua sudah maklum akan pembantaian terhadap raja-raja Melayu dan golongan bangsawan Melayu terpelajar di Sumatera dan Kalimantan oleh pihak yang mendakwa kononnya sebagai golongan Nasionalis Indonesia sekitar 1946 dan 1960-an.
Di bawah adalah ringkasan kepada peristiwa-peristiwa sadis yang berlaku di kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang telah diserang oleh manusia-manusia kejam ini. Peristiwa ini berlaku hampir serentak di Sumatera iaitu pada 3 Mac 1946 dan kemudiannya pada 1960-an di sebuah kerajaan Melayu di Kalimantan.
•KERAJAAN TANAH KARO- 1
Di Kota Berastagi, para pemuda nasionalis menangkap dan mengasingkan para raja Urung dan Sibayak yang diundang ke sebuah majlis. Sebanyak tujuh belas orang Raja ditangkap dan diasingkan ke Aceh, nasib mereka tidak diketahui. Bangsawan serta Datok Tumenggung di PENGGAL KEPALANYA. Raja Raya DISEMBELIH di jambatan besar, Raja Silimakuta dilindungi TKR, tapi ahli keluarganya semua di bunuh, ada yang di BAKAR HIDUP HIDUP dan ada yang di Penggal kepalanya .
•KERAJAAN SIMALUNGUN-
Barisan Harimau Liar pada malam 3 Mac menangkap raja Kerajaan Pane beserta keluarganya, lalu merampas harta benda mereka. Raja dan keluarganya dibawa ke suatu tempat pesta, kemudian mereka DIBUNUH dengan kejam.
• KESULTANAN ASAHAN, TANJUNG BALAI-
Pukul enam pagi, istana diserang sekelompok orang dari Nasional Pelopor Indonesia (Napindo), Pemuda Sosialis Indonesia (Pesindo), Ku Tui Sin Tai (Barisan Harimau Liar), Barisan Merah/Partai Komunis Indonesia, Hizbullah, dan buruh-buruh Jawa. Seluruh keluarga dan kerabat kesultanan Melayu Islam serta orang-orang yang bekerja untuk istana ditangkap. Harta benda mereka dirampas. Sultan Sjaiboen Abdoel Djalil Rachmatsjah, Sultan Asahan sempat melarikan diri dari belakang istana.
• KESULTANAN KUALUH-
Ketika penghuni Istana sedang tidur, istana diserbu segerombolan orang bersenjata tajam. Malam itu, istana diselongkar habis. Tengku Al Hadji Moehammad Sjah, Sultan Kualuh dibawa ke kuburan Cina, tak jauh dari istana. Tengku Besar juga dijemput dari rumah istrinya dan dibawa ke tempat yang sama. Mereka DISEKSA DENGAN KEJAM, lalu ditinggalkan. Tengku Hasnan, Tengku Long, serta seluruh keluarganyaDIPENGGAL KEPALAnya. Seramai 73 ORANG bangsawan dan kerabat diraja Melayu yang terkorban pada malam itu.
• KESULTANAN MELAYU DELI-
Ahli Persatoean Perdjoeangan (PP), yang ditubuhkan oleh Tan Malaka, dan Persatuan Ulama Seluruh Aceh (PUSA??) menyerang istana Deli, Istana di tembak tetapi Sultan selamat dengan bantuan askar Inggeris dan tentera kerajaan. Namun Bangsawan, datuk, orang yang berpangkal nama wan dan warga Melayu Deli di luar istana BANYAK DIBUNUH.
• KESULTANAN MELAYU SERDANG-
Sultan dan keluarganya hanya ditahan di istananya di Perbaungan. Sultan Serdang dipandang lebih berpihak pada Republik, banyak orang yang melindungi dan menjaga Istananya.
• KESULTANAN MELAYU LANGKAT-
Pesindo menangkap 21 orang kerabat istana. Istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di Kota Binjai DIROMPAK, Bangsawan-bangsawan Langkat ditangkap dan sebagian besar DIBUNUH DENGAN KEJAMm termasuk pujangga besar Tengku Amir Hamzah, puteri-puteri Sultan Langkat DIPERKOSA DI HADAPAN MATA AYAHANDA MEREKA , Sultan Langkat, dan putra mahkota yang masih belia hilang hingga kini. Tengku Kamil, Ahli Keluarga Kesultanan Langkat wafat setelah di tebas dengan parang. Semua Tengku, Datuk,Wan dan ahli Istana mati di bunuh.. Kesultanan Melayu Langkat PALING BANYAK DIBUNUH PKI dan Pesindo.
• KESULTANAN MELAYU BULUNGAN, KALIMANTAN,(18 JULAI 1964)
Sepasukan tentera dari satuan tempur Brawijaya 517 mengepung istana Kesultanan Bulungan. Masyarakat yang sedang mengambil wudhu di Sungai Kayan untuk solat subuh terkejut melihat banyaknya tentera. Dan sekitar pukul enam pagi, seluruh masyarakat di Tanjung Palas dikumpulkan di depan istana. Mayor Sumina Husain, Komandan Kodim 0903 Bulungan di Tanjung Selor, berkata”Para bangsawan Bulungan ingin memberontak terhadap pemerintah Republik Indonesia.”
Namun, Datuk Taruna, bangsawan Bulungan, menyanggahnya. Letnan B. Simatupang marah, lalu memerintahkan seorang polis M. Ramli untuk MENEMBAK Datuk Taruna yang akhirnya rebah bersimbah darah. Istana dan harta benda dijarah. Satu per satu bangsawan Bulungan hilang. Sisanya ditangkap dan DIBUNUH. Kemudian pada malam Sabtu, 18 Julai 1964, istana Raja Muda pun dibakar. Istana Bulungan bertingkat dua itu dibakar selama dua hari dua malam hingga rata.
Penghapusan etnik yang kononnya dikatakan sebagai Revolusi Sosial di Indonesia ini menghasilkan begitu banyak pembunuhan, dan kekacauan. Dokumen Belanda menyatakan bahawa revolusi ini menelan korban sebanyak 1200 orang di Asahan sahaja.,belum lagi di daerah lain. Kaum bangsawan Melayu di beberapa daerah termasuk perempuan dan kanak-kanak ditangkap dan dibawa ke Concentration Camp di Simalungun dan Tanah Karo. Kaum non-pribumi pun tidak terkecuali, Cina dan India banyak menjadi korban. Kaum bangsawan dinista dan dicacimaki sebagai orang bodoh dan pemalas serta berada dalam kemiskinan dan tidak mendapat bantuan Negara dan di negerinya sendiri.
Dua generasi orang Melayu hampir KEHILANGAN IDENTITIi mereka. Mereka TAKUT MENGAKU MELAYU, takut memakai baju teluk belanga dan sengaja menambah gelar keturunan Batak di depan namanya supaya boleh masuk sekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku, Wan, OK dan Datuk kerana takut dicaci sebagai feudal, bahkan kaum Melayu yang bukan bangsawan tetapi bekerja dengan para Sultan dan Tengku pun turut ditindas. Banyak dari mereka berhijrah ke Semenanjung, terutama di Kedah dan Perak kerana masih erat hubungan kekerabatan. Sebahagian lagi pergi ke Belanda.
Kalau kita baca di Wikipedia atau buku-buku sejarah sekolah Indonesia, pasti akan tertulis yang revolusi ini terjadi kerana para sultan Melayu serta raja-raja Simalugun dan Karo banyak menindas rakyat miskin dan tidak mempedulikan rakyat mereka yang dalam kesusahan atau mereka bersubahat dengan penjajah. Ternyata hal ini adalah propaganda dari pihak pemerintah yang pada masa itu agak Pro-komunis. Dalam penulisannya berjudul “Revolusi Sosial Berdarah di Simalungun Tahun 1946”, Paderi Juandaha Raya Purba Dasuha menuliskan kisah sebenar yang berlaku. Dia membantah sebutan ‘Raja-raja menindas rakyat’ yang selama ini disebut-sebut sebagai pembenar pembantaian kejam tersebut. Hal ini kerana yang bangkit menyerang raja-raja Simalugun, Melayu dan Pane misalnya adalah para pedatang Tapanuli dan Jawa yang telah diberikan tanah dan sawah oleh pemerintah melayu dan raja-raja Panei.
Menurut Tengku Haniah salah seorang kerabat Kesultanan Asahan yang sudah berumur lebih 85 tahun, jika benar mereka mahu menghapuskan kerajaan monarki atau Kesultanan, mengapa Kesultanan Jogjakarta Jawa dibiarkan! “Apapunlah alasan mereka, pembunuhan dan perompakan itu tetap satu kejahatan” ujar Haniah. Seorang puteri bangsawan yang pada usia mudanya hidup senang, demi bertahan hidup, setelah kehilangan seluruh harta bendanya, Haniah bekerja menggulung rokok malah membuat bunga dari plastik untuk mencari sesuap nasi.
Walaupun revolusi yang hampir sama berlaku di Kesunanan Surakarta, namun yang menjadi mangsa hanyalah beberapa penasihat sultan dan pekerja-pekerja istana. Keluarga sultan serta para bangsawan tertinggi tetap dilindungi tentera kerajaan Indonesia. Namun raja-raja Melayu dibiarkan untuk mempertahankan diri mereka dan keluarga mereka sendiri. Sebenarnya para pembaca sekalian, satu perkara yang saya mahu tekankan tentang peristiwa ini adalah hakikat bahawa negeri-negeri Melayu yang terlibat ini semuanya adalah negeri yang tersangat-sangat kaya dengan hasil perlombongan, getah, sawit, tanaman-tanaman komersil seperti kopi, koko dan lada malah telaga minyak!
Di negeri-negeri ini wujud pekan-pekan, pelabuhan serta bandar yang makmur dan indah, malah para sultan mempunyai kapal dagang dan kapal wap masing-masing seperti Sultan Langkat dan Sultan Bulungan. Kekayaan negeri-negeri Melayu ini sentiasa di cemburui oleh pihak-pihak tertentu.
Betul lah kata seorang pengkaji sejarah bahawa orang Melayu ini walau dimanapun dia tercampak dan membuka kerajaan, pasti kerajaan itu akan jadi, terkenal, kaya dan menjadi pusat perdagangan yang masyhur. Contohnya lihat sahaja Parameswara yang membuka Melaka, kemudian keturunannya Sultan Alauddin yang membuka Johor, kerabat-kerabat Melayu dari Semenanjung dan Sumatera yang berhijrah ke kepulauan Filipina dan Kalimantan Selatan dan membuka kerajaan-kerajaan baru. Kebanyakannya menjadi pusat persinggaan dan perdagangan yang maju.
Oleh sebab itu pada pendapat penulis, peristiwa, pembunuhan hampir seluruh sultan-sultan Melayu dan kaum bangsawan serta kerabat, bukan hanya satu revolusi sosial, sebaliknya sebagai satu cover up oleh pihak tertentu dari belakang tabir atau hidden hand yang menggunakan nama pejuang nasionalis kemerdekaan Indonesia untuk mendapatkan kekayaan raja-raja Melayu dan hasil mahsul negeri mereka serta menghapuskan kedaulatan dan keturunan raja-raja Melayu.
Begitulah sedikit sebanyak peristiwa operasi terancang untuk menghapuskan kerajaan-kerajaan etnik Melayu dan yang dekat dengannya atas sebab-sebab yang masih kurang jelas sehingga sekarang. Sebenarnya tidak ada sebarang justifikasi yang boleh diberikan terhadap peristiwa ini kerana ia terang-terangan adalah serupa dengan penghapusan etnik. Walau apa pun alasan yang diberi untuk mengelak dari memperkatakan mengenainya, konflik diantara ketuanan Melayu dengan ketuanan Jawa di Nusantara ini adalah sesuatu yang realiti dan sudah sekian lama berlaku. Sejak ekspedisi Srivijaya terhadap pulau Jawa dan diikuti pula dengan ekspedisi Pamalayu oleh Majapahit, konflik ini sudah bermula, walaupun dua suku besar Nusantara ini adalah dari rumpun yang sama. Sekian. Wallah hu a’lam.
Gambar menunjukkan, foto Almarhum Sultan Langkat (yang memakai kaca mata,antara mangsa tragedi berdarah tersebut) dan 3 orang putera raja dari kerajaan Deli, Langkat dan Asahan yang segak berpakaian tradisional Melayu. Gambar terakhir ialah Istana Langkat yang tiada lagi kerana telah hangus dibakar.
kredit penulisan dari The Patriots
Bersyukur dan berbanggalah menjadi Muslim, berbangsa Melayu, dan rakyat Malaysia!
AMUKANMELAYU - Jika Islamelayu tidak beraja....bagaikan pohon tidak bertunjang.....